UNIT 7
REKREASI DAN KESENGGANGAN
Pandu Arah (Orienteering)
PJPK Tingkatan 3 KSSM PJ
Oleh Cikgu Farina
STANDARD KANDUNGAN
1.9 Melakukan aktiviti rekreasi dan kesenggangan.
2.9 Mengaplikasikan strategi dan idea kreatif dalam
aktiviti rekreasi dan kesenggangan.
5.1 Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan
keselamatan.
5.3 Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan
aktiviti.
STANDARD PEMBELAJARAN
1.9.1 Melakukan aktiviti pandu arah dengan menggunakan
kompas, peta dan kad arahan.
2.9.1 Melakar dan menjelaskan laluan pandu arah
berdasarkan tugasan.
5.3.1 Berkomunikasi dengan ahli kumpulan untuk
melaksanakan aktiviti fizikal atau mencapai matlamat
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
✓ Menyatakan dan menunjukkan arah mata angin
berdasarkan kompas.
✓ Menggunakan kompas untuk menentukan bearing dan
mengenal pasti lokasi dan jarak pada peta.
✓ Mentafsir kad arahan dan mengaplikasi kemahiran
menggunakan kompas untuk menentukan bearing dan
arah laluan.
SET INDUKSI
• Aktiviti yang terancang untuk mengisi
masa lapang seperti aktiviti pandu arah
dan permainan tradisional.
• Rekreasi melibatkan aktiviti terancang
yang menyeronokkan, memberi kepuasan
dan cabaran, manakala kesenggangan
merupakan aktiviti tidak terancang dan
lebih relaks serta kurang menggunakan
tenaga.
• Kedua-dua rekreasi dan kesenggangan ialah
komponen penting untuk gaya hidup yang seimbang
dan sihat dari segi fizikal, mental, emosi, rohani dan
sosial seperti pengurangan dalam tahap stres dan
kemurungan serta jiwa yang lebih tenang apabila
dikelilingi alam semula jadi.
• Aktiviti ini juga memberi sumbangan dalam
hubungan sesama rakan dan ahli keluarga
yang lebih erat melalui penglibatan bersama-
sama dalam melakukan aktiviti.
Pandu Arah (Orienteering)
• Aktiviti pandu arah ialah sukan bersifat rekreasi dan juga
boleh dipertandingkan.
• Aktiviti ini biasanya dilakukan dengan menggunakan
kompas, peta dan kad arahan yang melibatkan kemahiran
mengemudi ke beberapa titik kawalan atau destinasi
Pandu Arah (Orienteering )
➢Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure.
➢Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan
merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara
mencari harta karun (treasure hunt).
➢Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan
pertandingan di samping menyediakan ruang eksplorasi,
cabaran dan risiko tersendiri.
Pandu Arah (Orienteering)
• Pemenang ialah individu atau pasukan yang berjaya melalui
semua titik kawalan tersebut dalam masa yang paling
pantas.
• Aktiviti tersebut menggalakkan keseronokan, kepimpinan,
kerja sepasukan, kemahiran berfikir aras tinggi, serta
membina kecergasan fizikal dan sesuai untuk semua
peringkat umur.
Sejarah dan Perkembangan
Sejarah dan Perkembangan
Terminologi dan Alatan
Titik kawalan (Control point)
• Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan di atas
peta yang perlu dilawati oeh peserta
• Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri
buatan manusia yang jelas
• Titik kawalan bukanah “check-point” kerana ia tiada
penjaga di titik ini
Penanda kawalan (Control marker)
• Tujuan bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul
• Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda@
jingga dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan
(dalam lingkungan 10cm)
• Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher)
yang unik
• Peraturan IOF tidak membenarkan NO. 1 hingga 40 dijadikan
sebagai No. kod kawalan
Kad kawalan (control card)
• Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan
ketika menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan
• Dalam kad ini, akan tercatat nama peserta serta masa bermula
(start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk lubang
apabila sampai di titik nanti
• Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan
penamat untuk dicatatkan masa penamat
Peta utama (Master map)
• Peta yang telah ditandakan dengan landasan
dan disertakan dengan ketenrangan kawalan
• Landasan ini akan disediakan oleh
Perancang Landasan
Keterangan kawalan
(Control description)
• Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control
description) kawalan berkenaan
• Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod
kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan
• Di peringkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam
bentuk ‘teks’ tetapi dalam bentuk kod/gambarajah
Landasan (Course)
• Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik
kawalan ke titik kawalan yang lain hingga ke penamat.
• Landasan ini akan dilukis di atas peta utama dan akan disalin
oleh peserta kemudiannya.
• Tanda yang berkenaan landasan adalah;
- Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi
- Titik kawalan dengan tanda buatan
- Titik penamat dengan tanda 2 buatan bertindih
- ‘Leg’ adalah perjalanan di antara 2 titik kawalan
Kompas
• Alat bantu yang kedua terpenting dalam
sukan Orienteering
• Ia digunakan hanya untuk menentukan arah
sahaja.
Peta (Map)
• Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk muka bumi bagi
sesebuah kawasan yang diihat dari udara.
• Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan.
• Ia mempunyai tajuk, kontor, skala, petunjuk, garisan melaras
dan kod warna yang akan memberikan kemudahan dan
tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi Kawasan
berkenaan.
• Alat bantuan untuk mendapatkan arah sebenar di muka bumi.
• Kompas ialah alat paling tepat untuk menunjukkan arah di muka
bumi.
• Kompas mengandungi anak panah yang dibuat daripada jarum
besi bermagnet yang berdasarkan medan magnet di bumi.
• Empat arah utama kompas ialah Utara, Selatan, Timur dan Barat.
• Secara teknik, kompas dibuat daripada sebatang jarum untuk
menunjukkan arah utara magnet berdasarkan sebuah planet
magnetosfera.
• Jarum yang bebas akan sendiri menunjukkan arah utara dan peta
mestilah dikordinasikan dengan kompas tersebut.
Anatomi
Kompas
Ciri-ciri Kompas
Skala – menunjukkan nilai bearing
Petunjuk arah – Anak panah yang
menentukan sasaran
Plat tapak – menjadi tapak kompas
Jarum magnetik - menjadi petunjuk
kekal bagi arah utara sebenar
Perumah kompas – mendapatkan
kedudukan sebenar sasaran
Kegunaan Kompas
Mengukur jarak
Menentukan kedudukan
Mencari arah
Cara Menggunakan Kompas
Cara Menggunakan Kompas
Cara Menggunakan Kompas
Mari kita lihat cara menggunakan kompas semasa melakukan aktiviti pandu arah
35
Latihan
pengukuhan
tambahan
Gambar dan hantar di group BUKU MODUL AKTIVITI,
Telegram PJPK 2021 MUKA SURAT 29 - 30
TAMAT
SEKIAN, TERIMA KASIH