MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16
SK SANTUBONG
Tarikh : 21 Februari 2020
Hari : Jumaat
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Sri Sejinjang, SK Santubong
Kehadiran : 70 orang
Agenda Mesyuarat:
1.0 Ucapan Penasihat Pibg, Sk Santubong
2.0 Ucapan Yang Dipertua Pibg, Sk Santubong Sesi 2018-2020
3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Kali Ke – 16, Tahun 2020
4.0 Laporan Setiausaha Pibg
5.0 Laporan Bendahari Pibg, Penyata Kewangan
6.0 Perkara Berbangkit
7.0 Pembubaran Dan Pelantikan Ajk Sesi 2020-2022
8.0 Hal-Hal Lain
9.0 Ucapan Penangguhan
1.0 UCAPAN PENASIHAT PIBG, SK SANTUBONG
1.1 Puan Suhana binti Hashim mengalu-alukan kehadiran ibu bapa. Jika ada
sebarang teguran dan cadangan bolehlah disuarakan demi kepentingan anak-anak.
1.2 Guru besar menyatakan beberapa perkara berkaitan sekolah dan pendidikan
negara seperti visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia yang baru, enrolmen
murid dan bilangan guru sekolah, pencapaian UPSR 2019 dan sasaran UPSR 2020,
iklim sekolah, kejayaan-kejayaan yang telah dikecapi terutama dalam Sukan Petanque
serta berharap agar SK Santubong terus unggul dan cemerlang apabila adanya
kerjasama yang mantap daripada sekolah dan ibu bapa.
1.3 Guru besar berharap agar ibu bapa mengambil tahu akan dasar-dasar kerajaan
seperti KBAT, GOOGLE CLASSROOM, MBMMBI dan lain-lain lagi demi
kecemerlangan anak-anak.
1.4 Guru besar menyatakan bahawa cadangan yang dikemukan oleh ibu bapa pada
tahun ini adalah baik dan akan mempertimbangkannya jika sesuai. Beliau turut
mengambil kesempatan untuk menerangkan kepada ibu bapa bahawa jadual sering
bertukar atas faktor keluar masuk guru. Beliau kini berusaha untuk memastikan kantin
dalam tahap yang memuaskan.
1
1.5 Guru besar menjelaskan bahawa PIBG ialah satu badan yang ditubuhkan untuk
membantu sekolah dari segi Infrastruktur sekolah, kewangan, membantu program-
program yang dirancang oleh sekolah, serta merancang aktiviti yang memberikan
kebaikan dan keuntugan kepada sekolah. Oleh itu, beliau menegaskan bahawa Pihak
PIBG tidak boleh masuk campur tangan dalam urusan pentadbiran sekolah seperti
contoh memindahkan guru, melantik guru dan beberapa hal yang berkaitan diluar
bidang pihak PIBG.
1.6 Beliau berharap exco baru yang dipilih nanti lebih bekerjasama dalam membantu
sekolah untuk terus maju dan cemerlang.
2.0 UCAPAN Yang Dipertua PIBG, SK SANTUBONG SESI 2018-2020
2.1 Puan Rozaima binti Samsaimon selaku Timbalan Yang Dipertua PIBG SK
Santubong mengalu-alukan kedatangan ibu bapa dan mengucapkan ribuan
terima kasih kerana sokongan ibu bapa dan semua guru terhadap Mesyuarat
Agung PIBG pada hari ini.
2.2 Beliau berharap agar pihak PIBG dan sekolah sentiasa mengadakan
perbincangan untuk menjana idea dan mencari titik keserasian dalam mencapai
matlamat menjadikan sekolah ini lebih cemerlang.
2.3 Beliau menegaskan ibu bapa menerusi PIBG perlu memberikan sumbangan
sama ada masa, wang, kepakaran dan kerjasama untuk kecemerlangan sekolah
ini .
2.4 Beliau meminta sokongan dari semua Exco dan anggota PIBG supaya aktif
dalam aktiviti anjuran PIBG yang akan dirancang oleh Exco PIBG terbaru.
2.5 Beliau berharap agar ibu bapa dapat mengutamakan pelajaran anak-anak dan
sentiasa mengambil tahu perkembangan anak-anak mereka di sekolah melalui
melawat di sekolah atau berjumpa dan berbincang dengan guru kelas.
3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-16 Tahun 2020
3.1 Puan Maslina Binti Su’ut telah mencadangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali
ke-16 disahkan dan Puan Mashrisah Binti Ramli menyokong agar minit
mesyuarat disahkan
4.0 LAPORAN SETIAUSAHA PIBG
Setiausaha PIBG sesi 2018-202 telah membentangkan laporan aktiviti PIBG pada
tahun 2019. Ibu bapa diminta melihat laporan aktiviti yang telah diedarkan. Aktiviti-
aktiviti yang disenaraikan adalah gabungan keseluruhan aktiviti yang kebanyakkannya
melibatkan tajaan PIBG dan ada aktiviti yang hanya PIBG sebagai jemputan sahaja.
2
Tindakan : Makluman
5.0 LAPORAN BENDAHARI PIBG, PENYATA KEWANGAN BERAKHIR
27/10/2019
Puan Janiffer Anak Pedro, selaku Bendahari PIBG telah membentangkan laporan
kewangan. Ibu bapa diminta melihat penyata kewangan yang telah diedarkan
menunjukkan bahawa jumlah perbelanjaan yang berakhir pada 27 Oktober 2019
berjumlah RM6669.94
Laporan kewangan tersebut telah dicadangkan untuk diterima oleh Puan Farina Binti
Unus dan disokong oleh Puan Rozaima Binti Samsaimon
Tindakan : Makluman
6.0 PERKARA BERBANGKIT
6.1 Tiada perkara berbangkit.
Tindakan : Makluman
7.0 PEMBUBARAN DAN PELANTIKAN AJK SESI 2020-2022
7.1 Pembubaran AJK Sesi 2018-2020.
7.1.1 Encik Osman Bin Morshidi selaku Pengerusi Sementara Mesyuarat dengan
secara rasminya membubarkan Jawatankuasa PIBG SK Santubong, Kuching
bagi sesi 2018-2020 bagi tujuan pemilihan jawatankuasa yang baru.
7.2 Memilih dan melantik AJK sesi 2020-2022.
7.2.1 Encik Osman mengucapkan terima kasih atas pelantikan berdasarkan undian
yang telah dipilih serta dikira dan secara rasminya, ahli mesyuarat bersetuju
sebulat suara dengan pelantikan tersebut di bawah bagi sesi 2020-2022.
JAWATANKUASA PIBG 2020-2022 NAMA AHLI
Penasihat Puan Suhana Binti Hashim
Yang Dipertua PIBG Encik Khairul Azuwin Bin Jailani
Naib Yang Dipertua Pibg Encik Haironnizam Bin Brahim
Setiausaha Cik Siti Salwana Binti Salehan
Naib Setiausaha Encik Mohamad Saini Bin Sabudin
Bendahari Puan Janiffer Anak Pedro
3
Naib Bendahari Puan Siti Nur Azieriah Binti Rozieman
Ajk Ibubapa Puan Hafizah Binti Alli
Puan Maslina Binti Mohamad Su’ut
Ajk Guru Puan Rozaima Binti Samsaimon
Encik Talip Bin Bojeng
Encik Affendi Bin Bolhi
Cik Asmah Binti Ashat
Puan Asmaa Binti Ripin
Puan Norbaini Binti Ramli
Encik Mohd Nasroll Bin A.Rahman
Encik Wan Faizal Bin Wan Razali
Tindakan : Makluman
8.0 HAL-HAL LAIN
8.1 Encik Rashidin Bin Oden selaku mantan YDP PIBG mencadangkan agar yuran
PIBG dinaikkan menjadi RM15. Cadangan beliau telah dipersetujui oleh Puan Hafizah
Binti Alli dan Puan Rozaima Binti Samsaimon selaku wakil AJK ibu bapa.
Tindakan : Makluman
9.0 UCAPAN PENANGGUHAN
9.1 Yang Dipertua PIBG 2020-2022, Encik Khairul Azuwin Bin Jailani mengucapkan
ribuan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa dan guru pada mesyuarat agung pada
kali ini. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah diberi kepercayaan
kepadanya untuk menerajui PIBG.
9.2 Mesyuarat Agung PIBG akan ditangguhkan pada satu masa yang akan
ditentukan kelak.
9.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang
4
Disediakan oleh : Disemak oleh :
……………………………................. ………...…………………...............
(SITI SALWANA BINTI SALEHAN) (KHAIRUL AZUWIN BIN JAILANI)
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG
SK Santubong, Kuching SK Santubong, Kuching
Sesi 2020 / 2022 Sesi 2020 / 2022
Disahkan oleh :
………………………………
(SUHANA BINTI HASHIM)
Penasihat PIBG
SK Santubong, Kuching
5
LAPORAN AKTIVITI PIBG TAHUN 2020-2021
1. Kanopi
- Tempat murid untuk menunggu ibubapa atau penjaga mengikut SOP
- Tahun 2020 - 5 unit
- Tahun 2021 – 3 unit
2. Sticker
- Kegunaan SOP
3. Termometer
- Kehadiran guru, staf, murid dan pelawat ke sekolah
4. Rak Plastik Bertingkat
- Untuk meletakkan lembaran kerja murid-murid waktu PdPr)
PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG )
SK SANTUBONG
BAGI TAHUN BERAKHIR 22 OKTOBER 2021
PENERIMAAN PERKARA JUMLAH (RM)
BIL 6,669.94
1,390.00
1 Baki tahun 2020 ( 21 Februari 2020) 8,059.94
2 Sumbangan Ibubapa ( kutipan PIBG)
PERBELANJAAN JUMLAH (RM)
BIL PERKARA
1 Kanopi ( 5 unit ) RM850.00
( Tempat murid-murid menunggu ibubapa @ RM136.50
penjaga mematuhi SOP ( COVID -19) RM135.20
2 Besen Air & Paip PVC ( COVID-19) RM30.00
3 Paip PVC & Hose paip air ( COVID-19) RM40.00
4 Jamuan untuk Pegawai Bomba Kuching RM20.00
5 Jamuan untuk SISC+ PPD Kuching ( Lawatan 1 ) RM50.00
6 Jamuan untuk SISC+ PPD Kuching ( Lawatan 2 ) RM40.00
7 Jamuan untuk Pegawai Jabatan Hutan Sarawak RM30.00
8 Jamuan untuk Pegawai BSN RM50.00
9 Jamuan untuk SISC+ PPD Kuching ( Lawatan 3 )
10 Jamuan Perpisahan Cikgu Salbiah Amat RM1,381.70
RM6,678.24
( Pindah Ke SK Gita )
Jumlah Perbelanjaan :
Baki :
PENERIMAAN JUMLAH (RM)
RM6,678.24
BIL PERKARA RM2,175.00
1 Baki Tahun 2020 RM5,000.00
2 Sumbangan Ibubapa 2021 (Kutipan PIBG) RM5,000.00
3 Sumbangan Dari 11013
4 Sumbangan Dari 11013 RM18,853.24
PERBELANJAAN JUMLAH (RM)
RM190.00
BIL PERKARA RM200.00
1 Thermometer K3 with Stand ( 1 unit ) RM200.00
2 Sticker Code A1 'Sila Beratur Di Sini' ( 40pcs) RM200.00
3 3m Sticker Code- A12 'Green Arrow' ( 40pcs) RM45.00
4 3m Sticker Code -A12 'Red Arrow' ( 40pcs) RM189.00
5 3m Sticker Code -A2 'Amalkan Jarak Sosial' ( 5pcs) RM130.00
6 Aluminium Stand Code -A8 'Laluan Masuk' ( 1 unit )
7 Aluminium Composite Board 3mm Code-A7 ( 1 unit ) RM550.00
8 Kanopi ( 3 unit )
RM828.00
( Tempat murid-murid menunggu ibubapa @
penjaga mematuhi SOP ( COVID -19) RM39.90
9 Rak Plastik Bertingkat RM11.00
( untuk meletakkan lembaran kerja murid-murid waktu
PdPr ) RM84.72
RM84.72
10 Paip PVC
11 Bayaran Modul Transisi Tahun 1 RM4.24
( Ariffirdaus Bin Alizam )
12 Sambutan Kemerdekaan
i) Bendera Malaysia ( 12 pcs)
ii) Bendera Sarawak ( 12 pcs)
iii) Cable Tie ( 1 paket )
Jumlah Perbelanjaan : RM2,756.58
Baki : RM16,096.66
Disediakan oleh : Disahkan oleh :
.................................................. ...................................................
( JANIFFER PEDRO ) (KHAIRUL AZUWIN BIN JAILANI)
Bendahari PIBG Yang Dipertua PIBG
SK Santubong, Kuching SK Santubong, Kuching
Sesi 2020 / 2022 Sesi 2020 / 2022
Disahkan oleh :
….........................................
( SUHANA BINTI HASHIM )
Penasihat PIBG
SK Santubong, Kuching