The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by julimahbah, 2020-12-10 04:56:46

BGS 107 Guru Pendidikan Seni Visual

BGS 107 Guru Pendidikan Seni Visual

BIODATA AHLI KUMPULAN

PN. NOREHAN BT HASSAN PUAN JULI BT MAHBAH
GBKSM SK KG JAWA (2) GBKSM SK TAMAN PUTRA PERDANA
PENYELIA
PENYELIA
GBKSM SK KAMPUNG JAWA (2) GBKSM SK TAMAN PUTRA PERDANA

KETUA PENOLONG.KETUA SETIAUSAHA BENDAHARI
NUR QALISHA NUR AMELYN ADELINA NUR ALIESYA SYAZANA NUR NAIMI QISTINA BT
UMAIRA BT ALIAS
BT NORDIN BT ANAS SOLIHIN MUHAMAD AZMI

AJLK AJLK
RADHITYA AHMAD NURUL ADIANA

ALGHIFARI BIN SYAHIRAVBT
GUNAWAN AMIRUDDIN

SKOP TUGAS

NUR QALISHA UMAIRA BT ALIAS

Mengumpul maklumat biodata ahli kumpulan
Membuat pencarian maklumat mengenai kelulusan akademik
yang diperlukan untuk menjadi Guru Pendidikan Seni Visual

NUR AMELYN ADELINA BT NORDIN
Menyediakan pengenalan kerjaya pilihan
Menyatakan risiko serta cabaran bagi kerjaya Guru Pendidikan Seni Visual

NUR NAIMI QISTINA BT MUHAMAD AZMI
Membuat carta organisasi kumpulan

Menghuraikan peluang pekerjaan sebagai Guru Pendidikan Seni Visual di
Malaysia dan pada masa hadapan

NURUL ADRIANA SYAHIRAH BINTI AMIRUDDIN
Menentukan impak projek yang akan dijalankan

Membuat rumusan keseluruhan projek

NUR ALIESYA SYAZANA BINTI ANAS SOLIHIN
Membuat penerangan ringkas mengenai projek

RADHITYA AHMAD ALGHIFARI BIN GUNAWAN
Menyediakan skop tugas kerjaya Guru Pendidikan Seni Visual

Membuat rujukan bagi semua maklumat yang
diperolehi untuk menyiapkan projek ini

PENGENALAN KERJAYA PILIHAN

Guru ialah orang yang bertanggungjawab terhadap pendidikan murid-murid, baik secara individual
maupun fizikal, baik di sekolah mahupun di luar sekolah. Selari dengan itu, guru merupakan elemen
yang paling penting dalam mencorakkan stail pengajaran yang berkesan agar segala matlamat dalam
dunia pendidikan dapat dicapai secara optimum. Ledakan dunia sains dan teknologi pada masa kini
menambahkan lagi cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dalam menentukan mod pengajaran yang
baik.

Peranan Guru Pendidikan Seni Visual amat penting bagi menentukan kemajuan murid dan sekolah.
Bagi Guru Pendidikan Seni Visual peranan mereka amat penting bagi menentukan mata pelajaran
Pendidikan Seni boleh dimanfaatkan sebaik mungkin. Dua peranan penting bagi seseorang Guru
Pendidikan Seni Visual di sekolah ialah pertama menentukan mata pelajaran Pendidikan Seni diajar
kepada murid- murid dengan sempurna dan berkesan dan kedua menggunakan kemahiran
Pendidikan Seni berguna kepada kemajuan sekolah dari segi fizikal dan kemudahan yang ada.

Selain itu, seorang Guru Pendidikan Seni Visual juga perlu memikirkan strategi dan pendekatan
pelajaran dengan rapi sebelum melaksanankan aktiviti seni di kelas. Ini adalah kerana guru boleh
memberi input dengan lebih berkesan kepada murid-murid. Kurikulum sesuatu pelajaran merupakan
himpunan konsep-konsep yang perlu dikuasai oleh murid-murid dengan bimbingan guru. Konsep-
konsep tersebut mempunyai beberapa peringkat untuk memudahkan pembelajaran. Murid-murid perlu
menguasai peringkat yang lebih rendah dahulu sebelum mengikuti susunan ke satu peringkat kepada
satu peringkat yang lebih tinggi. Penyampaian konsep-konspep bagi isi pelajaran memerlukan teknik-
teknik yang tertentu. Umpamanya, dalam bidang menggambar, seorang Guru Pendidikan Seni Visual
haruslah mempunyai pengetahuan akedemik yang baik serta mengetahui kaedah membimbing dan
tidak mengelirukan murid sehingga pelajaran tersebut menjadi tidak menarik. Keberkesanan isi
pelajaran dapat dilihat melalui sejauh mana murid-murid dapat belajar terutamanya melalui amali seni
yang mereka laksanakan.

TRAIT MINAT KERJAYA YANG SESUAI

Teori Pemilihan Kerjaya Holland memberi fokus kepada trait personaliti dan banyak dipengaruhi oleh
Teori Trait dan faktor sebelum ini. Teori ini juga pada dasarnya merupakan teori pendekatan struktur
yang lebih menekankan aspek keselarasan antara personaliti dengan persekitaran, namun teori ini
juga telah diperkembangan dalam aspek bagaimana personaliti terbentuk dan berkembang.

Menurut Holland (1985), teori ini dibentuk berasaskan kepada andaian bahawa minat vokasional
adalah satu daripada aspek personaliti dan oleh yang demikian diskripsi mengenai minat individu juga
menggambarkan minat seseorang. Trait-trait personaliti ini biasanya dikenalpasti melalui
kecenderungan terhadap mata pelajaran sekolah, aktiviti-aktiviti rekreasi, hobi dan kerja.

Sementara itu minat vokasional pula boleh digambarkan sebagai ekspresi personaliti. Holland (1985)
juga menyatakan bahawa Teori Pemilihan Kerjaya Holland boleh digunakan untuk memberikan
penjelasan kepada tiga persoalan asas iaitu:

1. Apakah trait personaliti dan persekitaran yang mendorong seseorang membuat keputusan
untuk menceburi sesuatu bidang pekerjaan.

2. Apakah ciri-ciri personal dan persekitaran yang menyebabkan kestabilan atau perubahan
daripada segi aras dan kerja yang seseorang itu lakukan di sepanjang kehidupanya.

3. Apakah kaedah yang paling berkesan untuk memberi pertolongan kepada individu yang
menghadapi masalah yang berkaitan dengan kerjaya.

Berdasarkan kepada tiga persoalan di atas, intipati kepada pemilihan kerjaya ialah ekspresi personaliti
individu. Kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan kestabilan adalah berkadar terus dengan
keselarasan antara trait personaliti individu dengan kategori persekitaran di mana individu tersebut
bekerja. Semakin tinggi darjah keselarasan antara trait personaliti dengan kategori persekitaran di
mana individu tersebut bekerja maka semakin tinggi kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan juga
kestabilan.

Terdapat empat andaian dalam teori ini, iaitu:

Individu dikategorikan kepada enam jenis personaliti iaitu:

• Reaslistik (R)
• Investigatif (I)
• Artistik (A)
• Sosial (S)
• Enterprising (E)
• Convensional (C).

Menurut Holland setiap jenis personaliti ini adalah terbentuk hasil daripada interaksi antara pelbagai
desakan kebudayaan dan personal termasuklah rakan sebaya, pewarisan biologi, keluarga, kelas
social, budaya dan persekitaran fizikal.

Hasil daripada interaksi ini iaitu antara individu dengan faktor-faktor tersebut akan menyebabkan
individu akan menggemari sesuatu aktiviti. Justeru individu akan terdorong untuk membina sifat
tertentu yang seterusnya akan mendorongnya untuk berfikir, membuat tanggapan dan seterusnya
bertingkah laku dengan cara yang tertentu.

• REALISTIK: Sesuai dengan kerja-kerja berat yang memerlukan kemahiran. Kerja yang sesuai
dengan mereka adalah seperti mekanik, jurutera dan tukang kayu. Ciri-ciri yang dimiliki mereka
ialah tidak sosial, akur, jujur, tulen, keras kepala, materialistik, keras hati dan tidak menyendiri.

• INVESTIGATIF: Sesuai dengan pekerjaan yang memerlukan pemikiran dari perbuatan seperti
ahli kimia dan doktor. Ciri-ciri yang dimiliki mereka adalah seperti analitik, berhati-hati,
kompleks, ingin tahu, rasional, menyisihkan diri dan pendiam.

• ARTISTIK: Sesuai dengan bidang tugas dalam bidang seni atau muzik. Individu artistik
menyukai aktiviti yang bebas dan ia menghindari aktiviti-aktiviti yang eksplisit, sistematik dan
berperaturan. Ciri-ciri individu artistik ini ialah rumit, emosional, ekspresif, idealistik, imaginatif,
bebas dan intuitif.

• SOSIAL: Individu ini akan memilih aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan memanipulasi orang
lain seperti memberitahu, melatih dan mendidik. Ciri-ciri yang mereka miliki ialah seperti
berpengaruh, bekerjasama, sabar, peramah, pemurah, suka menolong dan baik hati, dan
idealistik. Mereka berminat dengan kerjaya seperti pendidik (guru), ahli psikologi, pegawai
kebajikan dan kaunselor.

• ENTERPRISING: Individu enterprising menyukai aktiviti-aktiviti memanipulasi orang lain seperti
mengarah dan memimpin untuk mecapai matlamat organisasi. Disamping menghindari aktiviti-
aktiviti pemerhatian, simbolik dan sistematik. Mereka mempunyai cita-cita seperti sukakan
pencapaian, suka mengembara, mudah bersetuju, bercita-cita tinggi.

• KONVENSIONAL: Individu konvensional memiliki minat kecekapan, persepsi diri dan
mempunyai ciri-ciri seperti berhati-hati, akur, teliti, defensif, cekap, sukar, dilentur, memendam
rasa, tabah hati, praktikal, dan cermat.

Trait Minat Kerjaya sebagai Guru Pendidikan Seni Visual

Guru Pendidikan Seni Visual merupakan seorang guru yang mengajar dalam bidang seni melalui
teknik-teknik dan konsep-konsep seni visual yang diterjemahkan untuk para pelajarnya.
Walaubagaimanapun, title guru itu telah menyumbangkan kepada aktiviti sebagai pembimbing,
pengelola, pengurus dan invator kepada kliennya iaitu pelajar itu sendiri.

Jika dilihat dari segi trait minat kerjaya seorang guru pendidikan seni visual, ianya lebih dominan
kepada artistik dan sosial. Guru Pendidikan Seni Visual ialah seorang yang artistik kerana beliau
merupakan golongan orang yang berkerja dalam seni, suka meluahkan fikiran mereka menerusi
tindakan dan aktiviti. Secara umumnya guru Pendidikan Seni Visual seorang yang idealistik dan
berfikiran terbuka.

Guru Pendidikan Seni Visual juga merupakan orang yang berkerja dalam bidang sosial, suka berkerja
bersama orang lain dengan membantu mereka. Beliau merupakan seorang yang pandai
berkomunikasi dan suka menyelesaikan masalah melalui perbincangan secara individu atau
berkumpulan. Sebagai guru pendidikan seni visual, beliau merupakan seorang yang sedia membantu,
baik hati, penyabar, bijak bersosial dan saling memahami.

Inventori Trait Personaliti (ITP) adalah inventori atau ujian untuk mengenal pasti ciri-ciri atau tret-tret
personaliti individu. Ujian personaliti ini adalah ujian yang mempunyai format jawapan ‘Ya’ atau
‘Tidak’. Respons individu kepada item-item yang terkandung dalam ujian dikatakan dapat
menerangkan ciri-ciri personaliti individu. ITP yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan
berdasarkan Inventori Personaliti Sidek atau singkatannya IPS yang mempunyai 15 skala yang
mampu mengenal pasti 15 ciri- ciri personaliti individu.

Inventori ini adalah satu alat ukuran yang bertujuan untuk mengukur atau mengenal pasti personaliti,
kebolehan dan potensi diri. Inventori ini terdiri daripada 15 konstruk personaliti berikut, iaitu;
Autonomi, Kreatif, Agresif, Ekstrovert, Pencapaian, Kepelbagaian, Intelektual, Kepemimpinan,
Struktur, Reslien, Menolong, Analitikal, Kritik diri, Wawasan, Ketulusan. Alat ukuran ini juga
mengandungi skala penipuan untuk menentukan kejujuran responden dalam menjawab item ujian.
Berikut penerangan berkaitan konstruk yang dinilai dalam Inventori Trait Personaliti:

• Autonomi

Individu lebih sukakan kebebasan dalam tindakannya dan dapat mengawal serta menentukan
aktiviti-aktiviti hariannya.

• Kreatif

Individu yang berkebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan idea baharu

• Agresif

Individu terlalu kritikal terhadap orang lain, tegas, berani, dan tidak suka dimanipulasi. Tidak
menghiraukan perasaan orang lain dalam mencapai matlamat diri.

• Ekstrovert

Individu suka berinteraksi, berkeja dan berada dengan orang ramai.

• Pencapaian

Individu ini seorang yang bersemangat dan bermotivasi untuk menyelesaikan tugas.
mahukan kejayaan dan suka persaingan walaupun banyak halangan.

• Kepelbagaian

Individu dapat menerima dan mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.

• Intelektual

Individu berminat kepada aktiviti yang memberi cabaran dari aspek intelektual.
Mementingkan aktiviti yang berbentuk kognitif dan ilmiah.

• Kepemimpinan

Individu suka mengawal orang lain atau lebih suka memimpin daripada dipimpin.

• Struktur

Individu suka kepada perkara yang teratur, kemas, teperinci dan mengikut peraturan.

• Resilien

Individu yang cekal dan bermotivasi untuk menghabiskan atau menyelesaikan semua
tugasan.

• Menolong

Individu yang berkecendurungan untuk menunjukkan rasa empati, kasih saying dan suka
memberi bantuan kepada orang lain.

• Analitikal

Individu yang suka membuat perhatian dan menganalisis sebelum membuat keputusan
berdasarkan fakta dan bukti.

• Kritik Diri

Individu yang tidak stabil dari aspek emosi dan psikolgi. mempunyai anggapan bahawa
orang lain adalah lebih baik.

• Wawasan

Individu yang berpandangan jauh, memiliki daya imaginasi yang tinggi , memikirkan idea-
idea yang tidak terfikir orang lain, berani mengambil risiko, bijak membuat keputusan,
optimis dan berkarisma

• Ketulusan

Menunjukan ketelusan dalam memberi maklum balasan terhadap item ujian.

Penekanan kualiti peribadi sangat penting kepada Guru Pendidikan Seni Visual. Seseorang Guru
Pendidikan Seni Visual tentunya mempunyai kualiti pribadi yang konsisten, menunjukkan akhlak mulia
dengan rakan sejawat dan murid-muridnya. Dia sentiasa menjadi model kepada guru-guru lain dari segi
kemasan diri. Contohnya Guru Pendidikan Seni Visual wanita boleh menjadi contoh dari segi memilih
warna dan fesyen baju untuk guru wanita lain.

Guru Pendidikan Seni Visual sentiasa senang untuk membuat rujukan dalam hal-hal yang berkaitan
dengan kreativiti. Justeru itu Guru Pendidikan Seni haruslah seorang kreatif dan inovatif. Seterusnya,
seorang Guru Pendidikan Seni Vsual juga harus memainkan peranan sebagai seorang pengurus. Seperti
mana yang kita tahu, seorang guru tidak terhad kepada pengurusan kelas dan murid sahaja tetapi
seorang guru itu haruslah tahu dan mempunyai pengetahuan dalam mengurus Bilik Pendidikan Seni
serta Bengkel Seni. Selain itu juga, Guru Pendidikan Seni juga perlu menguruskan Kelab Seni dan acara-
acara yang berkaitan dengan seni iaitu seperti menganjurkan pertandingan melukis poster,melukis
mural, membuat lawatan seni dan pelbagai lagi.

Seseorang guru mempunyai peranan yang diharapkan oleh masyarakat dan dalam memainkan
peranan ini, guru mempunyai tanggungjawab. Pendidikan seni merupakan salah satu mata
pelajaran utama di sekolah yang penting untuk merangsang pemikiran kreatif para pelajar. Antara
peranan Guru Pendidikan Seni Visual adalah pengurus, pembimbing, motivator, fasilitator dan
inisiator. Selain itu, Guru Pendidikan Seni Visual juga memainkan peranan sebagai seorang
pembimbing di dalam bilik darjah iaitu dengan membimbing murid-murid dalam melakukan aktiviti
seni di dalam kelas. Selain itu juga, seorang guru tersebut harus menggalakkan murid-murid
melibatkan diri sepenuhnya di dalam kelas. Di dalam proses pengajaran, guru hendaklah
melibatkan murid-murid untuk menjadikan mereka aktif dari segi mental pada sepanjang masa dan
dari segi jasmani pada sebahagian masa. Walaupun guru aktif dari segi mental dan jasmani di
dalam proses pengajaran tetapi ini tidak menjamin murid-murid akan belajar.

Di dalam kebanyakan situasi pembelajaran, murid-murid belajar dengan lebih baik lagi jika mereka
melakukan aktiviti jasmani sambil menumpukan perhatian kepada aktiviti-aktiviti mental.
Umpamanya murid-murid akan lebih cepat mempelajari contohnya dalam bidang menggambar
dengan melakukan percubaan berbanding dengan semata-mata mendengar penerangan sahaja.
Seterusnya guru tersebut haruslah menolong dan membantu murid-murid dalam melaksanakan
aktiviti antaranya ialah membantu mereka bagaimana untuk menguruskan tempat untuk
mempamerkan hasil karya murid-murid.

Seterusnya, seorang Guru Pendidikan Seni Visual juga harus memainkan peranan sebagai
seorang pengurus. Seperti mana yang kita tahu, seorang guru tidak terhad kepada pengurusan
kelas dan murid sahaja tetapi seorang guru itu harusah tahu dan mempunyai pengetahuan dalam
mengurus Bilik Pendidikan Seni serta Bengkel Seni.Selain itu juga, Guru Pendidikan Seni Visual
juga perlu menguruskan Kelab Seni dan acara-acara yang berkaitan dengan seni iaitu seperti
menganjurkan pertandingan melukis poster,melukis mural, membuat lawatan seni dan macam-
macam lagi. Selain itu juga, seorang guru seni juga harus merasai pengalaman lain seperti menjadi
guru panatia seni. Ini adalah penting bagi memastikan perjalanan projek seni di sekolah berjalan
dengan lancar. Bagi meningkatkan lagi kepekaan kreativiti, daya imaginasi murid untuk mencapai
pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

Kesabaran

Kerjaya sebagai Guru Pendidikan Seni Visual anda harus mempunyai kesabaran yang tinggi
kerana sesuatu idea itu bukan datang dalam sekelip mata. Anda harus berkerja mengikut aturan

supaya idea dapat dikembangkan. Jadi tengoklah youtube, layari laman sesawang yang
berkaitan supaya kita dapat idea dan bukan meniru ‘bulat-bulat’ atau mengambil hasil seni orang

lain.

Kebolehpercayaan

Murid bukan sahaja inginkan bakat atau idea anda. Mereka mahu seseorang yang boleh
dipercayai. Adalah sangat penting membina kepercayaan pelanggan terhadap kita. Dimana kita

mampu menyelesaikan tugas atau kerja pada masa yang telah dijanjikan.

Berevolusi

Tiada siapa yang tahu semuanya. Adalah baik untuk terus mencuba dan mencari inspirasi baru.
Mencuba teknologi baru, berkongsi idea dengan komuniti kreatif dan jangan pernah berhenti
belajar.

Mempunyai Sedikit Keraguan

Sedikit keraguan diri boleh menjadikan satu perkara yang baik, di mana dengan keraguan dapat
memastikan anda sentiasa menilai keputusan anda dan berusaha untuk melakukan yang terbaik.

Penyelesai Masalah

Sebagai pereka, anda perlu berfikiran secara logik dan kritis bagi menghasilkan lakaran atau
rekaan yang mempunyai fungsi, supaya rekaan itu membantu orang yang melihat memahami

akan fungsinya atau mesej yang ingin disampaikan.

Pihak yang memerlukan khidmat kerjaya ini ialah:
1. Sekolah
2. Balai seni
3. Muzium Seni
4. Pereka Fesyen
5. Pereka Grafik
6. Pensyarah
7. Rekabentuk Perabot
8. Animasi
9. Rekabentuk Laman Web
10. Pengiklanan

Kelulusan yg diperlukan bagi memohon Kerjaya seorang guru pendidikan seni visual,
mestilah pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang (4/5 A dan ke atas)
boleh memohon kemasukan ke Institut Perguruan Malaysia (IPGM) atau lebih dikenali
sebagai Maktab Perguruan suatu ketika dahulu.

Prasyarat kemasukan bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang seni, di Universiti dan
kolej universiti, pelajar mesti cemerlang dalam subjek seni visual peringkat SPM atau
STPM. Mereka ini akan dilatih selama 1 tahun persediaan dan 4 tahun tambahan bagi
program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Seterusnya akan berkhidmat sebagai guru
di Sekolah Rendah. Malah bagi meningkatkan kualiti pendidikan guru, KPM juga
menyediakan laluan khas terus temuduga kepada pelajar lepasan SPM yang mendapat
straight A yang berminat untuk menjadi guru.

MATLAMAT PENDIDIKAN / OBJEKTIF AM KURSUS PENGAJIAN SENI
LUKIS DAN SENI REKA

Untuk melahirkan pelukis dan pereka yang kreatif, inovatif dan analitikal.

Objektif-objektif pendidikan bagi pelbagai tahap pengajian dalam bidang seni
lukis dan seni reka digambarkan seperti yang berikut:

1. Sijil
i) Untuk menyediakan pelajar dengan asas-asas seni lukis dan seni reka
serta kursus pengajian yang berorientasikan vokasional.
ii) Untuk memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran teknikal
yang bersesuaian dengan disiplin tertentu
iii) Untuk menggalakkan kepekaan estetik dan visual.

2. Diploma
i) Untuk memenuhi keperluan pelajar melalui kursus pengajian berasaskan
studio dalam seni lukis dan seni reka yang membolehkan pelajar
memperoleh pengetahuan dan kefahaman khusus;
ii) Untuk membangunkan kemahiran kreatif dalam ekspresi visual dan
komunikasi,
iii) Untuk membolehkan pelajar membina kemahiran penyelesaian masalah
yang berkesan dalam situasi pembelajaran yang berbeza,
iv) Untuk menyediakan persekitaran yang menggalakkan visualisasi, analisis,
eksplorasi kreatif idea-idea dan pemerolehan kemahiran penilaian;
v) Untuk memupuk keupayaan cekap bekerja dan menggunakan pembelajaran
pada tahap yang sesuai dalam konteks vokasional, selaras dengan corak
pekerjaan yang luas dalam industri seni lukis, seni reka dan yang berkaitan;
vi) Untuk membolehkan pelajar menghayati isu-isu dalam konteks yang luas
dan kaitannya dengan aktiviti-aktiviti profesional seperti keupayaan
melaksana pembangunan konsep;
vii) Untuk membangunkan keupayaan pelajar dan membentuk sikap yakin dan
kreatif dalam kemahiran khusus dan juga pengalaman kerja yang umum.

3. Ijazah Sarjana Muda
i) Untuk menyediakan kursus pengajian seni lukis dan seni reka yang
membantu membangunkan kemahiran personal dan profesional serta
keupayaan kognitif yang perlu untuk kerjaya yang dipilih;
ii) Untuk menyediakan peluang untuk memudahkan pembangunan
pengetahuan pemikiran seni reka, membina pertimbangan yang kukuh,
kritikal, dan pemahaman kontekstual bersesuaian dengan amalan
profesional;
iii) Untuk melengkapkan pelajar dengan strategi penyelidikan dan pembelajaran
kendiri untuk pembangunan akademik dan profesional yang berterusan.

Peranan guru amat penting bagi menentukan kemajuan murid dan sekolah. Bagi
guru mata pelajaran pendidikan seni peranan mereka amat penting bagi
menentukan mata pelajaran pendidikan seni boleh di manfaatkan. Dua peranan
penting bagi seseorang guru pendidikan seni disekolah; pertama menentukan mata
pelajaran pendidikan seni di ajar kepada murid-murid dengan sempurna dan
berkesan dan kedua menggunakan kemahiran pendidikan seni berguna kepada
kemajuan sekolah dari segi fizikal dan kemudahan.

Guru Pendidikan Seni Visual banyak terlibat dalam kerja-kerja praktikal dan kurang dalam kerja-kerja
amali. Lantaran itu Guru Pendidikan Seni Visual kurang mendalami pengetahuannya melalui bahan-
bahan bacaan ilmiah. Guru Pendidikan Seni Visual lebih berminat sekiranya diadakan latihan berbentuk
bengkel. Ini merupakan fenomena yang negatif. Pendidikan Seni perlu ditekankan dari aspek teori dan
amali. Bagi Guru Pendidikan Seni Visual perlu mendalami keseluruhan bidang-bidang yang ada dalam
Pendidikan Seni. Sebagai contoh sekarang subjek Pendidikan Seni diperkenalkan bidang rekacipta,
maka Guru Pendidikan Seni perlu membaca dan mendalami bidang tersebut hingga boleh
menguasainya.

Kebolehan Guru Pendidikan Seni menguasai sesuatu bidang-bidang lain akan menentukan mutu
pengajaran yang berkesan. Misalnya penggunaan komputer dalam pengajaran Pendidikan Seni,
walaupun belum disediakan dalam kurikulum, tetapi sekarang banyak perisian komputer yang boleh
digunakan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni. Misalnya perisian Grafik seperti Page Maker, Corel
Draw, CAD dan sebagainya. Perisian ini dapat membantu guru dari segi alat bantu mengajar
penggunaan dalam mata pelajaran. Ini merupakan cabaran Guru Pendidikan Seni Visual yang perlu
ditambahbaik agar pengajaran lebih berkesan. Bersesuaian dengan Norma Baharu cabaran mendalami
ilmu baharu merupakan perkara yang perlu diatasi oleh Guru Pendidikan Seni Visual. Selain itu, cabaran
akan dihadapi jika persekitaran bengkel seni tidak memuaskan, peralatan di bilik seni tidak mencukupi
dan peralatan rosak dan tidak boleh digunakanSeterusnya risiko yang perlu dihadapi oleh Guru
Pendidikan Seni Viual ialah berhadapan dengan murid yang terpaksa mengikuti kelas Pendidikan Seni
yang tidak mempunyai minat dan tidak kreatif. Keadaan ini menyebabkan ada kerja yang tidak dapat
disiapkan.

Kerjaya sebagai Guru Pendidkan Seni Visual pada hari ini sangatlah menggalakkan. Hal ini adalah
kerana masyarakat mula menyedari akan kepentingan bidang seni dalam kehidupan seharian mereka.
Tanpa seni seseorang atau individu tersebut akan menjadi kosong. Berdasarkan sukatan pelajaran
sekolah, dapat kita lihat bahawa setiap subjek yang diajar pasti ada yang berkaitan dengan diri kita
sendiri. Contohnya pada pakaian yang kita pakai. Pernahkah kita bertanya siapakah perekanya?
Jawapannya sudah pasti manusia yang berjiwa seni. Jika tiada manusia yang berjiwa seni ini, maka
pakaian atau apa sahaja objek yang ada disekeliling kita sudah pasti kosong dan tidak menunjukkan
sebarang identiti. Apabila pelajar diasah bakat seninya sejak kecil lagi, suatu hari nanti nescaya mereka
akan dapat mempraktikkannya dalam kehidupan seharian mereka.

Cabang seni terlalu luas untuk ditafsirkan. Daripada hujung kaki kita sehingga hujung rambut kita juga
adalah hasil seni. Hasil seni ini adalah ciptaan. Di sini dapat kita lihat bahawa penciptaan dan perekaan
pakaian atau barang keperluan yang lain adalah satu antara berjuta kerjaya yang melibatkan seni dan
memerlukan pemikiran yang kritis dan kreatif dalam menghasilkannya. Oleh itu jelaslah bahawa, bidang
seni sangat mampu menjanjikan peluang pekerjaan yang banyak kerana cabangnya sentiasa
berkembang luas.Kerjaya sebagai Guru Pendidikan Seni Visual membuka peluang kepada anak murid
untuk menceburi bidang seni yang begitu berkembang itu. Semakin meningkat jumlah penduduk, maka
semakin banyak Guru Pendidikan Seni diperlukan tidak kira di bandaraya, bandar mahupun di luar
bandar. Pendek kata di mana ada sekolah, maka di situ pastinya ada Guru Pendidikan Seni Visual.

Lulusan institusi pengajian di bidang seni tidak perlu bimbang kerana lepasan sijil, diploma dan ijazah
pertama pasti dilamar oleh Kementerian Pendidikan selepas menamatkan pengajian. Terdapat juga
guru-guru yang ditawarkan untuk berkhidmat di sekolah-sekolah swasta. Daripada segi pendapatan,
seseorang guru akan ditawarkan gaji dan elaun berdasarkan kelulusan mereka sama ada di peringkat
sijil, diploma atau ijazah.

Guru Pendidikan Seni Visual memainkan peranan sebagai seorang inivator. Ini bermakna seorang Guru
Pendidikan Seni Visual haruslah mempunyai keupayaan inovasi dan daya kreatif yang tinggi agar dapat
menjadikan pengajaran Pendidikan Seni Visual menjadi lebih menarik. Selain itu, Guru Pendidikan Seni
Visual juga perlu memberi idea kepada murid-murid untuk menghasilkan karya seterusnya
memperkembangkan daya kreativit murid-murid.

Secara kesimpulan, Guru Pendidikan Seni Visual amat penting untuk memperkembangkan bakat murid-
murid secara mental dan jasmani. Ini adalah bertujuan menyahut tujuan Falsafah Pendidikan Negara
bagi melahirkan murid yang seimbang dari segi rohani, jasmani, intelek, sosial dan emosi. Guru
Pendidikan Seni Visual sebagai pembimbing juga haruslah menunjukan sifat sahsiah yang digemari
murid-murid akan memberi rangsangan yang memudahkan guru itu memberikan kesan kepada murid-
murid.

Sebenarnya tugas dan tanggungjawab Guru Pendidikan Seni Visual semakin mencabar. Namun
demikian bagi Guru Pendidikan Seni Visual yang aktif dan cemerlang, cabaran dan rintangan yang berat
dapat dipikul dengan mudah. Kerja-kerja yang ada kaitan dengan tugas dan ada kaitan dengan
Pendidikan Seni merupakan kerja yang menyeronokkan bagi Guru Pendidikan Seni Visual yang
cemerlang. Kebiasaannya guru cemerlang ini mahukan setiap kerjanya dilakukan dengan kualiti yang
tinggi. Indikator utama Guru Pendidikan Seni Visual yang cemerlang ialah mempunyai sikap amanah
dan bertanggungjawab.

Peranan Guru Pendidikan Seni Visual amat penting dalam menjamin kualiti pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah. Keterampilan, kewibawaan dan komitmen guru
merancang, mengurus, melaksana, menilai dan membuat penambaikan dalam keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran yang merupakan langkah-langkah ke arah kecemerlangan.

http://cikgubbm.blogspot.com/2015/04/perananan-guru-pendidikan-seni-visual.html?m=1
http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/ciri-ciri-guru-pendidikan-seni.html?m=1

https://m.facebook.com/notes/alat-dan-bahan-pengajaran-dan-pembelajaran-
sekolah/menjadikan-bidang-seni-visual-sebagai-prospek-kerjaya/307641722606065/
https://worldscholarshipforum.com/ms/kerjaya-bergaji-tinggi-dalam-bidang-seni/
https://definisimu.blogspot.com/2012/09/definisi-guru.html

http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2011_10180_74d8aeeba8fd46a2be8ec
9608c567f4b.pdf

http://cikgubbm.blogspot.com/2015/04/perananan-guru-pendidikan-seni-visual.html

https://www.slideshare.net/abdwahid948/masalah-pengajaran-dan-pembelajaranpendidikan-seni-
disekola
http://psv3.blogspot.com/p/ciri-ciri-guru-pendidikan-seni.html
Buku Pengujian Dalam Psikologi dan Kaunseling. Sidek Mohd Noah, Phd,Jun 1998.
https://www.youtube.com/watch?v=H-scr9O_s0E&t=22s

http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/3412/1/Kreativiti_Guru_Pendidikan_Seni.pdf

http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2011_10180_74d8aeeba8fd46a2be8ec
9608c567f4b.pdf
https://www.cikguhailmi.com/2014/05/11-laluan-menjadi-guru.html
http://informasikerjaya.blogspot.com/2012/04/bidang-seni-lukis-dan-seni-reka.html

http://psv3.blogspot.com/p/ciri-ciri-guru-pendidikan-seni.html


Click to View FlipBook Version