BUKU PERATURAN TEMPAT KOMPELKS MINI SUKAN BELURAN, SABAH. TARIKH 27 – 28 JANUARI 2024 PENGANJUR BELURAN ATHLETIC CLUB
1 BELURAN ATHLETIC CLUB 2024 [email protected] 1. NAMA KEJOHANAN SPRINTER MEET TERBUKA BELURAN (BAC) 2. UNDANG - UNDANG PERTANDINGAN Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia ( KOM ) 2022 dan Peraturan-Peraturan Kecil Pertandingan Sprinter Meet Terbuka Beluran 3. ANJURAN Beluran Athletic club 4. TARIKH, MASA DAN TEMPAT Tarikh : 27 – 28 Januari 2024 Masa : 7:30 Pagi - 5:30 Petang Tempat : Kompleks Mini Sukan Beluran, Sabah. 5. SYARAT PENYERTAAN i. Penyertan ini terbuka kepada semua atlet individu, sekolah - sekolah, kelab-kelab dan persatuan - persatuan olahraga dalam dan luar negeri Sabah. ii. Penyertan ini terbuka kepada semua atlet individu, sekolah - sekolah, kelab-kelab dan persatuan - persatuan olahraga dalam dan luar negara Malaysia iii. Setiap atlet bebas berdaftar dengan pasukan samada mewakili pasukan sekolah,pasukan kelab,persatuan,majlis sukan negeri ataupun persendirian (bebas). iv. Kategori umur adalah berdasarkan tahun kelahiran seperti berikut : a) U7 : Tahun kelahiran 2017 b) U8 : Tahun kelahiran 2016 c) U9 : Tahun kelahiran 2015 d) U12 : Tahun kelahiran 2012 dan seterusnya e) U15 : Tahun kelahiran 2009 dan seterusnya f) TERBUKA : Tahun kelahiran 2007 dan seterusnya 6. YURAN PENYERTAAN BIL ACARA TARIKH PENDAFTARAN LELAKI & PEREMPUAN U7 U8 U9 U12 U15 TERBUKA 1. YURAN PENDAFTARAN AWAL (EARLY BIRD) 12 JANUARI 2024 RM 20 / ACARA INDIVIDU RM 50 ACARA BERPASUKAN 2. YURAN PENDAFTARAN LEWAT 19 JANUARI 2024 RM 25 / ACARA INDIVIDU RM 55 ACARA BERPASUKAN
2 BELURAN ATHLETIC CLUB 2024 [email protected] 7. PEMBAYARAN YURAN PENYERTAAN Semua yuran penyertaan boleh dibuat secara online ke maklumat bank berikut Nama Akaun Nama Bank Nombr Akaun : MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN DAERAH BELURAN : BANK SIMPANAN NASIONAL : 1213341100027423 7.1 Semua resit pembayaran perlu dilampirkan kepada : - : CIK NUR HAFIZAH BINTI MATJANA : +6001123426768 8. ACARA - ACARA YANG DIPERTANDINGKAN 9. HADIAH 9.1 Semua peserta akan menerima Sijil Penyertaan 9.2 Pemenang tempat pertama,kedua dan ketiga akan menerima Medal Pemenang berserta Sijil Pemenang 10. SISTEM PERTANDINGAN 10.1 Pertandingan bagi acara – acara pertandingan adalah seperti berikut : 50m, 100m, 200m, 400m, 4x50m, 4x100m, 4x200m & 4x400m akan diadakan di peringkat akhir. 10.2 Penentuan pemenang adalah seperti berikut : ⚫ Peringkat Akhir – Terdapat 3 peringkat akhir dipertandingkan dan pemenang akan ditentukan berdasarkan catatan masa terbaik. ⚫ Persamaan Catatan – Jika terdapat persamaan catatan masa. Pemenang akan ditentukan berdasarkan kepada kedudukan pemenang yang lebih dahulu iaitu mengikut turutan pemenang pertama, kedua dan ketiga. ⚫ Kedudukan Pemenang – Pihak penganjur menentukan tiada pemenang bersama jika terdapat persamaan catatan. BIL ACARA LELAKI PEREMPUAN U7 U8 U9 U12 U15 OPEN U7 U8 U9 U12 U15 OPEN 1. 50m 24 24 24 24 24 24 2. 100m 24 24 24 24 24 24 3. 200m 24 24 24 24 24 24 4. 400m 24 24 24 24 5. 4x50m 24 24 24 24 24 24 6. 4x100m 24 24 24 24 24 24 7. 4x200m 24 24 24 24 8. 4x400m 24 24 ACARA INDIVIDU 1 1 1 2 3 3 1 1 1 2 3 3 ACARA BERPASUKAN 1 1 1 2 2 2 1 1 1 2 2 2
3 BELURAN ATHLETIC CLUB 2024 [email protected] 10.3 Atlet tidak dibenarkan untuk menyertai pasukan relay yang bukan dalam pasukan yang atlet didaftarkan. Contohnya jika atlet didaftarkan dalam pasukan A, atlet tesebut hanya boleh menyertai acara relay atas nama pasukan A sahaja. Jika pihak penganjur menerima bantahan atau mendapati terdapat atlet yang menyertai yang bukan pasukanya, maka penyertaan pasukan tersebut bagi acara relay akan dibatalkan (DQ) 10.4 Walaubagimanapun, peraturan yang dinyatakan diatas boleh diubah oleh pihak penganjur selepas tarikh tutup pendaftaran atas sebab penyertaan acara - acara tertentu yang padat. Semua pasukan akan di maklumkan untuk perubahan yang dibuat. 11. PENDAFTARAN PENYERTAAN 11.1 Pengurus pasukan perlu mengisi pendaftaran pernyertaan pasukan dan acara melalui Borang permohonan online yang disediakan oleh pihak penganjur. 11.2 Kemudian pengurus perlu melengkapkan pendaftaran peserta di dalam EXCEL yang disediakan yang telah diberikan oleh pihak penganjur. 11.3 Semua pendaftaran peserta belum dianggap Penyertaan Rasmi sehinggalah bayaran yuran penyertaan dibuat. 12. MELAPOR DIRI PESERTA 12.1 Semua peserta mesti melaporkan diri Bilik Hakim Bilik Panggilan (Call Room 1) sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh Penolong Pelepas 12.2 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam arena pertandingan. 12.3 Jadual melaporkan diri hanya disiarkan dipapan kenyataan di bilik Bilik Panggilan. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pindaan dalam susunan acara atau program kejohanan 12.4 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan tidak menjolok mata, BIB mereka mesti disematkan dengan pin pada setiap penjuru di baju lari masingmasing. 12.5 Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 15 minit sebelum acara mereka dimulakan, TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara tersebut dan akan dianggap sebagai telah menarik diri.
4 BELURAN ATHLETIC CLUB 2024 [email protected] 13. BANTAHAN 12.1 Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 146 KOM: 12.2 Bantahan acara -acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan serta merta dan tidak lewat daripada: 12.2.1 Lima belas 15 minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acaraacara pusingan awal 12.2.2 Tiga puluh 30 minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acaraacara peringkat akhir 12.2.3 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan wang Pertaruhan sebanyak RM 200.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja ) 13. HAK – HAK JAWATANKUASA PENGANJUR 13.1. Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan, tetapi JK Penganjur berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. 13.2 Jawatankuasa Penganjur berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam Undang- Undang Olahraga KOM terkini. 14. HAL – HAL LAIN 14.1. Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut 14.2. Jawatankuasa Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan / harta benda / sebarang kecederan lain berlaku : 14.2.1. Semasa perjalanan pergi dan balik dari penginapan ke stadium, semasa kejohanan dijalankan, di dalam dan di luar kawasan stadium dan di tempattempat penginapan 14.3. Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah -langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah.
5 BELURAN ATHLETIC CLUB 2024 [email protected]