Perhatikan dan fahami. ibadah
Maksud hadis:
Daripada Imran bin Hussain r.a. berkata: “Aku diserang penyakit buasir, maka
aku bertanya kepada Nabi SAW tentang tatacara solat dalam keadaan seperti
itu, lalu baginda bersabda: “Solatlah dengan berdiri, kalau tidak mampu dengan
duduk dan kalau tidak mampu dengan berbaring.”
(Riwayat al-Bukhari)
123
l Lakukan sumbang saran dengan murid tentang solat ketika sakit.
ibadah Faham dan ingat.
Pengertian Solat Ketika Sakit
Solat ketika sakit ialah perbuatan menunaikan solat mengikut keupayaan
kerana kesulitan yang menghalang seseorang daripada menunaikan solat
secara biasa.
l Pesakit diberi rukhsah dalam mendirikan
solat mengikut kemampuannya.
l Ibadah solat penting dalam Islam kerana
memberikan peluang kepada umatnya agar
tetap berada dalam keimanan walaupun
ketika sakit.
124
l Bimbing murid memahami kewajipan menunaikan solat 6.3.1
walaupun ketika sakit.
Ingat dan hayati. ibadah
Cara Menunaikan Solat Ketika Sakit
A. Kaedah solat secara duduk di atas kerusi atau duduk iftirasy
• Kaedah ini dilakukan atas faktor usia dan kesakitan pada
bahagian lutut.
• Menghadap arah kiblat ketika mengerjakan solat.
• Jika pesakit mampu berdiri, maka wajib baginya berdiri
terlebih dahulu, kemudian duduk ketika rukuk dan sujud.
Pesakit mampu berdiri dan mampu
rukuk tetapi tidak mampu sujud.
Niat/
takbiratulihram
Rukuk ikut Iktidal Sujud ikut Duduk antara
kemampuan kemampuan dua sujud dan
tahiyat akhir
Pesakit mampu berdiri tetapi tidak
mampu rukuk dan sujud.
Niat/ Rukuk ikut Iktidal Sujud ikut Duduk antara
takbiratulihram kemampuan kemampuan dua sujud dan
tahiyat akhir
6.3.2
125
l Minta murid melakukan semula kaedah solat duduk di atas kerusi.
Pesakit tidak mampu berdiri hanya
mampu duduk di atas kerusi.
ibadah
Niat/
takbiratulihram
Rukuk ikut Iktidal Sujud ikut Duduk antara
kemampuan kemampuan dua sujud dan
tahiyat akhir
Pesakit tidak mampu berdiri hanya
mampu duduk iftirasy.
Niat/
takbiratulihram
Rukuk ikut Iktidal Sujud ikut Duduk antara
kemampuan kemampuan dua sujud dan
tahiyat akhir
126
l Minta murid melakonkan semula kaedah solat duduk di atas kerusi. 6.3.2
B. Kaedah solat secara duduk di atas katil ibadah
• Kaedah ini dilakukan oleh pesakit yang tidak dapat bergerak
dan melangkah akibat kecederaan anggota badan.
• Boleh dilakukan seperti solat di atas kerusi atau duduk
dengan meluruskan kaki dan menumpukan pergerakan
solat pada anggota badan di bahagian atas.
• Menghadap arah kiblat semasa mengerjakan solat.
Pesakit tidak mampu berdiri
hanya mampu duduk di birai katil.
Niat/
takbiratulihram
Rukuk ikut Iktidal Sujud ikut Duduk antara
kemampuan kemampuan dua sujud dan
tahiyat akhir
Niat/ Rukuk ikut kemampuan Iktidal
takbiratulihram
Pesakit tidak mampu
berdiri hanya mampu
duduk di atas katil.
Duduk antara dua sujud Sujud ikut kemampuan
dan tahiyat akhir 127
6.3.2 l Minta murid melakonkan semula kaedah solat duduk di atas katil.
C. Kaedah solat secara baring atau mengiring
• Kaedah ini dilakukan oleh pesakit yang tidak dapat bergerak atau bangun
untuk duduk di atas katil seperti mengalami kecederaan serius atau
menjalani pembedahan.
• Ketika solat pesakit berada dalam keadaan mengiring di atas rusuk sebelah
kanan atau kiri mengikut keselesaan, muka dan dada menghadap arah kiblat.
• Ketika solat pesakit menelentang, kepala diangkat sedikit agar muka dapat
menghadap arah kiblat. Kaki pesakit melunjur ke arah kiblat.
ibadah Niat/takbiratulihram Pesakit hanya mampu solat
dalam keadaan mengiring.
Rukuk ikut kemampuan
Duduk antara dua sujud Sujud ikut kemampuan Iktidal
dan tahiyat akhir
Niat/takbiratulihram Pesakit hanya
mampu solat dalam
keadaan terlentang
(isyarat anggota).
Rukuk ikut Iktidal Sujud ikut Duduk antara
kemampuan kemampuan dua sujud dan
tahiyat akhir
128 6.3.2
l Minta murid melakonkan amali solat ketika sakit.
Fahami dan hayati.
Hikmah Rukhsah Solat Ketika Sakit
11. Menunjukkan bahawa Islam itu agama yang mudah. ibadah
Memberikan peluang kepada umat Islam untuk
2 menunaikan kewajipan solat fardu dalam apa-apa
jua keadaan.
33. Membuktikan bahawa Allah SWT
menyayangi hamba-Nya.
44. Menjadikan umat Islam sentiasa
berada dalam keimanan.
Allah SWT berfirman
yang bermaksud: “...
Allah mengehendaki
kemudahan bagimu dan
tidak mengehendaki
kesukaran bagimu...”
(Surah al-Baqarah 2:185)
129
6.3.3 l Minta murid menceritakan pengalaman melakukan rukhsah
solat ketika sakit.
Hayati dan fahami.
Pelaksanaan Solat Ketika Sakit
ibadah
1. Duduk secara tegak mengikut kemampuan pesakit dengan meluruskan
badan dan tangan (wajib berdiri jika mampu).
2. Berniat solat ketika takbiratulihram.
3. Membaca surah al-Fatihah.
4. Rukuk dengan menundukkan kepala sehingga dahinya bertepatan dengan
hadapan lututnya atau sekadar yang termampu.
5. Iktidal dengan mengangkat kepala dan meluruskan badan serta tangan
(kembali ke posisi duduk yang betul atas kerusi).
6. Sujud dengan menundukkan kepala dan badan, seboleh-bolehnya dahi
sedikit di bawah paras lutut sekiranya mampu. Sekiranya tidak mampu,
hendaklah gerakan sujud dan rukuk dapat dibezakan.
7. Duduk antara dua sujud dengan meletakkan tangan di atas paha.
8. Duduk dan membaca tahiyat awal atau akhir dengan meletakkan tangan
di atas paha.
9. Memberi salam dengan memalingkan muka ke kanan dan ke kiri.
130
l Minta murid berbincang dengan rakan tentang pelaksanaan solat 6.3.4
ketika sakit.
Minda Aktif
Di Manakah Pasanganku?
KENYATAAN A KENYATAAN B ibadah
Solat secara duduk di atas kerusi
Solat secara duduk iftirasy Mampu berdiri dan rukuk tetapi tidak
Solat secara duduk di atas katil mampu sujud
Solat secara mengiring
Solat secara baring Tidak mampu berdiri hanya
mampu duduk
Tidak dapat bergerak dan melangkah
akibat kecederaan anggota badan
Tidak dapat bergerak atau bangun
untuk duduk di atas katil
Mampu solat dalam keadaan
terlentang (isyarat anggota)
Pelaksanaan:
1. Murid menerima satu daripada kenyataan A atau kenyataan B.
2. Dalam masa yang ditentukan setiap murid harus bergerak secara rawak
untuk mencari pasangan yang mempunyai kenyataan sepadan dengannya.
3. Setiap pasangan kekal bersama dan perlu memastikan mereka ialah
pasangan yang betul.
4. Guru akan membuat pengesahan jawapan dan memberikan ulasan.
131
l Potong atau tulis semula kenyataan A dan kenyataan B di atas mengikut kreativiti guru.
l Masa mencari pasangan ditentukan berdasarkan kebolehan dan keupayaan murid.
l Aktiviti dilaksanakan mengikut jumlah murid dan boleh diulang semula.
Laman Kreatif
Simulasi Solat Ketika Sakit
ibadah Pelaksanaan:
1. Aktiviti dijalankan secara berpasangan.
2. Ketua kumpulan diminta tampil ke hadapan untuk mencabut kertas undi.
Solat secara duduk di atas kerusi Solat secara duduk di birai katil
Solat secara duduk iftirasy Solat secara baring
3. Setiap pasangan akan diberi masa untuk berbincang tentang cara solat
yang diperoleh.
4. Setiap pasangan akan memberikan penerangan tentang cara solat yang
telah dibincangkan serta melakukan simulasi solat secara bergilir-gilir.
5. Kumpulan lain boleh menanyakan soalan kepada kumpulan yang
menunjukkan cara solat.
6. Guru akan membuat pengesahan dan memberikan kesimpulan bagi
setiap kumpulan.
132
l Pastikan murid dapat mengendalikan aktiviti di atas.
l Masa perbincangan ditentukan berdasarkan kemampuan murid.
Uji Minda 1
Lengkapkan maklumat yang betul pada ruangan yang disediakan.
Solat Ketika Sakit
ibadah
Kaedah A Kaedah B Kaedah C
Solat duduk
di atas katil
tidak mampu hanya mampu
berdiri hanya dalam keadaan
mampu duduk
di atas kerusi mengiring
mampu berdiri
tetapi tidak
mampu rukuk
dan sujud
133
l Perbanyak halaman ini sebagai lembaran kerja.
l Bimbing murid melengkapkan maklumat yang betul.
ibadah Uji Minda 2
Huraikan kaedah bagi cara solat di bawah.
A. Solat secara duduk di atas kerusi
i.
ii.
iii.
B. Solat secara duduk di birai katil
i.
ii.
iii.
C. Solat secara berbaring
i.
ii.
iii.
134
l Minta murid menyatakan kefahaman mereka tentang
kaedah solat ketika sakit.
Perhatikan dan bincangkan.
sirah
TARIKH: 16 JULAI 2020 (KHAMIS) PENCERAMAH:
MASA: 9.00 PAGI – 11.OO PAGI USTAZAH FADZILAH MUSTAFA
TEMPAT: SURAU AL-KAUSAR 135
l Bincang dengan murid tentang gambar di atas.
l Lakukan sumbang saran dengan murid tentang Sayidatina Khadijah binti Khuwailid.
Baca dan fahami.
sirah Nama penuh
Khadijah binti Khuwailid bin Asad
bin Abdul Uzza bin Qusai
Gelaran Wafat
l Sebelum kedatangan Islam l Tahun 620 Masihi ketika berusia
– al-Tahirah (suci maruah diri) 65 tahun
l Selepas kedatangan Islam l Tahun ke-10 Rasulullah SAW
– Ummul Mukminin dilantik menjadi rasul
(Ibu orang Mukmin)
l Tiga tahun sebelum peristiwa
hijrah ke Madinah
Latar Belakang Anak-anak Sayidatina Khadijah binti
Khuwailid dengan Rasulullah saw
l Berketurunan Bani Hasyim
l Berasal daripada keluarga yang l Al-Qasim bin Muhammad
l Abdullah bin Muhammad
mulia dan kaya l Zainab binti Muhammad
l Berkahwin dengan Rasulullah SAW l Ruqayyah binti Muhammad
l Ummu Kalthum binti Muhammad
ketika berusia 40 tahun dan l Fatimah binti Muhammad
baginda ketika itu berusia 25 tahun
l Wanita pertama memeluk Islam
l Isteri pertama Rasulullah SAW
136
l Bincang dengan murid tentang latar belakang Sayidatina 7.1.1
Khadijah binti Khuwailid.
Baca dan hayati. sirah
Peribadi Mulia
Sayidatina Khadijah binti Khuwailid
1. Akhlak yang terpuji
Terdidik dalam kalangan keluarga yang mulia dan mempunyai akhlak
yang terpuji.
2. Penyayang
Isteri yang penyayang dan dapat menguruskan rumah tangga
dengan baiknya.
3. Murah hati
Suka menolong orang yang lemah, menjadikannya seorang
dermawan yang sangat dihormati dan disanjung tinggi.
4. Sabar dan tabah
Sabar menghadapi tekanan dan penderitaan hidup bersama-sama
dengan Rasulullah SAW dalam menjalankan tugas dakwah.
5. Bijak dan gigih
Bijak mengendalikan perdagangan yang diwarisi daripada keluarganya
sehingga menjadi saudagar wanita yang amat dikagumi.
6. Teguh keimanannya kepada Allah SWT
Mengorbankan segala kekayaannya untuk perjuangan Islam
bersama-sama dengan Rasulullah SAW.
Bagaimanakah kamu dapat
mencontohi sifat peribadi
Sayidatina Khadijah binti Khuwailid?
137
7.1.2 l Bersoal jawab dengan murid tentang peribadi mulia Sayidatina
Khadijah binti Khuwailid.
sirah Baca dan contohi.
Peranan Sayidatina Khadijah binti Khuwailid
Isteri yang berani,
sabar dan tabah
l Menyediakan dan menghantar bekalan
makanan kepada Rasulullah SAW sewaktu
di Gua Hira’.
l Sabar menghadapi pemulauan dan sekatan
ekonomi kafir Quraisy terhadap keluarga
Bani Hasyim dan golongan Muslimin.
Isteri yang dermawan
Membelanjakan semua hartanya
untuk membantu Rasulullah SAW
memperjuangkan Islam.
Teman yang setia
l Memberikan dorongan dan semangat
yang kuat kepada Rasulullah SAW
menyebarkan syiar Islam.
l Sentiasa bersama-sama dengan
Rasulullah SAW sewaktu susah
dan senang.
Penghibur ketika dukalara
l Membawa baginda Rasulullah SAW 7.1.3
berjumpa dengan Waraqah bin Naufal
selepas baginda menerima wahyu
di Gua Hirak’.
l Menenangkan Rasulullah SAW ketika
menghadapi tekanan dan hinaan
daripada orang-orang Quraisy.
138
l Minta murid mendapatkan maklumat tambahan daripada
pelbagai sumber.
Baca dan fahami. Sumbangan Sayidatina
Khadijah binti Khuwailid
Menyumbangkan segala sirah
harta yang dimilikinya untuk
membantu kaum Muslimin
terutamanya ketika kafir
Quraisy mengenakan sekatan
ekonomi kepada orang Islam.
Mengorbankan seluruh hidupnya
untuk jalan Allah SWT.
Segala harta kekayaannya
digunakan untuk membantu
Rasulullah SAW menjalankan
tanggungjawab dakwah.
139
7.1.4 l Bincang dengan murid tentang sumbangan Sayidatina
Khadijah binti Khuwailid.
sirah Baca dan amalkan.
Mencontohi Peribadi Sayidatina Khadijah binti Khuwailid
1 Teguhkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT
l Sanggup mengorbankan segala harta, jiwa dan tenaga untuk
menegakkan syiar Islam.
l Meningkatkan keimanan dengan memperbanyak amal soleh.
2 Berakhlak mulia dan terpuji
l Hiasi diri dengan akhlak terpuji.
l Tinggalkan perkara-perkara keji.
l Lakukan amar makruf nahi mungkar.
3 Bijak dan gigih berusaha
l Rajin berusaha untuk menuntut ilmu dalam pelbagai bidang.
l Gigih mengumpul kekayaan untuk digunakan pada jalan Allah SWT.
4 Isteri yang solehah
l Berusaha untuk menjadi isteri yang dapat menyenangi hati suami.
l Memberikan sokongan dan dorongan dalam setiap aktiviti yang
dijalankan untuk meninggikan syiar Islam.
Cadangkan cara lain untuk 7.1.5
meningkatkan keimanan
kepada Allah SWT dan cara
untuk memiliki akhlak terpuji.
140
l Nasihati murid untuk mencontohi peribadi mulia Sayidatina Khadijah
binti Khuwailid.
l Terapkan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan murid.
Minda Aktif
Susun dan Cerita
Pelaksanaan: P eralatan: sirah
1. Permainan boleh dijalankan secara 1. Sampul surat, gam dan
berpasangan atau berkumpulan. kad manila/kertas mahjung.
2. Beberapa set potongan
2. Wakil daripada setiap kumpulan dikehendaki
mengambil sampul surat yang mengandungi kad huruf sifat peribadi
huruf-huruf berkaitan sifat peribadi Sayidatina Khadijah binti
Sayidatina Khadijah binti Khuwailid. Khuwailid (penyayang,
murah hati, sabar, tabah,
3. Susun huruf tersebut untuk mendapatkan bijak dan gigih).
kata kunci.
4. Setiap kumpulan dikehendaki berbincang
tentang kata kunci yang diperoleh.
5. Ceritakan hasil perbincangan di hadapan kelas.
6. Guru menilai persembahan murid dan
membuat rumusan.
141
l Minta murid mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber.
l Bimbing murid menjalankan aktiviti di atas.
Laman Kreatif
Gerak Pintar
sirah Pelaksanaan:
1. Guru perlu menyediakan lima buah meja yang disusun dalam bentuk bulatan.
2. Murid diminta menjawab soalan di atas meja menggunakan borang yang disediakan.
3. Murid menjawab soalan mengikut masa yang ditetapkan dan perlu bergerak
ke meja berikutnya apabila wisel dibunyikan.
4. Murid diberi masa untuk berbincang dan menyemak jawapan masing-masing
setelah menjawab semua soalan.
5. Guru menilai jawapan murid dan meminta murid membuat rumusan dan kesimpulan.
Ceritakan latar belakang Jelaskan sifat peribadi
Sayidatina Khadijah Sayidatina Khadijah
binti Khuwailid. binti Khuwailid.
Huraikan cara kamu
mencontohi peribadi
Sayidatina Khadijah
binti Khuwailid.
142
Borang Jawapan
Nama murid: Jawapan
Kelas:
sirah
Nombor meja
Meja 1
Meja 2
Meja 3
Meja 4
Meja 5
Terangkan peranan Sayidatina Pembentangan jawapan
Khadijah binti Khuwailid di sisi
Rasulullah SAW.
Berbincang dalam kumpulan
Nyatakan sumbangan
Sayidatina Khadijah binti
Khuwailid terhadap
agama Islam.
143
l Bimbing murid melaksanakan aktiviti di atas.
l Pastikan semua murid menjawab semua soalan yang terdapat di atas meja.
Uji Minda
Tandakan (P) bagi jawapan 1. Gelaran utama Sayidatina
yang betul dan tulis di tempat Khadijah binti Khuwailid.
kosong yang disediakan.
Ummul Mukminin
Ummul Solehah
sirah ....................................................
2. Umur Sayidatina Khadijah binti
Khuwailid ketika berkahwin
dengan Rasulullah SAW.
40 tahun ...........................
25 tahun
3. Nama keturunan Sayidatina Khadijah
binti Khuwailid.
Bani Quraisy
Bani Hasyim ...........................................
4. Peranan Sayidatina Khadijah binti Teman setia
Khuwailid dalam menjalankan Teman sekerja
tanggungjawab sebagai isteri
Rasulullah SAW sewaktu susah ...............................................
dan senang.
144
5. Nama anak Sayidatina Khadijah binti
Khuwailid dengan Rasulullah SAW.
Aisyah
Zainab ................................
6. Umur Sayidatina Khadijah binti sirah
Khuwailid ketika meninggal dunia.
65 tahun .................................
40 tahun
7. Peribadi mulia Sayidatina Dermawan
Khadijah binti Khuwailid Cendekiawan
yang perlu dicontohi.
8. Tahun Sayidatina Khadijah binti
Khuwailid wafat.
520 Masihi
620 Masihi
.........................
145
l Perbanyak halaman ini sebagai lembaran kerja.
l Bimbing murid menjalankan aktiviti di atas.
sirah Uji Minda 2
Teliti gambar dan kaitkannya dengan Sayidatina Khadijah binti Khuwailid.
1
Sifat peribadi:
Peranan:
2
Sifat peribadi:
Peranan:
3
Sifat peribadi:
Peranan:
4
Sifat peribadi:
Peranan:
146
l Perbanyak halaman ini sebagai lembaran kerja.
Perhatikan dengan telitinya. Kenapa mesti malu? Perlu akhlak
malu kepada siapa? Aku tidak
Malunya tadi ditegur mengganggu orang lain. Tapi… aku
ustazah kerana tidak mesti malu kepada Allah SWT, malu
kepada manusia, malu kepada diri
memakai stoking.
sendiri. Aku mesti berubah!
Aku mesti menutup aurat!
Rasulullah SAW bersabda:
Maksud: Sifat malu pasti mendatangkan kebaikan.
(Riwayat al-Bukhari)
147
l Lakukan sumbang saran dengan murid tentang sifat malu.
akhlak Baca dengan telitinya.
Maksud Sifat Malu
Maksud malu
Malu ialah sifat terpuji yang akan mendorong seseorang untuk meninggalkan
percakapan dan perbuatan yang buruk serta mampu menghalang dirinya
daripada melakukan perkara mungkar.
Dalil sifat malu
Maksud: Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Iman
memiliki lebih daripada enam puluh cabang dan malu adalah sebahagian
daripada iman.”
(Riwayat al-Bukhari)
Huraian
• Perasaan malu akan mendorong seseorang mendekatkan diri kepada
kebenaran dan kebaikan.
• Orang yang tidak memiliki sifat malu akan melakukan perkara maksiat dan
perbuatan yang dilarang Allah SWT.
• Orang yang memiliki sifat malu tidak akan melakukan sesuatu perkara
dengan sesuka hati tanpa mengira dosa dan pahala.
• Sifat malu mendorong seseorang untuk meninggalkan perbuatan yang buruk.
Apakah yang akan berlaku 8.1.1
sekiranya manusia hilang
sifat malu?
148
l Bincang dengan murid tentang sifat malu.
Baca dan perhatikan. akhlak
1. Menunaikan perintah Allah SWT dengan ikhlas dan menjauhi
larangan-Nya.
2. Berusaha meningkatkan keyakinan diri.
3. Prihatin dan sentiasa berdisiplin ketika melakukan sesuatu tindakan.
4. Bertindak secara bijak dalam membuat keputusan.
5. Menjaga maruah diri daripada terjerumus dengan perbuatan maksiat.
6. Menjauhkan diri daripada perkara yang melalaikan.
Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: ”Jika kamu tidak malu,
berbuatlah sesuka hatimu”.
(Riwayat al-Bukhari)
149
8.1.2 l Bincang dengan murid tentang ciri-ciri orang yang bersifat malu
dan kepentingannya.
akhlak Baca dan fahami. l Malu melakukan perkara yang
berdosa dan melanggar perintah
Malu yang Allah SWT.
dituntut
l Malu untuk melakukan perkara
SIFAT yang keji dan hina yang boleh
MALU menjatuhkan maruah diri.
Malu yang l Malu melakukan perkara yang
dilarang mengganggu ketenteraman hidup
dan boleh melanggar hak
orang lain.
Sifat malu ini membawa banyak
kebaikan kepada individu dan
masyarakat keseluruhannya di dunia
dan akhirat.
l Malu melakukan perkara yang
dituntut oleh Allah SWT.
l Malu melakukan perkara yang
boleh memberikan kebaikan
kepada diri sendiri.
l Malu melakukan perkara yang
boleh membawa kebaikan
kepada masyarakat.
Sifat malu ini akan merugikan
diri sendiri dan masyarakat serta
menghalang seseorang daripada
memperoleh kebaikan.
150
8.1.3
Contoh Malu melakukan perkara mungkar. akhlak
Contoh Malu meninggalkan ibadah puasa.
Malu bergaul bebas antara lelaki
dan perempuan.
Malu jika tidak menjaga kebersihan diri.
Malu membuat bising di kawasan awam.
Malu membuang sampah di merata-rata tempat.
Malu memakai pakaian yang menutup aurat.
Malu mempelajari dan membaca al-Quran.
Malu memberikan pendapat.
Malu melakukan kebaikan.
Malu menuntut ilmu.
Malu bertanya.
151
8.1.3 l Minta murid memberikan contoh lain sifat malu yang perlu
dipraktikkan dalam kehidupan.
• Terapkan nilai mengamalkan sifat malu perlu bertempat.
Baca dan lakonkan.
Amalan Bersifat Malu
akhlak
152 8.1.4
l Minta murid melakonkan perbualan di atas.
Minda Aktif akhlak
Senaraikan isi penting berkaitan dengan sifat malu daripada
lirik dikir barat di bawah.
Eh wau bulan, eh wau bulan
Eh wau bulan teraju tiga (2x)
Ini malam sama-sama
Sama-sama bersuka ria. (2x)
Sifat malu sifat terpuji
Kebaikannya banyak sekali
Perbuatan keji dapat dihindari
Mendekatkan diri pada Ilahi.
Orang pemalu sentiasa berusaha
Jauhkan diri daripada perkara cela
Menghalang diri daripada dosa
Maruah diri dapat dipelihara.
Ayuh kawan, ayuh teman
Amalkan malu dalam kehidupan
Malu bertempat, itulah tuntutan
Semat di hati dilupa jangan.
153
l Minta murid menyanyikan dikir barat di atas secara beramai-ramai.
l Bimbing murid menjalankan aktiviti di atas.
l Minta murid membincangkan isi penting berkaitan sifat malu.
Laman Kreatif Malu
membuat
perkara Malu
mungkar menutup
aurat
Lebuh Raya Amalan Sifat Malu
akhlak Pelaksanaan:
1. Pemain dikehendaki mencabut kertas undi untuk memulakan Peralatan:
pergerakan dengan menggunakan kereta mainan.
1. Kereta mainan
2. Apabila sampai di petak situasi, pemain perlu menjawab soalan mengikut jumlah
dengan membuat pengelasan tentang sifat malu. pemain.
2. Bendera.
3. Di petak TOL MALU, pemain tidak dibenarkan bergerak ke petak 3. Kotak untuk
lain sekiranya tidak berjaya menjawab soalan. kertas undi.
4. Bendera akan diberikan kepada pemain yang berjaya Malu
menjawab soalan dengan tepatnya. Pemain yang memberikan menipu diri
jawapan yang salah akan kehilangan satu pusingan.
sendiri
5. Pemain yang paling pantas sampai ke garisan penamat dengan
jumlah bendera yang terbanyak dikira sebagai pemenang.
6. Guru menilai jawapan pelajar dan membuat rumusan.
Sebutkan ciri-ciri orang
yang bersifat malu.
TOL MALU Malu
membuat
Malu bising di
melakukan kawasan
kebaikan
awam
154
Malu Malu
menolong menuntut
guru ilmu
Berdasarkan permainan ini lengkapkan jadual di bawah. akhlak
Malu yang dituntut Malu yang dilarang Sebutkan
1. 1. maksud malu.
2. 2.
3. 3. TOL MALU
4. 4.
5. 5. Malu
membuang
sampah di
merata-rata
tempat
Malu
bergaul
bebas
Malu
bertanya
155
Uji Minda
Isi tempat kosong dengan menyusun huruf-huruf di bawah.
1 l a k l i a a n m e 2 a m r u h a i r d i 3 hilaks
4 y k i e a n n k a 5 s i p b r e i d l n i 6 kibaj
akhlak 1. Menjauhkan diri daripada perkara yang m _ _ _ l _ _ _ _ n akan dapat
menghindarkan diri daripada melakukan perkara yang sia-sia.
2. Menjaga _ _ _ u _ h _ _ r _ daripada terjerumus dengan perbuatan
maksiat akan dapat menjauhkan seseorang daripada terjatuh
ke lembah kehinaan.
3. Orang yang menunaikan perintah Allah SWT dengan _ _ h_ _ _ dan
menjauhi larangan-Nya akan dapat menghindarkan diri daripada
melakukan dosa.
4. Untuk menghilangkan sifat malu, seseorang itu perlu berusaha untuk
meningkatkan k _ _ _ _ i _ _ _ diri.
5. Sentiasa prihatin dan _ _ _ d _ _ _ _ l _ _ ketika melakukan sesuatu
tindakan akan dapat mengelakkan seseorang daripada bersifat
dengan sifat malu yang tercela.
6. Seseorang yang bertindak secara b _ _ _ k dalam membuat
keputusan akan dapat menyelesaikan masalah dengan baik.
156
l Perbanyak halaman ini sebagai lembaran kerja.
l Bimbing murid untuk melaksanakan aktiviti di atas.
Baca dengan telitinya.
Alfi, masihkah ingat Ingat, abang. Ibu berpesan supaya Alfi akhlak
pesanan ibu sebelum kita membaca doa ketika masuk ke dalam
masjid dan menjaga adab-adab ketika
datang ke masjid tadi?
berada di dalam masjid.
Jangan lupa Insya-Allah, abang.
amalkan, ya. Alfi akan amalkan
pesanan ibu itu.
157
l Lakukan sumbang saran dengan murid tentang perbualan
di atas dan kaitkannya dengan tajuk pelajaran.
akhlak Mari hayati.
Mencari Reda Ilahi
Salam sejahtera kami ucapkan
Buat semua rakan dan taulan
Adab masuk masjid jadikan amalan
Adab ke surau dilupa jangan.
Bersihkan badan persiapkan diri
Mulut dicuci sunah diikuti
Berwangi-wangian bagi lelaki
Berpakaian bersih aurat ditutupi.
Niat yang ikhlas tertanam di hati
Langkah disusun tenang sekali
Menuju ke masjid menghadap Ilahi
Mengharap pahala reda dicari.
Sepatu ditanggal disusun rapi
Langkah kaki kanan perlu didahului
Doa dibaca amalan diri
Kepada jemaah salam diberi.
1. Menanggalkan kasut dan menyusunnya maksud
dengan baik.
2. Mendahulukan kaki kanan
ketika melangkah masuk.
3. Membaca doa masuk masjid.
4. Mengucapkan salam kepada jemaah yang
berada di dalam masjid.
158 l Minta murid menyanyikan boria di atas beramai-ramai. 8.2.1
l Bincang dengan murid tentang adab masuk ke masjid
dan surau melalui boria di atas.
l Galakkan murid menghafaz doa masuk masjid.
Baca dan fahami.
Adab Keluar Masjid dan Surau
12
akhlak
Menyimpan dan mengemaskan Bersalaman dengan jemaah
barang-barang yang telah digunakan. yang masih berada di masjid
atau surau.
34
Keluar dengan tenang dan tidak Mendahulukan kaki kiri.
berebut-rebut.
5
Maksud: Ya Allah, sesungguhnya aku
memohon keutamaan daripada-Mu.
Membaca doa keluar masjid. 159
8.2.1 l Bincang dengan murid tentang adab keluar masjid dan surau.
l Galakkan murid menghafaz doa keluar masjid.
akhlak Baca dengan telitinya.
Adab Ketika Berada di Dalam Masjid dan Surau
1. Berniat iktikaf ketika di dalam masjid.
2. Duduk menghadap arah kiblat.
3. Menunaikan solat sunat tahiyatul masjid.
4. Membaca al-Quran dengan suara yang perlahan.
5. Sentiasa mengingati Allah SWT dengan berzikir, beristighfar,
berselawat dan berdoa.
6. Elakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah.
7. Menjaga kesucian dan kebersihan masjid.
Lafaz Niat Iktikaf
Maksud: Sahaja aku beriktikaf di dalam masjid ini kerana Allah Taala.
Lafaz Niat Solat Tahiyatul Masjid
Maksud: Sahaja aku solat sunat tahiyatul masjid dua rakaat kerana Allah Taala.
160
l Bersoal jawab dengan murid tentang maklumat di atas dan 8.2.2
kaitkannya dengan amalan harian.
Perhatikan dan baca.
Masjid atau surau ialah tempat suci untuk kita melakukan ibadah. Oleh itu, kita
hendaklah menjauhi perkara yang tidak beradab semasa berada di dalam
masjid atau surau.
akhlak
l Berjual beli
l Bergurau senda
l Berbuat bising
l Berbual kosong
l Berlari-lari di Perkara tidak l Makan dan
dalam masjid beradab semasa minum
di dalam masjid
l Mengganggu l Tidur
jemaah lain
l Melintas di hadapan l Berswafoto dan
orang yang solat menyalahgunakan
telefon bimbit
l Berbincang hal
keduniaan
161
8.2.3 l Ingatkan murid supaya tidak melakukan perkara di atas
ketika berada di dalam masjid dan surau.
Baca dan fahami.
Meninggalkan
sunah yang
dituntut.
akhlak 2 Mengganggu
ketenteraman jemaah
menunaikan ibadah.
Akibat 3 Kesucian tempat
Mengabaikan ibadah menjadi
Adab di Masjid kotor dan tercemar.
dan Surau Masyarakat hilang
rasa hormat kepada
tempat ibadah.
5 Masyarakat tidak
berdisiplin dan tidak
bertanggungjawab.
6 Masyarakat Mengapakah kita
Islam dipandang dituntut supaya
rendah. menjaga adab ketika
di masjid dan surau?
162
l Bincang dengan murid tentang akibat mengabaikan adab 8.2.4
di masjid dan surau.
Baca dan amalkan.
Mari mencontohi amalan Syahmi.
Amalan Syahmi yang Patut Dicontohi
Telah diamalkan Belum diamalkan
Bil. Senarai Adab akhlak
1. Mendahulukan kaki kanan ketika masuk ke masjid.
2. Membaca doa masuk masjid.
3. Berniat iktikaf ketika berada di dalam masjid.
4. Mendirikan solat sunat tahiyatul masjid.
5. Duduk menghadap arah kiblat ketika di dalam masjid.
6. Berzikir dan berselawat.
7. Membaca al-Quran sementara menunggu azan.
8. Menyimpan barang-barang yang telah digunakan di tempat asal.
9. Bersalaman dengan jemaah sebelum keluar dari masjid.
10. Melangkah keluar dari masjid dengan kaki kiri.
11. Membaca doa keluar masjid.
12. Menjaga kebersihan masjid.
Syahmi telah berusaha untuk mengamalkan adab-adab di masjid dan surau. Kita
patut mencontohi amalan Syahmi dan berazam untuk mengamalkan semua adab
di masjid dan surau.
163
8.2.5 l Bimbing murid mengamalkan adab ketika di masjid.
akhlak Minda Aktif
Cari perkataan yang berkaitan dengan amalan semasa berada di dalam masjid
berpandukan gambar dan tulis semula di tempat kosong yang disediakan.
b a c a a l q u r a n l s
s w l b p u z i k i r k e
a l w e i r i k a f s k l
i l i r l a k k i a u a a
s d f d h l t a a z n r w
e d a o r i k t i k a f a
s o l a t k t a g k a p t
o a t h i s t i g h f a r
164
akhlak
165
l Perbanyak halaman ini sebagai lembaran kerja.
l Bimbing murid melakukan aktiviti di atas.
Laman Kreatif
Kod Rahsia
akhlak Pelaksanaan:
1. Permainan dijalankan secara berkumpulan.
2. Setiap kumpulan diberi satu set kad kod
rahsia dan papan misteri.
3. Setiap huruf yang terdapat pada papan
misteri mewakili satu huruf yang terdapat
pada kad kod rahsia.
4. Setiap kumpulan perlu mencari
perkataan daripada kad kod rahsia dan
melengkapkan jawapan berdasarkan
papan misteri yang diberikan.
5. Kumpulan yang berjaya menjawab
dengan betul dan pantas dikira
sebagai pemenang.
Kod rahsia 1 Kod rahsia 2
2 5 18 7 21 18 1 21 19 5 14 4 1
13 1 11 1 14 4 1 14 20 9 4 21 18
Kod rahsia 3 Kod rahsia 4
2 5 18 10 21 1 12 2 5 12 9 2 5 18 2 21 1 12 11 15 19 15 14 7
Kod rahsia 5 Kod rahsia 6
2 5 18 12 1 18 9 - 12 1 18 9 2 5 18 2 21 1 20 2 9 19 9 14 7
Kod rahsia 7 Kod rahsia 8
2 5 18 2 9 14 3 1 14 7 13 5 14 7 7 1 14 7 7 21
10 5 13 1 1 8 19 15 12 1 20
8 1 12 4 21 14 9 1
166
Berdasarkan permainan kod rahsia, lengkapkan maklumat di bawah.
Perkara tidak beradab Akibat melakukan perkara tidak beradab
semasa di dalam masjid di dalam masjid
Kod rahsia 2 akhlak
1.
Kod rahsia 3
2.
Kod rahsia 6
3.
Kod rahsia 7
4.
Kod rahsia 8
5.
167
l Perbanyak halaman ini sebagai lembaran kerja.
l Bimbing murid melakukan aktiviti di atas.
Uji Minda
Baca dan kategorikan maklumat berikut pada ruang yang disediakan.
Membaca al-Quran Melangkah masuk Membaca doa
dengan kaki kanan
Solat tahiyatul masjid Menyalahgunakan Berjual beli
telefon bimbit
akhlak Makan dan tidur Berlari-lari dan Niat beriktikaf
bermain-main
Berjalan dengan Menutup aurat Duduk menghadap
tenang arah kiblat
Adab Adab Semasa Perkara yang
Bil. Masuk Masjid di Dalam Masjid Dilarang
di Dalam Masjid
1.
2.
3.
4.
168
l Perbanyak halaman ini sebagai lembaran kerja.
l Bimbing murid melakukan aktiviti di atas.
azali sejak dahulu kala.
bermastautin terus menetap di sesuatu tempat dan tidak berniat hendak
berpindah lagi.
bermukim penduduk yang tidak berniat untuk menetap di sesuatu tempat.
ceper sejenis alat yang leper digunakan untuk permainan
kanak-kanak seperti dam ular dan yang seumpamanya.
dajal makhluk yang dipercayai wujud di dunia apabila
hampir kiamat.
iktikaf duduk (berhenti) di dalam masjid dengan niat iktikaf.
Imam Mahdi pemimpin Islam yang akan muncul pada akhir zaman
untuk menyelamatkan umat Islam.
lepak budaya dan amalan negatif dalam kalangan masyarakat
seperti remaja yang menghabiskan masa tanpa melakukan
kegiatan yang berfaedah.
mukalaf orang yang telah akil baligh dan diwajibkan mematuhi
hukum-hakam Islam.
optimis selalu mempunyai harapan yang baik dalam menghadapi
sesuatu hal.
rukhsah kelonggaran ketetapan hukum syarak kerana darurat.
simulasi perbuatan yang berasaskan atau menggunakan sesuatu
yang direka atau dibuat-buat tetapi yang mirip atau hampir
dengan yang sebenarnya.
swafoto gambar seseorang yang diambil sendiri dengan
menggunakan kamera telefon pintar atau kamera digital.
takziah pernyataan turut bersedih atau turut berdukacita kerana
kematian dan sebagainya.
tamakninah diam sebentar ketika melakukan rukuk, iktidal, sujud dan
duduk antara dua sujud ketika solat.
tawaduk rendah diri.
tawakal berserah kepada Allah SWT dan disertai usaha.
wirid zikir yang dilakukan selepas solat.
Yakjuj dan Makjuj makhluk yang dipercayai akan menghancurkan dunia
apabila hampir kiamat. 11699
Al-Quran Karim dengan Terjemahan, 2014. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur:
Telaga Biru Sdn. Bhd.
Ahmad Nasir Mohd Yusoff, Dr. Haji dan Johan Ismail. 2014. Praktik Solat Waktu Kritikal -
Panduan Solat di Luar Kebiasaan. Kuala Lumpur: Must Read Sdn. Bhd.
Basri Ibrahim al-Hasani, Dr., al-Azhari, Jilid 2, 2009. Isu-isu Halal dan Haram Semasa. Kuala
Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Ensiklopedia Islam Jilid 3, K-N, 2004. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Fadhli Nuruddin, 2017. Keutamaan dan Fadhilat Solat Jumaat. Selangor: Pustaka Ilmuan.
Haron Din, Dato’ Dr., 2015. Manusia dan Islam - Mengupas Segala Persoalan Umat Islam
Secara Komprehensif dan Autoritatif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hasnan Kasan, Dr., 2016. Mari Mendirikan Solat. Selangor: Abad Sinergi Sdn. Bhd.
Ibnu Hisyam Abi Muhammad Abd. Malik bin Hisyam al-Muafiri. Al-Sirah al-Nabawiyah. Jilid
1. Beirut: Darul Jalil.
Imam Nawawi, 2012. Riyadus Solihin - Taman Orang Soleh (Edisi Terjemahan). Selangor: PTS
Islamika Sdn. Bhd.
Ismail Kamus, Dato’ dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid, 2009. Indahnya Hidup Bersyariat.
Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 2013. Panduan Bersuci dan Bersolat bagi Pesakit. Kuala
Lumpur: Attin Press Sdn. Bhd.
Jalaluddin bin Haji Hassanuddin, 2017. Tajwid - Asas Kemahiran Tajwid al-Quran al-Baghdadi.
Selangor: Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd.
Mahmud al-Misri, 2014. Ensiklopedia Akhlak Muhammad SAW. Terjemahan oleh Yahya Nuriadi.
Selangor: Al-Hidayah Publication.
Muhammad al-Ghazali, 2005. Akhlak Seorang Muslim. Kuala Lumpur: Victory Agencie.
Mustafa al-Khin, Dr., Mustafa al-Bugha, Dr., Ali al-Syarbani, 2013. Al-Fiqhul-Manhaji Mazhab
al-Shafie. Terjemahan Zulkifli bin Mohamad al-Bakri dan rakan-rakan. Kuala Lumpur:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Ramlee bin Mat Amin, 2015. Solat Bimbingan dan Pemantapan. Selangor: HH Book Store.
Rohidzir Rais, Fuad Ismail dan Mohd. Wahid Abd. Hanif, 2011. Ensiklopedia Solat. Kuala Lumpur:
Telaga Biru Sdn. Bhd.
Safi al-Rahman al-Mubarakpuri. 1999. Al-Rahiq al-Makhtum. Beirut: Muassasah al-Rayyan.
Said Haji Ibrahim, Haji, 2014. Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kuala Lumpur: Darul Ma’rifah.
Zulkifli Mohammad al-Bakri, 2007. Himpunan Hadis Modal Insan. Kuala Lumpur: Telaga Biru
Sdn. Bhd.
11700