The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-68377128, 2021-07-15 10:21:03

PKJR TAHUN 4

PKJR

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN PENGHARGAAN
MALAYSIA

Cetakan Pertama (Edisi Rintis 2018) Penghasilan buku aktiviti ini melibatkan usaha
©Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia sama antara Kementerian Pengangkutan
Malaysia dengan Kementerian Pendidikan
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan Malaysia. Jabatan Keselamatan Jalan Raya
mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, Malaysia selaku pemilik Projek Semakan dan
ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa- Pembangunan Semula Modul Pendidikan
apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara jua, Keselamatan Jalan Raya (PKJR) mengucapkan
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
rakaman, atau cara lain sebelum mendapat pihak yang telah berusaha dan bekerjasama
izin bertulis daripada Ketua Pengarah Jabatan untuk menyempurnakan penghasilan buku ini.
Keselamatan Jalan Raya Malaysia. Sekalung penghargaan dan ucapan terima
kasih ditujukan kepada semua yang berikut:
Penerbit:
Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Kementerian Pengangkutan Malaysia

Aras 3, Galeria PJH, Jalan P4W, • Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan
Persiaran Perdana, Raya Malaysia
Presint 4, 62100 WP,
PUTRAJAYA • Jabatan Pengangkutan Jalan

Tel : 03-2148 1011 Kementerian Pendidikan Malaysia

Faks : 03-2148 1969 • Bahagian Pembangunan Kurikulum
• Bahagian Buku Teks
Laman Web : http://www.jkjr.gov.my • Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
• Lembaga Peperiksaan
Laman Sesawang PKJR : www.pkjr.gov.my • Jabatan Pendidikan Negeri
• Pejabat Pendidikan Daerah
Reka Letak dan Reka Huruf : • Institut Pendidikan Guru Malaysia
• Universiti Putra Malaysia
Rising Fusion Sdn Bhd • Universiti Kebangsaan Malaysia
Muka Taip Teks : Arial • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Saiz Muka Taip Teks : 11 Point
Kementerian Dalam Negeri
Dicetak dan Diedar oleh :
Polis Diraja Malaysia
Rising Fusion Sdn Bhd (798455-k)
No 21 Jalan PBS 14/13, Taman Perindustrian
Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-5879 9897

(i)

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan
untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA

Pendidikan keselamatan jalan raya ialah pendidikan berterusan
sepanjang hayat ke arah melahirkan pengguna jalan raya yang
bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran untuk
menghargai nyawa, kesihatan, dan harta. Pembudayaan
keselamatan jalan raya menjadi pemangkin jalan raya yang
berhemah serta mematuhi peraturan dan undang-undang
keselamatan jalan raya. Usaha pendidikan keselamatan jalan
raya ini dapat menyumbang ke arah keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

(ii)

PETUNJUK KEMAHIRAN BAHASA

MENDENGAR DAN BERTUTUR MENULIS

MEMBACA

RAKAN PKJR

JARJIT ADAM JUTIM

RANI G ALIYA
SENARAI SINGKATAN MEI LIN

HP : Hasil Pembelajaran PPEETTUUNNJJUUKK BBAAHHAANN BBAANNTTUU MMEENNGGAAJJAARR
PKJR : Pendidikan Keselamatan
Jalan Raya
KBAT : Kemahiran Ber kir Aras
Tinggi

Kad Imbasan Poster Video Audio (iii)

AKTIVITI TAJUK MUKA SURAT

1 Cuai Membawa Padah 1

KANDUNGAN 2 Tangani Risiko 3

3 Laju Membawa Padah 4

4 Leka Sedetik 6

5 Jangan Lupa “Klik” 8

6 Topi Keledar 10

7 Hati-hati Melintas Jalan Raya 12

8 Tingkah Laku Cermat Jiwa Selamat 14

9 Menunggang Basikal Dengan Selamat 16

10 Rancang Laluan Selamat 18

11 Malang Tidak Berbau 20

12 Utamakan Keselamatan 22

13 Pemandu Berhemah 24

14 Usah Terburu-buru 26

15 Anda Mampu Mengubahnya 27

16 Kerana Lensa Itu 29

Glosari 31

(iv)

Aktiviti 1

BERHENTI

Cuai Membawa Padah

A Baca petikan tersebut dengan teliti dan bincangkan tiga faktor utama nahas jalan
raya berdasarkan petikan. Kemudian lengkapkan jadual di bawah.

Statistik kemalangan jalan raya menunjukkan bahawa kadar kemalangan jalan di negara
kita semakin meningkat. Pada tahun 2014, sejumlah 19704 kemalangan dicatatkan untuk
sepanjang tahun tersebut. Terdapat sebanyak 8598 kemalangan melibatkan kecederaan ringan,
4432 kemalangan melibatkan kecederaan yang parah dan 6674 kemalangan lagi melibatkan
kemalangan maut. Namun begitu, pada tahun 2015 statistik menunjukkan jumlah kemalangan
menurun kepada 18258 kes kemalangan. Jumlah kemalangan yang menyebabkan kematian ialah
sebanyak 6706 kes manakala bagi kecederaan parah dan ringan pula masing-masing mencatatkan
sebanyak 4120 kes dan 7432 kes kemalangan. Penurunan angka kemalangan ini menunjukkan
bahawa masyarakat telah mula sedar akan kepentingan pemanduan secara berhemah. Walau
bagaimanapun, terdapat peningkatan jumlah kemalangan yang telah dicatatkan pada tahun 2016
iaitu sebanyak 19073 kes kemalangan. Sebanyak 7152 kes melibatkan kemalangan maut, 4506
kes cedera parah manakala 7415 kes lagi melibatkan kecederaan ringan.

Antara faktor kemalangan termasuklah penggunaan telefon bimbit ketika memandu dan
memandu melebihi had laju. Selain itu, kecuaian pemandu itu sendiri ketika menggunakan jalan
raya turut menjadi faktor. Ada segelintir pemandu pula yang memandu bawah pengaruh alkohol
atau dadah, mementingkan diri sendiri, tidak sabar dan melanggar peraturan jalan raya.

Walaupun begitu, keadaan persekitaran jalan raya turut menjadi faktor berlakunya
kemalangan. Sebagai contoh, keadaan jalan raya yang basah dan tidak rata menyebabkan tayar
kereta tidak dapat mencengkam permukaan jalan raya. Keadaan akan menjadi lebih berbahaya
apabila lampu isyarat rosak. Ranting pokok yang berjuntai di tepi jalan turut menjejaskan
penglihatan pemandu sehingga berlakunya kemalangan.

Selain itu, faktor kenderaan seperti brek yang tidak berfungsi dan keadaan bunga tayar
kereta yang haus akibat tidak diselenggarakan secara berkala turut menyebabkan nahas berlaku.
Sesungguhnya, keselamatan jalan raya merupakan tanggungjawab semua pihak. Tegasnya,
amalan hidup bagai aur dengan tebing adalah penting bagi memastikan kadar kemalangan jalan
raya dapat dikurangkan.

PERANGKAAN UMUM KECEDERAAN AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA 2014 - 2016

JENIS KECEDERAAN / TAHUN 2014 2015 2016
KEMATIAN 6,706 7,152

CEDERA PARAH 4,432 4,506
CEDERA RINGAN 7,415

JUMLAH 19,704

Sumber: PDRM

HP 1.1.1 1
PKJR

B Lengkapkan peta pokok di bawah dengan menyenaraikan faktor berdasarkan
maklumat dalam petikan di atas.

Faktor Utama Nahas Jalan Raya

Manusia Kenderaan Persekitaran

C Bina tiga ayat yang gramatis tentang akibat nahas jalan raya.
i.
ii.
iii.

2 1.1.1 HP
PKJR

Aktiviti 2 A

Tangani Risiko POSTER

A Berpandukan poster, bincangkan tingkah laku pengguna jalan raya dan catatkan
pada papan tulis.

B Nyatakan tiga cara menangani risiko berkaitan dengan tingkah laku pengguna
jalan raya.

Cara menangani risiko berkaitan dengan
tingkah laku pengguna jalan raya.

HP 1.2.1 TIP
PKJR
Memerhati keadaan jalan raya, di
hadapan dan di sekeliling anda.

Mengenal pasti keadaan yang
berpotensi membahayakan
pengguna jalan raya.

Hormati pengguna jalan raya
yang lain.

Bertimbang rasa.

Bertindak balas dengan
berkesan untuk mengelakkan

kemungkinan perlanggaran.

Sumber: PDRM

3

AktiviAti 3

Laju Membawa Padah

VIDEO

A Tonton video yang ditayangkan dengan teliti. Kemudian bincang secara berpasangan
tentang akibat memandu melebihi had laju.

Kelihatan sebuah kereta sedang Pemandu tersebut memandu Had laju bagi jalan tersebut
bergerak laju di jalan raya. laju kerana telah lewat untuk adalah 90km/jam.
sampai ke destinasi yang dituju.

Anak pemandu tersebut menangis Pemandu memandu melebihi Pemandu berasa terganggu
di tempat duduk belakang. 100km/jam melebihi had laju yang dengan tangisan anaknya.

telah ditetapkan.

Kereta pemandu tersebut Kelihatan kereta itu tersadai di Jangan terburu-buru. Memandu
bertembung dengan kereta lain. bahu jalan. melebihi had laju boleh

meragut nyawa anda dan orang
tersayang.

4 2.1.1 HP
PKJR

B Lengkapkan peta bulatan akibat kemalangan jalan raya disebabkan memandu
melebihi had laju.

Akibat
kemalangan jalan
raya disebabkan

memandu
melebihi had laju

C Terangkan lima akibat kemalangan jalan raya disebabkan memandu melebihi
had laju kepada rakan anda.

INFO PKJR

Semakin laju pemanduan anda semakin tinggi risiko
kecederaan dan kematian.

20% kematian pada kelajuan 50km/j
60% risiko kematian pada kelajuan 80km/j
Pada kelajuan 50km/j jarak berhenti ialah 27 meter. Jika tidak

kenderaan tidak akan sempat berhenti.

Pada kelajuan 60km/j jarak berhenti ialah 36 meter.Jika tidak
kenderaan tidak akan sempat berhenti. Sumber: JKJR

Pada kelajuan 80km/j jarak berhenti ialah 58 meter. Jika tidak
kenderaan akan melanggar objek pada kelajuan 62km/j.

HP 2.1.1 5
PKJR

AktiviAti 4 VIDEO

Leka Sedetik

A Tonton klip video animasi yang ditayangkan dengan teliti.

1 23

Kelihatan hujan sedang Pemandu sedang memandu Walaupun cuaca buruk, pemandu
turun dengan lebatnya. dengan penglihatan yang kurang tersebut tetap tidak menumpukan
jelas disebabkan cuaca yang buruk.
4 perhatian sepenuhnya kepada
pemanduan.

56

Kelihatan pemandu itu Pemandu itu terus memandu dalam Seterusnya, pemandu itu
menggunakan telefon bimbit ketika cuaca yang buruk dan juga tidak menguatkan kelantangan bunyi radio

memandu. memberikan tumpuan yang penuh. keretanya.

78

Kerana tidak fokus ketika Hanya kerana leka sedetik, maut
pemanduan, pemandu itu termasuk datang menimpa.

ke laluan bertentangan.

6 2.4.1 HP
PKJR

B Senaraikan tiga contoh dan kesan hilang tumpuan berkaitan penglihatan dan
pendengaran berdasarkan klip video animasi yang ditonton.

Faktor Kesan Tindakan yang betul
Kemalangan
Menggunakan Jangan menggunakan
telefon bimbit telefon bimbit semasa

memandu

C Tulis ulasan tentang faktor-faktor hilang tumpuan semasa memandu.

HP 2.4.1 INFO PKJR
PKJR
Penggunaan telefon mudah alih boleh meningkatkan risiko
kemalangan:

Membaca pesanan teks 23x lebih tinggi
Mendail 2.8x lebih tinggi

Mencapai telefon 1.8x lebih tinggi
Berbual atau mendengar 1.8x lebih tinggi

Sumber: JKJR

7

AktivAiti 5

Jangan Lupa “Klik”

VIDEO

A Tonton klip video pemakaian tali pinggang keledar dengan teliti. Sumbang saran
maklumat yang diperolehi daripada video yang ditonton.

Kelihatan sekumpulan anak muda Sebelum memulakan perjalanan, Penumpang di hadapan mengikut
sedang berjalan menuju ke kereta pemandu menasihati rakan-rakannya nasihat pemandu tersebut dan
untuk memakai tali pinggang keledar. memakai tali pinggang keledar.
mereka.

Penumpang di belakang turut Mereka memulakan perjalanan ke Kelihatan sebuah motosikal yang
mengikut nasihat pemandu dan destinasi yang hendak dituju. ditunggang laju keluar dari simpang
memakai tali pinggang keledar.
tanpa berhenti.

Kereta tersebut hampir bertembung Pemandu dan penumpang kereta Mereka mengakui memakai tali
dengan motosikal yang keluar secara nyaris terhentak pada stereng, papan pinggang keledar menyelamatkan

melulu dari simpang. pemuka dan tercampak keluar dari nyawa mereka.
kenderaan akibat berhenti secara

mengejut.

8 3.1.1 HP
PKJR

B Jawab soalan berdasarkan tayangan video secara lisan dalam kumpulan.
i. Apakah fungsi tali pinggang keledar jika berlakunya nahas jalan raya?

ii. Nyatakan cara pemakaian tali pinggang keledar dengan betul.

C Berpandukan video, lakukan simulasi pemakaian tali pinggang keledar dengan
kaedah yang betul.

D Lengkapkan jadual di bawah dengan penyataan yang betul.

SENTIASA JANGAN

Memeriksa tali pinggang keledar Abaikan pemakaian tali pinggang
untuk memastikan ia berfungsi keledar untuk setiap perjalanan
dengan baik. meskipun untuk jarak yang dekat.
Jangan letakkan tali pinggang
Memastikan tali pinggang keledar keledar di bawah lengan atau
melintangi dada dan pinggul anda. belakang anda.
Jangan memangku anak di atas
Menggunakan tempat duduk bayi, riba.
tempat duduk kanak-kanak atau
pelaras tempat duduk untuk
anak-anak anda.

HP 3.1.1 9
PKJR

Aktiviti 6

Topi KeBlEReHEdNTIar

A Perhatikan topi keledar ini.

Lindungi diri anda dengan topi
keledar yang mengikut Piawaian

Standard Malaysia

10 3.2.2 HP
PKJR

B Kenal pasti empat ciri topi keledar yang selamat dan catatkan pada rajah di bawah.

Ciri-ciri INFO PKJR
Topi
1. Disahkan
keledar selamat oleh
yang piawaian Standard
Malaysia (MS SIRIM).
selamat
2. Berwarna cerah/putih.

3. Jalur pantul cahaya.

4. Diikat dengan kemas.

5. Tidak pernah terhentak.

Sumber: JKJR

C Senaraikan fungsi topi keledar.

i. .
ii.
iii.
iv.

HP 3.2.2 11
PKJR

AktiviAti 7

Berhati-hati Melintas Jalan Raya

VIDEO

A Tonton klip video yang ditayangkan dengan teliti. 3

Situasi 1

12

Dua orang remaja sedang melintas jalan Dua orang remaja menekan butang Dua orang remaja melintas jalan sambil
sambil menggunakan telefon bimbit. lampu isyarat pejalan kaki. memerhatikan keadaan sekeliling
mereka.
Situasi 2
3
12

Dua orang pelajar melintas jalan di jalan Mereka melintasi jalan raya yang sesak Dua orang pelajar menggunakan
raya sibuk. dengan kenderaan yang laju. jejantas untuk melintas jalan raya yang

sibuk.

Situasi 3

1 23

Dua orang remaja yang berpakaian Dua orang remaja yang berpakaian Remaja tersebut melintas dengan
gelap sedang melintas jalan ketika cerah melihat ke kanan dan ke kiri berhati-hati.

waktu malam. sebelum melintas.

INFO PKJR
STATISTIK KEMATIAN PEJALAN KAKI DARI TAHUN 2012-2017

2012 2013 2014 2015 2016 2017

Ke5m3a0tian Ke4m5a5tian Ke5m1a5tian 482 Ke5m1a1tian Ke4m4a1tian
Kematian
Sumber: PDRM

12 4.1.1 HP
PKJR

B Berdasarkan klip video, tandakan ( ) pada perlakuan yang positif dan tandakan (X)
pada perlakuan yang negatif.

Bil. Perlakuan Pejalan Kaki Tandakan
( ) atau ( X )
1. Tidak menggunakan laluan pejalan kaki.
2. Menggunakan laluan pejalan kaki.
3. Berjalan mengikut arus lalu lintas.
4. Menggunakan jejantas.
5. Melintas secara cepat di tempat yang salah.
6. Berjalan bertentangan dengan arus lalu lintas.
7. Berpakaian gelap (suasana gelap).
8. Memastikan keadaan selamat sebelum menggunakan lintasan pejalan kaki.
9. Bergurau semasa melintas jalan.
10. Menggunakan telefon bimbit semasa melintas.

C Secara berkumpulan, bina satu perenggan karangan berkaitan satu perlakuan positif
yang dipilih.

HP 4.1.1 13
PKJR

Aktiviti 8

TingBkERaHEhNTI Laku Cermat Jiwa
Selamat

A Baca petikan berita di bawah. Kemudian garisi maklumat yang anda peroleh
daripada petikan tersebut dalam kumpulan.

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Seorang lelaki warga asing maut dalam kemalangan jalan
raya di Jalan Pudu awal pagi tadi kerana mengalami kecederaan parah di kepala setelah
dilanggar oleh sebuah kereta ketika melintas jalan. Menurut pegawai trafik bertugas,
mangsa tidak menggunakan kemudahan pejalan kaki walaupun di tempat tersebut
terdapat jejantas.

Seorang pegawai Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) ketika dihubungi menjelaskan
bahawa kemalangan biasanya berlaku disebabkan sikap pejalan kaki itu sendiri. Mereka
tidak mematuhi peraturan ketika melintas jalan dan tidak menggunakan kemudahan
pejalan kaki yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Menurut beliau lagi,
kebanyakan kes kemalangan yang berlaku melibatkan warga asing yang tidak memahami
peraturan jalan raya di negara ini.

Selain jejantas dan lintasan pejalan kaki berisyarat, kemudahan lain yang disediakan ialah
lintasan kanak-kanak yang dikawal oleh peronda lintasan sekolah, laluan pejalan kaki
bawah tanah, lintasan pejalan kaki dan laluan pejalan kaki. Kemudahan-kemudahan ini
disediakan untuk memastikan keselamatan pejalan kaki semasa melintas, mengelakkan
konflik antara pejalan kaki dengan trafik dan memastikan kemalangan tidak berlaku.

Kesimpulannya, pejalan kaki diingatkan agar mematuhi peraturan lalu lintas kerana
kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka disaman di bawah Akta
Pengangkutan Jalan 1987, iaitu boleh dikenakan kompaun.

14 4.1.2 HP
PKJR

B Berdasarkan petikan, pindahkan maklumat yang diperoleh ke dalam peta minda
yang sesuai dan bentangkan secara berkumpulan.

Kepentingan
menggunakan

kemudahan
pejalan kaki

info pkjr :

Kenali Tanda Lampu Isyarat

Lampu Merah Lampu Orang Merah
Berterusan
BERHENTI
Jangan Melintas
Kenderaan mesti berhenti
Lampu Orang Merah Berkelip
Lampu Kuning
Tunggu! Belum boleh melintas.
PERLAHAN Lampu akan bertukar hijau sebentar lagi.

Kenderaan mesti diperlahankan LaLmpaumakpanubeOrturkaar nmegrahHsiejbaenutar lagi.
dan bersedia untuk berhenti Berterusan

Lampu Hijau Mula melintas, perhatikan kenderaan.

BERGERAK Lampu Orang Hijau
Berkelip
Kenderaan bergerak ke hadapan
Jika sedang melintas, segerakan melintas jalan.
HP 4.1.2 Jika belum melintas, jangan melintas. 15
PKJR
Sumber: JKJR

Aktiviti 9

BERHENTI Menunggang Basikal Dengan
Selamat

A Teliti gambar di bawah. Kemudian, nyatakan alat-alat perlindungan yang digunakan
oleh penunggang basikal tersebut

1

3

2
4

5
6

16 5.1.1 HP
PKJR

B Huraikan kepentingan menggunakan alat-alat perlindungan menunggang basikal di
bawah.

HP 5.1.1 17
PKJR

AktivitAi 10

Rancang Laluan Selamat

VIDEO

A Berdasarkan klip video laluan selamat penunggang basikal, berikan pendapat anda.

1 23

Rani memakai topi keledar dengan Rani memerhatikan kenderaan yang Rani berbasikal di bahagian paling
kemas dan betul. lalu lalang. kiri jalan.

4 5 6

Rani berbasikal di lorong basikal. Rani memilih untuk melalui lorong Rani meneruskan perjalanan setelah
basikal kerana lebih selamat. lampu bertukar hijau.
7
8

Rani memberi isyarat tangan Rani berbasikal dengan selamat
sebelum menukar lorong. untuk ke rumahnya.

01 BAHAYA 02 TIP: RANCANG LALUAN SELAMAT 05
SELAMAT
03 04 JANGAN BERBASIKAL
KENAL PASTI LALUAN MASA BERIRINGAN MELEBIHI
YANG PALING SELAMAT CUACA BERBASIKAL DI
Pastikan anda memilih SEBELAH KIRI JALAN DUA ORANG
Gunakan laluan khas masa yang sesuai Mulakan perjalanan
basikal dan jalan raya untuk memulakan anda ketika cuaca Pastikan anda Ikut satu barisan
yang diterangi cahaya berbasikal di seorang demi
perjalanan anda. Pilih cerah. Elakkan sebelah kiri jalan
lampu. masa yang tidak terlalu berbasikal dalam seorang di jalan
sibuk dan mempunyai keadaan hujan. raya. raya yang sempit
kurang pengguna jalan
Sumber: JKJR atau sibuk.
raya.

18 5.1.2 HP
PKJR

B Lakarkan peta laluan selamat anda dari sekolah ke rumah di dalam ruangan yang
disediakan.

HP 5.1.2 19
PKJR

Aktiviti 11 A

Malang Tidak Berbau

POSTER

A Berdasarkan poster, kenal pasti pakaian dan peralatan keselamatan penunggang
motosikal.

B Lengkapkan peta pokok di bawah.

Pakaian dan Peralatan Keselamatan
Penunggang Motosikal

Lengkap Tidak lengkap

20 5.2.1 HP
PKJR

C Huraikan kepentingan menggunakan pakaian dan peralatan keselamatan ketika
menunggang motosikal.

TOPI KELEDAR

JAKET PEMANTUL CAHAYA BREK
TAYAR

KASUT

INFO PKJR APABILA BERLAKU KEMALANGAN MOTOSIKAL

TAHUKAH ANDA? 48x lebih tinggi risiko
kematian & kecederaan serius
Memakai topi keledar
keselamatan dengan betul berbanding penumpang bas
bagi jarak yang sama.
boleh menyebabkan : 6.2x lebih tinggi risiko
Pengurangan risiko
kematian & kecederaan serius
KEMATIAN : sebanyak 40% berbanding menaiki kereta
bagi jarak yang
Pengurangan risiko
KECEDERAAN KEPALA : Sumber: JKJR

sebanyak 70%

HP 5.2.1 21
PKJR

Aktiviti 12 BERHENTI

Utamakan Keselamatan

A Baca petikan di bawah, kemudian garisi frasa berkaitan dengan laluan selamat.

Keselamatan Penunggang Motosikal di Jalan Raya

Berdasarkan statistik kemalangan jalan raya yang dilaporkan oleh Jabatan Keselamatan
Jalan Raya (JKJR) pada tahun 2016 didapati penunggang motosikal mencatatkan jumlah
kematian yang paling tinggi, iaitu sebanyak 63%. Antara faktor yang menyebabkan
penunggang motosikal berisiko paling tinggi terlibat dalam kemalangan ialah sikap
penunggang motosikal, persekitaran jalan raya, dan keadaan motosikal. Oleh yang
demikian, penunggang motosikal mestilah bijak memilih laluan yang selamat.

Antara langkah yang boleh diambil bagi memastikan keselamatan penunggang motosikal
di jalan raya adalah dengan menggunakan laluan motosikal yang telah disediakan.
Sesetengah jalan persekutuan tidak dilengkapi laluan motosikal tetapi dipisahkan
daripada lorong utama oleh garis putih di tepi jalan. Penunggang motosikal digalakkan
berada di sebelah kiri jalan.

Selain itu, mereka juga hendaklah mematuhi tanda isyarat lalu lintas di jalan raya untuk
memastikan pergerakan lalu lintas lebih lancar. Tanda isyarat lalu lintas ini juga dapat
memberikan peringatan dan memberitahu penunggang motosikal tentang bahaya atau
isyarat lalu lintas agar mereka dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

Kesimpulannya, keselamatan di jalan raya merupakan tanggungjawab pengguna jalan
raya itu sendiri. Usaha untuk mengurangkan kadar kecederaan dan kematian penunggang
motosikal di jalan raya perlulah dibuat secara berterusan. Memang tidak dapat dinafikan
bahawa kita sering melakukan kesilapan tetapi kesilapan yang melibatkan kehilangan
nyawa orang lain haruslah dielakkan demi kesejahteraan bersama.

info pkjr :

JUMLAH KEMATIAN PENUNGGANG
DAN PEMBONCENG MOTOSIKAL

TAHUN PENUNGGANG PEMBONCENG

2016 4077 408

2017 3991 357

Sumber: PDRM

22 5.2.2 HP
PKJR

B Berdasarkan peta laluan keselamatan berikut, bantu Jutim dan bapanya menunggang
motosikal mengikut laluan yang selamat dari sekolah untuk sampai ke rumah. Tanda dengan

menggunakan simbol anak panah ( ). Jelaskan sebab laluan selamat tersebut dipilih

semasa pembentangan.

SEKOLAH BALAI POLIS
DAHLIA

STADIUM DAHLIA

PASAR RAYA

TAMAN PERMAINAN
KANAK-KANAK

Contoh laluan selamat

Hospital Petunjuk Rumah Jutim

Hentian bas Masjid Taman Perumahan
Dahlia
Laluan pejalan Stesen minyak
kaki Dewan Serba Guna
Lampu isyarat PASAR RAYA Dahlia
Dilarang
berhenti Dilarang Pasar raya
membunyikan
Bonggol Blok kedai
hon
Garis kuning
melintang Jalan dalam
pembinaan

Lintasan
pejalan kaki

HP 5.2.2 23
PKJR

AktivitAi 13

Pemandu Berhemah

VIDEO

A Berdasarkan klip video animasi sikap pemandu yang tidak berhemah, berikan
pendapat anda.

1 2 34

56

78

B Bandingkan sikap pemandu berhemah dengan pemandu yang tidak berhemah.

Pemandu Berhemah Pemandu Tidak Berhemah

24 6.1.1 HP
PKJR

C Lengkapkan karangan di bawah tentang ciri-ciri pemandu berhemah berdasarkan
pilihan jawapan yang diberikan.

memberi laluan dengan memberi isyarat yang
memperlahankan kenderaan sewajarnya pada masa

yang sesuai

tidak boleh memotong memperlahankan
kenderaan lain di selekoh kenderaan ketika melalui

lopak

memegang stereng dengan
kedua-dua belah tangan

Kita sering berdepan dengan pemandu yang tidak sopan di jalan raya. Sikap

sedemikian bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga pengguna jalan raya

yang lain. Memandangkan tabiat tersebut tidak menguntungkan sesiapa, maka usaha

kerajaan untuk melahirkan pemandu yang berhemah tidak harus dipandang ringan.

Sehubungan dengan itu, kita perlu mengenal pasti ciri-ciri pemandu yang berhemah.

Antara ciri pemandu berhemah adalah dengan (i)

. Tindakan tersebut akan membolehkan pemandu

lain memahami isyarat yang diberikan dan bersedia untuk bertindak pada masa yang

betul. Selain itu, pemandu (ii) yang

tersembunyi kerana kebolehlihatan kenderaan dari arah bertentangan sangat terhad.

Pemandu yang berhemah sepatutnya (iii)

supaya dapat mengawal kenderaan dengan baik. Seterusnya, pemandu

juga perlu (iv) supaya tidak

terpercik kepada pengguna jalan raya yang lain. Dari aspek yang lain pula, pemandu

perlu (v) supaya pemandu lain

dapat memotong dengan selamat.

Kesimpulannya, kita percaya bahawa pemandu yang mempunyai pengetahuan

tentang peraturan lalu lintas, kemahiran yang tinggi dalam pemanduan dan sikap

yang betul ketika memandu dapat melahirkan pemandu berhemah. Langkah ini dapat

mencerminkan budaya masyarakat Malaysia di jalan raya.

INFO PKJR Elakkan Kemalangan, Jangan Mengikuti
Kenderaan Lain dengan Terlalu Rapat
JAGA JARAK
YANG SELAMAT Jangan memandu terlalu rapat dengan kenderaan
di hadapan (dikenali sebagai tailgating)
Semasa Memandu di Belakang Memberi ruang dan masa yang mencukupi untuk
Kenderaan Lain memberhentikan kenderaan dengan selamat.
Memberi pemandu sudut pandangan yang lebih
HP 6.1.1 luas supaya dapat melihat keadaan persekitaran di
PKJR hadapan

Ia bagi memastikan anda mempunyai jarak yang
mencukupi untuk berhenti dengan selamat jika
kenderaan di hadapan anda menekan brek secara
tiba-tiba.

Sumber: JKJR

25

Aktiviti 14

BERHENTI

Usah Terburu-Buru

A Secara lisan nyatakan situasi berbahaya yang pernah anda alami ketika memotong
kenderaan lain.

B Huraikan empat situasi berbahaya ketika memotong kenderaan lain.

Tindakan
berbahaya

ketika
memotong
kenderaan lain

info pkjr :

BERI ISYARAT

SEMASA MEMANDU

Elakkan kemalangan dengan memberitahu niat
anda kepada pengguna jalan raya lain.

SEKIRANYA DIDAPATI MEMOTONG DI GARISAN
A BERKEMBAR PEMANDU BOLEH DISABITKAN DENGAN

KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 119 (2) DAN
BOLEH DIKENAKAN KOMPAUN RM300.

Sumber: JKJR & JPJ 6.1.2 HP
PKJR
26

Aktiviti 15 30 110

Anda Mampu Mengubahnya km/j
km/j

A Baca petikan cerpen di bawah. Kemudian kenal pasti dan senaraikan tingkah laku
penumpang yang mengganggu pemandu secara fizikal.

Hujan turun dengan lebatnya. Sesekali terdengar dentuman guruh dan kilat sabung-
menyabung, diikuti angin yang kencang. Aku meneruskan pemanduanku agar cepat sampai ke
rumah.

Seperti biasa aku menjalankan rutin harianku menghantar dan mengambil anak-anak
di sekolah dan di tadika. Keadaan anak-anak di dalam kereta semakin riuh dan tidak terkawal.
Lia, Ari dan Emy mula bergaduh kerana berebut air kotak sehingga air itu terpercik ke mukaku.
Aku meraba-raba mencari kotak tisu di tempat duduk hadapan untuk mengelap percikan air
di mukaku. Basir pula mula merengek dan meragam kerana kelaparan sambil menarik-narik
tudungku dari tempat duduk belakang.

“ Rin, tolong jaga adik. Ibu bawa kereta ni.”

Basir meronta-ronta sambil menjerit-jerit dalam dakapan Rin. Basir menolak botol susu
yang diberikan oleh Rin dan cuba melepaskan dirinya untuk duduk di atas ribaku. Aku berusaha
mengawal kereta dalam keadaan Basir yang masih meronta-ronta mahukan perhatianku. Entah
bagaimana, secara tiba-tiba Basir mencapai stereng menyebabkan kereta yang aku pandu tidak
terkawal. Aku cuba menekan brek tetapi usahaku sia-sia kerana keadaan jalan yang licin. Aku
tidak mampu untuk berbuat apa-apa lagi. Dalam fikiranku cuma terbayangkan keselamatan
anak-anakku.

“Imah... Imah… Imah…”

Sayup-sayup kedengaran namaku dipanggil berkali-kali oleh suara yang amat aku kenali.
Dengan perlahan-lahan aku membuka mata dan mendapati suami tercinta berada di sebelahku.
Spontan aku teringatkan nasib anak-anakku.

“Bang, mana anak-anak kita? Mana Rin? Mana Basir? Mana Lia? Mana Ari? Mana Emy?”,
bertalu-talu pertanyaanku.

Fairol hanya mampu terdiam. “Banyakkan bersabar Encik Fairol,” kata Doktor
Akhirruddeen sambil mengusap lembut bahu Fairol. Pertanyaanku tidak dijawab. Hanya
pandangan kosong dan dalam yang diberikan. Suamiku hanya menggenggam erat tanganku
sambil meminta maaf. Pandanganku kelam.

HP 6.2.1 27
PKJR

B Senaraikan tingkah laku penumpang yang mengganggu pemandu secara fizikal
berdasarkan petikan.

Kemahiran Berfikir

C Berdasarkan petikan cerpen, ramalkan perkara yang berlaku kepada keluarga
28 tersebut.

info pkjr :

JUMLAH KECEDERAAN DAN KEMATIAN
MENGIKUT KUMPULAN UMUR
TAHUN 2017

0-5 75
237
UMUR
6-10 73
191

11-15 417
923

MATI PARAH Sumber: PDRM

6.2.1 HP
PKJR

Aktiviti 16 BERHENTI

Kerana Lensa Itu

A Lakonkan situasi penumpang yang mengganggu tumpuan pemandu dengan
menggunakan teknik teater pembaca. Kemudian, kenal pasti tiga tingkah laku

penumpang yang mengganggu tumpuan pemandu.

Asyraf, Vincent dan Prakash sedang dalam perjalanan menuju ke Pantai Morib. Sepanjang
perjalanan mereka begitu gembira berbual-bual dengan suara yang kuat sambil menikmati
pemandangan.

Vincent : Asyraf, pandang sini (sambil menghalakan lensa kamera telefon bimbitnya)

Prakash : Asyraf pandanglah sini, sekejap je (nada memujuk).

Asyraf : Aku tengah memandu ni, kejap lagilah. (menunjukkan reaksi berminat untuk
turut serta).

Vincent : Pandang sini kejap. Bukan lama pun.

(Asyraf pun terus memandang ke arah lensa kamera yang dihalakan ke arahnya sambil
tangannya masih mengawal stereng).

Prakash : Asyraf! Asyraf! Perlahanlah sikit, cantiknya pemandangan sebelah kiri tu.
Cuba tengok.

Vincent : Okey. Okey. Kita ambil gambar. Asyraf! Tengoklah.

(Spontan, Asyraf terus memandang ke arah yang dimaksudkan oleh Prakash tanpa menyedari
kereta mereka telah tersasar ke lorong bertentangan. Pada masa yang sama, sebuah lori
datang dari arah bertentangan).

Prakash : Asyraf, lori! (dengan nada terkejut).

Pinnn... Kreeek... Bommm... Tiba-tiba kedengaran satu dentuman yang sangat kuat akibat
pertembungan dua buah kenderaan itu.

HP 6.2.2 29
PKJR

B Senaraikan tingkah laku penumpang yang mengganggu tumpuan pemandu.

3

Tingkah laku
penumpang yang

mengganggu
tumpuan pemandu

12

INFO TEKNIK
TEATER PEMBACA :

dpbamea)nn)eLgMmmegeibbumliainhbickaamaatmknseaukmsnrkueiapban.ertsaiben,esgsrekeababpunuaataohasrncpa,eneirnkgittoam.nuarsidi

30 6.2.2 HP
PKJR

Glosari

ISTILAH MAKSUD

Advokasi Saranan atau cadangan kepada pengguna jalan raya untuk mematuhi
peraturan.

Akta Undang-undang yang digubal dan diluluskan di parlimen.

Alat pemantul cahaya Alat keselamatan yang memantulkan cahaya. Contoh: jaket pemantul cahaya,
pelekat pemantul cahaya.

Alat perlindungan Pakaian atau peralatan yang boleh melindungi pemandu atau penumpang
Arah bertentangan daripada impak stering atau panel kenderaan. Contoh: beg udara dan topi
keledar.

Arah yang berlawanan.

lintas ) .
Bahaya
Sesuatu yang dapat mendatangkan bencana, kecelakaan, nahas, dan lain-
Bahu jalan lain.
Beg udara
Bahagian tepi atau sisi jalan yang hanya digunakan untuk kenderaan yang
rosak.

Sejenis beg daripada fabrik nilon yang nipis dan terlipat di dalam stering
atau papan pemuka.Beg udara juga terdapat pada pintu atau tempat duduk
penumpang sebagai tambahan kepada ciri keselamatan jika dilanggar dari
arah sisi. Jika berlaku kemalangan, beg udara akan menggelembung dan
mengempis dalam masa kurang daripada sesaat (sekitar 0.05 saat). Proses
ini memperlahankan pergerakan ke hadapan pemandu dan penumpang serta
mengurangkan kecederaan serius.

31

ISTILAH MAKSUD

Brek tidak berfungsi Alat untuk mengurangkan atau menghentikan kenderaan tidak dapat
digunakan dengan baik.

Bunga tayar haus Keadaan bunga tayar kenderaan yang botak dan tidak dapat mencengkam
jalan dengan baik.

Diskripsi ubat Maklumat terperinci tentang ubat.
Gangguan secara
Tingkah laku penumpang yang menyebabkan pemandu tidak dapat
Garisan putih memberikan tumpuan pada pemanduan.
berkembar
Dua garisan terus berwarna putih yang melarang pengguna jalan
Gelang pemantul raya memotong, membuat pusingan U di bahu jalan di keduadua arah
cahaya disebabkan oleh keadaan jalan atau persekitaran tidak sesuai dan boleh
membahayakan pengguna jalanraya. Contohnya kawasan berbukit dan
selekoh.

Alat berbentuk gelang atau sebagainya yang dapat memantulkan cahaya bagi
memudahkan orang lain mudah melihat.

Had laju Kadar kelajuan yang ditetapkan untuk dipatuhi oleh pemandu kenderaan.
Hendal
Implikasi Tempat pegang pada basikal dan lain-lain bagi mengawal arah atau hala tuju.
Insurans
Kesan atau impak.
Isyarat tangan
Perjanjian tanggungan yang dibuat oleh sesebuah syarikat untuk
menggantikan kerugian dengan bayaran premium tertentu.

Tanda insyarat yang ditunjukkan oleh pemandu bagi memberitahu pemandu
lain tentang tindakan yang akan dilakukan.

Jaket pemantul cahaya Pakaian keselamatan yang memantulkan cahaya.

3322

ISTILAH MAKSUD

Jejantas Jambatan yang dibina merentangi jalan raya untuk memisahkan pejalan kaki
daripada kenderaan bagi membolehkan mereka melintas dengan selamat
tanpa berhadapan dengan kenderaan dan lalu lintas.

Kebolehlihatan Keadaan dapat melihat pada waktu malam atau waktu kurang pencahayaan
akibat faktor masa atau cahaya.

Kecederaan kekal Kecacatan yang tetap dan dialami secara berterusan.

Kompaun Denda yang dibayar dengan tidak melalui pendakwaan di mahkamah.

Laluan motosikal Laluan yang disediakan khusus untuk kegunaan penunggang motosikal.

Laluan pejalan kaki Laluan yang digunakan khusus untuk pejalan kaki.

Laluan pejalan kaki Laluan yang disediakan untuk kegunaan untuk pejalan kaki di bawah tanah.
bawah tanah

Laluan selamat Lorong yang tidak berbahaya kepada pengguna jalan raya.

Laluan Sikal Laluan yang disediakan khusus untuk kegunaan penunggang
basikal dan motosikal.

Lampu hadapan dan Lampu utama yang terdapat pada hadapan kenderaan untuk memudahkan
belakang pemandu melihat dengan jelas pada waktu malam; atau lampu utama di
belakang kenderaan bagi membolehkan pemandu lain melihat kenderaan di
jalan raya.

3333

ISTILAH MAKSUD

Lesen Belajar Kad atau dokumen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang membolehkan
Memandu (LDL) seseorang belajar memandu (latihan praktikal) sebelum dibenarkan menjalani
ujian praktikal bagi tempoh tiga atau enam bulan (Lesen L). Pelanjutan tidak
boleh melebihi agregat dua tahun mulai tarikh mula lesen belajar memandu
dikeluarkan. Dalam tempoh dua tahun seseorang itu perlu lulus semua ujian
kekompetenan dan mendapat kelas lesen memandu yang dipohon.

Lesen Memandu Dokumen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang memberikan kebenaran
kepada seseorang atau pihak tertentu melakukan menggunakan atau
melakukan sesuatu.

Lesen Memandu Kad atau dokumen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa setelah seseorang
Percubaan (PDL) itu lulus semua ujian memandu kompetenan bagi kelas lesen memandu yang
dipohon untuk membolehkan pemandu baharu memandu kenderaan. Tempoh
percubaan selama dua tahun dan dikira dari tarikh lesen memandu percubaan
dikeluarkan (Lesen P).

Lintasan pejalan kaki Kawasan khas yang dicat dengan jalur belang putih atau kuning secara
melintang di atas jalan raya untuk membantu pejalan kaki melintas dengan
selamat.

Lintasan pejalan kaki Lintasan pejalan kaki yang mempunyai set lampu isyarat dan lazimnya
berisyarat terdapat butang serta dua lampu berimej orang berwarna merah dan hijau.
Lintasan pejalan kaki berisyarat dikawal dengan menekan butang yang
terdapat pada tiang lampu pejalan kaki berisyarat.

Lorong kecemasan Laluan yang disediakan khas untuk kenderaan seperti jentera bomba atau
ambulan.

Lorong utama Jalan utama yang digunakan oleh semua kenderaan.

Nahas jalan raya Kemalangan atau kecelakaan berlaku di jalan raya.
Pad lutut Pelapik yang lembut untuk melindungi bahagian lutut.
Pad siku Pelapik yang lembut untuk melindungi bahagian siku.

3344

ISTILAH MAKSUD

Pelekat pemantul Alat yang digunakan sebagai pelekat yang dapat memantulkan cahaya.
cahaya
jalan raya atau lebuh raya. Pembahagi jalan boleh jadi tembok konkrit, rel
Pembahagi jalan pengawal ataupun ruang tanah kosong yang lapang.

Pembonceng motosikal Orang yang duduk di bahagian belakang penunggang motosikal.

Penguatkuasaan Perbuatan menguat kuasakan undang-undang, dasar, dan sebagainya.

Penunggang Orang yang menunggang kenderaan beroda dua atau tiga seperti motosikal
dan basikal.

Peralatan keselamatan Alat-alat yang dapat melindungi pengguna jalan raya daripada mengalami
kecederaan. Contoh: topi keledar bercap SIRIM, baju pantulan cahaya.

Peraturan lalu lintas Amalan keselamatan yang boleh meningkatkan kesedaran pengguna jalan
raya semasa menggunakan ataupun berada di jalan raya.

Perlanggaran Rempuhan antara dua kenderaan atau lebih sama ada secara berhadapan
atau sebagainya.

Peronda lintasan Individu yang bertugas meronda di kawasan lintasan sekolah dengan
sekolah memakai suatu pakaian seragam yang diluluskan oleh ketua pegawai polis
dan diberi kuasa untuk menahan atau memberhentikan kenderaan bagi
membolehkan murid-murid sekolah melintas.

Piawaian Penetapan standard yang diluluskan.

Plat Alat daripada kepingan logam atau plastik yang berbentuk empat segi untuk
dimasukkan ke dalam pengancing.

Respons Maklum balas terhadap sesuatu arahan.

Risiko Kemungkinan mendapat bahaya akibat melakukan sesuatu tindakan atau
perbuatan.

3355

ISTILAH MAKSUD

Ritma sirkardian Perubahan fungsi dalaman diri manusia (biologi) yang berulang dalam tempoh
(circadian rhythm) 24 jam.

Selekoh Jalan yang berkelok, berbelok atau berliku.
Simulasi
Latihan yang menggunakan sesuatu yang direka atau dibuat-buat supaya
mirip kepada yang sebenarnya.

Situasi berbahaya Keadaan yang dapat memberi kemalangan kepada pengguna jalan raya.

Tali pinggang keledar Alat penahan yang dipakai oleh pemandu dan penumpang kenderaan
untuk mengelakkan pergerakan yang berbahaya akibat perlanggaran atau
pemberhentian mengejut.

Tanda isyarat lalu lintas Simbol-simbol yang terdapat di jalan raya sebagai peringatan kepada
pemandu atau pengguna jalan raya bagi memastikan keselaman mereka.

Terowong pejalan kaki Gua yang dibina menembusi tanah atau bukit untuk dijadikan laluan pejalan
kaki.

Tingkah laku Tindakan penumpang kenderaan yang tidak menyebabkan situasi pemandu
penumpang yang hilang tumpuan.
selamat

Topi keledar Topi keselamatan yang dipakai oleh penunggang dan pembonceng

keselamatan motosikal motosikal.

Topi keledar Topi keselamatan yang dipakai oleh penunggang basikal.
keselamatan basikal

Tumpuan pemandu Keadaan pemandu yang berfokus pada pemanduannya.

Ujian nafas Ujian yang dilakukan bagi menentukan kandungan alkohol dalam darah.

3366


Click to View FlipBook Version