The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sharifuddin Abdullah, 2019-10-20 20:58:09

Minit Mesyuarat Guru Kali Ketiga 19

Mesyuarat

MINIT MESYUARAT GURU KALI KETIGA 2019
SK SULTAN SULAIMAN I (SBT), KUALA TERENGGANU

Tarikh : 24 JUN 2019
Tempat : Bilik Mesyuarat,

Masa SK Sultan Sulaiman 1 (SBT), Kuala Terengganu.
: 2.00 petang

KEHADIRAN 30. Puan Rusini binti Hassan
31. Puan Shamsiah binti Abdul Rahman
1. Encik Mohamad Kabidi bin Mohamad 32. Encik Roslan bin Mustafa
2. Encik Ahmad Sharifuddin bin Abdullah 33. Puan Rosmawati binti Shamsuddin
3. Puan Faridah Then binti Abdullah 34. . Puan Ismazura binti Ismail
4. Encik Wan Abd Salam bin Wan Abd Ghani 35. Puan Puan Oh Siong Chin
5. Encik Mohd Fadli bin Bakar 36. Puan Rumaiza binti Zakaria
6. Puan Nik Hasni binti Wan Hassan 37. Pn.Maheran bt Rahman
7. Puan Nor Kartini binti Abdullah 38. Puan Gayah binti Daud
8. Encik Mohd Shukri bin Abdul Rahman 39. Puan Hafsah binti Rani
9. Encik Wan Mohd Nazim bin Wan Omar 40. Then Malar A/P Arumugam
10. Puan Norkamiza binti Abd Razak 41. Encik Roibi bin Ali
11. Puan Salwani binti Mohamed Daud 42. Puan Najibah binti Yusof
12. Puan Quek Soh Theng 43. Encik Rahiman Nahadi bin Jusoh
13. Puan Rozita binti Dollah 44. Puan Nor A’zan binti Abd Kadir
14. Cik Suriani binti Awang 45. Puan Najihah binti Yahya
15. Puan Rosnah binti Abdullah 46. Encik Razali bin Jamari
16. Puan Wan Rafidah binti Wan Ali 47. Puan Ruzila binti Khalid
17. Puan Siti Rohani bt Halim 48. Puan Safiah binti Awang
18. Puan Siti Zuaidah binti Ismail 49. YM Raja Ashwadi Putera bin Raja Ismail
19. Puan Zamilah binti Haji Abdullah 50. YM Saripah Maizun binti Syed Putera
20. Puan Rozita binti Abu Bakar 51. Puan Norasiah binti Taib
21. Puan Hanisah binti Mansor 62. Puan zabedah binti salleh
22. Puan Nik Ruziha binti Nik Nor 63. Puan Nor Afizah binti Akil
23. Puan Nur Aqilah binti Ghazali 64. Puan Zawiah binti Embong
24. Puan Noorhaya binti Alias @ Manaf 65. Puan Adilah binti Kader
25. Cik Wan Ruslawati binti Ton Rohim 66. Puan Ismarani binti Mohamad
26. Encik Azman bin Mat Noor 67. Puan Norliza binti Hashim
27. Puan Nobani binti Hashim 68. Nurul Nadhrah binti Sulaiman
28. Encik Mohamad Anaqi bin Mohd Amran
29. Cik Ain Dalila binti Mohd Tajudin

PRAKTIKUM

1. Noor Amiliana Amiera binti Mat Alhuda
2. Farah Hafizah binti Abdul Hakim
3. Engku Nurul Najihah binti Engku Aziz
4. Nur Aliya binti Syihabuddin

TIDAK HADIR bersebab
bersebab
1. Encik Mohd Shahrul Mizam Ismail bersebab
2. Puan Rohaida binti Ismail bersebab
3. Encik Muhamad Fadzli bin Yusof bersebab
4. Puan Noraini binti lam Ibrahim bersebab
5. Encik Mohd Zaki bin Muda bersebab
6. Encik Mohd Zarriq bin Mamat bersebab
7. Encik Mohd Abdilah bin Ibrahim bersebab
8. Puan Rahimah binti Ismail bersebab
9. Puan Zaiton binti Said @ Mat Ali bersebab
10. Encik Ahmad Humaizi bin Hussin bersebab
11. Encik Ahmad Shukri bin Awang bersebab
12. Puan Asma’ binti Abu Bakar bersebab
13. Puan Azlina binti Muhammad
14. Puan Azlina binti Ariffin bersebab
15. Puan Engku Nurul Farhana binti Engku Aziz bersebab
16. Pn. Fatimatuzaharah bt Abd Hamed bersebab
17. Puan Hamidah binti Said bersebab
18. Puan Hasmah binti Yusoff bersebab
19. Encik Khyrul Anwar bin Muhammad bersebab
20. Puan Khairol Akmal binti Ismail bersebab
21. Puan Maliza binti Abdul Kadir bersebab
22. Puan Norafiza binti Mohamad bersebab
23. Puan Norazinie binti Muhamad bersebab
24. Puan Nurul Fathiah binti Mohd Nor bersebab
25. Puan Sazana binti Mohd Shafii bersebab
26. YM Sharifah Salwati Engku Abd Rahman bersebab
27. Puan Suryati binti Mohamad @ Sulaiman bersebab
28. YM Tengku Suhaila binti Tengku Abd Rahman bersebab
29. Puan Wan Amizatul Nasyirah binti Wan mohd Annuar bersebab
30. Puan wan Shukriah binti Wan Hassan

AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa.
1.2 Guru Besar memaklumkan KPI kehadiran murid sepanjang tahun lepas bagi daerah Kuala Terengganu. Sekolah kita gagal

mencapai KPI dengan peratus iaitu 95%. SJKC Chung Wa Wei Sin mendapat anugerah kehadiran terbaik bagi tahun 2018.
Kehadiran sekolah kita sangat merosot selepas cuti perayaan terutamanya cuti hari raya dan jika ada sekolah ganti pada
hari sabtu kehadiran murid kita memang semakin berkurangan. Ini menyebabkan peratus kehadiran murid sekolah terus
menurun sehingga akhir tahun.
1.3 Guru besar berharap agar semua guru menggalakkan murid supaya rajin hadir ke sekolah dan prihatin atas ketidakhadiran
murid yang berturut-turut. Beliau berharap dengan tindakan sebegini murid tidak akan berani untuk ponteng ke sekolah
sewenang-wenangnya.

AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU
2.1 Minit mesyuarat diterima tanpa pindaan

AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara yang berbangkit

AGENDA 4 : UCAPAN TUAN GURU BESAR

4.1 GB memaklumkan bahawa sekolah kita akan menyertai program FIT MALAYASIA yang akan diadakan di SK Gong Tok
Nasek, seramai 400 orang murid tahap 2 akan terlibat dalam program tersebut.Bas akan disediakan untuk perjalanan pergi
tetapi murid akan berjalan kaki pulang ke sekolah dengan iringan guru. Anggaran selesai program adalah pukul 2.00 petang.
Bukan sekolah kita sahaja, SMK Panji Alam pun diarahkan oleh PPD untuk menyertai program tersebut, sebnayak 4 buah bas
disediakan . Alhamdulillah tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang program tersebut.
4.2 GB mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kelab Guru dan Kakitangan kerana menguruskan sambutan Hari Raya
peringkat sekolah dengan lancar.
4.3 GB menjelaskan bahawa ERPH dalam YES akan dipinda ke e-didik, PK1 dan Cikgu Salwani akan menerangkan segala
yang berkenaan dengan ERPH. E-mail edidik adalah untuk urusan rasmi sekolah sahaja. Password seperti yang telah
dimaklumkan, oleh itu semua aktiviti rasmi sekolah. GB mengucapkan terima kasih kepada PK1 dan Cikgu Salwani atas
kesudian membantu guru-guru dalam melaksanakan ERPH ini.
4.4 GB mengharapkan semua guru mengikut keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat iaitu mengikut bilangan majoriti.
Pemilihan yang dibuat telah mengikut prosedur yang betul dan telus.
4.5 GB memaklumkan sekolah kita bercadang untuk membuat sambutan 100 tahun iaitu pada 23 hingga 28 Oktober 2020 iaitu
selepas UPSR. Pihak sekolah, PIBG dan Alumni bercadang untuk memohon supaya perasmian sambutan seratus tahun dibuat
oleh Duli YAM Sultan Mizan. Oleh itu, GB meingatkan bahawa akan ada banyak perkara dan kerja yang perlu diuruskan bagi
melancarkan Sambutan tersebut.
4.6 GB memberi gambaran awal pada hari kejadian nanti iaitu tentatif program akan dihantar kepada YAM Sultan Mizan beserta
surat jemputan. Antara Pameran Kejayaan-kejayaan yang diperolehi oleh sekolah SS1, Agen-agen Keselamatan, Buah-buahan
Pertanian, Jualan Food Truck, Gerai-gerai jualan makanan tradisional Terengganu seperti nasi dagang, keropok lekor, nekbat,
Permainan air dan sebagainya.
4.7 GB menjelaskan lagi pada hari kemenjadian, SS1 akan mengadakan majlis makan malam ( RM 100 semeja ) dengan
jemputan tetamu istimewa iaitu Tan Sri Halim Najmi ( orang yang sangat Berjaya dalam perniagaan ).
4.8 GB meminta guru yang terlibat dalam pertandingan peringkat kebangsaan akan berjalan seperti biasa iaitu pertandingan
Robotik (Cg Nazim), Teakwando(Cg Zarriq).Guru yang berkenaan sila ambil tindakan dengan memperkemaskan jawatankuasa
masing-masing. Tambahan untuk tahun hadapan pertandingan sanggar mestika (Cg Rohaida ) perlu diadakan seperti yang
pernah dibuat pada tahun sebelum ini.
4.9 GB memaklumkan cadangan sempena majlis perasmian, kita menjemput Sultan Mizan untuk merasmi.Hanya sultan sahaja
yang akan dijemput untuk menjimatkan kos.Makanan yang ditempah hanya dari Hotel Primula sahaja.Para jemputan dan VIP
sahaja yang berada di dalam dewan manakala guru-guru berada di luar dewan.Semasa kehadiran Sultan, kita mesti memainkan
lagu “Selamat Sultan” oleh live band dari askar-askar Kem Seberang Takir.Perhiasan dewan pula memerlukan bunga yang
hanya diimport dari Cameron Highland.Semua ini adalah protokol yang perlu kita ikuti.
4.10 GB menjelaskan lagi bahawa guru-guru wajib belajar cara memohon sembah kepada YAM Sultan Mizan untuk perjalanan
acara di dewan. Tuanku akan memberi sedikit ucapan , kemudian penyampaian anugerah kepada Tokoh-tokoh bekas SKSS1
dan akhirnya Sultan akan melawat ke tapak pameran.
4.11 GB menerangkan pada sebelah petang pula akan diadakan sukan rakyat dan malamnya diadakan FORUM dan HAL-
EHWAL ISLAM.Pada 24 haribulan akan diadakan senamrobik, check kesihatan, sukaneka dan malamnya ada persembahan
oleh anak-anak murid SS1 seperti nasyid,tarian dan lain-lain lagi. Untuk majlis penutup, cenderahati akan diberi kepada
jawatankuasa yang bertugas dan Panitia Terbaik SS1.
4.12 GB berharap semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan mengikut jawatankuasa masing-
masing bagi melestarikan program Sambutan 100 Tahun Sekolah Sultan Sulaiman 1 pada tahun 2020. Sebarang cadangan
daripada guru boleh dibuat kepada PK 1 iaitu Cikgu Syarifuddin.
4.13 GB memaklumkan majlis temumurni untuk tahap 2 akan diadakan pada Khamis ini. Tahun 6 akan diadakan di dewan
manakala tahun 4 dan tahun 5 dalam kelas masing-masing.Tahun 4 dan 5 akan dimulakan lewat sedikit berbandingkan tahun 6
untuk memudahkan ibubapa dapat membawa anaknya balik bersama selepas berjumpa dengan guru. Temumurni tahap 1 pun
akan diadakan iaitu pada 1 Julai hari Isnin.Majlis bermula pukul 11.00 pagi di dewan sekolah.Ibubapa akan diberi penerangan

tentang pentaksiran yang dilakukan oleh guru kemudian barulah bergerak ke kelas anak untuk mendapat penerangan daripada
guru kelas masing-masing. Setiap guru kelas akan diberi pembantu seorang guru lain.
4.14 GB mengucapkan tahniah kepada guru yang terlibat dalam confirm A. Ini kerana sekolah kita telah mendapat anugerah
terbaik confirm A. GB mahu confirm A diperluaskan untuk murid tahun 5 pula.Ianya adalah program yang mana murid perlu
menjawab soalan matapelajaran UPSR dalam talian, ibubapa boleh memantau tahap pencapaian anak mereka.

Makluman.

AGENDA 5 : UCAPAN PK 1
5.1 PK 1 memberi salam dan kata aluan kepada semua ahli mesyuarat.
5.2 PK 1 menjelaskan bahawa sebarang gambar boleh diberi sebagai eviden untuk diberi dalam PBD. Pendedahan berkenaan
telah digunakan secara meluas sebagai satu eviden yang berterusan.
5.3 PK 1 berharap guru-guru bersedia untuk menjawab soalan-soalan yang akan dikemukakan oleh ibubapa.

Tindakan : Guru kelas

AGENDA 6 : UCAPAN PK HEM
6.1 PK Hem memberi salam dan kata aluan kepada semua ahli mesyuarat.
6.2 PK Hem memaklumkan bahawa program kitar semula akan berjalan seperti biasa, guru kelas diminta memaklumkan
kepada murid untuk membawa bahan-bahan kita semula dan dikumpulkan ke tempat pengumpulan semula kitar semula.
6.3 PK Hem menjelaskan Badan Disiplin sekolah telah mewujudkan Kad Amalan Baik untuk menilai dan memupuk sikap baik
dikalangan murid seperti menolong guru secara sukarela, menolong kawan-kawan dan sebagainya.

Tindakan : Guru terlibat

AGENDA 8 : HAL-HAL LAIN

8.1 Tiada

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh; Disemak oleh:

……………………………………….. ……………………………………………..
( RUMAIZA BINTI ZAKARIA ) ( MOHAMAD KABIDI BIN MOHAMAD )
AJK Mesyuarat Guru, Guru Besar,
SK Sultan Sulaiman 1, SK Sultan Sulaiman 1,
Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Berprestasi Tinggi,
Kuala Terengganu, Terengganu. Kuala Terengganu, Terengganu.


Click to View FlipBook Version