PK07 – Pengurusan Mesyuarat
PK 07/3
SJK (T) TAMAN PERMATA
MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID BIL 1 / TAHUN 2021
Tarikh : 12.01.2021
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Pengerusi : En.S.Ravi
Kehadiran(Bilangan) : 17/17 guru
1. PUVANESVARI A/P GANASON - Setiausaha
2. KALPANA A/P GOVINDAN - GAB
3. VIKNESHWARAN A/L MUTHIAH - GAB
4. SARASWATHY A/P MUNIAN - GAB
5. CHITRA A/P BATUMALAI - GAB
6. LALITHA A/P CHENGANY - GAB
7. PUVANESVARI A/P GANASON - GAB
8. MEGALAI A/P THESON - GAB
9. SARMILA A/P BALAKRISHNAN - GAB
10. KASTURI BAY - GAB
11. JEYAHMARY A/P YAGABARAM - GAB
12. KRISNAVINI A/P VELI - GAB
13. NAGANEDRAN A/P JAYAPRAGASAM - GAB
Turut Hadir: - Guru Besar
1. EN. RAVI A/L SUBRAMANIAM - Penolong Kanan Pentadbiran
2. PN.GOHILAVANI A/P RAMAN - Penolong Kanan HEM
3. PN. MEKANAYAGI A/P PERUMAL - Penolong Kanan Kokurikulum
4. PN. NALLAMMAL A/P PACHAPPAN
1 1.1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat Unit HEM
yang pertama bagi sesi persekolahan tahun 2021.
1.1.2 Beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua unit yang
Berfungsi di bawah unit HEM.
1.1.3 Beliau meminta guru-guru kelas supaya mengemaskinikan data di APDM
Dengan kadar segera.
Tindakan : Makluman
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Selangor.2010
| 1 November 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
1.2 UCAPAN GURU BESAR
1.2.1 Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru yang
hadir.
1.2.2 Beliau juga meminta supaya melaksanakan tugasan yang diamanahkan
dengan lebih efektif walaupun kita berada dalam PKPB.
1.2.3 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada LPS dan PIBG sekolah kerana
Sentiasa memberi kerjasama dalam menjayakan semua aktiviti sekolah.
1.2.4 Beliau juga menghargai komitmen pengawal keselamatan dan pekerja am
dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan.
1.2.5 Beliau juga mencadangkan penambahbaikan dalam unit HEM dan
Pengagihan tugasan dalam unit HEM.
Tindakan : Makluman
2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.
2.1 Pengerusi membentangkan Minit Mesyuarat HEM Bil 4/2021.
Ia dicadangkan oleh Pn.Nallamal dan disokong oleh Pn.Krishnaveni.
3 PERKARA BERBANGKIT:
3.1 Telah dilampirkan dalam borang maklum balas.
4 PERBINCANGAN ISU SEMASA :
4.1 Unit SPBT
4.1.1 Menyimpan stok SPBT dan menyemaknya di awal dan akhir tahun-Memproses
semua borang SPBT.
4.1.2 Mengedar buku-buku teks kepada pelajar yang layak dan mengutip balik buku
teks pada akhir penggal.
4.1.3 Menerima buku teks dari Kementerian Pelajaran dan merekodkan ke dalam buku
stok.
4.1.4 Mengisi dan menyempurnakan borang-borang SPBT dan lain-lain borang yang
berkaitan dengan SPBT.
4.1.5 Menyediakan arahan-arahan tentang pengurusan SPBT dan memaklumkan
kepada semua guru dan pelajar.
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Selangor.2010
| 1 November 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
4.1.6 Memastikan pelajar-pelajar menjaga kebersihan buku pinjaman dan
menggantikan buku yang rosak.
Tindakan: Unit SPBT
4.2 Unit RMT
4.2.1 Jawatankuasa Bantuan Murid ditubuhkan di peringkat KPM bagi merancang,
melaksana, memantau dan menambahbaik pelaksanaan program ini dari
semasa ke semasa.
4.2.2 Murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tahun 6 Pendapatan Isi
Rumah (KIR) adalah di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional**
(kategori miskin tegar) dan Murid Berkeperluan Khas (OKU);
4.2.3 Pelaksanaan RMT bermula pada hari pertama persekolahan (Tahun 2-Tahun 6),
manakala bagi murid Tahun 1 dan kes keciciran pemohon (Tahun 2 – Tahun 6),
bermula pada 1 Februari tahun semasa.
4.2.4 Bagi memastikan menu makanan yang disediakan menarik minat murid,
semakan semula menu perlu dibuat satu kali setahun (Jun) oleh Jawatankuasa
(RMT) dan penukaran menu dilaksanakan mengikut menu yang disenaraikan.
4.2.5 Perlu buat tempahan makanan sehari sebelum makanan diberikan.
Borang-borang berkenaan perlu diisi setiap hari dan perlu dihantar kepada PK
HEM setiap minggu.
Tindakan: Unit RMT
4.3 Unit Kantin
4.3.1 Membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian berkaitan dengan
pengurusan kantin.
4.3.2 Menerima dan menyampaikan maklum balas dan cadangan dari pada pihak
murid, guru, staf sokongan, ibubapa kepada Pengetua atau Guru Besar tentang
pengurusan kantin.
4.3.3 Menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti pendidikan dan kempen yang berkaitan
dengan kantin.
4.3.4 Memastikan pelaksanaan Program Kendiri Kantin Sekolah dilaksanakan dengan
baik.
4.3.5 Kantin sentiasa selamat, bersih dan ceria.
4.3.6 Semua kemudahan di kantin sentiasa bersih, selamat dan berfungsi.
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Selangor.2010
| 1 November 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
Peraturan-peraturan yang disediakan dipatuhi.
4.3.7 Setiap kes yang disyaki keracunan makanan hendaklah diambil tindakan segera
dengan menghantar murid yang terlibat untuk menerima rawatan dan
melaporkan serta merta kepada pihak-pihak berwajib mengikut peraturan-
peraturan yang berkuatkuasa.
4.3.8 Kandungan buku Panduan Pengurusan Kantin sekolah sihat hendaklah dipatuhi.
4.3.9 Pengusaha kantin menyedia serta menjual makanan dan minuman yang
halal.(Silarujuk Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1981 bertarikh 9 Februari 1981)
4.3.10 Pengusaha kantin menjual makanan mengikut senarai barang-barang makanan
dan minuman yang terdapat dalam sebut harga.
4.3.11 Pengusaha kantin mempunyai lesen perniagaan yang sah.
4.3.12 Kebersihan kemudahan, alat kelengkapan dan kawasan persekitaran kantin.
4.3.13 Kebersihan, mutu, khasiat dan keselamatan makanan dan minuman yang dijual
dengan harga berdasarkan perjanjian.
4.3.14 Keselamatan di kantin sekolah.
4.3.15 Kesopanan, Kebersihan dan kesihatan penngendalian makanan.
4.3.16 Menyediakan laporan harian kantin dan Program Kendiri Kantin Sekolah.
4.3.17 Murid sentiasa berdisiplin, bersopan santun dan mengamalkan budi pekerti
yang baik semasa berada di kantin.
4.3.18 Makanan dan minuman yang dijual mencukupi.
4.3.19 Kantin dikendalikan dengan cekap dan efisien
Tindakan: Unit Kantin
4.4 Unit Perhimpunan, Kebajikan dan Takaful
4.4.1 Kenalpasti pihak yang menyumbangkan sumbangan kepada sekolah.
4.4.2 Berbincang dengan guru besar dan unit bantuan sekolah berkaitan sumbangan
tersebut.
4.4.3 Memilih murid yang benar- benar memerlukan bantuan tersebut.
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Selangor.2010
| 1 November 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
4.4.4 Mengagihkan bantuan kepada murid berkenaan.
4.4.5 Menyediakan laporan berkaitan sumbangan, penerimaan dan pengagihan.
Tindakan: Unit Kebajikan
4.5 Unit Disiplin dan Pengawas
4.5.1 Melantik ketua Pengawas sebagai ketua pemimpin pelajar.
4.5.2 Menasihatkan dan membimbing pengawas.
4.5.3 Menjalankan kursus dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian bagi memantapkan
kepimpinan Pengawas.
4.5.4 Mengaturkan dasar-dasar serta program-program untuk meningkatkan disiplin
pelajar bertanggungjawab sebagai satu badan penasihat pelajar-pelajar sekolah.
4.5.5 Memberi nasihat dan amaran kepada pelajar yang melanggar peraturan dan
disiplin sekolah.
4.5.6 Membuat keputusan menentukan hukuman keatas pelajar yang melakukan
kesalahan.
4.5.7 Bertanggungjawab ke atas keseluruhan disiplin pelajar.
4.5.8 Bertanggungjawab menyelia, mengemaskini atau meminda peraturan sekolah
serta memberi nasihat atau taklimat tentang disiplin kepada pelajar.
4.5.9 Bekerja erat bersama pegawai perhubungan polis sekolah dengan mengadakan
ceramah, lawatan berkala dan program pemantapan disiplin di sekolah.
Tindakan: Unit Disiplin dan Pengawas
4.6 Unit KWAMP
4.6.1 Memilih, mengedar dan menerima borang permohonan dari guru kelas.
4.6.2 Menyemak borang permohonan yang diterima dan dapatkan tandatangan GB.
4.6.3 Menyimpan rekod pelajar yang menerima biasiswa atau bantuan.
4.6.4 Memberi nasihat kepada pemegang biasiswa cara mengguna wang biasiswa
yang diberikan.
4.6.5 Berhubung dengan kerani sekolah tentang surat-menyurat untuk menuntut wang
biasiswa dari Jabatan Pelajaran.
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Selangor.2010
| 1 November 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
4.6.6 Berhubung dengan Penolong Kanan dan kerani tentang pemegang biasiswa
yang masuk dan keluar sekolah.
4.6.7 Menyelaras kutipan derma hal-hal kecemasan dan kematian.
4.6.8 Bekerjasama dengan JK Tabung Kebajikan PIBG
Tindakan: Unit KWAMP
4.7 Unit 3K
4.7.1 Kebersihan
4.7.1.1 Mewujudkan iklim sekolah sebagai institusi yang bersih, indah dan ceria.
4.7.1.2 Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan bagi mencapai kebersihan
maksimum.
4.7.1.3 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan,
keindahan dan keceriaan sekolah.
4.7.1.4 Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya yang berterusan
dalam menjalani kehidupan seharian.
4.7.1.5 Kesedaran bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan
kebersihan sekolah.
Tindakan: Unit Kebersihan
4.7.2 Kesihatan
4.7.2.1 Melahirkan murid yang berperibadi unggul menerusi pemupukan pengetahuan,
sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kesihatan.
4.7.2.2 Mewujudkan gaya hidup yang sihat, cergas dan cerdas dari segi jasmani, emosi
dan intelek.
4.7.2.3 Menentukan halatuju program pembangunan murid selaras dengan
perkembangan fizikal, psikologi dan kerohanian murid.
4.7.2.4 Keperluan untuk menjalankan kursus dan aktiviti kesihatan bersesuaian
dengan keperluan murid murid ( adakah sudah kenalpasti masalah kesihatan
murid di sekolah kita ).
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Selangor.2010
| 1 November 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
4.7.2.5 Kes keracunan - jawatankuasa keracunan makanan – pegawai yang dihubungi.
Tindakan: Unit Kesihatan
4.7.3 Unit Keselamatan
4.7.3.1 Bertindak semasa berlaku kebakaran, banjir, kemalangan.
4.7.3.2 Menyediakan pelan tindakan kontigensi bagi menghadapi krisis dan bencana
alam (kenalpasti bencana alam yang berlaku di sekolah dan sekitar sekolah).
4.7.3.3 Menentukan keperluan kemudahan keselamatan untuk murid dan sekolah.
4.7.3.4 Mewujudkan pasukan bertindak menghadapi krisis.
4.7.3.5 Mengendalikan latihan kecemasan kebakaran – ada guru yang tidak
menunjukkan kepentingan latihan ini kepada murid.
Tindakan:Unit Keselamatan
4.8 Unit Bimbingan dan Kaunseling
4.8.1 Merancang dan menyelaras program bimbingan dan kaunseling bersama
guru- guru bimbingan dan kaunseling
4.8.2 Menyelaras dan menyelia rekod bimbingan dan kaunseling pelajar serta
menyediakan laporan yang diperlukan
4.8.3 Menganjurkan ceramah-ceramah kerjaya untuk semua pelajar.
4.8.4 Merancang dan menyelaras program PRS.
4.8.5 Bersedia membimbing pelajar-pelajar dalam memilih kerjaya mereka
4.8.6 Menjalankan program motivasi untuk pelajar
4.8.7 Menjalankan program teknik menjawab soalan peperiksaan
4.8.8 Memberi khidmat kaunseling yang sewajarnya kepada murid-murid
bermasalah disiplin yang dirujuk kepadanya.
4.8.9 Mengadakan kaunseling individu dan kelompok kepada murid-murid yang
Memerukannya.
4.8.10Menyusunatur dan melaksanakan program terancang sepanjang tahun dalam
membantu sekolah membangunkan akademik, kokurikulum dan disiplin murid.
Tindakan : Unit Bimbingan dan Kaunseling
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Selangor.2010
| 1 November 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
4.10 Unit Kelab Pencegahan Jenayah
4.10.1 Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid2 terhadap kemungkinan
wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka.
4.10.2 Mewujudkan kerjasama erat di antara pihak sekolah dan polis dalam usaha
mencegah perbuatan jenayah.
4.10.3 Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek
pencegahan jenayahdan penguasaan undang-undang.
4.10.4 Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.
4.10.5 Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan murid.
4.10.6 Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan jenayah adalah lebih baik
daripada memerangi jenayah.
4.10.7 Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan
aktiviti yang bersesuaian.
4.10.8 Melahirkan murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demi
agama, bangsa dan negara
Tindakan: Kelab Pencegahan jenayah
4.11. Unit Agama
4.11.1 Amalkan prinsip Rukunegara : KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN.
4.11.2 Menyedia dan mengawal polisi agama selaras dengan sekolah.
4.11.3 Menjalankan kelas-kelas agama mengikut kesesuaian sekolah.
4.11.4 Menjalankan aktiviti-aktiviti agama mengikut masa ikut jadual / calendar.
4.11.5 Sediakan senarai guru bertugas mengikut mingguan.
4.11.6 Pastikan guru bertugas menulis laporan yang lengkap mengikut format.
4.11.7 Hantar laporan kepada Guru Besar setiap Jumaat.
Tindakan : Unit Agama
4.12 Unit APDM dan Aplikasi
4.12.1 Setiap guru kelas bertanggungjawab terhadap data APDM kelas.
4.12.2 Guru kelas wajiib membuat pengemakinian mengikut perubahan data yang
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Selangor.2010
| 1 November 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
diberikan oleh ibu bapa.
4.12.3 Guru kelas perlu mendapatkan maklumat terkini seperti alamat, no. telefon, gaji
dan sebagainya.
4.12.4 Guru Kelas perlu memberitahu perubahan tersebut kepada PK HEM.
Data APDM adalah sulit. Sesiapa yang berurus dengan APDM perlu
menandatangani borang AKTA RAHSIA (warna merah jambu).
4.12.5 Segala data murid tidak boleh didedahkan kepada sesiapa dengan apa jua
carapun.
4.12.6 Pertukaran murid perlu dikemaskini pada tarikh tersebut. Jika gagal bilangan
hari akan terganggu.
Tindakan : Unit APDM
5 HAL-HAL LAIN
5.1 Pendaftaran Pra-sekolah
5.1.1. Pendaftaran untuk prasekolah untuk 6 tahun terdapat 35 orang murid dalam
Online dan secara manual terdapat 5 orang murid.
Tindakan: Makluman
6 PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat atas
kerjasama dan pandangan yang diberikan bagi menjayakan mesyuarat ini. Pengerusi
berharap semua aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaiknya bagi
sesi 2021.
Tindakan:Makluman
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.
Disediakan oleh
..........................................………
( PN. PUVANESVARI GANASON )
Urusetia
Tarikh : 20.01. 2021.
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Selangor.2010
| 1 November 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00