The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ASSIGMENT FIQH MUAMALAT ECO2073 (FARAID)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR ADRIENA RISHA MOHD RIDZUAN, 2021-05-10 03:14:47

ASSIGMENT FIQH MUAMALAT ECO2073 (FARAID)

ASSIGMENT FIQH MUAMALAT ECO2073 (FARAID)

FIQH MUAMALAT
ECO2073

Tajuk:

Harta Pusaka
(Fara’id)

LECTURER’S NAME: Pn. Ashikin Binti Salleh

NAMA NOMBOR ID
1. NURUL NUR ADILAH BINTI ISMAIL BMF20-07-042
2. AININ ZULAIKHA BINTI ZAZALLI BMF20-07-046
3. NUR SYAHIRAH ATIQAH BINTI SHARUDDIN BMF20-07-047
4. NOR ALYA DAYANTI BINTI MOHD AZIZI BMF20-07-086
5. NUR ADRIENA RISHA BINTI MOHD RIDZUAN BMF20-07-044

CLASS DBF3B

Tarikh Hantar:
14 MEI 2021

Penghargaan

Assalammualaikum, setinggi- tinggi kesyukuran kehadrat ilahi kerana dengan limpah
kurnianya dapat kami menyiapkan kerja kursus ini dengan mudah dan dalam waktu yang
diberikan. Kami menjalankan tugasan ini untuk memenuhi keperluan kerja kursus ECO2073.

Tugasan ini tidak mungkin dapat disiapkan tanpa bantuan dan sokongan daripada
pensyarah kami Pn. Ashikin Binti Salleh dan rakan-rakan kami. Oleh itu, kami ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami kerana memberi peluang kepada
kami untuk melaksanakan tugasan ini dan membimbing kami sepanjang perlaksanaan kerja
kursus ECO2073.

Selain itu, kami juga ingin mengucapkan kepada rakan-rakan kami yang membantu
secara langsung atau secara tidak langsung. Kami juga amat bersyukur kerana semua ahli
kumpulan telah memberikan Kerjasama yang baik dalam menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, kami berharap agar kerja kursus ECO2073 ini dapat menambahkan lagi
ilmu pengetahuan kami dalam pembelajaran Fiqh Muamalat.

Isi Kandungan M/S
Perkara

1. Pengertian Fara’id 1-2
3-7
Isu-Isu Semasa
Isu 1 3
4
2. Isu 2 5
Isu 3 6–7
Isu 4
8-9
3. Pandangan Ulama’ 10 - 12
4. Kaedah Penyelesaian
5. Kesimpulan 13
6. Penghargaan 14
7. Rujukan 15 - 16

Pengertian Fara’id

Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah
menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan.

Manakala menurut istilah, faraid adalah pembahagian harta seorang yang beragama
Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya.
Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri,
suami, ibu dll), dengan menurut hukum Islam.

Harta yang dibahagikan adalah baki harta yang ditinggalkan selepas ditolak
segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang
dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta), dan hutang si mati. 1

Menurut islam, selepas kematian seseorang muslim, maka wujudlah hak hak tertentu
ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak hak tersebut telah pun ditentukan sendiri oleh Allah
secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya
adalah wajib untuk ditunaikan, dan Fardhu Kifayah kepada umat islam (khususnya waris-
waris) untuk menyelesaikannya, sama hukumnya seperti menyembahyangkan jenazah.

Undang-undang Pusaka Islam (faraid) telah disyariatkan oleh Allah s.w.t secara
berperingkat-peringkat supaya ianya sesuai dengan falsafah perundangan dan tabiat
semulajadi manusia yang agak sukar untuk mengubah adat kelaziman. Pada peringkat awal,
agama Islam mengekalkan sistem pusaka Jahiliah, iaitu sistem sementara berdasarkan
persaudaraan dan hijrah.

Kemudian sistem itu telah dibatalkan dan diganti dengan sistem pembahagian pusaka
secara wasiat kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat berdasarkan ayat 180, surah al-
Baqarah. Pada peringkat akhir, semua sistem tersebut telah dimansuhkan dan undang-undang
pusaka islam yang ada sekarang adalah merupakan ketetapan Allah s.w.t. berdasarkan ayat
11, 12 dan 176, surah Al-Nisa.

1 Sistem Maklumat Faraid: Pengenalan

1

Undang-undang Pusaka Islam adalah satu sietem pusaka yang lengkap dan
menyeluruh (syumul) dengan memberi jaminan terhadap ahli ahli waris yang berhak, kadar
bahagian mereka dan ahli ahli waris yang tidak berhak terhadap harta pusaka. Allah s.w.t.
telah menentukan hukum dan cara pembahagian dalam harta pusaka dikalangan ahli-ahli
waris, dengan tujuan untuk memberi keadilan kepada semua peringkat ahli- ahli waris dan
mengelak pergaduhan dikalangan mereka.2

2 Madya Mohd Ridzuan, Faraid: Manifestasi Kesyumulan Pengurusan Harta Dalam Islam (Universiti Kebangsaan
Malaysia, Jabatan Syariah), 1

2

Isu-Isu Semasa

1) Balu Abam Bocey puas hati pembahagian faraid

Berdasarkan keratan akhbar diatas, terdapat isu yang berkaitan dengan faraid.
Sebelum ini, kita disosial media penuh dengan perebutan harta arwah Abam Bocey.
Hal ini kerana beliau tidak sempat menyediakan wasiat sebelum pergi meninggalkan
dunia buat selamanya. Oleh hal demikian, berlakulah perebutan harta diantara
keluarga kandung dengan isteri beliau.

Pada 10 september 2020, isu ini telah pon diselesaikan oleh Mahkamah Rendah
Syariah Shah Alam. Selain itu juga isteri beliau, Nor Hidayah,28 menyatakan sangat
berpuas hati diatas keputusan tuntutan faraid yang ditetapkan. Antara harta yang
difaraidkan ialah rumah, kereta, wang tunai dan barangan peribadi arwah seperti jam
tangan, kamera dan telefon.3

3 Farihad Mahmud, Berita Harian Online: Balu Abam Bocey puas hati pembahagian faraid (2020)

3

2) RM70 Billion Harta Pusaka Tidak Dituntut

Keratan akhbar di atas menyatakan tentang RM70 bilion harta pusaka yang
masih belum dituntut. Bergaduh sesama waris, kurang kesedaran dan sikap ambil
mudah menjadi faktor hampir RM70 bilion nilai harta pusaka dengan majoritinya milik
orang Melayu di negara ini tidak dituntut sejak merdeka hingga kini. Nilai wang yang
banyak itu tertanam begitu sahaja dan jika dicairkan ia memberi lebih manfaat kepada
waris dan secara tidak langsung memajukan ekonomi orang melayu.4

Imani, 34, jurutera teknologi maklumat merupakan adik bongsu daripada tiga
beradik lelaki menyatakan bahawa dia tidak meyangka, kematian orang yang
disayangi merupakan permulaan persengketaan yang dapat mengeruhkan hubungan
kekeluargaannya. Perkara ini banyak berlaku di dalam negara kita kerana tiada
perancangan dan pembahagian harta yang dilakukan semasa hayat. Perunding
pusaka, Azrin Sabirin berkata, ada juga waris tidak ambil peduli mengenai harta
pusaka kerana harta yang ditinggalkan tidak setimpal dengan proses yang perlu
dilalui.5

Isu yang terdapat dalam situasi di atas ialah ialah kekurangan pemahaman atau
pengetahuan tentang pengurusan faraid dalam kalangan masyarakat di dalam
Malaysia. Seharusnya masyarakat perlu mengambil berat dalam mempelajari
pengetahuan tentang faraid agar dapat mengurangkan pergaduhan, harta yang tidak
dituntut dan sebagainya. Disebabkan oleh ini RM70 bilion harta pusaka masih belum
dituntut oleh pewaris yang sepatutnya terjadi di dalam negara kita.

4 Ekhwan Haque, MyMetro: Harta RM70 billion tergantung (2020)
2Mstar: Jangan berlengah… RM70 bilion harta pusaka tak dituntut, uruslah Ketika masi hidup! (2020)

4

3) Ibu Jamaludin Jarjis faraid harta RM2 bilion

Menurut istilah di dalam syarak, faraid adalah pembahagiaan harta pusaka selepas
kematian seseorang islam yang telah ditetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris
yang sah dan layak. Harta yang dibahagikan adalah baki harta yang ditinggalkan selepas
ditolak segala pembiayaan dan hutang si mati. Faraid sering berlaku sekiranya si mati
meninggal dengan tiba-tiba dan tidak sempat meninggalkan wasiat. 6

Isu yang ingin saya bincangkan adalah berkaitan harta pusaka Allahyarham Jamaludin
yang meninggal akibat helicopter yang dinaikinya meletup di Semenyih. Berdasarkan artikel
di atas, ibu Allahyarham ingin memohon sijil faraid harta yang bernilai RM 2 billion. Ibu
Allahyarham juga menyaman 2 cucu dia yang tidak memasukkan saham tiga buah syarikat ke
dalam senarai asset harta pusaka. Menurut islam ahli waris yang mendapat keutamaan adalah
seperti turutan berikut iaitu bapa, ibu, anak lelaki, anak perempuan, barulah suami/isteri. 7

Jadi disini ibu Allahyarham sangat berhak untuk menuntut sijil faraid kepada
mahkamah dan salah bagi anak Allahyarham untuk menyembunyikan beberapa harta pusaka
milik bapanya. Kedua-dua cucu tersebut jugak meminta ibu Allahyarham menandatangani dua
dokumen tanpa memberi peluang kepada ibu Allahyarham untuk meminta nasihat daripada
pakar undang-undang.

6 Nor Azura Abdol Jalil, BH Online: Ibu JJ mohon sijil faraid harta RM2 bilion (2018)
7 Ahmad Johari Mohd Ali, BH Online: Ibu allahyarham Jamaludin saman 2 cucu tuntut harta pusaka (2019)

5

4) Tipu harta pusaka: Suri rumah diberi tempoh 9 hari

Seorang suri rumah diberi tempoh sembilan hari bagi memberi jawapan ke atas
tuntutan ganti rugi berjumlah RM720,000 oleh lima adik-beradik kepadanya kerana didapati
melakukan penipuan harta pusaka arwah bapa mereka. Keputusan dibuat di Mahkamah Tinggi
Kuala Terengganu pada Selasa, selepas wanita berusia 48 tahun itu, selaku defendan
memohon agar memberi sedikit masa kepadanya bagi mempertimbangkan semula tuntutan
berkenaan.

Defendan sebelum ini didapati menjual enam lot tanah pusaka milik kelima-lima
beradik itu tanpa pengetahuan dengan cara menipu tandatangan tiga daripada mereka
semasa proses jual beli tanah di Kemasik, Kemaman. Jabatan Kimia turut mengesahkan
kesemua tandatangan yang dibuat di setiap dokumen jualan tanah berkenaan adalah palsu.

Sebelum ini, adik-beradik wanita itu yang berusia antara 29 hingga 51 tahun,
memfailkan pernyataan tuntutan berjumlah RM720,000 menerusi Tetuan Mohd Zubir Embong
Pernyataan difailkan pada 17 Januari lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang
mengandungi sembilan tuntutan itu mendapat persetujuan daripada Hakim Datuk Zainal
Azman Ab.Aziz yang menghakimi tuntutan tersebut.

Dalam tuntutan tersebut, plaintif-plaintif turut menamakan Jabatan Ketua Pengarah
Tanah dan Galian, selaku defendan kedua. Mahkamah bersetuju dengan kesemua tuntutan
dibuat antaranya melibatkan bayaran kerugian jualan tanah pusaka dan kos guaman semua
plaintif. Seterusnya, mahkamah menetapkan 25 April 2019 sebagai tarikh rekod
penghakiman.8

8 Sinar Harian, Tipu harta pusaka: Suri rumah diberi tempoh 9 hari (Astro Awani, 2018)

6

Menurut Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman yang merupakan mantan Ketua
Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sebelum ini, beberapa kes penipuan di
dalam permohonan sijil faraid telah dikesan dimana penipuan ini melibatkan penyembunyian
ahli-ahli waris yang berhak ke atas harta pusaka berkenaan. Pihak JKSM dan mahkamah-
mahkamah syariah negeri mendapati bahawa tindakan tersebut menyebabkan berlakunya
pertindihan sijil dalam urusan mengagihkan harta pusaka.

Keadaan ini dikatakan berlaku akibat ketidakseragaman undang-undang negeri-negeri
dalam melibatkan pengurusan harta pusaka (Ibid). Perbuatan menipu dalam mendapatkan
harta warisan merupakan sesuatu yang haram berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-
Nisaa’ ayat 29: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-
harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya).” (Surah al-
Nisa’, 5: 29)9

9 Ainan Husna, ISU-ISU BERBANGKIT DALAM PENGURUSAN HARTA PUSAKA RINGKAS SECARA BERWASIAT DAN
TIDAK BERWASIAT DI AMANAH RAYA BERHAD (ARB), (Universiti of Malaya), 218

7

Pandangan Ulama’

1) Terdapat dua pandangan ulama berkaitan dengan wasiat. Pendapat pertama menyatakan
bahawa wasiat adalah tidak wajib. Pendapat ini dipegang oleh kesemua Imam. Mereka
berpendapat hukum wasiat kepada selain ahli waris adalah harus sahaja. Ayat berkaitan
kewajipan berwasiat di atas telah dinasakhkan hukumnya setelah diturunkan ayat
mengenai pembahagian pusaka kepada waris. Contoh ayat pusaka adalah sebagaimana
firman Allah SWT di dalam Surah al-Nisa' ayat 11 hingga 14: -

Allah mensyariatkan (mewajibkan) kepadamu tentang (pembahagian warisan
untuk) anak-anakmu, (iaitu) bahagian seorang anak laki-laki sama dengan bagian dua
orang anak perempuan. Dan jika anak itu kesemuanya perempuan yang jumlahnya
lebih dari dua, maka bahagian mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan. Jika
dia (anak perempuan) itu seorang saja, maka dia memperoleh setengah (harta yang
ditinggalkan). Dan untuk kedua ibubapa, bahagian masingmasing seperenam dari
harta yang ditinggalkan, jika dia (yang meninggal) mempunyai anak. Jika dia (yang
meninggal) tidak mempunyai anak dan dia diwarisi oleh kedua ibubapanya (saja),
maka ibunya mendapat sepertiga. Jika dia (yang meninggal) mempunyai beberapa
saudara, maka ibunya mendapat seperenam. (Pembahagian-pembahagian tersebut di
atas) setelah (dipenuhi) wasiat yang dibuatnya atau (dan setelah dibayar) hutangnya.
(Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara
mereka yang lebih banyak manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan Allah. Sungguh,
Allah Maha Mengetahui, Mahabijaksana.

Dan bahagianmu (suami-suami) adalah seperdua dari harta yang ditinggalkan
oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika mereka (isteriisterimu) itu
mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya
setelah (dipenuhi) wasiat yang mereka buat atau (dan setelah dibayar) hutangnya.
Para isteri memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak
mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperoleh
seperlapan dari harta yang kamu tinggalkan (setelah dipenuhi) wasiat yang kamu buat
atau (dan setelah dibayar) hutang-hutangmu. Jika seseorang meninggal, baik laki-laki
mahupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak,
tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu) atau seorang saudara perempuan

8

(seibu), maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta.
Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersama-sama
dalam bahagian yang sepertiga itu, setelah (dipenuhi wasiat) yang dibuatnya atau
(dan setelah dibayar) hutangnya dengan tidak menyusahkan (kepada ahli waris).
Demikianlah ketentuan Allah. Allah Maha Mengetahui, Maha Penyantun.

Itulah batas-batas (hukum) Allah. Barangsiapa taat kepada Allah dan RasulNya,
Dia akan memasukkannya ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-
sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang agung. Dan
barangsiapa menderhakai Allah dan RasulNya dan melanggar batas-batas hukum-Nya,
nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka, dia kekal di dalamnya dan dia
akan mendapat azab yang menghinakan.

2) Pendapat kedua pula telah menyatakan bahawa wasiat adalah wajib dan pendapat ini
dipegang oleh Imam Daud Al-Zahiri, Masruq, Tawus, Abas dan Qatadah. Mereka
berpendapat wajib berwasiat kepada ibu bapa dan kaum kerabat yang tidak mendapat
bahagian harta pusaka. Malah Ibn Hazm berpendapat bahawa kewajipan itu tidak akan
gugur dengan kematian seseorang, dan kerana itu beban itu berpindah kepada warisnya
atau pentadbir hartanya.10

3) Mazhab Maliki sebahagian daripada pandangan Mazhab Syafi’i, Abu Dawud sebahagian
Mazhab Hanbali dan Mazhab Isma'liyyah berpandangan wasiat kepada waris adalah tidak
sah sekalipun dibenarkan oleh para waris yang lain.

4) Imam Ahmad bin Hanbal, Ibnu Jarir, Ibn Hazm, sebahagian ulama’ Mazhab Syafi’i dan
Zaydiyyah berpandangan wasiat kepada waris adalah sah jika waris tersebut bukan waris
yang menerima pusaka.

5) Imam Abu Hanifah, sebahagian Syafi’iyyah dan Hanbaliyyah berpandangan wasiat kepada
waris bergantung kepada kebenaran waris-waris pusaka yang lain sama ada
membenarkan atau tidak.

6) Imam al-Hadi, al-Nasir, Abu Talib dan Abu al-Abbas daripada Zaydiyyah dan Mazhab
Imamiyyah sepakat mengharuskan wasiat kepada waris pusaka sekiranya kurang daripada
satu pertiga harta walaupun tanpa mendapat kebenaran waris yang lain.

10 Faridah & Associates, Wasiat dan Faraid: Wasiat orang islam

9

Kaedah Penyelesaian Untuk Isu Tentang
Pembahagian Harta Mengikut Faraid

• Kaedah Ahl al-Rahm
Kaedah ini dikenali sebagai aliran al-taswiyah iaitu menyamaratakan ahli waris-ahli

waris dhawi al-arham dalam menerima harta pusaka. Oleh itu tidak ada perbezaan di
antara ahli waris yang dekat dan ahli waris yang jauh dan antara lelaki dengan perempuan.
Dasar pembahagian pusaka adalah secara sama rata kerana pewarisan mereka semata-
mata atas dasar hubungan kerabat (rahim) dengan si mati.

• Kaedah Ahl al-Tanzil
Kaedah ini dikenali sebagai kaedah penggantian kerana mereka meletakkan anak

keturunan si mati daripada golongan dhawi al-arham pada tempat orang tua mereka yang
menghubungkan mereka dengan si mati sama ada dari kalangan ashab al-Furud atau
asabah dan bahagian mereka juga sama, sama ada secara fardu atau asabah serta
bahagian seorang lelaki dua kali ganda bahagian perempuan.

• Kaedah Ahl al-Qarabah
Kaedah ini melihat kepada keakraban dan kekuatan hubungan antara ahli waris dhawi

al-arham dengan si mati sama ada dari segi jihat, darjat atau kekuatan hubungan darah
(qarabah) seperti mana yang berlaku dalam pewarisan asabah bi al-nafs.

• Kaedah Takharuj
Kaedah takharuj atau permuafakatan bermaksud ahli waris menarik diri daripada

menerima bahagian harta pusaka sama ada sebahagian atau kesemuanya dengan
memberikan bahagiannya itu kepada waris lain sama ada dengan balasan atau tanpa
balasan. Kaedah itu juga adalah penyelesaian yang dicapai sesama ahli waris kerana
dilakukan berasaskan kepada prinsip reda meredai dan toleransi. Ada kalanya berlaku
dalam kalangan masyarakat kita hari ini waris menarik diri daripada menerima harta waris
dan menolak harta itu kepada ahli waris lain.

10

Situasi sebegini selalunya berlaku antara ahli keluarga terdekat seperti ibu atau bapa
menolak bahagian mereka dan menyerahkannya kepada anak atau cucu dan seumpamanya.
Penolakan atau penarikan diri seperti itu dibenarkan oleh syarak mengikut konsep takharuj.
Islam mengiktiraf alternatif pembahagian seperti itu kerana ia dilihat menepati ciri-ciri keadilan
dalam Islam dan mampu mencapai matlamat pembahagian pusaka sebenar selagi mana tidak
bercanggah dengan syariat.

Malah, kaedah itu sebenarnya memberi peluang kepada setiap ahli waris memilih cara
terbaik dalam menyelesaikan permasalahan pembahagian harta pusaka. 11

• Konsep Hibah
Konsep hibah yang wujud dalam al-Qur’an dan alSunnah serta diamalkan oleh orang

Islam di seluruh pelosok dunia, termasuk Malaysia merupakan satu daripada bentuk
pengurusan harta yang dianjurkan dalam Islam. Ia adalah pemberian percuma atas dasar
kasih sayang dan pertolongan yang dibenarkan dalam Islam kepada ahli keluarga atau
sesiapa sahaja yang dikehendakinya.

Hibah dari segi bahasa merupakan perkataan Arab yang berasal daripada kata kerja
wahaba yang bermaksud tabarru ‘, iaitu sumbangan. Menurut Ibn Rushd pula
menerangkan hibah bermaksud pemberian tanpa balasan yang memberi kebaikan dan
kelebihan kepada penerima hibah, sama ada yang diberi iu berupa harta atau bukan harta.

Hibah pada istilah syarak ialah satu akad yang bermaksud pemberian milik sesuatu
tanpa balasan. Menurut mazhab Shafi‘i, hibah ialah pemberian harta tanpa balasan ketika
hidup secara sukarela. Pelaksanaan hibah ialah satu amalan sunat dan digalakkan dalam
Islam.

Amalan ini adalah berdasarkan al-Qur’an, al-Sunnah, ijmak ulama dan logik akal.
Antara ayat al-Qur’an yang menjadi dalil-dalil pensyariatan hibah ialah sebagaimana
firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 177: “…dan menderma seseorang akan
hartanya sedang ia menyayangi, kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang
miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang yang meminta”. 12

11 Suriani Awaludin, Bahagi harta cara takharuj (myMetro)
12 Nurul Izzah, Masalah dan kaedah penyelesaian pewarisan harta pusaka mualaf di Malaysia
(ISLAMIYYAT,2017), 53

11

• Kaedah Al-Radd
Al-Radd dari sudut Bahasa bermaksud kembali, berpaling dan menolak. Menurut istilah

pula ialah mengembalikan lebihan harta kepada waris ashab al-furud (Waris-waris yang telah

ditetapkan bahagian mereka dalam pembahagian harta pusaka pusaka menurut al-Quran, al-Sunnah

dan Ijmak)13 yang wujud dalam sesuatu kes faraid, kerana pada masa yang sama tidak terdapat
waris asabak yang mewarisi lebihan pusaka tersebut. Kaedah ini dalam agihan faraid
menyebabkan pengurangan pada asal masalah dan penambhan pada kadar-kadar habuan
pusaka yang telah ditentukan.14

Tiga syarat penting dalam perlaksanaan kaedah ini bagi menyelesaikan maslah faraid
yang berlaku ialah: -

i. Terdapatnya waris ashab al-furud yang mewarisi harta secara fardu (bahagian tetap)
ii. Terdapat lebihan harta selepas diagihkan kepada waris-waris ashab al-furud
iii. Ketiadaan waris asabah (mengambil secara baki) kerana sekiranya mereka wujud

maka pemulangan semula tidak wujud.15

• Kaedah penyelesaian kepada isu harta beku
Jalan penyelesaian bagi isu ini amat diperlukan bagi membantu dalam mengurangkan
peningkatan aset pusaka yang belum dituntut sepertimana yang telah diperbincangkan dan
dijelaskan di atas tadi. Jika dilihat kembali, sikap masyarakat adalah menjadi masalah utama
atau punca utama yang perlu diselesaikan untuk menangani masalah dalam kelewatan
pengurusan dan pembahagian aset pusaka. Sikap suka berlengah dan mengambil mudah
serta memandang remeh dalam bab

13 K-Faraid, Pembelajaran Ilmu Faraid (Glosari)
14 M. Salleh bin A. Hamid,2001:79
15 Mahad Musa, Zahari. (2020). AGIHAN FARAID MELALUI KAEDAH AL-RADD (PULANGAN SEMULA) SEBAGAI
MEKANISME KEBAJIKAN WARIS DAN AMALAN DI MALAYSIA. Malaysian Journal of Syariah and Law. 8. 1-14.

12

Kesimpulan

Kesimpulannya, masih terdapat ramai umat islam di negara kita yang tidak mengetahui
proses dan syarat- syarat dalam faraid menyebabkan banyak pertelingkahan dan harta faraid
yang beku kerana tidak dituntut oleh mana-mana waris yang berlaku di dalam negara kita ini.

Oleh itu, sebagai umat islam kita perlulah tidak memandang ringan terhadap isu faraid
sesungguhnya perkara ini dituntut dalam islam. Kita juga haruslah mempelajari, memahami
dan mendalami ilmu Faraid agar tidak berlaku isu-isu seperti diatas dalam kehidupan kita. Jika
dilaksanakan faraid dengan betul, ia dapat mengelakkan daripada berlakuya pergaduhan
antara keluarga atau adik beradik.

Sekiranya kita tidak mengetahui dengan mendalam tentang susun atur faraid maka
rujuklah kepada yang lebih arif. Kita mestilah mempunyai sikap tolak ansur sesama manusia
apabila berkenaan dengan isu faraid atau peninggalan harta.

Sesungguhnya Undang-undang Pusaka Islam adalah satu sistem yang lengkap dan
menyeluruh (syumul) Allah s.w.t. telah menentukan hukum dan cara pembahagian dalam
harta pusaka dikalangan ahli-ahli waris, dengan tujuan untuk memberi keadilan kepada semua
peringkat ahli-ahli waris dan mengelak pergaduhan dikalangan mereka.

13

Penghargaan

Terima kasih kepada Tuhan Yang Maha Kuasa, akhirnya kami dapat menyelesaikan
Kerja Kursus ECO2073. Kami merasakan bahawa tugasan ini tidak akan dapat dilaksanakan
tanpa bantuan dan bimbingan dari para pensyarah dan rakan sekelas.

Melalui kerja kursus ini kami dapat mempelajari dan mendalami lagi ilmu tentang
faraid. Kami dapat mengetahui isu yang timbul, pandangan ulama’ dan kaedah penyelesaian
dalam faraid atau pembahagian harta.

Bukan itu sahaja, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kami yang
banyak membantu kami, iaitu Puan Ashikin Binti Salleh, dan juga tidak lupa kepada rakan-
rakan yang banyak membantu kami dalam proses menyelesaikan tugasan ini.

Akhirnya, kami berharap semua tugasan yang kami hasilkan dapat memberi manfaat
kepada kami pada masa akan datang.
Terima kasih.

14

Rujukan

Pengertian

• Sistem Maklumat Faraid: Pengenalan. http://faraid.usm.my/msl/default.html
• Wikipedia: Faraid. .https://ms.wikipedia.org/wiki/Faraid
• Madya Mohd Ridzuan, Faraid: Manifestasi Kesyumulan Pengurusan Harta Dalam Islam

(Universiti Kebangsaan Malaysia, Jabatan Syariah), 1. Hukum_Faraid2_us_ridzuan.pdf

Isu 1

• Farihad Mahmud, Berita Harian Online: Balu Abam Bocey puas hati pembahagian faraid
(2020). Balu Abam Bocey puas hati pembahagian faraid | Berita Harian
(bharian.com.my)

Isu 2

• Ekhwan Haque, MyMetro: Harta RM70 billion tergantung (2020).
https://www.hmetro.com.my/utama/2020/01/534382/harta-rm70-bilion-tergantung

• Mstar: Jangan berlengah… RM70 bilion harta pusaka tak dituntut, uruslah Ketika masi
hidup! (2020).
https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2020/06/10/jangan-berlengah-rm70-bilion-
harta-pusaka-tak-dituntut-uruslah-ketika-masih-hidup

Isu 3

• Nor Azura Abdol Jalil, BH Online: Ibu JJ mohon sijil faraid harta RM2 bilion (2018).
Ibu Allahyarham Jamaludin saman 2 cucu tuntut harta pusaka | Berita Harian
(bharian.com.my)

• Ahmad Johari Mohd Ali, BH Online: Ibu allahyarham Jamaludin saman 2 cucu tuntut
harta pusaka (2019). Ibu JJ mohon sijil faraid harta RM2 bilion (bharian.com.my)

Isu 4

• Sinar Harian, Tipu harta pusaka: Suri rumah diberi tempoh 9 hari (Astro Awani, 2018).
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tipu-harta-pusaka-suri-rumah-diberi-
tempoh-9-hari-173201

15

• Ainan Husna, Isu-Isu Berbangkit Dalam Pengurusan Harta Pusaka Ringkas Secara
Berwasiat Dan Tidak Berwasiat Di Amanah Raya Berhad (Arb), (Universiti of Malaya),
218
https://umexpert.um.edu.my/public_view.php?type=publication&row=MTAxMDgw

Pandangan Ulama’
• Faridah & Associates, Wasiat dan Faraid: Wasiat orang islam.

Wasiat & Faraid – Faridah & Associates (peguamsyariefaa.com.my)
• https://www.merdeka.com/quran/an-nisa/ayat-12
• Hasbullah, Mushaddad & Mahad Musa, Zahari & Zakaria, Mohamad, PENSYARIATAN

FARAID MENGIKUT KERANGKA FIQH ISLAM, (2017). 8,9.
file:///C:/Users/LENOVO/Downloads/KertasKerjaSeminarHibahvsFaraid.pdf

Kaedah Penyelesaian
• Suriani Awaludin, myMetro: Bahagi harta cara takharuj.

https://www.hmetro.com.my/addin/2019/09/493407/bahagi-harta-cara-takharuj
• Nurul Izzah, Masalah dan kaedah penyelesaian pewarisan harta pusaka mualaf di

Malaysia (ISLAMIYYAT,2017), 53.
http://journalarticle.ukm.my/11926/1/21595-67920-1-PB.pdf
• Mahad Musa, Zahari. (2020). AGIHAN FARAID MELALUI KAEDAH AL-RADD (PULANGAN
SEMULA) SEBAGAI MEKANISME KEBAJIKAN WARIS DAN AMALAN DI MALAYSIA.
Malaysian Journal of Syariah and Law. 8. 1-14.
https://www.researchgate.net/publication/346671677_AGIHAN_FARAID_MELALUI_KAED
AH_AL-
RADD_PULANGAN_SEMULA_SEBAGAI_MEKANISME_KEBAJIKAN_WARIS_DAN_AMALAN_
DI_MALAYSIA/citation/download
• K-Faraid, Pembelajaran Ilmu Faraid (Glosari).
http://www.faraid.gov.my/Faraid/glosari.do

16


Click to View FlipBook Version