SEJARAH KITA
DAN DUNIA
KSSM SEJARAH
TINGKATAN 1
Bahan sokongan ini hanya boleh
digunakan untuk tujuan PdP Sejarah
sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk
menggunakan mana-mana bahagian
bahan ini untuk tujuan komersial
dan penerbitan semula
SEJARAH
TINGKATAN 1
2
8.1 Latar Belakang 8.3 Ketokohan Nabi Muhammad SAW
Masyarakat Arab Sebelum sebagai Pemimpin
Kedatangan Islam
❑ Pengenalan 8.5 Sumbangan Tamadun Islam
❑ Pengenalan ❑ Pemimpin Negara dalam Bidang Seni Bina
❑ Sistem Masyarakat ❑ Pemimpin Masyarakat
❑ Pembangun Ekonomi ❑ Pengenalan
Jahiliah ❑ Pemimpin Tentera ❑ Ciri-ciri Seni Bina Islam
❑ Pembinaan Menara, Mihrab dan
8.2 Kemunculan dan 8.4 Sumbangan Tamadun
Perkembangan Islam kepada Dunia Mimbar
Tamadun Islam ❑ Menggalakkan Perhiasan yang Indah
❑ Pengenalan ❑ Menghasilkan Keunikan Reka Bentuk
❑ Pengenalan ❑ Politik ❑ Mempunyai Elemen Estetika
❑ Nabi Muhammad SAW ❑ Ekonomi ❑ Menyesuaikan Reka Bentuk dengan
❑ Sosial
sebagai Pemimpin Agama ❑ Kewujudan Pusat Kegiatan Iklim Setempat
Islam ❑ Menyesuaikan Seni Bina dengan
❑ Penyebaran Islam pada Intelektual
Zaman Khulafa al-Rasyidin ❑ Kemunculan Ilmuan Islam Budaya Setempat
❑ Penyebaran Islam pada
Zaman Kerajaan-kerajaan
Islam
❑ Faktor-faktor Penyebaran
Islam
3
STANDARD KANDUNGAN
4.2 Peningkatan Tamadun dan Sumbangannya
STANDARD PEMBELAJARAN
4.3.1 Menyatakan latar belakang masyarakat
Arab sebelum kedatangan Islam
K4.3.7 Menghuraikan nilai murni sejagat dalam Islam
bagi memantapkan jati diri bangsa dan negara
4
OBJEKTIF
PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:
➢Mencirikan masyarakat Arab sebelum
kedatangan Islam
➢Memberi contoh nilai murni sejagat dalam
Islam untuk pemantapan jati diri, bangsa
dan negara
KRITERIA KEJAYAAN
✓ Menyatakan maksud jahiliah
✓ Menjelaskan sistem politik, ekonomi, agama
d a n k e p e r c a y a a n m a s y a ra k a t a ra b Ja h i l i a h
6
SET INDUKSI
❑ Sebelum kedatangan Islam - masyarakat
Arab mempunyai petempatan dan cara hidup
berbeza dari segi pemerintahan, ekonomi
dan sosial
❑ Mereka tinggal di kawasan Semenanjung
Tanah Arab dikelilingi padang pasir Syam
di sebelah utara, Laut Arab di selatan,
Teluk Parsi di Timur dan Laut Merah di
barat
❑ Terdapat beberapa wilayah seperti Hijaz,
Najd, Yaman, Hadramaut dan Oman
❑ Di kawasan tengah atau wilayah Hijaz
terdapat 3 ibu kota penting - Makkah,
Madinah dan Taif
❑ ketiga-tiga ibu kota ini terletak pada
kedudukan strategik membolehkannya
berkembang dari segi perdagangan dan
pertanian
8
❑ 300 M - keruntuhan Empangan Maarib di
Sabak berlaku kemerosotan ekonomi
❑ Kehidupan sosial lemah - masyarakat tidak
mewarisi ilmu dari zaman sebelumnya
❑ Mereka tidak mampu membina semula
Empangan Maarib
❑ Masyarakat Arab mengalami zaman kegelapan -
Zaman Jahiliah
❑ Jahiliah (perkataan Arab) - Jahala bermaksud
Jahil
❑ Kejahilan mereka berpunca daripada ketiadaan
nabi dan kitab suci sebagai petunjuk
❑ Semasa Islam diperkenalkan, mereka menolak
undang-undang Allah SWT dan nilai-nilai Islam
sebagai panduan hidup
❑ Jangka masa Zaman Jahiliah lebih kurang 310
tahun, iaitu dari tahun 300 – 610 M.
9
POLITIK
Masyarakat Arab sebelum kedatangan
Islam:
❑ Hidup dalam kelompok kumpulan
kabilah - kaum Hadhari dan kaum
Badwi
❑ Kaum Hadhari tinggal di kota -
menjalankan perniagaan dan
memiliki binatang ternakan
❑ Kaum Badwi pula hidup secara
nomad - memelihara binatang
ternakan
Kabilah – Suku bangsa, kaum
10
POLITIK
Ciri-ciri politik
Mengamalkan Sistem Kabilah:
❑ Diketuai oleh seorang Syeikh
❑ Syeikh yang dilantik:
▪ Mestilah disukai ahli kabilah
▪ Matang
▪ Berani
▪ Sanggup pertahankan puaknya
▪ Pandai berpidato
❑ Penyatuan masyarakat berkabilah
berdasarkan keturunan yang diistilahkan -
Semangat Assabiyah
❑ Bermegah dengan kabilah masing-masing
❑ Sering berperang - merebut kuasa,
pengaruh dan harta
11
Semangat Assabiyah
❑ Semangat kesukuan yang melampau
menyebabkan mereka sering berperang
sesama mereka
❑ Perasaan kesukuan turut menyebabkan
mereka sanggup menuntut bea demi
mempertahankan maruah diri dan kabilah
mereka
❑ faktor geografi dan persekitaran yang kering
kontang turut mempengaruhi bentuk
kehidupan serta Bersatu menghadapi setiap
masalah yang timbul
❑ Peperangan sering tercetus dalam kalangan
masyarakat kerana ingin menuntut bela,
contohnya dalam Peperangan al-Basus
antara puak Bani Taghlib dan Bani Bakar.
12
POLITIK
Di kawasan Makkah:
❑ Terdapat kaum Arab Quraisy -
mentadbir dan memajukan
perdagangan
❑ Pentadbiran di Makkah diuruskan
oleh badan atau jabatan tadbir
beberapa bidang dengan tugas
tertentu iaitu Darun-Nadwah
❑ Makkah pernah diancam musuh -
Abrahah, pemerintah Habsyah
ingin menghancurkan Kaabah
13
AKT IVIT I DALAM KELAS
14
CAKNA MINDA
APLIKASI KBAT
Bincangkan kesan sekiranya
semangat assabiyah diamalkan
dalam masyarakat hari ini.
15
EKONOMI
Masyarakat Arab Jahilliah melakukan
kegiatan ekonomi yang berbeza, khususnya
di beberapa buah negeri dan kawasan di
Tanah Arab
❑ Kegiatan utama - bidang pertanian dan
perdagangan
❑ Semenanjung Tanah Arab - tanah
kurang subur untuk pertanian
❑ Yaman - tanaman gandum dan kopi
yang amat bergantung pada hujan
❑ Oman - sekoi dan padi diusahakan di
beberapa tempat
❑ Hadramaut dan Mahra - kemenyan
merupakan tanaman berharga
16
EKONOMI
Dalam kalangan kaum Badwi -
menternak secara nomad (berpindah
randah):
❑ Antara binatang ternakan
termasuklah unta, kambing dan biri-
biri
❑ Berpindah-randah untuk mencari
rumput dan air bagi binatang
ternakan
❑ Mengamalkan sistem tukar barang
❑ Menukarkan binatang ternakan dan
hasil ternakan dengan barang
keperluan seperti pakaian dan
kurma
17
EKONOMI
❑ Kaum Hadhari - keluar berdagang secara Kafilah
❑ Pada peringkat awalnya - masyarakat Yaman
pasarkan hasil dagangan dari Hadramaut dan
India, serta membawanya juga ke Syam dan Mesir
❑ Sejak abad ke-6 M - masyarakat Hijaz menjadikan
Makkah sebagai pusat dagangan baharu
❑ Penduduk Hijaz membeli barangan dari Yaman
dan Habsyah - menjualkannya di Syam dan Mesir
❑ Laluan perdagangan merentas benua dikenali -
Laluan Sutera menghubungkan pedagang Arab
dengan China, India dan Asia
❑ Perniagaan masyarakat Arab Jahiliah -
mementingkan keuntungan, mengamalkan riba
dan menipu timbangan
Kafilah – Rombongan pengembara atau pedagang yang
membawa barang dagangan merentasi padang pasir
18
AKT IVIT I DALAM KELAS
19
CAKNA MINDA
APLIKASI KBAT
Apakah kesan buruk jika peniaga/
pengusaha hanya mengamalkan
sikap mementingkan keuntungan
semata-mata dalam perniagaan?
20
LATIHAN PENGUKUHAN 21
BAB 8.1
Sila gambar dan hantar di group
Telegram 1A PDPR Sejarah 2021
22
SEKIAN, 23
TERIMA
KASIH
Unit Sejarah
603-8884 2000
[email protected]
http://bpk.moe.gov.my/
Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk
tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN
untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini
untuk tujuan komersial dan penerbitan semula