Bunga Mawar
dan Pokok Kaktus
Pada zaman dahulu kala, di sebuah hutan, terdapat
sebatang pokok bunga mawar liar yang tumbuh cantik dan
wangi. 0leh itu, Bunga Mawar tersangatlah angkuh dan
memegah diri.Dia juga sangat jijik dengan tumbuh-
tumbuhan lain yang berdekatan.
Maka dilanjutkan lagi cerita, seorang pemuda membawa
sepohon kaktus lalu menanamnya bersebelahan dengan
Bunga Mawar ketika sedang berburu. Sejak hari itu, Bunga
Mawar memusuhi pokok Kaktus kerana rupanya yang
hodoh dan berduri seluruh pohon.
"Jijiknya. Kenapalah pemburu itu membawa dan
menanam kau disini?!. Kau merosakkan kecantikan dan
reputasi aku.!" marahnya kepada pokok kaktus itu. Dia
yang sebelum ini kelihatan sangat cantik, tiba-tiba
kelihatan buruk dengan kehadiran Pokok kaktus itu.
Manakan tidak, Pokok kaktus itu betul-betul ditanam
bersebelahan dengannya.
Pokok Kaktus hanya mendiamkan diri walaupun dia
terasa hati dengan kata-kata Bunga Mawar. Dia mengakui
yang Bunga Mawar kelihatan Sangat cantik dan dia sangat
kagum dengan harumannya yang wangi semerbak itu. 0leh
itu, dia hanya membiarkan Bunga Mawar memarahinya
tanpa menjawab atau berperang mulut dengannya.
Pada suatu hari, musim kemarau telah tiba. Hutan
yang dulunya hijau kini perlahan-lahan berubah
keperangan. Rumput-rumput dan tumbuh-tumbuhan
mula layu. Daun-daun juga banyak yang gugur ke tanah.
Tanah pula merekah dan kering tanpa setitik air sekalipun.
Bunga Mawar yang dulunya cantik juga turut layu kerana
kepanasan yang melampau. Namun, Pokok Kaktus masih
berdiri megah tanpa terkesan oleh perubahan cuaca itu.
Bunga Mawar sudah berasa sangat haus dan lelah. Dia
benar-benar sudah tidak mampu menanggung rasa haus
dan panas sang mentari yang tidak berbelas kasihan.
"Tolonglah aku kaktus. Aku terlalu haus dan lelah. Berilah
aku sedikit air. Aku minta maaf sebab sering memarahi
dan memperlekehkan kau. Tolonglah," akhirnya tanpa malu
dia merayu Pokok Kaktus yang sangat dibencinya itu. Dia
tidak menyangka sama sekali disebalik rupa hodoh Pokok
Kaktus, dia mempunyai kelebihan tersendiri iaitu tahan
panas dan kemarau.
Pokok Kaktus tersenyum. Dia sebenarnya tidak
menaruh dendam kepada Bunga Mawar cuma dia ingin
Bunga Mawar yang angkuh itu menyedari kesilapannya dan
tidak lagi menilai sesuatu melalui rupanya.
"Baiklah Mawar. Aku akan berikan. Cuma satu saja
pesananku. Jangan pernah menilai sesuatu berdasarkan
rupanya kerana di sebalik rupanya tiada siapa yang tahu,"
kata Kaktus sebelum memberi air kepada Bunga Mawar.
Bunga Mawar kembali segar. Sepanjang kemarau itu ,dia
banyak bergantung kepada Pokok Kaktus dan mereka mula
bersahabat baik. Apabila musim kemarau sudah habis,
Bunga Mawar tetap bersahabat dengan Pokok Kaktus
tanpa mengungkit rupanya lagi. Kerana dia mula sedar,
setiap sesuatu mempunyai kelebihan dan kekurangannya
tersendiri. Maka, habislah cerita Bunga Mawar dan Pokok
Kaktus.