PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ii ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 PENGENALAN UJIAN PSIKOMETRIK 2.1 Latar belakang 2.2 Definisi 2.3 Tujuan Pentaksiran 2.4 Komponen Pentaksiran Psikometrik (PPsi) 2.4.1 Ujian Aptitud a. Ujian Aptitud Am b. Ujian Aptitud Khusus KECERDASAN PELBAGAI 3.1 Pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner 3.2 Instrumen Aptitud Tahun 6 3.3 Kaedah Pentadbiran 3.4 Pengiraan Skor 3.5 Definisi Tafsiran Skor 3.6 Fungsi Kepintaran Pelbagai Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran (PdP) 3.7 Interpretasi skor Inventori Aptitud Tahun 6 PROSEDUR PENTADBIRAN IAT6 PERANAN BAHAGIAN 5.1 Jabatan Pendidikan Negeri 5.2 Pejabat Pendidikan Daerah 5.3 Guru Besar 5.4 Guru Bimbingan Dan Kaunseling 5.5 Guru PERNYATAAN SKOR PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK IAT6 Rujukan 1 3 3 3 3 4 4 5 5 6 7 11 13 14 15 24 25 26 28 28 28 28 29 29 30 31
1 1.0. PENGENALAN Sistem pendidikan yang memberi fokus kepada pembangunan modal insan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan amat memerlukan pentaksiran kapasiti insan atau keupayaan insan yang bersifat holistik. Menurut Kamus Dewan (2005), istilah holistik membawa makna bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai satu sistem bersepadu yang menyeluruh dan bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja. Kualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan dalam keputusan peperiksaan bertulis semata-mata (Hanizah Hamzah, 2011a dan 2011b). Sebaliknya, kualiti manusia boleh dinilai dengan mengambil kira pelbagai dimensi yang menjadikan individu itu seorang insan yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, mempunyai sikap dan tingkah laku terpuji, mempunyai nilai kerohanian, mempunyai tahap kesihatan dan kecergasan yang tinggi, beremosi stabil, berkeupayaan berfikir, dan berkeupayaan hidup bermasyarakat. Oleh kerana apa yang hendak dibina ialah insan, maka pentaksirannya juga hendaklah mengambil kira ciri-ciri dan sifat keinsanan yang pelbagai. Ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang seimbang, berpotensi dan bersepadu . Pelan Pembangunan Pendidikan dilakarkan berdasarkan dapatan kajian-kajian UNESCO, OECD, Bank Dunia, Institusi Pendidikan Awam tempatan dan Dialog Nasional Pendidikan Negara. Lima ciri Aspirasi Utama Pendidikan yang akan diberi perhatian bermula 2013 iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Pada peringkat murid pula, pelan ini memberi fokus kepada pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Bagi merealisasikan aspirasi ini sebelas anjakan perlu dilakukan iaitu : 1. Akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. 2. Setiap murid profisien dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 3. Rakyat Malaysia yang menghayati nilai. 4. Keguruan sebagai profesion pilihan. 5. Kepimpinan prestasi tinggi. 6. Mengupaya Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah. 7. Teknologi maklumat dan komunikasi untuk kualiti pembelajaran. 8. Kapasiti penyampaian Kementerian Pendidikan Malaysia. 9. Kerjasama ibubapa, komuniti dan swasta.
2 10.Nilai untuk setiap ringgit yang dibelanjakan, dan 11.Ketelusan untuk akauntabiliti. Melalui inisiatif mentransformasi pentaksiran, Lembaga Peperiksaan (LP) telah memulakan langkah melaksanakan satu sistem pentaksiran yang holistik, direka bentuk untuk menyediakan maklumat supaya kita dapat mengenal profil murid, membantu pembelajaran murid, memantau perkembangan murid dan mengiktiraf pencapaian murid dalam pelbagai bidang. Justeru, pencapaian akademik murid bukanlah satusatunya aspek kritikal dalam pembangunan manusia. Lantaran itu, satu jenis ujian bagi mengumpul maklumat tret psikologi yang dinamakan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) digunakan untuk mengukur dimensi ini.
3 2.0 UJIAN PSIKOMETRIK 2.1 Latar belakang Konsep Pentaksiran Psikometrik telah diperkenalkan pada tahun 2007. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah untuk mengumpul maklumat tentang tret psikologi murid melalui kaedah pentaksiran psikometrik. Fungsi pentaksiran psikometrik ialah mengumpul data yang akan menyumbang kepada maklumat profil murid. Maklumat profil murid yang lengkap dan menyeluruh akan dapat membantu warga pendidik mengenal pasti potensi murid dan menggilap potensi ini. 2.2 Definisi Ujian Psikometrik ialah kaedah sistematik yang digunakan untuk mengumpul maklumat yang dapat menggambarkan ciri, atribut atau tret psikologi seseorang, sama ada dalam domain kognitif atau afektif. Menurut British Psychological Society, ujian psikometrik adalah instrumen yang direka bentuk untuk menghasilkan penilaian kuantitatif tentang beberapa atribut psikologi. Ujian psikologikal boleh didefinisikan sebagai ujian yang boleh memberi maklumat tentang kapasiti, kemampuan atau kecenderungan untuk bertindak, bertindak balas, kemungkinan melalui pengalaman atau menstruktur pemikiran dan perilaku dengan cara tertentu (Lewis & Crozier, 1999). Pentaksiran psikometrik dalam sistem pendidikan negara ini, merujuk kepada aktiviti pentaksiran yang digunakan untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi murid, personaliti, bakat, minat dan kecenderungan (KPM,2012). Selain tret psikologi atau kebolehan murid yang bersifat semula jadi, pentaksiran psikometrik juga digunakan untuk mengenal pasti tret yang boleh dikembangkan secara tidak langsung melalui aktiviti pembelajaran di sekolah. 2.3 Tujuan Pentaksiran Pentaksiran Psikometrik diperkenalkan dalam sistem pendidikan adalah bertujuan untuk; i. mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperolehi (acquired ability) seperti personaliti, minat kerjaya, aptitud atau kebolehan, kemahiran menyelesaikan masalah, dan kemahiran berfikir. ii. mendapatkan deskripsi yang tepat mengenai profil psikologi individu atau kumpulan. iii. memahami kekuatan dan potensi murid yang boleh dibangunkan bagi meningkatkan perkembangan pembelajaran dan pertumbuhan peribadi murid.
4 iv. menjadi panduan murid dalam membuat kerjaya pilihan yang praktikal atau realistik. v. meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sifat dan perbezaan individu, dan vi. menyediakan maklumat tentang personaliti kerjaya yang realistik bagi meluaskan aspirasi kerjaya murid. 2.4 Komponen Pentaksiran Psikometrik (PPsi) Komponen PPsi terdiri daripada Ujian Aptitud dan Inventori Personaliti seperti yang tertera pada Rajah 1. Rajah 1: Komponen Pentaksiran Psikometrik 2.4.1 Ujian Aptitud Secara umum, aptitud ialah komponen kompetensi sama ada yang bersifat semula jadi atau yang diperoleh, dipelajari atau dibangunkan melalui proses pembelajaran. Ujian ini memperihalkan kesediaan dan potensi murid dari segi mental atau fizikal untuk mempelajari sesuatu perkara atau melakukan sesuatu kerja pada tahap tertentu pada masa akan datang. PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK APTITUD PERSONALITI KERJAYA APTITUD AM TAHUN 4 TAHUN 6 (Bahagian B) APTITUD KHUSUS TAHUN 5 & 6 TINGKATAN 3 TRET PERSONALITI TINGKATAN 2 & 4 MINAT KERJAYA TINGKATAN 1, 3 & 5
5 a. Ujian Aptitud Am Aptitud adalah kebolehan atau bakat semula jadi untuk belajar atau melakukan sesuatu perkara tertentu dengan mudah dan cepat. Ia kurang berkaitan dengan ilmu, budaya dan pendidikan, sebaliknya sangat berkaitan dengan kebolehan atau bakat dalaman yang diwarisi. Ujian Aptitud Am mengukur kebolehan minda seperti kemahiran menaakul dan verbal yang boleh digunakan untuk meramal prestasi pendidikan murid pada masa hadapan. b. Ujian Aptitud Khusus Ujian Aptitud Khusus pula mengukur ciri yang menggambarkan potensi seseorang murid untuk menceburi bidang pembelajaran, aliran atau pekerjaan pada masa akan datang. Dalam bidang persekolahan, ujian ini digunakan untuk mengenal pasti dan menilai kesediaan, potensi, kesesuaian atau meramal kejayaan murid dalam pembelajaran seterusnya. Hasil ujian ini juga boleh dijadikan rujukan oleh guru dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut kecenderungan murid. Ujian Aptitud Khusus direka bentuk untuk mengenal pasti sama ada murid memiliki kecerdasan berikut: i. Verbal Linguistik ii. Visual Ruang iii. Logik Matematik iv. Muzik v. Naturalis vi. Kinestatik vii. Interpersonal viii. Intrapersonal dan ix. Eksistensial
6 3.0 KECERDASAN PELBAGAI Kecerdasan Pelbagai merupakan satu potensi yang ada dalam diri individu. Setiap individu mempunyai kecerdasan yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang mereka hadapi. Gardner (1983) mendefinisikan kecerdasan pelbagai sebagai satu kecenderungan kecerdasan individu. Menurut beliau, kecerdasan adalah kebolehan untuk menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk yang dinilai (dihargai) oleh satu atau pelbagai budaya. “An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one or more cultural setting” Kamus Dewan (2005), pula mendefinisikan kecerdasan sebagai kebolehan untuk melakukan pemikiran secara mujarad (abstrak), kebolehan untuk membuat penyeluruhan dan cara tindakan terhadap sesuatu situasi yang bermasalah. Menurut David Wechsler (1974), kecerdasan ialah kebolehan individu memahami diri, persekitarannya, dan kepakaran yang ada padanya untuk menghadapi cabaran hidup dan menyelesaikan masalah. Kebolehan ini adalah bersifat sejagat atau pun universal. Binet (1905) pula, mendefinisikan kecerdasan sebagai kebolehan memahami dan membuat penaakulan yang baik bagi menyesuaikan diri dengan situasi atau persekitaran. Dapatlah disimpulkan bahawa kecerdasan adalah keupayaan manusia menggunakan bakat dan kebolehan yang ada pada dirinya untuk menyelesaikan masalah. Faktor yang membantu manusia menyelesaikan masalah ialah kebolehan dan keupayaan untuk membuat penaakulan, pemahaman dan penilaian terhadap sesuatu situasi dan keadaan yang dihadapi. Setiap murid mempunyai kecerdasan yang berbeza. Setiap kecerdasan itu perlu dinilai dan diadili secara sama rata. Kecerdasan murid-murid dapat dipertingkatkan melalui peluang- peluang pendidikan seperti menyediakan persekitaran yang kaya dengan bahan dan aktiviti yang menyeronokkan. Instrumen yang dibangunkan untuk mengenal pasti kecerdasan murid Tahun 6 adalah bersandarkan teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner (1993) dan Smith & Smith (2002).
7 3.1 Pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner Teori Kecerdasan Pelbagai telah dikemukakan oleh Howard Gardner (1993, 1999). Beliau mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat. Menurut Gardner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Smith & Smith (2002), telah menambahkan satu lagi kecerdasan iaitu eksistensial dan menjadikannya sembilan. Gardner telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa. Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi tetapi boleh dipupuk dan dikembangkan. Ada murid mencapai tahap yang tinggi dalam beberapa kecerdasan dan tahap yang rendah dalam kecerdasan yang lain. Manakala terdapat pula murid yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam hampir kesemua sembilan kecerdasan ini. Setiap murid boleh diperkembangkan dalam kesembilan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi sekiranya diberi galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai. Kesembilan-sembilan kecerdasan adalah saling berkait secara bersepadu semasa murid-murid melakukan sesuatu aktiviti. Teori kecerdasan pelbagai ini mengiktiraf kesemua kecerdasan yang terdapat pada individu, dan mempunyai kelebihan apabila diaplikasikan dalam pendidikan. Kecerdasan pelbagai boleh bertindak sebagai petunjuk kepada potensi seseorang. Murid boleh menggunakan kecerdasan yang dimiliki untuk membantu menguasai sesuatu yang dipelajari. Oleh itu murid boleh mengembangkan setiap kecerdasan ke tahap yang lebih tinggi melalui latihan dan keupayaan sendiri. 3.1.1 Verbal linguistik Kecerdasan Verbal - Linguistik merujuk kepada kebolehan murid menggunakan bahasa dengan efektif secara lisan dan bertulis. i. Murid mempunyai kemahiran mendengar, berfikir dalam bentuk perkataan, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingat maklumat dan memahami perkataan.
8 ii. Murid sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya. iii. Murid cenderung untuk belajar dengan lebih baik melalui pembacaan, mengambil nota, berbincang dan berdebat mengenai apa yang mereka pelajari. iv. Murid mampu mempelajari bahasa asing dengan mudah kerana mempunyai kebolehan untuk memahami dan memanipulasi sintaks. v. Murid pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar cerita atau membaca. 3.1.2 Visual Ruang Kecerdasan Visual Ruang ialah kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan corak. i. Murid mampu untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasikan model itu kepada dunia fizikal, seperti memahami peta, carta, gambar, video dan filem serta boleh melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual. ii. Murid berkeupayaan membuat penilaian tentang ruang dan membayangkan dalam mindanya. iii. Murid mahir dalam menyelesaikan puzzle dan pembinaan struktur serta bijak menghubungkaitkan antara objek-objek dalam ruang. iv. Murid berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta mempersembahkan idea-idea visual ruang dalam bentuk imaginatif dan kreatif. 3.1.3 Logik Matematik Kecerdasan Logik Matematik merupakan kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak. Ini membolehkan murid menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. i. Murid yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesiskan, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.
9 ii. Murid yang mempunyai kecerdasan Logik Matematik yang tinggi memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan yang berbentuk eksplorasi. iii. Murid sering bertanya tentang berbagai-bagai fenomena yang berlaku di persekitaran, suka menuntut penjelasan logik dari setiap pertanyaan dan suka mengklasifikasikan benda. 3.1.4 Muzik Kecerdasan Muzik berkaitan dengan sensitiviti terhadap bunyi, irama, melodi, dan lagu. Murid yang mempunyai kecerdasan Muzik berkebolehan mengesan dan membezakan bunyi, muzik serta irama yang terdapat di persekitarannya. i. Murid berkebolehan meluahkan perasaan melalui muzik dan berupaya bermain alat muzik serta menghafal lirik dengan baik walaupun tanpa latihan. ii. Murid boleh menggubah rentak, tempo, mengenali dan mengingati nadanada bunyi atau muzik. 3.1.5 Naturalis Kecerdasan Naturalis adalah berkaitan dengan minat terhadap alam semula jadi. i. Murid yang mempunyai kecerdasan Naturalis yang tinggi biasanya merupakan individu pencinta alam sekitar yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian. ii. Murid sangat menghargai alam sekitar, lebih banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian alam semula jadi. iii. Individu Naturalis sensitif terhadap alam sekitar dan boleh menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna.
10 3.1.6 Kinestetik Kecerdasan Kinestetik adalah berkaitan dengan kebolehan murid menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. i. Murid cekap menginterpretasi pergerakan anggota atau tubuh, lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkait dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. ii. Murid mahir memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental. iii. Murid boleh belajar dengan lebih berkesan melalui aktiviti yang melibatkan pergerakan otot seperti sukan atau tarian. 3.1.7 Interpersonal Kecerdasan Interpersonal adalah berkaitan dengan kebolehan individu memahami perasaan, sikap, tabiat serta hasrat orang lain. i. Murid dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah serta dapat memberi motivasi kepada orang lain. ii. Individu mampu membezakan pelbagai petanda interpersonal dan boleh memberi maklum balas terhadap petanda tersebut. iii. Murid mempunyai kecerdasan interpersonal yang tinggi biasanya boleh berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan. iv. Murid mempunyai empati yang tinggi, suka menolong orang lain dan minat membina hubungan sosial dengan orang lain. v. Murid boleh belajar dengan berkesan melalui kaedah berkumpulan. 3.1.8 Intrapersonal Kecerdasan Intrapersonal adalah berkaitan dengan kesedaran tentang diri sendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri.
11 i. Murid mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. ii. Murid mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kebolehan mereka sendiri. iii. Murid berpegang teguh pada prinsip kehidupan, mempunyai azam yang kuat, berdikari dan mempunyai hala tuju yang jelas. iv. Murid lebih menyukai kaedah belajar secara bersendirian dan gemar melakukan refleksi kendiri (muhasabah diri). v. Murid adalah seorang yang introvert dan suka melakukan tugasan secara bersendirian. 3.1.9 Eksistensial Kecerdasan Eksistensial adalah berkaitan dengan kebolehan memahami erti kewujudan manusia dan alam, memahami makna sesuatu kejadian, menggunakan daya intuisi yang tinggi dalam memahami realiti kehidupan. i. Murid menghargai dan menghayati nilai-nilai agama, nilai-nilai sejagat dan norma masyarakat. ii. Murid meletakkan nilai-nilai ketuhanan dan kemanusiaan yang tinggi dalam mempertimbangkan sesuatu keputusan dalam kehidupan. iii. Murid suka membaca buku-buku bercorak falsafah, bahan-bahan keagamaan, nilai-nilai tradisi dan suka mengamati sesuatu kejadian secara mendalam. iv. Murid boleh belajar dengan berkesan melalui kaedah penyoalan, pemerhatian, renungan kendiri, inkuiri penemuan dan kaedah perkongsian. 3.2 Instrumen Aptitud Khusus Satu lagi instrumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat murid ialah Inventori Aptitud Tahun 6 (IAT6). Instrumen ini dibangunkan berdasarkan teori Kecerdasan Pelbagai (MI) oleh Howard Gardner (1985) dan Smith dan Smith (2002). i. Instrumen ini terdiri daripada dua bahagian iaitu 90 item persepsi yang mewakili konstruk Verbal Linguistik, Logik Matematik, Visual Ruang,
12 Muzik, Naturalis, Intrapersonal, Interpersonal, Kinestatik dan Existential pada Bahagia A manakala Bahagian B terdiri daripada 30 item mewakili Kemahiran Menaakul dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah. ii. Setiap konstruk Bahagian A mengandungi 10 item dan setiap kemahiran di Bahagian B mempunyai 15 item. iii. Bahagian A murid hanya perlu menjawab YA atau TIDAK pada penyataan mengenai diri mereka di atas borang jawapan yang diberikan dan Bahagian B murid perlu mencari jawapan yang betul. iv. Masa yang diperuntukkan adalah 1 jam 30 minit. Item Kecerdasan Pelbagai ini telah di prauji kepada murid Tahun 6 mengikut kaedah persampelan berstrata. Sekolah yang dipilih untuk menguji item inventori ini terdiri daripada sekolah rendah di bandar, luar bandar, sekolah yang mempunyai prestasi tinggi, prestasi rendah dan prestasi sederhana, murid lelaki dan murid perempuan di Malaysia pada 2016. Data daripada pra ujian ini telah dianalisis untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan iaitu Kuder-Richardson 20 (KR-20) dan kesahan item iaitu Mean fit square (MNSQ). Item yang mempunyai darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi digunakan dalam pemasangan instrumen dipilih untuk dijadikan instrumen. Kemahiran menaakul dan kemahiran menyelesaikan masalah merupakan dia konstruk yang diukur dalam IAT6 hasil daripada cadangan penambahbaikan Pentaksiran Psikometrik bagi Tahun 6 dan Tingkatan 3 pada tahun 2020. Kemahiran menaakul merupakan kebolehan kognitif yang melibatkan pemikiran secara sistematik dan abstrak. Murid yang mengusai kemahiran menaakul berupaya membuat kesimpulan atau pengitlakan (induktif) dan membuat pertimbangan dari satu situasi umum kepada situasi spesifik. Kemahiran menaakul juga melibatkan keupayaan membuat interpretasi , menganalisis, mensintesis dan menilai. Kemahiran menyelesaikan masalah didefinisikan sebagai proses kognitif yang melibatkan penggunaan maklumat untuk mencari cara-cara yang sesuai dalam mencapai sesuatu matlamat (Torrence, 1973). Menurut Rajendran (2013), kemahiran menyelesaikan masalah merupakan
13 kemahiran yang bermula dengan proses mengenal pasti masalah dan seterusnya mengenal pasti alternatif serta risiko, membuat keputusan dan mengimplementasi keputusan. Proses terakhir dalam kemahiran menyelesaikan masalah mengikut beliau adalah melibatkan penilaian terhadap tindakan atau keputusan yang diambil dan membuat refleksi. Kaedah penyelesaian masalah mengikut Greenstein (2012) dan Brookhart (2010) juga tidak banyak bezanya berbanding Rajendran (2013); iaitu kemahiran menyelesaikan masalah bermula dengan memahami masalah sehingga membuat penilaian terhadap keputusan yang telah diambil.
14 Murid dikumpulkan 3.3 Kaedah Pentadbiran IAT6 Rajah 2 Carta Alir Pentadbiran IAT6 Sasaran : Murid Tahun 6 Tempat : Sesuai dan kondusif ( Dewan/Bilik Peperiksaan) Istilah : 1. Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) 2. Guru Bimbingan Lantikan Sekolah/Lantikan Dalaman (GBLD) 3. Guru Penyelaras (GP) - Arahan menjawab mengikut keperluan inventori - Menjawab di atas borang jawapan - Inventori tidak boleh diconteng dan perlu dikembalikan - Masa : 1 Jam 30 minit - Murid berkeperluan khas diberikan tambahan masa 30 peratus daripada waktu yang diperuntukkan bagi murid biasa - Murid mengira skor dengan bimbingan GBKSM/GBLS/ GBLD/GP - GBKSM/GBLS/GBLD/GP akan memberikan tafsiran skor secara umum tentang konstruk IKeP - GBKSM/GBLD/GP menganalisis skor. - Fail unit Bimbingan & Kaunseling - Pengesahan/tandatangan GBKSM/GBLD/GP - Pengesahan/tandatangan GBKSM/GBLD/GP - Simpan di dalam fail mengikut kelas,disusun secara turutan abjad - Disimpan di Unit Bimbingan dan Kaunseling - GBKSM/GBLD/GP membentangkan analisis skor kepada murid dan guru. Edaran Inventori dan borang jawapan Murid dikumpulkan Intervensi Penyimpanan Fail Pentafsiran Skor Pengumpulan borang jawapan Murid menjawab soalan Penerangan
15 3.4 Pengiraan Skor 3.4.1 Bahagian A - Persepsi Item berformat dwi pilihan respon iaitu YA / TIDAK 3.4.2 Bahagian B – Aneka Pilihan Item berformat aneka pilihan yang mempunyai empat pilihan jawapan. Jadual 1 : Format Item BAHAGIAN A ITEM KONSTRUK 1, 10, 19, 28, 37, 46, 55, 64, 73, 82 Kecerdasan Verbal Linguistik 2, 11, 20, 29, 38, 47, 56, 65, 74, 83 Kecerdasan Logik Matematik 3, 12, 21, 30, 39, 48, 57, 66, 75, 84 Kecerdasan Intrapersonal 4, 13, 22, 31, 40, 49, 58, 67, 76, 85 Kecerdasan Visual Ruang 5, 14, 23, 32, 41, 50, 59, 68, 77, 86 Kecerdasan Naturalis 6, 15, 24, 33, 42, 51, 60, 69, 78, 87 Kecerdasan Interpersonal 7, 16, 25, 34, 43, 52, 61, 70, 79, 88 Kecerdasan Kinestatik 8, 17, 26, 35, 44, 53, 62, 71, 80, 89 Kecerdasan Muzik 9, 18, 27, 36, 45, 54, 63, 72, 81, 90 Kecerdasan Existential BAHAGIAN B ITEM KEMAHIRAN 1 hingga 15 Menaakul 16 hingga 30 Menyelesaikan Masalah GBKSM/GBLD/GP perlu merekod skor setiap murid di dalam sistem eProfil Kerjaya Murid (ePKM). Analisis akan ditafsirkan dalam bentuk peratus.
16 3.5 Definisi Tafsiran Skor Jadual 2 Definisi Tafsiran Skor Bahagian A KONSTRUK DIFINISI OPERASIONAL INTERPRETASI SKOR Verbal-linguistik Kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis. Individu ini mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. Kemahirannya meliputi mendengar, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingat maklumat dan memahami perkataan. Tokoh : Munshi Abdullah dan William Shakespeare. Kerjaya : pengarang, pensyarah, wartawan, penyunting, penyair, penulis skrip dan novelis. Tinggi 70% - 100% Individu ini mempunyai kecerdasan yang tinggi untuk menggunakan bahasa dengan efektif secara verbal dan bertulis, boleh berkomunikasi dengan lancar, suka berdebat dan berceramah. Sederhana 50% - 60% Individu ini mempunyai kecerdasan yang sederhana dalam aspek komunikasi. Rendah 0% - 40% Individu ini mempunyai kecerdasan yang rendah dalam menggunakan bahasa secara verbal dan bertulis. Logik Matematik Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap. Tokoh : Bill Gates dan Warren Buffet Kerjaya : Saintis, pakar statistik, ahli ekonomi, juru audit, akauntan dan aktuaris Tinggi 70% - 100% Individu yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam menaakul, mentafsir, menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan nombor. Individu juga suka kepada perkara berstruktur, rutin dan terperinci serta berjadual. Sederhana 50% - 60% Individu ini mempunyai kecerdasan yang sederhana dalam menaakul, menyelesaikan masalah yang kompleks dan penggunaan perisian yang sederhana. Rendah 0% - 40% Individu ini tidak berminat menggunakan domain dalam otak kiri dan dalam menyelesaikan masalah. Visual- ruang Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak). Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasikan model itu Tinggi 70% - 100% Individu mempunyai daya imaginasi yang tinggi terhadap sesuatu ruang dan banyak idea yang kreatif, suka kepada
17 KONSTRUK DIFINISI OPERASIONAL INTERPRETASI SKOR kepada dunia fizikal. Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini termasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf, melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual. Tokoh : Galileo Galilei dan Leornado Da Vinci Kerjaya : Arkitek, jurugambar, pengukir,pereka pakaian, pereka dalaman, kartunis, perancang Bandar, pelumba motor, jurusolek,juruterbang,ahli pelayaran,angkasawan, dan pelukis gambar, graf, video dan filem, mempunyai kemahiran mereka cipta. Sederhana 50% - 60% Individu ini mempunyai tahap kecerdasan yang sederhana dalam imiginasi, membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal. Rendah 0% - 40% Individu ini mempunyai daya imaginasi yang rendah dan tidak suka menggunakan gambaran atau rajah dalam sesuatu penyelesaian. Muzik Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk muzikal, mendengar dan mengecam paten, membezakan antara bunyi dan cipta Muzik. Sensitif dengan bunyi di persekitaran. Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah muzik, mengingati melodi, memahami struktur dan rentak muzik. Tokoh: Tan Sri P.Ramlee, Ramli MS, Habsah Hassan, Beethovan, Kitaro dan Kenny G. Kerjaya : Pencipta lagu, komposer dan ahli Muzik Tinggi 70% - 100% Individu ini mempunyai kecekapan berkaitan dengan muzik serta berkebolehan dalam mengendalikan alat muzik. Sederhana 50% - 60% Individu ini mempunyai kecerdasan yang sederhana dalam muzik seperti menyanyi dan bermain alat muzik. Rendah 0% - 40% Individu ini tidak peka kepada bunyi-bunyian, nyanyian serta tidak boleh bermain alat muzik dan mengubah lagu. Kinestetik Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap menginterpretasikan pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi Tinggi 70% - 100% Individu mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota badan dalam menyelesaikan masalah. Sederhana 50% - 60% Individu ini mempunyai kecerdasan yang sederhana dalam aktiviti pergerakan badan, memanipulasi objek fizikal dan imbangan badan.
18 KONSTRUK DIFINISI OPERASIONAL INTERPRETASI SKOR antara pergerakan fizikal dengan mental. Tokoh: Datuk Nicole David, Shalin Zulkifli, Datuk Lim Chong Wei, Micheal Jordan dan Michael Jackson. Kerjaya : Ahli sukan dan jurutari Rendah 0% - 40% Individu ini tidak mampu menggunakan anggota badan dalam menyelesaikan masalah dan tidak berminat terhadap pergerakan badan seperti bersukan, menari dan lain-lain. Intrapersonal Berkebolehan untuk membuat penilaian kendiri dan menggunakan maklumat tersebut untuk mengawal diri dan membuat pertimbangan kendiri dari aspek kelemahan dan kekuatan yang ada. Individu ini mempunyai kesedaran diri yang tinggi tentang perasaan, sikap, penampilan luaran, mengawal naluri diri, kebolehan memantau pemikiran, tindakan dan perasaan. Individu ini mempunyai gerak hati / intuisi dan imaginasi yang tinggi, boleh mengawal emosi dan mempunyai autonomi yang tinggi serta berdikari. Tokoh : Aristotle dan Hamka Kerjaya : Pakar psikologi, ahli falsafah dan pendeta. Tinggi 70% - 100% Individu ini mempunyai kecerdasan yang tinggi untuk membuat penilaian kendiri dan menggunakan maklumat untuk mengawal diri serta membuat pertimbangan kendiri. Sederhana 50% - 60% Individu ini mempunyai kecerdasan yang sederhana untuk membuat penilaian kendiri dan menggunakan maklumat untuk mengawal diri serta membuat pertimbangan kendiri. Rendah 0% - 40% Individu ini mempunyai kecerdasan yang rendah untuk membuat penilaian kendiri dan menggunakan maklumat untuk mengawal diri serta membuat pertimbangan kendiri. Interpersonal Kecerdasan interpersonal melibatkan kemahiran atau kebolehan individu berkomunikasi, menjalin hubungan dan membina kepercayaan dengan orang lain. Individu ini mampu memahami orang lain, sensitif kepada perasaan, kepercayaan, penilaian dan matlamat orang lain. Individu ini cekap menilai emosi, motivasi dan keinginan orang di sekeliling. Tokoh : Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Azizan Osman dan Oprah Winfrey Kerjaya: Pakar motivasi, kaunselor, ahli politik, guru dan pegawai diplomatik. Tinggi 70% - 100% Individu yang mempunyai kecerdasan tinggi dalam berkomunikasi, menjalin hubungan dan membina kepercayaan dengan orang lain. Sederhana 50% - 60% Individu ini mempunyai kecerdasan yang sederhana dalam berkomunikasi, menjalin hubungan dan membina kepercayaan dengan orang lain. Rendah 0% - 40% Individu yang mempunyai kecerdasan rendah dalam berkomunikasi, menjalin hubungan dan membina kepercayaan dengan orang lain.
19 KONSTRUK DIFINISI OPERASIONAL INTERPRETASI SKOR Naturalis Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna. Tokoh: Steve Irwin Kerjaya: Ahli biologi, zoologi, ahli botani, ahli geologi,doktor haiwan, nelayan, pendaki gunung ,renjer hutan,ahli astronomi, juru foto alam, tukang kebun dan veterinari Tinggi 70% - 100% Individu ini mempunyai kecerdasan yang tinggi terhadap kehidupan alam sekitar dalam kategori flora, fauna dan galian, seorang pencinta alam dan juga seorang yang penyayang kepada kehidupan Sederhana 50% - 60% Individu yang mempunyai kecerdasan sederhana terhadap kehidupan alam sekitar dalam kategori flora, fauna dan galian, seorang pencinta alam dan juga seorang yang penyayang kepada kehidupan. Rendah 0% - 40% Individu yang kurang peka terhadap kehidupan alam sekitar dalam kategori flora, fauna dan galian, seorang pencinta alam dan juga seorang yang penyayang kepada kehidupan. Eksistensial Kecerdasan kewujudan ialah keupayaan atau kebolehan untuk memahami dan menimbang tara perkaraperkara berunsur falsafah yang berkaitan dengan kewujudan Tuhan dan fitrah makhluk (manusia, haiwan, tumbuhan, alam semesta dll) berkaitan kehidupan, tujuan, dan kematian. Tokoh : Socrates, Dr. Zakir Naik dan Mother Theresa Kerjaya : Imam, pemimpin dan ahli agama. Tinggi 70% - 100% Individu ini mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam keupayaan atau kebolehan untuk memahami dan menimbang tara perkaraperkara berunsur falsafah yang berkaitan kewujudan Tuhan dan fitrah makhluk. Sederhana 50% - 60% Individu ini mempunyai kecerdasan yang sederhana dalam keupayaan atau kebolehan untuk memahami dan menimbang tara perkaraperkara berunsur falsafah yang berkaitan kewujudan Tuhan dan fitrah makhluk. Rendah 0% - 40% Individu ini mempunyai kecerdasan yang rendah kurang keupayaan atau kebolehan untuk memahami dan menimbang tara perkaraperkara berunsur falsafah yang berkaitan kewujudan Tuhan dan fitrah makhluk.
20 Jadual 3 Penerangan mengenai Bahagian B KEMAHIRAN SKOR INTERPRETASI SKOR Menaakul 8 hingga 15 BAIK Mempunyai keupayaan membuat kesimpulan atau pengitlakan, membuat pertimbangan dari satu situasi umum kepada situasi spesifik, membuat interpretasi, analisis, sintesis atau penilaian bagi suatu situasi atau permasalahan. 1 hingga 7 KURANG POTENSI Mempunyai keupayaan yang minimum untuk membuat kesimpulan atau pengitlakan, membuat pertimbangan dari satu situasi umum kepada situasi spesifik, membuat interpretasi, analisis, sintesis atau penilaian bagi suatu situasi atau permasalahan. Menyelesaikan Masalah 8 hingga 15 BAIK Mempunyai keupayaan untuk memahami, menganalisis, mensistesis, membuat pertimbangan yang logik, membuat kesimpulan dan membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan. 1 hingga 7 KURANG POTENSI Mempunyai keupayaan yang minimum untuk memahami, menganalisis, mensistesis, membuat pertimbangan yang logik, membuat kesimpulan dan membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan. Jadual 4 Penerangan mengenai kecerdasan pelbagai KECERDASAN MURID SUKA TINDAKAN GURU KEMAHIRAN MURID BIDANG KERJAYA Verbal linguistik Berfikir dengan perkataan Guna pelbagai bentuk bahasa dan perkataan untuk melahirkan makna yang kompleks dan indah Teka-teki, teka kata, Membaca, menulis dan bercerita Guna tatabahasa yang luas Bermain permainan bahasa Cipta puisi dan cerita dengan menggunakan bunyi dan imejan perkataan Memberi projek bacaan dan penulisan Membantu murid menyediakan ucapan, dan syarahan Memupuk minat dalam debat Menyediakan permainan bahasa, teka silang kata dan mencari perkataan Menggalakkan pelajar bermain dengan katakata, dan kiasan Merakam percakapan sendiri dan mendengar semula sebutan dan intonasi Mengajar kawan atau ahli keluarga membaca Mengadakan sesi bercerita bersama kawan atau keluarga Peguam Guru Pemberita Penyunting Wartawan Penyajak
21 KECERDASAN MURID SUKA TINDAKAN GURU KEMAHIRAN MURID BIDANG KERJAYA Logik Matematik Mendekati masalah secara logik Faham nombor dan pola abstrak Mengecam dan menyelesaikan masalah yang memerlukan penaakulan Bekerja dengan nombor, menganalisis situasi Hendak tahu bagaimana sesuatu itu berfungsi Bertanya ‘Mengapa’ Tunjuk ketepatan dalam menyelesaikan masalah Bekerja dalam situasi yang memerlukan penyelesaian tepat Membina rajah Venn Menggunakan permainan strategi Melibatkan murid menunjukkan kefahaman tentang sesuatu dengan menggunakan objek konkrit Rekod maklumat dalam graf Wujudkan aktiviti membuat garis masa dan melukis peta Menjumlahkan pembelian semasa ibu bapa memasukkan barang ke dalam troli Membayarkan barangan yang dibeli di pasaraya Memulakan akaun bank dan adakan sasaran simpanan setiap bulan Akauntan Juruwang Jurutera Ahli fizik Pencipta Pengaturcara Visual-Ruang Dapat mengesan dunia visual dengan tepat Mencipta imej mental Berfikir dalam 3 Dimensi Peka pertalian antara objek dalam ruang Menconteng, melukis, mewarnakan atau mencipta gambaran 3D Melihat peta Menyusun suai gambar (jigsaw puzzle), teka kata dan menyudahkan permainan berselirat (maze) Membuka dan memasang semula sesuatu Memasukkan aktiviti melukis peta dan permainan berselirat Memimpin aktiviti visualisasi Memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan kefahaman melalui lukisan Memberi murid peluang mereka cipta sesuatu seperti fesyen pakaian, bangunan, kawasan bermain dan pemandangan Memaparkan isi kandungan bahan yang dibaca dalam bentuk visual Mereka model 3D dari ciptaan atau projek sekolah Cuba mendapatkan sesuatu dari bilik atau rumah dengan mata tertutup Cari imej atau gambar dalam awan, dari alas meja atau retakan di dinding Kerjaya Pengacara Arkitek Pengurusan Grafik Pelukis kartun Ahli bedah
22 KECERDASAN MURID SUKA TINDAKAN GURU KEMAHIRAN MURID BIDANG KERJAYA Muzik Peka kepada bunyi bukan verbal dalam persekitaran termasuk melodi dan nada Sedar akan pola pada nada dan timbre Mendengar dan bermain Muzik Memadankan perasaan kepada Muzik dan ritma Bernyanyi, bersenandung dan bergerak mengikut Muzik berlainan Mencipta dan mereplikakan lagu Memasukkan aktiviti menulis semula lirik lagu untuk mengajar konsep tertentu Menggalakkan murid menggunakan Muzik dalam lakonan Mengajar sejarah menggunakan Muzik zaman itu Menggalakkan murid belajar Muzik dan tarian rakyat negara lain Mengadakan sesi menyanyi bersama kawan dan keluarga Menggunakan satu jam seminggu untuk mendengar jenis Muzik yang berlainan Memberi perhatian kepada bunyi di sekeliling seperti bunyi kipas, orang berjalan, jam berdetik Penggubah lagu Penyanyi Ahli Muzik Penerbit Konduktor Muzik Kinestatik Guna pergerakan badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah Mahir dengan objek dan aktiviti yang melibatkan kecekapan motor halus dan motor kasar Bersukan dan aktiviti fizikal aktif Guna bahasa badan Buat kraf dan projek mekanikal (manipulatif) Menari, berlakon dan mimos (mime) Memberi aktiviti sentuhan dan pergerakan Memberi peluang main peranan dan berlakon Memberi murid bekerja sambil bergerak Menggunakan aktiviti yang melibatkan kecekapan motor halus dan motor kasar seperti menjahit dan membuat model Menolong ibu bapa memasak, berkebun dan membaiki perkakas rumah Atlet Pelakon Penari Mekanik Bomba
23 KECERDASAN MURID SUKA TINDAKAN GURU KEMAHIRAN MURID BIDANG KERJAYA Intrapersonal Tahu kekuatan dan kelemahan kendiri Guna pengetahuan kendiri sebagai panduan membuat keputusan dan menetapkan matlamat Kawal emosi dan mood kendiri Mendalami dan meneruskan minat peribadi dan menetapkan agenda sendiri Belajar melalui pemerhatian dan mendengar Menggunakan kecekapan meta kognitif Memberi murid belajar pada kadar kendiri Memberi projek individu berbentuk arahan kendiri Membantu murid menetapkan matlamat Memberi peluang murid mendapat maklum balas antara satu sama lain. Melibatkan murid dalam menulis jurnal dan lain bentuk refleksi Tulis autobiografi tentang diri sendiri Duduk bersendirian untuk sesi refleksi 5 minit sehari Catatkan perasaan, kenangan, visi dan buah fikiran dalam dairi harian Ahli Psikologi Penyelidik Usahawan Novelis Penulis Pendakwah Ahli falsafah Interpersonal Peka terhadap perasaan dan mood orang lain Faham dan berinteraksi secara berkesan dengan orang lain Berkawan Memimpin, berkongsi dan menjadi orang pengantara Membina sepersetujuan dan berasa empati dengan orang lain Bekerja sebagai ahli kumpulan yang berkesan Pembelajaran koperatif Memberi projek berkumpulan Memberi murid peluang mengajar rakan sebaya Menyediakan aktiviti sumbang saran untuk menyelesaikan masalah Mewujudkan situasi di mana murid mendapat maklum balas pihak lain Berinteraksi dengan orang ramai di tempat awam Aktif dalam permainan yang memerlukan kerjasama Bertukar peranan dengan ahli keluarga atau kawan untuk sehari (role play) Kaunselor Ahli Politik Jurujual/ Peniaga Pengawal keselamatan
24 KECERDASAN MURID SUKA TINDAKAN GURU KEMAHIRAN MURID BIDANG KERJAYA Naturalis Peka kepada alam semula jadi Nampak pertalian dan pola dalam alam tumbuhantumbuhan dan haiwan Menghabiskan masa di luar Memerhati tumbuhtumbuhan, kumpul batubatuan, menangkap serangga dan memelihara haiwan peliharaan Mengesan pertalian dalam alam semula jadi Mengesan pertalian dalam alam semula jadi Mengkelaskan dan mengkategorikan flora dan fauna Menggunakan persekitaran sebagai bilik darjah Memberi murid tanggungjawab mengendalikan sudut-sudut tumbuhantumbuhan dan haiwan di dalam kelas Menjalankan eksperimen Sains secara hands-on Menggalakkan murid mereka bentuk landskap kawasan persekitaran Memelihara dan memerhati kitaran hidup rama-rama atau katak Menjaga dan memerhatikan proses pertumbuhan kacang yang disemai Memerhati dan mencatat fasa bulan Petani Doktor haiwan Pendaki gunung Peramal cuaca Ahli ekologi Ahli zoologi Eksistensial Lihat sesuatu secara holistik Memahami nilai- nilai kebenaran, kebaikan dan keindahan Keupayaan untuk meringkaskan maklumat ke dalam pemahaman yang lebih besar Kesedaran kualiti tidak ketara manusia, sama ada bertindak balas kepada seni, kemuliaan falsafah atau rukun agama Mendapatkan makna dalam kehidupan seharian Mencari sambungan antara pengalaman mereka Sering menikmati sastera dan adat dari budaya lain Berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan Menyatakan rasa kekitaan kepada masyarakat global Suka melibatkan diri dengan sebab- sebab sosial dan politik Mempunyai komitmen yang kuat untuk kesihatan dan kesejahteraan Sumbang saran dan perbincangan untuk menjana minda Memberi tugasan penyelidikan Aktiviti membaca, melukis dan bersyair Memberi pendapat dan idea yang memberangsang kan berlandaskan agama Menghargai estetika persekitaran Menghormati orang lain dan bersopan-santun Ahli falsafah, Ahli teologi
25 3.6 Fungsi Kecerdasan Pelbagai Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran (PdP) Guru boleh memilih strategi PdP yang sesuai dan memadankan dengan kecerdasan murid. Guru perlu mengenal pasti dahulu kecerdasan pelbagai murid. Dengan ini, guru boleh memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah. Maklumat daripada IKeP boleh digunakan untuk : i. Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid. ii. Menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan. iii. Meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas. iv. Meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui PdP yang menyeronokkan. v. Meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan inovasi dan penyelidikan dalam PdP. vi. Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah. vii. Mempelbagaikan cara pentaksiran. Selain daripada itu Kecerdasan Pelbagai boleh juga dikenal pasti melalui : i. Pemerhatian tingkah laku murid semasa belajar ii. Aktiviti yang digemari murid pada masa lapang iii. Laporan prestasi murid iv. Profil kecerdasan murid Maklumat daripada IKeP ini boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran .
26 3.7 Interpretasi Skor Kecerdasan Pelbagai IAT6 Interpretasi skor yang diperoleh daripada murid berkaitan dengan tahap persetujuan untuk sesuatu pernyataan kecerdasan tertera dalam Jadual 3.29. Norma yang selalu digunakan dapat menjelaskan kedudukan sesuatu skor itu berbanding dengan skor yang lain (Tuckman 1999). Berdasarkan kepada norma lazim, skor 50% dianggap skor min, manakala skor 75% ke atas dianggap terletak dalam kuartal tertinggi (Gay & Airasian 2003). Dengan itu, interpretasi bagi peratus dibuat seperti yang dipaparkan dalam Jadual 4. Jadual 5 Interpretasi Skor Peratusan Skor Peratusan Interpretasi Skor 75% hingga 100% Tinggi 50% hingga 74% Sederhana 0% hingga 49% Rendah Sumber : Alias Baba (1999), Tuckman (1999) dan Gay & Airasian (2003) dalam Mohd. Sani Ismail (2011).
27 4.0 PROSEDUR PENTADBIRAN IAT6 PERKARA TINDAKAN Mesyuarat pengoperasian Perbincangan bersama pentadbir Penyediaan jadual pelaksanaan Makluman kepada guru dan murid GBKSM/GBLD/GP memuat turun IAT6 Tahun 6 GBKSM/GBLD/GP menyemak instrumen yang dimuat turun Instrumen diperbanyakkan mengikut jumlah murid Pentadbiran ujian Sediakan tempat ujian yang selesa, sesuai dan kondusif. Murid perlu berada di tempat ujian 15 minit sebelum ujian Edarkan inventori dan borang jawapan kepada setiap murid. Beri arahan kepada murid: a. tulis nama dan kelas di borang jawapan b. bulatkan semua jawapan di borang jawapan c. jangan meniru d. semak jumlah halaman kertas soalan e. masa ujian ialah 45 minit * Murid berkeperluan khas diberikan tambahan masa 30 peratus daripada waktu yang diperuntukkan.. Apabila masa ujian telah tamat, mohon murid supaya berhenti menulis dengan meletakkan pensel di atas meja. Murid menjawab IAT6 dan pengiraan skor Murid menjawab IAT6 Murid mengira skor dengan bimbingan GBKSM/GBLD/GP Pentaksiran skor GBKSM/GBLD/GP memberi pendedahan umum tentang tafsiran setiap konstruk Pengumpulan set Inventori dan Borang Jawapan Diserahkan kepada GBKSM/GBLD/GP Pelaporan GBKSM/GBLD/GP menganalisis skor IAT6 murid Pengisian data dalam sistem pelaporan GBKSM/GBLD/GP mencetak 2 salinan pelaporan skor IAT6 murid 1 salinan untuk simpanan fail GBKSM/GBLD/GP. 1 lagi salinan untuk diserahkan kepada murid bersamasama keputusan Pentaksiran lain. Pelaporan IAT6 hendaklah disahkan oleh Guru Besar.
28 Penyimpanan Fail Penyimpanan dibuat di dalam fail mengikut kelas, disusun mengikut susunan abjad Dokumen menjadi rujukan dan panduan semasa membuat intervensi Intervensi Meningkatkan kefahaman tentang persepsi kecerdasan pelbagai Modifikasi persepsi kecerdasan pelbagai mengikut kebolehan, bakat dan minat murid Membantu murid meningkatkan/menyeimbangkan kecerdasan pelbagai bagi mengembangkan potensi diri. * GBKSM - Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa GBLD - Guru Bimbingan Lantikan Dalaman GP - Guru Penyelaras
29 5.0 PERANAN BAHAGIAN 5.1 Jabatan Pendidikan Negeri (Pegawai Kaunseling, Unit Hem ) 5.1.1 Memberi taklimat kepada Pegawai Pendidikan Daerah (Penolong Pegawai Pendidikan Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Murid) dengan dibantu oleh pegawai yang telah mengikuti sesi penataran. 5.1.2 Mengedarkan bahan manual Pentaksiran Psikometrik IAT6 kepada Penolong Pegawai Pendidikan Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Murid. 5.1.3 Pemantauan pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik IAT6 di peringkat PPD. 5.2 Pejabat Pendidikan Daerah (Penolong Pegawai Kaunseling Dan Kerjaya Murid) 5.2.1 Memastikan semua sekolah di bawah PPD masing-masing menerima bahan Pentaksiran Psikometrik IAT6. 5.2.2 Mengadakan taklimat kepada semua Guru Besar/GBKSM/GBLD/ GP di PPD masing-masing berkaitan Pentaksiran Psikometrik IAT6. 5.2.3 Memastikan pelaksanaan di peringkat sekolah. 5.3 Guru Besar 5.3.1 Mengadakan perbincangan bersama GBKSM/GBLD/GP di sekolah masing-masing mengenai pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik IAT6. 5.3.2 Mengadakan taklimat kepada semua guru mengenai Pentaksiran Psikometrik IAT6. 5.3.3 Memastikan GBKSM/GBLD/GP melaksanakan Pentaksiran Psikometrik IAT6 berdasarkan prosedur kerja yang telah ditetapkan.
30 5.4 GBKSM/GBLD/GP 5.4.1 Berbincang bersama Guru Besar tentang prosedur pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik IAT6. 5.4.2 Memberi taklimat kepada semua guru mengenai Pentaksiran Psikometrik IAT6. 5.4.3 Memberi taklimat kepada murid mengenai Pentaksiran Psikometrik IAT6. 5.4.4 Mentadbir Pentaksiran Psikometrik IAT6. 5.4.5 Membuat pelaporan IAT6. 5.4.6 Membuat intervensi, konsultasi dan sesi berdasarkan dapatan skor murid. 5.4.7 Berkongsi analisis dapatan IAT6 dengan pentadbir sekolah/guru kelas/ guru mata pelajaran bagi tujuan pelaksanaan intervensi. 5.4.8 Menyimpan skor murid di tempat yang selamat. 5.4.9 Menyerahkan sesalinan slip skor IAT6 kepada murid. 5.5 Guru 5.5.1 Menggunakan hasil dapatan skor murid yang telah dibincangkan bersama GBKSM/GBLD/GP untuk penambahbaikan serta perancangan pengajaran dan pembelajaran. 5.5.2 Menggunakan hasil dapatan skor murid yang telah dibincangkan bersama GBKSM/GBLD/GP untuk perkembangan murid.
31 6.0 PERNYATAAN KEPUTUSAN SKOR PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK IAT6 Pernyataan keputusan Skor Pentaksiran Psikometrik IAT6 setiap murid akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. PENTING: Skor Pentaksiran Psikometrik IAT6 akan dilaporkan secara berasingan. Instrumen Pentaksiran Psikometrik IAT6 adalah HAK CIPTA TERPELIHARA Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sesiapa sahaja tidak dibenarkan memetik mana-mana bahagian dalam bentuk apa juga dan dengan cara apa baik secara elektronik, fotologi, mekanik, rakaman atau yang lain-lain dan sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia.
32 Rujukan Amla Mohad. Salleh. 2007. Pendidikan Kerjaya dan Pembangunan Modal Insan. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia. Selangor. Binet (1905) dalam Wolf, T. H. (1969), "The emergence of Binet's conception and measurement of intelligence: a case history of the creative process", Journal of the history of the behavioral sciences (Apr 1969) 5 (2): 113–34. Costa, P.T. and McCrae, R.R. 1992. NEO personality Inventory professional manual. Odessa, FL: Psychological Assessment Resources. Gardner, H. 1983. Frames of Mind. New York: Basic Books Inc. Gardner, H. (1993). Frame Of Mind: The theory of multiple intelligences. New York, NY: Basic Book. Gardner, H. 1999. Intelligence Reframed.USA: Basic Books. Hanizah Hamzah (2011a). Mentaksir ciri tret psikologi murid: penerokaan dimensi baru. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Hanizah Hamzah (2011b). Profil: Kenali murid. tingkatkan prestasi. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Hair, Black and Babin. 2010. Multivariate Data Analysis : A Global Perspective. 7th. Edition.U.S: Pearson Publication Holland,J.L. (1973). Making Vocational Choice: A Theory of Career. Englewood Cliff, New Jersey: Prentice Hall Inc. Holland,J.L. (1985). Manual for the Vocational Preference Inventory. Odessa, Florida: Psychological Assessment Resources. Holland, J.L. (1996). Making Vocational Choice: A Theory of Vocational Personality and Work Environment. Edessa, Florida: Psychological Assessment Resources. Mohd Ali Jaamat. (2009). Pembinaan Modul Kesedaran Kerjaya Untuk Pelajar Sekolah Menengah Di Negeri Sembilan. Kertas Kerja Konvensyen PERKAMA Ke 14. UPM. Mohd. Sani bin Ismail. (2011).Kematangan kerjaya, efikasi kendiri kerjaya dan penglibatan pelajar dalam aktiviti program bimbingan dan kaunseling kerjaya . Tesis Doktor Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia. Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012a. Manual Pentaksiran Psikometrik. Lembaga Peperiksaan.
33 Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012b. Inventori Minat Kerjaya. Lembaga Peperiksaan. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia -2013-2025. Sidek Mohd Noah (2002). Perkembangan kerjaya : Teori & Praktis. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Parsons, F. 1909. Choosing a vocation. Boston, MA, US: Houghton, Mifflin and Company Smith L.G. and Smith J.K. 1994. Lives in education. A narrative people and ideas Second Edition.New York:St Martin’s Press. Smith, M.K. 2002. Howard Gardner and Multiple intelligences’ The Encyclopaedia of informal education. Super, D. E. 1957. The psychology of careers: An introduction to vocational development. New York: Harper & Brothers Super, D.E. 1971.The psychology of career. New York: Harper & Row Publisher. Super.D.E. 1990. A life-space, Life Space Approach toCareer Development. In D. Brown,L. Brooks & Associations (Eds.) Career Choice and Development (3rd Ed). San Francisco:Jossey-Bass Inc. Sidek Mohd Noah. (2002). Perkembangan Kerjaya: Teori dan Praktis. Universiti Putra Malaysia, Serdang, selangor Darul Ehsan. Super, D.E. (1984). Career and life Development. Dalam Career Choice and Development, disunting oleh D.Brown, L. Brooks, and Associates. San Francisco, CA: Jossey-Bass. Wechsler,D.1974. Manual for the Wechsler intelligence scale for children –Revised Mohamed,R. (2020). DEVELOPMENT AND VALIDATION OF AUTHENTIC ASSESSMENT TO ASSESS HIGHER ORDER THINKING SKILLS. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)