The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kepantasan teknologi yang semakin meluas membuka ruang dan peluang kepada jenayah siber di negara kita.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by vincentyongzhian657629, 2022-11-24 11:06:18

Jenayah Siber

Kepantasan teknologi yang semakin meluas membuka ruang dan peluang kepada jenayah siber di negara kita.

MPU23042
NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

Jenayah siber

LECTURER : PUAN FATIN FAQERIAH BINTI HAMSAH

AHLI KUMPULAN

VINCENT YONG ZHI AN (20DEP20F1017)
ALEX LAU KED HOU (20DEP20F1018)

1

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan
kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah dan
kurnianya, kami dapat menyiapkan Tugasan E-Folio
ini dengan sempurna dalam jangka masa yang telah
ditetapkan. Kami juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada Puan Fatin Faqeriah selaku pensyarah
kursus ini yang telah banyak memberi tunjuk ajar
serta memberi idea dalam menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang
banyak memberi sokongan serta dorongan dalam
menghasilkan tugasan ini. Malah, jutaan terima kasih
juga kepada rakan seperjuangan yang bersama –
sama bertungkus lumus dan bertukar – tukar
pendapat dan idea untuk menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, harapan kami agar tugasan ini dapat
menambah ilmu pengetahuan kami agar dapat
menjadi insan yang berguna dan menjauhi jenayah
siber. Selain itu juga, kami berharap agar dapat E-
Book yang kami sediakan ini dapat memberi manfaat
kepada pembaca agar dapat bersama – sama lebih
berpengetahuan dan dapat menjauhi jenayah siber.

2

ISI KANDUNGAN

4 OBJEKTIF
5 PENDAHULUAN
6-7 5 FAKTOR CABARAN
8-9 5 KESAN CABARAN
10-11 5 CARA MENGATASI CABARAN
12-13 5 CONTOH ISU CABARAN
14 KESIMPULAN
15 RUJUKAN
16 SINOPSIS

3

OBJEKTIF

1. Dapat memupuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan
masyarakat.
2. Dapat memupuk kesedaran untuk diri sendiri dan negara.
3. Dapat mewujudkan negara dalam keadaan yang harmoni dan aman.
4. Dapat membentuk negara sebagai negara yang boleh diambil
sebagai contoh untuk orang luar.

4

PENGENALAN

-Jenayah siber telah menjadi -Dalam era globalisasi dengan
penyumbang tertinggi dalam kemajuan sains dan teknologi telah
kes-kes jenayah di negara- mendatangkan kemudahan dan
negara jenayah siber. maju kesenangan dalam melakukan
seperti negara-negara Eropah, urusan seharian mahupun urusan
Amerika dan Jepun. Jenayah kerja. Namun begitu, keburukan
siber tidak seperti jenayah- dan bahaya juga tidak dapat
jenayah lain yang mempunyai dielakkan. Ini berlaku apabila ada
bukti-bukti fizikal bagi pihak yang tidak bertanggungjawab
memudahkan analisis mencari telah menyalahgunakan kemajuan
penjenayah. sains dan teknologi demi memenuhi
kepentingan diri dan keuntungan.
Kemudahan siber merupakan
antara kemajuan sains dan
teknologi yang terdedah kepada
penyalahgunaan pihak yang tidak
bertanggungjawab.
Penyalahgunaan inilah yang
mewujudkan satu bentuk jenayah
iaitu jenayah siber.




5

5 FAKTOR JENAYAH
SIBER

Peningkatan penggunaan internet merupakan salah satu
penyebab kejadian jenayah siber berleluasa di negara kita.
Hal ini dikatakan demikian kerana, peningkatan pengguna
internet mendorong ramai pengguna internet
menyalahgunakan maklumat dalam internet untuk
pelbagai tujuan tanpa mengira betul atau salah. Misalnya,
pengguna internet akan menggunakan pelbagai maklumat
dalam internet untuk tujuan penipuan dan aktiviti tidak
sihat.

Selain itu, kekurangan pakar-pakar forensik komputer juga
merupakan penyebab kejadian jenayah siber berleluasa di
negara kita. Kekurangan pakar-pakar yang mahir dalam
bidang forensik komputer menyebabkan penjenayah siber
sukar untuk dikesan. Sebagai contoh, kekurangan pakar
forensik komputer menyebabkan banyak kejadian-
kejadian penggodaman sistem bank dan kecurian
maklumat di internet tidak dapat dikesan.

Penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga
penyebab berleluasanya kejadian jenayah siber di negara
kita. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah
menyebabkan siasatan terhadap jenayah siber mengambil
masa yang lama dan banyak kes tertangguh. Hal ini
dikatakan demikian kerana kurangnya keseriusan agensi-
agensi kerajaan dalam menangani jenayah siber. Misalnya,
agensi-agensi kerajaan tidak saling bekerjasama antara
satu sama lain.

6

Di samping itu, sikap individu yang sukar dikawal juga adalah salah
satu faktor terjadinya peningkatan penggunaan internet yang
menyebabkan berleluasanya kejadian jenayah siber. Sikap individu
yang inginkan keseronokan dan ingin mencuba sesuatu yang baru
terutamanya golongan remaja menyebabkan mereka cuba untuk
mengaplikasikan kemahiran mereka dengan cara yang salah, seperti
penyebaran virus, pengintipan, mencuri maklumat dan penggodaman
komputer. Hal ini menyebabkan, ramai masyarakat yang kurang
pengetahuan tentang media massa tertipu dengan individu yang tidak
bertanggungjawab.

Seterusnya, kekurangan pendidikan dan kesedaran dalam kalangan
masyarakat. Individu-individu yang terlibat dalam aktiviti jenayah siber
ini tidak menyedari bahawa perbuatan mereka seperti menggodam,
mencuri maklumat, menyebar virus, menghantar mesej sampah dan
pencerobohan adalah satu jenayah. Oleh itu, mereka tidak menyedari
bahawa perbuatan mereka salah dan memberikan kesan buruk kepada
orang lain. Individu-individu tersebut hanya mementingkan
keseronokan dan kepuasan diri tanpa berfikir kesan buruk yang akan
menimpanya.

7

5 KESAN

1 -Salah satu kesan terbesar daripada jenayah
siber terhadap syarikat adalah kerugian
hasil. Perkara ini boleh berlaku apabila
maklumat sulit kewangan syarikat dibocorkan
atau dicuri dan digunakna oleh pihak luar
untuk engeluarkan dana dari akaun syarikat
secara haram. Ia juga boleh berlaku kepada
peniaga yang laman e-dagangnya telah
terjejas akibat daripada jenayah siber; ini
menyebabkan kerugian pendapatan berharga
kerana pengguna tidak boleh mengakses
laman web itu.

-Apabila jenayah siber berlaku, staf IT
terpaksa meluangkan banyak masa mereka
untuk mengendalikan dan menyelesaikan
masalah yang berlaku. Ini telah merugikan 2
masa kerana kebolehan dan kepakarn mereka
boleh digunakan untuk langkah produktif
kepada perniagaan atau organisasi.
Sebaliknya, banyak masa mereka kini
digunakan untuk mengendalikan pelanggaran
keselamatan dan masalah lain yang
berkaitan disebabkan oleh jenayah siber.

-Apabila jenayah siber menyebabkan
pencurian atau penggunaan tidak sah bagi
3 rekod penggunaan, nama baik syarikat boleh
mendapat kesan yang teruk. Ini kerana
pelanggan akan mula hilang keyakinan
terhadap kemampuan syarikat untuk menjaga
keselamatnnya dan membuatkan mereka
beralih kesyarikat yang lain. Ini boleh
menyebabkan syarikat kehilangan
pendapatan berharga dan juga nama
baiknya.

8

-Disebabkan jenayah siber kerap berlaku, 4
banyak syarikat mula mengambil langkah
untuk menaik taraf keselamatn syarikat
mereka. Ini termasuklah menghendaki
pekerja memasukkan lebih banyak kata
laluan dan pin keselamatan, serta
melaksanakan perbuatan lain yang memakan
masa yang sepatutnya digunakn untuk
meyelesaikan kerja mereka. Ini mengganggu
kerja harian pekerja dan meyebabkan
produktiviti merosot.

-Implikasi yang signifikan dalam isu ini ialah
data maklumat peribadi pengguna terdedah
kepada semua orang terutamanya
penjenayah siber. Mangsa tanpa disedari
telah berkongsi maklumat dalam laman
sesawang yang tidak rasmi atau laman
sesawang tiruan yang direka oleh
penjenayah siber. Malah mereka bagai sudah
5 jatuh timpa tangga apabila mereka sering
menjadi mangsa penipuan penjenayah siber.
Hal yang demikian ini adalah kerana
penjenayah dapat mengakses maklumat
pengguna atau mangsa jenayah siber lalu
melakukan transaksi wang dari akaun
pengguna ke akaun penjenayah siber . Oleh
itu, pengguna perlulah berhati-hati
melakukan transaksi dalam Internet agar
data maklumat peribadi tidak dicuri atau
digodam oleh penjenayah siber.

9

5 CARA MENGATASI JENAYAH SIBER

1

-Mengadakan kerjasama antara negara secara global mengkaji
hukuman yang dikenakan memperkasakan penguatkuasaan
mengadakan pemantauan yang berkesan memperkukuhkan
kerjasama antara kerajaan dengan syarikat syarikat memberi
kesedaran

2

-Memperkasakan penguatkuasaan pdrm, skmm, bank negara perlu
meningkatkan kemampuan dalam menangani penjenayah siber
PDRM, SKMM, & BANK NEGARA perlu melatih kakitangan untuk
meningkatkan kemahiran dalam bidang forensik komputer Forensik
komputer digunakan dalam penyiasatan untuk mendapatkan bukti
bukti kukuh penjenayah siber lakukan seterusnya mendakwa mereka
yang terlibat

3

-Mengkajihukumanyg dikenakan pihak berkuasa perlu mengkaji lebih
mendalam lagi tindakan / hukuman yg harus dikenakan undang-
undang yang sedia ada perlu dikaji semula keberkesanannya supaya
masalah ini dapat diatasi hukuman yang dikenakan terhadap pesalah
perlu dikaji semula

10

4

-Memperkukuh kerjasama antara kerajaan dengan syarikat &
pengguna komputer . Syarikat yang ingin memulakan e- dagang perlu
melakukan langkah-langkah keselamatan dngn meningkatkan
keupayaan mereka dalam mengekang pencerobohan penjenayah
siber . Syarikat juga hendaklah berkongsi masalah pencerobohan dan
penggodaman dengan kerajaan . Pengguna internet boleh berkongsi
pengetahuan / memberi cadangan kepada kerajaan untuk
meningkatkan tahap forensik komputer kerajaan, swasta & komputer
persendirian daripada digodam

5

-Mengadakan pemantauan berkesan pihak berkuasa perlu membuat
pemantauan di alam siber supaya golongan tidak bertanggungja wab
dapat dikesan pdrm akan meningkatkan rondaan dalam internet iaitu
di cyber crime bukit aman untuk membanteras jenayah siber
dilakukan bagi menangani jenayah di internet mendapat kerjasama
skmm & cyber security malaysia bagi memantau aktiviti jenayah siber

11

5 CONTOH
ISU CABARAN

12

13

KESIMPULAN

-Teknologi telah menyediakan kapasiti
kepada bakal penyerang atau penceroboh
untuk melakukan penerobosan yang lebih
pantas dengan kesan yang sangat luas
dan mendalam, yang sukar dijejak.
Masalah siber jenayah yang semakin
membimbangkan dan pelbagai langkah
tertentu perlu diambil untuk
mengawalnya. Pihak kerajaan haruslah
meningkatkan keupayaan untuk
menghadapi jenayah siber. Kita perlu
menjemput pakar – pakar dari luar
negara untuk bekerjasama berkogsi
maklumat dengan pakar negara kita.
Undang – undang negara kita juga perlu
dikaji keberkesanan oleh penggubal
undang – undang supaya sesuai untuk
masalah moden ini. Dengan pelbagai
persediaan oleh kerajaan, barulah rakyat
Malaysia mempunyai kemudahan siber
yang selamat untuk digunakan.

14

RUJUKAN

https://www.google.com/url?
sa=t&source=web&rct=j&url=https://m.facebook.com/104349814820221/photos
/a.110071834248019/110073694247833/%3Ftype%3D3&ved=2ahUKEwii4ICd3cT
7AhU_D7cAHagcAy0QFnoECCQQAQ&usg=AOvVaw0_Hw6oUdpcJNX9OBwB9vsX
https://karangan.net/kesan-jenayah-siber/
https://pendidikjalanan.blogspot.com/2020/11/faktor-berlakunya-jenayah-
siber.html?m=1
https://www.ipendidikan.my/langkah-mengatasi-jenayah-siber.html

https://books.google.com.my/books?id=Xa6kteCY-
CQC&pg=PR6&dq=jenayah+siber&hl=zh-
CN&sa=X&ved=2ahUKEwir_8GRjcf7AhXCwjgGHbtbDAkQ6AF6BAgOEAM
https://books.google.com.my/books?
id=MMKFEAAAQBAJ&pg=PA43&dq=jenayah+siber&hl=zh-
CN&sa=X&ved=2ahUKEwiW1POrjcf7AhX8wzgGHUHwBT8Q6AF6BAgFEAM#v=one
page&q=jenayah%20siber&f=false

15

SINOPSIS

Jenayah siber merupakan jenayah komputer yang
baharu pada abad ini. Jenayah siber ini terdiri
daripada unsur penipuan, kerosakan atau
pengubahsuaian program atau data komputer,

pencurian maklumat, penggodaman dan lain-lain.
Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini
menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang
memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh sebab tiada
siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di
dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan.

Bermacam-macam maklumat sama ada benar atau
salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang

juga pornografi disebarkan melalui Internet.

JENIS-JENIS JENAYAH SIBER

Penipuan
Judi siber
Skim sepat kaya
Kecurian maklumat
Penyebaran virus
Penggodam atau "HACKER"
Pengintipan
Menyalin perisian secara tidah sah
Capaian secara tidak sah keatas sistem
Menyalurkan maklumat-maklumat yang palsu

16


Click to View FlipBook Version