INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN Semester 2 Tahun 1 PALS 1012 ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU TUGASAN INDIVIDU NAMA PELAJAR ZOE LEE JIA YING ANGKA GILIRAN 2022232310226 NO. KAD PENGENALAN 030217040474 KUMPULAN/ UNIT RBT Pengakuan Pelajar : Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan : _______________ Tarikh : _______________ Nama Pensyarah DR. SHUHAIRI BIN ABDUL RAZAK Tarikh Serahan 15.3.2023 Tarikh Terima (Diisi oleh Pensyarah) Pengesahan Pelajar : Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan :__________________________ Tarikh : __________________ ZOE ZOE 15.3.2023 15.3.2023
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. PENGHARGAAN i 2. 1.0 PENGENALAN 1 3. 2.0 PRODUK TEKNOLOGI HIJAU 2 4. 2.1 KONSEP 3 5. 2.2 CIRI-CIRI 4 6. 2.3 KEBAIKAN 5 - 6 7. 2.4 KEBURUKAN 7 - 8 8. 2.5 PENAMBAHBAIKAN 9 9. 3.0 KESIMPULAN 10 10. 4.0 REFLEKSI 11 11. 5.0 RUJUKAN 12 - 13 12. 6.0 LAMPIRAN 14
i PENGHARGAAN Saya berasa amat bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan kerja kursus Khusus Asas Kelestarian dan Teknologi Hijau (PALS 1012) dalam masa yang ditetapkan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah iaitu Dr Shuhairi bin Abdul Razak yang telah banyak meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar dan penjelasan kepada saya agar saya dapat menjalankan tugasan ini dengan sebaik-baiknya. Selain itu, tidak dilupakan juga ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya kerana telah banyak berkoban sehingga saya dapat menyiapkan kerja kursus ini. Penghargaan juga kepada rakan-rakan saya atas kesudian mereka memberi bantuan serta nasihat kepada saya. Mereka juga telah meluangkan masa dan memberi kerjasama kepada saya semasa saya menjalankan kerja kursus ini. Akhir sekali, ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya dalam melaksanakan kerja kursus ini.
1 1.0 PENGENALAN Pada era globalisasi ini, isu-isu semasa global mengenai alam sekitar semakin meningkat dan mencabar. Isu-isu alam sekitar tersebut telah memberi kesan negatif kepada seluruh negara sehingga menjejaskan kesihatan negara. Isu seperti pencemaran yang mengotorkan alam sekitar sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Oleh itu, teknologi hijau telah diperkenalkan untuk melestarikan alam sekitar. Menurut CETREE dari Universiti Sains Malaysia, teknologi hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Selain itu, teknologi hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria seperti ia meminimumkan degrasi kualiti pesekitaran dan mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar. Pelepasan gas yang selamat dapat meningkatkan kualiti alam sekitar yang lebih selamat dan sihat kepada semua. Selain daripada ini, teknologi hijau selamat untuk digunakan dan menyediakan pesekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan serta menjimatkan tenaga dan sumber asli. Akhirnya, teknologi hijau juga menggalakkan sumbersumber yang boleh diperbaharui yang membuka peluang kepada pelaburan yang lebih baik dan mempunyai potensi ekonomi yang besar. Dengan ini, masyarakat digalakkan menggunakan produk teknologi hijau kerana produk tersebut membawa banyak kebaikan kepada kita. Misalnya, produk teknologi hijau mempunyai beberapa ciri-ciri seperti berupaya meminimumkan kemerosotan alam sekitar Sehubungan itu, produk teknologi hijau yang berdasarkan isu-isu semasa global mengenai alam sekitar perlu dianalisiskan. Oleh itu, saya memilih produk teknologi hijau iaitu panel solar sebagai produk saya untuk membuat analisis. Rajah 1.0 menunjukkan isu-isu pencemaran alam sekitar
2 2.0 PRODUK TEKNOLOGI HIJAU Dalam meniti arus kemodenan ini, terdapat pelbagai produk serta inovasi dalam teknologi hijau yang telah dihasilkan atau direka untuk memelihara alam sekitar. Produkproduk teknologi hijau seperti kincir air, panel solar dan kereta hibrid merupakan inovasi untuk memelihara alam sekitar. Umum mengetahui bahawa sumber tidak boleh diperbaharui akan kehabisan sumber pada suatu masa yang akan datang. Bukan itu sahaja, tenaga yang dijana oleh sumber fosil seperti arang batu, gas asli dan petroleum sebagai tenaga tidak hijau dan tidak boleh baharu. Oleh hal yang demikian, produk tekonologi hijau telah diperkenalkan untuk menangani masalah tersebut. Dengan itu, produk teknologi hijau iaitu panel solar merupakan satu inovasi bagi melestarikan alam sekitar. Hal ini terjadi kerana panel solar telah menggunakan tenaga solar untuk berfungsi mahupun memberi impak yang minima kepada persekitaran. Hal ini dikatakan demikian kerana, produk teknologi hijau telah menggalakkan penggunaan sumber boleh diperbaharui seperti tenaga solar, hidroelektrik dan biojisim yang tidak akan memberi kesan kepada alam sekitar. Pada waktu yang sama, produk teknologi hijau selamat untuk digunakan dan menyediakan pesekitaran yang sihat. Rajah 2.0.1 menunjukkan contoh produk teknologi hijau. Rajah 2.0.2 menunjukkan sumbersumber tenaga alternatif.
3 2.1 KONSEP Perkataan solar berasal dari Latin Sol atau dikenali sebagai helios yang bermaksud matahari (Mohamad, 2012). Panel solar biasanya terletak di kawasan terbuka untuk menyerap cahaya matahari sebagai sumber tenaga bagi menghasilkan tenaga elektrik atau haba (Fahri Ahmed, 2020). Kaedah ini mampu menghasilkan voltan arus secara terus. Iklim Malaysia yang sentiasa panas menjadikan negara kita sesuai dan bertuah untuk menghasilkan serta menggunakan panel solar tersebut kerana Malaysia terletak di garisan Khatulistiwa. Seterusnya, panel solar menggunakan tenaga solar untuk kuasa peranti isi rumah yang biasa seperti lampu, kipas dan pemanas. Rajah 2.1.1 merupakan penggunaan panel solar untuk menghasilkan kuasa elektrik di rumah. Tenaga solar boleh diperolehi melalui pelbagai cara di antaranya melalui pemasangan panel di atas bumbung, perletakan panel solar di kawasan tanah rata melalui aplikasi ladang solar, pemasangan secara integrasi hibrid dan pemasangan secara kendiri (“off-grid”) yang tidak memerlukan penyambungan dengan grid elektrik utama (Ahmad et al., 2020). Lebih-lebih lagi, bukan semua kawasan sesuai untuk memasang serta menggunakan panel solar. Rajah 2.1.1 menunjukkan panel solar Rajah 2.1.2 menunjukkan perletakan panel solar di atas bumbung rumah. di kawasan terbuka. Rajah 2.1.3 menunjukkan kawasan di Malaysia yang berpotensi untuk pemasangan panel solar.
4 2.2 CIRI-CIRI Panel solar merupakan satu produk teknologi hijau yang dicipta oleh individu bagi tujuan untuk memelihara dan melestarikan alam sekitar. Ciri yang ada dalam panel solar ialah ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau yang rendah atau sifar. Hal ini wujud akibat daripada ia tidak bergantung kepada bahan api fosil yang mengeluarkan karbon dioksida ke atmosfera kita. Dengan ini, bahan api fosil seperti arang batu tidak dibakar untuk menjana elektrik secara langsung ia tidak membebaskan karbon dioksida dan gas rumah hijau yang menyumbang kepada perubahan iklim. Situasi ini membantu melambatkan perubahan iklim yang akan mencemarkan alam sekitar supaya alam sekitar dipelihara. Sementara itu, panel solar mempunyai kriteria iaitu ia berupaya meminimumkan kemerosotan alam sekitar. Panel solar dihasilkan menggunakan bahan bukan toksik seperti silicon dan kaca tanpa bergantung kepada sumber konvensional, jadi tiada risiko mencemari tapak pelupusan dengan bahan kimia berbahaya. Oleh itu, ia dapat meminimumkan pencemaran udara yang disebabkan oleh gas karbon dioksida atau bahan kimia. Selanjutnya, ciri yang ketiga dalam panel solar ialah menggalakkan penggunaan sumber bahan yang boleh diperbaharui. Umum mengetahui bahawa arang batu merupakan sumber utama bagi penjanaan tenaga elektrik di seluruh dunia. Arang batu dikenali sebagai sumber tenaga tidak boleh diperbaharui kerana bahan ini memakan masa jutaan tahun untuk terbentuk. Tambahan pula, ia telah mendatangkan banyak risiko kepada persekitaran dan manusia. Pembakaran arang batu turut membebaskan gas rumah hijau yang menyumbang kepada isu pemanasan global kerana melibatkan pertambahan gas karbon dioksida dan klorofluorokarbon (CFC). Jelaslah bahawa penggunaan panel solar dapat menangani isu-isu pencemaran alam sekitar iaitu pemanasan global dan peubahan iklim.
5 2.3 KEBAIKAN Penggunaan panel solar telah memberi banyak kebaikan dan kemudahan kepada kita. Dengan adanya panel solar, kita akan meminimumkan kegunaan bekalan elektrik disebabkan oleh panel solar dapat menjanakan tenaga elektrik. Semakin banyak tenaga hasilkan oleh panel solar, semakin sedikit tenaga yang diperlukan. Tidak dapat dinafikan, panel solar dapat mengurangkan bil elektrik. Buktinya, pemasangan panel solar bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak di sini, mampu memberi penjimatan penggunaan bil elektrik sehingga RM2.5 juta kepada Majlis Bandaraya Ipoh (Sinar Harian, 2021). Penggunaan panel solar membolehkan pemilik menggunkan elektrik sendiri yang dijanakannya bukan membelinya dari grid. Menurut lagi kepada syarikat penyedia tenaga bersih, Plus Xnergy Holdings Sdn Bhd juga telah memperkenalkan solar sewa untuk dimiliki yang dijangka dapat membantu menjimatkan sehingga 90 peratus daripada bil elektrik bulanan isi rumah (Berita Harian, 2021). Hal ini dapat disokong pada satu kajian kepada panel solar yang akan menyumbang ke arah penjimatan kos pembayaran bil elektrik bulanan penduduk di Malaysia (Ahmad et al., 2020). Selain daripada ini, pengarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr.Jasrul Jamani Jamian berkata pihak universiti hendaklah mempertingkatkan lagi usaha dalam menggunakan kaedah penggunaan tenaga solar yang dapat mengurangkan bil elektrik serta tidak bergantung kepada tenaga konvensional. Seperti yang kita tahu, tenaga konvensional sangat bergantung kepada bahan api fosil seperti arang batu dan gas asli yang akan mencemarkan alam sekitar. Oleh itu, panel solar adalah pilihan yang baik untuk menangani isu pencemaran alam sekitar. Seterusnya, kebaikan panel solar iaitu sumber yang digunakannya adalah sumber boleh diperbaharui. Sumber yang digunakan dalam panel solar adalah tenaga solar yang dikenali sebagai sumber boleh diperbaharui yang berkekalan dan percuma. Ia boleh dimanfaatkan di mana-mana kawasan di seluruh dunia serta pada masa siang kerana tenaga solar tidak akan kehabisan sumber yang bergantung kepada cahaya matahari berbanding dengan tenaga konvensional. Hal ini terjadi kerana tenaga solar akan sentiasa dihasilkan selagi masih wujugnya matahari. Menurut ramalan Agensi Angkasa Eropah (ESA), data menunjukkan bahawa cahaya matahari akan sentiasa ada dengan kita sekurang-kurangnya lima billion tahun lagi. Oleh itu, tenaga solar dapat digunakan dan dijanakan kepada penggunaan panel solar sehinggalah matahari berada di penghujung hayatnya. Di samping itu, kebaikannya ialah menawarkan peluang pekerjaan. Hal ini dikatakan demikian kerana, lebih ramai memilih solar, maka lebih banyak keperluan untuk syarikat memasang panel solar. Oleh itu, peluang pekerjaan ditingkatkan bagi memenuhi permintaan pengguna. Bukan itu sahaja, ia juga dapat mengekalkan pertumbuhan ekonomi kerana kadar pengangguran menurun. Dalam masa yang sama menjadikan negara lebih maju ke hadapan
6 dengan kemajuan teknologi ini. Hal ini dibuktikan oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin yang mengatakan bahawa industri solar mampu mewujudkan peluang pekerjaan. Selain daripada ini, Program Pemeteran tenaga Bersih Baharu (NEM) yang membangunkan industri solar telah mewujudkan peluang pekerjaan. Hal ini berlaku kerana program tersebut telah menggalakkan lebih banyak pemilik rumah memasang panel solar. Oleh hal yang demikian, jurutera, kontraktor, juruteknik dan pekera logistic diperlukan untuk menghasil dan memasang panel solar. Natijahnya, panel solar merupakan produk teknologi hijau yang membawa banyak kebaikan kepada kita. Oleh itu, kita harus bijak menggunakannya agar alam sekitar kita dapat dipelihara mahupun mengurangkan isu-isu pencemaran alam sekitar yang semakin berleluasa di negara kita.
7 2.4 KEBURUKAN Walaupun panel solar dapat melestarikan alam sekitar tetapi ia juga mempunyai keburukannya di mana panel solar sangat bergantung kepada keadaan cuaca. Seperti yang kita tahu, panel solar memerlukan cahaya matahari untuk membekalkan tenaga elektrik. Oleh itu, cuaca yang buruk seperti hujan dan mendung akan mempengaruhi kecekapan sistem solar tersebut menjadi berkurangan walaupun tenaga solar boleh dikumpul. Buktinya, tenaga solar mempunyai kekurangan iaitu ketidakstabilan cuaca. Hal ini terjadi kerana sinaran suria yang mencecah permukan bumi walaupun bersar dan luas, ketumpatan tenaganya menjadi amat rendah disebabkan ketidakstabilan cuaca (Berita Harian, 2020). Jika cuaca yang buruk berlaku secara berterusan, ia boleh memberi kesan yang ketara kepada panel solar. Situasi ini telah mengehadkan jumlah tenaga yang akan tersedia kepada pengguna yang bergantung pada panel solar untuk kegunaan tenaga elektrik. Bukan itu sahaja, tenaga solar tidak boleh dikumpul pada waktu malam kerana tiada pancaran matahari ke permukaan bumi. Dengan itu, sistem pemanasan air tidak berfungsi pada waktu malam. Di samping itu, kos pemasangan panel solar yang tinggi merupakan satu keburukan kepada masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana, kos asas pemasangan panel solar masih dikira mahal bagi penduduk berbendapatan sederhana dan rendah (Ahmad et al., 2020). Walaupun kerajaan telah memperkenalkan beberapa skim seperti skim “Feed-in Tariff” (FiT) telah diperkenalkan sejak 2011 dan skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) tetapi pemilik masih perlu menampung kos pemasangan dan pendahuluannya. Kos yang harus ditampung termasuk membayar harga panel solar, inverter, bateri, pendawaian serta kos pemasangannya. Bagi keluarga yang berpendapatan sederhana dan rendah tidak dapat membelikannya kerana jumlah kosnya sangat tinggi untuk dibelanjakan dari segi pemasangan dan peralatannya. Hal ini dibuktikan oleh Ketua Menteri Melaka Adly Zahari mengatakan kos yang tinggi pada panel solar menjadi faktor merencatkan penggunaan tenaga solar dalam kalangan rakyat Malaysia. Natijahnya, kos yang tinggi telah mengurangkan penggunaan panel solar. Seterusnya, panel solar memerlukan ruang yang banyak untuk dipasang. Jika ingin menghasilkan lebih banyak tenaga elektrik, semakin besar panel solar diperlukan kerana permukaan yang besar dapat mengumpul lebih banyak tenaga solar daripada cahaya matahari. Oleh itu, ia memerlukan kawasan yang luas untuk berfungsi mengubah cahaya matahari kepada kuasa elektrik. Kawasan yang terhad dan kecil menyebabkan pemasangan panel solar yang kecil yang akan hanya mendapatkan tenaga yang lebih sedikit berbanding dengan panel solar yang besar. Keadaan ini juga akan menyumbang kepada aktiviti
8 pembalakan bagi mendapatkan kawasan yang lebih luas. Kesannya, habitat flora dan fauna akan dimusnahkan secara tidak langsung menyebabkan berlakunya pemanasan global. Secara tuntasnya, kelemahan atau keburukan yang ada pada panel solar harus ditangani dan dibaiki agar menjadikan panel solar sebagai produk teknologi hijau yang mempunyai kecekapan yang tinggi untuk menangani isu-isu semasa global mengenai alam sekitar. Bukan itu sahaja, meminimumkan kesan negatif daripada produk teknologi hijau terhadap persekitaran.
9 2.5 PENAMBAHBAIKAN Cadangan saya untuk menambahbaikan penggunaan panel solar adalah setiap pemilik rumah terutamanya yang memiliki kediaman jenis rumah teres atau banglo yang terletak di kawasan bandar bagi menjadi penyumbang kepada penjanaan tenaga elektrik berasaskan tenaga solar. Misalnya, pemilik boleh memasang panel solar persendirian di atas bumbung rumah mereka. Individu dapat mengaplikasikan amalan teknologi hijau serta menjana pendapatan apabila kuasa elektrik dijual kepada pembekal tenaga elektrik di Malaysia, TNB. Kawasan bandar lebih sesuai untuk menggunakan panel solar kerana kawasan adalah terbuka dan cerah berbanding dengan kawasan pedalaman yang dilindungi oleh pokok-pokok menyebabkan cahaya matahari tidak dapat dipancarkan kepada permukaan panel solar. Buktinya, isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor mengatakan sekolah yang terletak di kawasan terpencil yang mempunyai pokok tinggi tidak sesuai untuk menggunakan tenaga solar (Harian Metro, 2020). Cadangan saya yang seterusnya ialah penduduk di kawasan seperti pedalaman dan persisiran pantai boleh beralih kepada penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti biojisim, angin dan ombak dalam menjana kuasa elektrik. Walaupun sumber-sumber memberi manfaat tetapi kos yang diperlukannya adalah tinggi dalam merealisasikan kegunaannya. Dengan ini, saya bercadang agar pihak kerajaan boleh memberi pelepasan cukai atau pemberian subsidi kepada penggunaan teknologi berterusan berteraskan sumber tenaga boleh baharu sebagai langkah mendorong pembangunan tidak mencemarkan alam sekitar dan berpotensi cerah untuk masa hadapan. Menurut Utusan Malaysia, 2022, kerajaan diminta memberikan pengecualian cukai peribadi untuk pemasangan panel solar dalam Bajet 2023 yang termasuk pengurangan cukai peseorangan untuk pemasangan panel solar. Dengan demikian, penggunaan panel solar dapat diperkembangkan dalam kalangan masyarakat kerana mempunyai bantuan subsidi daripada kerajaan. Kesannya, kosnya amat rendah dan mudah ditampung. Akhirnya, saya mencadangkan bahawa kerajaan harus meningkatkan lagi kesedaran tentang penggunaan panel solar kepada masyarakat. Tamsilnya, kerajaan boleh memperkenalkan pelbagai program dan inisiatif bagi menggalakkan penggunaan sumber boleh baharu dengan memperkenalkan kebaikan sumber tersebut kepada alam sekitar, masyarakat mahupun negara. Pihak kerajaan juga boleh menyebarkan maklumat secara terperinci dari sedi aspek kewangan, peruntukan perundangan dan kegunaannya melalui teknologi maklumat atau Internet. Kaedah ini membolehkan rakyat mendapatkan maklumat di mana sahaja secara dalam talian.
10 3.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, teknologi hijau merupakan satu teknologi berkaitan dengan alam sekitar yang bertujuan untuk melestarikan alam sekitar. Alam sekitar dinikmati oleh kita semua. Oleh itu, setiap masyarakat memainkan peranan penting dalam memelihara atau melestarikan alam sekitar agar isu pencemaran dapat ditangani bersama-sama. Produkproduk teknologi hijau juga diciptakan untuk merealisasikan matlamat kelestarian alam sekitar. Tidak dapat dinafikan produk teknologi hijau telah mendatangkan kebaikan kepada masyarakat serta negara. Walaubagaimanapun, keburukan juga dikesan pada waktu yang sama. Dengan ini, rakyat Malaysia harus memanfaatkan produk teknologi hijau agar dapat menggunakannya dengan sepenuhnya. Selain itu, masyarakat juga digalakkan mengamalkan gaya hidup lestari. Gaya hidup lestari adalah cara hidup yang membabitkan penghayatan minda lestari dalam semua aktiviti kita seharian. Misalnya, kita berjimat dalam menggunakan sumber air, tenaga dan bahan bakar malahan menggunakan bahan-bahan yang tidak memberikan kesan negatif kepada pesekitaran alam sekitar. Kita juga boleh menggunakan teknologi yang bersih dan mesra alam seperti panel solar yang dapat menjana elektrik dengan kaedah yang tidak mencemarkan alam sekitar.
11 4.0 REFLEKSI Saya berasa amat bersyukur kerana telah menyiapkan tugasan ini. Melalui tugasan ini, saya telah memperolehi pelbagai ilmu yang bermanfaat tentang teknolog hijau ini. Tugasan ini adalah untuk menganalisis bagaimana produk teknologi hijau dapat menangani isu-isu semasa global mengenai alam sekitar. Saya mendapati mempunyai beberapa produk teknologi hijau telah dicipta dan digunakan seperti panel solar, kereta hibrid, produk biodegradasi serta kenderaan elektrik. Oleh itu, saya telah memilih salah satu produk iaitu panel solar untuk membuat analisis. Analisis dibuat pada panel solar telah mendatangkan banyak pengetahuan kepada saya tentang kegunaan, kebaikan, keburukannya serta bagaimana penggunaan panel solar dapat melestarikan alam sekitar. Saya juga memahami produk panel solar dengan lebih terperinci dan mengetahui bahawa galakan kerajaan dalam penggunaan tenaga solar yang bermanfaat. Akhirnya, saya bertuah kerana dapat mempelajari pelbagai pengetahuan dalam kerja kursus ini.
12 5.0 RUJUKAN Ahmad, N. S., Hussain, N., Anas, N., & Jamian, J. J. (2020). Pemasangan Panel Solar Bagi Menampung Bekalan Elektrik Tambahan untuk Institusi Pendidikan Agama Persendirian di Luar Bandar: Melalui Pendekatan Program Kemasyarakatan Komuniti. Malaysian Journal of Sustainable Environment. https://doi.org/10.24191/myse.v7i2.10270 Arifin, N. B. M. (2022, August 11). Menggantikan Arang Batu dengan Sumber Tenaga Boleh Diperbaharui bagi Penjanaan Elektrik. Dewan Kosmik. https://dewankosmik.jendeladbp.my/2022/08/11/3870/ Bernama. (2018, Ogos 21). Kos tinggi rencat penggunaan solar dalam kalangan rakyat. AstroAwani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kos-tinggi-rencatpenggunaan-solar-dalam-kalangan-rakyat-183525 Bernama. (2019, July 23). Industri solar mampu wujud lebih banyak pekerjaan. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/07/588396/industri-solar-mampuwujud-lebih-banyak-pekerjaan Bernama. (2020, February 18). 'Sistem solar hibrid tak sesuai digunakan di kawasan terpencil' Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/02/545877/sistem-solarhibrid-tak-sesuai-digunakan-di-kawasan-terpencil Bernama. (2022, August 21). Matahari akan ‘mati’ dalam masa 5 bilion tahun. Kosmo Digital. https://www.kosmo.com.my/2022/08/21/matahari-akan-mati-dalam-masa-5-biliontahun/#:~:text=Menurut%20ramalan%20tersebut%2C%20Matahari%20kini,kurangny a%20lima%20bilion%20tahun%20lagi. Bernama. (2022, September 22). Bajet 2023: Beri pengecualian cukai pasang solar panel. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/ekonomi/2022/09/bajet-2023-beripengecualian-cukai-pasang-solar-panel/ CETREE. (n.d.). Teknologi Hijau. http://cetree.usm.my/index.php/en/berita-cetree/98- teknologi-hijau
13 Fahri Ahmed. (2020, September 11). Patutkah anda pasang sistem panel solar di rumah? https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah/pasang-sistem-panel-solar-dirumah-malaysia-52988 Hamzah, H. (2020, July 27). Tenaga Solar Bantu Menyelesaikan Masalah Penyusutan Sumber Tenaga Konvensional. UTM NewsHub. https://news.utm.my/ms/2020/07/tenaga-solar-mengurangkan-kebergantunganmasyarakat-terhadap-sumber-tenaga-tidak-boleh-diperbaharui/ Iluminasi.com. (2018, May 17). 10 Kelebihan dan Keburukan Tenaga Solar. Iluminasi. https://iluminasi.com/bm/10-kelebihan-dan-keburukan-tenaga-solar.html Mohamad, S. H., & Jaafar, H. I. (2012, May 19). Pembangunan Sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Mengikut Perspektif Islam. ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/244995379_Pembangunan_Sumber_Tena ga_Yang_Boleh_Diperbaharui_Mengikut_Perspektif_Islam Mohamed, N. A. (2021, September 1). Pemasangan panel solar PV mampu jimatkan elektrik. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/158906/edisi/pemasanganpanel-solar-pv-mampu-jimatkan-elektrik Program solar Plus Xnergy bantu kurangkan bil elektrik. (2021, August 26). Berita Harian. https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2021/08/856245/program-solar-plusxnergy-bantu-kurangkan-bil-elektrik Zainon, M. D. S. (2020, August 31). Tenaga mesra alam lestarikan kehijauan bumi. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/08/726376/tenagamesra-alam-lestarikan-kehijauan-bumi
14 6.0 LAMPIRAN