KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN
PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
1. TUJUAN
Garis panduan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah
mengenai bilangan Pekerja Kebersihan, terma dan syarat serta skop dan
spesifikasi perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan (KBK) bagi Sekolah
Kurang Murid (SKM) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
2. LATAR BELAKANG
2.1. Selaras dengan Inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
#40: Pelan Hala Tuju Sekolah Kurang Murid untuk mengoptimakan kos
pengurusan SKM, SKM digugurkan daripada senarai premis bagi tender
perkhidmatan KBK yang dilaksanakan oleh Bahagian Perolehan (BPL) mulai
tahun 2019 memandangkan skop dan spesifikasi perkhidmatan KBK bagi
sekolah tersebut adalah terhad berdasarkan kepada bilangan murid serta nilai
aset Kerajaan yang lebih rendah berbanding lain-lain sekolah.
2.2. Susulan itu, perolehan perkhidmatan KBK bagi SKM dilaksanakan di
peringkat JPN, PPD dan sekolah bertaraf Pusat Tanggungjawab (PTJ)
mengikut semua peraturan dan tatacara perolehan atau kewangan semasa.
3. TAFSIRAN
Bagi tujuan garis panduan ini –
(a) “Sekolah Kurang Murid” atau “SKM” ertinya sekolah yang mempunyai
bilangan murid 150 orang atau kurang;
1
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
(b) “Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dan termasuklah Ketua Setiausaha Kementerian
Pendidikan Malaysia atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua
Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk mana-mana pegawai
atas jawatan yang diberi kuasa sebagai Pentadbir Kontrak;
(c) “Kontraktor” ertinya sebuah syarikat atau perniagaan yang didaftarkan di
Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] atau Akta Pendaftaran
Perniagaan 1956 [Akta 197] dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan
Malaysia, serta dilantik oleh Kerajaan bagi memberikan perkhidmatan
kebersihan bangunan dan kawasan bagi Premis di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan;
(d) “Perjanjian” ertinya Perjanjian Kebersihan Bangunan dan Kawasan antara
Kerajaan dengan Kontraktor;
(e) “Perkhidmatan” ertinya perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan
yang disediakan oleh Kontraktor termasuk mesin, kelengkapan, peralatan
dan bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan Jadual 2;
(f) “Premis” ertinya kawasan dan/atau bangunan Perkhidmatan dilaksanakan
seperti yang ditentukan oleh Kerajaan;
(g) “Anggaran Nilai Perjanjian” ertinya anggaran jumlah keseluruhan yang perlu
dibayar oleh Kerajaan kepada Kontraktor bagi pembekalan Perkhidmatan;
(h) “Bayaran Perkhidmatan” ertinya jumlah yang perlu dibayar oleh Kerajaan
kepada Kontraktor;
(i) “Tempoh Perjanjian” ertinya tempoh Kontraktor untuk memberikan
Perkhidmatan kepada Kerajaan daripada tarikh mula (Tarikh Berkuat Kuasa)
hingga tarikh akhir (Tarikh Tamat);
2
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
(j) “Bon Pelaksanaan” ertinya jaminan tidak boleh batal yang telah atau akan
dikeluarkan oleh institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta
Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] atau Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 [Akta 759] atau undang-undang Malaysia lain yang
terpakai atau mana-mana institusi yang dibenarkan oleh Kerajaan;
(k) “Pekerja Kebersihan” ertinya mana-mana orang yang digaji oleh Kontraktor
untuk melaksanakan perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan
seperti di Jadual 1;
(l) “Penyelia” ertinya orang yang telah dilantik oleh Kontraktor yang bukan
daripada kalangan Pekerja Kebersihan yang akan bertindak sebagai
pegawai perhubungan (liason officer) antara Kerajaan dengan pihak
Kontraktor dan melaksanakan tanngungjawab dalam Jadual 1; dan
(m) “Ketua Jabatan” ertinya Pengarah JPN, Pegawai Pendidikan Daerah,
Pengetua dan Guru Besar.
4. KRITERIA ASAS PEMILIHAN KONTRAKTOR
Kriteria asas pemilihan Kontraktor adalah seperti berikut –
(a) Kontraktor berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod
bidang Perkhidmatan Mencuci Bangunan dan Membersih Kawasan di
bawah Bidang, Sub-Bidang dan Pecahan Sub-Bidang 221001
(Pembersihan Bangunan dan Pejabat) dan 221002 (Membersih
Kawasan) yang masih sah dan berkuat kuasa; dan
(b) Kontraktor mempunyai keupayaan teknikal dan kewangan yang kukuh.
3
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
5. BILANGAN PEKERJA KEBERSIHAN
Bilangan Pekerja Kebersihan yang ditetapkan adalah –
(a) Bagi SKM tanpa asrama, bilangan Pekerja Kebersihan adalah dua (2)
orang; dan
(b) Bagi SKM yang mempunyai asrama, bilangan Pekerja Kebersihan adalah
tiga (3) orang.
6. PELANTIKAN PEKERJA KEBERSIHAN OLEH KONTRAKTOR
6.1. Pelantikan
(a) Kontraktor dikehendaki menggaji dan menentukan Pekerja Kebersihan
yang bertugas sepertimana yang ditetapkan.
(b) Kontraktor bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Pekerja
Kebersihan dari aspek pembayaran gaji dan upah, caruman
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP), pakaian seragam dan aksesori, mesin,
kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan bagi melaksanakan
pembersihan bangunan dan kawasan, latihan dan kursus berkaitan
pembersihan bangunan dan kawasan, disiplin, kebajikan, perbelanjaan
perubatan dan rawatan.
(c) Sekiranya seseorang Pekerja Kebersihan itu bercuti sakit, cuti rehat,
cuti kecemasan, tidak hadir bekerja, tidak melapor diri untuk bertugas
atau dalam apa jua keadaan tidak menghadirkan diri untuk bertugas,
maka Kontraktor hendaklah menyediakan pengganti Pekerja
Kebersihan tersebut daripada kalangan Pekerja Kebersihan yang telah
disahkan oleh Kerajaan bagi melaksanakan Perkhidmatan.
4
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
(d) Sekiranya pada bila-bila masa sepanjang Tempoh Perjanjian atau
semasa Pekerja Kebersihan menjalankan Perkhidmatan, Kerajaan
mendapati Pekerja Kebersihan yang dibekalkan tidak memenuhi
kriteria pelantikan atau tidak sesuai untuk melaksanakan
Perkhidmatan, Kontraktor hendaklah menyediakan pengganti Pekerja
Kebersihan daripada kalangan Pekerja Kebersihan yang telah disahkan
oleh Kerajaan bagi melaksanakan Perkhidmatan tanpa apa-apa kos
tambahan kepada Kerajaan.
(e) Sekiranya Kontraktor gagal menyediakan pengganti Pekerja
Kebersihan, Kerajaan berhak membuat tolakan ke atas Bayaran
Perkhidmatan mengikut pengiraan tolakan menurut Jadual 4.
(f) Kerajaan boleh meminta Kontraktor menambah bilangan Pekerja
Kebersihan pada masa tertentu sekiranya difikirkan perlu oleh
Kerajaan. Dalam keadaan tersebut, pihak Kerajaan dan Kontraktor
akan merundingkan, antara lain, Bayaran Perkhidmatan yang akan
dibayar kepada Kontraktor dan skop kerja dan sebarang perkiraan yang
dipersetujui hendaklah diperuntukkan melalui perjanjian tambahan
yang akan dibuat kemudian oleh pihak Kerajaan dan Kontraktor.
6.2. Kriteria Pelantikan
Dalam melantik Pekerja Kebersihan bagi melaksanakan Perkhidmatan,
Kontraktor hendaklah –
(a) mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam undang-undang,
peraturan dan pekeliling yang berkuat kuasa di Malaysia;
(b) mengadakan perbincangan dengan Ketua Jabatan/Pengetua/Guru
Besar/pentadbir Premis dan mempersetujui secara bertulis bagi tujuan
seperti berikut –
5
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
(i) menentukan kawasan Premis yang perlu dibersihkan;
(ii) mengatur pelaksanaan skop Perkhidmatan;
(iii) taklimat mengenai peraturan-peraturan Premis;
(iv) senarai Pekerja Kebersihan yang akan dibekalkan; dan
(v) lain-lain perkara yang berkaitan.
(c) melantik Pekerja Kebersihan daripada kalangan warganegara
Malaysia sahaja yang telah mendapat pengesahan kad pengenalan
biometrik di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara. Warga asing
tidak boleh dilantik sebagai Pekerja Kebersihan dan tidak dibenarkan
berada dalam kawasan Premis sepanjang Tempoh Perjanjian kecuali
mendapat kebenaran bertulis daripada Kerajaan;
(d) tidak menggaji atau mengambil bekerja mana-mana orang di bawah
umur lapan belas (18) tahun atau melebihi umur enam puluh tiga
(63) tahun sebagai Pekerja Kebersihan. Walau bagaimanapun, bagi
mana-mana orang yang berumur 56 tahun sehingga 63 tahun boleh
dilantik sebagai Pekerja Kebersihan hendaklah mendapat pengesahan
daripada Pegawai Perubatan Kerajaan mengenai tahap kesihatan
diperolehi setiap tahun dan dikemukakan untuk kelulusan Ketua
Jabatan/Pengetua/Guru Besar/pentadbir Premis;
(e) memastikan Pekerja Kebersihan yang dilantik fasih bertutur, membaca
dan menulis dalam Bahasa Malaysia;
(f) memastikan Pekerja Kebersihan tidak buta warna dan tidak cacat
pendengaran;
(g) menentukan hanya Pekerja Kebersihan yang berpengalaman, terlatih,
cekap dan berwibawa ditugaskan;
6
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
(h) memastikan Pekerja Kebersihan yang dilantik adalah berdisiplin,
cergas, sihat tubuh badan, berpengetahuan dan terlatih dalam aspek
pembersihan bangunan dan kawasan;
(i) memastikan Pekerja Kebersihan yang diambil bekerja sentiasa
menjaga kebersihan diri dan bebas daripada apa-apa wabak atau
penyakit berbahaya atau berjangkit;
(j) memastikan setiap Pekerja Kebersihan telah atau dikehendaki dari
semasa ke semasa menjalani pemeriksaan kesihatan yang rapi dan
disahkan sihat tubuh badan, penglihatan yang baik dan mempunyai
rekod perubatan yang disahkan oleh Pengawai Perubatan Kerajaan;
(k) memastikan Pekerja Kebersihan yang diambil bekerja tidak mempunyai
rekod jenayah dan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah
berbahaya dan aktiviti-aktiviti tidak sah atau tidak bermoral;
(l) memastikan bahawa pengambilan Pekerja Kebersihan bertugas yang
mempunyai pertalian saudara adalah tidak melebihi daripada dua (2)
orang;
(m) mengemukakan Maklumat Peribadi Pekerja Kebersihan kepada
Kerajaan dalam tempoh empat belas (14) hari dari Tarikh Berkuat
Kuasa Perjanjian atau tarikh Pekerja Kebersihan berkenaan dilantik
oleh Kontraktor, mengikut mana yang terkemudian seperti berikut –
(i) nama, salinan kad pengenalan dan pengesahan kad pengenalan
biometrik oleh Jabatan Pendaftaran Negara, gambar terkini
Pekerja Kebersihan, alamat dan nombor telefon Pekerja
Kebersihan;
(ii) latar belakang dan kelayakan Pekerja Kebersihan;
(iii) jadual bertugas Pekerja Kebersihan;
(iv) surat lantikan Pekerja Kebersihan oleh Kontraktor; dan
7
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
(v) nama dan nombor telefon Penyelia.
(n) memastikan Pekerja Kebersihan yang dilantik berkelakuan baik,
bertatatertib, mematuhi peraturan-peraturan dan tidak melakukan
perbuatan-perbuatan buruk, salah laku atau menyalahi undang-undang
sepanjang Tempoh Perjanjian;
(o) memastikan Pekerja Kebersihan wanita sahaja dibenarkan bekerja di
blok asrama perempuan bagi Premis yang mempunyai asrama
termasuk tandas perempuan di Premis; dan
(p) menghalusi pemilihan dan pengambilan kerja Pekerja Kebersihan atau
mana-mana pekerja yang diletakkan dan ditugaskan;
7. OBLIGASI KONTRAKTOR
7.1. Perkhidmatan
(a) Kontraktor hendaklah memastikan dan menetapkan bahawa pada
setiap masa, Perkhidmatan dilaksanakan menurut skop dan spesifikasi
Perkhidmatan seperti yang ditentukan dalam Jadual 1;
(b) Kontraktor hendaklah melantik seorang Penyelia yang bukan
daripada kalangan Pekerja Kebersihan yang akan bertindak sebagai
pegawai perhubungan (liason officer) antara Kerajaan dengan pihak
Kontraktor. Kontraktor hendaklah memaklumkan kepada Kerajaan
secara bertulis sekiranya terdapat pertukaran atau pelantikan Penyelia
yang baharu;
(c) Kontraktor hendaklah menyediakan sesalinan kod etika, fungsi dan
tanggungjawab Pekerja Kebersihan yang telah ditandatangani oleh
Pekerja Kebersihan itu untuk diserahkan kepada Pekerja Kebersihan
tersebut;
8
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
(d) Kontraktor hendaklah membenarkan mana-mana wakil Kerajaan yang
diberi kuasa untuk memeriksa dan membuat lawatan di Premis pada
bila-bila masa;
(e) Kontraktor bertanggungjawab menjaga nama baik, imej dan reputasi
Premis dan Kerajaan sepanjang masa;
(f) Kontraktor hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas
Pekerja Kebersihan yang didapati lalai, cuai dan melakukan kesalahan
jenayah selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat
kuasa;
(g) Kontraktor hendaklah memastikan Pekerja Kebersihan bersikap sopan-
santun, bertatatertib dan mematuhi peraturan-peraturan yang
dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan;
(h) Kontraktor hendaklah membekalkan dan menyenggara segala mesin,
kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan oleh Pekerja
Kebersihan dalam memberikan Perkhidmatan;
(i) Kontraktor hendaklah mematuhi peruntukan undang-undang
berkenaan pembuangan sampah sarap serta membuang semua
sampah sarap dan bahan-bahan buangan di tapak pelupusan sampah
yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan;
(j) Kontraktor hendaklah menanggung kos/saman/denda yang dikenakan
oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan atas kesalahan
berhubung pembuangan sampah sarap dan bahan-bahan buangan
yang dikendalikan oleh Kontraktor;
(k) Kontraktor hendaklah menanggung kos/saman/denda yang dikenakan
oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia atas kesalahan terdapat
tempat pembiakan nyamuk Aedes dalam kawasan Perkhidmatan;
9
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
(l) Kontraktor hendaklah memastikan bahawa hanya Pekerja Kebersihan
yang berpengalaman dan terlatih mengendalikan mesin, kelengkapan,
peralatan dan bahan-bahan;
(m) Kontraktor hendaklah sentiasa mengutamakan aspek keselamatan
dan mengambil langkah-langkah keselamatan dalam memberikan
Perkhidmatan;
(n) Kontraktor hendaklah membaiki kerosakan harta Kerajaan yang
disebabkan oleh kecuaian, kelalaian atau salah laku Kontraktor atau
Pekerja Kebersihan atau mana-mana pekerja Kontraktor atas
perbelanjaan dan kos sendiri. Kerosakan harta Kerajaan yang tidak
boleh dibaiki hendaklah diganti dengan jenis dan kualiti yang sama atau
lebih tinggi yang dipersetujui oleh Kerajaan;
(o) Apa-apa pembaikan, penggantian dan/atau pembayaran yang
hendaklah dibuat oleh Kontraktor kepada Kerajaan hendaklah
disempurnakan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh
tuntutan atau suatu tempoh lain sebagaimana yang ditetapkan oleh
Kerajaan. Sekiranya Kontraktor gagal membuat pembaikan,
penggantian dan/atau pembayaran berkenaan, Kerajaan berhak
mendapatkan amaun yang dituntut itu dengan membuat pemotongan
daripada apa-apa bayaran yang kena dibayar kepada Kontraktor atau
di bawah Bon Pelaksanaan;
(p) Kontraktor hendaklah bertanggungjawab terhadap apa-apa
pembayaran caj, cukai, levi, bayaran, permit, kebenaran atau lesen,
mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dikenakan oleh Pihak
Berkuasa Tempatan atau mana-mana agensi Kerajaan berkenaan
dengan Perkhidmatan dan Pekerja Kebersihan;
(q) Kontraktor hendaklah bertanggungjawab terhadap apa-apa
pembayaran dan ganti rugi bagi apa-apa kerugian termasuk reputasi
10
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
dan nama baik yang dialami oleh Kerajaan yang disebabkan oleh
mogok dan ketidakhadiran Pekerja Kebersihan dan termasuk kerugian
akibat kegagalan pematuhan peruntukan undang-undang berkenaan
dengan penggajian Pekerja Kebersihan dan pembuangan sampah
sarap;
(r) Kontraktor digalakkan untuk melantik Pekerja Kebersihan yang pernah
berkhidmat dengan Kontraktor terdahulu;
(s) Kontraktor digalakkan menghantar Pekerja Kebersihan untuk mengikuti
kursus berkaitan perkhidmatan pembersihan bangunan dan kawasan
yang dikendalikan oleh pihak Kerajaan dan pihak swasta atas
perbelanjaan dan kos Kontraktor sendiri;
(t) Kontraktor hendaklah memastikan Pekerja Kebersihan –
(i) bertanggungjawab menjaga kebersihan Premis;
(ii) memakai pakaian seragam yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti
di Jadual 3 dan sentiasa menjaga keterampilan diri bagi menjaga
nama baik Kerajaan;
(iii) tidak berambut panjang bagi lelaki dan berambut kemas bagi
perempuan;
(iv) tidak menggunakan telefon bimbit, merokok, tidur, mabuk dan
membaca majalah/suratkhabar semasa bertugas;
(v) mencatatkan kehadiran dalam Buku Rekod Kehadiran Pekerja
Kebersihan semasa waktu bertugas sebelum menjalankan tugas
dan apabila hendak meninggalkan tugas. Kegagalan Pekerja
Kebersihan berbuat demikian adalah dianggap tidak hadir
11
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
bertugas dan tanpa menjejaskan hak Kerajaan, Kerajaan boleh
mengenakan tolakan terhadap Kontraktor;
(vi) mencatatkan pelaksanaan kerja pembersihan dalam Jadual
Pembersihan. Kegagalan Pekerja Kebersihan berbuat demikian
adalah dianggap tidak melaksanakan kerja pembersihan dan
tanpa menjejaskan hak Kerajaan, Kerajaan boleh mengenakan
tolakan terhadap Kontraktor;
(vii) sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu dan
bersesuaian semasa melaksanakan Perkhidmatan;
(viii) memastikan tiada mana-mana orang yang dibenarkan berada di
Premis berada di kawasan berumput, padang dan kawasan
Premis yang terlibat ketika kerja pemotongan rumput dan kerja
penebasan/pemotongan/pemangkasan pagar tanaman (hedges),
semak/belukar dan pokok kecil/renek dilaksanakan di kawasan
tersebut;
(ix) meletakkan atau mempamerkan tanda amaran keselamatan
ketika kerja pembersihan sedang dilaksanakan bagi mengelakkan
berlakunya kemalangan kepada mana-mana orang yang
dibenarkan berada di Premis akibat kecuaian, kelalaian atau salah
laku Kontraktor atau Pekerja Kebersihan atau mana-mana pekerja
Kontraktor;
(x) mengendalikan/menggunakan mesin, kelengkapan, peralatan
dan bahan-bahan yang disediakan oleh Kontraktor mengikut
tatacara penggunaan/pemakaian yang betul bagi mengelakkan
sebarang kemalangan kepada mana-mana orang yang
dibenarkan berada di Premis atau kerosakan harta Kerajaan di
Premis;
12
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
(xi) menyimpan mesin, kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan di
ruang penyimpanan yang sesuai dengan teratur dan selamat;
(xii) membuang semua sampah sarap dan bahan-bahan buangan di
tapak pelupusan sampah yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan;
(xiii) memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes di Premis;
dan
(xiv) bersikap profesional, berdisiplin, sopan-santun, bertatatertib serta
mematuhi peraturan-peraturan yang dikeluarkan dari semasa ke
semasa oleh Kerajaan semasa melaksanakan Perkhidmatan.
7.2. Mesin, Kelengkapan, Peralatan dan Bahan-bahan
(a) Kontraktor hendaklah menyediakan segala mesin, kelengkapan,
peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan oleh Pekerja Kebersihan
sepertimana yang dinyatakan dalam Jadual 2 bagi tujuan memberikan
Perkhidmatan; dan
(b) Kontraktor hendaklah memastikan bahawa sepanjang Tempoh
Perjanjian, segala mesin, kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan
sentiasa mencukupi, berada dalam keadaan baik, bersih, kemas,
tersusun, disenggara dengan teratur serta boleh berfungsi dengan
sempurna pada setiap masa.
7.3. Laporan Harian
(a) Kontraktor hendaklah menyenggara Buku Rekod Kehadiran Pekerja
Kebersihan dan Jadual Pembersihan serta memastikannya
dilengkapkan pada setiap hari oleh Pekerja Kebersihan yang bertugas.
13
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
(b) Pekerja Kebersihan yang bertugas hendaklah mencatatkan kehadiran
dalam Buku Rekod Kehadiran Pekerja Kebersihan bagi mengesahkan
kehadiran semasa waktu bertugas sebelum menjalankan tugas dan
apabila hendak meninggalkan tugas..
(c) Kontraktor hendaklah menghantar laporan kehadiran Pekerja
Kebersihan dan keadaan kebersihan setiap hari dan
mengemukakannya kepada wakil Kerajaan untuk semakan.
(d) Laporan bagi setiap hari hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada
pukul 9.00 pagi hari yang berikutnya.
7.4. Perlindungan Insurans
(a) Kontraktor hendaklah mengambil perlindungan insurans bagi setiap
Pekerja Kebersihan dan mana-mana pekerjanya yang ditugaskan
melaksanakan Perkhidmatan terhadap apa-apa kecederaan yang
dialami oleh mereka semasa menjalankan tugas tersebut dan
melainkan kecederaan tersebut disebabkan oleh kecuaian Kerajaan.
(b) Kontraktor hendaklah menanggung kerugian Kerajaan terhadap semua
tindakan atau tuntutan yang berkenaan dengan kecederaan tersebut.
8. HARGA TAWARAN
8.1. Harga Tawaran penyebut harga/petender hendaklah mengambil kira semua
kos berkaitan termasuk segala kos yang terlibat semasa atau selepas
tawaran, kos pentadbiran serta semua kos berkaitan dengan Perkhidmatan
seperti pengangkutan, perkhidmatan, mesin, kelengkapan, peralatan dan
bahan-bahan, cukai semasa yang ditetapkan oleh Kerajaan dan semua kos
luar jangka yang berkaitan.
14
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
8.2. Harga yang ditawarkan oleh penyebut harga/petender adalah tetap,
harga bersih dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja dan tidak boleh
dipinda selepas penawaran sebut harga/tender ditutup serta akan
berkuat kuasa sepanjang tempoh sah laku sebut harga/tender. Harga
yang ditawarkan oleh penyebut harga/petender yang berjaya hendaklah
dipatuhi sepanjang masa Perjanjian berkuat kuasa dan tidak boleh dibuat
sebarang perubahan KECUALI atas persetujuan bersama oleh kedua-dua
pihak Kerajaan dan Kontraktor.
8.3. Harga yang ditawarkan haruslah mengikut mekanisme penggenapan
harga yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia iaitu dalam dua
(2) titik perpuluhan sahaja, sebagai contoh RM2.10.
8.4. Tawaran harga hendaklah telah mengambil kiraan fi perkhidmatan sistem
ePerolehan. Pengiraan fi perkhidmatan adalah berdasarkan kepada perkara
berikut –
(a) One-time payment
Kadar fi perkhidmatan sebanyak kosong perpuluhan lapan peratus
(0.8%) dikenakan bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum
berjumlah RM9,600 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih.
(b) Multiple payment
Kadar fi perkhidmatan sebanyak kosong perpuluhan empat peratus
(0.4%) dikenakan bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum
berjumlah RM4,800 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2
juta atau lebih.
8.5. Kerajaan tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran yang terendah.
Walau bagaimanapun, harga yang ditawarkan oleh penyebut harga/petender
15
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
bukanlah nilai Perjanjian muktamad yang akan ditetapkan oleh Kerajaan
sekiranya berjaya di dalam penawaran sebut harga/tender.
9. ANGGARAN NILAI PERJANJIAN
9.1. Pengiraan Anggaran Nilai Perjanjian adalah seperti berikut –
Anggaran Nilai Perjanjian
= Harga Sebut Harga/Tender yang telah dipersetujui
= Kadar Harga Seorang Pekerja Kebersihan Sebulan x Bilangan Pekerja
Kebersihan x Bilangan Bulan
9.2. Anggaran Nilai Perjanjian adalah termasuk kos bayaran fi perkhidmatan
sistem ePerolehan.
9.3. Anggaran Nilai Perjanjian adalah tetap dan apa-apa permohonan bagi
pelarasan semula Anggaran Nilai Perjanjian berikutan kenaikan harga
disebabkan oleh polisi atau keputusan Kerajaan hendaklah dikemukakan oleh
Kontraktor kepada Kerajaan secara bertulis. Kerajaan mempunyai kuasa
mutlak sama ada hendak mempertimbangkan permohonan itu atau
sebaliknya.
9.4. Sekiranya Kerajaan bersetuju dengan permohonan Kontraktor, pelarasan
semula kepada Anggaran Nilai Perjanjian hanya akan berkuat kuasa melalui
pindaan kepada Perjanjian.
10. SURAT SETUJU TERIMA
10.1. Kerajaan berhak menyetujuterima tawaran sebut harga/tender sama ada
kesemuanya ataupun sebahagiannya daripadanya. Kerajaan tidak terikat
untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran
atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran sebut
harga/tender.
16
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
10.2. Keputusan Kerajaan adalah muktamad. Kerajaan tidak akan melayan
sebarang surat menyurat yang berupa rayuan daripada penyebut
harga/petender mengenai sebab-sebab tawaran mereka tidak berjaya.
10.3. Penyebut harga/petender yang berjaya dikehendaki menandatangani satu
Perjanjian dengan Kerajaan dan adalah terikat dengan syarat-syarat yang
terkandung dalam Perjanjian tersebut.
10.4. Surat Setuju Terima hendaklah ditandatangani dan diserahkan kepada
Kerajaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh Surat Setuju Terima
dikeluarkan. Bon Pelaksanaan hendaklah dikemukakan dalam tempoh tiga
puluh (30) hari dari tarikh Surat Setuju Terima tersebut dikeluarkan.
Kegagalan menyerahkan kembali Surat Setuju Terima dan Bon Pelaksanaan
dalam tempoh tersebut atau tempoh yang dinyatakan oleh pihak Kerajaan
akan menyebabkan tawaran tender tersebut TERBATAL DENGAN
SENDIRINYA.
11. BON PELAKSANAAN
11.1. Tanggungjawab Menyerahkan Bon Pelaksanaan
Kontraktor hendaklah memastikan Bon Pelaksanaan dalam bentuk
sebagaimana yang dilampirkan dalam Jadual 5 telah diserahkan kepada
Kerajaan dalam tiga puluh (30) hari dari tarikh Surat Setuju Terima atau
dalam apa-apa tempoh yang dipersetujui secara bertulis oleh Kerajaan bagi
menjamin pelaksanaan obligasi-obligasi Kontraktor di bawah Perjanjian
tersebut dalam bentuk –
(a) Jaminan Bank/Syarikat Kewangan yang dikeluarkan oleh bank/syarikat
kewangan berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta
758] yang beroperasi di Malaysia;
17
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
(b) Jaminan Bank Islam yang dikeluarkan oleh bank berlesen di bawah Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759] yang beroperasi di
Malaysia;
(c) Jaminan Insurans yang dikeluarkan oleh syarikat insurans yang berlesen
di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang
beroperasi di Malaysia;
(d) Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh Syarikat Takaful yang berlesen
di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759] yang
beroperasi di Malaysia; atau
(e) Jaminan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad
(BPMB) dan Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia (SME Bank)
yang beroperasi di Malaysia.
11.2. Syarat-syarat Bon Pelaksanaan
(a) Kontraktor hendaklah menyerahkan Bon Pelaksanaan pada kadar
seperti berikut –
(i) 2.5% bagi kontrak perkhidmatan dengan Anggaran Nilai
Perjanjian kurang daripada RM500,000; atau
(ii) 5.0% bagi kontrak perkhidmatan dengan Anggaran Nilai
Perjanjian lebih daripada RM500,000.
(b) Nilai Bon Pelaksanaan hendaklah pada setiap masa tidak kurang
daripada nilai yang diperuntukkan.
(c) Bon Pelaksanaan hendaklah sah laku dari tarikh ia dikeluarkan sehingga
tempoh dua belas (12) bulan selepas tamatnya Tempoh Perjanjian.
18
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
(d) Kerajaan berhak untuk membuat tuntutan terhadap keseluruhan atau
sebahagian daripada Bon Pelaksanaan jika Kontraktor gagal
melaksanakan obligasi atau jika memungkiri apa-apa terma dan syarat
tanpa menjejaskan hak Kerajaan untuk mengambil tindakan undang-
undang yang lain.
11.3. Bon Pelaksanaan Tambahan
Sekiranya tuntutan dibuat oleh Kerajaan di bawah Bon Pelaksanaan ini yang
menyebabkan jumlah Bon Pelaksanaan tersebut berkurangan daripada
jumlah yang diperuntukkan, Kontraktor hendaklah menyerahkan suatu bon
pelaksanaan tambahan kepada Kerajaan di mana Kerajaan hendaklah
memegang suatu bon atau bon-bon pelaksanaan yang mempunyai agregat
tidak kurang daripada jumlah yang diperuntukkan pada setiap masa.
11.4. Bon Pelaksanaan Lanjutan
Sekiranya tempoh sah laku Bon Pelaksanaan akan luput, Kontraktor
hendaklah menyerahkan bon pelaksanaan yang baharu sebelum atau pada
tarikh luput tempoh sah laku Bon Pelaksanaan tersebut dengan nilai yang
sama dengan jumlah bon pelaksanaan yang akan luput.
11.5. Bon Pelaksanaan hendaklah dilampirkan bersama-sama dengan Perjanjian
dan akan dikembalikan kepada Kontraktor selepas tempoh sah laku dan
tertakluk kepada apa-apa pindaan atau potongan yang boleh dibuat oleh
Kerajaan mengikut terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian
berhubung dengan apa-apa pelanggaran terma-terma dan syarat-syarat yang
dilakukan oleh Kontraktor.
19
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
12. PEMBAYARAN
12.1. Pembayaran Anggaran Nilai Perjanjian dibuat dalam Ringgit Malaysia kepada
Kontraktor dalam akaun bank Kontraktor dan pembayaran Anggaran Nilai
Perjanjian akan diproses oleh Kerajaan selepas Kerajaan menerima daripada
Kontraktor invois dan/atau dokumen lain, yang ditentukan oleh Kerajaan dari
semasa ke semasa, daripada Kontraktor yang lengkap diisi dengan butir-butir
Perkhidmatan yang disahkan dan diperakukan oleh Kerajaan tidak lewat
daripada tujuh (7) hari bulan berikutnya selepas Perkhidmatan
dilaksanakan atau dalam apa-apa tempoh masa yang munasabah yang
difikirkan sesuai oleh Kerajaan. Kerajaan tidak akan bertanggungjawab di
atas kelewatan pembayaran kepada Kontraktor sekiranya jika invois dan/atau
dokumen lain, yang ditentukan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa, tidak
dihantar ataupun tidak lengkap dalam tempoh tersebut.
12.2. Pembayaran akan dibuat bagi setiap pesanan oleh Kerajaan yang
disempurnakan pembekalannya dan berdasarkan penerimaan sebenar oleh
pihak Kerajaan.
12.3. Bayaran fi perkhidmatan akan dikenakan kepada Kontraktor secara
pemotongan atau tolakan (set-off) sekiranya pembayaran diproses
menggunakan sistem ePerolehan. Pengiraan fi perkhidmatan adalah
berdasarkan kepada perkara berikut –
(a) One-off payment
Kadar fi perkhidmatan sebanyak kosong perpuluhan lapan peratus
(0.8%) dikenakan bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum
berjumlah RM9,600 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih.
20
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
(b) Multiple payment
Kadar fi perkhidmatan sebanyak kosong perpuluhan empat peratus
(0.4%) dikenakan bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum
berjumlah RM4,800 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2
juta atau lebih.
12.4. Kerajaan berhak memotong apa-apa wang yang kena dibayar kepada
Kontraktor oleh Kerajaan, sama ada sebagai tolakan atau pampasan
daripada mana-mana perjanjian yang ditandatangani dengan Kerajaan
daripada apa-apa yang kena dibayar oleh Kerajaan kepada Kontraktor di
bawah Perjanjian. Jika wang yang kena dibayar kepada Kontraktor itu tidak
mencukupi bagi menampung tuntutan Kerajaan, maka Kerajaan boleh
menuntut baki tuntutan itu daripada Kontraktor dan Kontraktor hendaklah
membuat pembayaran tersebut dalam tempoh yang ditentukan dalam notis
tuntutan. Kerajaan juga berhak menuntut jumlah baki tersebut daripada
Kontraktor melalui mana-mana perjanjian yang ditandatangani oleh
Kontraktor dengan agensi Kerajaan yang lain, sekiranya Kontraktor gagal
membuat bayaran setelah dituntut.
13. TOLAKAN (SET-OFF)
13.1. Kerajaan berhak memotong Bayaran Perkhidmatan yang kena dibayar
kepada Kontraktor oleh Kerajaan sebagai tolakan daripada apa-apa wang
yang perlu dibayar dan terhutang oleh Kontraktor mengikut kiraan dalam
Jadual 4 sekiranya –
(a) Kontraktor gagal menyediakan atau menempatkan Pekerja Kebersihan
di Premis pada satu-satu masa mengikut bilangan yang ditetapkan;
(b) Pekerja Kebersihan gagal melaksanakan Perkhidmatan menurut skop
dan spesifikasi Perkhidmatan seperti yang ditentukan;
21
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
(c) mesin, kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan bagi tujuan
Perkhidmatan di Premis tidak disediakan, tidak mencukupi atau tidak
berfungsi dan tidak disenggara dengan baik oleh Kontraktor;
(d) Pekerja Kebersihan tidak memakai pakaian seragam yang ditetapkan
oleh Kerajaan semasa bertugas; atau
(e) pelanggaran mana-mana terma dan syarat Perjanjian; dan
(f) berlakunya kerosakan harta Kerajaan di Premis yang disebabkan oleh
kecuaian, kelalaian atau salah laku Kontraktor atau Pekerja Kebersihan
atau mana-mana pekerja Kontraktor.
13.2. Jika jumlah tolakan tersebut tidak mencukupi bagi menampung tuntutan
Kerajaan, Kerajaan berhak memotong Bayaran Perkhidmatan yang kena
dibayar kepada Kontraktor oleh Kerajaan bagi bulan seterusnya.
14. PENGESAHAN PERKHIDMATAN
Pihak Kontraktor dan Kerajaan hendaklah melaksanakan pengesahan
Perkhidmatan dengan melengkapkan borang-borang pengesahan Perkhidmatan
seperti di Jadual 6 iaitu –
(a) Borang BPL KBK A (SKM) – Borang Pengesahan Pelaksanaan Perkhidmatan
Kebersihan Bangunan dan Kawasan;
(b) Borang BPL KBK 1A (i) (SKM), Borang BPL KBK 1A (ii) (SKM), dan Borang
BPL KBK 1B (i) dan Borang BPL KBK 1B (ii) – Borang Rumusan Pengesahan
Pelaksanaan Skop dan Spesifikasi Perkhidmatan dan Pengurusan Pekerja
Kebersihan;
(c) Borang BPL KBK 2 (SKM) – Borang Pengesahan Bilangan Pekerja dan
Rekod Kehadiran Pekerja Kebersihan;
22
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
(d) Borang BPL KBK 3 (SKM) – Borang Pengesahan Kehadiran Pekerja
Berdasarkan Buku Rekod Kehadiran Pekerja Kebersihan; dan
(e) Borang BPL KBK 4 (SKM) – Borang Pengesahan Pembekalan Mesin,
Kelengkapan, Peralatan dan Bahan-bahan.
15. HAK KERAJAAN APABILA PERKHIDMATAN YANG DILAKSANAKAN TIDAK
MENGIKUT TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT PERJANJIAN
Jika Perkhidmatan yang dilaksanakan tidak mengikut atau jika berlaku pelanggaran
mana-mana terma dan syarat Perjanjian, maka Kerajaan boleh mengambil
tindakan mengikut mana-mana satu atau apa-apa gabungan perkara yang berikut
–
(a) menolak Perkhidmatan atau apa-apa bahagian daripadanya dan
menghendaki Kontraktor menggantikan Perkhidmatan atau apa-apa
bahagian daripadanya dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh
Kerajaan. Jika perkhidmatan atau apa-apa bahagian daripadanya tidak
digantikan dalam masa yang ditentukan, maka Kerajaan boleh mendapatkan
Perkhidmatan atau apa-apa bahagian daripadanya menerusi punca-punca
lain dan Perjanjian dikehendaki membayar amaun penggantian dan kos-kos
lain yang berkaitan kepada Kerajaan;
(b) mengenakan tolakan iaitu denda dengan jumlah satu peratus (1%) sehari
daripada Anggaran Nilai Perjanjian bulanan bagi Premis terlibat tanpa
mengira bilangan pelanggaran mana-mana terma dan syarat Perjanjian, skop
dan spesifikasi Perkhidmatan yang dilakukan pada hari tersebut. Kiraan
tolakan adalah seperti di Jadual 4;
(c) mengenakan tolakan iaitu pemotongan sekiranya mana-mana Pekerja
Kebersihan tidak hadir bertugas mengikut terma-terma dan syarat-syarat
Perjanjian dengan jumlah yang sama banyak dengan gaji pokok sehari
Pekerja Kebersihan yang tidak hadir tersebut tanpa mengenakan denda
23
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
dengan syarat Perkhidmatan yang diberikan memuaskan Kerajaan. Bagi
maksud ini, pengiraan hendaklah dibuat secara berasingan bagi setiap
Pekerja Kebersihan yang tidak bertugas. Kiraan tolakan adalah seperti di
Jadual 4;
(d) menamatkan Perjanjian dan melantik pihak lain untuk melaksanakan
Perkhidmatan; dan/atau
(e) mengambil atau merampas keseluruhan atau sebahagian jumlah wang dalam
Bon Pelaksanaan.
16. LARANGAN MEMBUAT PERUBAHAN PEGANGAN EKUITI SYARIKAT ATAU
PERNIAGAAN
Kontraktor dilarang membuat perubahan pegangan ekuiti syarikat atau perniagaan
(apa-apa penjualan atau pemindahan ekuiti) sepanjang Tempoh Perjanjian berkuat
kuasa tanpa mendapat kelulusan bertulis daripada Kerajaan terlebih dahulu.
17. PENAMATAN PERJANJIAN
17.1. Penamatan oleh Kerajaan
(a) Sekiranya Kontraktor tanpa apa-apa sebab yang munasabah –
(i) menangguhkan atau enggan melaksanakan Perkhidmatan
tersebut;
(ii) gagal memberikan Perkhidmatan tersebut secara tekun dan
berterusan seperti yang diperuntukkan di dalam Perjanjian;
(iii) gagal memberikan Perkhidmatan tersebut atau gagal
menjalankan obligasi seperti yang diperuntukkan di dalam
Perjanjian;
24
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
(iv) melakukan pelanggaran terhadap mana-mana syarat atau terma
Perjanjian; atau
(v) mengemukakan dokumen atau maklumat palsu, tidak sah atau
tidak tulen kepada Kerajaan;
Kerajaan berhak memberikan notis tujuan penamatan kepada
Kontraktor dengan menyatakan butiran mengenai kegagalan atau
kemungkiran itu dan menghendaki Kontraktor untuk meremedikan
kegagalan atau kemungkiran itu dalam tempoh yang ditetapkan dalam
notis itu. Sekiranya Kontraktor gagal untuk meremedikan kegagalan
atau kemungkiran itu dalam tempoh yang dinyatakan atau mana-mana
tempoh lain yang ditetapkan oleh Kerajaan, Kerajaan berhak
menamatkan Perjanjian pada bila-bila masa selepas itu dengan
memberikan notis penamatan.
(b) Kerajaan juga berhak dengan serta-merta menamatkan Perjanjian
sekiranya –
(i) Kontraktor pada bila-bila masa menjadi bankrap atau satu
perintah penerimaan atau pentadbiran dibuat terhadapnya; atau
(ii) seorang penerima atau pengurus bagi pihak seseorang
pemiutang dilantik atau jika timbul keadaan-keadaan yang
memberikan hak kepada mahkamah atau seseorang pemiutang
melantik seorang penerima atau pengurus, atau yang
memberikan hak kepada mahkamah membuat suatu perintah
penggulungan;
Kerajaan berhak menamatkan Perjanjian pada bila-bila masa selepas
itu dengan memberikan notis penamatan.
25
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
17.2. Kesan Penamatan oleh Kerajaan
Sekiranya Perjanjian ditamatkan menurut peruntukan di perkara 17.1(a) atau
perkara 17.1(b) –
(a) Apa-apa obligasi dan liabiliti yang dikenakan kepada Kontraktor di
bawah Perjanjian hendaklah ditamatkan dengan serta-merta;
(b) Kontraktor hendaklah –
(i) menamatkan pelaksanaan segala Perkhidmatan; dan
(ii) dengan kos dan perbelanjaan Kontraktor sendiri, memindah dan
mengeluarkan semua peralatan dan kelengkapan milik Kontraktor
yang tidak diperlukan oleh pentadbir Premis dalam tempoh tiga
puluh (30) hari selepas tarikh notis dikemukakan dan meremedi
semua kerosakan yang disebabkan oleh pemindahan tersebut;
(c) Kerajaan berhak –
(i) menuntut kepada Kontraktor apa-apa ganti rugi bagi kerugian
yang ditanggung oleh Kerajaan sebagai akibat kepada penamatan
Perjanjian dan merampas Bon Pelaksanaan; dan
(ii) melantik pihak ketiga untuk meneruskan pelaksanaan Perjanjian
dan Kontraktor hendaklah membuat bayaran kepada Kerajaan
untuk apa-apa kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh
Kerajaan bagi menyempurnakan pelaksanaan Perjanjian tersebut
selaku bayaran yang perlu dibuat kepada Kontraktor apabila
Kontraktor menyempurnakan pelaksanaan Perkhidmatan
tersebut jika Perjanjian tidak ditamatkan menurut perkara 17.1.(a)
atau perkara 17.1.(b).
26
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
Walau apa pun, penamatan itu tidak boleh menyentuh atau
menjejaskan hak mana-mana Pihak yang telah terakru sebelum tarikh
penamatan Perjanjian dan obligasi di bawah Perjanjian hendaklah
berterusan walaupun selepas penamatan Perjanjian berkenaan dengan
apa-apa perbuatan, perkara, atau benda yang berlaku sebelum
penamatan Perjanjian. Sekiranya Perjanjian ditamatkan, Kerajaan
berhak mengemukakan maklumat Kontraktor kepada Kementerian
Kewangan Malaysia untuk tindakan tatatertib.
17.3. Penamatan oleh Kontraktor
Kontraktor berhak menamatkan Perjanjian sekiranya Kerajaan tanpa sebab
yang munasabah gagal untuk melaksanakan atau memenuhi mana-mana
obligasinya yang secara langsung menjejaskan obligasi Kontraktor di bawah
Perjanjian. Kontraktor hendaklah memberikan notis tujuan penamatan
secara bertulis kepada Kerajaan menyatakan butiran mengenai kegagalan
atau kemungkiran itu dan meminta Kerajaan untuk meremedikan kegagalan
atau kemungkiran itu dalam tempoh yang ditetapkan dalam notis itu atau
apa-apa tempoh lain yang dilanjutkan sebagaimana yang dipersetujui oleh
Pihak-Pihak. Jika Kerajaan gagal untuk meremedikan kegagalan atau
kemungkiran itu dalam tempoh yang ditetapkan atau apa-apa tempoh lain
yang dilanjutkan, maka Kontraktor berhak untuk menamatkan Perjanjian
pada bila-bila masa dengan memberi notis penamatan.
17.4. Kesan Penamatan oleh Kontraktor
Sekiranya Penamatan Perjanjian berlaku menurut perkara 17.3, Kontraktor
hendaklah menerima aku janji daripada Kerajaan yang menyatakan bahawa
Kerajaan telah menyelesaikan secara lengkap semua tuntutan yang kena
dibayar oleh Kerajaan kepada Kontraktor berkaitan peruntukan Perjanjian –
(a) Kerajaan hendaklah membuat bayaran kepada Kontraktor untuk apa-
apa bayaran yang terhutang dan kena dibayar kepada Kontraktor pada
27
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
tarikh penamatan Perjanjian dan yang belum dibayar dengan syarat
bahawa Kerajaan hendaklah berhak untuk menolak apa-apa jumlah
wang yang kena dibayar kepada Kerajaan daripada Kontraktor di
bawah Perjanjian dan/atau menolak daripada Bon Pelaksanaan; dan
(b) Kontraktor hendaklah –
(i) menamatkan pelaksanaan segala Perkhidmatan; dan
(ii) dengan kos dan perbelanjaan Kontraktor sendiri, memindah dan
mengeluarkan semua peralatan dan kelengkapan Kontraktor,
subkontraktor, atau ejen-ejennya dan meremedikan semua
kerosakan yang disebabkan oleh pemindahan tersebut.
17.5. Perkhidmatan dalam Perjanjian hendaklah tamat dengan serta merta jika
Kontraktor meninggal dunia dan Kontraktor adalah pemilik tunggal dan
perniagaan ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta
197] atau Ordinan Perlesenan Perniagaan 1948 atau Ordinan Pelesenan
Perniagaan, Profesion dan Perdagangan Sarawak [Bab 33]. Pembayaran
Perkhidmatan, jika ada, akan dibayar kepada waris Kontraktor yang sah.
18. PENAMATAN KERANA RASUAH, AKTIVITI-AKTIVITI YANG TIDAK SAH ATAU
MENYALAHI UNDANG-UNDANG
18.1. Tanpa prejudis kepada apa-apa hak Kerajaan yang lain, jika Kontraktor,
pengkhidmat atau pekerjanya disabitkan oleh mahkamah atas kesalahan
rasuah atau aktiviti-aktiviti yang tidak sah atau menyalahi undang-undang
yang berkaitan dengan Perjanjian ini atau perjanjian-perjanjian lain yang
dimeterai oleh Kontraktor tersebut dengan Kerajaan, maka Kerajaan berhak
untuk menamatkan Perjanjian pada bila-bila masa dengan memberikan notis
bertulis dengan serta-merta kepada Kontraktor bagi tujuan penamatan
Perjanjian.
28
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
18.2. Dengan penamatan di bawah perkara 18.1 tersebut, Kerajaan berhak
menuntut kepada Kontraktor atas segala kerugian, kos-kos, ganti rugi dan
perbelanjaan, termasuk apa-apa kos dan perbelanjaan sampingan yang
ditanggung oleh Kerajaan berikutan daripada penamatan Perjanjian.
18.3. Bagi mengelakkan keraguan, pihak Kerajaan dan Kontraktor dengan ini
bersetuju bahawa Kontraktor tidak berhak ke atas apa-apa bentuk kerugian
termasuklah kehilangan keuntungan, ganti rugi, tuntutan atau apa-apa pun
berikutan daripada penamatan Perjanjian.
19. PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)
19.1. Kontraktor yang mempunyai Perjanjian dengan Kerajaan yang nilainya
mencapai atau melebihi nilai ambang dikehendaki melaksanakan program
SL1M, tertakluk kepada arahan semasa Kerajaan.
19.2. Penentuan bilangan minimum peserta SL1M adalah melalui formula berikut –
1% x Nilai Perjanjian
RM24,000
di mana RM24,000 adalah elaun SL1M selama 12 bulan bagi seorang
peserta dengan elaun sebanyak RM2,000 sebulan.
19.3. Bagi Kontraktor yang mempunyai Perjanjian dengan Kerajaan bernilai kurang
daripada nilai ambang adalah digalakkan untuk melaksanakan program
SL1M seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan.
29
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
20. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN
20.1. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk memastikan Pekeliling ini
dipatuhi dan dilaksanakan sepenuhnya oleh JPN/ PPD/ sekolah masing-
masing.
20.2. Ketua Jabatan hendaklah memastikan perolehan perkhidmatan KBK
bagi SKM dilaksanakan di peringkat JPN, PPD dan sekolah bertaraf PTJ
mengikut semua peraturan dan tatacara perolehan atau kewangan
semasa, termasuk memastikan perolehan dibuat berdasarkan
peruntukan yang diluluskan bagi Jabatannya.
21. TARIKH BERKUAT KUASA
Garis panduan ini hendaklah dilaksanakan berkuat kuasa bagi kontrak
perkhidmatan KBK di SKM mulai 1 Januari 2019.
22. PEMAKAIAN
22.1. Garis panduan ini terpakai kepada semua JPN, PPD dan SKM di bawah
KPM.
22.2. Bagi perkara-perkara dan isu-isu lain selain daripada tatacara yang
dinyatakan dalam garis panduan ini hendaklah mendapat kelulusan daripada
Setiausaha Bahagian Perolehan terlebih dahulu.
Bahagian Perolehan
Kementerian Pendidikan Malaysia
28 November 2018
30
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
JADUAL 1
SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN
1. BILANGAN PEKERJA KEBERSIHAN
Bilangan Pekerja Kebersihan yang ditetapkan adalah –
(a) bagi SKM tanpa asrama, bilangan Pekerja Kebersihan adalah dua (2)
orang; dan
(b) bagi SKM yang mempunyai asrama, bilangan Pekerja Kebersihan adalah
tiga (3) orang.
2. WAKTU PERKHIDMATAN DAN WAKTU BERTUGAS PEKERJA KEBERSIHAN
2.1. Waktu perkhidmatan bagi SKM tanpa asrama dan SKM yang mempunyai
asrama adalah enam (6) hari seminggu, tidak termasuk cuti umum dan hari
kelepasan am.
2.2. Waktu bertugas Pekerja Kebersihan yang ditetapkan adalah seperti
berikut –
(a) Bagi SKM di mana Sabtu dan Ahad merupakan hari rehat
mingguan
(i) Isnin hingga Jumaat: 7.00 pagi hingga 4.00 petang [termasuk satu
(1) jam waktu rehat pada hari Isnin hingga Khamis, satu (1) jam
lima belas (15) minit waktu rehat pada hari Jumaat]
(ii) Sabtu: 7.00 pagi hingga 1.00 petang [tiada waktu rehat]
31
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
(b) Bagi SKM di mana Jumaat dan Sabtu merupakan hari rehat
mingguan
(i) Ahad hingga Khamis: 7.00 pagi hingga 4.00 petang [termasuk
waktu rehat selama satu (1) jam]
(ii) Sabtu: 7.00 pagi hingga 1.00 petang [tiada waktu rehat]
(c) Masa rehat yang diperuntukkan pada setiap hari adalah secara bergilir
dalam kalangan Pekerja Kebersihan KECUALI pada hari Jumaat bagi
Pekerja Kebersihan lelaki muslim.
2.3. Sebarang perubahan waktu bertugas adalah tertakluk kepada kelulusan
Ketua Jabatan/Pengetua/Guru Besar/pentadbir Premis. Perubahan waktu
bertugas tidak boleh mengubah, memendekkan atau memanjangkan tempoh
waktu bertugas.
3. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
3.1. Tanggungjawab Pekerja Kebersihan
Pekerja Kebersihan hendaklah melaksanakan arahan dan tugas yang
ditetapkan seperti berikut –
(a) wajib memakai pakaian seragam yang lengkap berserta kad
pengenalan kerja dan berketerampilan kemas setiap hari semasa
menjalankan tugas;
(b) mencatatkan kehadiran dalam Buku Rekod Kehadiran Pekerja
Kebersihan sebelum menjalankan tugas dan apabila hendak
meninggalkan tugas;
32
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
(c) melaksanakan skop kerja seperti di Jadual 1A dan Jadual 1B dan
mencatatkan pelaksanaan kerja pembersihan dalam Jadual
Pembersihan;
(d) sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu dan
bersesuaian semasa melaksanakan Perkhidmatan;
(e) mengendalikan/menggunakan mesin, kelengkapan, peralatan dan
bahan-bahan yang disediakan oleh Kontraktor mengikut tatacara
penggunaan/pemakaian yang betul bagi mengelakkan sebarang
kemalangan atau kerosakan harta Kerajaan di Premis;
(f) menyimpan mesin, kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan di ruang
penyimpanan yang sesuai dengan teratur dan selamat;
(g) memastikan ruang penyimpanan mesin, kelengkapan, peralatan dan
bahan-bahan adalah dalam keadaan bersih, kemas dan teratur pada
setiap masa;
(h) memastikan tiada mana-mana orang yang dibenarkan berada di Premis
berada di kawasan berumput, padang dan kawasan Premis yang
terlibat ketika kerja pemotongan rumput dan kerja
penebasan/pemotongan/pemangkasan pagar tanaman (hedges),
semak/belukar dan pokok kecil/renek dilaksanakan di kawasan
tersebut;
(i) meletakkan atau mempamerkan tanda amaran keselamatan ketika
kerja pembersihan sedang dilaksanakan bagi mengelakkan berlakunya
kemalangan kepada mana-mana orang yang dibenarkan berada di
Premis akibat kecuaian, kelalaian atau salah laku Kontraktor atau
Pekerja Kebersihan atau mana-mana pekerja Kontraktor;
33
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
(j) membuang semua sampah sarap dan bahan-bahan buangan di tapak
pelupusan sampah yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan;
(k) memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes di Premis;
(l) menyediakan dan mengemukakan Jadual Pembersihan harian kepada
wakil Kerajaan;
(m) tidak menggunakan telefon bimbit, merokok, tidur, mabuk, membaca
majalah/suratkhabar, berbual-bual atau lain-lain perbuatan yang
melanggar etika Pekerja Kebersihan yang boleh menjejaskan imej
Kerajaan; dan
(n) bersikap profesional, berdisiplin, sopan-santun, bertatatertib serta
mematuhi peraturan-peraturan yang dikeluarkan dari semasa ke
semasa oleh Kerajaan semasa melaksanakan Perkhidmatan.
3.2. Tanggungjawab Penyelia
Penyelia dilantik bukan dalam kalangan Pekerja Kebersihan dan hendaklah
bertanggungjawab seperti berikut –
(a) boleh dihubungi oleh wakil Kerajaan sepanjang masa termasuk pada
hari cuti umum;
(b) melakukan pemantauan setiap hari ke atas Pekerja Kebersihan yang
bertugas di Premis;
(c) memastikan setiap Pekerja Kebersihan datang bekerja pada masa yang
ditetapkan;
34
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
(d) memastikan Pekerja Kebersihan sentiasa mencukupi mengikut
bilangan yang telah ditetapkan di Premis dan menempatkan Pekerja
Kebersihan gantian sekiranya berlaku kekurangan Pekerja Kebersihan;
(e) memastikan setiap Pekerja Kebersihan mencatatkan kehadiran dalam
Buku Rekod Kehadiran Pekerja Kebersihan bagi memastikan kehadiran
semasa masuk dan selepas kerja;
(f) mencatat senarai nama Pekerja Kebersihan yang bertugas pada setiap
hari dan menyerahkan laporan kehadiran Pekerja Kebersihan kepada
wakil Kerajaan;
(g) memastikan setiap Pekerja Kebersihan memakai pakaian seragam
yang lengkap berserta kad pengenalan kerja dan berketerampilan
kemas setiap hari;
(h) memupuk disiplin dalam kalangan Pekerja Kebersihan agar sentiasa
bersedia menerima arahan dan maklumat-maklumat terkini;
(i) memastikan Pekerja Kebersihan yang bertugas tidak merokok, tidur,
cuai atau leka semasa bertugas;
(j) memastikan mesin, kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan disimpan
di ruang penyimpanan yang sesuai dengan teratur dan selamat;
(k) memastikan Pekerja Kebersihan sentiasa mengutamakan aspek
keselamatan dan mengambil langkah-langkah keselamatan dalam
memberikan Perkhidmatan;
(l) melaporkan kerja-kerja pembersihan yang dilaksanakan kepada Ketua
Jabatan/Pengetua/Guru Besar/pentadbir Premis dua (2) minggu sekali;
35
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
(m) menyediakan laporan bulanan yang perlu dikemukakan kepada pihak
Kerajaan tidak lewat daripada tujuh (7) haribulan bagi setiap bulan;
(n) hadir bersama dengan pihak pengurusan Kontraktor ke mesyuarat yang
diadakan oleh Kerajaan; dan
(o) menyediakan nombor telefon kecemasan seperti nombor telefon Balai
Polis, Hospital, Bomba dan agensi-agensi yang berkaitan di Premis dan
diletakkan di ruang penyimpanan bagi persediaan menghadapi
sebarang kemungkinan termasuk juga nombor-nombor penting bagi
Kontraktor dan Kerajaan.
36
GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
JADU
SKOP KERJA PEMBERSIHAN MENGIKUT LO
LOKASI/RUANG/KAWASAN SK
(a) Tandas, Bilik Air, Bilik Semua Tandas, Bilik (i) Mencuci dan
Mandi, Tempat Air, Bilik Mandi, bahan pencu
Wuduk, Tempat Tempat Wuduk, dengan pe
Membasuh Baju dan Tempat Membasuh mengeringkan
Bilik Persalinan Baju dan Bilik
Persalinan (ii) Membersih d
kubikel/pemba
bahan pencu
kuman) yang
(iii) Membasuh, m
semua pera
perpaipan/san
37
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 ( )
UAL 1A
OKASI/RUANG/KAWASAN DAN KEKERAPAN
KOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN
KUALITI
n memberus lantai dengan
uci lantai yang bersesuaian
ermukaaan lantai serta
n lantai
dan mengelap dinding dan Dua (2) kali sehari Bersih, kering dan
ahagi ruang menggunakan tidak berbau
uci disinfektan (pembasmi busuk
bersesuaian
membersih dan mengelap
alatan/kelengkapan/aksesori
nitari menggunakan bahan
7
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWAS
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
LOKASI/RUANG/KAWASAN SK
pencuci disin
yang bersesu
(iv) Menyedia/me
tanda amara
pembersihan
(v) Menyembur
pewangi selep
(vi) Membekal/me
karung plastik
(vii) Menyapu/mem
memasukkan
karung plastik
tempat pelupu
38
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
SAN (KBK)
KOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN
KUALITI
nfektan (pembasmi kuman)
uaian
eletakkan/mempamerkan
an keselamatan semasa
dijalankan
atau meletakkan bahan Sepanjang masa Tong/bakul
pas setiap kali dicuci Dua (2) kali sehari sampah sentiasa
terpasang dengan
enyediakan dan memasang
k pada tong/bakul sampah karung plastik
Tiada sampah
mbersih/memungut dan sarap di atas
sampah sarap dalam
lantai serta
k serta membuangkannya di sampah sarap
usan sampah dalam karung
8
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWAS
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
LOKASI/RUANG/KAWASAN SK
(viii) Menyediakan
berserta sabu
(pembasmi
Guru/Pegawa
(ix) Menyediakan
tisu tandas
Guru/Pegawa
(b) Bangunan dan bilik- Kaki (i) Menyapu/mem
bilik dalam bangunan lima/koridor/susur (mopping) la
Premis gajah pencuci lanta
permukaan la
39
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
SAN (KBK)
KOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN
KUALITI
hand soap dispenser Sepanjang masa
un tangan cecair antiseptik Sepanjang masa plastik dibuang ke
Dua (2) kali sehari tempat pelupusan
kuman) di Tandas
ai/Pelawat dan Tandas Murid sampah
tissue dispenser berserta Sabun cecair
s gulung di Tandas antiseptik sentiasa
ai/Pelawat
mbersih/mencuci/mengelap tersedia
antai menggunakan bahan
ai yang bersesuaian dengan Tisu tandas/tisu
antai gulung sentiasa
tersedia
Sentiasa bersih
dan kemas
9
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWAS
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
LOKASI/RUANG/KAWASAN SK
Tangga (ii) Membersih/m
Pejabat peralatan/kele
Bilik radas dan
Pengetua/Guru digunakan da
Besar pembelajaran
Bilik Penolong
Kanan (iii) Membersihka
Bilik Ketua Bidang mesin pembe
Bilik Guru
Bilik Mesyuarat
Bilik Kaunseling (iv) Membekal/me
Makmal karung plastik
Bengkel sekitar bangu
Bilik Kebal
40
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
SAN (KBK)
KOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN
KUALITI
mengelap Dua (2) kali sehari
engkapan KECUALI alat
bahan-bahan kimia yang
alam sesi pengajaran dan
n di makmal
an permaidani menggunakan
Dua (2) kali seminggu
ersih hampagas
enyediakan dan memasang Sepanjang masa Tong/bakul
k pada tong/bakul sampah di sampah sentiasa
unan Premis terpasang dengan
karung plastik
0
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWAS
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
LOKASI/RUANG/KAWASAN SK
Dewan/dewan
terbuka/dewan
mini
Kawasan
pentas/astaka
Surau (v) Menyapu/mem
memasukkan
Stor/stor sukan karung plastik
tempat pelupu
Gelanggang
(i) Menyapu/mem
permainan memasukkan
karung plastik
Gimnasium tempat pelupu
Wakaf
Kolam dan
kawasan sekitar
kolam
(c) Kawasan persekitaran
Premis – Keseluruhan kawasan
Keseluruhan kawasan persekitaran Premis
persekitaran Premis
41
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
SAN (KBK) KEKERAPAN PIAWAIAN
KUALITI
KOP KERJA
mbersih/memungut dan Dua (2) kali sehari Tiada sampah
sampah sarap dalam sarap di atas
lantai serta
k serta membuangkannya di sampah sarap
usan sampah dalam karung
plastik dibuang ke
tempat pelupusan
sampah
mbersih/memungut dan Dua (2) kali sehari Bersih dan kemas
sampah sarap dalam
k serta membuangkannya di
usan sampah
1
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWAS
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
LOKASI/RUANG/KAWASAN SK
(ii) Membekal/me
karung plastik
sekitar bangu
(iii) Memungut/me
sampah dari
terdapat di
kawasan Prem
(iv) Mencuci ton
pencuci disin
yang bersesu
(v) Memastikan
nyamuk
42
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
SAN (KBK)
KOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN
Sepanjang masa KUALITI
enyediakan dan memasang
k pada tong/bakul sampah di 2 kali sehari Tong/bakul
unan Premis Mengikut keperluan sampah sentiasa
terpasang dengan
engumpul dan membuang Sepanjang masa
tong/bakul sampah yang karung plastik
bangunan dan sekitar Sampah tidak
melimpah keluar
mis
daripada
ng/bakul sampah bahan tong/bakul
nfektan (pembasmi kuman)
uaian sampah
tiada tempat pembiakan Tiada tempat
pembiakan
nyamuk
2
GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWAS
BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
LOKASI/RUANG/KAWASAN SK
Padang
Tepi/celah
bangunan Premis,
kantin/dewan
makan, Pusat
Kegiatan Guru
(PKG), dan
(d) Kawasan persekitaran Kuarters Institusi Memotong, men
Premis –
Kawasan berumput Perguruan membuang rumpu
(KIP)/rumah guru sampah
Kawasan
taman/lanskap
Cerun/tebing yang
berbukit dan
beralun
Simpang/bahu
jalan
43
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)
SAN (KBK) KEKERAPAN PIAWAIAN
KUALITI
KOP KERJA
Dua (2) minggu sekali. Rumput-rumput
yang dipotong
Setiap pusingan hendaklah tidak
lebih dari 3.0 cm
nyapu, mengumpul dan pemotongan
tinggi dari
ut ke tempat pelupusan hendaklah dihabiskan permukaan tanah
pada masa tidak lebih pada
setiap kali
dari lima belas (15) pemotongan
hari.
3