The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ummulmusfrh, 2024-05-07 05:21:56

Pandu Puteri Buku Log Digital

Ummul Musfirah

cogan kata dan lambang ‘Selalu Sedia’ Setiap Ahli Pandu Puteri hendaklah sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang imbuhan dan balasan ISYARAT DAN HORMATPANDUPUTERI Pada dasarnya, Isyarat Pandu Puteri adalah sama dengan Hormat Pandu Puteri. Yang berbeza ialah kegunaan dan kedudukan tangan. 1. Isyarat Pandu Puteri digunakan semasa seseorang itu diterima menjadi ahli Pandu Puteri dan semasa Pandu Puteri membaharui ikrar. Dalam kedua-dua keadaan ini Isyarat Pandu Puteri dilakukan. 2. Isyarat Pandu Puteri melambangkan persaudaraan dan rasa kasih sayang seseorang terhadap Pandu Puteri khususnya, dan dunia amnya. 3. 4.Caranya adalah seperti berikut: Pandu Puteri berada dalam kedudukan sedia. Tangan kanan dinaikkan ke atas bahu dan tangan kiri dirapatkan terus ke badan. Kedudukan jari samalah seperti dalam hormat Pandu Puteri. Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25 cm dari telinga kanan.


ISYARATTANGAN


ISYARATTANGAN BERJABATTANGAN DAN KHIDMATPANDUPUTERI


Berjabat tangan adalah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri. la juga menjadi amalan tradisi Pandu Puteri Dunia. Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. Semua Pandu Puteri di negara ini yang berpakaian seragam berjabat tangan menggunakan tangan kiri Perlakuan ini mempunyai kaitan dengan perlakuan yang serupa dilakukan oleh puak Zulu di Afrika semasa Lord dan Lady Baden-Powell melawat Kenya Kaum ini sering memegang senjata pada tangan kanan sehingga tidak sanggup meletaknya walaupun sebentar Hanya tangan kiri sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan lain, termasuk untuk berjabat tangan Lantas itu, Lord Baden-Powell terus mengambil perlakuan itu sebagai amalan Pengakap kemudiannya Pandu Puteri


ISYARAT WISEL SERTA ISYARATTANGAN Syarat wisel digunakan sebagai satu arahan. Semasa mengadakan perkhemahan, isyarat wisel akan digunakan bagi memberikan arahan-arahan tertentu tanpa perlu menjerit. Isyarat wisel sesuai digunakan bagi pasukan yang memiliki ahli yang ramai. Isyarat wisel yang digunakan :


Arah kita jelas ke depan Bendera berkibar Tidak berlipat di dunia Harapan abadi Bersatu untuk kebenaran Persahabatan kukuh Selagi dunia masih ada Akan nyanyi lagu ini Our way is clear as we march on And see our flag on high Is never furled throughout the world For hope shall never die We must unite for what is right In friendship true and strong Until the earth in its rebirth Shall sing our song Shall sing our song Lagu DUNIA panduputeri


Ahli baharu suka hati, Menjadi Puteri Tunas LAGU AHLI BAHARU LAGUPANDUPUTERITUNAS Puteri Tunas bertujuan, menolong dan berkawan lagulocengpanduputeritunas Oh Tuhanku seruan hambamu,beri kami nikmat sepanjang hidup, selamat tinggal/malam (3X)


Lagu KUMPULAN BERENAM K E N A N G A T E R A T A I Kami bernama Kenanga, Berjasa dan Bertenaga Teratai Nama kami, Bekerja setiap hari


Lagu KUMPULAN BERENAM K E S I D A N G C E M P A K A Kami Kesidang datang, Menolong pagi petang Cempaka bersuka ria, Menolong orang duka


Lagu KUMPULAN BERENAM S I A N T A N M E L U R Cempaka bersuka ria, Menolong orang duka Melur taat dan setia, Berusaha setiap masa


BENDERA MALAYSIA BENDERA PERSATUAN MALAYSIA PANDUPUTERI BENDERA MALAYSIA, BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA (PPPM) DAN BENDERA DUNIA BENDERA MALAYSIA, BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA (PPPM) DAN BENDERA DUNIA Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persekutuan Pandu Puteri Bintang pecah melambangkan 13 buah negari serta Wilayah Persekutuan di Malaysia Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia


BENDERa panduputeri dunia Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian Persetiaan Bahagian putih di penjuru perlu melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri sedunia terhadap keamanan Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia LOGOPERSATUAN PANDUPUTERI MALAYSIA Logo Persatuan Pandu Puteri Malaysia terdiri daripada lencana Pandu Puteri Malaysia dikelilingi perkataan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.


lencana panduputeri malaysia Reka bentuk Lencana Pandu Puteri Malaysia mula-mula diperkenalkan pada bulan Januari 1962. Logo tersebut dicipta oleh Cik Mary Bowers, seorang Pesuruhjaya Latihan Ibu Pejabat. Lencana Pandu Puteri Malaysia mengandungi cantuman tiga rangkaian daun lebar dengan bintang pecah 14 di tengah serta perkataan Pandu Puteri di bawahnya. Cantuman tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga bahagian Persetiaan. Bintang pecah 14 bererti perpaduan antara 13 buah negeri serta wilayah persekutuan di negara ini. Lencana ini disemat pada skaf ahli Pandu Puteri semasa istiadat pelantikan setelah lulus Prinsip Asas Pandu Puteri. Lencana ini juga dikenali sebagai Lencana Pelantikan. Lencana Pelantikan Pandu Puteri


logo persatuan pandu puteri dan pengakap puteri sedunia (wagggs) lencana dunia Lencana dunia (World Badge) ialah lambang Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS). Lencana ini telah diterima dalam Persidangan Dunia yang ke-11 di Evian, Perancis dalam tahun 1946. Trefoil emas yang berlatar belakang biru mewakili matahari yang menyinari seluruh kanak-kanak di dunia tanpa mengira bangsa, agama, kebudayaan dan warna kulit. Tiga bentuk daun bercabang melambangkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri. Tangkai di bawah daun melambangkan kasih sayang manusia sejagat. Jarum yang menghala ke atas di tengah daun itu menunjukkan arah. Dua bintang di sebelah kiri dan kanan melambangkan Persetiaan dan Undang-undang Pandu Puteri yang menjadi asas pergerakan ini. Trefoil telah menjadi simbol penting Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) lebih dari 100 tahun. Walaupun reka cipta logo ini telah dikemaskinikan berulang kali, trefoil kekal menjadi ciri utama logo WAGGGS. Versi trefoil yang direka cipta pada tahun 1991 masih ada, tetapi elemen-elemen di sekitarnya telah diperbaharu. Logo WAGGGS terserlah, terang dan penggunaannya disesuaikan dengan pelbagai khalayak.


sejarah perkembangan DAN STRUKTUR organisasi


PENGENALAN SEJARAH PERKEMBANGAN PANDUPUTERI Pertubuhan Pandu Puteri ditubuhkan sebagai versi wanita kepada pengakap Lord Robert Baden-Powell, pada tahun 1910 dengan bantuan saudara perempuannya Agnes Baden-Powell. Robert Stephenson Smyth Baden-Powell BIODATA Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell Nama Singkatan : BP Tarikh Lahir : 22 Februari 1857 Tempat Lahir : London, England Pendidikan Awal : Charter House, London Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941 dan disemadikan di Kenya.


riwayat hiduppengasas Olave St Clair Soames (Lady Baden Powell) Olave St. Clair Soames atau lebih dikenali sebagai Lady-Baden Powell iaitu beliau adalah isteri kepada Lord Robert Baden-Powell telah mengetuai pertubuhan "Girl Guides" dengan bantuan adik Lord Robert Baden-Powell, Agnes Baden Powell pada tahun 1910 yang sebelumnya dikenali sebagai "Girl Scouts". Pada tahun 1916, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri atau "Girl Guides". Kemudian pada tahun 1918, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pandu Puteri atau "Chief Guide". Beliau telah diberi gelaran "World Chief Guide" pada tahun 1930. Beliau hidup sehingga 25hb Jun 1977 pada umur 88 tahun.


World association girlguides and girlscouts(wagggs) 1909 Sejumlah keil gadis hadir untuk Perhimpunan Pengakap "Scout Rally" pertama di Crystal Palace, memanggil diri mereka Pengakap Puteri. Mereka telah menarik perhatian pengasas pergerakan Pengakap, Lord Robert Baden-Powell. Lord Robert Baden-Powell menubuhkan Pandu Puteri sebagai pergerakan selari bagi mereka, diselenggarakan oleh adiknya Agnes Baden-Powell. Lord Robert BadenPowell bimbang sekiranya mereka dikenali sebagai pengakap akan menyebabkan kanak-kanak lelaki menjauhi diri, dan juga keluarga gadis! Oleh itu, Lord Robert BadenPowell memili nama "Girl Guides" atau" Pandu Puteri" dengan rujukan kepada Guides Corps di India. Dalam masa beberapa bulan, kumpulan perempuan ini telah mempunyai nama dan programnya sendiri. 1909 Agnes Baden-Powell, mengadaptasikan buku "Scouting for Boys"untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya, pergerakan Pandu Puteri dilahirkan. Lord Robert Baden-Powell yang baru bersara mula bergerak secara sepenuh masa dalam Pengakap dan Pandu Puteri. Semasa satu lawatan promosi untuk Pengakap dan Pandu Puteri, beliau berjumpa dengan Olave Soames dan seterusnya berkahwin dengannya. 1912 Walaupun pergerakan Pandu Puteri dilahirkan di Britain, tetapi perkembangannya ke tempat lain amat pantas. Sebelum persatuan ini ditubuhkan, telah wujud beberapa kumpulan. Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara. Kumpulankumpulan ini mempunyai pakaian seragam, lencana, peraturan dan nama yang berbeza tetapi mereka berkongsi prinsip dan citacita yang sama.


World association girlguides and girlscouts(wagggs) 1918 Sementara Agnes Baden-Powell memainkan peranan utama sehingga kematiannya, Olave Baden-Powell, menjadi Ketua Pandu Chief Guide England.Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom dan meneruskan usahanya dengan Lord Robert Baden-Powell dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia. 1920 Setahun kemudian, Persidangan Antarabangsa yang pertama telah diadakan. Persidangan ini merupakan satu peristiwa yang bersejarah dan memberi peluang kepada dunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri untuk berjumpa dan bertukar fikiran dan pengalaman. Buat kali pertamanya, kumpulan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri mula merancang lawatan ke luar negara. 1924 Perkhemahan Sedunia yang pertama diadakan dan pada tahunberikutnya, Buletin Dunia dikeluarkan. Buletin ini kini dikenali sebagai "Our World News". Sementara itu, pasangan BadenPowell meneruskan usaha mereka dalam mempromosikan Pengakap dan Pandu Puteri / Pengakap Puteri di seluruh dunia. 1919 Oleh sebab Pergerakan ini terus berkembang, satu badan rasmi diperlukan untuk menyatukan semua ahli dan pada tahun 1919, Olave BadenPowell membentuk Majlis Antarabangsa (International Council), perintis kepada WAGGGS. Robert Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pengakap Sedunia.


World association girlguides and girlscouts(wagggs) 1928 Selepas Persidangan Antarabangsa Keempat yang diadakan di Amerika Syarikat pada tahun 1926, wakil dari beberapa negara berjumpa dengan Baden-Powell untuk bertanya tentang pembentukan satu persatuan. Sebelum Persidangan Antarabangsa Kelima di Hungary pada tahun 1928, Baden-Powell mendapatkan pendapat semua pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri yang terkenal dan meminta mereka mempertimbangkan perkara ini secara serius. Akhirnya, perwakilan persidangan dari 26 negara membuat keputusan untuk membentuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Biro Dunia (World Bureau) Persatan ini akan bertempat di London dan berfungsi sebagai urusetia. Selepas itu, keputusan diambil untuk pemilihan satu Jawatan kuasa Dunia. Lord dan Lady Baden-Powell serta Pengarah Biro Dunia akan menjadi ahli ex-officio kepada Jawatan kuasa ini. Satu draf perlembagaan telah disetujui dan Pandu Puteri menjadi satu persatuan yang berpusat. 1930 Perang Dunia Pertama tidak menghalang perkembangan Pergerakan ini. Banyak kumpulan yang menawarkan diri sebagai sukarelawan, 15 lagi negara yang memperkenalkan kumpulan Pandu Puteri, termasuklah Brazil, China dan Estonia. Olave BadenPowell menjadi Ketua Pandu Chief Guide England dan Ketua Pandu Puteri Sedunia. 1931 Sementara itu, Pergerakan ini terus berkembang dengan pesat. Pada tahun 1931, keahlian persatuan ini melebihi satu juta. 1932 Pusat Dunia yang pertama dibuka. 1939 Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri / Pengakap Puteri diadakan di Hungary.


World association girlguides and girlscouts(wagggs) 1945 Setelah tergendala sementara disebabkan oleh peperangan, pergerakan ini dihidupkan semula pada tahun 1945 dan terus berkembang. Walau bagaimanapun, Lord Baden-Powell telah meninggal dunia pada masa itu. Walaupun bersedih atas pemergian suaminya, Olave meneruskan kerja beliau dalam Pandu Puteri. 1977 1957 Pembukaan Our Cabaa 1966 Pembukaan Sangam Olave Baden-Powell meninggal dunia pada Jun 1977. Bagi mengingati beliau, WAGGGS memulakan Projek Pusat Olave (Olave Centre Project) dan meletakkan semula Biro Dunia (urusetia WAGGGS) bersama Pusat Dunia London (Pax Lodge). HARI INI Pertumbuhan pesat ini adalah disebabkan oleh usaha ramai wanita yang bersemangat, mempunyai sumber dan berpandangan jauh. Mereka semua melihat ini sebagai peluang yang baik untuk pendidikan remaja wanita. Nama seperti Juliette Low (pengasas Pengakap Puteri di Amerika Syarikat), Olga Malkowska (pengasas di Poland) dan Antoinette Butte (pengasas di Perancis) membantu membentuk pergerakan yang kita kenali hari ini.


PERSATUAN PANDUPUTERI MALAYSIA Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah ditubuhkan secara rasminya dalam tahun 1917 apabila ia didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di Singapura, sehingga tahun 1956. Ibu Pejabat Kebangsaan kini terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur sejak tahun 1957. 1917 Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya. 1919 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang 1921 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak 1920-an Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur 1923 Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang 1924 Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1924 1925 Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan. Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang. Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya.


1932 Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan dan merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam bahasa Melayu. 1934 Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Rja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu. 1937-1946 Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya. Kegiatan kepanduan di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta 1947 Kegiatan kepanduan yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usaha-usaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri. Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya. Sekali lagi kegiatan kepanduan tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negeri 1948-1960 Sekali lagi kegiatan kepanduan tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara. 1957 Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan. 1960 PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam Persidangan Dunia ke-17 di Athens, Greece. 1962 PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember.


1964 Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan negara Malaysia pada 1963. 1967-1976 Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktiviti aktiviti Perkhemahan Jubli Emas. 1969 Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri ole DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu. 1997-1986 Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild Trefoil Malaysia,Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU) Perkhemahan danPerkhemahan Antarabangsa KEMMAS. Majlis Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kepadaTUNAS PUTERI. Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan Pemimpin muladigunakan di seluruh negara. 1986 PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah Persekutuan dan PPP Selangor. 1987-1996 Merupakan tahun-tahun Kepanduan sebagai satu cabaran yang dimulakan dengan sambutan 70 Tahun Kepanduan di Malaysia secara besar-besaran di seluruh negara. PPPM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori pandu Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana semua urusan latihan dan program kepanduan guru-guru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projek seperti Our Water Our World, Cleanathon, Round Robin, Kem Cabaran 96 telah dilaksanakan.


1997 Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan Harmoni bermula. atuan Pandu Puteri. 1998 Sempena SUKOM '98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan Perkhemahan Komanwel '98. 1999 Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang - Ketua Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China. Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri Malaysia Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies Festival 2000. di UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia' (Global Cooperation For A Better World) 11 negara mengambil bahagian. 20 - 26 November - Aktiviti Antarabangsa; Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysia with The Chinese Young Pioneers' (Program Pertukaran Malaysia - China) 7-12 September - Kem Integrasi 2001: Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, 2000 Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa. 8 - 15 Febuan - Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh Jan Mac Intyre. Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. 2001 Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor. Projek Asia Pasifik: PPPM - Fiji GGA: Lend A Hand


2002 Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sambutan menyambut sempena 85 tahun Kepanduan di Malaysia. Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari KanakKanak Sedunia. Tema yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan". Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanak-kanak (pediatrik). 2003 Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki 2004-2005 Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM menerima geran darpada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai beberapa matlamat. Cycleton Puter Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu Puter dan Renjer Puter berbasikal 300 km merentasi negen Terengganu bagi menjana dana untuk kanak-kanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu. Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya memasuki Malaysian Book of Records sebagai "Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia". 21 - 23 Februari - Pada pertama kalinya "GirlGuides' Summit" diadakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli kepanduan lepasan sekolah. Seramai 105 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema "Makanan" turut diadakan di acara ini. Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan. 16 - 17 April - Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan. 16-19 Ogos - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacific (WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12 negara.


Januari - Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa: 2006 17 0gos - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang September - Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober - YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah. Nama lama nama baru Tunas Puteri Pandu Puteri Renjer Puteri Kadet Puteri Pandu Puteri Tunas Pandu Puteri Remaja Pandu Puteri Renjer Pandu Puteri Kadet Pek Tunas Puter / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puter Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer. 13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta. 26 April - 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM mendapat hadiah Penyertaaan Terbanyak. 9 Jun - Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta. 9 Jun - Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan" telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu. Julai - Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober - Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di neger Selangor.


2007 19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara. 1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9. 3 - 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering". Kedua-dua acara ini diadakan di Sunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda. 6 Jun - Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women" diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian. 7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM 6 September - Kunjungan Hormat kepada YA5hg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM. 9 Oktober - Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri. 25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 19 Januari - Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah.


2008 16 - 12 Julai - Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011. 17 - 22 Ogos - Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom


HARIPERINGATAN SEDUNIA Hari Peringatan Pandu Puteri Sedunia jatuh pada 22 Februari pada setiap tahun dan tibalah masa untuk keluarga kepanduan menyambut hari peringatan ini. Hari peringatan disambut untuk mengingati jasa Pengasas Pandu Puteri iaitu isteri kepada Lord BadenPowell, pengasas pasukan Pengakap. Sejarah sambutan Hari Peringatan ini bermula sejak tahun 1932 di Poland. Dan pada setiap tahun kita menyambut dan meraikan hari ini mengikut tema yang telah ditetapkan oleh WAGGGS (World Association of Girl Guides and Girl Scouts) iatu Persatuan Pandu Puteri Pengakap Puteri Sedunia.


Pada tahun 1919, Olave Baden-Powell membentuk Majlis Antarabangsa (International Council), perintis kepada WAGGGS untuk menyatukan semua ahli. Pada tahun 1924, Perkhemahan Sedunia yang pertama diadakan dan pada tahun berikutnya,Buletin Dunia dikeluarkan. Buletin ini kini dikenali sebagai "Our World News". Pasangan Baden-Powell meneruskan usaha merekadalam mempromosikan Pengakap dan Pandu PuteriPengakap Puteri di seluruh dunia. Pada tahun 1930, Olave Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri Sedunia. Pada tahun 1928, Baden-Powell mendapatkan pendapat semua pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri yang terkenal dan meminta mereka mempertimbangkan perkara ini secara serius. Akhirnya, perwakilan persidangan dari 26negara membuat keputusan untuk membentuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Persatuan ini akan bertempat di London dan berfungsi sebagai urusetia. WORLD ASSICIATIPN GIRLGUIDESAND GIRL SCOUTS(WAGGGS) WORLD ASSICIATIPN GIRLGUIDESAND GIRL SCOUTS(WAGGGS)


Struktur Organisasi PERSATUAN PANDUPUTERI MALAYSIA


Struktur Organisasi PERSATUAN PANDUPUTERICAWANGAN


Struktur Organisasi PERSATUAN PANDUPUTERI KADET


Struktur Organisasi PERSATUAN PANDUPUTERITUNAS


Struktur Organisasi PERSATUAN PANDUPUTERI KELIP-KELIP


ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH


Mengenal struktur organisasi pasukan sendiri Mengetahui, menghayati dan mengamalkan: Persetiaan Undang-undang Cogan Kata Isyarat dan Hormat Berjabat Tangan. PROGRAM PANDUPUTERITUNAS PRINSIP ASASPANDUPUTERI MALAYSIA Seorang Ahli PanduPuteri Hendaklah... Mengetahui dan memahami : Logo Lencana Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan Logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS), Lencana Dunia serta Bendera Dunia. Memperoleh Lencana Kecekapan Kawad dan Istiadat Memperoleh Lencana Kecekapan Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas Memperoleh Lencana Kecekapan Sahabat Pandu Puteri Tunas Memperoleh lencana Kecekapan Bercerita. Mengenal dan mengetahui makna Bendera Malaysia dan menamakan bendera semua negeri di Malaysia


ANUGERAH TOPAZ ANUGERAH TOPAZ I Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah memperoleh lencana-lencana yang berikut untuk melayakkannya mendapat Anugerah Topaz I: 2.1 Lencana Kecekapan Pembuat Simpulan; 2.2 Lencana Kecekapan Pelayan Tetamu; 2.3 Lencana Keekapan Pencegah Kemalangan; 2.4 Satu lencana Sustainable Development Goal (SDG) untuk Pandu Puteri Tunas daripada SDG 2, 7, 13, 14 atau 15; dan 2.5 satu lencana keekapan yang belum dicapai daripada elemen Budaya dan Kreativiti. ANUGERAH TOPAZ II Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah memperoleh lencana-lencana yang berikut untuk melayakkannya mendapat Anugerah Topaz II: 3.1 Lencana Kecekapan Pereka Alat Permainan; 3.2 Lencana Keekapan Ahli Rumah Tangga; 3.3 Lencana Kecekapan Pemerhati; 3.4 Lencana Kecekapan Kesihatan; 3.5 Lencana Keekapan Gear Up; dan 3.6 sekurang-kurangnya satu lencana WAGGGS daripada pilihan yang berikut: - Stop The Violence (STV); - Free Being Me (FBM); - Action On Body Confidence (ABC); atau Surf Smart.


ANUGERAH TOPAZ III Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah memperoleh lencana-lencana yang berikut untuk melayakkannya mendapat Anugerah Topaz III: 4.1 Lencana Kecekapan Patriotisme; 4.2 Lencana Kecekapan Pendobi Pakaian; 4.3 Lencana Kecekapan Jurumasak; 4.4 Satu lencana Sustainable Development Goal (SDG) untuk Pandu Puteri Tunas daripada SDG 2, 7, 13, 14 atau 15; 4.5 satu lencana keekapan yang belum diperoleh daripada elemen Cabaran dan Kecergasan 4.6 satu lencana keekapan yang belum diperoleh daripada elemen Sains dan Teknologi. Skim lencana Kecekapan Lambang Budaya dan Kreativiti Lambang Cabaran dan Kecergasan Lambang Sains dan Teknologi Lambang Agen Perubahan Lambang Hubungan Keluarga dan Masyarakat


Skim lencana Kecekapan


Skim lencana Kecekapan


Ini adalah 2 set lencana kolektif untuk Program Pendidikan Baharu Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja & Pandu Puteri Renjer. Setiap satu set terdiri daripada 5 lencana kolektif berdasarkan 5 elemen iaitu: Budaya & Kreativiti, Cabaran & Kecergasan, Sains & Teknologi, Agen Perubahan dan Hubungan Keluarga & Masyarakat. Setiap satu elemen terdapat pelbagai lencana kecekapan individu yang amat menarik untuk diperolehi oleh semua ahli Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja dan Pandu Puteri Renjer.


BENGKEL ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN Syarat-syaratnya ialah calon: perlu berada dalam Tahun 5; perlu menganuti agama atau mempunyai kepercayaan kerohanian; telah dilantik; telah memperoleh Anugerah Topaz I dan AnugerahTopaz II; memperoleh dua lencana kolektif; telah menyertai sekurang-kurangnya satu perkhemahan Pandu Puteri Tunas anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia (pada mana-mana peringkat); telah menghantar Jurnal Progresif dan buku log untuk disemak di peringkat cawangan; dan perlu melengkapkan dan menghantar Borang Pencalonan Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya Cawangan ke Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia. ANUGERAH Ppt Ketua pesuruhjaya cawangan ANUGERAH Ppt Ketua pesuruhjaya cawangan BENGKEL ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS KETUA PESURUHJAYA Syarat-syaratnya ialah calon: perlu berada dalam Tahun 5 atau Tahun 6; perlu menganuti agama atau mempunyai kepercayaan kerohanian; telah memperoleh Anugerah Pandu Puteri Tuna Ketua Pesuruhjaya Cawangan telah menyertai atau membantu dalam acara Pandu Puteri di peringkat sekolah, zon / daerah, cawangan atau kebangsaan; telah memperoleh Anugerah Topaz III; telah memperoleh lima lencana kolektif; telah menghantar Jurnal Progresif, buku log dan Buku Log Peribadi untuk disemak di peringkat kebangsaan


Perlu melengkapkan dan menghantar BorangPencalonan Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya ke Ibu Pejabat, Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Buku Log Peribadi Tahap pelibatan sebagai Pandu Puteri Tunas di peringkat: • sekolah (sekurang-kurangnya empat kali); • daerah (sekurang-kurangnya dua kali); • cawangan (sekurang-kurangnya dua kali); • kebangsaan (sekurang-kurangnya satu kali); • antarabangsa (sekurang-kurangnya satu kali); dan • khidmat khas (bonus). ANUGERAH Ppt Ketua pesuruhjaya cawangan


MERANCANG PROGRAM ATAU AKTIVITI


Click to View FlipBook Version