KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA
FIQH MUAMALAT 2
ECO2513
E-KOMIK
KONTRAK JUAL BELI:
BAY’ AL-SALAM
.
NAMA PENSYARAH: NOOR AISYAH OTHMAN NOMBOR ID
BMF20-07-013
NO. NAMA BMF20-07-009
1. MUHAMMAD AMIRUL LUQMAN BIN ZAID BMF20-07-042
2. MEOR MUHAMMAD BIN ABDOL JALIL BMF20-07-048
3. NURUL NUR ADILAH BINTI ISMAIL BMF20-07-044
4. NUR IFFAH AMANI BINTI MOHD ASRI
5. NUR ADRIENA RISHA BINTI MOHD RIDZUAN KELAS: DBF4B
TARIKH HANTAR:
30/9/2021
ISI KANDUNGA M/S
NO ISI KANDUNGAN 1
1 PENGHARGAAN 2
2 PENGENALAN
3 PENGENALAN WATAK 3–4
4 KOMIK BAY AL-SALAM 5 - 14
5 ISU SEMASA BERKAITAN
6 PANDANGAN ULAMA’ 15
7 REFLEKSI INDIVIDU 16 -17
8 AKTIVITI BERKENAAN BAY AL-SALAM 18 - 22
9 LAMPIRAN
10 RUJUKAN 23
24
25
PENGHARGAAN
Pertama sekali kami ingin mengucapkan Alhamdulillah dan
bersyukur kepada Allah S.W.T dengan limpahan rahmat dan
kurnianya, kami dapat juga menyiapkan tugasan bagi subjek Fiqh
Muamalat 2 (ECO 2513) dengan jayanya.
Pada kesempatan yang ada ini, kami berbesar hati untuk
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami yang
amat disayangi oleh para pelajar iaitu Puan Noor Aisyah Binti
Othman kerana telah mengajar dan memberi bimbingan yang
sepenuhnya terhadap kami tanpa pernah mengira penat dan lelah
serta telah membantu kami untuk melunaskan tugasan yang
telah diberikan.
Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga juga kepada ibu bapa kami kerana mereka telah
mendorong dan juga memberi semangat kepada kami semua
untuk tidak pernah berputus asa serta mendoakan kejayaan
kami.
Akhir sekali, tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan
seperjuangan kami kerana telah menghulurkan banyak bantuan
dan kerjasama bagi menyempurnakan tugasan ini sehingga
sukses.
1
PENGENALAN
Seperti yang telah kita pelajari, terdapat beberapa bahagian
transaksi akad jual beli yang telah dibenarkan oleh syarak.
Antaranya ialah Bay’ Al-Salam atau lebih dikenali sebagai jual beli
tempahan. Bay’ Al-Salam ialah salah satu transaksi jual beli yang
telah dibenarkan oleh syarak. Hampir setiap orang dalam kalangan
kita yang kerap mempraktikkan kontrak ini dalam kehidupan
seharian mereka tanpa menyedarinya.
Hal ini kerana, masyarakat kita memandang remeh serta tidak
mengambil berat tentang hal ini sehinggakan ramai yang tidak
tahu tentang konsep Bay’ Al-Salam. Justeru itu, dengan adanya
penerangan tentang rukun, syarat-syarat dan dalil di dalam plot
penceritaan ini, semoga dapatlah membantu sedikit sebanyak
kepada si pembaca dalam memahami konsep Bay’ Al-Salam.
2
3
4
SITUASI DI RUANG TAMU Betul juga cakap kamu
tu. Apa kata kita pergi
Abang, rumah baru kita keluar mencari perabot
ni nampak kosonglah.
petang ni?
Jom kita pergi beli
perabot nak tak?
Saya okay je. Sekejap Baiklah, jangan lupa
saya senaraikan perabot untuk bilik,
ruang tamu, dan dapur
perabot yang kita perlu
beli. kita ya.
5
Kalau begitu, abang Ya abang, saya akan
akan cari kedai perabot pastikan semua
yang berdekatan perabot itu lengkap.
dengan rumah kita.
6
DALAM PERJALANAN KE KEDAI Abang pilih kedai
perabot apa?
Kedai Mutiara Perabot.
Selain dekat dengan Tak sabarnya saya nak
rumah kita, perabot di lihat perabot2 di situ.
situ juga cantik dan Mesti menarik kan!
berkualiti.
Betul, tetapi jangan pula
kamu berlebihan
membelanjakan untuk
perabot nanti ya.
Hehe, okay abang.
7
DALAM KEDAI Kami sedang mencari
perabot untuk rumah kami.
Selamat datang ke Antaranya sofa, almari, katil
Mutiara perabot. Ada
apa yang boleh saya dan meja makan.
bantu?
Oh, semua perabot itu ada Baiklah, jom Aina
dijual di sini encik. Mari kita lihat contoh-
contoh perabot itu.
saya bawakan encik untuk
lihat model perabot itu.
8
TIDAK LAMA SELEPAS ITU… Abang, saya rasa kita
dah dapat semua
Jom kita ke kaunter.
perabot yang kita nak.
Mari buat tempahan di
kaunter.
SELEPAS SELESAI BAYARAN DI KAUNTER… Baiklah Encik Ali, kami akan
siapkan perabot encik dalam
Saya ingin masa 2 minggu, kemudian kami
membayar penuh akan terus hantar ke rumah
secara tunai ya.
Baiklah, terima kasih ya. encik.
9
SELEPAS 2 MINGGU Eh, tidak ada! Sekejap biar
abang call kedai itu untuk
Abang, sofa yang kita menanyakan tentang sofa itu.
tempah di kedai
perabot itu tidak ada.
10
ALI CALL ABU
11
12
ALI MEMBERITAHU AINA Mereka lupa untuk
menyiapkan tempahan
Oh, baguslah kalau begitu. sofa kita. Jadi abang
Mereka pun telah melanggar batalkan tempahan itu.
syarat kontrak Bay’ al-salam
yang dilakukan.
Bay’ al-salam ialah sesuatu kontrak Bay’ al-salam?
yang akad pembelian barang dan
pembayaran penuh dilakukan dahulu,
dan barang yang dibeli akan diserahkan
pada masa hadapan.
13
Perkara tersebut dijelaskan dalam kontrak yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak.
Jadi abang telah membuat pilihan yang bagus untuk membatalkan tempahan sofa tersebut
kerana pada mulanya kontrak itu sah kerana pembayaran secara tunai telah dilakukan
semasa akad dan juga barang tempahan telah diterangkan secara terperinci. Tetapi
apabila syarat yang telah ditetapkan sewaktu akad tidak dapat dipenuhi, maka kontrak itu
akan terbatal.
Baiklah. Oh begitu, barulah abang
faham pasal kontrak Bay’
al-salam ni. Okay petang ni
abang cari kedai perabot
yang lain yang boleh
siapkan dalam waktu
terdekat ini tempahan sofa
kita itu.
-TAMAT-
14
ISU SEMASA BERKAITAN BAY AL-SALAM
Isu semasa yang selalu berlaku di dalam kontrak Bay al-salam
ini ialah apabila penjual mempunyai masalah dalam proses
pembuatan tempahan, kerana mengambil tempahan yang terlalu
banyak. Perkara ini akan menyebabkan beberapa tempahan
pelanggan lain tidak dapat disiapkan dalam waktu yang telah
ditetapkan. Ia juga boleh menyebabkan pelanggan mendapat
barang tempahan yang tidak sama dengan apa yang telah
dinyatakan di dalam kontrak sewaktu pembelian berlaku, akibat
kekeliruan tempahan yang banyak.
Apabila terdapat perjanjian atau syarat di dalam kontrak yang
tidak dapat dipenuhi, maka secara automatik kontrak Bay al-salam
akan terbatal. Seperti yang telah ditunjukkan di dalam komik, Abu
tidak dapat menyiapkan tempahan perabot yang dilakukan oleh Ali
pada waktu yang telah ditetapkan dan menyebabkan Ali untuk
membatalkan kontrak Bay’ al-salam yang dilakukan. Oleh itu,
penjual perlulah mengetahui tahap pengambilan tempahan yang
boleh dilakukan agar tidak akan timbul sebarang masalah yang
boleh menyebabkan pembatalan kontrak berlaku.
15
PANDANGAN ULAMA’
* Ulama mazhab Syafie dan Hanbali menyatakannya sebagai satu
akad ke atas satu perkara yang disifatkan dalam tanggungan
dengan harganya diterima didalam majlis akad berkenaan.
* Ulama Maliki pula menyatakan sebagai jualan yang didahulukan
harga dan ditangguhkan barangan ke sesuatu tempoh.
* Didalam Al-Quran terdapat ayat berhubung dengan penghutang,
iaitu di dalam surah Al-Baqarah ayat 282:
Allah berfirman ; Wahai orang-orang yang beriman,
apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang
piutang yang diberikan tempoh hingga ke suatu masa
tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa
bayaran) itu. [al-baqarah ; 282]
* Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW setelah
tiba di madinah mengamalkan tempahan terhadap buah untuk
tempoh setahun, dua tahun atau tiga tahun. Lalu Baginda SAW
bersabda ;
Maksudnya: “Sesiapa yang menjual beli sesuatu secara
salaf (salam) , hendaklah dia lakukan jual beli salaf (salam)
dengan sukatan yang termaklum dan timbangan yang
termaklum bagi tempoh yang juga termaklum” [Hadith
riwayat Al-Bukhari dan Muslim]
* Bai Al-Salam tidak termasuk larangan Nabi SAW tentang tidak
bolehnya seseorang menjual sesuatu yang tidak ada padanya. Ibn
‘Abbas berkata :
“ Dan ia Bay Salam tidak termasuk dalam larangan Rasulullah SAW,
dari seseorang menjual apa yang tidak ada di sisinya sepertimana
sabda baginda SAW:
Maksudanya : “Jangan kamu menjual sesuatu yang tidak
ada disisi kamu” [Riwayat Ahmad dan Ashab Al-Sunan, dan
disahihkan oleh Al-Tirmizi dan Ibn Hibban]
16
PANDANGAN ULAMA’
* Dalam akad Al-Salam dikenakan beberapa syarat. Antaranya
berkaitan dengan harga tempahan atau bayaran, yang lainnya
berkaitan dengan barang yang dijual dengan Al-Salam. Ulama
empat Maazhab telah sepakat bahawa Bay Salam ini sah dengan
enam syarat, iaitu:
1. Hendaklah diketahui jenisnya
2. Hendaklah diketahui sifatnya
3. Hendaklah diketahui jumlahnya
4. Tempoh penyerahan ditentukan
5. Mengetahui kadar nilai harganya
6. Hendaklah memaklumkan tempat penyerahan jika membawa
barang tempahan ke sana memerlukan perbelanjaan
17
REFLEKSI INDIVIDU
Saya Meor Muhammad Bin Abdol Jalil amat bersyukur kerana saya
dan rakan-rakan seperjuangan dapat menyiapkan tugasan ECO2513
dalam masa yang ditetapkan. Sepanjang tempoh saya menyiapkan
kerja ini, saya dapat menambah ilmu dengan lebih mendalam serta
pemahaman saya tentang Bay’ Al-Salam lebih baik dari sebelumnya.
Selain itu, saya juga dapat mengetahui rukun dan syarat yang mesti
dipatuhi agar tidak membatalkan kontrak tersebut. Bukan hanya itu
sahaja, saya juga dapat mengetahui bagaimana cara untuk
membuat e-komik dan aplikasi manakah yang sesuai untuk
digunakan. Akhir sekali, tugasan ini telah banyak menambah
pengetahuan saya tentang Bay’ Al-Salam dan saya ingin berterima
kasih kepada semua ahli kumpulan kerana telah memberikan
kerjasama yang jitu untuk menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna.
18
REFLEKSI INDIVIDU
Saya Nur Adriena Risha Binti Mohd Ridzuan amat bersyukur kerana
saya dan rakan-rakan dapat menyiapkan kerja kursus ECO2513
pada masa yang diberikan kepada kami. Tajuk yang telah kami pilih
ialah kontrak bay’ al-salam. Sepanjang saya menyiapkan tugasan
ini, saya dapat lebih memahami kontrak bay’ al-salam dan
mengetahui rukun dan syarat yang perlu dipatuhi agar kontrak bay’
al-salam tidak terbatal. Bukan itu sahaja, saya juga dapat
menambah ilmu pengetahuan tentang cara pembuatan e-komik dan
aplikasi yang sesuai untuk digunakan. Kesimpulannya, kerja kursus
ECO2513 telah banyak menambah pengetahuan saya berkenaan
kontrak bay’ al-salam dan cara melakukan tugasan secara
berkumpulan.
19
REFLEKSI INDIVIDU
Saya Nur Iffah Amani Binti Mohd Asri amat bersyukur kerana saya
dan rakan-rakan saya, dapat menyiapkan tugasan ini pada masa
yang diberikan. Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini saya dapat
belajar dengan lebih mendalam mengenai kontrak bay’ al-salam.
Antaranya, saya dapat mengetahui maksud bay’ al-salam. Bay’ al-
salam ialah jual beli sesuatu barangan secara tangguh dengan
bayaran harga secara tunai. Selain itu, saya juga dapat mengetahui
rukun dan syarat yang perlu dipatuhi agar kontrak tersebut tidak
terbatal. Di samping itu, saya juga dapat menambah ilmu
pengetahuan tentang cara membuat e-komik. Akhir sekali, saya
ingin berterima kasih kepada semua ahli kumpulan kerana dapat
memberikan kerjasama yang baik dan saling membantu antara
sama lain demi menyiapkan tugasan ini.
20
REFLEKSI INDIVIDU
Saya Nurul Nur Adilah bt Ismail amat bersyukur kerana saya dan
rakan-rakan dapat menyiapkan tugasan ini pada masa yang
ditetapkan. Kami telah memilih kontrak Bay As Salam sebagai tajuk
tugasan kami. Melalui tugasan ini, saya dan rakan-rakan dapat
mendalami dan menambah ilmu pengetahuan tentang kontrak bay
As Salam. Contohnya seperti pandangan ulama, syarat dan rukun
kontrak ini. Selain itu, saya juga dapat mempelajari cara membuat
e-komik. Akhir sekali, saya berterima kasih kepada rakan-rakan
sekumpulan saya kerana tanpa kerjasama mereka, tidak siaplah
tugasan ini.
21
REFLEKSI INDIVIDU
Saya Muhammad Amirul Luqman bin Zaid ingin menzahirkan rasa
kesyukuran kerana saya dan rakan sekumpulan berjaya
menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Kumpulan kami telah memilih tajuk kontrak Bay As-Salam.
Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya belajar banyak perkara
seperti ilmu tentang kontrak Bay As-Salam, cara-cara membuat
komik dan kami juga dapat mengeratkan ukhwah sesama kami.
Akhir kata, saya ingin berterima kasih kepada rakan sekumpulan
saya kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang
menyiapkan tugasan ini.
22
Aktiviti
https://crosswordlabs.com/embed/bay-al-salam
Untuk pergi ke website ini sila copy dan paste link ini yang
diberikan di description di bawah.
23
LAMPIRAN
Melakukan perbincangan di Google Meet
24
RUJUKAN
• https://www.slideshare.net/salmy1001/akad-bay-salam-dan-
bau-istisna
• https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-
umum-cat/4270-irsyad-al-fatwa-siri-ke-440-hukum-perniagaan-
meja-penceramah-melalui-tempahan
• https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-
umum-cat/4270-irsyad-al-fatwa-siri-ke-440-hukum-perniagaan-
meja-penceramah-melalui-tempahan
25