The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PAKK2302D_TUGASAN_2_PENGHASILAN_PRODUK_2021311380002.docx

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Christinauding8181, 2022-04-16 01:06:57

PAKK2302D_TUGASAN_2_PENGHASILAN_PRODUK_2021311380002.docx

PAKK2302D_TUGASAN_2_PENGHASILAN_PRODUK_2021311380002.docx

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
TUN ABDUL RAZAK,KOTA SAMARAHAN,SARAWAK

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

AMBILAN JUN 2021
SEMESTER 3 TAHUN 1

TUGASAN 2:
PENGHASILAN PRODUK

Nama Pelajar : CHRISTINA UDING EMANG

Angka Giliran : 2021311380002

No.Kad Pengenalan : 811226135792

Kumpulan/Unit : PDPM PAKK1621

Kod Kursus : PAKK2302D

Nama Kursus : SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Nama Pensyarah : PUAN ZURAIDA BINTI SALLEHUDIN

Tarikh Hantar : 11 APRIL 2022

Pengakuan Pelajar
Saya sudah membaca dan dimaklumkan tentang
kerja kursus oleh pensyarah.

Tandatangan:ChristinaU.E
Nama:CHRISTINA UDING EMANG
Tarikh:11 APRIL 2022

ISI KANDUNGAN

Tajuk Muka Surat

Isi Kandungan I.

Maklumat Kerja Kursus II.

1.0 Pengenalan 1

2.0 Peringkat perkembangan sosio emosi dan tingkah laku kanak-kanak 2

2.1 Umur 0 hingga 2 tahun 2

2.2 Umur 3 hingga 4 tahun 3

2.3 Umur 4 hingga 5 tahun 3

2.4 Umur 5 hingga 6 tahun 3

2.5 Perkembangan kanak-kanak 0 hingga 6 Tahun menurut Teori 3

Psikososial Erikson

3.0 Faktor dan implikasi perkembangan sosio emosi dan tingkah laku kanak- 5

kanak

3.1.Faktor perbezaan individu 5

3.2 Faktor keluarga 5

3.3 Faktor persekitaran 6

4.0 Peranan guru 7

5.0 Aktiviti PdP 9

5.1 Penerangan aktiviti 10

5.2 Bahan bantu mengajar 11

5.3 Kaedah pelaksanaan 13

5.4 Implikasi aktiviti PdP 13

6.0 Rumusan 14

Rujukan 15

MAKLUMAT KERJA KURSUS

Tajuk Tugasan

Perkembangan kemahiran sosioemosi sangat penting dalam melindungi kanak-kanak daripada
berdepan dengan masalah stress dan merupakan langkah pencegahan awal berhadapan
dengan masalah tingkah laku emosi yang lebih serius dalam kehidupan mereka ketika mereka
membesar kelak.Kanak-kanak yang boleh meluahkan perasaan dan keinginan lebih baik dalam
bertingkah laku dan mendapat penerimaan yang baik dalam pergaulan sosialnya.Sebaliknya
jika mereka tidak mempunyai kemahiran ini,peluang dan risiko untuk menunjukkan tingkah laku
bermasalah sangat tinggi(Benedict et al,2007)

Berdasarkan pernyataan di atas,pelajar dikehendaki menyediakan satu portfolio untuk
mendokumentasikan faktor dan implikasi perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-
kanak 0 hingga 2 tahun,3 hingga 4 tahun dan 5 hingga 6 tahun.Untuk menyokong
perkembangan emosi dan tingkah laku kanak-kanak ,pelajar harus menganalisis peranan guru
serta aktiviti-aktiviti yang sesuai.Dengan merujuk pada KSPK terkini,sila sediakan dokumentasi
yang lengkap dan terperinci berkenaan aktiviti-aktiviti yang sesuai.Dokumentasi aktiviti perlu
mempunyai maklumat-maklumat berikut:

I. Nama aktiviti
II. Penerangan berkenaan aktiviti
III. Kaedah-kaedah pelaksanaan yang melibatkan proses perancangan dan pembentangan

melaksanakan aktiviti.
IV. Bahan bantu mengajar dan peralatan yang diperlukan dalam aktiviti.
V. Apakah implikasi aktiviti tersebut terhadap perkembangan sosial emosi dan tingkah laku

kanak-kanak.
VI. Gambar yang dapat memberikan penjelasan lanjut berkenaan aktiviti.

1.0 PENGENALAN

Perkembangan sosioemosi dan tingkah laku amatlah penting kepada kanak-kanak.Melalui
kemahiran sosioemosi ia dapat membantu kanak-kanak untuk belajar
bekerjasama,berdikari,empati dan melakukan perkara yang diharapkan oleh orang
dewasa.Sosioemosi adalah perkataan dari sosial dan emosi yang dicantumkan.Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat ,sosial bermaksud perkataan iaitu jiwa yang sangat kuat.Emosi berasal
dari perkataan Greek iaitu “emovere” yang yang membawa maksud “untuk keluar”.Emosi adalah
satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang
memberi makna kepada dirinya.Oleh itu,sosio-emosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan
sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat.

Masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak adalah disebabkan perkembangan
sosioemosi yang tidak stabil.Contohnya kanak-kanak yang menghadapi masalah untuk
mengawal dan mengurus emosi biasanya akan mempamerkan tingkah laku yang tidak
tergendali,berasa tertekan dan sedih atau marah.Masalah tingkah laku,tertekan,sedih dan marah
dalam kalangan kanak-kanak y di tadika boleh berpunca dari kesan emosi mereka yang tidak
stabil(Thomas Tinggang et al,2018).Untuk mengelakkan perkembangan sosioemosi yang tidak
stabil,semua orang dalam kalangan masyarakat memainkan peranan penting untuk membentuk
sosioemosi dan tingkah laku yang baik di kalangan kanak-kanak.

Guru haruslah memastikan perkembangan sosio emosi dan tingkah laku kanak-kanak
mencapai standard yang dinyatakan ,di dalam kurikulum dengan merancang dan melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Guru juga perlu mencari maklumat serta
mempunyai pengetahuan mendalam berkenaan perkembangan sosioemosi dan tingkah laku
kanak-kanak serta faktor dan implikasinya.

1

2.0 Peringkat peringkat sosioemosi dan tingkahlaku kanak-kanak

2.1 Untuk peringkat umur 0 hingga 2 tahun

Umur Perkembangan sosioemosi
0 hingga 6 bulan  Bayi akan menangis apabila dia inginkan sesuatu .
 Bayi selalu memandang muka orang yang dikenali.
7 hingga 12 bulan  Bayi pada usia 6 minggu sudah pandai senyum.
13 hingga 18 bulan  Boleh membuat ekspresi muka dan senyum.
19 hingga 24 bulan  Bayi boleh berinteraksi dengan lebih baik dengan orang yang

dikenali.
 Dah pandai main olok-olok.
 Boleh mengeluarkan suara,ketawa dan respon kepada ajakan.
 Mulai mengenali orang asing.
 Boleh bermain dengan permainan mudah.
 Boleh melambai-lambai seperti “bye-bye”.
 Boleh minum menggunakan cawan menggunakan dua tangan.
 Lebih mudah untuk bermain dengaan orang lebih lama.
 Turut serta bermain dengan orang yang dewasa dalam

keluarga.Seperti ibubapa,kakak,abang ,adik,datuk dan nenek
 Mengenali imej diri dari cermin dan mengetahui imej diri tu wujud
 tunjukkan rasa simpati
 Pandai menurut arahan mudah
 Wujud emosi seperti bangga,malu dan rasa salah.
 Gunakan sebutan emosi.
 Menggunakan bahasa untuk menunjukkan perasaan.
 Boleh bertoleran ketidakhadiran pengasuhnya.
 Gunakan nama kendiri atau ganti nama untuk melabel imej diri.
 Boleh mengkategorikan ciri-ciri kendiri dan orang

lain.Contoh ;orang baik ,jahat,hodoh,cantik,lelaki dan perempuan.
 Pandai tujukkan pilih kasih rakan sama umur.
 Sudah pandai mengawal diri.

2

2.2 Untuk umur 2 hingga 3 tahun
Kanak-kanak mulanya perkembangan konsep kendiri dan penghargaan diri.Bekerjasama dan
agresi instrumental wujud.Sudah mulai memahami sebab-sebab,akibat dan emosi asas melalui
tanda tingkah laku.Perasaan empati bertambah.Percaya stereotaip -jantina dan tingkah lakunya
bertambah.

2.3 Untuk umur 3 hingga 4 tahun
Mempunyai penghargaan diri seperti mainan pembelajaran di taska atau tadika,mencari rakan
dan sesuaikan diri dengan ibubapa.Regulasi kendiri ditambah baik.mengalami emosi kesedaran
kendiri secara berkerap kali.Aktiviti bukan sosial berkurang manakala aktiviti sosial
bertambah.Agresif instrumental berkurang.Mula berusaha menjalin persahabatan.Membezakan
moral daripada konvensi sosial dan perkara peribadi .Pandai pilih rakan bermain yang sama
jantina.

2.4 Untuk umur 5 hingga 6 tahun
Keupayaan menginterpret,meramal dan mempengaruhi respon emosi orang lain bertambah.Boleh
menggunakan bahasa untuk menunjukkan empati.Kemahiran penyelesaian masalah sosial
menjadi lebih baik.Menguasai peraturan yang relevan dalam moral dan tingkah laku.Percaya
dengan strerotaip jantina dan tingkah lakunya terus bertambah.Memahami kekekalan jantina.

2.5 Perkembangan Kanak-kanak 0 hingga 6 tahun menurut Teori Psikososial Erikson
Teori Perkembangan Psikososial menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-
individu di persekitaran kanak-kanak.Erikson mempercayai manusia berpotensi untuk
perkembangan psikologi yang sihat dan berupaya mengatasi kesukaran yang timbul dalam
proses perkembangan.Terdapat lapan peringkat telah dikenalpasti oleh beliau di dalam
perkembangan manusia(Wilma dan kevin,2013).

1.Kepercayaan lawan curiga(lahir hingga 18 bulan)
Peringkat perkembangan ini adalah sangat penting kerana ianya mempengaruhi perkembangan
bayi melalui pengalaman-pengalamannya.Pada peringkat ini,bayi mula belajar untuk
mempercayai atau tidak mempercayai orang lain.Kepercayaan akan memudahkan individu
menghadapi masalah dan kecurigaan akan melemahkan keupayaan seseorang untuk mengatasi
masalah.

3

2. Autonomi lawan perasaan malu/curiga (18 bulan hingga 3 tahun)
Pada peringkat ini bayi akan membina keyakinan diri dan autonomi apabila bayi merasa
bebas untuk melakukan sesuatu.Jika terlalu banyak halangan atau bantuan yang diberikan
kanak-kanak akan berasa curiga,terhina dan kurang keyakinan diri.
3.Inisiatif lawan kesalahan(3tahun hingga 6 tahun)
Kanak-kanak mula membentuk satu cara berdikari dan ingin meneroka serta mencuba
sesuatu yang baru dan mencabar.Melalui galakan,kanak-kanak akan menyedari potensi
mereka sebaliknya jika tidak diberi insiatif dan terdapat halangan akan mengakibatkan kanak-
kanak sering rasa bersalah.

4

3.0 Faktor dan implikasi perkembangan sosio emosi dan tingkah laku kanak-
kanak

3.1 Faktor perbezaan individu

Perbezaan individu bermaksud ketidaksamaan dalam aspek perkembangan secara
fizikal ,mental emosi dan sosial di kalangan individu.Salah satu ciri perbezaan individu ialah dari
segi sikap.Sikap adalah ciri yang sedia ada dalam diri kanak-kanak di awal kehidupan
mereka(Buss & Plomin,1975).Setiap individu mempunyai tahap temperamen yang berbeza-
beza.Misalnya cepet berasa marah atau mudah berasa sedih dan gelisah,aktif bertindak atau
lambat dalam melakukan sesuatu.Temperamen ini akan mempengaruhi keperibadian setiap
individu.

Terdapat beberapa implikasi perbezaan individu.Misalnya dari segi perbezaan emosi,murid
yang mempunyai emosi stabil dapat menumpukan perhatian ketika belajar di dalam kelas,
manakala emosi yang tidak stabil mengurangkan tumpuan murid.Manakala dari segi
sosial,terdapat murid yang peramah,pendiam,berfikiran terbuka,riang dan sensitif,mudah bergaul
atau suka bersendirian.Perbezaan ini akan mempengaruhi pembelajaran mereka di mana murid
yang aktif kerap mencapai perkembangan yang baik berbanding dengan murid yang pasif,murid
yang cerdas mendapat pencapaian yang tinggi,murid yang sederhana mendapat pencapaian
sederhana dan murid yang lemah mendapat pencapaian yang rendah.

Perbezaan individu mewujudkan kepelbagaian tingkah laku.Misalnya ,terdapat juga murid
bermasalah disruptif dan distruktif dalam PdP yang boleh mengganggu murid lain semasa proses
pembelajaran.Manakala murid yang bertingkah laku positif lebih memudahkan guru dalam
mengawal kelas.Dalam hal ini,guru perlu merangka objektif pembelajaran dan pembelajaran(PdP)
yang sesuai dengan keupayaan murid yang pelbagai di dalam kelas.

3.2 Faktor keluarga

Faktor keluarga memberi pengaruh yang amat kuat dan utama terhadap proses
perkembangan manusia.Unsur-unsur keluarga ini melibatkan corak kehidupan mereka di
rumah,makanan,asuhan dan status sosio ekonomi.Faktor-faktor inilah yang akan mempengaruhi
perbezaan perkembangan setiap individu.Contohnya kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah
rumah yang mesra dan penuh dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang
sihat.Makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak memperkembangkan jasmani

5

dengan sempurna.
Status sosio ekonomi sebenarnya akan memberi kesan terhadap sosioemosi dan tingkah laku
kanak-kanak.Misalnya,kanak-kanak dari kelas sosio ekonomi yang tinggi mempunyai tahap
perkembangan sosioemosi yang baik berbanding dengan kanak-kanak dari keluarga yang
berstatus sosio ekonomi rendah.Status sosio ekonomi keluarga boleh mempengaruhi sikap
kanak-kanak terhadap aspirasi,motivasi dan konsep kendiri kanak-kanak itu
sendiri.Contohya ,kanak-kanak yang dari kelas sosio ekonomi baik akan lebih cenderung untuk
mengikuti cara konsep kendiri yang ditampilkan oleh keluarga.Kejayaan keluarga menjadi
aspirasi kanak-kanak untuk mengikuti langkah kejayaan tersebut.Sebaliknya keluarga yang
bermasalah akan mempengaruhi sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak yang bermasalah.

Asuhan yang positif adalah amat penting dalam melahirkan keluarga yang harmoni.Ibu bapa
berperanan sebagai penjaga,pendidik,pengasuh,pemimpin,perawat,penasihat dan kaunselor
dari segi fizikal,mental dan rohani kanak-kanak.Komunikasi antara ibu bapa dan kanak-kanak
termasuklah mendengar,memahami masalah dan meredakan ketakutan kanak-
kanak ,membantu kanak-kanak apabila memerlukan dan menjelaskan dengan tegas perkara
yang betul dan salah.Ibu bapa serta keluarga perlu sentiasa berkomunikasi dengan baik kerana
ia dapat mengeratkan hubungan.
3.3 Faktor persekitaran

Setiap perkembangan kanak-kanak perlu diambil perhatian dari pelbagai aspek oleh kedua
ibu bapa mahupun setiap orang yang terdekat dengan kanak-kanak tersebut.Emosi kedua
ibubapa haruslah dikawal dan berada dalam keadaan positif.Jika emosi kedua ibu bapa mahupun
setiap orang tidak dikawal,ini akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak tersebut.Oleh
itu,kanak-kanak perlu terdedah dengan persekitaran yang baik.Faktor-faktor persekitaran yang
dapat mempengaruhi perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak adalah guru,dan
sekolah,rakan sebaya,pengaruh media,sumber teknologi dan pusat ibadah.

6

4.0 Peranan guru

Di peringkat tadika,tanggungjawab guru pendidikan awal kanak-kanak adalah membina
kemahiran sosio emosi murid secara berkesan.Peluang pembelajaran melalui pelaksanaan
rutin harian,berinteraksi ,penyediaan persekitaran kelas yang baik dan aktiviti p& p yang
terancang perlu diwujudkan.

Sebagai seorang guru perlulah tunjukkan teladan yang baik.Dalam apa jua keadaan
yang berlaku,ketika memasuki kelas perlulah sentiasa pamerkan senyuman,ceria,sabar,penuh
kasih sayang serta mempunyai sifat-sifat yang positif.Jadilah guru yang prihatin.guru cuba
memenuhi keperluan kasih sayang dan perhatian kepada murid-murid.Guru perlu jalin
hubungan mesra dan erat dengan murid-murid kerana sebahagian murid kurang kasih sayang
dari ibu bapa.Sebagai seorang guru pendidikan awal kanak-kanak,perlu juga menampilkan
personaliti yang kemas,mempunyai sikap mudah bekerjasama,sabar,bertimbang rasa dan
selalu memberi galakan atau pujian kepada murid-murid.Murid-murid suka meniru perilaku guru
dan guru merupakan contoh teladan kepada murid.Peranan guru amat penting dalam
menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri kanak-kanak.Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran,guru mengajar sesuatu topik ,dalam topik tersebut guru selitkan nilai baik dalam
aktiviti bercerita,memberi penjelasan kesan emosi dan tingkah laku yang tidak baik dengan
memberi contoh yang mudah difahami oleh kanak-kanak.Guru perlu memberi peneguhan positif
seperti memberi penghargaan,memuji dan memberi respon positif yang dapat membina dan
merangsang pembentukan nilai murni dalam diri kanak-kanak.

Guru juga bertindak sebagai perancangan PdP,pembimbing dan pemudahcara.Guru harus
merancang aktiviti yang akan dijalankan di dalam kelas dengan bijak.Perkembangan sosio
emosi dan tingkah laku kanak-kanak melalui aktiviti contohnya bermain,bernyanyi dan bercerita
dapat dipupuk semasa mereka saling berinteraksi dan berkomunikasi.Perkembangan sosio
emosi dan tingkah laku positif dapat dibentuk apabila murid-murid mengikuti aktiviti yang
mengembirakan mereka.Guru boleh merancang aktiviti yang boleh merangsang murid-murid
untuk sentiasa bersikap positif.Sebagai contoh,semasa aktiviti berlangsung ,guru meminta
kanak-kanak bermaafan apabila murid berlaku konflik,berkongsi dan bersabar dengan sikap
rakan.Guru juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah yang
mereka hadapi dengan memberi sedikit bimbingan mengenai permasalahan yang dihadapi.

7

Seterusnya guru berperanan sebagai pentaksir perkembangan kanak-kanak.Guru akan
membuat penilaian secara berterusan dalam usaha meningkatkan pencapaian perkembangan
kanak-kanak.Secara umumnya ,guru dapat membuat penilaian terhadap perkembangan sosio
emosi dan tingkah laku kanak-kanak melalui aktiviti yang dirancang dan melalui pemerhatian
guru itu sendiri.Penilaian bertujuan untuk memastikan perkembangan diri setiap kanak-kanak
mencapai objektif yang diharapkan.Aktiviti di dalam kelas yang dah dilaksanankan oleh guru
akan dinilai berdasarkan aktiviti yang telah dirancang.Penilaian dibuat melalui hasil yang
diperoleh dari pemerhatian yang dilakukan bersama kanak-kanak.

Bagi memastikan kanak-kanak mencapai tahap perkembangan yang sepatutnya,guru perlu
merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran(DSKP) dan Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan(KSPK) yang telah disediakan oleh pihak pengurusan
pendidikan.KSPK digubal berdasarkan prinsip amalan bersesuaian dengan perkembangan
kanak-kanak dan teori pembelajaran kanak-kanak.

8

5.0 Aktiviti

5.1 Perancangan aktiviti

Antara tunjang pembelajaran yang dapat meningkatkan perkembangan sosioemosi dan tingkah
laku kanak-kanak ialah Tunjang Keterampilan Diri.Tunjang Keterampilan Diri memberi
penekanan kepada mengenali dan mengurus emosi sendiri,serta membina kemahiran
sosial.Perkembangan ini penting kerana ia menjadi asas kepada pembinaan konsep kendiri
yang positif dan seterusnya membolehkan murid menangani cabaran dalam kehidupan.Selepas
mengikuti aktiviti pembelajaran yang berteraskan Tunjang Keterampilan Diri,murid boleh
mengenali diri sendiri,mengurus emosi dan mengawal tingkah laku sendiri,menghormati
kepelbagaian emosi dan pandangan orang lain.Murid akan dapat membina kemahiran sosial
dalam kehidupan bermasyarakat serta keyakinan dalam menghadapi pelbagai cabaran.(KPM
2017).

Pemilihan aktiviti yang sesuai untuk mempengaruhi perkembangan sosioemosi dan
tingkah laku yang positif ialah melalui kaedah nyanyian,main peranan dan bercerita.

Di sini guru telah merancang satu slot aktiviti yang mengandungi ketiga-tiga kaedah
pembelajaran tersebut.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tadika : Tadika Yuk Ing ,Marudi Baram

Tarikh : 8.4.2022

Masa : 10.00 a.m hingga 10.30 am

Bilangan murid : 14 orang

Tema/tajuk : Emosi Diri

Tunjang utama : Tunjang Ketrampilan Diri

Fokus : KD 1.1 Mengenali dan mengurus emosi sendiri.

Standard Kandungan : KD 1.1 Mengenali dan mengurus emosi sendiri.

Standard Pembelajaran : KD 1.1.1 Mengenalpasti dan menceritakan pengalaman emosi yang

melibatkan perasaan gembira,sedih,takut,marah dan malu.

KD 1.1.3 Menyatakan emosi mengikut emosi

Kesepaduan Tunjang : BM 2.3.4 Membaca perkataan dengan sukukata terbuka dan tertutup.

Objektif Pada akhir pembelajaran,murid dapat:

Pembelajaran : 1.Menyatakan jenis-jenis emosi

9

Pengetahuan Sedia Ada : 2.Melakonkan semula jenis-jenis emosi.
3.Membezakan emosi mengikut situasi.
Bahan Bantu Mengajar : Murid telah mengalami perasaan gembira,sedih,takut dan malu.
Televisyen,komputer,kad gambar
Kemahiran Berfikir(KB) : Menjana idea,menghubung kait
Bekerjasama,mematuhi arahan dan berdisiplin
Penerapan Nilai : Kinestetik,Verbal linguistic,Interpersonal

Fokus MI :

Masa/Langkah Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan
1.Guru menunjukkan video lagu “ kalau ABM
Set Induksi Menunjukkan video lagu rasa gembira tepuk tangan” Komputer riba
(5 minit) kanak-kanak “kalau rasa 2.Guru meminta murid-murid melihat /televisyen
gembira tepuk tangan” video tersebut dengan penuh perhatian. MI
3.Guru dan murid-murid menyanyi lagu Visual-ruang
https://youtu.be/ATat- “Kalau Rasa Gembira”

jdfyaA

Langkah Menunjukkan kad gambar 1.Guru tunjukkan kad gambar yang ABM
pertama
(10 minit) yang bertemakan emosi mempunyai setiap ekspresi muka Kad gambar.

kepada murid-murid.

2.Murid-murid diminta untuk meneka

emosi yang ditunjukkan pada kad

gambar.

3.Guru membahagikan murid-murid

kepada 5 kumpulan.

4.Setiap wakil kumpulan dan setiap

kumpulan diberikan 5 jenis emosi yang

berbeza iaitu marah,sedih,gembira ,malu

dan takut.

10

5.Setiap wakil kumpulan diminta ke
hadapan untuk mengambil tema emosi
yang berbeza secara rawak.
6.Setiap kumpulan diberikan masa untuk
berbincang cara melakonkan tema
emosi yang dipilih.
7.Guru meminta satu per satu wakil
kumpulan untuk melakonkan apa yang
telah dibincangkan dan kumpulan lain
perlu meneka emosi yang dilakonkan.

KBAT

Menganalisis

PN

Kerjasama

kerajinan

Langkah kedua Lakonan & Kad gambar 1.Guru melakonkan beberapa situasi ABM
(10 minit)
dan meminta murid-murid meneka emosi Situasi

yang ditunjukkan: Kad gambar

I. Berada dalam keadaan gelap

gelita.

II. Ketika menyambut hari kelahiran.

III. Ketika duit hilang.

IV. Ketika di tolak kawan.

2.Murid-murid memberi respon kepada

guru.

Penutup Bersoal jawab 1.Guru menayangkan semula kad ABM
(5 minit)
gambar emosi. Komputer riba

2.Guru memberikan blooket games KBAT

untuk murid-murid main melalui Menganalisis

application ini. PN

11

https://www.blooket.com/play?id=907574 Verbal-linguistik

Refleksi :

Kelebihan:Aktiviti pada langkah pertama merupakan aktiviti berpusatkan kepada murid.Pada
langkah 1 ,murid-murid diminta untuk menjalankan aktiviti yang melibatkan kad emosi dan
dibuat secara berkumpulan.Murid-murid boleh berbincang dan bekerjasama untuk melakonkan
tema emosi dengan menggunakan pengetahuan mereka serta mereka menggunakan fizikal
mereka untuk menjayakan aktiviti tersebut.

Kelemahan:Alat bantu mengajar boleh ditambahkan dengan permainan dalam talian.Oleh
kerana guru belum mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan mencipta permainan
dalam talian, jadi guru masih menggunakan bahan bantu mengajar maujud dan permainan
carian di dalam google.

Penambahbaikan-ABM yang dihasilkan perlulah lebih jelas dan besar agar boleh digunakan
pada pengajaran yang lain serta boleh digunakan pada masa akan datang.

Kod Konstruk Tahap Standard Prestasi
Ketrampilan diri penguasaan Tafsiran

KD 1 KD 1.1 Mengenali dan 1 Boleh menjalankan aktiviti dengan
mengurus emosi sendiri mempamerkan sikap positif.

2 Boleh membezakan 5 jenis emosi yang
berbeza.

3 Boleh melakukan aktiviti bersama-sama
kumpulan.

12

Standard Prestasi/Pentaksiran

Bil Nama murid Item/Kemahiran

Item 1 Item 2 Item 3
Dapat memberitahu
Mengenal pasti 5 Mengambil tema jenis-jenis emosi
melalui tema yang
jenis emosi yang emosi yang berbeza ditunjukkan.

berbeza berdasarkan dan melakonkan

kad gambar yang semula tema emosi

ditunjukkan. yang dipilih.

5.2 Implikasi aktiviti terhadap perkembangan sosio emosi dan tingkah laku kanak-kanak

Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat membentuk emosi positif seperti
gembira,seronok,teruja khususnya semasa aktiviti menyanyi dan menari.Murid-murid yang
menglibatkan secara aktif dalam aktiviti ini secara tak langsung dapat meningkatkan keyakinan
diri,menbuang perasaan pemalu dan seterusnya dapat membina personaliti dan kendiri
positif.Aktiviti ini perlu sentiasa dilaksanakan untuk meningkatkan emosi yang positif.

Seterusnya semasa aktiviti main peranan,murid-murid dapat mempratikkan kemahiran
sosioemosi dan tingkah laku positif yang telah dibincangkan bersama tanpa menyentuh perasaan
murid-murid yang terlibat.Guru juga dapat menerapkan nilai-nilai murni semasa aktiviti main
peranan.Contohnya adanya nilai berhemah tinggi iaitu bercakap dengan sopan terhadap rakan-
rakan.Selain itu,murid-murid juga belajar untuk memahami pandangan rakan-rakan lain
khususnya dalam menjayakan aktiviti main peranan tersebut.

Murid-murid juga dapat berkongsi pengalaman mereka semasa melaksanakan aktiviti pada
akhir aktiviti.Murid-murid dapat menyatakan pelbagai emosi sendiri.Guru perlu memuji dan
memberikan galakkan.Dengan itu ia dapat meneguhkan amalan sosioemosi dan tingkah laku
positif yang berterusan.Sebagai penutup aktiviti,guru juga memperkenalkan isyarat kawalan
kelas yang dipatuhi oleh murid-murid.

13

6.0 Rumusan
Perkembangan sosioemosi kanak-kanak sangat penting dan ia adalah kunci utama kerana ia
akan menjadi asas kepada perkembangan lain kanak-kanak khususunya dari segi kognitif,fizikal
dan rohani.Emosi yang baik dapat memupuk keupayaan pemikiran tentang tingkah laku dan
sosial yang positif.Dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi yang positif dan tingkah laku
ke arah yang lebih baik ,guru perlulah bekerjasama dengan ibu bapa dan memainkan peranan .

14

RUJUKAN

Dewan Bahasa dan Pustaka(2007),Kamus Dewan Edisi Keempat,Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia.(2017),Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran,

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017).Bahagian
Pembangunan Kurikulum,Kementerian Pendidikan Malaysia.
Video lagu “Kalau Rasa Gembira Tepuk Tangan” https://youtu.be/ATat-jdfyaA
Siti Affiza,M,Zaharah,O & Azian Niza ,A,A.(2021).Perkembangan sosioemosi kanak-kanak
menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah.
Jurnal Pendidikan Awal kanak-kanak Kebangsaan.
Teori perkembangan emosi https://www.slideshare.net
365 Panduan aktiviti Pendidikan Awal Kanak-kanak

15


Click to View FlipBook Version