MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA
& PERADABAN SESI
NOVEMBER 2021
PEMBINAAN
PERADABAN MAJMUK
DI MALAYSIA
1
AHLI KUMPULAN
KHAIRUL ADIB BIN NAWAWI
18DDV21F1026
DDV1B
JRKV
MUHAMMAD AMIRUL HAKIM BIN ROSLI
18DDV21F1034
DDV1B
JRKV
MUHAMMAD MUAZ BIN HASLAN
18DDV21F1016
DDV1B
JRKV
MUHAMMAD FARHAN BIN IZMAN
18DDV21F1028
DDV1B
JRKV
2
ISI KANDUNGAN HALAMAN
4
TAJUK 5
PENGHARGAAN 6-22
ABSTARK 23-26
27-32
SEJARAH SOSIAL :-
I. PERADABAN PRIBUMI MELAYU 33
II. PERADABAN ASIA 34
III. PERADABAN BARAT
IV. PERADABAN GLOBALISASI
V. PERADABAN BERINDENTITIKAN MALAYSIA
PERADABAN MAJMUK
KONSEP NEGARA DAN BANGSA
KESIMPULAN
RUJUKAN
3
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan selamat sejahter , pertama kali syukur
ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat
kami dapat menyiapkan tugasan berkumpulan ini. Terima
kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli kumpulan yang
telah memberi komitmen bagi melaksanakan tugasan ini
sehingga selesai.
Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah tugasan, Tuan Pisol bin Nasr. Beliau telah memberi
tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami untuk menghasilkan
tugasan dengan sempurna.
Kami juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat
kesilapan dan kekurangan dalam tugasan kumpulan kami ini,
segala kekurangan harap dimaafkan. Sesungguhnya yang baik
itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari
kelemahan kami sendiri.
Semoga e-majalah ini dapat memberikan manfaat dan
panduan kepada semua orang. Terima kasih.
4
.ABSTRAK
Peradaban Majmuk di Malaysia adalah gabungan daripada beberapa peradaban
besar dunia yang bergaul dan tergarap melalui perjalanan sejarah di Alam
Melayu. Pembinaan peradaban ini didahului oleh peradaban Pribumi Alam
Melayu, kemudiannya diikuti peradaban Asia, (India, Cina, Timur Tengah), dan
seterusnya peradaban Barat. Akhirnya, peradaban ini disambut oleh ‘peradaban
globalisasi’ yang merupakan kacukan pelbagai punca peradaban tanpa
sempadan melalui jaringan digital yang kompleks. Pembinaan peradaban yang
beridentitikan Malaysia bermula dengan Kemerdekaan 1957 melalui usaha
mewujudkan Negara-Bangsa, didahului oleh pembinaan Negara (State)
bercirikan satu wilayah, satu perlembagaan dan satu kewarganegaraan. Negara
mewujudkan beberapa institusi utama seperti sistem birokrasi negara, Pelan
Pembangunan Lima Tahun dan sebagainya. Pembangunan ekonomi mendahului
pembinaan Bangsa (Nation). Oleh itu, pembinaan bangsa menyusul, antaranya
melalui, institusi sistem politik kepartian dan pilihan raya. Dalam konteks ini
telah wujud beberapa “Bangsa Idaman” yang menguasai wacana politik di
Malaysia. Usaha membina peradaban beridentitikan Malaysia sangat mencabar
dan perlu dikupas dan didebatkan. Masyarakat majmuk merupakan ciri khas
sesebuah negara yang telah dijajah.Kemajmukan ini selari dengan kaum dan
agamaperbezaan. Selain itu, ia juga berkaitan dengan budayaperbezaan,
pengasingan kediaman, sifat kerja yang tidak serupadan lain-lain. Pada masa
kini, jurang antara kaum telah dikurangkan sebagai ahasil daripada kempen
perpaduan yang lebih besar yang dianjurkan oleh kerajaan.Akibatnya telah
wujud interaksi dan kerjasama antara kumpulan etnik di Malaysia. Dengan
pengenalan amalan barudalam masyarakat, terutamanya "rumah terbuka"
semasa perayaanmusim, ruang untuk hubungan sosial antara budaya-agama
sedang berkembang. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai konflik antara
etnik kumpulan yang boleh mengancam keadaan harmoni di dalam masyarakat
Malaysia. Oleh itu, artikel ini cuba untuk menghuraikan atas pluraliti adat,
penubuhannya melalui tertentu amalan, terutamanya "rumah terbuka", dan
kaitannya dalam meningkatkan integrasi nasional.
5
SEJARAH SOSIAL
PERADABAN PRI BUMI ALAM MELAYU
Secara zahir , Alam Melayu adalah gugusan pulau-pulau serta Semenanjung
Tanah Melayu yang didiami oleh Rumpun Bangsa Melayu semenjak zaman
berzaman. Kepulauan ini serta lautan dan selat antaranya juga dikenali sebagai
NUSANTARA iaitu 'Nusa-antara-lautan'.
Inilah juga tanah air bagi Rumpun Bangsa Melayu yang berkongsi satu baka
keturunan (DNA) , persamaan adat resam , satu bahasa yang sama dan budaya
yang dipegang bersama.
Peradaban yang tua inilah yang menjadi teras dan tunggak kepada negara-
negara moden di Alam Melayu yang ada sekarang.
Peta Alam (Habitat) Melayu
-Sempadan Alam Melayu kini-
Alam Melayu adalah tanah ibunda bangsa Melayu, di mana tamadun serta
peradaban Melayu berasal dan menghuni sebagai pribumi.
Asalnya, Alam Melayu meliputi juga pulau-pulau Taiwan, dan Hainan, dan
wilayah-wilayah di tengah dan selatan Vietnam sekarang ini, dan juga Kemboja.
6
PERADABAN ASIA
Sejarah Asia dapat dilihat sebagai kolektif dari tiga kawasan pesisir benua Asia
iaitu Asia Timur (Cina) , Asia Selatan (India) , dan Timur Tengah yang
dihibungkan oleh bentangan stepa yang luas di pedalaman Eurasia. Kawasan-
kawasan pesisiran adalah tempat lahirnya peradaban - peradaban terawal di dunia.
Di setiap kawasan pesisiran , peradaban umat manusia tumbuh dan berkembang
di sekitar lembah- lembah sungai yang subur. Tanah di lembah-lembah sungai
yang subur ini kaya dengan unsur hara (sumber nutrisi) sehingga dapat ditanami
dengan pelbagai jenis umbi-umbian.
Peradaban-peradaban yang tumbuh di Mesopotamia , Lembah Sungai Indus dan
Tiongkok memiliki banyak persamaan dan agaknya saling bertukar teknologi
serta gagasan , misalnya matematik dan roda. Hasil budaya lain sepert itu lisan
berkembang secara tersendiri di kawasan masing-masing. Kota-kota, negara -
negara dan empayar - empayar berkembang di lembah- lembah sungai yang subur
d kawasan persisiran tanah ini.
PUSAT PERADABAN INDIA TEMBOK BESAR CINA
7
ANTARA BARANG PENINGGALAN YANG TERBESAR DI TIONGKOK
Kawasan pedalaman dan kawasan persisiran dipisahkan oleh gunung-gunung
dan gurun-gurun. Pergunungan Kaukasus, Pergunungan Himalaya, Gurun
Karakum dan Gurun Gobi merupakan rintangan alam yang hanya dapat
dilanggar oleh para pengembara dari stepa dengan bersusah-payah. Walaupun
sudah jauh lebih maju di bidang teknologi dan budaya, penduduk bandar tidak
mampu berbuat banyak utuk mempertahankan diri terhadap serangan
gerombolan berkuda dari stepa. Tetapi, kawasan persisiran tidak memiliki
bentangan rumput yang cukup luas untuk menampung pasukan berkuda dalam
jumlah yang besar. Setelah menakluki negeri-negeri di Timur Tengah , para
pengembara berkuda terpaksa menyesuaikan diri dengan cara hidup masyarakat
setempat.
Penemuan serbuk mesiu (serbuk letupan) di Tiongkok pada Abad Pertengahan
menjadi perintis kemajuan dalam cara- cara berperang melalui penggunaan
senjata api.
8
PERADABAN BARAT
SUASANA BUDAYA BARAT
Kebudayaan Barat kadang- kadang disamakan dengan tamadun Barat atau
tamadun Eropah yang bermaksud kebudayaan yang berasal dari Eropah. Istilah
budaya dalam budaya Barat digunakan secara umumnya untuk memaksudkan
warisan norma sosial, nilai-nilai etika, adat resam, kepercayaan agama, sistem
politik, dan artifak-artifak dan teknologi- teknologi tertentu
Konsep kebudayaan Barat adalah lebih menonjolkan aspek pencapaian
kebendaan sebagai ukuran bagi menentukan sesebuah masyarakat itu
bertamadun atau sebaliknya.
9
Melihat perkara- Segala urusan tidak
perkara keduniaan ada kena mengena
hanya untuk dengan agama
kehidupan dunia
Agama adalah
semata-mata sebahagian
daripada
KONSEP
TAMADUN kebudayaan.Agama
di corak mengikut
BARAT perubahan budaya
Kemajuan
berdasarkan
keuntungan dan
mengamalkan
konsep "matlamat
menghalalkan cara"
KONSEP TAMADUN (PERADABAN) BARAT
Kebudayaan Eropah berkembang dengan beraneka ragam falsafah, skolastisime
dan kebatinan zaman pertengahan, dan humanisme Kristian mahupun sekular.
Pemikiran rasional berkembang sepanjang satu zaman perubahan dan
pembentukan yang lama dengan eksperimen-eksperimen kesedaran,
naturalisme, romantisisme, sains, demokrasi, dan sosialisme. Kebudayaan
Eropah berkembang maju dengan dorongan yang menyeluruh untuk menerima,
menyesuaikan, dan yang penting sekali ialah mempengaruhi arah aliran budaya
lain . Perkembangan ini didorong oleh perhubungan globalnya.
Kecenderungan yang telah menakrifkan masyarakat Barat moden ialah
kewujudan kemajmukan politik, budaya saingan yang menonjol seperti gerakan
Zaman Baru , peningkatan sinkretisme budaya yang timbul daripada globalisasi
dan penghijrahan insan.
10
PERADABAN GLOBALISASI
Globalisasi adalah disebabkan oleh pergerakan empat bentuk modal dalam
ekonomi global.modal dalam ekonomi global:-
i. Modal pekerja (imigrasi,migrasi,emigrasi dan penghantaran pulang)
ii. Modal kewangan (bantuan,ekuiti,hutang,miutang dan pinjaman)
iii.Modal sumber (tenaga,besi,mineral dan kayu)
iv.Modal kuasa (ketenteraan,perikatan dan pakatan)
Kebanyakan tekanan dan kekompleksan yang dihadap adalah dalam hal
ehwal makro negara,masyarakat dan interaksi antara mereka boleh
didasarkan kepada empat pergerakan tersebut.Perhubungan yang
dipermudah dengan kos telekomunikasi dan perjalanan yang lebih rendah
dengan mungkin mewujudkan lebih ramai bilangan manusia kini yang
berinteraksi dengan situasi yang tidak pernah dipertanding dalam sejarah.
Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban
Menurut Chandra Muzaffar:
KESAN POSITIF TERHADAP KESAN NEGATIF TERHADAP
GLOBALISASI GLOBALISASI
-Peranan pelaburan asing (FDI) dalam -Kualiti alam sekitar semakin merosot.
mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan -Pembangunan tidak seimbang & jurang
kemiskinan di sebilangan negara. perbezaan ekonomi semakin melebar.
-Peningkatan mobiliti sosial d a n p e n g u -Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan
k u h a n ke l a s menengah.
rakyat termiskin.
-Mudah untuk mendapatkan maklumat dan
menyebarkan ilmu pengetahuan berkat teknologi -Banyak modal jangka pendek yang keluar
baru komunikasi dan maklumat. masuk pasaran.
-Komunikasi yang lebih mudah dan murah. -Pengangguran semakin memburuk .
-Mudah untuk manusia dari berbagai kumpulan
etnik, budaya dan agama berinteraksi.
11
-Mudah untuk menzahirkan s i m p a t i d a n r a -Penyebaran budaya yang bertentangan dengan
s a keperimanusiaan mereka terhadap mangsa- tuntutan nilai- nilai kerohanian dan moral.
mangsa pelbagai jenis bencana alam dan tragedi
buatan manusia di seluruh dunia. -Kecenderungan ke arah pembentukan suatu
-Penonjolan idea-idea dan amalan pemerinahan budaya global yang homogen.
yang baik. -Penyebaran budaya pop Amerika.
- Penonjolan hak-hak asasi kaum wanita. -Kecenderungan pusat-pusat pengajian tinggi
untuk memberi keutamaan kepada kursus-kursus
ilmu pengurusan & teknik dengan mengabaikan
kursus - kursus ilmu kemanusiaan &
kemasyarakatan.
-Pembanjiran maklumat yang tidak berguna.
-Amerika Syarikat & beberapa negara Eropah
memanipulasikan isu- isu demokrasi & hak asasi
manusia untuk mendominasi politik dunia.
-Pengantarabangsaan penyakit
-Pengantarabangsaan jenayah yang
menyukarkan jenayah dibendung.
PERADABAN BERIDENTITIKAN MALAYSIA
Kemerdekaan 1957
Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu
Pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa
pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini
dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir
dan timbalannya Haji Ahmad Badawi ( bapa Perdana Menteri Malaysia
ke-5) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956. Mufti Pulau Pinang ,
Haji Abdullah Fahim (bapa Haji Ahmad Badawi) turut ikut serta dalam
perbincangan tersebut.
Malam Merdeka
Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30 Ogos
1957 pukul 12 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur,
telah diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack bagi
menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan
lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan
semua negara- negara yang berdaulat di dunia.
12
Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh anggota Tentera
Laut Diraja Malaysia ( TLDM ) sambil disaksikan sendiri oleh Tunku
Abdul Rahman.
Upacara Pengisytiharan
Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah
bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan
British kepada warganegara Tanah Melayu.
13
SUASANA KEMERDEKAAN 1957
14
Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan
Versi Rumi Bahasa Melayu
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi
Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa
dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.
Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan
Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi
berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa
seluruh dunia.
Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut
namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat
antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang
Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa
Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan,
Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta
negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan
Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah
menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang
bernama Persekutuan Tanah Melayu.
Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua
pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau
Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada
menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan
Duli Yang M aha M u l i a B a g i n d a Q u e e n t i d a k l a g i b e r h a k
menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua
buah negeri yang tersebut itu.
15
Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua
pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu tahun 1948, dan segala perjanjian yang lain yang ada
sekarang antara Duli YangMaha Mulia Baginda Queen dengan
Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang
daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah
dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak
Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri
United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun
Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan
sendirinya.
Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda
Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen
Negeri United Kingdom dan Majlis- Majlis Undangan
Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskannya,
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat
kuasanya.
Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun
yang muktamad baginya.
Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut
itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-
hak dan keutamaan Duli- Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta
hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan
Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur
sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang
B er p er l em b a g a a n yang b er d asa r k a n demokrasi cara
Parlimen.
16
Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang
diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu
telah diluluskan oleh suatu undang- undang yang
diadakah oleh Majlis Undangan Persekutuan serta
dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri
Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis
Undangan Negeri M e l a k a d a n P u l a u P i n a n g , d e n g a n
d e m i k i a n Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada
31 hari bulan Ogos tahun 1957.
Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum
Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi
Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan
Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu
dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat
Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari
bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh,
maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri
Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah,
P e r l i s , K e l a n t a n , Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang
dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan kekal
menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta
berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga
dan mengutamakan kesejahteraan dan k e s en t o s a a n
r a k y a t n y a dan m e n g e k a l k a n keamanan antara segala
bangsa.
17
Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan
Kemerdekaan 1957
18
Pembinaan Negara Pembinaan Bangsa
Pembinaan negara merujuk kepada Tujuan pembinaan bangsa adalah
institusi pemerintahan tersusun dan untuk melahirkan perasaan taat
bertanggungjawab membuat dan setia dan perpaduan terhadap
melaksanakan politik serta sesuatu pertubuhan (bangsa) itu.
menguatkuasakan undang- undang Idea bangsa digunakan untuk
dan peraturan kerajaan. melahirkan perasaan bersatu padu
demi membentuk bangsa Malaysia
Pembinaan negara merupakan yang kukuh.
sebuah wilayah yang mempunyai
penduduk, sempadan kawasan yang Bangsa merupakan sekumpulan
jelas, dan pemertintah yang manusia yang menetap di sebuah
berwibawa. Negara terdiri daripada wilayah atau kawasan dan
Persekutuan Tanah Melayu, mempunyai ikatan ketatanegaraan.
Sarawak dan Sabah. Masyarakat ini merupakan
warganegara sesebuah negara.
19
a) Zaman Prasejarah
Zaman prasejarah secara ZAMAN PALEOLITIK
harfiah bermaksud “sebelum ZAMAN MESOLITIK
sejarah” . Prasejarah manusia ZAMAN NEOLITIK
adalah tempoh dari masa
tingkah laku dan anatomi
manusia moden pertama kali
muncul sehingga kemunculan
sejarah bertulis berikutan
ciptaan sistem tulisan.
Memandangkan kedua-dua
masa penempatan manusia
moden dan evolusi tamdun
manusia berbeza dari
kawasan ke kawasan ,
bermula dan berakhir
prasejarah pada detik-detik
yang berbeza dalam alur
masa, bergantung kepada
kawasan berkenaan.
20
b) Zaman Proto Sejarah KEDAH TUA
Zaman Proto Sejarah ialah KERAJAAN GANGGA
zaman di mana masyarakatnya NEGARA
sudah mengenali tulisan dalam
bentuk aksara kuno seperti
aksara India Selatan, Pali, Pallava
& Kawi dan ditulis dalam bahasa
kuno seperti Sanskrit, Melayu
Kuno dan lain- lain. Zaman
PROTO Sejarah ini bermula sejak
awal abad Masihis sehinggalah
ketika Melaka dibuka oleh
Parameswara.
Kewujudan kerajaan purba / KERAJAAN CHIH TU
kerajaan awal :
LANGKASUKA
21
PERADABAN GLOBALISASI
“ Era dunia tanpa sempadan “
telah memungkinkan berlaku interaksi dan jaringan peradaban
merentasi benua dan sempadan negara m enerus i pemod enan
dalam pelbagai bidang kehidupan, perkembangan teknologi
maklumat & informasi seperti Internet, Komputer, SmartPhone , dan
penggunaan media sosial yang berleluasa seperti Facebook, WhatsApp,
Instagram, Twitter, Telegram danlain-lain.
Peradaban globalisasi membawa pengaruh yang besar dalam pelbagai
aspek kehidupan merentasi bidang p ol i t i k , e kon om i, s osio -
budaya termasuklahperkembangan bidang ilmu dan pemik
ira n. Perkembangan peradaban globalisasi ini turut menjadi
penyumbang kepada pembentukan peradaban majmukdi Malaysia.
Kata-kata Tokoh TerhadapPeradaban Globalisasi
“ Sama ada sesuatu kumpulan manusia itu beragama Hindu,
Buddha, Kristian atau Islam,sama ada dari Barat, Timur,
Utara atau Selatan, sama ada berkulit hitam, putih, coklat
atau kuning, jelaslah bahawa dalamzaman teknologi maklumat
ini, sesiapa pun t i d a k b o l e h m e n a f i k a n ke p e r l u a n
“peradaban” oleh dunia. Peradaban harus diiktiraf sebagai
idealisme matlamat dan objektif kebahagiaan hidup
masyarakat dunia dan tidak ada pihak yang boleh
menafikan sumbangan peradaban yang membina kemajuan
dan kesejahteraan umat manusia keseluruhan.. “
Ucapan ini diungkapkan oleh Tan Sri Dato’ Musa Hitam
22
PEMBENTUKAN PERADABAN MAJMUK
Pembentukan peradaban majmuk ialah gabungan a t a u c a m p u r a n
b e b e r a p a p e r a d a b a n yang membentuk peradaban
beridentitikan Malaysia. Peradaban Melayu menjadi teras kepada
peradaban m a j m u k M a l a y s i a . S e t e l a h k e m a s u k a n p a ra
pedagang dari India, China dan Timur Tengah telah membuka ruang
interaksi dan jaringan peradaban yang lebih luas di Tanah Melayu.
Kemudian, ia disusuli dengan kemasukan kuasa penjajah Barat
seperti Portugis, Belanda dan Inggeris yang telah membawa kepada
berlakunya interaksi dan jaringan peradaban yang lebih rencam.
Episod penjajahan Inggeris telah membawa lebih ramai pekerja asing
d a r i I n d i a d a n C h i n a t e l a h m e m u n g k i n k a n berlakunya
pengukuhan peradaban India dan China.
Hari ini, di era globalisasi , peradaban majmuk telah membawa berlakunya
kacukan pelbagai punca peradaban tanpa sempadan melalui jaringan digital
yang kompleks. Kesemua pengaruh peradaban luar ini telah membentuk
peradaban majmuk di Malaysiahari ini.
23
MASYARAKAT MAJMUK
Masyarakat majmuk yang bermaksud masyarakat pelbagai kaum
adalah merujuk kepada suasana kepelbagaian bangsa yang
s a m a - s a m a at a u berkongsi hidup dan tinggal dalam sebuah negara
sama. Masyarakat majmuk dalam sesebuah negara seperti Malaysia pada
kebiasaannyaterdiri daripada beberapa majoriti , disusuli oleh sub-sub
etnik lain yang lebih kecil dan kurang berpengaruh.
Ciri-ciri Masyarakat Majmuk:
1. Terdapat pelbagai jenis manusia (bangsa,etnik) seperti Eropah, Cina, India
dan penduduk asli (bumiputera).
2. Meraka bercampur tetapi tidak bercantum atau bersatu.
3. Hidup berdekatan tetapi terpisah dalam sistem unit politik yang
sama.
4. Setiap kumpulan bangsa berpegang kepada agama,
kebudayaan, bahasa, idea dan kaedah sendiri.
5. Bertemu di pasar ketika membeli-belah dan kemudian balik ke
tempat masing-masing.
6. Dalam sektor pekerjaan, terdapat pembahagian tenaga buruh yang
ketara mengikut kaum.
24
TRANSFORMASI SOSIAL KE ARAH PERADABAN ACUAN
MALAYSIA
• 1970 : Kemisiknan & Ketidaksamarataan
• 1980-1990 : Pembangunan, Industri & Penghijrahan
• 2000 : Perbandaran & Kelas Menengah
• 2010 : Mencapai Sebuah Negara Yang Maju
Impak dari transformasi ini, dari masyarakat majmuk, pelbagai
etnik ke ketamadunan payung anak watan yang membina peradaban
acuan Malaysia.
PEMBANGUNAN, MIGRASI DAN TEKNOLOGI
A. Kemajuan melahirkan perubahan sosial
• Dari pertanian sara hidup ke komersial-industri.
• Dari miskin ke kelas menengah.
• Dari perdesaan kekosmopolitan.
B. Transformasi sosia l melahirkan kerencaman sosial berpaksikan
budaya modernity & kepelbagaian
• Perkongsian nilai sejagat
• Persamaan pendapatawam.
• Batas etnik nipis.
• Tingkah laku horizontal bukan vertikel l :hubungan sosial rentasetnik
dan agama.
25
IMPAK KERENCAMAN SOSIAL NORMA SEJAGAT
(I) Budaya Politik Baru
• Kebebasan bersuara
• Berpersatuan
• Akses Maklumat
• Demokrasi
• Penglibatan
(II) Nilai Politik
• Amanah-Integriti
• Keadilan
• Akauntabiliti
• Transparensi keterangkuman
(III) Isu
• Rasuah
• Salah guna kuasa
• Keterangkuman Jentera dan Dasar Awam
• Tadbir Urus Baik
• Federalisme
26
KONSEP NEGARA
Negara merujuk pada sebuah masyarakat yang mendiami kawasan tertentu &
adanya kerajaan yang memerintah. Konsep nagara adalah sebuah k e r a j a a n
yang m e r d e k a dan b e r d a u l a t ya ng mentadbir urus ke atas satu
wilayah yang diperakui oleh negara-negara lain. Rakyat setiap negara diikat
dengan tanah air, perlembagaan dan kerakyatannya.Penduduk atau rakyat
ialah elemen terpenting bagi negara kerana rakyatlah yang mencorakkan
negara. Bukan itu sahaja, rakyat juga yang akan membentuk bangsa bagi
sesebuah negara.
DEFINISI NEGARA
M a r x (1 8 1 8 -1 8 8 3 ) d a n W e b e r (1 8 6 4 -1 9 2 0 )m e m p e r i n c i k a n
c i r i - ci r i utama p e m b e ntu k an sesebuah negara merangkumi adanya
penduduk, sempadan, kerajaan dan kedaulatan (Moten & Islam 2006).
Bagi Marx, “.. the state is the product of class contradictions and
class struggle and is controlled bythe economically-diminant class ... ”.
Sementara itu ,bagi Weber, “ .. the state is a human community that
(successfully) claims the monopoly of the legitimate use of physical
violence in a given territory .. “ (Moten & Islam 2006:64) Dahl
(1983) yang terpengarauh dengan Weber mendefinisikan negara
sebagai satu sistem politik yang didirikan oleh sekumpulan manusia
yang menetap dalam sesebuah wilayah dan membentuk kerajaan sah yang
memerintah wilayah tersebut. Giddens (1987) pula mendefinisikan negara
sebagai sebuah organisasi politik yang berkuasa memerintahsesebuah
wilayah tertentu dan boleh menggunakan pelbagai kaedah termasuk dengan
cara kekerasan bagi mengekalkan sesuatu peraturan.
ELEMEN NEGARA
S e s e b u a h n e g a r a m e n u r u t u n d a n g - u n d a n gantarabangsa
haruslah mempunyai elemen-elemen berikut :
• Kerajaan
• Kedaulatan
• Wilayah
• Penduduk
27
KONSEP BANGSA
Bangsa merujuk pada sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan.
Bangsa adalah satu kumpulan manusia yang diikat dalam satu unit
kesedaran kolektif bersepadu
berteraskan perkongsian etnik, budaya dan sejarah. Seringkali, ikatan bangsa
dikaitkan dengan pertalian darah, kekeluargaan etnik, budaya dan wilayah.
Walaupun wujud pelbagai perspektif, sentimen yangmembentuk bangsa ialah
perasaan kebersamaan atau ' belonging together' . Oleh i tu, dapat
mempunyai keterikatan melalui perasaan kekitaan bersama dalam sesebuah
negara.
28
ISTILAH &DEFINISI BANGSA
Daripada dimensi sejarah,
istilah bangsa berasal dari
perkataan Latin yang
membawa maksud 'lahir'. Ia
merujuk kepada tempat asal
lahirnya seseorang individu
yang membawa kepada
pembentukan satu kumpulan
besar manusia. Penggunaan
istilah bangsa ini cukup
meluas dan membawa
makna yang rencam.Biasanya istilah bangsa digunakan untuk menjelaskan
tentang sesebuah kumpulan etnik, bahasa dan kebudayaan komuniti.
Sekumpulan besar manusia membentuk sebuah bangsa biasanya melalui
keterikatan hubungan darah dan keturunan, penggunaan bahasa yang sama,
perkongsian tradisi dan sejarah.
Ada sesetengah sarjana melihat bangsa itu dalam konteks yang mempunyai
kepentingan kaum dan etnografi. Mereka berpandangan bahawa bangsa itu lahir
daripada sekumpulan besar manusia yang bersatu melalui keturunan dan
penggunaan bahasa yang sama, yakni dalam satu kelompok yang sama.
Benedict Anderson pula mentakrifkan bangsa sebagai sebuah ' imagined
political community ' . Penrose pula mendefinisikan bangsa sebagai “ .. the
largest self-defined collectivity of people whose members believe that they
share some form of terriorial association and that they are genealogically
related...
29
BANGSA DI MALAYSIA
Bangsa Bangsa
Cina India
Bangsa Bangsa
Melayu Bidayuh
B a n g s a m e r u j u k k e p a d a i d e n t i t i b u d a y a d a n etnik.Sesebuah
masyarakat yang mempunyai ciri ciri fizikal di mana semuanya berpegangkan
kepada satu amalan serta kepercayaan.Contoh bangsa yang terdapat di
negara Malaysia ialah Cina,Melayu,India serta Bumiputera yang terdapat di
Sabah dan Sarawak.Bumiputera di Sabah dan Sarawak mempunyai pecahan
kaum yang amat besar bilangannya membuatkan ramainegara lain kagum
dengan kejayaannya Malaysia hidupdalam masyarakat yang berbilang kaum
tanpa ada berlaku persilihan fahaman antara satu sama lain.
PEMBINAAN NEGARA BANGSA
Pembinaan negara bangsa dibina berdasarkan Rukun Negara melalui strategi
penusunan semula masyarakat dalam program Dasar Ekonomi Baru pada tahun
1970.Bangsa atau “nation” adalah suatu komponen penting dalam struktur
ketatanearaan moden yang dibina atas konsep negara bansa atau “nation state”.
Dalam bahasa mudah, negara (state) adalah “hardware” atau entiti yang
menjalankan kuasa pentadbiran terhadap kawasan tertentu dan mempunyai
kuasa kedaulatan ke atas kawasan tersebut dan penduduk dalam kawasan
terbabit. Bangsa (nation) pula ,seperti yang didefinisikan di perenggan
sebelumnya,lebih menyerupai “software” yang penting untuk memastikan
sebuah negara dapat berfungsi secara optimal.
Konsep “Bangsa Malaysia” mula
dibincangkan secara meluas
apabila Mahathir
mengetengahkan istilah tersebut
sebagai sebahagian dari usaha
Wawasan 2020 untuk mewujudkan
identiti kebangsaan yang inklusif bagi
30
semua penduduk Malaysia.Ia boleh
dianggap sebagai satu penolakan terhadap
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
yang merupakan polisi utama kerajaan
utama dalam pembentukan identiti nasional
pada tahun 1970-an dan 1980-an.Berbeza
dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang tidak bersifat inklusif dan tidak
melambangkan realiti kepelbagaian budaya di negara ini, konsep Bangsa
Malaysia meraikan kepelbagaian budaya dan t i dak menjadikan kepelbagian
sebagai penghalang kepada suatu identiti nasional, malah identiti nasional
berdasarkan kepelbagian budaya
dianggap sebagai sesuatu yang perlu
diraikan.Terdapat perubahan jelas dalam
polisi kebudayaan kerajaan dalam era
sebelum dan selepas konsep Bangsa
Malaysia diketengahkan.Contohnya, pada
tahun 1980 ketika Dasar Kebudayaan
Kebangsaan masih menjadi tunggak
utama polisi kerajaan, aktiviti seperti
tarian singa telah diharamkan di sekolah
dan tempat-tempat umum.
B agai man apun , pada tahun 1990-an, dengan konsep Bangsa Malaysia m u l a
m e n g g a n t i k a n Dasar Kebudayaan Kebangsaan dalam pembentukan identiti
nasional , larangan terhadap tarian singa bukan sahaja ditarik balik malah ia
diiktiraf sebahagian dari budaya Malaysia.Sebahagian besar tentangan terhadap
konsep Bangsa Malaysia datang dari mereka yang tidak setuju dengan
perubahan fokus ini yang mahu negara berpatah balik ke jalan lama di bawah
Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang sudah lapuk.Tentangan terhadap
pembentukan sebuah identiti kebangsaan yang bersandarkan kepelbagian
budaya ini biasanya bersandarkan pemikiran “satu negara, satu budaya” yang
menganggap bahawa pembentukan satu budaya tunggal adalah syarat utama
dalam membentuk identiti nasional sebuah negara bangsa.Satu dari retorik
utama golongan ini adalah tuntutan untuk sekolah vernakular dimansuhkan.
Bagi mereka, sekolah vernakular dianggap sebagai suatu halangan utama bagi
perpaduan negara dan pembentukan identiti nasional. Oleh itu sistem sekolah
31
pelbagai aliran yang ada sekarang perlu diganti dengan sistem pendidikan satu
aliran.Dakwaan bahawa sekolah vernakular adalah penyebab perpecahan
bukanlah satu perkara baharu. Ia adalah satu isu yang telah lama dimainkan
sebelum era Malaysia Baharu lagi.Mereka yang berpegang kepada pendapat
sedemikian perlu melihat ke Sabah dan Sarawak
untuk melihat gambaran yang lebih jelas.Sabah
dan Sarawak sering dikatakan sebagai
negeri-negeri yang mempunyai tahap
perpaduan kaum yang tinggi yang
sepatutnya dicontohi oleh warga
Semenanjung Malaysia .Lebih
menarik lagi,ini dicapai walaupun
kedua-dua negeri mempunyai tahap
kepelbagaian kaum dan budaya yang jauh
lebih tinggi dari Semenanjung.bukan sahaja
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJK(C)) wujud di Sabah dan Sarawak,
malah SJK(C) di kedua-dua negeri tersebut mempunyai peratusan tinggi dari
kalangan murid Bumiputra.Malah, banyak SJK(C) di kedua- dua negeri tersebut
yang mempunyai majoriti murid dari kalangan masyarakat Bumiputera.Oleh itu,
kewujudan sekolah vernakular jelas bukan punca renggangnnya perpaduan
kaum di negara ini, kerana sekolah vernakular wujud di kedua-dua belah Laut
China Selatan.Jika ia punca kepada perpecahan kaum , mustahi l hanya satu
belah sahaja yang menerima kesannya.Oleh itu, kita perlu berhenti menuduh
kepelbagaian budayaan nya , atau sekolah vernakular khususnya,sebagai
halangan kepada perpaduan negara dan pembentukan satu identiti
nasional.Kegagalan rakyat Malaysia,
terutamanya yang beradadi Semenanjung
Malaysia, untuk mencapai tahap
perpaduan adalah kerana politik toksik
perkauman yang dimainkan sekian lama
oleh ahli-ahli politik terutamanya mereka
yang memegang tampuk kuasa semenjak
Malaysia dibentuk. Politik perkauman
inilah yang harus dibanteras dalam era
Malaysia Baharu sekiranya kita mahu
bergerak ke hadapandan meninggalkan
era lama yang telah dicemari oleh ahli politik yang memainkan sentimen sempit
sebagai senjata untuk mengekalkan kuasa. Mereka yang berkeras mahu
menjadikan isu perkauman sebagai modal politik perlu ditolak sekiranya kita
serius mahu membentuk satu Malaysia Baharu di mana rakyatn ya bersatu-padu
sebagai satu bangsa yang bergerak bersama untuk kepentingan dan kesejateraan
seluruh warga Malaysia.
32
KESIMPULAN
Peradaban majmuk ialah gabungan atau campuran pelbagai bentuk peradaban
yang menyerap masuk ke dalam peradaban Melayu. Dalam peradaban majmuk,
pastinya ada masyarakat yang berbilang kaum. Peradaban yang diamalkan pada
suatu ketika dahulu menjadi panduan kepada masyarakat kini dalam menjalani
kehidupan.Selain itu,ia juga merapatkan hubungan masyarakat pelbagai kaum di
Malaysia dengan berinteraksi antara satu sama lain.Negara Malaysia semakin
maju dari segi pembangunan negara,ekonomi,teknologi dan sebagainya.
Negara adalah suatu wilayah yang kekuasaannya diatur oleh kerajaan yang
berada di wilayah/negara tersebut. Politik negara mempunyai kedaulatan dan
tanggungjawab menjalankan pentadbiran. Terdapat penduduk yang berbilang
kaum dalam suatu negara. Bangsa pula merupakan satu kelompok manusia yang
mempunyai satu ikatan ketatanegaraan. Semua bangsa bekerjasama dalam
mewujudkan perpaduan negara.
33
RUJUKAN
1. https://www.google.com/search?q=dato+musa+hitam+
peradaban+globalisasi&hl=en&sxsrf=ALeKk037Gm9IDw7
kQ50fb94amJdB_stekA:1602423412120&source=lnms&t
bm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwjY5oiy1KzsAhX48HMBHSS
9CecQ_AUoAXoECAUQAw&biw=1366&bih=646#imgrc=
DY9seQ0RLitDzM
2. http://pks.cidos.edu.my/pluginfile.php/63381/mod_res
ource/content/2/KESULTANAN%20MELAYUT%20RADISIO
NAL.pdf
3. https://www.lembagaperadabanmelayu.org/
4. https://id.m.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Asia
5. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kebudayaan_Barat
6. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Globalisasi
7. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Pemasyhuran_Kemerd
ekaan_Tanah_Melayu
8. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Zaman_prasejarah
9. http://www.ukm.my/atma/publication/zaman-proto-sejarah-
di-malaysia-satu-pengenalan/
10. http://mte3012-aina.blogspot.com/2015/12/zaman-
pensejarahan.html?m=1
34