The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PAKK2302D_TUGASAN_2_PENGHASILAN_PRODUK_2021311380002.docx (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Christinauding8181, 2022-04-23 07:46:18

PAKK2302D_TUGASAN_2_PENGHASILAN_PRODUK_2021311380002.docx (1)

PAKK2302D_TUGASAN_2_PENGHASILAN_PRODUK_2021311380002.docx (1)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
TUN ABDUL RAZAK,KOTA SAMARAHAN,SARAWAK

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

AMBILAN JUN 2021
SEMESTER 3 TAHUN 1

TUGASAN 2:
PENGHASILAN PRODUK

Nama Pelajar : CHRISTINA UDING EMANG

Angka Giliran : 2021311380002

No.Kad Pengenalan : 811226135792

Kumpulan/Unit : PDPM PAKK1621

Kod Kursus : PAKK2302D

Nama Kursus : SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Nama Pensyarah : PUAN ZURAIDA BINTI SALLEHUDIN

Tarikh Hantar : 11 APRIL 2022

Pengakuan Pelajar
Saya sudah membaca dan dimaklumkan tentang
kerja kursus oleh pensyarah.

Tandatangan:ChristinaU.E
Nama:CHRISTINA UDING EMANG
Tarikh:11 APRIL 2022

Isi kandungan

Tajuk Muka Surat

Isi Kandungan A

Maklumat Kerja Kursus B

1.0 Pengenalan 1

2.0 Perrkembangan sosio emosi dan tingkah laku kanak-kanak mengikut umur 2

2.1 Umur 0 hingga 2 tahun 2

2.2 Umur 3 hingga 4 tahun 3

2.3 Umur 4 hingga 5 tahun 3

2.4 Umur 5 hingga 6 tahun 3

2.5 Perkembangan kanak-kanak 0 hingga 6 Tahun menurut Teori 3

Psikososial Erikson

3.0 Faktor dan implikasi perkembangan sosio emosi dan tingkah laku kanak- 5

kanak

3.1.Perbezaan individu 5

3.2 Faktor keluarga 5

3.3 Faktor persekitaran 6

4.0 Peranan guru 7

5.0 Aktiviti PdP 9

5.1 Penerangan aktiviti 10

5.2 Bahan bantu mengajar 11

5.3 Kaedah pelaksanaan 13

5.4 Implikasi aktiviti PdP 13

6.0 Rumusan 14

Rujukan 15

MAKLUMAT KERJA KURSUS

Tajuk Tugasan

Adalah sangat penting perkembangan kemahiran sosioemosi .Kemahiran sosioemosi dapat
lindung kanak-kanak daripada berdepan dengan permasalahan seperti stress.Ia merupakan
langkah pencegahan awal berhadapan dengan masalah tingkah laku emosi yang lebih serius
dalam kehidupan mereka apabila menjadi remaja atau orang dewasa.

Berdasarkan pernyataan di atas,pelajar dikehendaki menyediakan satu portfolio untuk
mendokumentasikan faktor dan implikasi mengenai perkembangan sosioemosi dan tingkah laku
kanak-kanak .Iaitu dari umur 0 hingga 2 tahun,3 hingga 4 tahun dan seterusnya 5 hingga 6
tahun.Untuk memberi sokongan kepada perkembangan emosi serta tingkah laku kanak-
kanak ,pelajar harus menganalisis peranan guru serta aktiviti-aktiviti yang sesuai.Dengan
merujuk pada KSPK terkini,sila sediakan dokumentasi yang lengkap dan terperinci berkenaan
aktiviti-aktiviti yang sesuai.Dokumentasi aktiviti perlu mempunyai maklumat-maklumat berikut:

I. Nama aktiviti
II. Penerangan berkenaan aktiviti
III. Kaedah-kaedah pelaksanaan yang melibatkan proses perancangan dan pembentangan

melaksanakan aktiviti.
IV. Bahan bantu mengajar dan peralatan yang diperlukan dalam aktiviti.
V. Apakah kesan atau impak aktiviti tersebut terhadap perkembangan sosial emosi dan

tingkah laku kanak-kanak.
VI. Untuk memberikan penjelasan yang lebih jelas,Kad gambar sebagai penunjuk dan

aktiviti pembelajaran.

1.0 PENGENALAN

Perkembangan sosioemosi dan tingkah laku amatlah penting kepada kanak-kanak.Melalui
kemahiran sosioemosi ia dapat membantu kanak-kanak untuk belajar
bekerjasama,berdikari,empati dan melakukan perkara yang diharapkan oleh orang
dewasa.Sosioemosi adalah perkataan dari sosial dan emosi yang dicantumkan.Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat ,sosial bermaksud perkataan iaitu jiwa yang sangat kuat.Emosi berasal
dari perkataan Greek iaitu “emovere” yang yang membawa maksud “untuk keluar”.Emosi adalah
satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang
memberi makna kepada dirinya.Oleh itu,sosio-emosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan
sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat.

Masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak adalah disebabkan perkembangan
sosioemosi yang tidak stabil.Contohnya kanak-kanak yang menghadapi masalah untuk
mengawal dan mengurus emosi biasanya akan mempamerkan tingkah laku yang tidak
tergendali,berasa tertekan dan sedih atau marah.Masalah tingkah laku,tertekan,sedih dan marah
dalam kalangan kanak-kanak di tadika boleh berpunca dari kesan emosi mereka yang tidak
stabil.Untuk mengelakkan perkembangan sosioemosi yang tidak stabil,semua orang dalam
kalangan masyarakat memainkan peranan penting untuk membentuk Sosioemosi dan Tingkah
laku yang memberi kesan positif dan baik di kalangan kanak-kanak.

Sebagai seorang pendidik awal kanak-kanak haruslah memastikan perkembangan Sosio
emosi dan Tingkah Laku kanak-kanak mencapai standard yang dinyatakan ,di dalam kurikulum
dengan merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.Guru juga perlu mencari maklumat serta mempunyai pengetahuan mendalam
berkenaan perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak .Dan juga dari sefi faktor
serta kesannya.

1

2.0 Peringkat peringkat sosioemosi dan tingkahlaku kanak-kanak

2.1 Untuk peringkat umur 0 hingga 2 tahun

Umur Perkembangan sosioemosi
0 hingga 6 bulan  Bayi akan menangis apabila dia inginkan sesuatu .
 Bayi selalu memandang muka orang yang dikenali.
7 hingga 12 bulan  Bayi pada usia 6 minggu sudah pandai senyum.
13 hingga 18 bulan  Boleh membuat ekspresi muka dan senyum.
19 hingga 24 bulan  Dapat meniri ekspresi wajah
 Dah pandai main olok-olok.
 Dah pandai senyum,ketawa dan ada respon apabila dipanggil
 Mula mengenali orang asing.
 Dapat bermain dengan permainan mudah.
 Boleh melambai-lambai seperti “bye-bye”.
 Boleh minum menggunakan cawan menggunakan dua tangan.
 Lebih mudah untuk bermain dengaan orang lebih lama.
 Turut serta bermain dengan orang yang dewasa dalam

keluarga.Seperti ibubapa,kakak,abang ,adik,datuk dan nenek
 Mengenali imej diri dari cermin dan mengetahui imej diri tu wujud
 tunjukkan rasa simpati
 Pandai menurut arahan mudah
 emosi seperti malu,ketakutan,kesedihan,marah,gembira, terkejut

dan rasa salah.
 Tunjukkan perasaan dengan bahasa mudah
 Boleh menyebut nama sendiri dan apabila orang memanggil

nama akan menyahut.
 Dapat mengenali orang-orang yang rapat dengannya dan orang

asing.Contoh ;mengenali bau ibu atau orang asing
 Menunjukkan perapatan yang spesifik(sukar berpisah dengan ibu

atau penjaga)
 Sudah pandai mengawal diri.

2

2.2 Untuk umur 2 hingga 3 tahun
Kanak-kanak mulanya perkembangan konsep kendiri dan penghargaan diri.Bekerjasama dan
agresi instrumental wujud.Sudah mulai memahami sebab-sebab,akibat dan emosi asas melalui
tanda tingkah laku.Perasaan empati bertambah.Percaya stereotaip -jantina dan tingkah lakunya
bertambah.

2.3 Untuk umur 3 hingga 4 tahun
Mempunyai penghargaan diri seperti bermain alat mainan pembelajaran di taska atau
tadika.Sudah pandai mencari kawan sama umur dan sesuaikan diri dengan ibubapa.Aktiviti bukan
sosial berkurang manakala aktiviti sosial bertambah.Agresif instrumental berkurang.Mula
berusaha menjalin persahabatan.Membezakan moral daripada konvensi sosial dan perkara
peribadi .Pandai pilih rakan bermain yang sama jantina.

2.4 Untuk umur 5 hingga 6 tahun
Berupaya meramal .Dapat mempengaruhi respon emosi orang lain menjadi tambah.Sudah dapat
guna bahasa untuk menunjukkan empati.Kemahiran penyelesaian masalah sosial menjadi lebih
baik.Menguasai peraturan yang relevan dalam moral dan tingkah laku.Percaya dengan strerotaip
jantina dan tingkah lakunya terus bertambah.Memahami kekekalan jantina.

2.5 Perkembangan Kanak-kanak 0 hingga 6 tahun menurut Teori Psikososial Erik Erikson
Teori Perkembangan Psikososial menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-
individu di persekitaran kanak-kanak.Erikson percaya manusia berpeluang untuk
memperkembangkan psikologi yang sihat. Berupaya mengatasi kesukaran yang timbul dalam
proses perkembangan.Erik Erikson telah mengemukakan lapan peringkat perkembangan
sosioemosi .

1.Kepercayaan lawan ketidak kepercayaan (Bayi 0 hingga 18 bulan)
Pada peringkat perkembangan ini,bayi memperkembang kepercayaan bahawa persekitaran boleh
diharapkan untuk mencapai keperluan fisiologi dan sosialnya.

3

2. Autonomi lawan perasaan malu dan keraguan ( Bayi akhir bertatih 18 bulan hingga 3
tahun)
Bayi membina keyakinan diri dan autonomi apabila merasa bebas untuk melakukan
sesuatu.Jika terlalu banyak halangan atau bantuan yang diberikan kanak-kanak akan berasa
curiga,terhina dan kurang keyakinan diri.Bayi mempelajari perkara yang dapat dikawal
olehnya dan memperkembang rasa bebas dan rasa kesal serta sedih untuk kegunaan yang
sesuai dalam mengawal diri
3.Inisiatif lawan perasaan bersalah (kanak-kanak berumur 3 tahun hingga 6 tahun)
Pada peringkat umur ini,kanak-kanak belajar untuk bertindak,meneroka,berimaginasi seiring
dengan tindakan dan sebaliknya.

4

3.0 Faktor-faktor serta implikasi perkembangan sosio emosi dan tingkah laku
kanak-kanak

3.1 Faktor perbezaan individu

Perbezaan individu bermaksud ketidaksamaan dalam aspek perkembangan secara
fizikal ,mental emosi dan sosial di kalangan individu.Salah satu ciri perbezaan individu ialah dari
segi sikap.Sikap adalah ciri yang sedia ada dalam diri kanak-kanak di awal kehidupan
mereka.Setiap individu mempunyai tahap temperamen yang berbeza-beza.Misalnya cepat
berasa marah atau mudah berasa sedih dan gelisah,aktif bertindak atau lambat dalam melakukan
sesuatu.Temperamen ini akan mempengaruhi keperibadian setiap individu.

Terdapat beberapa implikasi perbezaan individu.Misalnya dari segi perbezaan emosi,murid
yang mempunyai emosi stabil dapat menumpukan perhatian ketika belajar di dalam kelas,
sebaliknya,emosi yang tidak stabil mengurangkan tumpuan murid.Manakala dari segi
sosial,terdapat murid yang peramah,pendiam,berfikiran terbuka,riang dan sensitif,mudah bergaul
atau suka bersendirian.Perbezaan ini akan mempengaruhi pembelajaran mereka di mana murid
yang aktif kerap mencapai perkembangan yang baik berbanding dengan murid yang pasif,murid
yang cerdas mendapat pencapaian yang tinggi.

Perbezaan individu mewujudkan kepelbagaian tingkah laku.Misalnya ,terdapat juga murid
bermasalah disruptif dan distruktif dalam PdP yang boleh mengganggu murid lain semasa proses
pembelajaran.Manakala murid yang bertingkah laku positif lebih memudahkan guru dalam
mengawal kelas.Dalam hal ini,guru perlu merangka objektif pembelajaran dan pembelajaran(PdP)
yang sesuai dengan keupayaan murid yang pelbagai di dalam kelas.

3.2 Faktor keluarga

Faktor keluarga memberi pengaruh yang utama kepada proses perkembangan kanak-
kanak.Ini melibatkan corak kehidupan kanak-kanak ini di dalam atau luar rumah,corak
makanan,cara asuhan dan juga status sosio ekonomi.Faktor-faktor inilah yang akan
mempengaruhi perbezaan perkembangan setiap individu.Contohnya kanak-kanak dilahirkan
dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengan kasih sayang akan mengalami
perkembangan emosi yang sihat.Makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak
memperkembangkan jasmani

5

dengan sempurna.
Status sosio ekonomi sebenarnya akan memberi kesan terhadap sosioemosi dan tingkah laku
kanak-kanak.Misalnya,kanak-kanak dari kelas sosio ekonomi yang tinggi mempunyai tahap
perkembangan sosioemosi yang baik berbanding dengan kanak-kanak dari keluarga yang
berstatus sosio ekonomi rendah.Status sosio ekonomi keluarga boleh mempengaruhi sikap
kanak-kanak terhadap aspirasi,motivasi dan konsep kendiri kanak-kanak itu
sendiri.Contohya ,kanak-kanak yang dari kelas sosio ekonomi baik akan lebih cenderung untuk
mengikuti cara konsep kendiri yang ditampilkan oleh keluarga.Kejayaan keluarga menjadi
aspirasi kanak-kanak untuk mengikuti langkah kejayaan tersebut.Sebaliknya keluarga yang
bermasalah akan mempengaruhi sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak yang bermasalah.

Asuhan yang positif adalah amat penting untuk melahirkan keluarga yang harmoni.Ibu bapa
bertindak dan berperanan sebagai penjaga,pendidik,pengasuh,pemimpin,perawat,penasihat dan
kaunselor dari segi fizikal,mental dan rohani kanak-kanak.Komunikasi antara ibu bapa dan kanak-
kanak termasuklah mendengar,memahami masalah dan meredakan ketakutan kanak-
kanak ,membantu kanak-kanak apabila memerlukan dan menjelaskan dengan tegas perkara
yang betul dan salah.Ibu bapa serta keluarga perlu sentiasa berkomunikasi dengan baik kerana
ia dapat mengeratkan hubungan.
3.3 Faktor persekitaran

Kedua ibu bapa mahupun setiap orang yang terdekat perlu memberi perhatian dari pelbagai
aspek dalam setiap perkembangan kanak-kanak.Emosi kedua ibubapa haruslah dikawal dan
berada dalam keadaan positif.Jika emosi kedua ibu bapa mahupun setiap orang tidak dikawal,ini
akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak tersebut.Oleh itu,kanak-kanak perlu terdedah
dengan persekitaran yang baik.Faktor-faktor persekitaran yang dapat mempengaruhi
perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak adalah guru,dan sekolah,rakan
sebaya,pengaruh media,sumber teknologi dan pusat ibadah.

6

4.0 Peranan guru

Di peringkat tadika,tanggungjawab guru pendidikan awal kanak-kanak adalah membina
kemahiran sosio emosi kanak-kanak secara berkesan.Guru haruslah wujudkan peluang
pembelajaran melalui pelaksanaan rutin harian,berinteraksi atau bekomunikasi secara baik
dengan kanak-kanak ,sediakan persekitaran kelas yang baik dan aktiviti p& p yang terancang.

Sebagai seorang guru perlulah tunjukkan teladan yang baik.Dalam apa jua keadaan
yang berlaku,ketika memasuki kelas perlulah sentiasa pamerkan senyuman,ceria,sabar,penuh
kasih sayang serta mempunyai sifat-sifat yang positif.Jadilah guru yang prihatin.guru cuba
memenuhi keperluan kasih sayang dan perhatian kepada kanak-kanak di dalam kelas.Guru
perlu jalin hubungan mesra dengan kanak-kanak kerana sebahagian kanak-kanak kurang kasih
sayang dari ibu bapa.Sebagai seorang guru pendidikan awal kanak-kanak,perlu juga
menampilkan personaliti yang kemas,mempunyai sikap memberi kerjasama,sabar,bertimbang
rasa dan selalu memberi galakan atau pujian kepada mereka.Guru merupakan contoh teladan
kepada murid.Peranan guru amat penting dalam menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri
kanak-kanak.Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,guru mengajar sesuatu topik ,dalam
topik tersebut guru selitkan nilai baik dalam aktiviti bercerita,memberi penjelasan kesan emosi
dan tingkah laku yang tidak baik dengan memberi contoh yang mudah difahami oleh kanak-
kanak.Guru perlu memberi peneguhan positif seperti memberi penghargaan,memuji dan
memberi respon positif yang dapat membina dan merangsang pembentukan nilai murni dalam
diri kanak-kanak.

Guru juga bertindak sebagai perancangan PdP,pembimbing dan pemudahcara.Guru harus
rancang aktiviti yang akan dijalankan di dalam kelas dengan bijak.Perkembangan sosio emosi
dan tingkah laku kanak-kanak melalui aktiviti contohnya bermain,bernyanyi dan bercerita dapat
dipupuk semasa mereka saling berinteraksi dan berkomunikasi.Perkembangan sosio emosi dan
tingkah laku positif dapat dibentuk apabila murid-murid mengikuti aktiviti yang mengembirakan
mereka.Guru boleh merancang aktiviti yang boleh merangsang murid-murid untuk sentiasa
bersikap positif.Sebagai contoh,semasa aktiviti berlangsung ,guru meminta kanak-kanak
bermaafan apabila murid berlaku konflik,berkongsi dan bersabar dengan sikap rakan.Guru juga
memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi
dengan memberi sedikit bimbingan mengenai permasalahan yang dihadapi.

7

Seterusnya guru berperanan sebagai pentaksir perkembangan kanak-kanak.Guru akan
membuat penilaian secara berterusan dalam usaha meningkatkan pencapaian perkembangan
kanak-kanak.Secara umumnya ,guru dapat membuat penilaian terhadap perkembangan kanak-
kanak melalui aktiviti yang dijalankan dan melalui pemerhatian guru itu sendiri.Penilaian
bertujuan untuk mengenalpasti perkembangan diri setiap kanak-kanak mencapai objektif yang
diharapkan.

Bagi memastikan kanak-kanak mencapai tahap perkembangan yang sepatutnya,guru akan
merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran(DSKP) dan Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan(KSPK) yang telah disediakan oleh pihak pengurusan
pendidikan.

8

5.0 Aktiviti

5.1 Perancangan aktiviti

Tunjang pembelajaran seperti Tunjang Keterampilan Diri memberi penekanan kepada
mengenali dan mengurus emosi sendiri,serta membina kemahiran sosial.Perkembangan ini
amat penting dan ia menjadi asas kepada pembinaan konsep kendiri yang positif .Seterusnya
kanak-kanak boleh menangani cabaran dalam kehidupan.Selepas mengikuti aktiviti
pembelajaran yang berteraskan Tunjang Keterampilan Diri,kanak-kanak boleh mengenali diri
sendiri,mengurus emosi dan mengawal tingkah laku sendiri,menghormati kepelbagaian emosi
dan pandangan orang lain.Kanak-kanak akan dapat membina kemahiran sosial dalam
kehidupan bermasyarakat serta keyakinan dalam menghadapi pelbagai cabaran.

Pemilihan aktiviti yang sesuai untuk mempengaruhi perkembangan sosioemosi dan
tingkah laku yang positif ialah melalui kaedah nyanyian,main peranan dan bercerita.

Di sini guru telah merancang satu slot aktiviti yang mengandungi ketiga-tiga kaedah
pembelajaran tersebut.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tadika : Tadika Yuk Ing ,Marudi Baram
8.4.2022
Tarikh : 10.00 a.m hingga 10.30 am
14 orang
Masa : Emosi Diri
Tunjang Ketrampilan Diri
Bilangan murid : KD 1.1 Mengenali dan mengurus emosi sendiri.
KD 1.1 Mengenali dan mengurus emosi sendiri.
Tema/tajuk : KD 1.1.1 Mengenalpasti dan menceritakan pengalaman emosi yang
melibatkan perasaan gembira,sedih,takut,marah dan malu.
Tunjang utama : KD 1.1.3 Menyatakan emosi mengikut emosi
BM 2.3.4 Membaca perkataan dengan sukukata terbuka dan tertutup.
Fokus : Pada akhir pembelajaran,murid dapat:
1.Menyatakan jenis-jenis emosi
Standard Kandungan :

Standard Pembelajaran :

Kesepaduan Tunjang :

Objektif Pembelajaran :

9

Pengetahuan Sedia Ada : 2.Melakonkan semula jenis-jenis emosi.
3.Membezakan emosi mengikut situasi.
Bahan Bantu Mengajar : Murid telah mengalami perasaan gembira,sedih,takut dan malu.
Televisyen,komputer,kad gambar
Kemahiran Berfikir(KB) : Menjana idea,menghubung kait
Bekerjasama,mematuhi arahan dan berdisiplin
Penerapan Nilai : Kinestetik,Verbal linguistic,Interpersonal

Fokus MI :

Masa/Langkah Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan
1.Guru menunjukkan video lagu “ kalau ABM
Set Induksi Menunjukkan video lagu rasa gembira tepuk tangan” Komputer riba
(5 minit) kanak-kanak “kalau rasa 2.Guru meminta murid-murid melihat /televisyen
gembira tepuk tangan” video tersebut dengan penuh perhatian. MI
3.Guru dan murid-murid menyanyi lagu Visual-ruang
https://youtu.be/ATat- “Kalau Rasa Gembira”

jdfyaA

Langkah Menunjukkan kad gambar 1.Guru tunjukkan kad gambar yang ABM
pertama
(10 minit) yang bertemakan emosi mempunyai setiap ekspresi muka Kad gambar.

kepada murid-murid.

2.Murid-murid diminta untuk meneka

emosi yang ditunjukkan pada kad

gambar.

3.Guru bahagi murid-murid kepada 5

kumpulan.

4.Setiap wakil kumpulan dan setiap

kumpulan diberikan 5 jenis emosi yang

berbeza iaitu marah,sedih,gembira ,malu

dan takut.

10

5.Setiap wakil kumpulan diminta ke
hadapan untuk mengambil tema emosi

yang berbeza secara rawak.
6.Setiap kumpulan diberikan masa untuk
berbincang cara melakonkan tema
emosi yang dipilih.
7.Guru meminta satu per satu wakil
kumpulan untuk melakonkan apa yang
telah dibincangkan dan kumpulan lain
perlu meneka emosi yang dilakonkan.

KBAT

Menganalisis

PN

Kerjasama

kerajinan

Langkah kedua Lakonan & Kad gambar 1.Guru melakonkan beberapa situasi ABM
(10 minit)
dan meminta murid-murid meneka emosi Situasi

yang ditunjukkan: Kad gambar

I. Berada dalam keadaan gelap

gelita.

II. Ketika menyambut hari kelahiran.

III. Ketika duit hilang.

IV. Ketika di tolak kawan.

2.Murid-murid memberi respon kepada

guru.

Penutup Bersoal jawab 1.Guru menayangkan semula kad ABM
(5 minit)
gambar emosi. Komputer riba

2.Guru memberikan blooket games KBAT

untuk murid-murid main melalui Menganalisis

application ini. PN

11

https://www.blooket.com/play?id=907574 Verbal-linguistik

Refleksi :

Kelebihan:Pada langkah 1 ,murid-murid diminta untuk menjalankan aktiviti yang melibatkan kad
emosi dan dibuat secara berkumpulan.Murid-murid boleh berbincang dan bekerjasama untuk
melakonkan tema emosi dengan menggunakan pengetahuan mereka serta mereka
menggunakan fizikal mereka untuk menjayakan aktiviti tersebut.Aktiviti ini berpusatkan kepada
murid-murid

Kelemahan:Alat bantu mengajar boleh ditambahkan dengan permainan dalam talian.Oleh
kerana guru belum mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan mencipta permainan
dalam talian, jadi guru masih menggunakan bahan bantu mengajar maujud dan permainan
carian di dalam google.

Penambah baikan-ABM yang dihasilkan perlulah lebih jelas dan besar agar boleh digunakan
pada pengajaran yang lain serta boleh digunakan pada masa akan datang.

Kod Konstruk Tahap Standard Prestasi
Ketrampilan diri penguasaan Tafsiran

KD 1 KD 1.1 Mengenali dan 1 Boleh menjalankan aktiviti dengan
mengurus emosi sendiri mempamerkan sikap positif.

2 Boleh membezakan 5 jenis emosi yang
berbeza.

3 Boleh melakukan aktiviti bersama-sama
kumpulan.

12

Standard Prestasi/Pentaksiran

Bil Nama murid Item/Kemahiran

Item 1 Item 2 Item 3
Dapat memberitahu
Mengenal pasti 5 Mengambil tema jenis-jenis emosi
melalui tema yang
jenis emosi yang emosi yang berbeza ditunjukkan.

berbeza berdasarkan dan melakonkan

kad gambar yang semula tema emosi

ditunjukkan. yang dipilih.

5.2 Apakah implikasi aktiviti terhadap perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-
kanak

Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat membentuk emosi positif seperti
gembira,seronok,teruja khususnya semasa aktiviti menyanyi dan menari.Murid-murid yang
menglibatkan secara aktif dalam aktiviti ini secara tak langsung dapat meningkatkan keyakinan
diri,menbuang perasaan pemalu dan seterusnya dapat membina personaliti dan kendiri
positif.Aktiviti ini perlu sentiasa dilaksanakan untuk meningkatkan emosi yang positif.

Seterusnya semasa aktiviti main peranan,murid-murid dapat mempratikkan kemahiran
sosioemosi dan tingkah laku positif yang telah dibincangkan bersama tanpa menyentuh perasaan
murid-murid yang terlibat.Guru juga dapat menerapkan nilai-nilai murni semasa aktiviti main
peranan.Contohnya adanya nilai berhemah tinggi iaitu bercakap dengan sopan terhadap rakan-
rakan.Selain itu,murid-murid juga belajar untuk memahami pandangan rakan-rakan lain
khususnya dalam menjayakan aktiviti main peranan tersebut.

Murid-murid juga dapat berkongsi pengalaman mereka semasa melaksanakan aktiviti pada
akhir aktiviti.Murid-murid dapat menyatakan pelbagai emosi sendiri.Guru perlu memuji dan
memberikan galakkan.Dengan itu ia dapat meneguhkan amalan sosioemosi dan tingkah laku
positif yang berterusan.Sebagai penutup aktiviti,guru juga memperkenalkan isyarat kawalan
kelas yang dipatuhi oleh murid-murid.

13

6.0 Rumusan
Perkembangan sosioemosi kanak-kanak sangat penting dan ia adalah kunci utama kerana ia
akan menjadi asas kepada perkembangan lain kanak-kanak khususunya dari segi kognitif,fizikal
dan rohani.Emosi yang baik dapat memupuk keupayaan pemikiran tentang tingkah laku dan
sosial yang positif.Dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi yang positif dan tingkah laku
ke arah yang lebih baik ,guru perlulah bekerjasama dengan ibu bapa dan memainkan peranan .

14

RUJUKAN

Dewan Bahasa dan Pustaka(2007),Kamus Dewan Edisi Keempat,Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia.(2017),Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran,

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017).Bahagian
Pembangunan Kurikulum,Kementerian Pendidikan Malaysia.
Video lagu “Kalau Rasa Gembira Tepuk Tangan” https://youtu.be/ATat-jdfyaA
Siti Affiza,M,Zaharah,O & Azian Niza ,A,A.(2021).Perkembangan sosioemosi kanak-kanak
menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah.
Jurnal Pendidikan Awal kanak-kanak Kebangsaan.
Teori perkembangan emosi https://www.slideshare.net
365 Panduan aktiviti Pendidikan Awal Kanak-kanak

15


Click to View FlipBook Version