The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-86259169, 2021-09-08 15:57:08

BUKU PROGRAM MAJLIS APRESIASI HIGHLANDERS 2021 byMbcSMKBTR

MAJLIS APRESIASI HIGHLANDERS SECARA MAYA

Keywords: HIGHLANDERS

9 SEPTEMBER 2021 / KHAMIS / 8:00 PAGI

https://youtu.be/Be1C4LbbU6U

HIGHLANDERS BACK TO THE TOP : MELONJAK LEBIH JAUH

Selamat pagi, selamat sejahtera,
Yang Berusaha,
Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, Tuan Majus Bin Munsing,
Yang Berbahagia,
Pengetua SMK Bundu Tuhan, Ranau, Puan Patricia Sinion,
Yang dihormati barisan Penolong-penolong Kanan,
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran,
AJK PIBG, Guru-guru,
Para ibu bapa.

hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,

Marilah kita menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin
dan rahmatNYA, maka kita dapat bersama-sama berkumpul walaupun di alam maya pada
pagi ini untuk bersama–sama memeriahkan Majlis Apresiasi Highlanders 2021. Inilah yang
dinamakan norma baharu. Walaupun kita tidak bersua muka tapi kita hadir dalam majlis
yang sama.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan PPD kita Encik Majus Bin Munsing di
atas kesudian merasmikan majlis kita pada pagi ini. Begitu juga saya ingin merakamkan
jutaan terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya kepada Puan Pengetua SMK Bundu
Tuhan Ranau iaitu Puan Patricia Sinion dan kepada para guru yang telah bertungkus lumus
dalam menjayakan majlis kita pada pagi ini.

Tuan- tuan dan Puan-puan,

PIBG merupakan sebuah medium yang berkesan untuk mengeratkan lagi
hubungan antara pihak sekolah dengan komuniti. Justeru, PIBG sewajarnya bergerak seiring
dengan perkembangan sekolah serta suasana pendemik yang sedang berlaku sekarang.
Tambahan pula sekarang sesi persekolahan berjalan dalam norma baharu iaitu
Pembelajaran dan pengajaran daripada rumah. Oleh itu, PIBG turut menyumbang kepada
kelancaran PdPR ini seterusnya kepada kecemerlangan sekolah. Para ibu bapa telah
memberikan kerjasama dengan membantu pihak sekolah dalam memastikan anak-anak
menghadiri kelas yang telah ditetapkan seawal jam 7:00 pagi. Ibu bapa juga
menyediakan keperluan anak-anak seperti mereka menghadiri hari persekolahan. Saya
percaya komitmen yang diberikan oleh ibu bapa ini sangat dihargai oleh pihak sekolah
dan kita semua.

Sebelum pandemik Covid-19, PIBG banyak berkolaborasi bersama pihak sekolah
dalam pembangunan dan pendidikan anak-anaki. Kami barisan AJK PIBG sentiasa
menyokong dan memberikan kerjasama kepada pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi
dan kecemerlangan murid. Saya percaya bahawa suasana yang serba baharu bagi kita
semua ini sudah pasti memberikan satu tamparan hebat untuk kita sama-sama merancang
dan melaksanakan aktiviti yang sesuai untuk merealisasikan kecemerlangan anak-anak.
Majlis seumpama ini yang diadakan walaupun secara maya, amat membantu meningkatkan
motivasi dan semangat anak-anak menghadapi cabaran dalam melaksanakan
pembelajaran dari rumah. Tahniah saya ucapkan kepada murid-murid yang telah berjaya
mencipta kecemerlangan. Semoga kejayaan demi kejayaan yang dicapai pada masa
sekarang akan menjadi pendorong dan pencetus budaya cemerlang demi mencapai
kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Hadirin yang dihormati,

Selaku YDP PIBG, pandangan dan pemikiran membina ke arah membantu pihak sekolah
dalam meningkatkan potensi anak-anak kita khususnya dalam bidang akademik dan dunia
pendidikan amat diperlukan. Komitmen tuan-tuan dan puan-puan adalah kebanggaan saya.
Kita yakin tanpa disiplin yang tinggi, pasti kejayaan dan kecemerlangan tidak akan
tercapai. Oleh itu, sebagai ibu bapa yang prihatin, kita mesti sedar akan tanggungjawab
yang perlu digalas dalam mendepani pendidikan alaf baharu. Tahniah kepada AJK Majlis
Apresiasi yang telah berjaya menganjurkan majlis yang berprestij ini. Tahniah anak-anak
Highlanders yang telah menunjukkan kecemerlangan yang sangat membanggakan. Tahniah
juga kepada ibu bapa yang sentiasa menyokong program seumpama ini. Terima kasih daun
keladi kepada tuan PPD Ranau, Encik Majus Munsing kerana sudi meluangkan masa
bersama-sama kami di majlis ini. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya
terdapat salah dan silap. Apa-apa yang saya perkatakan datangnya dari hati saya yang
ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak kita juga.

Sekian terima kasih.

Puan Joaneseh James Ghani
YDP PIBG SMK Bundu Tuhan, Ranau

Terima kasih saudari pengacara majlis
Selamat pagi, salam sejahtera

Yang Dimuliakan Pegawai Pendidikan Daerah Ranau,
Yang dihormati, Yang Dipertua dan barisan kepimpinan PIBG,
Penolong-penolong Kanan,
Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-guru,
Yang diraikan para penerima hadiah,
Ibu bapa.

Hadirin dan hadirat,

Saya rasa bertuah dan bersyukur kerana pada hari ini kita dapat berkumpul bersama-sama
bagi memberi pengiktirafan kepada para pelajar yang mencapai tahap pencapaian yang
cemerlang khusus dalam bidang kurikulum (SPM 2020 dan penglibatan murid dalam PdPR tahun
2021, serta penglibatan ibu bapa untuk memantau pembelajaran anak-anak di rumah
terutama dalam situasi yang kita hadapi sekarang yang sangat membimbangkan Pandemik
Covid 19. Sesungguhnya Majlis Apresiasi Highlanders ini merupakan kesinambungan tradisi
sekolah sejak sekian lama dan memiliki signifikan yang tersendiri kepada seluruh warga SMK
Bundu Tuhan. Saya mengambil kesempatan ini mengalu-alukan kehadiran tuan puan. Saya
percaya bahawa sokongan seumpama ini akan meningkatkan lagi semangat warga sekolah
untuk terus mencatat kejayaan yang membanggakan.

Tuan puan dan penerima hadiah yang diraikan,

Dalam konteks pendidikan, fungsi utama sekolah ialah bagi memupuk pembelajaran. Dengan
perubahan persekitaran pendidikan yang penuh dengan ketidaktentuan, sukar diramalkan dan
sentiasa terdedah kepada penambahbaikan, proses pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada
akses pengetahuan semata-mata, bahkan lebih menjurus kepada proses persediaan
menghadapi cabaran yang berbeza pada masa hadapan. Sejajar dengan Misi Nasional dan
perakuan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025, salah satu teras utamanya ialah
menjana modal insan minda kelas pertama. Maka, SMK Bundu Tuhan tidak boleh terkecuali
daripada menyediakan peluang pembelajaran yang berkualiti supaya pada akhirnya pelajar
yang menerima pendidikan di sekolah ini dapat menyumbang terhadap jati diri dan daya saing
negara. Sebagai pengetua, saya akan sentiasa memastikan bahawa hala tuju sekolah ini jelas
dan bahawa segala bentuk perancangan dan pelaksanaan program pendidikan yang ada
sentiasa akur dengan keperluan yang disebutkan.

Hadirin dan hadirat,
Kemunculan sekolah sebagai pesaing dan juga rakan kecemerlangan pendidikan menuntut kita
melipatgandakan usaha untuk terus relevan dan dihormati. Cerita-cerita kejayaan dari generasi
demi generasi menjadikan sekolah ini terus menjadi pilihan ibu bapa. Begitu juga dengan
norma perjawatan guru yang mencukupi. Terdapat seramai 44 orang guru yang terlatih dalam
pelbagai bidang opsyen. Guru-guru juga diberi pendedahan yang berterusan untuk
melaksanakan perubahan dan pendekatan baharu dalam sistem penyampaian pengajaran dan
pembelajaran untuk menggembleng bakat dan potensi pelajar secara optimum. Saya memberi
jaminan bahawa guru sekolah ini sentiasa komited terhadap usaha membantu dan membimbing
pelajar ke arah kesejahteraan hidup masa kini dan masa akan datang. Semua pelajar di
sekolah ini berhak mendapat peluang pembelajaran yang terbaik dan guru-guru di sekolah ini
akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan dan meneruskan kecemerlangan sesuai
dengan slogan sekolah ini ‘Highlanders back to the top, Melonjak lebih jauh’.

Ibu bapa, guru-guru dan murid-murid sekalian,

Dari segi kemudahan dan prasarana fizikal, sekolah ini tidaklah setanding sekolah yang mempunyai
prasarana yang lengkap namun bukan menjadi halangan untuk mencipta kecemerlangan dalam
pelbagai aspek. Sebagai contoh dalam pencapaian SPM 2020, sekolah ini telah menunjukkan
pencapaian yang cemerlang. Begitu juga dalam bidang kokurikulum telah menunjukkan pencapaian
yang membanggakan sehingga ke peringkat kebangsaan walaupun tiada kemudahan yang memadai.

Pihak sekolah juga ingin merakamkan rasa penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga
kepada pihak PIBG yang banyak membantu sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan
pembelajaran dan segala kegiatan sekolah yang lain. Begitu juga saya menghargai sokongan
material dan moral para ibu bapa dan masyarakat setempat. Tidak lupa juga rasa penghargaan ini
ditujukan kepada ibu bapa yang telah menyumbangkan tenga untuk memperbaiki katil di asrama.
Pada hakikatnya apa-apa jua kelengkapan terutama kemudahan asrama akan dipulangkan kepada
para pelajar asrama supaya dapat menikmati peluang pembelajaran yang terbaik. Justeru saya
merayu tuan puan tidak akan berasa jemu untuk menghulurkan sokongan seumpama itu tanpa
berbelah bahagi secara berterusan dan konsisten.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Sekolah SMK Bundu Tuhan memilih slogan Highlanders Back to The Top, Melonjak lebih jauh iaitu
warga sekolah prihatin terhadap pencapaian tertinggi dalam pelbagai aspek, bukan sahaja dalam
kurikulum dan kokurikulum bahkan dalam aspek sahsiah murid. Insan bijak pandai, insan yang gigih
dan insan yang berdaya usaha sebagai hasil sistem pendidikan kita hanya akan bermakna apabila
dapat menyumbang terhadap kecemerlangan yang berterusan. Dengan cara menguar-uarkan slogan
ini, pihak sekolah mengharapkan bahawa dalam jangka masa panjang, generasi pelajar yang
bersekolah di sini akan sentiasa berada di barisan hadapan. Saya sentiasa optimis bahawa warga
sekolah dapat berganding bahu dalam memastikan apa-apa jua kemajuan yang dikecapi hendaklah
berteraskan konsep kecemerlangan yang holistik dan seimbang. Kesedaran tentang pencapaian
kecemerlangan hendaknya bersemi dalam sanubari warga sekolah buat selama-lamanya. Doakan
semoga impian besar ini menjadi kenyataan.

Ibu bapa, guru dan murid-murid yang diraikan,

Kepada penerima hadiah, sekalung tahniah untuk anda. Teruskan kecemerlangan anda. Nilai
kebendaan hadiah dan sijil bukanlah menjadi ukuran. Yang penting, kalian telah diberi pengiktirafan
yang begitu bermakna dalam hidup kalian. Di samping mencongak kejayaan, usah lupakan rakan-
rakan yang tidak menerima hadiah seperti kalian. Bantu mereka, beri dorongan dan inspirasi. Kelak
kalian akan dikenang sebagai insan yang budiman dan berperibadi mulia. Bagi pihak sekolah, saya
mendoakan agar kalian akan terus melakar kejayaan yang bakal membanggakan diri sendiri,
keluarga, sekolah, masyarakat, bangsa dan negara.

Kepada ahli jawatankuasa MajlisApresiasi Highlanders kali ini, terima kasih daun keladi. Kepada
tetamu dan hadirin, sokongan tuan puan akan dikenang sampai bila-bila.

Ikan sembilang, sepat dan kelah
Guna bubu biasa di hujung

Pencapaian cemerlang dapat hadiah
Petanda ilmu sentiasa dijunjung

Sekian sahaja ucapan saya.

Puan Patricia Sinion
Pengetua SMK Bundu Tuhan, Ranau

Selamat Sejahtera,
Salam Sabah Maju Jaya,
Salam Sabah Hebat :
Katakan Tidak Kepada Nombor 16.
Katakan Ya Kepada 10 Terbaik.
Salam Ranau Hebat,
Tahun ini Pasti Lebih Baik, Mari Kerja Bersama.
Yang Berusaha Puan Patricia Sinion,
Pengetua SMK Bundu Tuhan, Ranau,
Yang Dihormati,Yang Dipertua PIBG dan
Barisan Kepimpinan PIBG Sekolah,
Penolong-penolong Kanan, Guru Kanan, Guru-guru dan
murid-murid sekalian.

Bunga rampai saya taburi,
Sambil merenjis air mawar yang wangi,

Berkembang kasih menabur budi,
Undangan sekolah sangat saya sanjungi.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi
menjemput saya untuk merasmikan Majlis Apresiasi Highlanders secara maya
bagi tahun 2021. Saya ingin juga mengucapkan syabas kepada pihak
sekolah yang berjaya mengadakan majlis ini sebagai satu program tahunan
bagi menghargai kejayaan yang telah dicapai oleh murid-murid kita,
walaupun kita menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam menempuh
persekolahan pada era pandemik Covid-19. Saya pasti majlis ini yang
diadakan secara atas talian adalah satu perkara baharu yang harus kita
hadapi dalam dunia pendidikan masa kini. Saya percaya pihak sekolah
sudah merancang majlis ini dengan begitu teliti agar majlis ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya.

Hadirin dan hadirat sekalian,
Seperti yang kita semua maklum, majlis ini diadakan untuk meraikan

murid-murid yang telah membuktikan kecermelangan mereka dalam bidang
akademik, ko-akademik dan sahsiah murid. Majlis ini sangat penting diadakan
bagi memastikan usaha dan kudrat yang telah dicurahkan oleh murid-murid
serta para guru dihargai. Murid-murid kita pada tahun lepas telah
menghadapi satu cabaran yang sangat hebat apabila mereka terpaksa
belajar daripada rumah terutamanya calon-calon SPM. Walau
bagaimanapun dengan komitmen barisan guru yang diketuai oleh
pentadbiran Puan Pengetua telah menjadi pendorong kepada kejayan putera
puteri Highlanders. Tahniah dan syabas saya ucapkan kerana sekolah ini t
elah dinobatkan antara 10 sekolah Pencapaian Terbaik SPM 2020 di Sabah.
Kita sangat berbangga dengan pencapaian ini kerana kejayaan ini dicapai
dalam situasi yang sangat sukar. Saya berharap murid-murid yang telah
berjaya ini akan meneruskan usaha mereka untuk terus berjaya. Kepada
murid lepasan SPM, teruskan perjuangan anda. Tuntutlah ilmu setinggi yang
mungkin. Kepada anak-anak yang akan menduduki peperiksaan SPM Tahun
2021 ini, jadikanlah kejayaan abang-abang dan kakak-kakak ini sebagai
sumber inspirasi dan aspirasi untuk mencapai keputusan yang lebih cemerlang.
Jika mereka mampu mengharungi cabaran menghadapi SPM pada masa
pandemik tahun lepas maka sudah semestinya kamu juga boleh
menghadapinya.

Hadirin yang dihormati,
Sebenarnya, kehadiran ibu bapa pada majlis kita pada hari ini walaupun majlis ini

diadakan atas talian, telah membuktikan bahawa ibu bapa mempunyai sikap responsif dan
sensitif yang tinggi terhadap isu-isu yang melibatkan anak- anak mereka. Kepekaan dan
keprihatinan inilah yang akan meningkatkan motivasi dan semangat yang paling bermakna
buat anak-anak kita supaya berusaha lebih keras untuk mencapai kejayaan yang cemerlang
sama ada dalam bidang akademik, ko-akademik mahupun bidang sahsiah. Sesungguhnya,
dalam usaha kita merealisasikan cita-cita ke arah melahirkan generasi muda yang cemerlang,
kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam menerajui generasi masa kini serta
cabaran dalam dunia pendidikan yang semakin rencam. Namun, kita seharusnya tidak goyah
dan tidak jatuh apabila berhadapan dengan cabaran ini dan perlu bersedia untuk berubah
dan bersedia untuk bertidak bak kata pepatah yang bulat tidak akan datang bergolek, yang
pipih tidak akan datang melayang. Kita perlu membuat perancangan yang rapi seterusnya
perlu bertindak lebih efektif dalam meningkatkan prestasi pencapaian kita. Tambahan pula
menjelang tahun 2025, semua sekolah di seluruh negara akan menjadi Sekolah Transformasi.
Hal ini telah ditetapkan oleh Kementeriaan Pendidikan Malaysia. Di bawah konsep Sekolah
Transformasi adalah diharapkan semua sekolah berupaya untuk memperkasakan pengurusan
dan pentadbiran masing-masing di samping beupaya untuk melonjak dan memacu peningkatan
prestasi pencapaian masing-masing ke tahap yang optimum. Saya percaya usaha yang
terancang serta tindakan yang berkesan pasti akan dapat melonjakkan kecermelangan sekolah.

Hadirin dan hadirat sekalian,
Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima

kasih dan tahniah kepada semua AJK pelaksana majlis ini yang terdiri daripada guru-guru dan
warga kerja SMK Bundu Tuhan, Ranau kerana telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
Terima kasih juga kepada PIBG kerana sentiasa menyokong pihak sekolah dalam apa jua
program yang dilaksanakan. Inilah yang sangat kita harapkan. Kepada para ibu bapa yang
hadir dan para pemenang anugerah, tahniah diucapkan. Sebelum mengakhiri ucapan saya,
izinkan saya menyampaikan serangkap pantun;

Buah ciku bentuknya bujur,
Rasanya manis lazat sekali,

Belajar ikhlas tekun dan jujur,
Nescaya cemerlang di kemudian hari.

Maka dengan ini saya dengan sukacitanya merasmikan
Majlis Apresiasi Highlanders bagi sesi 2021.
Sekian, terima kasih semua.

Encik Majus Munsing
Pegawai Pendidikan Daerah Ranau

7:30 pagi § PENYEDIAAN LINK PROGRAM

8:00 pagi § Ketibaan Perasmi
§ Nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku
§ Lagu Sekolah
§ Bacaan Doa
§ Ucapan alu-aluan Pengetua SMK Bundu Tuhan

(Puan Patricia Sinion)
§ Ucapan YDP PIBG (Puan Joaneseh James Ghani)
§ Ucapan perasmi Pegawai Pendidikan Daerah, Ranau

(Encik Majus Bin Munsing)
§ Gimik perasmian
§ Penyampaian cenderahati kepada Perasmi oleh

Pengetua Sekolah (secara maya)

9:00 pagi PENYAMPAIAN ANUGERAH
§ Murid Aktif /paling cepat hantar tugasan 2021
§ Murid Cemerlang PBD - PT3 2020
§ Murid terbaik SPM 2020 mengikut mata pelajaran
§ Murid Cemerlang SPM 2020
§ Peratus kehadiran tertinggi kelas 2021
§ Zon paling aktif 2021
§ PIBG / ibu bapa aktif 2021
§ Perkongsian Rahsia Kecemerlangan murid-murid SPM

2020

10:30 pagi § MAJLIS PENUTUPAN

Program ini merupakan program rasmi
sekolah pada setiap tahun. Cuma bezannya
program kali ini dilaksanakan secara dalam talian
disebabkan oleh pendamik Covid-19. Program ini
bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada
semua murid yang telah menunjukkan pencapaian
terbaik dalam peperiksaan awam SPM 2020 dan
juga pencapaian terbaik PdPR sepanjang tahun.
Adalah diharap dengan adanya program seumpama
ini, ianya akan dapat menaikkan semangat dan
motivasi murid-murid dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran di samping dapat
mempersiapkan diri mereka dalam menghadapi
cabaran pandemik COVID-19. Semoga dengan
program seumpama ini objektif yang telah
ditetapkan akan dapat direalisasikan iaitu
meningkatkan kualiti pencapaian murid dalam

bidang akademik.

Rasional program ini dilaksanakan ialah:

1. P e n c a p a i a n m u r i d S P M t a h u n 2 0 2 0
membanggakan walaupun dalam pembelajaran
norma baharu.

2. Memberi penghargaan kepada murid-murid
yang tingkatan 3 tahun 2020 yang berjaya
mendapat TP terbaik.

3. Memberi penghargaan kepada murid-murid
yang mengambil bahagian secara aktif dalam
PdPR tahun 2021.

4. Memberi penghargaan kepada PIBG yang
memberikan komitmen yang terbaik kepada
pihak sekolah.

Memberi penghargaan dan anugerah kepada murid-
murid yang telah menunjukkan prestasi cemerlang
dalam bidang akademik dan PIBG yang memberikan

komitmen yang terbaik kepada pihak sekolah.

1. Menggalakkan semua pelajar untuk berusaha mencapai
keputusan cemerlang dalam bidang akademik.

2. Menggalakkan panitia-panitia dan guru-guru untuk
berusaha menjadikan SMKBTR lebih cemerlang dalam
bidang akademik.

3. Menggalakkan hubungan yang erat antara guru-guru
dan ibu bapa pelajar SMKBTR.

1. Semua murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5
seramai 650 orang.

2. Semua murid tingkatan 5 tahun 2020.
3. Semua ahli PIBG.

Pengerusi : Pn. Patricia Sinion (Pengetua)

Tim.Pengerusi 1 : En. Jamri Ronggitom (PK Pentadbiran)

Tim.Pengerusi 2 : Tn. Haji Mohd Tajuddin Bin Azizan (PK HEM)

Tim.Pengerusi 3 : En. Jollity Bollah (PK Kokurikulum)

Pengarah Program : En. Patrick Dangeh (KB Bahasa)

Setiausaha : Pn. Duini Vini Sinteh

Bendahari : Pn. Catherine Jurani

Ahli : Semua Ketua Bidang

Pegawai Penilai 1 : En. Jamri Ronggitom (PK Pentadbiran)

Pegawai Penilai 2 : Tn. Haji Tajuddin Bin Azizan (PK HEM)

Pengarah Program : En. Patrick Dangeh

Tim.Pengarah : Pn. Juvita Ompion

Setiausaha : Pn. Duini Vini Sinteh

Tim.Setiausaha : Pn. Loviana S.Gopog

Bendahari : Pn. Catherine Jurani

HIGHLANDERS BACK TO THE TOP : MELONJAK LEBIH JAUH

Bil Bidang Tugas Pelaksana
1 Protokol
2 Floor Manager Semua PK & AJK Pelaksana
En. Roslan A. Samat, En. Ambrose Jumin,
3 Surat/Minit/ Pn. Juvita Ompion, En. Patrick Dangeh
Makluman/Jemputan Pn. Duini Vini Sinteh
Pn. Loviana S.Gopog
4 Buku Atur cara
Pn. Malisa Bisi
5 Teks Ucapan dan Kata-kata
Aluan Cik Sinah Watis
Pn. Norhayati Lal Muhammad
6 Pengurus Hadiah /Sijil Pn. Siti Hafizah, Pn. Nur Hidayu Adzum
7 Publisiti
En. Jollity Bollah, En. Mohd Syahril Salim
8 Moderator
9 Juruacara En. Toiming Tompuling
10 Bacaan Doa
11 Percetakan Pn. Rosmineh Sizan
12 Gimik Perasmian/Persembahan Ustaz Ahmad Rauf Juantin
En. Henreerth Henry
En. Syahril Salim

13 Perkongsian Rahsia En. Patrick Dangeh

Kecemerlangan Murid SPM 2020

14 Menyediakan bahan dalam En. Ambrose P. Jumin, En. Ruzaini Rosli,
bentuk Power Point dan Video Cik Sherlly Simon, Pn. Loviana S. Gopog

15 Mengurus bahan Pembentangan Pn. Murnih Silah, Pn. Wilhelmin Gunsalam
Pn. Elvinah Vivi Akun, Pn. Siti Julizah Sani

16 Mengurus Platform google meet, Pn. Marlineh Masidin,

face book atau Youtube. Pn. Irna Wati Amusin

17 Murid Cemerlang SPM 2020 Jamri Ronggitom (PKP), Emmy James

18 Murid terbaik SPM 2021 Jamri Ronggitom (PKP), Emmy James

mengikut mata pelajaran

19 Murid Cemerlang PBD – PT3 Pn. Nur Hidayu Adzum

2020

20 Murid Aktif /paling cepat hantar Cik. Lianah Gumbaris. En. Ruzaini Rosli

tugasan 2021

21 Peratus kehadiran tertinggi Pn. Malisa Bisi, En. Rafdy Jaip

kelas 2021

22 PIBG / ibu bapa aktif 2021 Pn. Rosmineh Sikula, En. Mohd Syaril Salim

23 Zon paling aktif 2021 En. Jonis Ghani, Pn. Julita Sintiah
Pn. Emmy James, En. Ruzaini Rosli
24 Anugerah Kecemerlangan
Panitia

SAINS TULEN

1. GEORGINA ANDREA LEYKHAI DOMINIC
2. EVA ESCCA STEPHEN
3. FEBBY ANGELICA RICHARD
4. EVA VERNA SINGI
5. NELIN AMBROSE SITAM
6. INELLY SABINAS
7. JESSLENNY DENISUS
8. LOVELYN JUNE MANUEL
9. ERVENNALEA JULIOS
10. SHARON NATALIA VINCENT
11. BRANDON EBNEZER JOLITTY
12. CLEO JITIWIN BAKANSING
13. ELLYA BOUDI
14. LISTIZA IBAR
15. EAROLL AFIAN EPIN

SAINS SOSIAL

1. MOHD. HAIKAL AIMAN BIN JAIPIN
2. REYDHAROWEE JOHNNY
3. KALVINDER BIN FAUNGIN
4. PAUL RAYNALS PONTILLAS
5. FLORENCE DIKING
6. VIDEL HITOMI FREENDY
7. ANGELICA ALDRIN
8. VICTOR ADAM

Mata Pelajaran Nama Murid
Bahasa Melayu
1. Georgina Andrea Leykhai Dominic
Bahasa inggeris 2. Eva Verna Singi
3. Lovelyn June Manuel
Sejarah 4. Ervennalia Julios
Matematik 5. Ellya Boudi
Geografi 6. Listiza Ibar
Pendidikan Seni 7. Melvyn Obrien Matthew
Visual (PSV) 8. Norell Amanda Norman @ Edmund
9. Nor Safika Binti Kasimin
10. Roseryannmay Solaiman

1. Georgina Andrea Leykhai Dominic
2. Jesslenny Denisius
3. Brandon Ebnezer Jollity
4. Reydharowee Johnny

1. Kalvinder Faungin
2. Paul Raynals Pontillas

1. Georgina Andrea Leykhai Dominic
2. Febby Angelica Richard
3. Kalvinder Faungin

1. Georgina Andrea Leykhai Dominic
2. Febby Angelica Richard

1. Videl Hitomi Freendy
2. Rico Yan Gry Yurus

Bahasa Kadazan 1. Eva Verna singi
Dusun (BKD) 2. Inelly Sabinas

TP 6

1. Sherenna Robert
2. Chris Elvin Enus
3. Joel Paul
4. Joenndevora
5. Nur Shafiqah
6. Jynnifer Justine
7. May Orlinda
8. Foster Edward
9. Delvie Hyumi Freendy
10. Anndebora May
11. Kelly Grace Kimih
12. Elvielery hard
13. Bravely Annabelle
14. Rosedesnery Solaiman
15. Marhain Liong
16. Aznah Wafa Binti Mohd. Zaki

1. 5 SPORTS – 99.60%
2. 5 SCIENCE – 99.00%
3. 3 UM – 98.80%
4. 5 COM – 98.80%
5. 1 UNIKL – 98.13%

BIL NAMA ZON

1 WINNIE PANSANG 1

2 JAILINE J. ENDAM 3

3 CECELIA SALIUN 3

4 PAUL GANGKU 2

5 RAINIE HALANG 2

6 JANUARIUS 2

7 MARCELUS 2

8 SAUDIN @ ROLAND 3

9 WINNIE ATIN 3

10 JOVITA B. 3

11 LETIMI MARADAN 3

12 PAMELA J. DAIMIN 3

§ Jumlah Pengisian GF : 167 orang
§ Selalu membantu dalam

penghantaran modul murid.

1. PANITIA PRINSIP PERAKAUNAN
2. PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
3. PANITIA GEOGRAFI
4. PANITIA PERNIAGAAN
5. PANITIA SAINS SUKAN
6. PANITIA SEJARAH
7. PANITIA BAHASA MELAYU
8. PANITIA EKONOMI
9. PANITIA KIMIA
10. PANITIA MATEMATIK TAMBAHAN
11. PANITIA BIOLOGI
12. PANITIA SAINS
13. PANITIA PERTANIAN
14. PANITIA PENDIDKAN MORAL
15. PANITIA FIZIK
16. PANITIA MATEMATIK

1. PANITIA BAHASA MELAYU 1. PANITIA EOKNOMI
2. PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 2. PANITIA PERNIAGAAN
3. PANITIA SAINS 3. PANITIA PRINSIP PERAKAUNAN
4. PANITIA FIZIK 4. PANITIA SAINS SUKAN
5. PANITIA EKONOMI 5. PANITIA SEJARAH
6. PANITIA PERNIAGAAN 6. PANITIA PERTANIAN
7. PANITIA SAINS SUKAN 7. PANITIA GEOGRAFI
8. PANITIA PERTANIAN
9. PANITIA GEOGRAFI
10. PANITIA PSV
11. PANITIA BKD



HIGHLANDERS BACK TO THE TOP : MELONJAK LEBIH JAUH

HIGHLANDERS BACK TO THE TOP : MELONJAK LEBIH JAUH

HIGHLANDERS BACK TO THE TOP : MELONJAK LEBIH JAUH

HIGHLANDERS BACK TO THE TOP : MELONJAK LEBIH JAUH

HIGHLANDERS BACK TO THE TOP : MELONJAK LEBIH JAUH

HIGHLANDERS BACK TO THE TOP : MELONJAK LEBIH JAUH

HIGHLANDERS BACK TO THE TOP : MELONJAK LEBIH JAUH

HIGHLANDERS BACK TO THE TOP : MELONJAK LEBIH JAUH

HIGHLANDERS BACK TO THE TOP : MELONJAK LEBIH JAUH

HIGHLANDERS BACK TO THE TOP : MELONJAK LEBIH JAUH

HIGHLANDERS BACK TO THE TOP : MELONJAK LEBIH JAUH

HIGHLANDERS BACK TO THE TOP : MELONJAK LEBIH JAUH

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada :

Encik Majus Bin Munsing
(Pegawai Pendidikan Daerah Ranau)
AJK Induk dan AJK Pelaksana

PIBG SMK Bundu Tuhan
Serta

Semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam

menjayakan Majlis Apresiasi Highlanders bagi tahun 2021.

Tahniah dan Syabas Kepada Semua Penerima Anugerah.

byMbc


Click to View FlipBook Version