The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shazhalia, 2023-08-18 05:27:53

UNIT 2- ETIKA

UNIT 2- ETIKA

MODUL Panduan Keibubapaan Digital (KID) UNIT 2: ETIKA PENGGUNAAN MEDIA DIGITAL Disediakan oleh: UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)


Hak cipta terpelihara XXXX Edisi Pertama 2022 Hak cipta terpelihara XXXX. Tiada bahagian dalam dokumen ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar kedalam sebarang bentuk atau sebarang alat juga, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran dari pihak XXXX. Diterbitkan oleh: XXXX XXXXXX Alamat XXXXX XXX XX XXXX X XXXX XXXXXX XXXXXXX Tel : 603-XXXX XXX Fax: 603-XXX XXXXX Laman Sesawang: http://www.XXX.XXX.XX


BUKU PANDUAN 2: Etika Penggunaan Media Digital Objektif Unit Menerapkan konsep penggunaan teknologi digital yang positif dan beretika Hasil Pembelajaran 1) Memahami konsep penggunaan teknologi digital yang beretika 2) Ibu-bapa menjadi contoh kepada anak-anak 3) Mengetahui peraturan am penggunaan media digital Isi Kandungan 1. KOMUNIKASI ATAS TALIAN a. Jejak Digital b. Konsep Privasi 2. TATACARA PENGGUNAAN IBUBAPA a. Etika apabila bersama anak-anak b. Penggunaan media digital yang positif 3. TATACARA PENGGUNAAN ANAK-ANAK a. Pemantauan dan pengawalan b. Keseimbangan dalam penggunaan Durasi 60-90 minit Peserta sasaran Peserta awal iaitu ibu bapa yang mempunyai pengetahuan asas tentang teknologi digital tetapi tidak pernah didedahkan dengan konsep keibubapaan digital. STRUKTUR UNIT 2


Seorang kanak-kanak British bernama Archie Battersbee telah menyahut cabaran Choking Challenge yang dikatakan popular di Tiktok dengan mengikat dan mencekik leher sendiri untuk menimbulkan keadaan kurang oksigen ke otak bagi menimbulkan rasa terawang-awangan (high). Keadaan ini sangat bahaya kerana akan menyekat bekalan oksigen dari sampai ke otak dan menyebabkan kematian. Akibat perbuatan tersebut, Archie telak mengalami kecederaan otak yang teruk pada 7 April 2022, hari dia ditemui tidak sedarkan diri oleh ibunya. Dia meninggal pada 6 Ogos 2022 apabila bantuan mesin ventilasi dimatikan kerana otaknya telah mati dan berhenti berfungsi. Sebagai ibu bapa dan penjaga, kita tidak mahu perkara sebegini berlaku pada anak-anak. Oleh itu ceritakan kepada mereka pentingnya menjadi pengguna media digital beretika dengan mengelakkan diri dari menjadi pemula cabaran yang tidak masuk akal serta membahayakan nyawa. Dengan ini, anak-anak akan turut diingatkan untuk menghindari cabaran seperti itu Dalam BUKU PANDUAN ini, ibu bapa akan diajar konsep asas dalam penggunaan teknologi digital yang beretika, membentuk tauladan yang sewajarnya bagi membentuk pengalaman digital beretika kepada anak-anak, dan menetapkan peraturan yang jelas bagi menggunakan teknologi digital secara positif. PENGENALAN BAB 1: KOMUNIKASI ATAS TALIAN BAB 2: TATACARA PENGGUNAAN IBUBAPA BAB 3: TATACARA PENGGUNAAN ANAK-ANAK


Ahmad bermain di taman permainan bersama kanakkanak lain yang tidak dikenali. Dia bebas memilih permainan yang disediakan di taman tersebut. Tibatiba, seorang kanan-kanak perempuan berusia lima tahun menghampiri Ahmad untuk bermain bersama. Ahmad merasa sedikit terganggu, namun tetap bermain bersama-sama. Seketika kemudian, Ahmad berpindah ke mainan berbeza. Namun, kanak-kanak perempuan tadi datang dan ingin bermain dengan Ahmad. Ahmad memilih untuk bermain bersama dan berinteraksi dengan gembira. Ini kerana, sebelum ke taman permainan, ibu Ahmad sudah berpesan kepadanya bahawa taman permainan adalah tempat awam dan segala permainan di situ adalah untuk dikongsi bersama. Bermain di taman merupakan aktiviti yang tidak asing bagi kanak-kanak. Situasi di atas juga berlaku di atas talian di mana anak-anak bertemu dan berinteraksi menggunakan pelbagai alat komunikasi seperti Whatsapp berkumpulan, online game, Twitter, Facebook, Tiktok, dan sebagainya. Oleh itu, adalah penting bagi semua ibu bapa dan penjaga untuk memberi peringatan kepada anak-anak agar menghormati orang lain ketika berada di atas talian kerana ruang maya sama seperti tempat awam. Justeru, penggunaan digital yang bermanfaat akan tercapai jika pengguna memahami etika penggunaannya. Senario hari ini


BAB 1: KOMUNIKASI ATAS TALIAN


BUKU PANDUAN KEIBUBAPAAN DIGITAL (KID) BAB 1: LITERASI DIGITAL Tidak dapat dinafikan bahawa komputer, komputer riba, telefon mudah alih dan Internet kini sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian kanak-kanak. Selain daripada pembelajaran secara dalam talian, kanak-kanak juga menggunakan teknologi digital untuk bersosial, bermain game, menonton movie dan sebagainya. Perkara ini menjadikan mereka untuk mahir menggunakan teknologi tersebut bagi tujuan yang pelbagai. Namun, sesetengah ibu bapa masih mempunyai tanggapan negatif terhadap teknologi digital. Alat digital sering dikaitkan dengan kesan buruk terhadap kesihatan, tingkah laku atau perkembangan orang ramai. Realitinya, keupayaan untuk menggunakan gajet, dan mengemudi Internet adalah penting untuk mendapatkan peluang pekerjaan, kejayaan dalam membina perniagaan dan meneruskan pembelajaran sepanjang hayat. Oleh itu, literasi digital sebenarnya memberi manfaat kepada kanak-kanak dan orang dewasa. Kesan penggunaan digital sebenarnya bergantung pada medium digital yang digunakan, jenis kandungan yang diakses, dan keupayaan untuk mengamalkan disiplin dan kawalan diri apabila menggunakan teknologi digital. 1a. Kepentingan Literasi Digital Literasi digital merujuk kepada keupayaan kanak-kanak untuk menggunakan teknologi digital secara berkesan untuk belajar dan berkembang maju. Ini bermakna kanak-kanak boleh menggunakan teknologi untuk menyumbang kepada perkembangan keseluruhannya sambil mengetahui batasan dan bahayanya. Antara faedah literasi digital kepada untuk kanakkanak adalah: ✓ Literasi digital membantu mengembangkan pengetahuan kanak-kanak Perkembangan teknologi telah meluaskan peluang pembelajaran dan pendidikan kanakkanak. Literasi digital bukan sekadar tentang mencari maklumat kepada menggunakan aplikasi, bahkan ia mendedahkan anak-anak anda kepada pelbagai bentuk pembelajaran. Video, podcast, halaman media sosial, enjin carian, aplikasi pendidikan dan tapak web pembelajaran memberikan pelbagai maklumat kepada kanak-kanak. ✓ Kanak-kanak boleh mendapat manfaat daripada pembelajaran berterusan melalui literasi digital Tidak seperti generasi sebelum ini, kanak-kanak pada masa kini mendapat manfaat daripada pembelajaran berterusan dan tanpa had melalui platform digital. Sebelum ini, pembelajaran kanak-kanak terhad kepada perbincangan bilik darjah dan membaca ensiklopedia sahaja. Namun, pada masa kini, kanak-kanak belajar di luar bilik darjah. Walaupun selepas kelas, peluang untuk belajar banyak. Sambil mereka mencari melalui Internet atau menyemak imbas kandungan media sosial, mereka boleh mempelajari banyak perkara.


BUKU PANDUAN KEIBUBAPAAN DIGITAL (KID) ✓ Literasi digital mendorong kanak-kanak untuk mencapai potensi mereka Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka aplikasi serta jaringan sesawang akan mendorong mereka untuk cekap menguasai dunia digital seterusnya meningkatkan potensi mereka untuk menyerlah dalam pembelajaran, sosialisasi dan komunikasi. Membenarkan anak anda menggunakan dan meneroka alatan digital menunjukkan potensi mereka dan mendorong mereka untuk melakukan yang lebih baik dalam persekolahan, sosialisasi dan komunikasi. ✓ Celik digital adalah sebahagian daripada kehidupan moden Mulai sekarang sehingga anak anda menjadi dewasa, teknologi akan menjadi seBAB daripada kehidupan seharian. Daripada membeli-belah runcit hingga bekerja di dunia korporat, anak anda pastinya perlu menggunakan alat digital ini sendiri, dan cara terbaik untuk menyediakannya untuk ini ialah dengan mengajarnya cara menggunakan teknologi yang betul. 1b. Komponen Literasi Digital Untuk mengecapi faedah literasi digital, ibu bapa haruslah menyediakan anak-anak ke arah itu. Anak anda boleh dianggap sebagai celik digital jika mereka mampu memenuhi 5 komponen literasi digital iaitu: Komponen Ciri-ciri Bermaklumat dan operasi Mampu untuk mencari, menyimpan, mengurus dan menyusun data digital, maklumat dan kandungan. Kawalan dan Keselamatan Mampu melindungi peranti, kandungan, data peribadi dan privasi dalam persekitaran digital sambal menjaga kesihatan fizikal dan psikologi, dan menyedari teknologi digital untuk kesejahteraan sosial dan keterangkuman sosial. Komunikasi dan penyertaan digital Boleh berinteraksi, berkomunikasi dan bekerjasama melalui teknologi digital sambil menyedari kepelbagaian budaya dan generasi. Mampu mengurus identiti dan reputasi digital sendiri. Penciptaan dan inovasi digital Dapat mencipta, mengedit dan juga mengkomersialkan kandungan digital sambil memahami cara hak cipta dan lesen digunakan. Penyelesaian masalah Dapat mengenal pasti dan menyelesaikan isu dan masalah dalam persekitaran digital secara konseptual dan teknikal. Sememangnya bukan mudah untuk memenuhi kesemua komponen ini. Cabaran budaya, ekonomi dan banyak lagi menyekat keupayaan ibubapa dan anak-anak. Namun, usaha berterusan dan keinginan untuk mengecap faedah digital seharusnya mendorong ibubapa dalam memastikan anak-anak menjadi celik digital.


BUKU PANDUAN KEIBUBAPAAN DIGITAL (KID) Aktiviti 1 : Bandingkan tahap literasi digital anda dengan anak anda. Senaraikan kemampuan anda berdua berdasarkan lima komponen literasi digital yang dinyatakan diatas. Adakah anda berdua mempunya kemahiran yang sewajarnya? Jika ya, fikirkan bagaimana kemahiran ini telah membantu anda dalam kehidupan pelajar/ profesional ataupun peribadi? Jika tidak, fokus pada komponen yang tidak anda kuasai dan fikirkan cara bagaimana kemahiran ini dapat anda kecapi dalam masa terdekat? Sumber maklumat tambahan : 1. Rujukan video: Tajuk: Digital literacy and why it matters Pautan: https://youtu.be/p2k3C-iB88w Durasi: 2: 55 min Tajuk: Level of Digital Literacy of Children Living at the PPR Pautan: https://youtu.be/vE4VjM2LSLI Durasi: 6: 13 min 2. Bahan bacaan tambahan: 4 Sebab Kemahiran Literasi Digital Penting untuk Kanak-kanak https://ms.drafare.com/4-sebab-kemahiran-literasi-digital-penting-untuk-kanak-kanak/ The Importance of Digital Literacy in K-12 https://www.educationcorner.com/importance-digital-literacy-k-12.html


BUKU PANDUAN KEIBUBAPAAN DIGITAL (KID) BAB 2: ANAK-ANAK DAN TEKNOLOGI DIGITAL


BUKU PANDUAN KEIBUBAPAAN DIGITAL (KID) BAB 2: TATACARA PENGGUNAAN IBUBAPA Untuk membimbing anak yang bijak dan celik digital, kemampuan penggunaan sahaja tidak mencukupi. Anak-anak perlu dididik secara menyeluruh. Kebolehan teknikal harus disokong dengan penggunaan yang beretika. Sebagai ibu-bapa, cara yang terbaik adalah dengan menjadi contoh kepada anak-anak. Oleh itu, Ibu bapa dan penjaga perlu memahami konsep dan tatacara penggunaan digital yang positif. 2a. Etika Apabila Bersama Anak-Anak. Anak-anak sentiasa memerhati gerak laku ibubapa. Maka tatacara penggunaan alat digital ibubapa terutama sekali apabila bersama anak-anak merupakan faktor mendidik yang penting dalam pembentukan amalan digital anak-anak. Berikut adalah beberapa amalan yang boleh dilakukan untuk membentuk penggunaan digital yang beretika dikalangan ibubapa dan anakanak: ✓menunjukkan bahawa komunikasi bersemuka adalah lebih penting berbanding komunikasi atas talian dengan cara memberi perhatian kepada anakanak ketika bersama ✓menunjukkan kepada anak-anak cara yang berhemah ketika berkomunikasi dengan rakan di media sosial agar mereka dapat mengenalpasti apa yang sesuai atau tidak. ✓menekankan kepada anak-anak bahawa media digital dapat membina dan mengeratkan hubungan persahabatan. Oleh itu, saya harus berkomunikasi dengan mereka dari masa ke semasa dan menunjukkan minat untuk mengekalkan hubungan baik. ✓Sentiasa berkongsi maklumat yang baru, menarik dan bermanfaat kepada anak-anak demi mewujudkan satu kebiasaan untuk berkomunukasi dan berkongsi maklumat positif ✓Menggunakan kemudahan digital dalam memenuhi minat dan kecenderungan tertentu seperti menjahit, memasak, bertukang atau apa sahaja kemahiran agar dapat menunjukkan kepada anak-anak bahawa teknologi digital juga boleh disuaipadan dengan minat dan potensi mereka. ✓berbincang dengan anak-anak tentang penggunaan dan tabiat digital mereka. Ambil peluang untuk memberi nasihat yang sesuai dengan situasi dan keadaan semasa.


BUKU PANDUAN KEIBUBAPAAN DIGITAL (KID) a. b. 2b. Penggunaan Media Digital Yang Positif Pada masa yang sama, ibu-bapa perlu sedar bahawa tabiat dan amalan yang baik dan positif juga penting dalam penggunaan digital. Sebagaimana anak-anak diajar untuk sentiasa beradab dan berakhlak bila berkomunikasi dengan orang lain, ingatkan juga bahawa amalan yang sama perlu diaplikasi di atas talian. Namun sebelum penggunaan anak-anak dipersoal, ibu-bapa sendiri harus mengamalkan penggunaan positif seperti: ✓ Reputasi atas talian dapat membantu membina rangkaian (network) bermanfaat untuk masa hadapan. Oleh itu, bentuk reputasi atas talian yang positif dengan melakukan aktiviti digital yang baik. ✓ Terdapat pelbagai jenis individu menggunakan internet dan teknologi, oleh itu, kita harus menghormati pengguna lain yang mempunyai latar belakang berbeza. ✓ Semua orang berhak untuk menyuarakan pendapat masing-masing. Justeru kita harus belajar menghormati kepelbagaian pendapat. Jika tidak setuju, tinggalkan perbincangan tersebut bagi melindungi diri dan pihak ketiga dari terkesan. ✓ Bahasa mencerminkan peribadi. Gunakanlah bahasa yang sopan apabila berinteraksi dengan rakan-rakan terutama sekali dengan orang tidak dikenali bagi mengelakkan salah faham. ✓ Sentiasa mengguna ayat dan ejaan yang betul bagi mengelak kekeliruan atau timbul salah faham kepada pengguna lain. Dengan cara ini, kita dapat meningkatkan penguasaan dan penggunaan kosa-kata. ✓ Tidak menjadikan media sosial sebagai medium untuk meluahkan rasa tidak puas hati. ✓ Elak daripada melakukan perkara yang tidak disenangi semasa dalam talian. Jika kita tidak suka diperlakukan dengan cara tertentu, orang lain juga sudah pasti tidak suka diperlakukan sedemikian. Sebagai contoh terlibat dengan aktiviti cancel culture atau pembatalan atas talian.


BUKU PANDUAN KEIBUBAPAAN DIGITAL (KID) Kajian Kes: Cancel Culture Cancel culture atau pembatalan atas talian dipopularkan melalui kecanggihan internet. Idea utama membatal pengguna bermasalah di internet mencetuskan norma sosial internet hari ini. Di sisi baiknya, budaya ini telah mewujudkan rasa keadilan tentang apa yang betul dan salah dari segi moral, terutamanya yang berkaitan dengan hak asasi manusia, isu jantina, sensitiviti kaum, dan penderaan. Ini mengubah paradigma internet sebagai platform untuk kesedaran sosial berbanding penggunaan media sosial secara konvensional. Namun begitu, budaya batal juga memberi pelbagai kesan negatif terhadap kesihatan mental pengguna, menyebabkan mereka mengalami kebimbangan, kesunyian, dan kemurungan yang luar biasa. Budaya pembatalan melibatkan tindakan memalukan seseorang individu seperti mendedahkan tindakan individu tersebut dan menyebar ke setiap platform media sosial, mengganggu secara lisan dengan troling atau hantaran spam pada akaun mereka, menggesa orang lain melaporkan akaun mereka, serta memboikot kerja mereka sebagai tanda protest terhadap perbuatan mereka sehingga mereka meminta maaf kepada umum. Namun, tidak semua pengumuman maaf diterima oleh netizen yang terlibat dalam budaya pembatalan dalam talian. Budaya ini kebanyakannya menjejaskan orang terkenal dalam kalangan pengguna internet termasuk artis, usahawan, ahli politik, mahupun pempengaruh. Sebagai contoh, ianya berlaku kepada seorang pempengaruh atau influencer di Twitter bernama Intan Khairuddin yang terkenal dengan perkhidmatan solek dan perniagaan tudung. Dia kerap membantu mereka yang memerlukan dengan memberikan bantuan makanan. Ketika itu, dia sangat dihormati oleh pengguna Twitter lain. Walau bagaimanapun, pada tahun 2019, dia membuat catatan mengenai penghargaannya terhadap ibunya dalam di Twitter. Dia bercerita tentang perjuangan ibunya sebagai ibu tunggal. Dalam catatan tersebut, dia bercerita mengenai arwah bapanya yang meninggalkan anak-anak dan ibunya menggunakan kata-kata kesat. Perkara ini tidak disenangi oleh netizen termasuk pengikutnya. Kesan daripada itu, dia dibatalkan kerana tidak menghormati ayahnya yang sudah meninggal dunia. Pada netizen, perbuatannya itu salah dan tidak menggambarkan anak yang baik seperti yang diajarkan oleh Islam. Disebabkan itu, dia meninggalkan Twitter dan menyahaktifkan akaunnya sehingga kini kerana terjejas secara mental. Sehingga kini, tiada berita mengenai beliau.


BUKU PANDUAN KEIBUBAPAAN DIGITAL (KID) Kajian Kes: Cancel Culture Contoh kedua bagaimana budaya membatalkan boleh membawa kepada kemurungan boleh dilihat dalam kes Sulli, seorang pelakon dan penyanyi berusia 25 tahun, pernah menyertai kumpulan gadis K-pop bernama f(x) di bawah SM Entertainment yang membunuh diri pada tahun 2019. Dia dikenalpasti bergelut dengan kemurungan yang berpunca daripada komen kebencian dan orang ramai membatalkannya dalam talian kerana dia memecahkan stereotaip idola K-pop seperti bercakap tentang hak wanita dan berada dalam hubungan terbuka. Disebabkan Sulli tidak mengikut tingkah laku yang sepatutnya dimiliki oleh seorang selebriti K-pop, dia sering dimalukan dengan pelbagai kesalahan dan tohmahan di media sosialnya yang akhirnya membawa kepada episod menamatkan riwayatnya. Komuniti dalam talian selalunya mempunyai persepsi berat sebelah dan hanya bersetuju dengan tindakan yang digambarkan dalam talian yang selari dengan kepercayaan mereka. Adalah penting untuk memahami bahawa tindakan membatalkan individu dalam talian boleh menyebabkan mangsa mengalami kemurungan. Justeru nasihatkan anak-anak, dunia digital bukan tiket untuk mengutuk dan menghentam orang sesuka hati hanya kerana ianya dunia terbuka. Ianya hanyalah sebuah platform dan pengguna masih perlu beretika dan menghormati pengguna lain. Tidak setuju, tidak bermakna mereka perlu dimalukan di tempat umum. Agama juga tidak mengajar perbuatan memalukan dan memudaratkan individu lain.


BUKU PANDUAN KEIBUBAPAAN DIGITAL (KID) Aktiviti 2 : Berdasarkan kajian kes diatas, Cuba renungkan dan jawab persoalan dibawah: Tahukah anda apa itu cancel culture? Adakah cancel culture baik untuk menjaga hubungan sesama insan? Kenapa? Beri jawapan berdasarkan sudut pandang moral atau agama bahawa kita perlu memberi kemaafan kepada insan di sekeliling kita. Cancel culture bukan suatu perkara yang baik mahupun menguntungkan kerana ia menghukum seseorang berdasarkan rasa berat sebelah tanpa memberi peluang kepada mangsa untuk membela diri. Anda juga bole berbincang mengenai cancel culture bersama anak yang sudah boleh memahami. Tanyakan pada mereka jika mereka tahu atau pernah berhadapan dengan cancel culture? Tanyakan pula apa pendapat mereka tentang budaya ini. Hidupkan perbincangan dengan bersama-sama merefleksi bagaimana cancel culture dapat dijauhi dan dibendung. Sumber maklumat tambahan : 1.Rujukan video: Tajuk: Is Cancel Culture The Internet We Deserve? Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=ojBfNwlNgeg Durasi: 3:42 min 2. Bahan bacaan tambahan: • Debat dan Sejarah ‘Cancel Culture’ https://www.vox.com/culture/2019/12/30/20879720/what-is-cancelculture-explained-history-debate • ‘Cancel Culture’ sebagai sisi buruk media sosial https://www.kosmo.com.my/2021/06/26/cancel-culture-barah-dalam-masyarakat/


BAB 3: TATACARA PENGGUNA AN ANAK-ANAK


BUKU PANDUAN KEIBUBAPAAN DIGITAL (KID) BAB 3: TATACARA PENGGUNAAN ANAK-ANAK Cara terbaik untuk menyokong penggunaan digital beretika adalah dengan menekankan penggunaan Internet bertanggungjawab dan meletakkan sempadan yang jelas. Berikut adalah kaedah pemantauan dan pengawalan yang berkesan dalam membentuk penggunaan media digital bijak. a. 3a. Pemantauan dan Pengawalan. Ajak anak-anak untuk menyemak perkara dibawah: ✓ Tidak menggunakan data internet tanpa kebenaran ibu-bapa. ✓ Tidak berebut gajet dan bergaduh dengan adik beradik. ✓ Tidak terbawa-bawa pergaduhan dalam online game ke dunia sebenar. ✓ Tidak menimbulkan pergaduhan semasa berkomunikasi dalam talian seperti sengaja meninggalkan komen yang mendorong kemarahan pengguna lain. ✓ Tidak membuang masa bermain dalam talian tanpa aktiviti bermanfaat. ✓ Tidak menyahut cabaran internet yang boleh memudaratkan diri sendiri seperti Choking Challenge. ✓ Tidak berkomunikasi dengan orang yang tidak dikenali kerana ini boleh menjurus kepada buli siber. ✓ Tidak mengganggu privasi pengguna lain dengan berkongsi terlalu banyak mesej. ✓ Tidak mudah terpengaruh dengan pengguna lain yang menggunakan katakata kesat ketika bermain online game. ✓ Tegaskan pada anak-anak untuk meninggalkan perbincangan atau nyah rakan (unfriend) jika ada individu yang cuba menyakiti tanpa sebab. ✓ Tolak dengan sopan dari berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali di ruang maya. Elakkan penggunaan kata-kata kesat yang mungkin mendorong pihak tersebut merasa marah seterusnya menimbulkan pergaduhan dalam talian.


BUKU PANDUAN KEIBUBAPAAN DIGITAL (KID) 3b. Reputasi Digital Reputasi digital adalah cara anda dilihat oleh orang lain dalam dan luar talian, pada masa kini dan masa hadapan. Ianya dibentuk melalui tingkah laku pengguna dalam komuniti digital dan kandungan yang mereka siarkan tentang diri mereka dan orang lain seperti foto yang ditag dan dikongsi, catatan blog, dan interaksi rangkaian sosial. Reputasi digital boleh mempengaruhi masa depan sesiapa sahaja dan berupaya mempengaruhi hubungan keluarga, rakan-rakan, sekolah, mahupun syarikat bagi individu dewasa. Ajarkan anak-anak untuk melindungi reputasi mereka semasa berada atas talian. Reputasi digital boleh mempengaruhi masa depan anak-anak anda. Aktiviti seperti membuli, berbangga dengan salah laku, atau gambar tidak sopan boleh memberi reputasi buruk kepada anak-anak. Sudah pasti mereka tidak gembira jika maklumat tersebut tersebar dalam kalangan rakan sekolah mahupun guru-guru. Jadi, nasihatkan mereka untuk sentiasa berwaspada semasa berkongsi maklumat atas talian. Bagaimana cara untuk melindungi reputasi digital? Jom semak di bawah: ✓ Tetapkan akaun dalam mod privasi, namun harus diingat, ia tidak sepenuhnya melindungi anak-anak ✓ Padam akaun media sosial yang tidak diguna ✓ Tetapkan Google Alert untuk membantu anda mengtahui apabila seseorang menyiar sesuatu menggunakan nama anak anda ✓ Asingkan profil dalam talian peribadi dan profesional. Pertimbangkan untuk mengguna nama samaran pada profil dalam talian peribadi ✓ Sentiasa ingat bahawa dunia digital adalah dunia terbuka di mana sesiapa sahaja boleh akses maklumat yang anak-anak kongsikan ✓ Sentiasa ingat apabila maklumat berada dalam talian, ianya sukar dipadam dan mungkin tersebar dengan cepat ✓ Maklumat dan gambar boleh disalah tafsir serta diubah apabila ianya tersebar, bersediakah anak-anak untuk menghadapi situasi sebegini? ✓ Sentiasa waspada akan foto anak-anak yang ditag oleh rakan dan alih keluar mana-mana yang menyinggung perasaan ✓ Untuk ibu bapa pula, jangan sebar aib anak-anak dalam talian sewenangwenangnya. Elakkan berkongsi video atau tulisan anda marah akan anak-anak atau perkara berkaitan anak-anak yang mungkin memalukan mereka dan menjatuhkan harga diri mereka. Jika bukan anda, siapa lagi yang dapat melindungi mereka kan?


BUKU PANDUAN KEIBUBAPAAN DIGITAL (KID) Aktiviti 3: Tunjuk pada anak anda apa yang akan terjadi apabila nama mereka atau nama ibubapa ditaip di enjin carian. Anak-anak akan belajar bahawa setiap maklumat berkaitan diri akan terpapar di situ. Tanyakan pada mereka adakah mereka rasa apabila melihat maklumat tentang diri mereka, ibu bapa atau ahli keluarga mereka itu? Ingatkan anak-anak untuk hanya berkongsi maklumat yang mereka rasa akan memberi kesan positif kepada mereka. Ini merupakan langkah terbaik bagi melindungi diri. Amalkan saranan yang telah diberi di atas. Sumber maklumat tambahan : 1.Rujukan video: Tajuk: Manage Your Online Reputation Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=w7qEbPVw3hA Durasi: 3:36 min 2. Bahan bacaan tambahan: • Statistik pemantauan digital ibu bapa https://www.pewresearch.org/internet/2016/01/07/how-parents-monitor-theirteens-digital-behavior/ • Perkara-perkara mengenai reputasi digital yang perlu diketahui oleh anak-anak https://www.rd.com/article/5-things-your-kids-should-know-about-their-onlinereputation/


BUKU PANDUAN KEIBUBAPAAN DIGITAL (KID) Terma Penting : ✓ Jejak Digital ✓ Reputasi Digital ✓ Cancel Culture ✓ Pemantauan ✓ Pengawalan ✓ Tatacara ✓ Etika Aktiviti 4 : Cuba untuk ingat kembali maklumat yang telah di kongsi di dalam BUKU PANDUAN ini dengan menjawab soalan-soalan dibawah: Apakah cara-cara untuk anak-anak berinteraksi dengan orang semasa dalam talian? Apakah yang akan anda lakukan jika terdapat seseorang yang tidak dikenali menghubungi anak anda dalam talian? Jika anda dilemparkan kata-kata kesat di atas talian, apakah yang akan anda lakukan? Ajak anak-anak memberi lima contoh perkara jelik yang tidak patut dilakukan dalam talian. Bincangkan kesan daripada melakukan perkaraperkara yang dinyatakan itu.


BUKU PANDUAN KEIBUBAPAAN DIGITAL (KID) Rujukan Tambahan: 1. Baby Center. (2015, April 22). How to talk to your child about interacting with strangers. BabyCenter. https://www.babycenter.com/health/safety-and-childproofing/how-to-talkto-your-child-about-interacting-with-strangers_3657124 2. Govconnection. (2017). 5 Benefits Digital Literacy [Slides]. https://www.govconnection.com/. https://www.govconnection.com/~/media/pdfs/brands/a/adobe/adobe-hied-5-benefitsdigital-literacy.pdf?v=1&la=en 3. In English With Love. (2022, April 4). How to respond to a rude person in English — In English with love. https://www.inenglishwithlove.com/blog/how-to-respond-to-a-rudeperson 4. Internet Matters. (2022, January 25). How to help children communicate appropriately online. https://www.internetmatters.org/hub/question/how-to-help-childrencommunicate-appropriately-online/ 5. New York Post. (2021, August 31). What is cancel culture? Everything to know about the toxic online trend. https://nypost.com/article/what-is-cancel-culture-breaking-downthe-toxic-online-trend/ 6. Panda Security. (2017, June 30). 8 things your kids shouldn’t do online. Panda Security Mediacenter. https://www.pandasecurity.com/en/mediacenter/family-safety/seventhings-kids-shouldnt-online/ 7. Risalah Islam. (2019, February 2). Pengertian Hablum Minallah Dan Hablum Minannas: Kesalehan Individu Dan Sosial. https://www.risalahislam.com/2019/02/pengertian-hablum-minallahminannas.html 8. Spencer, B., & Slaydon, A. (2020, December 23). Has a stranger tried to contact your child online? Probably. What you need to know to keep your kids safe. KPRC. https://www.click2houston.com/news/local/2020/11/16/has-a-stranger-tried-tocontact-your-child-online-probably-what-you-need-to-know-to-keep-your-kids-safe/ 9. TechBoomers. (2022, March 10). Importance of digital literacy: 13 ways it can improve lives. TechBoomers.com. https://techboomers.com/importance-of-digital-literacy


BUKU PANDUAN KEIBUBAPAAN DIGITAL (KID) SKEMA JAWAPAN Aktiviti 1: Ya. • Berhubung dengan orang yang disayangi Dapat berhubung dengan keluarga, rakan-rakan, teman sekerja atau sesiapa bila-bila dan dimana sahaja. Melalui akaun media sosial seperti Facebook dan Instagram, kita dapat mengikuti perkembangan terkini hidup mereka, atau berhubung kembali dengan mereka yang tidak pernah berhubung selama bertahun-tahun. • Jimat masa dan wang Literasi digital dapat membantu anda menggunakan pelbagai aplikasi digital. Kini, pelbagai aplikasi digital telah direka untuk membantu kita menguruskan kehidupan seharian seperti membeli-belah, perbankan dan tugasan umum. • Memohon pekerjaan Kini, pekerjaan banyak bergerak atas talian, dan selalunya, banyak permohonan kerja dan resume diterima secara eksklusif atas talian. • Hiburan Anda boleh akses pelbagai filem dan video yang ingin ditonton sekiranya berada atas talian. Kini, anda boleh melanggan televisyen dengan bayaran bulanan yang rendah seperti Netflix atau menonton video tanpa had secara percuma di aplikasi seperti YouTube dan TikTok. • Dapat akses maklumat antarabangsa Anda dapat mengikuti perkembangan berita yang berlaku di seluruh dunia, dan juga boleh mengakses sumber-sumber perpustakaan yang berpuluh-puluh ribu batu jauhnya hanyalah sebahagian daripada faedah yang boleh anda nikmati dengan peningkatan celik digital. K Aktiviti 2: Cancel culture adalah fenomena "membatalkan" orang, jenama, rancangan dan juga filem kerana dianggap oleh sesetengah pihak sebagai bermasalah dan menyinggung perasaan (New York Post, 2021). Cancel culture tidak baik untuk menjaga hubungan sesama insan. Kita sebagai manusia sering melakukan kesilapan. Adakah kita berhak untuk menghukum seseorang? Islam mengajar umatnya untuk menjaga hubungan dengan ALLAH dan sesama manusia. Hubungan dengan ٍل ِِّم ْن هَّللاِ) Minallah Hablum sebagai disebut Allah ْحب .( َHubungan dengan sesama manusia disebut ٍل ِِّم َن النها ِس) Minannas Hablum sebagai ْحب .( َALLAH TAALA telah berfirman dalam surah Al-Imran ayat 112: “Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi kerendahan. yang demikian itu karena mereka kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh Para Nabi tanpa alasan yang benar. yang demikian itu disebabkan mereka durhaka dan melampaui batas.” Sebagai seorang Muslim, kita perlu seimbang dalam Hablum minallah dan Hablum minannas. Jika bagus dalam menjaga hubungan dengan Allah, namun hubungan dengan sesama manusia buruk, berdasarkan hadis baginda Nabi Muhammad SAW di bawah: Baginda Nabi Muhammad SAW bertanya kepada para sahabatnya. "Tahukah kalian siapa orang yang bangkrut itu (al-muflis)?'' Mereka menjawab, "Menurut kami, yang bangkrut itu adalah orang yang tidak memiliki uang dan harta kekayaan.''


BUKU PANDUAN KEIBUBAPAAN DIGITAL (KID) Lalu Beliau bersabda, "Sesungguhnya umatku yang bangkrut adalah orang yang pada hari kiamat datang dengan membawa shalat, puasa, dan zakat, tetapi ia selalu mencaci-maki, menuduh, memakan harta, membunuh, dan menyakiti orang lain. Setelah itu, pahalanya diambil untuk diberikan kepada setiap orang yang dianiayanya sampai habis, sementara tuntutan masih banyak yang belum terpenuhi. Lalu, sebagian dosa mereka dibebankan kepadanya hingga ia dilemparkan ke neraka.'' (HR Muslim) Aktiviti 3: Antara soalan-soalan yang boleh ditanya kepada anak-anak: • Apa perasaan melihat maklumat/foto mengenai orang yang dikenali tersebar luas di internet? • Apa akan anak lakukan jika maklumat itu adalah negative atau palsu? Ajar anak-anak untuk: • Tetapkan akaun dalam mod privasi, namun harus diingat, ia tidak sepenuhnya melindungi anak-anak • Padam akaun media sosial yang tidak diguna • Tetapkan Google Alert untuk membantu anda mengtahui apabila seseorang menyiar sesuatu menggunakan nama anak anda • Asingkan profil dalam talian peribadi dan profesional. Pertimbangkan untuk mengguna nama samaran pada profil dalam talian peribadi • Sentiasa ingat bahawa dunia digital adalah dunia terbuka di mana sesiapa sahaja boleh akses maklumat yang anak-anak kongsikan • Sentiasa ingat apabila maklumat berada dalam talian, ianya sukar dipadam dan mungkin tersebar dengan cepat • Maklumat dan gambar boleh disalah tafsir serta diubah apabila ianya tersebar, bersediakah anak-anak untuk menghadapi situasi sebegini? Aktiviti 4: 1. Apakah cara-cara untuk anak-anak berinteraksi dengan orang semasa dalam talian? • Mengajar dan menunjukkan contoh mengikut komunikasi anda sendiri • Mengingatkan anak-anak anda supaya menghormati orang lain • Teori "fikir dahulu sebelum bertindak" juga perlu diaplikasikan atas talian 2. Apakah yang akan anda lakukan jika terdapat seseorang yang tidak dikenali menghubungi anak anda dalam talian? • Letakkan komputer atau telefon di ruang tamu atau kawasan umum untuk kegunaan anakanak anda supaya anda boleh memantau aktiviti mereka. • Beritahu anak anda supaya tidak memberikan sebarang maklumat peribadi, menjawab soalan atau mengisi borang atas talian. • Memantau semua pesanan yang anak-anak hantar dan terima di media sosial. • Matikan jejakan lokasi pada peranti


BUKU PANDUAN KEIBUBAPAAN DIGITAL (KID) • Tingkatkan keselamatan dengan memuat turun aplikasi keselamatan internet untuk kanakkanak seperti Bark, Net Nanny dan Life360. Aplikasi kawalan ibu bapa ini boleh menjejaki setiap tempat yang pernah dilawati oleh anak anda dan anda juga boleh menggunakan aplikasi ini untuk menyekat kandungan tertentu atau untuk menetapkan sekatan masa pada penggunaan internet. 3. Jika anda dilemparkan kata-kata kesat di atas talian, apakah yang akan anda lakukan? • Berikan diri anda sedikit masa untuk bertenang dan berfikir. Kemudian, beritahu mereka bahawa perasaan anda terluka dan anda memerlukan sedikit ruang dan masa untuk bertenang. • Beritahu mereka perkara biadap yang mereka katakan dan bagaimana perasaan anda. 4. Ajak anak-anak memberi lima contoh perkara jelik yang tidak patut dilakukan dalam talian. Bincangkan kesan daripada melakukan perkara-perkara yang dinyatakan itu. • Bercakap dengan orang yang tidak dikenali • Pembulian siber • Berkata kasar atas talian • Muat turun aplikasi yang tidak sesuai • Mengujungi web yang mengadungi kandungan tidak sesuai untuk kanak-kanak Perkara-perkara di atas memberikan kesan negatif contohnya memburukkan hubungan sosial dan meningkatkan permasalahan moral seperti penyalahgunaan bahan dan keganasan.


BUKU PANDUAN KEIBUBAPAAN DIGITAL (KID) Unit seterusnya: Risiko Penggunaan Media Digital


Click to View FlipBook Version