The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by julimahbah, 2020-12-06 20:15:33

BGS 109-PEGUAM HARTANAH (siap)

BGS 109-PEGUAM HARTANAH (siap)

EKSPLORASI KERJAYA

PEGUAM HARTANAH

KUMPULAN BGS 109,
PRS@SSC (SMART SHARING CLASS)

2020
PERINGKAT NEGERI SELANGOR

ISI KANDUNGAN

1. BIODATA AHLI KUMPULAN 1
2. SKOP TUGAS AHLI KUMPULAN 2
3. PENGENALAN KERJAYA 3
4. TRAIT MINAT KERJAYA 4
5. TRAIT INVENTORI PERSONALITI 5
6. SKOP TUGAS 7
7. KELULUSAN AKADEMIK 10
8. RISIKO DAN CABARAN 11
9. PELUANG KERJAYA 12
10. RUMUSAN 13
11. RUJUKAN 14

BIODATA AHLI KUMPULAN

PN JULI BINTI MAHBAH
(GURU PENYELIA)
GBK1016

SK TAMAN PUTRA PERDANA

AISYAH SOFIAH BINTI HANIF ALEEYA FARHANNA BINTI ARIFFIN
(KETUA KUMPULAN) (PENOLONG KETUA KUMPULAN)
• PRSB1043
• PRSB1041
SK TAMAN PUTRA PERDANA SK TAMAN PUTRA PERDANA

MUHAMMAD NAQIB LUQMAN BIN AISYAH UMAIRAH BINTI RAZALI
MUHAMMAD NASIR (BENDAHARI)
(SETIAUSAHA)
• PRSB1042
• PRSB1046 SK TAMAN PUTRA PERDANA
SK TAMAN PUTRA PERDANA

AMIRA MAISARAH BINTI YUSRITHAUDEEN

(AJK)
• PRSB1044

SK TAMAN PUTRA PERDANA

1

SKOP TUGAS AHLI KUMPULAN

Aisyah Sofiah binti Hanif
Membahagikan tugasan projek
Menyediakan maklumat trait inventori
personaliti peguam hartanah
Membuat rumusan projek

Aleeya Farhanna binti Ariffin
Menyediakan maklumat kelulusan akademik
Menyediakan maklumat risiko dan cabaran
peguam hartanah

Muhammad Naqib Luqman bin Muhammad
Nasir

Menyediakan pengenalan kerjaya peguam
hartanah
Merancang dan mereka susun atur e-book

Aisyah Umairah Binti Razali
Menyediakan maklumat trait minat kerjaya
Menyediakan maklumat peluang kerjaya
peguam hartanah

Amira Maisarah binti Yusrithaudeen
Menyediakan maklumat skop tugas kerjaya
peguam hartanah

2

PEGUAM HARTANAH PENGENALAN KERJAYA

Seorang peguam ialah "seseorang yang pekerjaannya termasuk
memberi nasihat atau bantuan guaman kepada pelanggannya
ataupun lebih dikenali sebagai seseorang yang mempunyai lesen
untuk mempraktikkan guaman di sisi undang-undang". Undang-
undang merupakan sistem peraturan kelakuan yang ditentukan
kerajaan sesuatu tempat untuk mengekalkan kestabilan dan
keadilan

Manakala kerjaya sebagai peguam hartanah adalah merujuk
kepada peguam yang fokus dan berperanan mengendalikan
urusan transaksi jual beli hartanah. Peguam hartanah bertindak
sebagai pemudah cara bagi satu-satu urusan transaksi jual beli
hartanah. Terdapat pelbagai skop tugasan sebagai peguam
hartanah. Antaranya adalah memberikan perkhidmatan berbentuk
nasihat perundangan, merangka Perjanjian Jual Beli, Perjanjian
Pajakan dan Perjanjian sewa untuk unit kediaman, komersial dan
industri bagi memastikan kepentingan dan hak pelanggan
dilindungi.

Peguam Hartanah juga menawarkan perkhidmatan untuk
melepaskan gadaian, menarik balik kaveat, carian tanah dan
memastikan bahawa proses pindah milik hartanah dari satu
pihak ke satu pihak yang lain berjalan dengan lancar secepat
mungkin.

E-Books ini menyentuh mengenai
trait minat kerjaya sebagai peguam hartanah,
trait inventori personaliti sebagai seorang
peguam hartanah,
skop tugas kerjaya peguam hartanah,
kelulusan akademik yang diperlukan untuk
menjadi peguam hartanah,
risiko dan cabaran peguam hartanah
peluang kerjaya seorang peguam hartanah.

3

TRAIT MINAT KERJAYA

01 Realistik: Kerjaya peguam hartanah adalah realistik kerana
kerjaya memang boleh dilakukan di Malaysia, dan memang
akan diperlukan pada masa hadapan kerana bidang
hartanah adalah satu bidang yang memenuhi kriteria
keperluan asas dan kehendak manusia.

02 Investigatif:
Kerjaya ini bersifat investigatif kerana terdapat beberapa
informasi yang perlu disahkan oleh peguam hartanah semasa
penyediaan dokumentasi. Informasi yang perlu disahkan
termasuklah sekiranya pihak ialah pemilik berdaftar yang sah
semasa transaksi jual beli, adakah pemilik berdaftar
dibenarkan untuk membuat urusan transaksi, dan lain-lain.

Sosial: Kerjaya ini juga bersifat sosial kerana seorang peguam

03 hartanah akan berurusan secara langsung dengan pihak,
contohnyapeguam hartanah, dan lain-lain, sewaktu

menjalankan urusan dokumentasi hartanah. Mereka juga

PEGUAM HARTANAH pastinya perlu berjumpa dengan ramai anak guam dan

mungkin akan bertemu orang awam untuk mempromosikan

firma guamannya.

Enterprising: Bagi seseorang peguam hartanah yang sudah

04 mempunyai pengalaman yang cukup, dia bolehlah membuka
firma guamannya sendiri. Ini bermaksud dia perlu
mempunyai sifat sebagai seorang usahawan. (enterprising:
keusahawan).

Conventional: Kerjaya ini bersifat konvensional dan

05 sudah wujud di Malaysia sejak dahulu lagi. Boleh
dikatakan tiada apa-apa perubahan yang telah dilalui
oleh kerjaya ini, dan kemungkinan besar, perkara ini
akan seterusnya begitu. Ini kerana kerjaya ini adalah
sangat ‘procedural’ (mengikut prosedur tertentu).

4

PEGUAM HARTANAH TRAIT INVENTORI
PERSONALITI

Sukakan kebebasan dalam melakukan kerjaya

Kerjaya sebagai seorang peguam hartanah adalah sesuai bagi seseorang
yang bersifat sukakan kebebasan dalam melakukan kerjayanya. Namun
begitu, kerjaya peguam tentunya berkisar dengan rutin pekerjaan yang
berkait rapat dengan akta, undang-undang, peraturan, memorandum dan
sebagainya. Kebebasan yang dimaksudkan di dalam kerjaya ini
bermaksud dia boleh memilih siapakah yang ingin diterima sebagai
anakguamnya, dan masa bekerja boleh disesuaikan mengikut
perkembangan kes-kes yang diuruskan pada sesuatu masa.

Kemahiran berbahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
secara lisan dan bertulis

Antara potensi-potensi yang menjadi tonggak utama dalam kejayaan
seseorang peguam hartanah ialah kemahiran berbahasa Inggeris dan
Bahasa Melayu secara lisan dan bertulis, di mana kepentingan kemahiran
berbahasa Inggeris lebih penting kerana buku Akta di Malaysia terdapat di
dalam kedua-dua bahasa ini, tetapi Akta di dalam Bahasa Inggeris akan
diutamakan jika terdapat percanggahan antara versi Bahasa Melayu dan
Inggeris.

Selain itu, dalam proses penyediaan dokumen berkaitan hartanah,
seseorang peguam hartanah pastinya akan menggunakan rujukan-
rujukan yang disediakan di dalam Bahasa Inggeris selain Bahasa Melayu.
Disebabkan kerjaya peguam hartanah memerlukan peguam menjaga
kepentingan anak guamnya, seseorang peguam hartanah perlulah
memahami semua fakta tidak kira di dalam bahasa apa rujukan
direkodkan, dan tentunya ‘lingua franca’ Bahasa Inggeris digunakan secara
meluas dalam dokumentasi berkaitan hartanah yang perlu dirujuk,
terutamanya di Malaysia.

PEGUAM HARTANAH TRAIT INVENTORI
PERSONALITI

Kepetahan dalam berdebat

Selain itu, kepetahan dalam berdebat juga
merupakan suatu bonus kerana ada masanya,
peguam hartanah akan berhadapan halangan-
halangan, bantahan dan masalah sewaktu
menyediakan dokumentasi. Peguam hartanah
juga perlu petah ketika menerangkan tentang
pengalaman mereka dalam bidang guaman
berkaitan hartanah serta proses transaksi atau
dokumentasi kepada bakal anak guam untuk
meyakinkan mereka bahawa dia ialah peguam
hartanah yang patut dilantik. Peguam hartanah
perlu menjadi seorang yang agresif agar dapat
melaksanakan pelbagai tugasan untuk berjaya
dalam pekerjaannya, kerana kerjaya peguam
hartanah boleh meliputi tugasan pemasaran,
pengurusan pejabat, pengurusan ‘public
relations’, dokumentasi, dan sebagainya.
Seterusnya, kesabaran, kebolehan memberi
perincian dan sifat berani mengambil
keputusan juga harus wujud dalam diri
seseorang peguam hartanah kerana kerjaya
ini.

PEGUAM HARTANAH SKOP TUGAS

Peguam hartanah mengendalikan satu-satu urusan transaksi jual beli
hartanah.

Peguam hartanah bertindak sebagai pemudah cara bagi satu-satu
urusan transaksi jual beli hartanah di mana mereka secara profesional
akan membantu pembeli mahupun penjual daripada awal proses
sehinggalah selesai urusan mengikut amalan guaman yang teratur.

Peguam hartanah akan meneliti setiap dokumen yang berkaitan bagi
urusan transaksi jual beli hartanah seperti hak milik hartanah atau juga
dikenali sebagai geran, perjanjian terdahulu antara penjual dan pemilik
sebelumnya, perjanjian pinjaman terdahulu penjual, cukai tanah, cukai
pintu dan lain-lain dokumen yang peguam hartanah nasihatkan perlu
disediakan oleh pembeli mahupun penjual.

Memberikan khidmat nasihat perundangan berkaitan urusan dan
prosedur yang akan diguna pakai dalam satu-satu urusan transaksi jual
beli mengikut situasi hartanah

Peguam hartanah bertanggungjawab memberikan khidmat nasihat
perundangan berkaitan hartanah mengikut jenis dan situasi hartanah
yang dijual beli dan prosedur yang akan diguna pakai dalam satu-satu
transaksi jual beli hartanah memandangkan setiap hartanah yang dijual
beli adalah berbeza.

Sebaik sahaja dokumen berkenaan hartanah yang ingin dijual beli
diteliti, peguam akan membuat semakan terperinci dengan membuat
carian (hartanah) di pejabat tanah berkenaan untuk menyemak status
terkini hartanah dan carian status kebankrapan ke atas pembeli dan
penjual sebelum urusan transaksi jual beli hartanah diteruskan.

Selepas carian hartanah diperoleh, mereka akan meneliti dan
menyemak setiap satu maklumat yang tercatat untuk memastikan
urusan dan prosedur yang betul dijalankan bagi transaksi jual beli
hartanah tersebut mengikut situasi hartanah yang berkaitan.

Peguam hartanah akan menyediakan Perjanjian Jual Beli dan dokumen
berkaitan jual beli hartanah mengikut jenis hartanah, situasi dan
prosedur yang akan diguna pakai dalam urusan transaksi jual beli
hartanah

7

PEGUAM HARTANAH SKOP TUGAS

Peguam hartanah akan mendraf terma dan syarat Perjanjian Jual Beli
hartanah untuk melindungi hak dan kepentingan pembeli dan penjual di
dalam urusan transaksi jual beli hartanah selari dan mengikut
peruntukan undang-undang di Malaysia yang ditetapkan.

Peguam hartanah akan memastikan Perjanjian Jual Beli dan dokumen
yang disediakan adalah teratur dan lengkap mengikut jenis hartanah,
situasi dan prosedur yang akan dilaksanakan sebelum mengatur temu
janji bersama anak guam sama ada pembeli mahupun penjual untuk
menandatangani Perjanjian Jual Beli dan dokumen yang berkaitan

Peguam hartanah bertanggungjawab untuk memberi penerangan yang
jelas kepada anak guam berkenaan terma dan syarat yang terkandung
dalam Perjanjian Jual Beli dan kos-kos yang terbabit supaya pembeli
dan penjual lebih memahami akan urusan transaksi jual beli hartanah
yang akan dilaksanakan sehingga urusan jual beli hartanah itu selesai.

Peguam hartanah ini yang akan melindungi hak dan kepentingan
pembeli mahupun penjual dalam urusan transaksi jual beli hartanah
sejak dari awal urusan transaksi lagi

Bagi memastikan urusan transaksi jual beli hartanah berjalan lancar
dan seiring dengan prosedur yang akan dilaksanakan, peguam
hartanah memainkan peranan utama memudahcara urusan dengan
berkomunikasi dan berhubung dengan pihak-pihak yang berkenaan
yang terbabit di dalam urusan jual beli hartanah bagi pembeli mahupun
penjual daripada awal proses sehinggalah selesai urusan jual beli
hartanah itu

Peguam hartanah akan memastikan urusan pindah milik hartanah
daripada penjual kepada pembeli sempurna mengikut terma dan syarat
yang ditetapkan di dalam Perjanjian Jual Beli.

Dalam satu-satu urusan transaksi jual beli hartanah, peguam hartanah
juga bertindak sebagai pemegang taruh yang bertanggungjawab ke
atas semua bayaran yang dibayar oleh pembeli bagi tujuan transaksi
jual beli hartanah seperti bayaran deposit, baki jual beli hartanah dan
lain-lain sebelum bayaran terbabit boleh dilepaskan kepada penjual.

Peguam hartanah akan memastikan pembayaran harga jual beli
hartanah adalah mengikut terma dan syarat yang ditetapkan di dalam
Perjanjian Jual Beli.

8

PEGUAM HARTANAH SKOP TUGAS

Selepas urusan transaksi jual beli menghampiri ke prosedur akhir di
mana baki jual beli sudah dilepaskan kepada penjual mengikut terma
dan syarat yang terkandung di dalam Perjanjian Jual Beli, peguam
hartanah akan memastikan penyerahan kunci dan milikan kosong
hartanah daripada penjual kepada pembeli disempurnakan sebelum
urusan tukar nama ke atas bil-bil utiliti bagi hartanah itu dilaksanakan
oleh pembeli yang kini menjadi pemilik baharu.

'Discharge of Charge'
Melepaskan dan membatalkan gadaian bank dari geran tanah
berkaitan perjanjian pinjaman bank.

Carian Persendirian & Rasmi Tanah
Urusan Pejabat Tanah bagi carian maklumat tanah.

Perjanjian Pajakan
Dokumentasi urusan pajakan bagi tempoh lebih 3 tahun.

Pindah Milik Tanah Kepada Ahli Keluarga
Membantu pindah milik hartanah dan geran tanah kepada ahli keluarga
seperti isteri dan anak-anak.

'Perfection of Charge'
Melengkapkan transaksi gadaian atas geran tanah bagi perjanjian
pinjaman bank.

Ganti Geran Tanah Hilang
Mengurus proses ganti hak milik geran tanah hilang dan rosak.

Perjanjian Pemajuan Tanah
Dokumentasi perjanjian antara pemaju dan pemilik tanah bagi tujuan
pembinaan.

Pinjaman & Pembiayaan Bank
Dokumentasi perjanjian antara bank dan peminjam

'Perfection of Transfer'
Melengkapkan transaksi penukaran nama atas geran tanah dari
pemaju.

Perjanjian Jual Beli
Dokumentasi urusan jual beli hartanah seperti rumah, kedai, tanah.

Perjanjian Sewa
Dokumentasi urusan sewa seperti rumah, kedai, tanah.

Pinjaman LPPSA Penjawat Awam
Mengurus pinjaman dan dokumentasi LPPSA bagi penjawat awam

9

PEGUAM HARTANAH KELULUSAN AKADEMIK YANG
DIPERLUKAN

Syarat-syarat:-

• Calon-calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya
Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, CLP, atau telah
didaftarkan sebagai Peguambela & Peguamcara
Mahkamah Tinggi Malaya.

• Bahasa pertuturan: Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia
dan Bahasa Cina.

Diskripsi kerja:-

• Mengendalikan semua urusan pindah milik hartanah
seperti merangka Perjanjian Jual Beli, Pindah Milik,
Gadaian, Melepaskan Gadaian, Receipt and

Reassignment, Perjanjian Kewangan dan sebagainya.

• Berhubung dengan pelanggan, surat-menyurat,
menyediakan laporan bulanan dan tugas-tugas lain

yang diberikan oleh firma.

• Melaporkan terus kepada rakan kongsi firma.

10

PEGUAM HARTANAH RISIKO DAN CABARAN

Masa seseorang yang berkerjaya sebagai peguam hartanah adalah
tidak menentu. Kebiasaannya peguam hartanah akan bertugas di
pejabat dari pagi dan ada kalanya sehingga malam. Agreement,
surat menyurat terlalu banyak. Sentiasa berhadapan dengan waktu
aktif bekerja. Masa untuk keluarga sangat berkurang kerana peguam
hartanah perlu memberi tumpuan kepada tugas-tugasnya.

Pengurusan terhadap klien yang ramai menambahkan lagi urusan
seseorang peguam hartanah. Peguam hartanah akan kerap
berjumpa dengan klien sama ada klien baru atau klien lama. Banyak
perkara yang dibincangkan, diputuskan, walau hanya di kedai kopi.
Peguam hartanah perlu bijak mengurus kes jika tidak mahu
mengambil masa yang terlalu panjang untuk menyelesaikan setiap
kes yang dikendalikan olehnya.

Peguam hartanah terlalu sibuk dengan urusan menjawab panggilan
telefon dari klien. Bermacam-macam kes klien menyuarakan
pertanyaan dan melayan klien yang hendak berbincang secara
bersemuka.

Peguam hartanah perlu mendisiplinkan diri untuk menjaga atau
mengawal emosi supaya tugasnya tidak terganggu. Mental
seseorang peguam hartanah perlu sentiasa dalam keadaan tenang.
Peguam hartanah juga perlu banyak membaca sebagai persediaan
memberi hujah kepada klien.

Tekanan kerja yang melampau, waktu kerja yang panjang dan gaji
yang tidak setimpal. Jika ada perbicaraan maka peguam hartanah
tersebut perlu mempersiapkan kes sebaik mungkin, mencari nas
otoriti untuk dihujahkan, menyediakan saksi dan bersedia untuk
dimarahi oleh hakim yang tidak bertimbangrasa keesokan harinya.
Selain itu, klien juga mungkin akan mempersalahkan peguam
hartanah sekiranya kes yang dibawa itu tidak dimenangi.

Kemungkinan peguam hartanah akan berhadapan dengan aduan
kecuaian profesional atau dihadapkan ke Lembaga Tatatertib kerana
salah laku. Jika seseorang itu makan gaji, maka hal itu akan lebih
sulit kerana terpaksa menjawab dengan bosnya walhal gajinya
sangat sedikit.

11

PEGUAM HARTANAH PELUANG KERJAYA

Peluang kerjaya peguam hartanah adalah sangat cerah di Malaysia.
Ini kerana Malaysia sebuah negara membangun maka akan terdapat
banyak hartanah yang memerlukan khidmat peguam hartanah untuk
urusan jual beli dan undang-undang hartanah tersebut.

Kerjaya sebagai peguam hartanah boleh pergi jauh dan mempunyai
masa depan yang cerah dalam masa 5-10 tahun akan datang.
Seorang Peguam hartanah adalah orang yang mempunyai
tanggungjawab menjaga kepentingan kita dalam urusan jual beli
hartanah. Oleh yang demikian ciri – ciri ini adalah sesuatu yang dicari
kebanyakan orang dan melibatkan kepercayaan ramai orang.

Manfaat kerjaya sebagai Peguam Hartanah adalah dapat membantu
ramai orang dalam urusan jual beli hartanah, memastikan proses
undang – undang berjalan lancar dan melengkapkan dokumentasi dan
rekod – rekod agar tiada masalah berbangkit di masa akan datang.

Selain daripada itu, urusan jual beli hartanah adalah melibatkan
tempoh pinjaman yang panjang, maka adalah perlu pihak-pihak dalam
sesuatu urusan jual beli hartanah melantik peguam untuk melindungi
hak dan kepentingan mereka sejak daripada awal transaksi lagi. Maka
peranan peguam hartanah ini sangat penting bagi memastikan suatu
urusan tidak terabai.

Oleh yang demikian dan dapat disimpulkan di sini, kerjaya sebagai
peguam hartanah adalah sangat bagus dan membantu kita sebagai
pengguna, pembeli mahupun penjual hartanah dalam pelbagai urusan
jual beli hartanah. Bukan untuk orang lain, tetapi demi kebaikan diri
anda sendiri juga.

12

PEGUAM HARTANAH RUMUSAN

Untuk menjadi seorang peguam hartanah yang berkomited,
seseorang itu hendaklah menceburi beberapa kemahiran yang
sesuai dalam bidang tersebut. Antaranya, seseorang itu hendaklah
rasa berminat dalam melakukan bidang ini, dengan sifat ini, ia akan
memberi semangat kepada kita untuk melakukan kerjaya tersebut.
Selain itu, peguam hartanah perlu berkemahiran dalam
penggunaan bahasa. Seterusnya, memiliki kemahiran
berkomunikasi. Hal ini adalah bagi mengelakkan kita daripada
berasa janggal ketika berkomunikasi dengan seseorang atau
tersalah bicara. Kita juga hendaklah berkebolehan dalam meneliti
dan menilai. Sebagai seorang peguam hartanah juga hendaklah
mempunyai sifat rajin dan suka membaca, kerana dengan
membacalah kita dapat memperoleh maklumat dan info yang
bermanfaat.
Mereka yang menceburi bidang ini hendaklah berdisiplin dan
berfikiran matang. Ia dapat melatih kita untuk menyelesaikan
sesuatu masalah dengan cara yang berhemah tanpa berlakunya
sesuatu isu atau pergaduhan.
Terdapat pelbagai skop tugasan sebagai peguam hartanah
dengan peranan mengendalikan urusan transaksi jual beli
hartanah. Ia merupakan kerjaya yang mencabar dan menarik
untuk diceburi. Sebagai sebuah negara yang membangun, peluang
kerjaya sebagai peguam hartanah adalah sangat cerah di
Malaysia.

13

PEGUAM HARTANAH RUJUKAN

1. Personalia: Puan Nor Azdilah Binti Mohamad Zaizi, Adzilah Safni & CO.
2. https://arifhussin.com/skop-kerja-perunding-hartanah/
3. https://www.hmetro.com.my/PnP/2020/10/636133/penting-lantik-peguam
4. https://www.facebook.com/panduanmembelirumah/posts/prosedur-

melantik-peguam-hartanah-dan-mendapatkan-quotation-yuran-
guaman-snpassa/1881746235386558/
5. http://tipshartanah.net/blog/2019/11/19/adakah-peguam-yang-
menjualkan-hartanah-anda/
6. https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2020/06/18/bukan-satu-uccess-
story---peguam-hartanah-tak-anggap-orang-muda-mampu-beli-
rumah-satu-pencapaian-ikut-trend-tapi-tiada-ilmu
7. https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2019/07/581199/undang-
undang-dalam-pembelian-rumah
8. http://www.hslim.com.my/ms-my/propertylawyer/sale-purchase-
agreement-process-terms
9. https://www.instun.gov.my/index.php/ms/kajian-dan-
penerbitan/penerbitan2/1213-jurnal-institut-tanah-dan-ukur-negara-
cetakan-kedua/file
10. https://realman.my/panduan-lantik-peguam-hartanah-untuk-urus-jual-
beli-hartanah/
11. https://shahzaidi.com/peguam-hartanah-bagaimana-memilih-peguam-
hartanah-terbaik-10-panduan-ini-boleh-membantu/
12. https://syaraadleenprcco.wixsite.com/syaraadleen/post/ranking-law-
schools-by-judicial-success
13. https://www.openlearning.com/u/muhammadafiq98/portfolio/?
courseSelected&visibilityFilter=show
14. https://www.iproperty.com.my/guides/5-cara-peguam-dapat-membantu-
anda-dalam-urusan-jual-beli-rumah/
15. http://www.hslim.com.my/ms-my/home/career
16. http://www.hslim.com.my/ms-my/home/services
17. https://ms.wikipedia.org/wiki/Peguam

14


Click to View FlipBook Version