SMK ST. FRANCIS CONVENT , KOTA KINABALU
NO.2A, JALAN KINABALU INTERNATIONAL SCHOOL,
BUKIT PADANG, 88300 KOTA KINABALU,
SABAH.
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG )
KALI KE-41 SESI 2021/2022
1
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG )
SMK ST. FRANCIS CONVENT ,
NO.2A, JALAN KINABALU INTERNATIONAL SCHOOL,
BUKIT PADANG, 88300 KOTA KINABALU,
SABAH. Telefon : 088-225277
Faks : 088-273324
E-mel : [email protected]
_______________________________________________________________________________
No. Rujukan : SMK/SFC/100-4/4/2021 (1)
Tarikh : 18 Oktober 2021
Kepada,
Ibu Bapa/Penjaga Pelajar,
SMK St. Francis Convent,
Kota Kinabalu.
Melalui:
Pengetua,
SMK St. Francis Convent,
Kota Kinabalu,
SABAH.
Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ( MAT )
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG )
SMK ST. FRANCIS CONVENT, KOTA KINABALU KALI KE – 41 SESI 2021/2022
Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) amat berbesar hati
menjemput tuan/puan untuk menghadiri mesyuarat yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 23 Oktober 2021 ( Sabtu )
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Kediaman masing-masing
( dalam talian )
3. Berikutan itu, keprihatinan dan kerjasama tuan/puan berhubung dengan perkara ini amat dihargai.
Bersama-sama dengan surat ini dilampirkan atur cara majlis untuk rujukan selanjutnya. Kehadiran tuan/puan
didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.
Saya yang menjalankan amanah,
ROGER JAMES MAGA
Yang Dipertua PIBG,
SMK St. Francis Convent,
Sesi 2020/2021.
2
Atur cara Mesyuarat Agung Tahunan ( MAT )
Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG )
SMK Francis Convent, Kota Kinabalu
Kali ke-41 Sesi 2021/2022
MASA ATUR CARA
8: 30 Pagi Kehadiran Ahli Jawatankuasa ( AJK ) PIBG sesi 2020/2021 dan Ibu Bapa / Penjaga
9: 00 Pagi Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 41
11.00 Pagi 1. Ucapan Pengetua
2. Ucapan Yang Dipertua PIBG SMK St. Francis Convent, Kota Kinabalu
3. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-40 (Sesi 2020/2021)
4. Laporan Setiausaha Kehormat PIBG
( Pembentangan dan Penerimaan Laporan Tahunan 2020/2021 )
5. Laporan Bendahari Kehormat PIBG
( Pembentangan, Penerimaan dan Pengesahan Penyata Kewangan Sesi
2020/2021)
6. Perbahasan Usul
7. Pembubaran AJK PIBG sesi 2020/2021
Penyampaian Sijil Penghargaan kepada AJK PIBG Sesi 2020/2021
8. Pemilihan dan Pembentukan AJK PIBG Sesi 2021/2022
9. Pengumuman AJK Ibu Bapa dan Guru Sesi 2021/2022
10. Ucapan Yang Dipertua PIBG Sesi 2021/2022
11. Hal-hal lain
Majlis bersurai
3
Tarikh AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Masa MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ( MAT )
Tempat PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG )
SMK ST FRANCIS CONVENT, KOTA KINABALU
KALI KE-41 SESI 2021/2022
: 23 OKTOBER 2021 ( SABTU )
: 8 : 30 PAGI
: DALAM TALIAN MELALUI APLIKASI ZOOM / GOOGLE MEET
AHLI JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : Puan Chong Mei Lan @ Theresa
Pengerusi : Encik Roger James Maga
Timbalan Pengerusi : Puan Mary Clare E Labunda
Setiausaha : Puan Animah Assih
Bendahari : Puan Chin Su Yee
AHLI JAWATANKUASA KECIL :
1. AJK Juruacara : 1. Encik Rahman Ramli ( K )
2. AJK Pengerusi Sementara 2. Puan Melissa Lindsay Gilbert
: 1. Encik Rafizan Ramlah ( K )
2. Puan Naimah Osdam
3. AJK Pendaftaran : 1. Puan Erna Selvester ( K )
2. Puan Alice Ah Til
4. AJK Fotografi
5. AJK Pengumpulan Usul : Puan Tok Fen Fen
6. AJK Pemilihan, Undian : 1. Puan Rahima Sontori ( K )
dan Teknikal 2. Puan Cecilia Choo
7. AJK Sijil Penghargaan 3. Cik Anna Liew
Ibu bapa
8. AJK Jemputan : 1. Encik Pg. Azizul Rahim Bryan Pg. Abd Aziz ( K )
2. Puan Ariati Budi
: 1. Puan Felicity Ng ( K )
2. Encik Saw Seong Moh
: Puan Animah Assih
Semua guru kelas
9. AJK Pencatat Minit : 1. Puan Janih a/k Djuk ( K )
Mesyuarat 2. Puan Felicity Flavianney. A
4
MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE- 40
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SESI 2020/2021
SMK ST FRANCIS CONVENT
TARIKH : 07 Mac 2020 (Sabtu)
MASA : 8.00 pagi
TEMPAT : Bilik Mesyuarat SMK St. Francis Convent,
Kota Kinabalu
Kehadiran guru:
1. Pn. Chong Mei Lan @Theresa 24. Cik Anna Liew
2. Pn Rahimah Sontori 25. Pn. Oh Hui Wen
3. Pn. Aini Sigismond Balgut 26. En. Pg Azizul Rahim Bryan B. Pg Abdul Aziz
4. Pn Kuani Kunat 27. Pn. Chin Su Yee
5. Pn Nurul Husna Tseu Yen Fui 28. Pn Chin Mui Nyuk
6. En. Sazliman Ismail 29. Pn. Hajah Noraidah Hj Othman
7. Pn Wee Lian Lui 30. Pn. Nor Asilah Ariffin
8. Pn. Lee Siew Chian 31. En. Asri B. Arsyad
9. Pn. Sim Poh Hoon 32. En. Rafizan Ramlah
10. Pn. Naimah Osdam 33. Pn. Choo Ann Nie
11. Pn. Animah Assih 34. Pn. Maznah Ismail
12. Pn. Resma Jay Abdulhan 35. En. Wilfred Chew
13. Cik Loh Pack Swan 36. En. Wee Wei Loon
14. Pn. Wan Zaiton Wan Ab. Kadir 37. Pn. R. Pathmavaty
15. Pn. Melissa Lindsay Gilbert 38. Pn. Rossalina Abdulah
16. En. Saw Seong Moh 39. Pn. Erna Selvester @ Shariffudin
17. Pn. Bibiana Thien Yen Mee 40. Pn. Ariati Budi
18. Pn Tok Fen Fen 41. En. Rahman Ramli
19. Pn. Khartini Mustamin 42. Pn. Felicity Ng
20. Pn. Siska Meme Yacob 43. Pn. Nur Syuhaida Ab. Halim
21. Pn. Felicity F. Augustinus 44. En Lim Kien Kwok
22. Pn Jackelyn Robert 45. Pn. Alice Ah Til
23. Sister Carmen Cordova
5
Kehadiran Ibu bapa : 45. Pn. Rosita Painew
46. Pn. Jennifer Basil
1. En. Roger James Maga 47. En. Tan Bee Hwai
2. En. Serasa B. Tosel 48. Pn. Yusmaiza
3. En. Mohamad Lud Ahmad Tajudin 49. Pn. Marcella Jinuin
4. Pn. Tatty @Rosina Mojijal 50. Pn Rosdianti Ag. Osman
5. Pn. Angelia Jeseph 51. Pn. Debby Dennies
6. En. Nemesius Galis 52. Pn. Ramona S. Mopilin
7. Pn. Cin Eliane Micheal 53. Pn. Mary Clare E Labunda
8. Norhidaya Laisha 54. Pn. Chong Fui Kee
9. En. Alffian Bin Hj Mustafa 55. Pn. Noor Ifzalina binti Ramlee
10. Pn. Tara S. Martin 56. Pn. Stella Philip
11. Pn.Alicia Alphonsus 57. Pn. Nurinah Yusop
12. Pn.Christina Liew Khin Fan 58. Pn. Faridah Lazim
13. En Johanes Maliwat 59. En. Chips Hillary Ahmung
14. Pn. Mimi Maslanie Kasni 60 Pn. Awina B.Linus
15. En. Aizar Azlizan Bin Shafie 61. En. Jaim b.Sangking
16. Pn. Vivian Leong 62. Pn. Anista Harry
17. Pn. Christine Asiysin 63. En. Donny Ponong
18. Pn. H. May Masuil 64. En. Lorence
19. En. Victor Jacob Munang 65. Pn Donna Jingulam
20. En. Hamdi Hashiu 66. Pn. Judy Blasius
21. Pn. Cindy 67. Pn. Sheah Sing Tao@ Lawren Shia
22. Pn. Claudine wong 68. Pn. Christina Chong@Siti Nakiah
23. En. Rudy Arbi 69. Pn. Aireunsia Albert George
24. Pn. Ivy Logik 70. Pn. Naulah Diris
25. Pn. Jujinah Nining 71. Pn. Creena Alison Wong
26. Pn. Losimoi Binti Ubin 72. En. Blasius Bernard
27. Pn. Nancy Stephen 73. En. Abdullah Abd Hamid
28. Pn. Maureen De Silva 74. En. Fairuzul Fikar Husin
29. Pn. Rusimah Rangkata 75. Pn. Antonia P.Sani
30. Pn. Doreen Pius 76. En. Jimis John
31. En. Ronny Nasrullsanie Syahrizal 77. En. Benjamin Tan
32. En. Nonong Mabul 78. Pn. Dyana Andren
33. En. Lee Moi Chin @ Felicia 79. Pn. Margaret Bt Sitamin
34. Pn. Rosalind E. Logijin 80. Pn. Chin Poo On
35. Pn. Irene Andrew 81. Pn. Ruzina Lamau
36. Pn. Ivy Lim 82. Pn. Ariati Budi
37. En. Jermih Dangor 83. En. Wilfred Chew
38. Pn. Majeli B. Maton 84. En. Sallehuddin Amran
39. Pn. Lee Siew Chian 85. Pn. Connie Sion
40. En. Arthur Gimbang 86. Pn. Rommella Osmand
41. Pn. Sarah Vera Sink 87. En. Chin Hon Kien
42. Ir John Gomez
43. En. Romi Sulaiman
44. Pn. Norainih Binti Samai
6
AGENDA 1.0 : UCAPAN PENGERUSI
1.1 Puan Chong Mei Lan @ Theresa, selaku pengetua sekolah melahirkan rasa syukur dan
mengalu-alukan kedatangan semua ibu bapa dan guru atas kesudian meluangkan masa untuk
menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-40 Sesi 2020/2021. Pengetua turut
mengucapkan terima kasih kepada AJK pelaksana yang telah membuat persiapan mesyuarat agung
kali ini serta beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada AJK PIBG yang turut
serta dalam membantu semua aktiviti sepanjang sesi 2019/2020.
1.2 Pengetua memohon untuk mengekalkan AJK PIBG ( Ibu bapa ) memandangkan sekolah
dan PIBG masih ada perancangan yang bakal dilaksanakan dalam tahun ini.
1.3 Pengetua memaklumkan PIBG telah menyumbang sebanyak 10 buah komputer kepada
pihak sekolah. Pada masa yang sama, PIBG bercadang menyumbang sebanyak 2 buah LCD untuk
kegunaan 2 buah kelas tingkatan 5. Pengetua turut memaklumkan dengan adanya kelengkapan
komputer dalam makmal komputer, sekolah boleh memohon untuk menawarkan mata pelajaran
elektif Sains Komputer kepada murid tingkatan empat. Kelengkapan ini juga digunakan oleh murid
Tingkatan 1 hingga 3 yang mengambil mata pelajaran Asas Sains Komputer ( ASK ). Pengetua
turut mengalu-alukan ibu bapa yang ingin menyumbang komputer kepada sekolah.
1.4 Pengetua turut mengumumkan analisa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun
2019. Beliau memaklumkan keputusan pada tahun 2019 meningkat dengan gred purata (GPS) 4.16,
berbanding pada tahun 2017 GPS 4.57, 2018 GPS 4.35. Beliau turut mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua guru dan ibu bapa atas peningkatan keputusan pada kali ini.
1.5 Seterusnya, pengetua turut mengumumkan target keputusan atau KPI SPM tahun ini iaitu
3.98. Bagi mencapai sasaran ini, pengetua menjelaskan pentingnya sokongan daripada semua ibu
bapa. Sikap malas daripada pelajar itu sendiri juga perlu diubah.
1.6 Pengetua turut berkongsi maklumat peratus kehadiran sekolah tahun sebelum ini, iaitu
tahun 2016 sebanyak 92.83%, tahun 2017 sebanyak 91.83%, tahun 2018 sebanyak 93.57% dan
2019 meningkat sebanyak 94.74%.
1.7 Pengetua turut menyentuh pencapaian sukan sekolah pada tahun ini. Sekolah telah berjaya
menduduki tempat ke-5 daripada 26 buah sekolah dengan kutipan sebanyak 5 emas. Beliau turut
mengucapkan terima kasih atas kerjasama daripada PIBG dan guru-guru.
1.8 Akhir sekali, pengetua berharap ibu bapa dapat menggunakan saluran PIBG sebagai saluran
mengemukakan sebarang masalah atau isu yang ingin disampaikan kepada pihak sekolah. Beliau
turut berharap permohonan untuk mengekalkan jawatankuasa ibu bapa dapat dipertimbangkan.
Tindakan : Makluman kepada semua
7
AGENDA 2.0 : UCAPAN PENGERUSI PIBG 2019 / 2020 -
Yang Berusaha Encik Roger James Maga
2.1 Encik Roger mengucapkan selamat datang kepada semua ibu bapa yang hadir dalam
mesyuarat hari ini. Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan semua AJK
PIBG 2019/2020 dalam menjayakan aktiviti yang diadakan sepanjang sesi 2019/2020.
2.2 Selain itu, Encik Roger turut mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang turut
memberi kerjasama dalam aktiviti PIBG. Sebelum mengakhiri ucapan, Encik Roger mengucapkan
syukur dan terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberikan sumbangan kepada PIBG.
Tindakan : Makluman kepada semua
AGENDA 3.0 : PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT AGUNG SESI 2019/2020
3.1 Semua ibu bapa dan guru membaca dan meneliti minit mesyuarat agung pada tahun lepas.
Minit mesyuarat telah diterima setelah hadirin meneliti segala maklumat oleh :
Pencadang : Encik Sazliman Ismail
Penyokong : Puan Lee Siew Chian
Tindakan : Makluman semua
AGENDA 4.0: LAPORAN SETIAUSAHA KEHORMAT PIBG SESI 2019/2020 -
Puan Alice Ah Til
4.1 Puan Alice mempersilakan majlis untuk merujuk lampiran laporan tahunan dan aktiviti
PIBG Sesi 2019/2020 yang telah diedarkan. Setelah laporan dibaca dan disemak, majlis sebulat
suara telah menerima laporan tersebut.
Tindakan : Makluman semua
AGENDA 5.0: LAPORAN BENDAHARI KEHORMAT PIBG SESI 2019/2020 -
Puan Lee Siew Chian
5.1 Puan Lee Siew Chian telah membentangkan dan menjelaskan penyata kewangan serta
meminta semua ahli majlis merujuk kepada lampiran penyata kewangan bagi tahun berakhir 31hb
Disember 2019. Setelah laporan dibaca dan disemak, majlis sebulat suara telah menerima laporan
tersebut.
Tindakan : Makluman semua
8
AGENDA 6.0: PEMBENTANGAN USUL
6.1 Pencadang usul 1
6.1.1 Pengetua telah mencadangkan kepada pihak ibu bapa agar menaikkan kadar sumbangan
PIBG daripada RM20 kepada RM30. Kutipan sumbangan perabot pada tahun 2019 telah digunakan
untuk membeli 10 buah komputer yang diletakkan dalam makmal komputer sekolah.
6.1.2 Beliau turut memaklumkan pihak sekolah telah menghentikan kutipan sumbangan perabot
pada tahun 2020.
6.1.3 Puan Maureen yang mewakili ibu bapa telah memberikan contoh yang diguna pakai dari SK
St. Francis Convent apabila pihak sekolah mengenakan sumbangan sebanyak RM100. Beliau
mencadangkan, kadar sumbangan sebanyak RM100 memandangkan sumbangan perabot sudah
tidak dikutip, secara tidak langsung dapat membantu program yang bakal dijalankan di sekolah dan
dapat melengkapkan makmal komputer sekolah.
6.1.4 Puan Creena Alison turut menyokong cadangan meningkatkan kadar sumbangan sebanyak
RM100.
6.1.5 Majoriti ibu bapa yang hadir pada mesyuarat agung 2020/ 2021 telah bersetuju menaikkan
kadar bayaran sumbangan PIBG sebanyak RM100. Pengetua turut memaklumkan, sekiranya
terdapat ibu bapa yang tidak mampu untuk menjelaskan sumbangan PIBG, mereka boleh memohon
pengeculian dengan sokongan Ketua Kampung atau pihak yang berkenaan untuk dimajukan kepada
PIBG atau Pengetua.
6.2 Pencadang usul 2
6.2.1 Pengetua telah memaklumkan perletakan jawatan Encik Zairul sebagai Timbalan Yang
Dipertua PIBG. Dalam mesyuarat AJK yang lalu, semua AJK sebulat suara bersetuju melantik
Puan Mary Clare Labunda sebagai Timbalan Yang Dipertua PIBG.
6.2.2 Pengetua turut memaklumkan beberapa cadangan daripada ibu bapa dalam surat maklum
balas yang dihantar oleh ibu bapa. Hal ini termasuklah penyediaan loker. Beliau memaklumkan
sekiranya loker disediakan perkara ini akan menyebabkan berkemungkinan murid menyimpan
pelbagai jenis barang secara tidak langsung pihak sekolah perlu menjalankan banyak pemeriksaan
loker murid. Ibu bapa turut mencadangkan penyediaan bilik mandi, namun untuk kemudahan ini,
kebenaran daripada pihak Lembaga Sekolah perlu dipohon terlebih dahulu. Berkaitan cadangan
menyediakan tempat duduk di tepi pondok pengawal, pengetua menjelaskan cadangan ini ditolak
memandangkan murid hanya dibenarkan menunggu ibu bapa di dalam kawasan sekolah sahaja.
6.2.3 Cadangan seterusnya, pemasangan bumbung tempat menunggu. Pengetua menjelaskan
bumbung tersebut telah pun dipasang. Pengetua turut menjelaskan permohonan satu sesi telah
dikemukakan ke Jabatan Pendidikan Negeri Sabah ( JPNS ) . Permohonan tersebut perlu mengikut
prosedur yang ditetapkan oleh JPNS. Pihak PIBG dalam perancangan untuk berjumpa dengan
pengarah bagi menyatakan sokongan permohonan sekolah satu sesi.
6.3 Pencadang usul 3
6.3.1 Encik Vivian Wong meminta kerjasama daripada semua ibu bapa dan guru agar memandu
dengan berhati-hati terutamanya semasa melalui kawasan sekolah rendah. Pengetua memaklumkan
bongol akan dibina dengan lebih banyak untuk mengelakkan pemandu memandu dengan laju.
Pengetua memohon kerjasama daripada ibu bapa berkaitan perkara ini.
9
6.4 Pencadang usul 4
6.4.1 Encik Romi Ismail memaklumkan tentang ketiadaan guru kelas semasa hari penyerahan slip
keputusan peperiksaan tahun lepas. Beliau memaklumkan bahawa kehadiran guru semasa
penyerahan slip penting bagi membolehkan ibu bapa mengetahui prestasi anak masing-masing.
6.4.2 Encik Romi turut mencadangkan penyediaan kerusi yang lebih banyak kepada murid
semasa menunggu ibu bapa di tempat menunggu. Beliau turut mengemukakan isu kemudahan
dewan dan padang sekolah yang perlu disediakan bagi kemudahan aktiviti yang dijalankan. Selain
itu, beliau turut mengemukakan isu ketiadaan tempat letak kereta untuk ibu bapa yang datang
mengambil anak. Pengetua menjelaskan bahawa, ibu bapa tidak dibenarkan meletak kenderaan
dalam kawasan sekolah atas arahan daripada pihak Lembaga Sekolah dan telah dimaklumkan
dalam mesyuarat agung tahun lepas.
6.4.3 Isu murid bersukan di atas jalan raya turut diajukan oleh Encik Romi. Beliau bertanya
tentang tindakan pihak sekolah sekiranya berlaku sebarang kemalangan semasa aktiviti sukan.
Pengetua menjelaskan bahawa pihak lembaga dalam proses menyediakan padang dan akan sentiasa
memastikan keselamatan murid terjaga semasa aktiviti sukan dijalankan.
6.4.4 Pengetua menjelaskan kepada ibu bapa bahawa pihak Lembaga Sekolah berusaha mencari
sumber kewangan bagi melengkapkan kemudahan di sekolah. Selain itu, sekiranya ibu bapa tidak
dapat berjumpa dengan guru kelas pada hari penyerahan slip keputusan, ibu bapa boleh datang pada
bila-bila masa sahaja untuk berbincang dan mengetahui prestasi anak mereka.
Tindakan : Makluman semua
7.0 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2019/2020
7.1 Semua AJK (Guru) PIBG Sesi 2019/2020 beredar dari tempat duduk masing-masing untuk
memberi laluan kepada AJK PIBG Sesi 2020/2021.
8.0 Pelantikan AJK PIBG Sesi 2019/2020
8.1 Berikut ialah AJK PIBG Sesi 2020/2021 yang telah dilantik berdasarkan persetujuan
majoriti.
8.2 Sehubungan dengan itu, pertukaran tandatangan dalam buku akaun bank akan berlaku di
antara (i) Encik Zairul Hijoo kepada Puan Mary Clare E Labunda dan (ii) Puan Lee Siew
Chian kepada Puan Chin Su Yee kerana pertukaran jawatan.
10
Penasihat : Puan Chong Mei Lan @ Theresa
Yang Dipertua : Encik Roger James Maga
Naib Yang Dipertua : Puan Mary Clare E Labunda
Setiausaha Kehormat : Puan Animah Assih
Bendahari Kehormat : Puan Chin Su Yee
AJK Ibu Bapa :
1. Puan Pamela Thomas Joseph
2. Puan Creena Allison Wong
3. Puan Donna Jingulam
4. Puan Judy Blasius
5. Encik Nonong Makbul
AJK Guru-guru :
1. Puan Rahima Sontori
2. Puan Felicity Ng
3. Puan Erna Binti Selvester
4. Encik Saw Seong Moh
5. Puan Choo Ann Nie @ Cecilia
Juru Audit Dalaman :
1. Encik Sazliman Ismail - Guru
2. Encik Rudy B. Arbi - Ibu Bapa
9.0 SUMBANGAN PIBG RM100
9.1 Dengan terbentuknya jawatankuasa baharu maka ahli mesyuarat juga telah mempersetujui
sumbangan PIBG sehingga tahun berakhir pendaftaran 2020/2021 dinaikkan sebanyak RM100
untuk satu keluarga.
Tindakan : Makluman semua
10.0 UCAPAN PENANGGUHAN
10.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang hadir. Mesyuarat
ditangguhkan pada jam 10.40 pagi dan diakhiri dengan sesi bergambar.
Dicatat dan disediakan oleh: Disemak dan disahkan oleh:
ALICE AH TIL ROGER JAMES MAGA
Setiausaha Kehormat PIBG Yang Dipertua PIBG
Sesi 2019/2020. Sesi 2019/2020.
11
LAPORAN SETIAUSAHA KEHORMAT PIBG
A. AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/ 2021
Penasihat : Puan Chong Mei Lan @ Theresa
Yang Dipertua : Encik Roger James Maga
Naib Yang Dipertua : Puan Mary Clare E Labunda
Setiausaha Kehormat : Puan Animah Assih
Bendahari Kehormat : Puan Chin Su Yee
AJK Ibu Bapa :
1. Puan Pamela Thomas Joseph
2. Puan Creena Allison Wong
3. Puan Donna Jingulam
4. Puan Judy Blasius
5. Encik Nonong Makbul
AJK Guru-guru :
1. Puan Rahima Sontori
2. Puan Felicity Ng
3. Puan Erna Binti Selvester
4. Encik Saw Seong Moh
5. Puan Choo Ann Nie @ Cecilia
Juru Audit Dalaman :
1. Encik Sazliman Ismail - Guru
2. Encik Rudy B. Arbi - Ibu Bapa
B. KEKERAPAN MESYUARAT MASA TEMPAT
8:30 Pagi Makmal Komputer,
BIL PERKARA / TARIKH SMK St. Francis Convent,
01. Mesyuarat Agung Tahunan 7:45 Pagi Kota Kinabalu
( 07 Mac 2020 ) 7:00 Petang Bilik Mesyuarat,
2:00 Petang SMK St. Francis Convent,
02. Mesyuarat AJK PIBG Bil. 1 Kota Kinabalu
( 13 Mac 2021 )
Aplikasi Google Meet
03. Mesyuarat AJK PIBG Bil. 2 ( Kediaman masing-masing )
( 09 September 2021 )
Bilik Mesyuarat,
04. Mesyuarat AJK PIBG Bil. 3 SMK St. Francis Convent,
( 14 Oktober 2021 ) Kota Kinabalu
12
C ( I ) AKTIVITI/ SUMBANGAN TAHUN 2020
01 : Perkhidmatan Rentokil
PIBG telah membiayai perkhidmatan Rentokil sekolah sebanyak RM 1, 148.00 sepanjang tahun
2020.
02 : Bayaran Servis Water Filter Aqupure
PIBG turut memberi sumbangan sebanyak RM 480.00 untuk perbelanjaan servis perkhidmatan air
sepanjang tahun 2020.
03 : Alat Pengimbas Suhu
Pembelian alat pengimbas suhu sebanyak 3 unit yang berjumlah RM 1, 310.00 oleh PIBG sebagai
usaha untuk membantu pihak sekolah melaksanakan pematuhan SOP.
04 : Pembelian “Arabian Canopy”
PIBG telah membeli 2 unit kanopi sebagai tempat teduhan murid-murid untuk menunggu ibu bapa
waktu pulang sebelum siapnya atap berbumbung berjumlah RM 3, 300.00.
05 : Seminar Kecemerlangan Mata Pelajaran Sains SPM
PIBG telah menyumbang sebanyak RM 620.00 untuk seminar kecemerlangan mata pelajaran Sains
SPM 2020 dalam membantu meningkatkan pencapaian murid-murid.
06 : Sumbangan Kad Pra Bayar Data
PIBG memberi sumbangan Kad Pra Bayar Data kepada 8 orang murid untuk membantu mereka
mengikuti kelas pdpr sepanjang tempoh PKPB sebanyak RM 480.00 sepanjang tahun 2020.
07 : Sumbangan Majlis Persaraan
Pada bulan Disember tahun 2020, pihak sekolah telah mengadakan majlis persaraan Puan Kuani
Kunat ( Penolong Kanan Kokurikulum ) dan Encik Ab Soud Hj Abu Bakar ( Anggota Kumpulan
Pelaksana ). PIBG telah bermurah hati menyumbang hadiah dengan jumlah keseluruhan
RM 566.00.
08 : Projek : Gardening For School Wording Name
PIBG turut menyumbang tenaga dalam Projek : Gardening For School Wording Name pada 27
November 2020 untuk mengindahkan kawasan sekolah.
13
C ( II )AKTIVITI / SUMBANGAN TAHUN 2021
01. Projek Taman Herba
PIBG telah turut menyumbang sebanyak RM 587.05 untuk membantu Pusat Sumber sekolah dalam
pembinaan ruang santai Taman Herba Pusat Sumber.
02 : Pembinaan Tempat Letak Kereta Ibu bapa Tanpa Bumbung
PIBG telah berjaya mengusahakan tempat letak kereta tanpa bumbung untuk kemudahan ibu bapa
menunggu anak-anak balik dari sekolah pada bulan Januari 2021.
Kos pembinaan sebanyak RM15, 341.20.
03 : Gotong-royong Menyediakan Petunjuk Arah Tempat Letak Kereta Tanpa
Bumbung
AJK PIBG telah turut menyumbang tenaga untuk bersama-sama bergotong-royong menyiapkan
petunjuk arah tempat letak kereta tanpa bumbung untuk panduan arah dan melancarkan lalu lintas
di kawasan sekolah pada 02 April 2021.
04 : Pembinaan Tempat Laluan Murid / Ibu bapa ke Tempat Letak Kereta
PIBG telah turut membina tempat laluan murid dan ibu bapa ke tempat letak kereta dengan kos
sebanyak RM 1,000.00.
05 : Sumbangan Kad Pra Bayar Data
Setakat bulan Oktober 2021, PIBG meneruskan usaha menyumbang sebanyak RM 2, 340.00 untuk
bayaran Kad Pra Bayar Data kepada murid yang memerlukan agar dapat membantu mereka
mengikuti kelas pdpr.
06 : Sumbangan Kerusi Meja Untuk Tingkatan 1 Tahun 2021
Memandangkan jumlah murid yang mendaftar di tingkatan 1 bagi tahun 2021 bertambah, PIBG
telah turut menyumbang sebanyak RM 1,600.00 untuk pembelian kerusi dan sebanyak RM
11,000.00 untuk pembelian meja tambahan sebagai inisiatif membantu pihak sekolah menampung
keperluan tersebut.
07 : Perkhidmatan Rentokil
PIBG telah membiayai perkhidmatan Rentokil sekolah sebanyak RM 396.00 sepanjang tahun 2021.
08 : Pemantauan Lalu Lintas Di Kawasan Sekolah
AJK PIBG turut bersama-sama membantu pihak sekolah memantau lalu lintas di sekitar kawasan
sekolah semasa pembukaan sekolah pada bulan April 2021 untuk memastikan perjalanan trafik
lancar. Khidmat pihak RELA juga telah membantu usaha ini.
14
09 : Pemasangan Alat Pembesar Suara
Pihak PIBG turut menyumbang sebanyak RM 6, 270.00 untuk pemasangan alat pembesar suara di
bangunan sekolah bagi memudahkan info disampaikan dengan lebih jelas kepada seluruh warga
sekolah.
10.0 : Penghargaan
Pihak PIBG sesi 2020/2021 ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang telah bersama-sama berganding bahu menyokong dan menjayakan semua rancangan dan
aktiviti PIBG dalam usaha membantu pihak sekolah sama ada dalam bidang kurikulum mahupun
kokurikulum.
Disediakan oleh :
….……………………………………….
ANIMAH BINTI ASSIH
Setiausaha Kehormat,
PIBG Sesi 2020/2021.
Disemak oleh :
ROGER JAMES MAGA
Yang Dipertua PIBG,
Sesi 2020/2021.
15
LAPORAN BENDAHARI KEHORMAT PIBG
16
17
18
19