The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nadiahputeri82, 2023-09-10 22:35:49

wpsd hkptm revised

wpsd hkptm revised

SAMBUTAN WORLD PATIENT SAFETY DAY 2023 HOSPITAL KLUSTER PAHANG TIMUR SEPTEMBER 18, 2023 Presented by Faver, Stone & Co.


ISI KANDUNGAN KATA-KATA ALUAN KETUA KLUSTER KATA KATA ALUAN PENGARAH HOSPITAL PEKAN KATA-KATA ALUAN PENGARAH HOSPITAL ROMPIN KATA-KATA ALUAN PENGARAH HOSPITAL MUADZAM SHAH KATA-KATA ALUAN PENGARAH PROGRAM ATURCARA SAMBUTAN MALAYSIAN PATIENT SAFETY GOALS URUSETIA 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.


KATA-KATA ALUAN KETUA KLUSTER PENGARAH HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN, KUANTAN Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana degan keizinan-Nya, Sambutan World Patient Safety Day Hospital Kluster Pahang Timur 2023 berjaya direalisasikan dan kita semua dapat berkumpul bagi sama-sama menjayakannya. Mesyuarat Pertubuhan Kesihatan Sedunia kali ke-72 yang diadakan pada 25hb Mei 2019 telah menerima resolusi Global Action on Patient Safety dan menyeru negara-negara ahli menjadikan keselamatan pesakit sebagai keutamaan serta mengambil usaha yang bersepadu dalam mengurangkan kemudaratan terhadap pesakit semasa menerima rawatan. Keselamatan pesakit juga telah diiktiraf sebagai salah satu elemen utama dalam Liputan Kesihatan Sejagat (Universal Health Coverage).


Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan pelbagai cara pemantauan keselamatan pesakit, antaranya Malaysian Patient Safety Goals dan Incident Reporting & Learning System. Antara program yang turut dijalankan untuk memperkasakan keselamatan pesakit termasuklah program Safe Surgery Saves Lives. Di peringkat hospital, kursus keselamatan pesakit adalah program wajib yang perlu dilalui oleh semua Pegawai Perubatan Siswazah semasa program orientasi. Keselamatan pesakit memerlukan tindakan bersama dari anggota kesihatan, pesakit dan juga keluarga pesakit. Setinggi-tinggi peghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan ini dan bersama-sama kita menjadikan keselamatan pesakit sebagai satu budaya dalam perkhidmatan yang kita sampaikan. Dr. Rahimah binti Ibrahim Ketua Kluster Hospital Kluster Pahang Timur


KATA-KATA ALUAN PENGARAH HOSPITAL PEKAN Assalamualaikum wbt, Resolusi Perhimpunan Kesihatan Sedunia, WHA ke-72 memilih 17 September setiap tahun sebagai Hari Keselamatan Pesakit Sedunia mulai tahun 2019. Tema tahun ini adalah “Engaging Patients for Patient Safety” atau “Melibatkan Pesakit untuk Keselamatan Pesakit”. Sebagai salah satu elemen dalam pelaksanaan Pelan Tindakan Keselamatan Pesakit Global oleh WHO, tema ini diangkat bagi menyatakan tentang betapa pentingnya peranan pesakit dan keluarga dalam mengukuhkan keselamatan pesakit. Tema sambutan ini juga dipilih bertujuan bagi meningkatkan lagi usaha bagi melibatkan pesakit dan keluarga dalam program keselamatan pesakit.


KATA-KATA ALUAN PENGARAH HOSPITAL PEKAN Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia Peringkat Hospital Kluster Pahang Timur bagi tahun 2023 diadakan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan turut disertai oleh Hospital Pekan, Hospital Rompin dan Hospital Muadzam. Hospital Pekan telah menyatakan sokongan terhadap Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia melalui stamping tree mewakili seluruh warga kerja Hospital Pekan. Selamat menyambut Hari Keselamatan Pesakit Sedunia Tahun 2023. Bersama-sama kita mengangkat suara pesakit ke arah keselamatan dan kesejahteraan semua. “Elevate The Voice of Patients!” Dr. Norasmiza binti Abdul Manaf Pengarah Hospital Hospital Pekan, Pahang


KATA-KATA ALUAN PENGARAH HOSPITAL ROMPIN Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Sekalung tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga kerja Hospital Rompin terutama Jawatankuasa sambutan Patient Safety Day Hospital Rompin yang telah bertungkus lumus merealisasikan sambutan “World Patient Safety Day” bagi tahun 2023. Segala usaha ini sebagai inisiatif meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan keselamatan pesakit bukan sahaja di peringkat Warga Kerja Hospital Rompin, tetapi juga di kalangan masyarakat secara amnya. Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2023 akan disambut pada 17 September 2023 di bawah tema "Engaging patients for patient safety" , sebagai mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh pesakit, keluarga dan penjaga dalam keselamatan penjagaan kesihatan. Pesakit yang dilayan dengan penuh etika dan memenuhi segala keperluan dapat memberi impak kepada soal keselamatan, kepuasan pesakit dan hasil kesihatan yang lebih baik. Dengan menjadi pasukan penjagaan kesihatan, pesakit boleh menyumbang kepada keselamatan penjagaan mereka dan sistem penjagaan kesihatan secara keseluruhan.


KATA-KATA ALUAN PENGARAH HOSPITAL ROMPIN Melalui slogan “Elevate the voice of patients!” WHO menyeru semua pihak berkepentingan untuk mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan pesakit terlibat dalam penggubalan dasar, diwakili dalam struktur tadbir urus, terlibat dalam mereka bentuk bersama strategi keselamatan, dan merupakan rakan kongsi yang aktif. dalam jagaan mereka sendiri. Ini hanya boleh dicapai dengan menyediakan platform dan peluang untuk pesakit, keluarga dan komuniti yang pelbagai untuk menyuarakan suara, kebimbangan, jangkaan dan keutamaan mereka untuk memajukan keselamatan, pemusatan pesakit, kebolehpercayaan dan kesaksamaan. Akhir kata, marilah kita bersama-sama mengorak langkah bagi memastikan objektif program dapat dicapai dan kesedaran tentang kepentingan keselamtan pesakit dapat terus diterapkan di kalangan warga kerja, pesakit, waris dan segenap masyarakat secara menyeluruh. Dr. Nur Dianah binti Amiruddin Pengarah Hospital Hospital Rompin, Pahang


KATA-KATA ALUAN PENGARAH HOSPITAL MUADZAM SHAH BISMILLAHI RAHMAN NI RAHIM ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH & SALAM SEJAHTERA. Alhamdulillahi Rabbil Alamin Wassallatu Wassallamu Ala Asrofil Anbiyai wal Mursalin, bersyukur kita kepada Allah S.W.T , Tuhan pemilik sekalian alam yang mengurus dan mentadbir semesta dengan sempurna. Izinkan saya menggunakan kesempatan ini bagi mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada HTAA dan pasukan dalam menjayakan SAMBUTAN WORLD PATIENT SAFETY DAY PERINGKAT HOSPITAL KLUSTER PAHANG TIMUR bagi tahun 2023.


KATA-KATA ALUAN PENGARAH HOSPITAL MUADZAM SHAH Diharap sambutan ini dapat mengukir senyuman di setiap wajah warga kerja HOSPITAL KLUSTER PAHANG TIMUR dalam meberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat sekitar. Akhir kalam, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua kakitangan HOSPITAL KLUSTER PAHANG TIMUR kerana telah menunjukkan semangat berkerjasama yang baik dan sentiasa komited dalam mengharungi cabaran mendatang. Saya sudahi dengan wabillahi Taufik Wal Hidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian , terima kasih. Dr. Mohd Hafiz Bin Azmi Pengarah Hospital Hospital Muadzam Shah, Pahang.


KATA-KATA ALUAN PENGARAH PROGRAM KETUA UNIT KUALITI, INOVASI & PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN, HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Selamat datang semua ke Sambutan World Patient Safety Day Hospital Kluster Pahang Timur 2023. Sambutan ini diadakan di Hospital Tengku Ampuan Afzan dan dibantu oleh Hospital Pekan, Hospital Rompin dan Hospital Muadzam Shah sebagai urusetia bersama. Hari Keselamatan Pesakit Sedunia disambut pada 17hb September setiap tahun bagi menunjukkan komitmen serta solidariti terhadap keselamatan pesakit di seluruh negara. Walau bagaimanapun, sambutan di peringkat Hospital Kluster Pahang Timur diadakan pada 18hb September 2023.


Budaya keselamatan atau safety culture perlu menjadi asas utama setiap organisasi kesihatan. Anggota kesihatan perlu mempunyai safe thinking, mengamalkan safe practice dan menjadikan persekitaran selamat (safe environment) untuk semua. Penglibatan serta pemerkasaan pesakit den keluarga pesakit juga perlu ditingkatkan, selaras dengan tema sambutan pada tahun ini iaitu Engaging Patients for Patient Safety. Besarlah harapan saya agar sambutan ini dapat memberi manafaat kepada semua pihak kerana setiap seorang daripada kita memainkan peranan yang penting dalam keselamatan pesakit. Seperti Helen Keller pernah berkata, ‘ Alone, we can do so little. Together, we can do so much’. Dr. Nurul Nadiah Puteri binti Abdul Rahim Ketua Unit Kualiti, Inovasi & Penambahbaikan Perkhidmatan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan


Masa Acara 8.30 - 9.00 pagi Pendaftaran Peserta & Sarapan Pagi 9.00 - 9.15 pagi Bacaan Doa 9.15 - 9.30 pagi Ucapan Pengarah Program 9.30 - 9.45 pagi Ucapan Ketua Hospital Kluster Pahang Timur dan Upacara Perasmian ATURCARA SAMBUTAN AUDITORIUM HTAA, KUANTAN 18 SEPTEMBER 2023


Masa Acara 9.45 - 11.00 pagi Ceramah Keselamatan Pesakit, Tayangan Video Kreatif & Online Quiz 11.00 - 11.30 pagi Cabutan Bertuah & Penyampaian Hadiah 11.30 pagi Sesi Bergambar & Bersurai ATURCARA SAMBUTAN AUDITORIUM HTAA, KUANTAN 18 SEPTEMBER 2023 *PA M ERA N DIADAKA N DI RUA N G L EGAR KO M PL EKS ACC, H TAA


MALAYSIAN PATIENT SAFETY GOALS 2.0


DR. N UR AZ EA N N Y BI N T I M O H D. ADZA N Pegawai Perubatan UD52 URUSETIA UNIT KUALITI, INOVASI & PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN DR. AZRI L BI N I S H AK Pegawai Perubatan UD 48 KJ N AJ IDA H BI N T I M US TAF FA Ketua Jururawat U32 PPP ZA M ZA M BI N ZA H ARI Penolong Pegawai Perubatan U32 J T ROS M A N IRA BI N T I ABDUL RA H M A N Jururawat Terlatih U32 (KUP) PO M U H A M M AD A M IR BI N ABDUL RA H M A N L I Pembantu Operasi N11


DR. M U H A M M AD H AF I ZUDDI N BI N M O H D. KARI M Pegawai Perubatan UD 48 URUSETIA UNIT KUALITI, HOSPITAL PEKAN N URB H AI YA H BI N T I M D I SA Ketua Jururawat U32 N UR AZ IRA BI N T I ABD AZ I Z Jururawat U29


DR. A H M AD S H UIB BI N JA M ALUDI N Pegawai Perubatan UD43 URUSETIA UNIT KUALITI, HOSPITAL ROMPIN DR. N URUL N ADIA H BI N T I N OR SUKOR Pegawai Perubatan UD 43 J T AZ IRA H BI N T I ABDUL RA N I Jururawat U29


DR. L I M H UI L I N Pegawai Perubatan UD52 URUSETIA UNIT KUALITI, HOSPITAL MUADZAM SHAH M ARL I N A BI N T I RA M L I Jururawat U36 (TBK2) S H ARI FA H SAIDATUL FA H ARI SA BI N T I S Y ED TA H A Jururawat Masyarakat U24 (TBK)


THOUGHTS TO PONDER Ultimately, the secret of quality is LOVE.. if you have love, you can the work backwards to monitor and improve the system. AVEDI S DO N ABEDIA N Faver, Stone & Co. • Aug. 2020


Click to View FlipBook Version