SLIDESMANIA.COM NAMA SAM ZHI KHOI
KELAS 6A
E-MEL [email protected]
MURID
TAJUK MAKANAN TRADISIONAL MEMUPUK
PERPADUAN KAUM MALAYSIA
NAMA SJK (C) BEMBAN
SEKOLAH JALAN AIR BEMBAN, 81020 KULAI
1
MAKANAN
TRADISIONAL
MEMUPUK
PERPADUAN KAUM
MALAYSIA
SLIDESMANIA.COM
2
ISI KANDUNGAN
SLIDESMANIA.COM PERKARA M/S PERKARA M/S
1. MUKA DEPAN ---1 11. MAKANAN TRADISIONAL
2. MAKANAN TRADISIONAL MEMUPUK ---11
---2 KAUM INDIA ---12
PERPADUAN KAUM MALAYSIA ---3 12. NASI BRIYANI ---13
3. ISI KANDUNGAN ---4 13. ROTI CANAI ---14
4. PENGENALAN ---5 14. MURUKKU
5. MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU ---6 15. MAKANAN TRADISIONAL ---15
6. NASI LEMAK ---7 ---16
7. LEMANG ---8 KAUM MINORITI ---17
8. MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA ---9 16. HIVANA SABAH ---18
9. CHAR KUEW TEOW --10 17. KEK LAPIS SARAWAK ---19
10. TANG YUAN 18. AYAM PONGTEH ---20
19. PENGHARGAAN
20. PENUTUP
3
SLIDESMANIA.COM PENGENALAN
Malaysia terkenal dengan kepelbagaian bangsa, agama dan budaya. Aspek tersebut menjadi
penyumbang kepada perkembangan pemakanan yang mempengaruhi perpaduan kaum di
Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum, setiap kaum di Malaysia ini mempunyai sejarah
tentang makanan tradisional kaum masing-masing.
Makanan tradisional sangat popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Makanan
tradisional ini bukan sahaja diminati oleh masyarakat kita malah turut diminati oleh golongan
antarabangsa. Terdapat pelbagai jenis makanan tradisional mengikut kaum-kaum di Malaysia.
Antaranya ialah Nasi Lemak, Char Kuew Teow, Nasi Briyani dan sebagainya. Makanan
tradisional ini semakin hari semakin popular walaupun Malaysia kini sudah mencapai status
negara sedang membangun. Makanan tradisional ini boleh diibaratkan seperti tal lapuk dek
hujan, tak lekang dek panas.
4
MAKANAN TRADISIONAL KAUM DAPAT MENJALIN HUBUNGAN PERSAHABATAN,
KEKELUARGAAN, BUDAYA, AGAMA, ADAT RESAM, PERKONGSIAN NILAI SEPUNYA
& KEHARMONIAN
SLIDESMANIA.COM
Sumber:https://www.google.com/url?sa=i&url=http%3A%2F%2Fhaslinyda-umairah.blogspot.com%2F2019%2F06%2Fnasi-lemak-sarapan-paling-sihat.html&psig=AOvVaw39JmC_kugtUhSU5WHJJTld&ust=1633425685405000&source=images&cd=vfe&ved=
0CAgQjRxqFwoTCOCuhIG3sPMCFQAAAAAdAAAAABAD
5
● Nasi lemak merupakan salah satu makanan NASI LEMAK
kegemaran bagi orang Malaysia terutamanya
SLIDESMANIA.COM sebagai sarapan pagi.
● Nama Nasi Lemak mendapat gelaran daripada 6
penggunaan santan untuk memasak nasi. Santan
khususnya merupakan bahan masakan yang sering
digunakan oleh masyarakat melayu tradisional.
● Nasi Lemak dikaitkan dengan penggunaan santan
dalam nasi yang membuatkan rasa nasi itu
berlemak.
● Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur,
timun, ikan bilis goreng ,kacang goreng dan
sambal.
● Kini, pelbagai hidangan disajikan bersama nasi
lemak seperti ayam, daging, sotong, udang, limpa
dan hati lembu.
LEMANG
SLIDESMANIA.COM ● Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang
disukai orang ramai. Lemang dijual sepanjang
tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan
seperti Hari Raya Aildilfitri.
● Semua orang daripada pelbagai kaum suka
makan makanan tradisi ini. Lemang merupakan
hidangan istimewa di Malaysia.
● Makanan tradisional ini dihidangkan bersama
rendang atau serunding. Lemang diperbuat
daripada beras pulut dan santan yang
dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik
dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga
masak.
● Kaedah memasak yang menggunakan buluh
ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.
7
SLIDESMANIA.COMMAKANAN TRADISIONAL KAUM DAPAT MENJALIN HUBUNGAN PERSAHABATAN,
KEKELUARGAAN,BUDAYA, AGAMA, ADAT RESAM, PERKONGSIAN NILAI SEPUNYA
& KEHARMONIAN
Sumber:
https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fxhong1187%2F&psig=AOvVaw3ufaNremTLlRNCo_Q2WaMr&ust=1
633426181740000&source=images&cd=vfe&ved=0CAgQjRxqFwoTCOjeq-24sPMCFQAAAAAdAAAAABAD
8
CHAR KUEW TEOW ● Char Kuew Teow makanan yang sangat
popular yang boleh didapati di Malaysia.
SLIDESMANIA.COM
● Biasanya ia digoreng dengan kepanasan
tinggi bersama kicap cair, kicap pekat, cili,
pes udang, udang, kerang, tauge dan daun
kucai.
● Char Kuew Teow juga digoreng bersama
dengan telur, udang, kerang, tauge dan
lain-lain lagi.
● Hidangan ini turut disajikan diatas daun
pisang yang diletakkan di dalam pinggan bagi
meningkatkan lagi aromanya.
9
SLIDESMANIA.COM ● Tang Yuan adalah salah satu wakil makanan TANG YUAN
ringan tradisional kaum Cina.
10
● Ini adalah makanan berbentuk sfera yang
terbuat dari tepung beras pulut, dan
lain-lain.
● Ia biasanya mempunyai tambalan dan
dimasak dengan sup.
● Ia juga merupakan makanan paling khas dari
Festival Lantern.
● Bentuk bulat bola dan makan dengan
mangkuk melambangkan kebersamaan
keluarga.
MAKANAN TRADISIONAL KAUM DAPAT MENJALIN HUBUNGAN PERSAHABATAN,
KEKELUARGAAN,BUDAYA, AGAMA, ADAT RESAM, PERKONGSIAN NILAI SEPUNYA
& KEHARMONIAN
SLIDESMANIA.COM
Sumber:https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fnanbriyanigamjohor%2Fposts%2F1879855078724575%3Fcomment_id%3D1886630321380384&psig=AOvVaw35K5-RZ7orrazI4LmZRq2S&ust=1633426451143000&sour
ce=images&cd=vfe&ved=0CAgQjRxqFwoTCJiuqu65sPMCFQAAAAAdAAAAABAD 11
SLIDESMANIA.COM● Nasi beriani semakin terkenal di Malaysia. Menu tersebut NASI BRIYANA
dikatakan berasal dari Benua Kecil India. Bagaimanapun,
masakan ini diubahsuai sedikit mengikut cita rasa 12
masyarakat majmuk di Malaysia.
● Menu beriani dibuat dengan rempah-ratus, beras dan
daging atau sayur-sayuran. Di Utara India, ia secara
tradisinya dikaitkan dengan masakan Mughlai dan di India
Selatan, ia secara tradisinya dikaitkan dengan masakan
Hyderabadi.
● Masakan ini merupakan salah satu pengaruh utama Tamadun
Islam di India. Dari segi sejarah, jenis beras yang paling
biasa digunakan dalam penyediaan beriani adalah beras
perang tetapi kini beras beras basmati digunakan secara
meluas.
● Rempah-rempah dan bahan penyedap yang digunakan dalam
beriani adalah minyak sapi, buah pala, cokmar, lada, bunga
cengkih, buah pelaga, kayu manis, daun salam, ketumbar,
daun pudina, halia, bawang, dan bawang putih.
● Di Malaysia hidangan ini disebut dengan tambahan kata nasi
iaitu nasi briyani, nasi briyani, nasi beriani atau nasi biriani.
Nama hidangan ini berasal dari bahasa Parsi, yang berarti
goreng atau panggang.
SLIDESMANIA.COM ROTI CANAI
● Roti canai merupakan salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Roti canai dimakan sebagai
makanan pagi, tengah hari, petang, dan malam.
● Roti canai juga sering kali dimakan bersama-sama dengan minuman teh tarik atau teh ais. Roti canai
biasanya dihidangkan dengan kuah dal, parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.
● Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu di belakang roti adalah hasil dari tingkah laku
pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti.
● Ada juga yang mengatakan bahawa perkataan canai di belakang roti ini asalnya dari jenis dal yang
digunakan bersama roti ini, iaitu "Channal".
● Mengikut versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India kerana ramai
pencanai roti ini kebanyakannya adalah berasal dari sana ketika kebanjiran orang India di Malaysia.
13
● Murukku adalah makanan tradisional MURUKKU
masyarakat India.
SLIDESMANIA.COM
● Sebut sahaja namanya pasti ramai
mengenalinya.
● Ia antara makanan ringan yang sangat
digemari ramai.
● Selain nama murukku, ia turut dikenali
dengan nama chakli dan chakri.
● Bahan utama untuk menghasilkan kuih ini
adalah urad dhal, tepung kacang tosai dan
tepung beras.
14
MAKANAN TRADISIONAL KAUM MINORITI DAPAT MENJALIN HUBUNGAN
PERSAHABATAN, KEKELUARGAAN,BUDAYA, AGAMA, ADAT RESAM, PERKONGSIAN
NILAI SEPUNYA & KEHARMONIAN
SLIDESMANIA.COM
Sumber:https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fkongsiresepi19.netlify.app%2Fresepi-umai-ikan.html&psig=AOvVaw2v_iveIxECkqZF8FpggLMk&ust=1633426721297000&source=images&cd=vfe&ved=0CAgQjRxqFwoTCLjDyPC6sP
MCFQAAAAAdAAAAABAO
15
SLIDESMANIA.COM ● Hinava merupakan makanan tradisional penduduk di Sabah HIVANA SABAH
terutama sekali masyarakat dari suku kaum Kadazan-Dusun
yang mana ia merupakan antara makanan yang paling popular 16
dan diminati.
● Hinava juga dikenali dengan nama Hinava Ginapan.
● Hinava dibuat daripada isi ikan segar. Isi ikan yang biasa
digunakan untuk membuat Hinava adalah dari isi ikan Yu atau
Tenggiri.
● Walaubagaimanapun ikan lain boleh juga digunakan untuk
membuat Hinava. ini termasuklah menggunakan sotong atau
udang.
● Hinava selalunya dihidang untuk majlis-majlis tertentu seperti
majlis perkahwinan. Ia juga menjadi hidangan yang istimewa
bagi suku kaum Kadazan-Dusun ketika sambutan Pesta
Kaamatan atau Tadau Kaamatan.
● Untuk menghidangnya, isi ikan segar tersebut akan dicampur
menggunakan bahan-bahan diatas dan digaul-gaulkan. Isi ikan
tersebut tidak perlu dimasak kerana isi ikan tersebut akan
masak melalui perahan limau nipis atau limau kasturi.
KEK LAPIS
SARAWAK
SLIDESMANIA.COM ● Kek Lapis Sarawak adalah sejenis kek lapis yang
lazimnya dihidangkan di Sarawak, Malaysia pada
majlis-majlis khas.
● Dalam bahasa Melayu, kek itu dikenali sebagai kek
lapis Sarawak, kek lapis moden Sarawak, atau hanya
kek lapis. Kek lapis Sarawak sering dihidangkan
semasa perayaan keagamaan atau kebudayaan seperti
Aidilfitri, Krismas, Deepavali, hari lahir dan majlis
perkahwinan serta dijadikan sebagai buah tangan
oleh pelancong yang berkunjung ke Sarawak.
● Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi
rumah terbuka pada hari perayaan. Ciri unik rumah
terbuka di Sarawak adalah kek berlapis moden.
17
SLIDESMANIA.COM ● Ayam Pongteh adalah hidangan Baba dan
Nyonya. Ia diperbuat daripada ayam, kentang
dan kicap manis dan gula Melaka sebagai
penambah perisa.
● Hidangan ini begitu enak sekali dan sering
dijadikan hidangan tengahari mahupun malam.
● Ayam Pongteh adalah hidangan khas
Peranakan yang menggunakan kacang soya
fermentasi sebagai bahan utamanya.
● Ia direbus bersama-sama dengan kentang di
atas api yang kecil bersama kicap dan gula
Melaka sehingga lembut.Hidangan ini
mempunyai rasa yang sedikit manis dan
terbaik disajikan dengan nasi.
18
SLIDESMANIA.COM PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan ini kepada guru pembimbing saya
kerana tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya telah membuka ruang untuk saya menyiapkan
tugasan ini dengan sempurna. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu
bapa saya yang memberi pemudahcara untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka telah
memberikan segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga saya
berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada
rakan-rakan yang banyak membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya
utarakan kepada mereka.
Akhir sekali, saya mengkalungkan ribuan penghargaan buat semua yang membantu serta saya
juga ingin memohon kemaafan jika berlaku sebarang kesalahan yang tidak sengaja dilepas
pandang oleh pihak saya terhadap hasil Anyflip Silang Budaya ini.
Terima kasih.
19
SLIDESMANIA.COM PENUTUP
Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa makanan tradisi sesuatu kaum dapat
membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia ini. Masyarakat
dapat mengenali dengan lebih mendalam makanan yang terkenal antara pelbagai jenis
kaum di Malaysia.
Selain itu, masyarakat dapat mengetahui keunikan yang ada pada setiap jenis makanan
tersebut di mana makanan tradisi ini pula mempunyai keunikan yang tersendiri yang
mampu menarik kaum lain untuk cuba merasa. Di samping itu, makanan pelbagai bangsa ini
turut menyumbang kepada tahap pemahaman dan perpaduan kaum di Malaysia.
Akhir sekali, melalui makanan masyarakat dapat mencerminkan bahawa tahap perpaduan
mengikut kaum dapat memainkan peranan dan semangat perpaduan di kalangan kaum. Oleh
itu, pendedahan mengenai makanan-makanan dari pelbagai jenis kaum di Malaysia perlu
diperkemas supaya masyarakat di Malaysia dapat mengetahui tentang tradisi makanan di
Malaysia.
20