PERISTIWA 13
MEI
PENGENALAN
NUR SYARAFANA
BINTI SUHAIMI
(21DDT22F1182)
KRETVALIN A/P AI SOM
(21DDT22F1106)
FATIN ADRIANA ALIA
BINTI FADHLIYUDDIN
(21DDT22F1207)
ALISSARA A/P THANAT
(21DDT22F1120)
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
PENGHARGAAN 1
2
OBJEKTIF 3
4-8
PENGENALAN
KRONOLOGI
9-10
11
PUNCA 12
BERLAKUNYA RUSUHAN KAUM 13
PENGAJARAN
KESIMPULAN
SUMBER RUJUKAN
PENGHARGAAN
Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Dengan ini kami bersyukur kerana dapat
menyiapkan E-folio dengan baik. E-folio kami
bertajuk Tragedi Rusuhan Kaum 13 Mei iaitu
punca , kesan dan pengajaran. Kami juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan
Nurul Adha binti Rajali kerana memberi tunjuk
ajar untuk kami menghasilkan E-folio ini.
E-folio ini bertujuan untuk memberikan maklumat
serta pengetahuan am kepada semua tentang
sejarah yang berlaku pada 13 Mei 1969. Hal ini
penting untuk kita mengetahuinya agar dapat
mengeratkan silaturrahim dengan pelbagai kaum.
Kita mestilah menjaga hubungan baik dengan
kaum yang lain bagi mengelakkan peristiwa ini
berulang kembali .
1
OBJEKTIF
1.Mengetahui maksud sebenar tragedi 13 Mei
1969
2.Mengetahui kronologi tragedi 13 Mei 1939
3.Mengenalpasti punca-punca yang
menyebabkan berlakunya tragedi 13 Mei
1969
4.Mengenalpasti pengajaran yang terdapat
pada tragedi 13 Mei 1969
5.Membuat kesimpulan daripada tragedi 13 Mei
1969
2
PENGENALAN
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi
di Malaysia yang banyak meninggalkan kesan
terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat
Malaysia. Kesan penubuhan Jepun dan
peninggalan penjajah Inggeris di Tanah Melayu
adalah punca yang menyebabkan peristiwa itu
berlaku.
Amalan diskriminasi oleh Inggeris telah
merenggangkan lagi hubungan antara kaum di
Tanah Melayu. Dari sudut ekonomi, banyak
kesan negatif ditinggalkan terhadap masyarakat
Melayu.Sebagai contoh, golongan bumiputera.
Selepas itu, Dasar Ekonomi Baru telah
dirancang oleh kerajaan pada tahun 1971
merupakan satu usaha yang bertujuan untuk
mengimbangi semula kedudukan ekonomi dan
hubungan antara kaum di Malaysia
3
kronologi
PERISTIWA HITAM 13 MEI BERMULA
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon
pilihan serta ahli-ahli politik dari kalangan parti
pembangkang, telah membangkitkan tentang
Bangsa Malaysia seperti Bahasa Kebangsaan
(Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang
Melayu sebagai Bumiputera dan hak kerakyatan
bukan orang Melayu. Hal ini telah kesempatan
kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan
faedah daripada pilihan raya.
Selepas Pilihan Raya 1969, parti-parti
pembangkang seperti Parti Tindakan Rakyat
(DAP) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia
(GERAKAN) telah memperoleh kemenangan
yang sangat memberangsangkan. Namun, Parti
Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA
dan MIC telah gagal tapi mereka masih boleh
membina kerajaan .
4
Peristiwa ini sebenarnya bermula dengan
kempen pilihan raya yang ketiga. Hal ini
diteruskan menjadi topik hangat sehingga
perbincangan tertumpu pada isu perkauman dan
peribadi individu tertentu.
Selepas itu, pembangkang meraikan kemenangan
dengan melakukan perarakan di Selangor. Hal ini
menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar
Kuala Lumpur. Mereka menuju ke Kampung Baru
untuk mengejek orang melayu atas kemenangan
yang diperolehi oleh parti pembangkang tersebut.
DAP dan GERAKAN juga mengadakan di Jinjang ,
Kepong perarakan kematian seorang cina akibat
sakit tua. Namun perarakan tersebut bertukar
menjadi perarakan kemenangan pilihan raya untuk
menghina orang melayu.
5
UMNO berasa terancam dan tercabar dengan
kemenangan pihak pembangkang turut melakukan
perarakan balas pada 13 Mei 1969. Perarakan
tersebut diketuai oleh Datuk Harun selaku Menteri
Besar Selangor. Orang melayu dari luar Kuala
Lumpur juga turut serta dalam perarakan ini seperti
dari Morib, Banting dan juga Perak.
Pergaduhan dan rusuhan tercetus apabila orang
cina menghalang orang melayu untuk menyertai
perarakan UMNO dengan membaling botol kaca
dan batu ke arah mereka.
Rusuhan kaum berlaku di kawasan tertentu dan
jangka masa yang terhad. Rusuhan tercetus di
kawasan Kuala Lumpur dan sekeliling sahaja
(Selangor). Tentera dari Askar Melayu lebih awal
dikerahkan untuk menjaga keselamatan sekitar
Kuala Lumpur .
6
Para pemimpin mula memikirkan agar rusuhan ini
dapat dielakkan daripada berlaku lagi. Antara tindak
balas yang diambil ialah penangkapan tokoh-tokoh
yang menyokong rusuhan, membuat perintah
berkurung, mengawal berita,radio dan televisyen,
menepis penerbitan akhbar, mengharamkan jurnal
yang diterbitkan oleh parti-parti politik dan
mengharamkan kempen pilihan raya.
7
ANGKA KORBAN DI
13 MEI 1969
196 orang mati
439 orang cedera
9143 orang ditangkap
6000 orang kehilangan tempat tinggal
221 buah kenderaan musnah dan rosak
753 buah bangunan telah musnah dan
mengalami kerosakan
Contoh gambar yang
musnah semasa 13 Mei 1969
8
Punca Terjadinya
Rusuhan Kaum
Layanan Berat sebelah oleh tentera Jepun
Pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu
telah dilayan berbeza-beza. Contohnya ,
masyarakat cina dilayan begitu teruk oleh tentera
Jepun. Layanan berat sebelah ini menyebabkan
permusuhan antara kaum cina dan melayu
Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu
DAP sangat tidak berpuas hati dengan
hak istimewa orang melayu dalam
perlembagaan. Mereka mendakwa
bahawa hak mereka diketepikan
daripada keadilan.
Masalah ekonomi
Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan
rasa cemburu dan menimbulkan rasa tidak puas
hati antara kaum. Kaum melayu cemburu dengan
kemewahan dan kejayaan orang cina manakala
cina dan india cemburu dengan kelebihan orang
melayu kerana dapat peluang perkhidmatan
dalam sektor pentadbiran
9
Perbezaan agama dan budaya
Kaum melayu sebahagian besarnya beragama
islam Kaum cina beragama Buddha, Lao-Tza,
Taoisme, Conficius manakala kaum india
beragama hindu. Setiap kaum mempunyai agama
tersendiri. Masalah rusuhan kaum bukan dari
agama tapi dari akibat jahil terhadap agama lain.
Dasar pecah dan perintah Penjajah Inggeris
Kejadian ini disebabkan oleh British yang mengamalkan "pecah dan perintah" untuk
mengaitkan dengan beberapa faktor. Penjajah Inggeris mengamalkan konsep "pecah dan
perintah" kerana tindakan ini berkesan dan telah menjadi punca jurang antara kaum dari
segi ekonomi dan dan polariasi kaum. Sebagai contoh, orang-orang Cina tinggal di Bandar
bagi menjalankan perniagaan dan juga di kawasan lombong sebagai pelombong. Orang
Cina juga memiliki aset paling tinggi dalam sektor ekonomi di Tanah Melayu. Sementara
itu, orang-orang Melayu sebagai petani dan nelayan kecil manakala Kaum India pula
sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di Ladang. Pada hakikatnya, kegiatan ekonomi
orang Melayu dan India adalah corak menyara diri.
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
Perisyhtiharaan kemerdekaan Tanah Melayu 1957 , sebuah perlembagaan Persekutuan
dibentuk dengan jelas menyatakan bahawa Bahasa Inggeris dan Melayu merupakan Bahasa
Rasmi d Tanah Melayu. Setelah sepuluh tahun kemerdekaan, kerajaan mengkaji untuk
menggugurkan bahasa Inggeris dan hanya menggunakan bahasa Melayu sahaja yang akan
diiktirafkan sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan tersebut kerajaan telah mengadakan
pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan Bahasa Melayu pada 31 Ogos
1967. Antara kempen yang telah dibuat ialah Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu Bahasa
Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan
telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.
10
Pengajaran Peristiwa
13 Mei 1969
Bekerjasama menjaga Pihak berkuasa
keamanan negara mengambil tindakan
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, Pihak berkuasa haruslah
kita haruslah bersatu padu dan mengadakan satu kempen yang
mencampurkan semua kaum. Hal
bekerjasama menjaga keamanan ini untuk mengeratkan silaturrahim
negara tanpa memilih bangsa, agama
sesama kaum . Dengan
dan kepercayaan. Hal ini demikian mengadakan kempen ini negara
kerana, kita dapat mengelakkan
kita akan menjadi aman dan
daripada berlakunya pergaduhan dan damai.
perselisihan faham antara kaum sekali
gus dapat mengekalkan kedaulatan
negara dengan stabil.
Saling hormat-menghormati jangan mengeruhkan
antara satu sama lain keadaan
Di dalam isu politik seperti
Sesungguhnya Peristiwa 13 Mei, pilihan raya umum(PRU),
yang berlaku pada hari ini dalam janganlah kita menjadi salah
tahun 1969, adalah satu seorang yang suka
pengajaran bagi seluruh rakyat di mengeruhkan hubungan
negara ini supaya saling hormat- antara masyarakat demi
menghormati dan sentiasa kepuasan diri.
bertolak ansur demi menjamin
keamanan dan kesejahteraan.
11
KESIMPULAN
Daripada peristiwa 13 Mei telah mengajarkan
tentang pentingnya perpaduan antara kaum.
Perpaduan kaum amat penting di negara kita
kerana tanpa perpaduan negara kita akan jadi
lemah dan penjajah mudah untuk merampas
semula negara kita. Oleh itu, kita haruslah
memupuk perpaduan kaum bagi mengekalkan
keharmonian negara.
Tragedi 13 Mei juga telah menyedarkan kita
bahawa janganlah sesekali mementingkan diri
kerana boleh mendorong kepada pergaduhan
dan perselisihan faham antara satu sama lain.
Oleh hal demikian, kita haruslah saling
mempercayai dan bantu-membantu antara satu
sama lain. Bak kata pepatah "Berat sama dipikul,
Ringan sama dijinjing".
12
sumber rujukan
GOOGLE
https://prezi.com/p/6aeacankyn6s/pe
ngajaran-peristiwa-13-mei-1969/
http://my13mei.blogspot.com/p/kesi
mpulan.html
https://anyflip.com/gpzdf/xuuv/basic
TAMAT
13