The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sharifuddin Abdullah, 2019-11-17 22:37:01

minit mesy. guru skss ke 4, 2019 R1

minit mesy. guru skss ke 4, 2019 R1

MINIT MESYUARAT GURU KALI KEEMPAT 2019/
DIALOG PRESTASI KEEMPAT 2019

SK SULTAN SULAIMAN I (SBT), KUALA TERENGGANU

Tarikh : 20 Oktober 2019
Tempat : Bilik Mesyuarat,

Masa SK Sultan Sulaiman 1 (SBT), Kuala Terengganu.
: 2.00 petang

KEHADIRAN 40. Puan Norazinie binti Muhamad
1. Encik Mohamad Kabidi bin Mohamad 41. Puan Shamsiah binti Abdul Rahman
2. Encik Ahmad Sharifuddin bin Abdullah 42. Encik Mohd Roslan bin Mustafa
3. Puan Faridah Then binti Abdullah 43. Puan Sazana binti Mohd Shafii
4. Encik Wan Abd Salam bin Wan Abd Ghani 44. Puan Zaiton binti Said @ Mat Ali
5. Puan Rohana binti Ibrahim 45. Puan Oh Siong Chin
6. Puan Nik Hasni binti Wan Hassan 46.Puan Rumaiza binti Zakaria
7. Puan Nor Kartini binti Abdullah 47. Puan Maheran binti Rahman
8. Puan Norliza binti Hashim 48. Puan Gayah binti Daud
9. Puan Khairol Akmal binti Ismail 49. Puan Hafsah binti Rani
10. Puan Norkamiza binti Abd Razak 50. Then Malar A/P Arumugam
11. Puan Norafiza binti Mohamad 51. Encik Roibi bin Ali
12. Puan Quek SohTheng 52. Encik Ahmad Shukri bin Awang
13. Puan Rozita binti Dollah 53. Encik Rahiman Nahadi bin Jusoh
14. Cik Suriani binti Awang 54. Puan Nor A’zan binti Abd Kadir
15. Puan Ismazura binti Ismail 55. Encik Mohd Shahrul Mizam bin Ismail
16. Puan Wan Amizatul Nasyirah binti Wan Mohd Annuar 56. Encik Razali bin Jamari
17. Puan Siti Rohani binti Halim 57. Puan Ruzila binti Khalid
18. Puan Hamidah binti Said 58. Puan Safiah binti Awang
19. Puan Zamilah binti Haji Abdullah 59. YM Sharifah Salwati Engku Abd Rahman
20. Cik Ain Dalila binti Mohd Tajudin 60. YM Saripah Maizun binti Syed Putera
21. Puan Hanisah binti Mansor 61. Encik Ahmad Shukri bin Awang
22. Encik Nik Sayuti bin Nik Pa 62. Puan Zabedah binti Salleh
23. Puan Nur Aqilah binti Ghazali 63. Encik Mohd Salahudin bin Kamaruzaman
24. Puan Noorhaya binti Alias @ Manaf 64. Puan Zawiah binti Embong
25. Cik Wan Ruslawati binti Ton Rohim 65. Encik Ahmad Humaizi bin Hussin
26. Encik Azman bin Mat Noor 66. Encik Mohd Zaki bin Muda
27. Puan Norbani binti Hashim 67. Puan Rosmawati binti Shamsuddin
28. Puan Hasmah binti Yusoff 68. Puan Fatimatuzaharah binti Abd Hamed
29. Encik Mohamad Anaqi bin Mohd Amran 69. Puan Adilah binti Kader
30. Puan Ismarani binti Mohamad 70. Puan Maliza binti Abdul Kadir
31. Puan Suryati binti Mohamad @ Sulaiman 71. Puan Norasiah binti Taib
32. Puan Najibah binti Yusof 72. YM Raja Ashwadi Putera bin Raja Ismail
33. Puan NorAfizah binti Akil 73. Puan Najihah binti Yahya
34. Puan Nik Ruziha binti Nik Nor 74. Puan Rozita binti Abu Bakar
35. Puan Wan Shukriah binti Wan Hassan 75. YM Engku Nurul Farhana binti Engku Aziz
36. Puan Nurul Fathiah binti Mohd Nor 76. Puan Wan Rafidah binti Wan Ali
37. Puan Azlina binti Ariffin
38. Puan Rahimah binti Ismail

TIDAK HADIR bersebab
1. Encik Mohd Fadli bin Bakar bersebab
2. Puan Azlina binti Muhammad bersebab
3. Encik Khyrul Anwar bin Muhammad bersebab
4. Puan Rusini binti Hassan bersebab
5. Puan Siti Zuaidah binti Ismail bersebab
6. PuanTengku Suhaila binti Tengku Hashim bersebab
7. Puan Nurul Nadhrah binti Sulaiman bersebab
8. Encik Wan Mohd Nazim bin Wan Omar

AGENDA 1 :UCAPANPENGERUSI ( GURU BESAR)
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru ke mesyuarat guru pada kali ini.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru tahap 1 hingga 6 kerana berjaya menjalankan aktiviti yang

dirancang.
1.3 Pengerusi memaklumkan masih ada kerja yang lain,yang bukan di dalam perancangan, terpaksa dilaksanakan. Antaranya

yang mengambil bahagian dalam acara keyboard yang sedang dalam latihan untuk ke peringkat kebangsaan di Shah Alam
nanti.
1.4 Beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan keyboard sekolah atas kejayaan peringkat negeri.
1.5 Pengerusi mengingatkan kepada guru-guru yang terlibat dengan latihan bagi pasukan keyboard agar menyediakan aktiviti
lembaran kerja untuk kelas yang ditinggalkan supaya pdpc dapat dijalankan seperti biasa.
1.6 Pengerusi merakamkan ucapan tahniah kepada pasukanTExMIC yang Berjaya mendapat anugerah Siver Award pada 22
Oktober 2019 yang lalu.
1.7 Pengerusi juga berharap SKSS 1 sentiasa ke depan bagi mendapatkan tempat pertama dalam sesuatu pertandingan yang
disertai. Beliau menyatakan dari dahulu sehingga sekarang, semua sekolah ingin kalahkan SKSS 1 dalam setiap
pertandingan yang diadakan.
1.8 Oleh itu, pengerusi berharap guru-guru hendaklah sentiasa berkerja keras untuk mengekalkan tempat pertama.
1.9 Pengerusi berpesan agar semua guru member sokongan dan kerjasama dalam menjayakan aktiviti sekolah.
1.10 Pengerusi memaklumkan bahawa STEM akan diadakan semula. Pada tahun lepas, STEM telah diadakan di Terengganu.
Pada tahun ini belum dimaklumkan lagi. SKSS 1 akan menyertai dalam pertandingan Roket air, Saintis Muda dan pidato.
1.11 Beliau memaklumkan STEM ini akan diadakan dalam masa terdekat bertempat di SKSS 1 dan SKSS 2. Sekiranya sekolah
menjadi tuan rumah di peringkat daerah atau kebangsaan ,sekolah-sekolah lain juga dijemput sebagai ahli jawatankuasa.
1.12 Pengerusi mengingatkan bahawa pada tahun hadapan, boring untuk memohon pencen awal hendaklah dihantar 10 bulan
sebelum tarikh pencen. Pada tahun hadapan juga , ada empat pertandingan peringkat kebangsaan yang akan dianjurkan
oleh pihak sekolah sendiri iaitu Pertandingan Robotik, PertandinganTarian, Pertandingan silat dan pertandingan
Taekwando. Peruntukkan kewangan diuruskan oleh pihak sekolah.
1.13 Beliau memaklumkan daripada keempat-empat pertandingan ini akan dipilih untuk dibuat persembahan semasa sambutan
100 tahun nanti. Jawatankuasa induk sudah ditubuhkan. Ahli jawatankuasa kerja akan dibentuk untuk sambutan 100 tahun
nanti.
1.14 Pengerusi memaklumkan surat jemputan telah dihantar kepada Sultan bagi merasmikan hari sambutan 100 tahun tersebut
dan masih menunggu jawapan. Tarikh sambutan dijangka pada 22,23 atau 24 haribulan Oktober tahun hadapan.

AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU
2.1 Minit mesyuarat diterima tanpa pindaan.
2.2 Dicadang oleh Cikgu Gayah binti Daud.
2.3 Disokong oleh Cikgu Rohana binti Ibrahim.

AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara yang berbangkit

AGENDA 4 : UCAPAN GURU BESAR

4.1 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

4.1.1 Guru Besar memaklumkan bahawa pada dasarnya, soalan-soalan MGB sudah siap dan softcopy sudah ada
untuk tahun 4 dan 5 sahaja. Murid-murid tahun 6 tidak ada peperiksaan.

4.1.2 Guru Besar memaklumkan jadual peperiksaan telah dikeluarkan dan akan diperincikan semula oleh Ustaz
Syukri.

4.1.3 Guru Besar juga memberitahu soalan-soalan elektif akan dibuat oleh guru mata pelajaran bagi tahun 4 dan
5.

4.1.4 Bagi murid-murid tahun 1 hingga 3 tidak ada ujian dan tidak ada masalah untuk guru-guru membuat ujian
pentaksiran di dalam kelas cuma jangan diselaraskan.

4.1.5 Guru Besar memaklumkan lagi bahawa ujian pentaksiran yang tidak dibenarkan ialah soalan-soalan dibuat
selaras mengikut semua tahap kecuali dengan kebenaran guru besar..

4.1.6 Beliau memberitahu guru-guru boleh membuat ujian pentaksiran dengan soalan-soalan yang sama tetapi
masa pelaksanaan ujian tersebut hendaklah pada waktu yang berlainan.

4.1.7 Guru Besar memaklumkan guru-guru boleh berkongsi untuk membuat soalan tetapi masa pelaksanaan
ujian hendaklah dibuat pada waktu pdpc di kelas masing-masing.

4.1.8 Guru Besar menegaskan bahawa murid-murid tahun 3 sangat perlu diadakan ujian pentaksiran dan
penilaian-penilaian lain untuk memudahkan proses ‘screaming’ untuk ke tahun 4 tahun hadapan.

4.1.9 Guru Besar memaklumkan cadangan program untuk sambutan 100 tahun ialah:
4.1.9.1 Adakan dewan terbuka di Dataran Astroid bagi menyediakan bumbung yang memakan kos
sebanyak RM 250 ribu.
4.1.9.2 Pameran dari pihak polis dan bomba.
4.1.9.3 Adakan booth-booth jualan
4.1.9.4 Menyediakan buku sambutan 100 tahun.
4.1.9.5 Adakan tempat permainan air.
4.1.9.6 Senamrobik
4.1.9.7 Ceramahatau forum perdana
4.1.9.8 Sukaneka

4.2 HARI ANUGERAH CEMERLANG

4.2.1 Guru Besar memaklumkan bahawa biasanya anugerah ini disampaikan kepada murid-murid tahun 1 hingga
6. Tetapi pada tahun ini murid-murid tahun 6 tidak perlu diberi anugerah pada hari tersebut kerana telah
diadakan Hari Apreasasi.

4.2.2 Beliau menyatakan untuk murid-murid tahun 4 dan 5, pemilihan dibuat berdasarkan kedudukan di dalam
kelas, terbaik mata pelajaran teras termasuk subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral bagi murid-
murid bukan Islam.

4.2.3 Bagi murid-murid tahap 1, pemilihan hendaklah dibuat oleh guru kelas dengan kerjasama guru mata
pelajaran berdasarkan penilaian dari segi akademik, sahsiah dan penglibatan kokurikulum. Seramai 3 orang
murid bagi setiap kelas.

Tindakan :Makluman.

AGENDA 5 : UCAPAN PK 1

5.1 PK 1 memaklumkan bahawa murid-murid tahun 5 telah menjawab soalan kompetensi. Murid menjawab secara online.
Mana kala murid-murid yang menjawab secara offline perlu dihantar selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2019.

5.2 Guru yang berkursus semakan perlu menyediakan laporan seperti format yang diberikan oleh JPN. Tarikh akhir
penyediaan laporan adalah pada 31 Oktober 2019.

5.3 Tempoh penghantaran laporan PBD adalah di antara 16 hingga 31 Oktober 2019. Pelaporan tersebut perlu
dimasukkan skor, penerangan lanjut untuk ibu bapa serta disediakan eviden.

5.4 Memaklumkan kepada guru-guru bahawa terdapat rungutan dan ketidakpuashatian di kalangan ibu bapa terhadap
taksiran yang dibuat.

5.5 Untuk penilaian prestasi, Borang Markah Keberhasilan perlu dihantar kepada pegawai penilai pertama.
5.6 Kajian Penggunaan buku Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu akan dipantau

keberkesanannya dalam pdpc oleh pegawai Teknologi Pendidikan. Seramai 2 orang murid dan beerapa orang guru
akan dipilih untuk kajian tersebut.
5.7 Hari Anugerah Nilam kan diadakan pada hari Khamis, 14 November 2019. Manakala pada 10 November akan
diadakan majlis penyampaian untuk murid-murid yang mendapat 1 bintang.
5.8 Pergerakan guru yang keluar dari sekolah untuk urusan rasmi perlu memaklumkan lebih awal kepada PK 1 atau Cikgu
Razali untuk proses membuat gantian kelas.

Tindakan: Makluman

AGENDA 6 :UCAPAN PK HEM

6.1 PK Hem mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang menjayakan latihan ‘firedril’ untuk tahun ini dan
mengharapkan dapat dilaksanakan dengan lebih baik pada tahun hadapan.

6.2 Mesyuarat AJK Hem akan diadakan selepas perayaan Deepavali. Semua AJK perlu menyediakan laporan untuk
dibentangkan dalam mesyuarat tersebut.
Tindakan: Guru terlibat

AGENDA 7 :HAL-HAL LAIN

7.1 Majlis Khatam Al-Quran akan diadakan pada hari khamis 24 Oktober 2019. Semua guru kelas dikehendaki mengambil
kedatangan murid masing-masing di Dataran Astroid. Semua murid dekehendaki berkumpul di dewan selepas bacaan
Yassin.Guru Besar akan merasmikan majlis tersebut.

7.2 Bagi Ujian Segak untuk murid-murid tahun 4 dan 5, guru-guru yang terlibat perlu menyiapkan kemasukkan data
dengan segera.

7.3 Semua guru dikehendaki berusaha mendapatkan maklumat dan mendaftarkan bekas murid SKSS 1 sebagai ahli
Alumni sekolah. Borang keahlian Alumni akan diedarkan kepada semua murid untuk tujuan pendaftaran ibu bapa atau
ahli keluarga yang pernah bersekolah di SKSS 1.

7.4 Program Kem Bina Sahsiah Diri hanya diadakan di surau sekolah pada 30 Oktober 2019 disebabkan kelewatan
memperolehi peruntukkan kewangan.

7.5 Wang peruntukkan Kokurikulum yang berbaki RM 2314 akan dimanfaatkan bagi menjalankan Mini Karnival
Permainan. Cadangan permainan adalah bola sepak, bola jaring dan bola tampar yang akan melibatkan semua
murid.

7.6 Peruntukkan berjumlah RM 1600 akan digunakan untuk perkhemahan Unit Uniform bagi murid-murid tahun 5 akan
diadakan di sekolah pada 8 dan 9 November 2019.

7.7 Majlis Persaraan Cikgu Wan Abd Salam akan diraikan pada 20 November 2019 di dewan sekolah. Manakala Majlis
Persaraan Encik Razali akan diadakan semasa Jamuan Akhir Tahun yang berlangsung di Hotel Tanjung Vista pada 19
November 2019.

7.8 Guru Besar menasihati semua guru-guru supaya sentiasa berpakaian kemas dan memastikan SKSS 1 sentiasa
terbaik dalam semua aspek.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.15 petang. Disemak oleh:
……………………………………………..
Disediakan oleh: ( MOHAMAD KABIDI BIN MOHAMAD )
……………………………………….. Guru Besar,
( NORLIZA BINTI HASHIM ) SK Sultan Sulaiman 1,
AJK Mesyuarat Guru, Sekolah Berprestasi Tinggi,
SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Terengganu.
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Kuala Terengganu, Terengganu.


Click to View FlipBook Version