KANDUNGAN Kata Alu-Aluan YAB Ketua Menteri Melaka………………………………………….………………. 3 Kata Alu-Aluan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia …………………………………………….... Kata Alu-Aluan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Melaka…………………………...... 4 5 Agenda Mesyuarat…………………………………………………………................ 6 Ahli Jawatankuasa DPMM Melaka Bagi Tahun 2023/2024………….................. 7 Notis Mesyuarat Agung Tahunan DPMM Melaka Kali Ke 48....………................ 8 Senarai Kehadiran Ahli Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 47…………………. 9 Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 47……………………………………… 10 -14 Struktur Organisasi DPMM Negeri Melaka Bagi Tahun 2023/2024…………….. 15 Laporan Tahunan 2023/2024……………………………………….……................ 16 -19 Carta : Kehadiran Mesyuarat Ahli Jawatankuasa…………………………………. 20 Laporan Aktiviti Bergambar………………………………………………………….. 21- 30 Diari……………………………………………………………................................... 31- 34 Laporan Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023…………………… 35-64 Penghargaan……………………………………………………………..................... 65
Kata Alu-Aluan YAB Ketua Menteri Melaka Salam Sejahtera, Salam Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia, Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat dan Salam Malaysia MADANI. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Melaka khususnya kepada Yang Dipertua dan Ahli Jawatankuasa DPMM Negeri Melaka atas penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-48 tahun ini. Menurut Malaysia Investment Development Authority (MIDA), sehingga suku ketiga tahun 2023, Negeri Melaka Berjaya meraih pelaburan berjumlah RM4.77 bilion. Kerajaan negeri komited meletakkan negeri Melaka menjadi sebuah negeri ‘Mesra Pelabur’. Justeru, saya yakin dengan kepesatan pelaburan ini, limpahan ekonomi pasti akan memberi impak positif kepada usahawan khususnya di negeri Melaka. Kerajaan negeri menghargai peranan para usahawan dan peniaga yang turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Melaka. Maka, menerusi pembentangan Bajet 2024 yang lepas, beberapa inisiatif telah dicadangkan untuk membantu usahawan Melaka antaranya Program Mula Niaga iaitu inisiatif di bawah Pembangunan Usahawan Negeri Melaka untuk membantu golongan usahawan dan peniaga yang ingin memulakan perniagaan. Di samping itu, terdapat juga penawaran sewaan percuma selama satu tahun kepada usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) yang memenuhi syarat dan kelayakan untuk memulakan perniagaan di Pulau Melaka. Akhir kata, saya berharap Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Melaka selaku badan induk ekonomi Melayu utama terus memperjuangkan ekonomi dan usahawan Melayu untuk mencipta kejayaan dan kekal relevan di peringkat negeri, nasional, mahupun antarabangsa sekali gus membuktikan bahawa usahawan Melayu mampu bersaing dan mencipta nama sehingga di persada dunia. Sekian. Terima Kasih. “MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA” “BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT” Ketua Menteri Melaka 3
Kata Alu-Aluan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Alhamdulillah. Syukur kita kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya kita diberi kesempatan untuk meneruskan perjuangan Dewan Melayu demi ahli - ahli Dewan di peringkat nasional dan negeri. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada DPMM Melaka melalui kepimpinan Yang DiPertuanya, Tuan Hj. Farosham bin Naizamohideen bersama Ahli-ahli Jawatankuasanya dengan konsisten terus mengukuhkan DPMM Melaka kerana kemajuan sesebuah organisasi adalah terletak di atas perpaduan dan disiplin pimpinan dengan sokongan padu ahli - ahli demi memperkasakan ahli khasnya dan usahawan Melayu amnya. Kita tidak boleh bergerak secara bersendirian, usahawan Melayu memerlukan sokongan dari organisasi untuk menyuarakan keperluan dan kehendak mereka manakala Dewan Melayu juga beriringan dengan organisasi rakan seperjuangan iaitu Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) yang mewakili 47 pertubuhan badan bukan Kerajaan (NGO) ekonomi Melayu termasuklah Dewan Melayu. Dewan Melayu telah memainkan peranan sebagai Jawatankuasa tetap Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) yang telah melabuhkan tirainya pada 2hb Mac 2024 yang lalu. Walaupun KEB 2024 telah tamat, Dewan Melayu akan terus memantau pelaksanaan lebih 80 resolusinya sebagai agenda pemerkasaan Bumiputera. Menerusi hasil pemantauan itu, Dewan Melayu akan menerangkan kepada pihak berwajib mengenai realiti sebenar status usahawan supaya agenda pemerkasaan Bumiputera bukan hanya sekadar satu retorik. Dewan Melayu akan terus menjadi satu platform yang menyuarakan hak - hak usahawan Melayu sebagai contoh, baru - baru ini dalam menegakkan hak peniaga Bumiputera, kepimpinan Dewan Melayu telahpun mengambil tindakan proaktif dengan bertemu pihak PETRONAS berkenaan isu pelantikan syarikat bukan Bumiputera bagi projek pemasangan sistem solar di 300 stesen minyaknya. Dimana ini sama sekali menyimpang jauh dari resolusi KEB 2024 yang telah dibangkitkan oleh pihak kerajaan. Hasil dari perbincangan tersebut, pihak PETRONAS telah bersetuju dengan idea yang diutarakan oleh DPMM dan MTEM untuk menubuhkan konsortium bagi tender projek PETRONAS selepas ini. Saya yakin dengan kepimpinan sekarang dan masa hadapan Dewan Melayu, walau bersilih ganti akan meneruskan misi dan visi untuk kemajuan usahawan Melayu dengan memastikan ekonomi Melayu kembali ke mercu dan dikenali di peringkat antarabangsa inshaAllah. Akhir sekali sempena bulan Ramadhan Al Mubarak dan Eidul Fitri, saya ingin ucapkan Selamat berpuasa dan Selamat Eidul Fitri Al Mubarak. Sekian, wassalam. 4
Kata Alu-Aluan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Melaka Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa dan pengurusan DPMM Melaka atas penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan DPMM Melaka Ke 48 pada hari ini. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia tidak lagi merupakan entiti yang asing di kalangan para usahawan. Sejarah organisasi ini menorehkan kehadirannya sejak tahun 1938, dan dengan kesetiaannya yang tak ternilai, telah menyaksikan 65 tahun penuh kepahlawanan seiring dengan kemerdekaan Malaysia. DPMM telah meniti perjalanan panjang dengan kehebatan Presiden-presiden terdahulunya, dan kini masih menggalas misi membara untuk memantapkan ekonomi, khususnya bagi bangsa Melayu. Selama hampir 5 dekad yang gemilang, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Melaka telah berperanan sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang antara tujuan utamanya memperjuangkan ekonomi dan usahawan Melayu. Buah fikiran, idea dan maklumbalas telah disuarakan dari masa ke semasa kepada agensi kerajaan untuk membantu mereka membuat dasar yang berkait dengan ekonomi dan usahawan Melayu. Peranan ini yang jarang sekali diketahui ramai kerana usaha ini adalah usaha belakang tabir yang tidak dicanangkan. Sebagai badan NGO, Dewan Melayu Melaka sentiasa berusaha membantu ahli mendapatkan informasi, peluang dan program yang dapat meningkatkan perniagaan mereka serta mempromosikan perniagaan mereka dari masa ke semasa. Di peringkat Dewan Melayu Malaysia, peranan media social telah diperhebatkan manakala di peringkat Dewan Melayu Melaka sedang berjalan dan sedang dipertingkatkan ke tahap yang lebih baik. Dewan Melayu Melaka sentiasa mengalu-alukan ahli-ahli yang bersedia menyumbang masa, tenaga dan buah fikiran untuk menjadikan Dewan Melayu Melaka sebagai badan NGO yang berperanan aktif dalam memperjuangkan usahawan Melayu sesuai dengan apa yang telah termaktub dalam perlembagaan. Dewan Melayu Melaka dengan gagah berani serta dengan semangat yang membara sentiasa membuka pintu kepada ahliahli yang bersedia mengorbankan masa, tenaga, dan intelek mereka bagi memperkasakan peranannya sebagai peneraju cemerlang dalam memperjuangkan dan memajukan usahawan Melayu, sejajar dengan visi dan misi yang digariskan dalam perlembagaannya. Dengan keazaman dan iltizam yang tinggi, Dewan Melayu Melaka akan terus meneroka dan mewujudkan ruang bagi para usahawan, pengusaha, peniaga, pencipta untuk berhimpun, berkolaborasi, dan berusaha ke arah kecemerlangan yang tiada tandingannya. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat, dan saya juga mendoakan agar kita semua berjaya dalam melaksanakan apa jua perancangan dan menempa kejayaan dalam apa juga yang kita lakukan. Sekian, wassalam. Encik Farosham bin Naizamohideen Yang Dipertua 5
AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 48 Agenda Mesyuarat: 1.0 Ucapan Pengerusi 2.0 Membentang Minit Mesyuarat Agung Tahunan DPMM Negeri Melaka Kali Ke 47 3.0 Membentang Laporan Tahunan Bagi Tahun 2023/2024 4.0 Membentangkan Penyata Kewangan yang telah diperiksa dan disahkan oleh Juruaudit bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 5.0 Melantik Juruaudit Bagi Tahun 2024 6.0 Melantik tiga (3) orang Pemegang Amanah 7.0 Membahaskan Usul-Usul yang telah diterima secara bertulis tujuh (7) sebelum Tarikh Mesyuarat Agung 8.0 Ucapan Penangguhan 6
Barisan Kepimpinan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Melaka Sesi 2023-2024 Farosham Naizamohideen Yang Dipertua Shirin Othman Timbalan Yang Dipertua Mohd Azrudin bin Md Idris Naib Yang Dipertua Saniah Sarip Setiausaha Kehormat Ahmad Hezri Sardi Bendahari Kehormat Dato' Daud Salam Jawatankuasa Ahmad Shukri Abdul Shukor Jawatankuasa Norazilla Abdul Rahman Jawatankuasa Alif Asyraf Sardi Jawatankuasa Muhammad Ariff Qayyum Mohd Zamri Jawatankuasa Nurnidar Khairuddin Jawatankuasa Muhammad Hazwan Abd Haleem Jawatankuasa Noorlilinaty Mohd Noordin Pengerusi Dewanita Muhammad Zafri Mustazah 7 Pengerusi Dewan Muda
8 8
SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-47 23 FEBRUARI 2023, 2.00 PETANG DPMM MELAKA DAN SECARA ATAS TALIAN (ZOOM) AHLI INDIVIDU/PROFESIONAL/ENTERPRISE Hadir (Online) Bil Nama No. Ahli Bil Nama No. Ahli 1 Mohd Rafi bin Mohd Yusof M/0998/2019 3 Muhammad Nursyafiq Aiman bin Mohd Arif M/1182/2021 2 Muhammad Hafiz bin Othman M/0832/2015 4 Noryati binti Jani M/1161/2020 AHLI SYARIKAT Hadir (Fizikal) Bil Nama No. Ahli Bil Nama No. Ahli 1 Abd Rahman bin Rahmat (Rras Bakti (M) Sdn Bhd) M/0761/2010 7 Khairul Rijal bin Sodirman (Alpha Beta Printing & Advertising Sdn Bhd) M/1224/2022 2 Abdul Aziz bin Abdul Manaf (Mix Effort Sdn Bhd) M/1156/2020 8 Mohd Azrudin bin Datuk Md Idris (Syarikat Zaris Sdn Bhd) M/0585/2003 3 Amirul Harris bin Abd Halim (Arina Marketing Sdn Bhd) M/0876/2016 9 Mohd Rasit bin Haji Saleh (Faracon Sdn bhd) M/0401/1996 4 Daud bin Salam, Dato' (DMA Construction Sdn Bhd) M/0520/2002 10 Muhammad Zafri bin Mustazah (Laila Assets Sdn. Bhd.) M/0929/2018 5 Farosham bin Naizamohideen (Impressive Transforms Sdn Bhd) M/0621/2006 11 Nur Sakinah binti Zaabar (Prima Arif Sdn Bhd) M/0877/2016 6 Hamzah bin Paravil Moideom, Haji (L'Ham Capital Sdn Bhd) M/0220/1988 9 Bil Nama No. Ahli Bil Nama No. Ahli 1 Abd Halim Bin Husin, Haji M/0572/2003 26 Muhammad Hazwan bin Abd Haleem M/1220/2022 2 Abdul Azim bin Abdul Manaf M/1223/2022 27 Noor Azmi bin Ab Aziz M/0704/2009 3 Abdul Haleem bin Berahim M/0908/2016 28 Noor Mastura binti Zulkarnain Mubarrak M/0951/2019 4 Abdul Razak bin Daud M/0831/2015 29 Noorlilinaty binti Mohd Noordin M/1040/2019 5 Abdullah bin Ismail M/1060/2019 30 Nor Afliza binti Arshad M/1221/2022 6 Ahmad Hezri bin Sardi M/1154/2020 31 Nor Hasri bin Anuar M/0897/2016 7 Ahmad Shukri bin Abdul Shukor M/1153/2020 32 Nor Hidayah binti Mohd Tahir M/0947/2019 8 Alif Asyraf bin Sardi M/0936/2019 33 Norahimah binti Yaakop M/1232/22 9 Anis Suriati binti Ghazali M/1204/2021 34 Norazilla binti Abdul Rahman M/1155/2020 10 Asfalela binti Datuk Md Idris M/0854/2015 35 Norliyana binti Haron M/1234/22 11 Azliyana binti Aladdin M/0982/2019 36 Nur Aqilah binti Mohd Nor M/1236/22 12 Aznifa binti Redzuan @ Radowan M/1197/2021 37 Nur Saadah binti Zamri M/1045/2019 13 Eravaizura Salleh M/0874/2016 38 Nurnidar binti Khairuddin M/1187/2021 14 Fazlina binti Zakariah M/0866/2016 39 Rapiah binti Ahmad M/1177/2020 15 Hamidah binti Aman M/1188/2021 40 Robitah binti Shariff, Datin M/1222/2022 16 Harizah binti Bahari M/0954/2019 41 Saniah binti Sarip M/0957/2019 17 Julianti binti Yahya M/0953/2019 42 Sharifah Norrita binti Syed Ali M/0868/2016 18 Junaina binti Bakar M/1184/2021 43 Shirin binti Othman M/0804/2012 19 Kalsom binti Ab. Rahman M/0892/2016 44 Siti Anisfatin binti Ahmad Mashuri M/1235/2022 20 Kamaruddin bin Parayil Moideen M/0872/2016 45 Siti Nadzirah binti Mohd Basri M/0950/2019 21 Maryati binti Maseran M/0945/2019 46 Siti Nur Fadhillah binti Ahmad M/0955/2019 22 Mazlan bin Mohamad M/0927/2017 47 Syazwan Azreen bin Azizan M/0946/2019 23 Mohd Aizuddin Akmal bin Rosli M/1231/22 48 Zaidiana binti Musa M/1229/2022 24 Muhammad Adam bin Abdullah M/1233/22 49 Zaikaria bin Marmin M/0834/2015 25 Muhammad aAriff Qayyum bin Mohd Zamri M/0870/2016 50 Zainab binti Ballazi M/0956/2019
10
11
12
13
14 14
JAWATANKUASA NEGERI DPMM NEGERI MELAKA URUSETIA Puan Suhaida binti Zahar Pengarah Eksekutif & Kewangan STRUKTUR PENGURUSAN BAGI PENGGAL 2023 - 2024 Encik Farosham Naizamohideen Puan Shirin binti Othman Encik Mohd Azrudin bin Datuk Md Idris Encik Shaharrudin bin Hj Syahid (Letak Jawatan pada 04.12.2023) Puan Saniah binti Sarip (Lantikan pada 13.12.2023) Encik Ahmad Hezri bin Sardi Encik Mohammad Sharifuddin bin Abd Hamid Eksekutif Muda Encik Muhammad Zunnurain bin Mohd Yusoff Pembantu Eksekutif 15 JAWATANKUASA PENGURUSAN (JKP)
16 LAPORAN TAHUNAN2023-2024 1.0 AHLI JAWATANKUASA DPMM NEGERI MELAKA 2023-2024 Yang DiPertua : Encik Farosham Naizamohideen Timbalan Yang DiPertua : Puan Shirin Othman Naib Yang DiPertua : Encik Mohd Azrudin bin Md Idris Setiausaha Kehormat : : Encik Shaharrudin bin Hj Syahid (Letak jawatan pada 04.12.2023) Puan Saniah binti Sarip (Lantikan pada 13.12.2023) Bendahari Kehormat : Encik Ahmad Hezri bin Sardi Ahli Jawatankuasa : Encik Habibul Ajmi bin Manggar : Dato’ Daud bin Salam : Encik Ahmad Shukri Abdul Shukor : Puan Norazilla binti Abdul Rahman : Encik Alif Asyraf bin Sardi : Encik Muhammad Ariff Qayyum Mohd Zamri : Puan Nurnidar Khairuddin : Encik Muhammad Hazwan Abd Haleem Pengerusi Dewan Muda : Puan Noorlilinaty Mohd Noordin Pengerusi Dewanita : Encik Muhammad Zafri Mustazah 2.0 AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN (JKP) Yang DiPertua : Encik Farosham Naizamohideen Timbalan Yang DiPertua : Puan Shirin Othman Naib Yang DiPertua : Encik Mohd Azrudin bin Md Idris Setiausaha Kehormat : : Encik Shaharrudin bin Hj Syahid (Letak jawatan pada 04.12.2023) Puan Saniah binti Sarip (Lantikan pada 13.12.2023) Bendahari Kehormat : Encik Ahmad Hezri bin Sardi 3.0 PEMEGANG AMANAH Yang DiPertua : Encik Farosham Naizamohideen Timbalan Yang DiPertua : Puan Shirin Othman Naib Yang DiPertua : Encik Mohd Azrudin bin Md Idris 4.0 AHLI JAWATANKUASA KUMPULAN WANG AMANAH, BIASISWA DAN KEBAJIKAN Yang DiPertua : Encik Farosham Naizamohideen Timbalan Yang DiPertua : Puan Shirin Othman Naib Yang DiPertua : Encik Mohd Azrudin bin Md Idris Setiausaha Kehormat : : Encik Shaharrudin bin Hj Syahid (Letak jawatan pada 04.12.2023) Puan Saniah binti Sarip (Lantikan pada 13.12.2023) Bendahari Kehormat : Encik Ahmad Hezri bin Sardi
17 5.0 KEAHLIAN Jumlah Ahli berdaftar sehingga 31.12.2023 adalah seramai 133 orang. Seramai 75 orang ahli telah menjelaskan yuran sebelum 31 Disember 2023. Seramai 16 orang ahli yang telah menjelaskan yuran selepas 31 Disember 2023. Manakala baki seramai 42 orang lagi masih belum menjelaskan yuran setakat 31 Disember 2023. 6.0 ASET BANGUNAN DPMM NEGERI MELAKA Butiran Kegunaan/Disewakan 6.1 Rumah Kedai 2 Tingkat, Taman Semabok Perdana, Melaka: No. 71 & 73, Jalan SP 4, – 2 Lot - DPMM Negeri Melaka No. 71-1 (Atas) Jalan SP4 - KOSONG (Bermula 01.12.2023) No. 73-1 (Atas) Jalan SP4 - DPMM Negeri Melaka No. 61 (Bawah) Jalan SP4 - Disewa Alpha Beta Printing & Advertising Sdn Bhd (Bermula 01.05.2023) No. 61-1 (Atas) Jalan SP4 - KOSONG No. 59 (Bawah) Jalan SP4 - Disewa Op Battery Enterprise No. 59-1 (Atas) Jalan SP4 - Disewa Encik Abdul Hadi bin Lamin 6.2 Rumah Kedai 4 Tingkat, Taman Nirwana, Batang Tiga, Klebang Melaka: No. 42, Tingkat Bawah, Jalan Nirwana 2 - Disewa NST Procare Sdn Bhd No. 42, Tingkat Satu, Jalan Nirwana 2 - KOSONG No. 42, Tingkat Dua, Jalan Nirwana 2 - Disewa Pn Nur Atiqah Najwa Joseph Abdullah No. 42, Tingkat Tiga, Jalan Nirwana 2 - Mal Wah Sdn Bhd (Bermula 01.03.2024) 6.3 Rumah Kedai 2 Tingkat, Bandar Baru Sg.Udang, Melaka No. 6, Jln Kerambit 4, Bandar Baru Sg. Udang No. 6-1, Jln Kerambit 4, Bandar Baru Sg. Udang No. 8, Jln Kerambit 4. Bandar Baru Sg. Udang No. 8-1, Jln Kerambit 4, Bandar Baru Sg. Udang - Disewa Klinik 1Malaysia Melaka - Disewa Pn Suhaila Mahat - Disewa Pn Rahimah Tompang - KOSONG
18 6.4 Rumah Kedai 2 Tingkat, 1 Unit, Taman Limbongan Jaya, Melaka No. 25 (Bawah) Tmn Limbongan Jaya, Melaka - Disewa En. Muhammad Azfar Abdul Rahman No. 25-1, (Atas) Tmn Limbongan Jaya, Melaka - Disewa Puan Norzahirah Binti Zakri 7.0 MESYUARAT JAWATANKUASA DPMM NEGERI MELAKA TAHUN 2022/2023 Bil. Tarikh Masa Tempat 1. 2 Mac 2023 8.30 Malam DPMM Melaka dan Atas Talian 2. 1 Jun 2023 8.30 Malam DPMM Melaka dan Atas Talian 3. 13 Jun 2023 8.30 Malam DPMM Melaka dan Atas Talian 4. 13 Disember 2023 10.00 pagi DPMM Melaka dan Atas Talian 5. 15 Februari 2024 10.00 pagi Perniagaan Orang Kampung Serkam, Melaka 8.0 PEJABAT URUSETIA DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA NEGERI MELAKA, No. 71 & 73, Jalan SP 4, Bangunan DPMM Negeri Melaka, Taman Semabok Perdana, 75050 Semabok, MELAKA. No. Telefon dan WhatsAPP: 06-283 2298 E-mail : urusetia@dpmmnm.org | dewanmelayumelaka@gmail.com Web Site : www.dpmmnm.org Facebook : Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Melaka 9.0 WAKTU PEJABAT Waktu Pejabat Urusetia: Isnin hingga Khamis 9.00 pagi - 1.00 tengahari 2.00 petang - 5.30 petang Jumaat 9.00 pagi - 12.30 tengahari 2.45 petang - 5.30 petang (Cuti pada setiap hari Sabtu dan Ahad)
19 10.0 JURUAUDIT Atarek Kamil Ibrahim & Co No. 50-1, Jalan TU 40, Taman Tasik Utama, 75450 Ayer Keroh, Melaka No.Tel : 06-2532277 11.0 BANK Malayan Banking Berhad Jalan Hang Tuah, Melaka. Bank Islam (M) Berhad Jalan Hang Tuah, Melaka. CIMB Bank Berhad, Taman Melaka Raya, Melaka CIMB Islamic Bank Berhad Bukit Baru, Melaka CIMB Islamic Bank Berhad Taman Melaka Raya, Melaka 12.0 KAKITANGAN 12.1 Pengarah Eksekutif & Kewangan Puan Suhaida binti Zahar 12.2 Eksekutif Muda Encik Mohammad Sharifuddin bin Abd Hamid 12.3 Pembantu Eksekutif Encik Muhammad Zunnurain bin Mohd Yusoff
20 CARTA KEHADIRAN MESYUARAT BAGI SIDANG 2023/2024 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) dan Mesyuarat Khas NAMA KEHADIRAN BILANGAN MESYUARAT 1 2 3 4 5 02.03. 2023 01.06. 2023 13.06. 2023 13.12. 2023 15.02. 2024 AJK AJK AJK AJK AJK 1. Encik Farosham Bin Naizamohidden / / / / / 2. Puan Shirin binti Othman / / / / / 3. Encik Mohd Azrudin Bin Datuk Md Idris / / DM DM DM 4. Encik Shaharrudin bin Hj Syahid BL / / - - 5. Encik Ahmad Hezri bin Sardi BL / / DM DM 6. Puan Saniah binti Sarip / / / / / 7. Dato’ Daud Bin Salam / DM DM / / 8. Encik Ahmad Shukri bin Abdul Shukor / DM DM DM DM 9. Puan Norazilla binti Abdul Rahman DM / / DM DM 10. Encik Alif Asyraf bin Sardi / / / / / 11. Encik Muhammad Ariff Qayyum Mohd Zamri / / / / / 12. Puan Nurnidar Khairuddin / / / / DM 13. Encik Muhammad Hazwan bin Abd Haleem / / / DM / 14. Puan Afalela binti Abdullah DM - - - - 15. Puan Noorlilinaty Mohd Noordin BL / / / / 16. Encik Muhamad Zafri bin Datuk Mustazah BL DM DM / / JUMLAH KEHADIRAN 10/15 12/15 11/15 9/15 9/15 Nota : / -Hadir X -Tidak Hadir BL -Belum Lantik DM -Dengan Maaf
LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR Pada 23 Februari 2023 Mesyuarat Agung Tahunan DPMM Melaka Ke 47 telah diadakan di Bilik Seminar DPMM Melaka. Dewan Melayu Melaka kini dibarisi AJK baru bagi penggal 2023/2026 diterajui oleh Tuan Haji Farosham Naizamohideen. Turut hadir adalah wakil dari DPMM Putrajaya, Encik Norsyahrin Hamidon. 21 Pada 15 Mac 2023, Bekam Care Melaka telah menjemput YDP Tuan Haji Farosham untuk merasmikan cawangan ke-5 mereka di Cheng. Ayahanda Tuan Haji Yunus, Pengasas BekamCare dan Encik Amirul Firdaus, Pengarah Urusan Afy Haniff juga telah turut serta dalam perasmian cawangan. BekamCare Melaka HQ telah beroperasi selama 9 tahun bermula dari tahun 2014. Empat lagi cawangan mereka berada di MITC, Lagenda, Alor Gajah dan Telok Mas
LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR Pada 11 April 2023. Wakil dari HRD Corp Negeri Melaka iaitu Encik Muhammad Zahid Ali mengadakan kunjungan hormat ke DPMM Negeri Melaka. Kunjungan ini adalah untuk membincangkan mengenai latihan yang boleh dijalankan oleh DPMM untuk Minggu Latihan Nasional yang akan dijalankan pada 22 – 28 Mei 2023. 22 Sekitar kunjungan AJK DPMM Negeri Melaka ke rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad Cawangan Melaka pada 17 Mei 2023.
LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR Pada 18 Mei 2023, Program National Economic Forum 2023 "Setting The Future Economic Roadmap for the New Malaysia" anjuran National Chamber of Commerce & Industry of Malaysia (NCCIM) telah berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre, yang telah turut dihadiri oleh AJK DPMM Negeri Melaka. 23 Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan UTEM Melaka dihadiri oleh Pengerusi Dewan Muda DPMM Negeri Melaka pada 19 Mei 2023.
LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR 24 Pada 25 Mei 2023, Taklimat Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) telah dianjurkan oleh Rural Capital Bhd (subsidiari MARA) di DPMM Negeri Melaka. Seramai 40 orang telah hadir dalam sesi ini. Satu mesyuarat jalinan kerjasama Politeknik Melaka bersama DPMM Negeri Melaka telah diadakan pada 1 Jun 2023 di bilik persidangan Politeknik Melaka. Mesyuarat turut dihadiri dan diketuai Puan Rosmaria Ismail, Ketua Jabatan Perdagangan manakala DPMM Negeri Melaka diketuai oleh Tuan Haji Farosham, YDP DPMM Negeri Melaka.
LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR 25 Pada 17 Jun 2023, Mesyuarat Agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Ke 54 telah memilih barisan kepimpinan Ahli Majlis Eksekutif DPMM bagi penggal 2023- 2026. Tahniah kepada Yang Dipertua DPMM Melaka, Tuan Haji Farosham Naizamohideen yang telah terpilih sebagai Naib Presiden DPMM. Pada 15 Jun 2023, Timbalan Yang Dipertua DPMM Negeri Melaka Puan Shirin telah hadir mewakili YDP ke Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe12) Bersama YB Menteri Ekonomi dan Kerajaan Negeri Melaka.
LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR 26 Pada 21 Jun 2023, Pengerusi Dewan Muda DPMM Melaka, Encik Muhammad Zafri telah dijemput sebagai Penceramah Wacana Kepimpinan Kursus BKKL 1401 Kepimpinan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM), anjuran Jabatan KoKurikulum, Pusat Pembelajaran Bahasa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM). Pada 22 Jun 2023, Satu Program Taklimat Pembiayaan dan Deposit Bank Islam telah diadakan di DPMM Melaka. Seramai 25 orang peserta telah hadir dalam program ini. Pelbagai maklumat tentang produk pembiayaan dan pembukaan akaun bersama Bank Islam telah disampaikan kepada peserta yang hadir.
LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR 27 Pada 4 Ogos 2023, seramai 10 orang wakil Dewan Melayu diketuai Yang Dipertua,Tuan Haji Farosham dan Timbalan Yang Dipertua Puan Shirin dan Pengerusi Dewanita Negeri Melaka Puan Noorlilinaty telah hadir ke Program MAMPU 1.0 (Majikan, Mahasiswa, Pelajar dan Usahawan) yang telah diadakan di Mahkota Parade anjuran GPMS cawangan ayer keroh dengan sokongan DPMM Negeri Melaka. Pada 23 Ogos 2023, satu mesyuarat bersama wakil 15 buah Syarikat telah diadakan bersama delegasi pensyarah dari program Perniagaan Antarabangsa Politeknik Kota Melaka dengan kerjasama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Melaka di Selokal Hub diketuai oleh Encik Alif Asyraf, AJK DPMM Negeri Melaka.
LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR Pada 23 Ogos 2023, Sesi taklimat Skim Persaraan Swasta telah diadakan anjuran bersama Public Mutual Berhad dan DPMM Melaka. Perkongsian berguna untuk rancangan persaraan anda dan untuk syarikat yang ingin memanfaatkan pengecualian cukai. 28 Pada 19 Oktober 2023, Biro Kebajikan DPMM Negeri Melaka dan Puan Shirin Othman merangkap Timbalan YDP DPMM bersama-sama ALP KSNB (Koperasi Saudagar Nisa Berhad) telah menyantuni kanak-kanak istimewa di PDK Nurhidayah Jasin Bestari, Bemban. Lawatan ini adalah untuk memberi sumbangan di samping beramah mesra bersama kanakkanak istimewa di rumah jagaan tersebut. Pada 7 Disember 2023, bertempat di bilik seminar DPMM Negeri Melaka, telah berlangsungnya taklimat dari Perkeso. Taklimat diberikan oleh Encik Nasarudin bin Ahmad, Pegawai Eksekutif Kanan Perkeso Melaka. Pelbagai input mengenai akta serta keadaan dan situasi yang membenarkan tuntutan dilakukan.
LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR 29 Pada 23 Disember 2023, Dewan Melayu Melaka diketuai Tuan Haji Farosham, YDP, Puan Shirin Othman, TYDP dan Puan Saniah Sarip, SUK serta beberapa orang AJK telah menyantuni beberapa usahawan melayu di Dataran Pahlawan dan Medan Samudera, Bandar Hilir yang kebanyakannya menjual makanan tempatan, makanan tradisional Melaka dan kraftangan Melaka. Pada 11 Januari 2024, Kunjungan Hormat Jawatankuasa DPMM Negeri Melaka diketuai YDP Tn Hj Farosham Bin Naizamohideen ke Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan di sambut Timbalan Dekan Prof Dr Mohd Amin Bin Mohamad. Kunjungan ini diharap dapat menjalin kerjasama strategik demi memperkasakan Ahli dan juga bakal usahawan/graduan Utem.
LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR Sekitar Majlis Pertukaran MoU sempena Program TVET PLACE & TRAIN UTeM@KPT pada 16 Januari 2024. DPMM Negeri Melaka dan UTeM akan mengadakan usahasama dalam program TVET bagi membantu pengusaha dan usahawan di negeri Melaka. . 30 Pada 21 Mac 2024, Majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim, telah diadakan di Payasum, Sungai Udang, Melaka. Program ini dianjurkan bertujuan untuk meraikan anak anak yatim dan pada masa yang sama berkongsi sedikit rezeki bersama mereka. Program anjuran Dewanita DPMM Negeri Melaka diketuai pengerusinya, Puan Noorlilinaty binti Mohd Noordin.
31 DIARI FEBRUARI 2023 – APRIL 2024 TARIKH, MASA & TEMPAT PERKARA & TINDAKAN FEBRUARI 2023 23hb Februari 2023 DPMM Melaka Mesyuarat Agung Tahunan DPMM Melaka Kali Ke 47 27 Februari 2023 Universiti of Geomatika Melaka Program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) MAC 2023 2 Mac 2023 DPMM Melaka Mesyuarat Jawatankuasa Negeri DPMM Melaka Bil.01 Sidang 2023/2024 3 Mac 2023 Universiti Geomatika Melaka Kursus Induksi Sijil Latihan Dual Nasional 12 Mac 2023 DPMM Melaka Program Bicara Netizen 15 Mac 2023 Cheng Perasmian cawangan ke-5 Bekam Care oleh YDP DPMM Negeri Melaka 18 Mac 2023 MITC. Ayer Keroh Majlis Perasmian Bangunan Pejabat SSM di kota fesyen, Ayer Keroh 25 Mac 2023 World Assembly of Youth Majlis Pelancaran Program Bubur Lambuk Ramadhan 2023 APRIL 2023 11 April 2023 DPMM Melaka Kunjungan Hormat ke DPMM Negeri Melaka oleh HRD Corp Negeri Melaka MEI 2023 6 Mei 2023 Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Impressive Wood 17 Mei 2023 11.00 Pagi CGC Malaysia Berhad Melaka Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad Cawangan Melaka 18 Mei 2023 9.00 Pagi KLCC Convention Hall Program National Economic Forum 2023 "Setting The Future Economic Roadmap for the New Malaysia" anjuran National Chamber of Commerce & Industry of Malaysia (NCCIM 19 Mei 2023 10.00 Pagi UTEM Melaka Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan UTEM Melaka 25 Mei 2023 DPMM Melaka Taklimat Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) anjuran Rural Capital Bhd (subsidiari MARA) JUN 2023 1 Jun 2023 DPMM Melaka Mesyuarat Jawatankuasa Negeri DPMM Melaka Bil. 02 Sidang 2023/2024 1 Jun 2023 Politeknik Melaka Mesyuarat jalinan kerjasama Politeknik Melaka bersama DPMM Negeri Melaka 8 Jun 2023 DPMM Melaka Mesyuarat Majlis Eksekutif Dewan 7/2023
32 13 Jun 2023 DPMM Melaka Mesyuarat Jawatankuasa Negeri DPMM Melaka Bil. 03 Sidang 2023/2024 15 Jun 2023 Hatten Hotel Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe12) Bersama YB Menteri Ekonomi dan Kerajaan Negeri Melaka 16 Jun 2023 Anjung Melayu, DPMM Pemuafakatan Dewan (Program Bicara Dewan dan MAT DPMM Ke 54) 17 Jun 2023 Anjung Melayu, DPMM Mesyuarat Agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Ke 54 21 Jun 2023 UTeM Ceramah Wacana Kepimpinan Kursus BKKL 1401 Kepimpinan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM) 22 Jun 2023 10.00 Pagi DPMM Melaka Satu Program Taklimat Pembiayaan dan Deposit Bank Islam 26 Jun 2023 Dataran Perhimpunan SMA (JAIM) Al-Asyraf Jemputan Merasmikan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Tahun 2023 Oleh YDP DPMM Melaka JULAI 2023 5 Julai 2023 Anjung Melayu KL Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan (JKP) DPMM Pusat 21 Julai 2023 10.00 Pagi Anjung Melayu, DPMM Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan DPMM 21 Julai 2023 3.00 Petang Anjung Melayu, DPMM Mesyuarat Majlis Eksekutif Dewan DPMM 22 Julai 2023 3.00 Petang Hybrid Meeting (Online Zoom) Taklimat Sistem Digital Usahawan oleh Encik Mohd Faisal Arsat, Business Development & Marketing ACQM Services Sdn Bhd 27 Julai 2023 10.00 Pagi Maple Junior Ballroom, One World Hotel, Petaling Jaya 47th Annual General Meeting (AGM) of National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia (NCCIM) OGOS 2023 4 Ogos 2023 Mahkota Parade Program MAMPU 1.0 (Majikan, Mahasiswa, Pelajar dan Usahawan) 9 Ogos 2023 Anjung Melayu DPMM Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan DPMM Pusat 14 Ogos 2023 10.00 Pagi MITC Ayer Keroh, Melaka Dialogue Program with Melaka Shippers & Manufacturers on the upcoming Container Services from Tanjung Bruas Port (TBP) to Port Klang and vice versa organized by Invest Melaka Berhad and TBP 16 Ogos 2023 Hospital Putra Melawat AJK DPMM Melaka, Encik Alif Asyraf Ogos 2023 DPMM Melaka Sesi taklimat Skim Persaraan Swasta oleh penceramah oleh Public Mutual Berhad
33 23 Ogos 2023 2.00 Petang Selokal Hub Mesyuarat Bersama delegasi pensyarah dari program Perniagaan Antarabangsa, Politeknik Kota Melaka dan wakil Syarikat SEPTEMBER 2023 11 September 2023 Hotel Ames, Melaka Sesi Townhall Bajet 2024 Bersama Ketua Menteri Melaka 18 September 2023 11.00 Pagi DPMM Melaka Kunjungan hormat oleh Bank Simpanan Nasional ke DPMM Melaka. 26 September 2023 Institut Latihan Perindustrian (ILP), Tangkak Johor Sesi Libat Urus Tripartite 2023 Zon Selatan 27 September 2023 Melaka Bengkel Pembangunan Kapasiti Unit Mymudah Bersama pemain industri OKTOBER 2023 8 Oktober 2023 Mahkota Medical Centre (MMC) Program Breast Cancer Heroes Run 18 Oktober 2023 DPMM Melaka Bengkel Pendaftaran Status PMKS Bersama SME Corp Malaysia 19 Oktober 2023 PDK Nurhidayah Jasin Bestari, Bemban Lawatan ke PDK Nurhidayah Jasin Bestari, Bemban oleh Puan Shirin binti Othman selaku Timbalan YDP, Biro Kebajikan DPMM bersama-sama ALP KSNB (Koperasi Saudagar Nisa Berhad) NOVEMBER 2023 23 November 2023 Program anjuran MARA bertajuk Building Leaders and Entrepreneurial Society (BLESS). 28 November 2023 PLANMALAYSIA@Melaka mengadakan sesi libat urus Bersama pihak berkepentingan untuk Rancangan Khas Tapak Warisan Dunia Melaka. DISEMBER 2023 7 Disember 2023 DPMM Melaka Taklimat Perkeso. 12 Disember 2023 Sesi Libat urus Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi membincangkan cadangan pelarasan perkhidmatan bekalan air bagi kategori domestic di semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan 13 Disember 2023 DPMM Melaka Mesyuarat Jawatankuasa Negeri DPMM Melaka Bil. 04 Sidang 2023/2024 15 Disember 2023 Baba House Melaka Fokus Group Discussion (FGD) bagi kajian pelan induk rekabentuk bandar tapak warisan dunia Melaka 23 Disember 2023 Dataran Pahlawan & Samudera Sesi Walkabout di Dataran Pahlawan serta Medan Samudera
34 JANUARI 2024 11 Januari 2024 Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknosahawan Kunjungan AJK DPMM Melaka diketuai Yang diPertua ke Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknosahawan 13 Januari 2024 Jemputan Perasmian Persatuan Pengusaha Roti Canai Malaysia 16 Januari 2024 UTeM Majlis Pelancaran TVET Place & Train UTeM@KPT di UTeM FEBRUARI 2024 6 Februari 2024 DPMM Melaka Kunjungan hormat dan Perbincangan Bersama AKPK Cawangan Melaka 14 Februari 2024 Courtyard Hotel 2024 Chinese New Year Gathering of MCCCI dihadiri YDP 15 Februari 2024 Wisma OK Group, Serkam Mesyuarat Jawatankuasa Negeri DPMM Melaka Bil. 01 Sidang 2024/2025 15 Februari 2024 Wisma OK Group, Serkam Mesyuarat Pengurusan Negeri DPMM Melaka yang dihadiri oleh JKP DPMM Melaka 19 Februari 2024 DPMM Melaka Perjumpaan bersama Maxis Business Negeri Melaka MAC 2024 4 Mac 2024 DPMM Melaka Perjumpaan bersama Maxis Business Negeri Melaka 7 Mac 2024 DPMM Melaka Perjumpaan bersama Mahkota Medical Centre (MMC) 21 Mac 2024 Payasum, Sungai Udang Majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim anjuran Dewanita DPMM Melaka 26 Mac 2024 Anjung Melayu, DPMM Mesyuarat Majlis Eksekutif Dewan 04/2024/2023-2026 26 Mac 2024 Anjung Melayu, DPMM Majlis Iftar Bersama Majlis Eksekutif Dewan
35
36
37 (38) (39-41) (42) (43-45) (46) (47) (48-64)
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49