The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mai sura, 2021-05-01 02:39:35

BUKU TEKS KSSMPK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1

UNTUK KEGUNAAN GURU & PDP SAHAJA

Nilai Warna
Nilai warna ialah nilai cerah atau gelap sesuatu warna. Nilai warna ini
diperoleh melalui campuran warna putih atau hitam. Campuran warna ini akan
menimbulkan ton warna.

Terhasil apabila sesuatu warna dicampur dengan warna hitam.

Terhasil apabila sesuatu warna dicampur dengan warna putih.

Suhu Warna

Suhu warna melibatkan kadar kecerahan sesuatu warna yang bergantung
pada perasaan dan penglihatan tampak. Kecerahan warna akan menjadikan
sesuatu warna lebih garang dan panas.

Warna sejuk Warna panas

Kesan: Kesan:
• Sejuk • Garang
• Redup • Panas
• Damai • Riang
• Tenang • Semangat
• Cemas

1.5.4 • Guru menerangkan nilai warna. 45

Aplikasi Seni 12

Alat dan Bahan: Ikatkan gelang getah Celupkan sebahagian tisu
1. Tisu dapur pada tisu. ke dalam bancuhan cat
2. Batang aiskrim poster. Ulangi langkah
3. Gelang getah 4 ini dengan warna yang
4. Gunting berbeza pada bahagian
5. Gam yang lain.
6. Cat poster
7. Palet 5
8. Air

3

Guntingkan gelang getah. Lipatkan tisu menjadi Ulangi langkah 1 hingga
bentuk kipas. 4 untuk menghasilkan
empat lipatan tisu
6 berbentuk kipas.

PERHATIAN !

Cantumkan setiap PERHATIAN !
bahagian tisu dengan
batang aiskrim. Jaga kebersihan dan
keselamatan semasa
menjalankan aktiviti.

Kipas Kertas

46 1.5.5 • Guru membimbing murid memanipulasikan alat, bahan, proses dan teknik dalam aktiviti
penghasilan karya.

Aplikasi Seni

Alat dan Bahan:
1. Baju-T
2. Pensel
3. Palet
4. Air
5. Berus lukisan
6. Pewarna kain (fabrik)
7. Kadbod (pengalas)

1 Sediakan alat

dan bahan.

2 Masukkan kadbod

ke dalam baju-T.

3 Lakarkan idea. 47

• Guru membimbing murid mengaplikasikan warna dalam penghasilan karya.
1.5.6

4 Warnakan

dengan
pewarna kain.

5 Biarkan sehingga

warna kering.

PERHATIAN !
PERHATIAN !

Jaga kebersihan dan
keselamatan semasa
menjalankan aktiviti.

Baju-T Catan

48

Hasil Karya

1. Pamerkan hasil
karya kamu kepada
rakan-rakan di
hadapan kelas.

2. Minta pendapat
rakan-rakan
berkenaan hasil
karya kamu itu.

RUMUSAN

Warna merupakan anugerah Tuhan. Tanpa warna, kehidupan manusia
akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna memainkan peranan penting
dalam penghasilan karya. Selain daripada dapat menimbulkan bentuk,
ruang dan jalinan, penggunaan warna yang tepat juga akan menjadikan
karya tampak lebih menarik dan segar. Warna juga dapat menjadikan
sesebuah karya lebih beremosi serta dapat menyampaikan perasaan
seseorang pengkarya itu melalui penggunaan warna yang dipilih.

Asas Bincangkan kesan
Keusahawanan warna yang
terang dan cerah
Baju-baju terpakai yang serta warna yang
sudah tidak digunakan lagi gelap dan kelam
boleh ditukar menjadi baju dalam aspek emosi
yang baharu. Caranya hanya seseorang.
dengan melukis di atasnya.
Pasti ramai yang tertarik dan
mahu mendapatkannya.

1.5.7 • Guru membantu murid mempamerkan hasil karya. 49

Latihan 1
Lengkapkan roda warna di bawah dengan membuat penerokaan warna.

Kuning

Kuning jingga Kuning hijau

Jingga Hijau

Merah Biru
jingga hijau

Merah Biru
Merah ungu
Biru ungu
Ungu
PERHATIAN !
PERHATIAN !

Jaga kebersihan dan
keselamatan semasa
menjalankan aktiviti.

50 • Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti.

Latihan 2

Hasilkan catan bertemakan buah-buahan dengan menggunakan warna
yang disediakan.

Kulit kayu manis Biji kopi
Daun inai Kunyit

• Guru membimbing murid mengaplikasikan warna dalam penghasilan karya. 51
1.5.6 • Guru memberikan peringatan kepada murid terhadap aspek kebersihan dan keselamatan.

STANDARD PEMBELAJARAN Unit 6

Murid berupaya:

1.6.1 Menjelaskan maksud
ruang.

1.6.2 Mengenal jenis ruang: Ruang ialah jarak antara dua objek yang wujud
i. Ruang nyata/fizikal di sekeliling kita. Ruang akan menentukan saiz
ii. Ruang ilusi sesuatu objek.

1.6.3 Menyatakan ruang
pada:

i. Alam semula jadi Jenis-jenis Ruang
ii. Objek buatan
Ruang terbahagi kepada dua iaitu ruang fizikal
manusia dan ruang ilusi.
iii. Karya seni

1.6.4 Melukis perspektif satu Ruang Fizikal Ruang Ilusi
titik lenyap.

1.6.5 Memanipulasikan alat,
bahan, proses dan
teknik dalam aktiviti Ruang wujud di Ruang wujud dalam
penghasilan karya. persekitaran kita. Ruang karya seni visual, filem,
fizikal ini juga dikenali animasi, grafik dan
1.6.6 Mengaplikasikan ruang sebagai ruang nyata. sebagainya. Ruang ilusi
dalam penghasilan Ruang fizikal terbahagi terbahagi kepada ruang
karya. kepada ruang terbuka dalam, ruang cetek dan
dan ruang tertutup. ruang rata.
1.6.7 Mempamerkan hasil
karya.

INFO Ruang terbuka Ruang dalam
Ruang tertutup Ruang cetek
RteurabnaghafizgIikiNakeFl pOada Ruang rata
dua iaitu ruang
tteerrbtuutukap.dIRaNunaFrnOugang
terbuka ialah ruang
bagi kawasan
lapang. Manakala
ruang tertutup pula
ialah ruang bagi
kawasan yang
sempit.

52 1.6.1 • Guru menjelaskan maksud ruang.
1.6.2 • Guru mengenalkan jenis ruang fizikal dan ruang ilusi.

Ruang boleh terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia
dan karya seni.

Contoh ruang
pada alam
semula jadi

Contoh ruang
pada objek

buatan manusia

Contoh ruang
pada karya seni

• Guru menyatakan ruang pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan 53
1.6.3 karya seni.

Fungsi Ruang

1. Ruang dapat mempengaruhi
saiz sesuatu objek.

INFO

Garisan, rupa,
bentuk, jalinan, dan
warna memainkan
peranan penting
dalam mewujudkan
ilusi ruang sesebuah
karya seni visual.

Objek hadapan akan kelihatan
lebih besar berbanding objek yang
berada pada bahagian belakang.

2. Ruang dapat menjadikan sesuatu 3. Ruang dapat menentukan
rekaan grafik seimbang. nilai warna.

Penggunaan ruang yang baik Nilai warna akan berubah mengikut
dalam reka letak grafik akan jarak kedudukan sesuatu objek.
menjadikan rekaan grafik Objek yang berada di hadapan
lebih menarik. lebih jelas warnanya berbanding
yang di belakang.
54

Perkaitan Ruang dan Perspektif

Perbezaan jarak, kedudukan, saiz dan warna sesuatu objek dapat
menimbulkan ruang. Susunan objek yang dilihat dari suatu sudut
pandangan dikenali sebagai perspektif.

Hasil karya perspektif satu titik lenyap

Titik lenyap

Garis mengufuk

1.6.4 • Guru membimbing murid melukis perspektif satu titik lenyap. 55

Aplikasi Seni PERHATIAN !
Alat dan Bahan: PERHATIAN !

Penyepit baju Gam Jaga kebersihan dan
keselamatan semasa
1 2 menjalankan aktiviti.

3

Tanggalkan besi Gamkan kayu Sepitkan hujung empat
penyepit baju. penyepit baju sebagai penyepit baju menjadi
tapak. bentuk segi empat.
4 Ulangi langkah ini
sehingga mendapat
beberapa set.

5

Gamkan set penyepit Gamkan beberapa set
baju pada tapak. penyepit baju sehingga
tinggi.
Bekas Lilin

56 • Guru membimbing murid memanipulasikan alat, bahan, proses dan teknik dalam aktiviti
1.6.5 penghasilan karya.

Aplikasi Seni

1 Lakarkan Alat dan Bahan:
1. Kertas warna
rupa pada 2. Kotak
kertas warna. 3. Pensel
4. Pemadam
5. Gam
6. Gunting
7. Pisau NT
8. Polistirena

PERHATIAN !
PERHATIAN !

Jaga kebersihan dan
keselamatan semasa
menjalankan aktiviti.

2 Guntingkan 57

lakaran rupa.

3 Potongkan polistirena

nipis dengan pisau NT.

1.6.6 • Guru membimbing murid mengaplikasikan ruang dalam penghasilan karya.

4 Tampalkan polistirena

nipis pada belakang
rupa dengan gam.

5 Susun dan tampalkan

rupa pada kotak
mengikut kreativiti.

6 Hiaskan kotak dengan Laman Impian

rupa yang dihasilkan.

58

Hasil Karya

1. Pamerkan hasil
karya kamu kepada
rakan-rakan di
hadapan kelas.

2. Minta pendapat
rakan-rakan
berkenaan hasil
karya kamu itu.

RUMUSAN INFO

Ruang merupakan unsur seni yang wujud tanpa Perspektif terbahagi
kita sedari. Ruang wujud apabila adanya jarak kepada tiga jenis,
antara sesuatu objek. Penggunaan ruang sangat iaitu satu titik lenyap,
penting dalam penghasilan karya. Susunan jauh dua titik lenyap dan
dan dekat sesuatu imej di dalam karya akan tiga titik lenyap.
menimbulkan ruang. Unsur ruang amat penting
kerana dengan adanya ruang, sesuatu objek akan
lebih tersusun dan menjadikan karya lebih jelas
untuk dilihat. Penggunaan ruang yang baik juga
dapat mengelakkan karya daripada kelihatan
padat, rapat dan tidak tersusun. Di dalam karya
seni visual, ruang dapat menjadikan objek di
hadapan kelihatan lebih besar berbanding
daripada objek di belakang. Nilai warna sesuatu
objek juga dapat ditentukan melalui ruang.

• Guru membantu murid mempamerkan hasil karya. 59
1.6.7

Latihan 1
Tuliskan jenis ruang berdasarkan gambar di bawah.

60 • Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti.

Latihan 2
Hasilkan kiub dengan perspektif satu titik lenyap mengikut panduan
langkah-langkah berikut dan warnakan.

12

34

Lukiskan kiub kamu

• Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti. 61

MODUL 2

Harmoni ialah satu
umgluaebnliabghaaatnknaynuannssguusmrusneeannnai ryaikat.anug

Standard Kandungan Penegasan merupakan satu
fokus atau penumpuan terhadap
2.1 Pemahaman terhadap harmoni. unsur seni mahupun imej yang
2.2 Pemahaman terhadap kontra. lebih menonjol jika dibandingkan
2.3 Pemahaman terhadap dengan yang lain.

penegasan.
2.4 Pemahaman terhadap

kepelbagaian.
2.5 Pemahaman terhadap

imbangan.
2.6 Pemahaman terhadap kesatuan.
2.7 Pemahaman terhadap irama

dan pergerakan.

62

Kepelbagaian merujuk
kepada penggunaan unsur
seni, prinsip rekaan dan
juga idea yang pelbagai
dalam sesuatu gubahan.
Isstsmeueesmgbsuiuapaganutuutgaubanyasnahyunmaasgunnen,gsrabuetnjieemurrkuadbntaka,sepntuapagrratiskdddeaaainndrii.adlaanm

Kesatuan merujuk kepada
satu susunan yang
mempunyai tema dan idea
yang sama.

bbomIeebraerrjaegrmukyopauyyanaadknnadaggnan,ntpbkaebeemrearggprdeseaairtnkaaaakrnb,rae.bsnreegsregureaagtkua, r,

63

STANDARD PEMBELAJARAN Unit 1

Murid berupaya: Harmoni ialah satu gubahan unsur seni yang
melibatkan susunan atau ulangan yang menarik.
2.1.1 Menjelaskan maksud Harmoni boleh dilihat dari segi garisan, rupa,
harmoni. bentuk, jalinan, ruang dan warna.

2.1.2 Menyatakan ciri-ciri Ciri-ciri Harmoni
harmoni pada:
Harmoni pada
i. Alam semula jadi rupa dan garisan
ii. Objek buatan

manusia
iii. Karya seni

2.1.3 Memanipulasikan alat,
bahan, proses dan
teknik dalam aktiviti
penghasilan karya.

2.1.4 Mengaplikasikan
harmoni dalam
penghasilan karya.

2.1.5 Mempamerkan hasil
karya.

INFO Harmoni pada
jalinan dan warna
Harmoni dapat
menimbulkan Harmoni pada
kesan kesIeNleFsaOan, bentuk dan ruang
kesesuaian,
kesatuan dan
keseragaman pada
alam semIuNlaFjaOdi
mahupun sesuatu
hasil seni. Harmoni
yang wujud dalam
alam semula jadi
akan dapat menarik
perhatian serta
memberi kesan
ketenangan.

64 • Guru menjelaskan maksud harmoni.
2.1.1

Harmoni boleh terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan
karya seni.

Contoh harmoni
pada alam
semula jadi

Contoh harmoni
pada objek

buatan manusia

Contoh harmoni
pada karya seni

• Guru menyatakan ciri-ciri harmoni pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan 65
2.1.2 karya seni.

Aplikasi Seni PERHATIAN ! 1

Alat dan Bahan: PERHATIAN !
1. Kertas lukisan
2. Kertas quilling Jaga kebersihan dan
3. Pensel warna keselamatan semasa
4. Gam menjalankan aktiviti.
5. Gunting
6. Jarum quilling Lakarkan rupa anggur.

2 34

Warnakan rupa Guntingkan lakaran Masukkan kertas quilling
daun dengan rupa anggur. ke dalam jarum quilling
pensel warna.
6 dan gulungkannya.
5

Gamkan hujung kertas Gamkan gulungan
quilling. Ulangi langkah kertas quilling pada

sehingga mendapat lakaran rupa anggur

seberapa banyak sehingga penuh.

gulungan kertas Quilling Anggur
quilling.

66 2.1.3 • Guru membimbing murid memanipulasikan alat, bahan, proses dan teknik dalam aktiviti
penghasilan karya.

Aplikasi Seni

Alat dan Bahan: 1 Lipatkan kertas
1. Kertas warna
2. Pensel warna kepada
3. Pen tiga bahagian.
4. Gunting
5. Gam 2 Guntingkan tiga bahagian

kertas warna.

3 Susunkan kertas warna

dan lipatkannya kepada
dua bahagian.

4 Lipatkan kertas warna

sebanyak dua kali lagi.

2.1.4 • Guru membimbing murid mengaplikasikan harmoni dalam penghasilan karya. 67

5 Lakarkan separuh rupa

hati pada kertas warna.

6 Guntingkan lakaran

rupa hati.

PERHATIAN !

7 Lakarkan PERHATIAN !

hiasan pada Jaga kebersihan dan
kertas warna. keselamatan semasa
menjalankan aktiviti.

8 Gamkan kertas warna. Mahkota Hati

68

Hasil Karya

1. Pamerkan hasil
karya kamu kepada
rakan-rakan di
hadapan kelas.

2. Minta pendapat
rakan-rakan
berkenaan hasil
karya kamu itu.

RUMUSAN IINNFFOO

Harmoni merupakan prinsip rekaan yang HarmoniItNerFhOasil
terdapat pada alam semula jadi mahupun objek apabila sesuatu
buatan manusia. Harmoni dapat memberikan unsur senIiNdFiuOlang
kesan kesatuan dan keseragaman. Harmoni dari atau disusun
segi warna akan dapat memberi ketenangan mengikut cara
serta kedamaian. Prinsip harmoni ini sesuai yang tertentu.
diaplikasikan dalam penghasilan karya bagi Pengulangan dan
memperlihatkan kesatuan dalam penghasilannya. susunan yang
terancang dapat
menghasilkan
harmoni.

Bincangkan 69
unsur seni yang
mewujudkan
harmoni pada
gambar di sebelah.

2.1.5 • Guru membantu murid mempamerkan hasil karya.

Latihan 1
Warnakan lakaran berikut untuk menimbulkan kesan warna harmoni.

70 • Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti.

Latihan 2

Labelkan gambar dengan jawapan yang telah diberi.

Rupa Bentuk Jalinan

Warna Garisan Ruang

Aplikasi
Harmoni

• Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti. 71

STANDARD PEMBELAJARAN Unit 2

Murid berupaya: Kontra ialah gubahan yang bertentangan dengan
unsur seni yang terdapat di sekelilingnya. Kontra
2.2.1 Menjelaskan maksud wujud apabila terdapat perbezaan dari segi
kontra. saiz, warna, bentuk, jalinan, jarak, ruang dan
kedudukan di dalam sesuatu gubahan.
2.2.2 Menyatakan ciri-ciri
kontra pada: Ciri-ciri Kontra

i. Alam semula jadi
ii. Objek buatan

manusia
iii. Karya seni

2.2.3 Memanipulasikan alat,
bahan, proses dan
teknik dalam aktiviti
penghasilan karya.

2.2.4 Mengaplikasikan kontra
dalam penghasilan
karya.

2.2.5 Mempamerkan hasil
karya.

INFO Kontra dari segi rupa dan saiz.
Kontra dari segi rupa dan warna.
FaudnaglasihkouInnNttruFakO
menarik perhatian,
mewujudkan
penegasan,
memberi titik
tumpu atau fokus
dan mengelakkan
kebosanan.

Kontra dari segi garisan tebal dan nipis.

72 • Guru menjelaskan maksud kontra.
2.2.1

Kontra boleh terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia
dan karya seni.

Contoh kontra
pada alam
semula jadi

Contoh kontra
pada objek

buatan manusia

Contoh kontra
pada karya seni

2.2.2 • Guru menyatakan ciri-ciri kontra pada alam semula jadi, objek buatan manusia 73
dan karya seni.

Aplikasi Seni PERHATIAN ! 1
PERHATIAN !
Alat dan Bahan:
1. Gam Jaga kebersihan dan
2. Gunting keselamatan semasa
3. Kertas warna menjalankan aktiviti.
4. Tin aluminium
5. Botol air mineral Lakarkan rupa kon dan
guntingkannya.
2
34

Gamkan bentuk kon. Balutkan botol plastik Gamkan kon pada botol
dengan kertas warna. plastik.
5
6

Balutkan tin aluminium Gamkan tin aluminium
dengan kertas warna. pada botol plastik.
Ulangi langkah ini pada
dua tin aluminium lagi. Roket Kitar Semula

74 2.2.3 • Guru membimbing murid memanipulasikan alat, bahan, proses dan teknik dalam aktiviti
penghasilan karya.

Aplikasi Seni

1 Warnakan Alat dan Bahan:
1. Pinggan kertas
pinggan kertas 2. Kertas warna
dengan cat poster. 3. Cat poster
4. Berus lukisan
5. Pensel
6. Gunting
7. Gam
8. Kacang

2 Susunkan kacang

di atas pinggan
kertas yang telah
disapukan gam.

3 Guntingkan lakaran

rumpai laut.

2.2.4 • Guru membimbing murid mengaplikasikan kontra dalam penghasilan karya. 75

4 Gamkan rumpai laut

pada pinggan kertas.

5 Lakarkan gambar

ikan pada kertas
warna.

6 Guntingkan lakaran 7 Gamkan gambar ikan pada

gambar ikan. pinggan kertas.

Akuarium Ikan PERHATIAN !
PERHATIAN !
76
Jaga kebersihan dan
keselamatan semasa
menjalankan aktiviti.

Hasil Karya

1. Pamerkan hasil
karya kamu kepada
rakan-rakan di
hadapan kelas.

2. Minta pendapat
rakan-rakan
berkenaan hasil
karya kamu itu.

RUMUSAN

Kontra wujud apabila terdapat unsur atau elemen yang bertentangan
di dalam sesuatu gubahan. Kontra dapat menimbulkan kesan yang menarik
serta memberikan fokus dalam penghasilan karya. Prinsip kontra amat sesuai
digunakan dalam penghasilan poster, pengiklanan dan juga karya catan kerana
prinsip ini dapat menarik perhatian serta mengelakkan kebosanan.

INFO Gabungan bentuk
dan warna kontra
Kolaj berasal daripada perkataan lebih menarik dalam
Perancis iaitu coller yang bermaksud sesuatu hasil karya.
menampal dan gam. Kolaj melibatkan Bincangkan.
aktiviti gunting, koyak dan tampal
sesuatu bahan ke atas sesuatu
permukaan sehingga menjadi gambar
yang diinginkan.

• Guru membantu murid mempamerkan hasil karya. 77

2.2.5

Latihan 1
Tandakan (✓) pada gambar yang menunjukkan unsur seni kontra dan (✗) pada
gambar yang bukan kontra.

78 • Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti.

Latihan 2
Warnakan lakaran rupa berikut untuk menimbulkan kesan kontra.

• Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti. 79

STANDARD PEMBELAJARAN Unit 3

Murid berupaya: Penegasan merupakan satu fokus atau
penumpuan terhadap unsur seni mahupun imej
2.3.1 Menjelaskan maksud yang lebih menonjol jika dibandingkan dengan
penegasan. yang lain. Penegasan wujud apabila pandangan
mata kita terarah kepada sesuatu imej yang lebih
2.3.2 Menyatakan ciri-ciri ketara berbanding imej-imej yang lain.
penegasan pada:
i. Alam semula jadi Ciri-ciri Penegasan
ii. Objek buatan
manusia
iii. Karya seni

2.3.3 Memanipulasikan alat,
bahan, proses dan
teknik dalam aktiviti
penghasilan karya.

2.3.4 Mengaplikasikan
penegasan dalam
penghasilan karya.

2.3.5 Mempamerkan hasil
karya.

Penegasan dari Penegasan dari
segi garisan segi rupa

INFO Penegasan dari Penegasan dari
segi jalinan segi bentuk
Penegasan
dalam sesuatu
hasil karya dapat
menarik perhatian,
memberi fokus
dan mengelakkan
kebosanan.

Penegasan dari Penegasan dari
segi ruang segi warna

80 • Guru menjelaskan maksud penegasan.
2.3.1

Penegasan boleh terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia
dan karya seni.

Contoh penegasan
pada alam
semula jadi

Contoh penegasan
pada objek

buatan manusia

Contoh penegasan
pada karya seni

• Guru menyatakan ciri-ciri penegasan pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan 81
2.3.2 karya seni.

Aplikasi Seni PERHATIAN !
Alat dan Bahan: PERHATIAN !

Batang Gam Cat poster Pensel Tali Jaga kebersihan dan
aiskrim keselamatan semasa
menjalankan aktiviti.
12
3

Cantumkan batang Ulangi langkah 1 Lakarkan gambar pada
aiskrim dengan gam. sehingga mendapat batang aiskrim.
saiz yang dikehendaki.
4
5

Warnakan lakaran Gamkan tali pada
dengan cat poster. bahagian belakang
batang aiskrim.

Hiasan Dinding

82 • Guru membimbing murid memanipulasikan alat, bahan, proses dan teknik dalam aktiviti
2.3.3 penghasilan karya.

Aplikasi Seni Alat dan Bahan:

1 Lipatkan kad dan 1. Kad
2. Kertas pembalut
bukanya semula.
hadiah
3. Pensel
4. Pemadam
5. Gunting
6. Gam
7. Pita selofan

2 Lakarkan rupa pokok pada 3 Lipatkan kad dan

bahagian tengah kad. guntingkan bahagian
dalam lakaran rupa.

4 Lakarkan rupa 83

pokok pada kertas
pembalut hadiah dan
guntingkannya.

• Guru membimbing murid mengaplikasikan penegasan dalam penghasilan karya.
2.3.4

5 Lipatkan bahagian yang

telah digunting ke dalam.

6 Gamkan bahagian 7 Gamkan kertas

belakang kad pembalut hadiah
dengan sekeping pada kad.
kad lain.

8 Proses

kemasan.

Kad Ucapan PERHATIAN !
PERHATIAN !
84
Jaga kebersihan dan
keselamatan semasa
menjalankan aktiviti.

Hasil Karya

1. Pamerkan hasil
karya kamu kepada
rakan-rakan di
hadapan kelas.

2. Minta pendapat
rakan-rakan
berkenaan hasil
karya kamu itu.

RUMUSAN

Penegasan merupakan satu penumpuan dan fokus terhadap sesuatu unsur
seni mahupun imej yang dihasilkan. Melalui penegasan, karya seni akan
menjadi lebih menarik kerana penumpuan mata kita akan memberi fokus
terhadap sesuatu imej yang dibuat secara bertentangan sama ada dari
segi saiz, warna, rupa mahupun bentuk. Pemilihan unsur seni yang ingin
ditonjolkan amat memainkan peranan penting dalam menghasilkan prinsip
penegasan yang baik.

Asas Apakah persamaan
Keusahawanan dan perbezaan
antara kontra dan
Hasilkan seberapa banyak kad penegasan?
ucapan pop-up bertemakan
Hari Jadi, Hari Guru, Hari Bapa
dan Hari Ibu. Jualkannya
kepada rakan-rakan kelas.

• Guru membantu murid mempamerkan hasil karya. 85
2.3.5

Latihan 1
Tandakan (✓) pada gambar yang menunjukkan penegasan dan (✗) pada yang
bukan penegasan.

86 • Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti.

Latihan 2
Hasilkan corak geometri menggunakan perisian Microsoft Paint di dalam
komputer dengan menekankan prinsip rekaan penegasan dalam hasil akhir.

87

Unit 4

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid berupaya: Kepelbagaian merujuk kepada penggunaan unsur
seni, prinsip rekaan dan juga idea yang pelbagai
2.4.1 Menjelaskan maksud dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian juga
kepelbagaian. merujuk kepada satu persembahan karya yang
mempunyai banyak elemen untuk ditunjukkan.
2.4.2 Menyatakan ciri-ciri
kepelbagaian pada: Ciri-ciri Kepelbagaian

i. Alam semula jadi Kepelbagaian jenis
ii. Objek buatan garisan

manusia
iii. Karya seni

2.4.3 Memanipulasikan alat,
bahan, proses dan teknik
dalam aktiviti penghasilan
karya.

2.4.4 Mengaplikasikan
kepelbagaian dalam
penghasilan karya.

2.4.5 Mempamerkan hasil
karya.

INFO Kepelbagaian jenis rupa
dan bentuk
Kepelbagaian
berfungsi uInNtuFkO Kepelbagaian jenis
menampilkan nilai jalinan
estetik yang tinggi,
menjadikan sesebuah
karya seni tidak
membosankan dan
menimbulkan kesan
kesinambungan dan
kesatuan.

Kepelbagaian jenis warna
contohnya warna panas,
sejuk dan kontra

88 • Guru menjelaskan maksud kepelbagaian.
2.4.1

Kepelbagaian boleh terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia
dan karya seni.

Contoh kepelbagaian
pada alam
semula jadi

Contoh kepelbagaian
pada objek

buatan manusia

Contoh kepelbagaian
pada karya seni

2.4.2 • Guru menyatakan ciri-ciri kepelbagaian pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan 89
karya seni.

Aplikasi Seni 1 PERHATIAN !
PERHATIAN !
Alat dan Bahan: Lakarkan bentuk tangan
1. Gam pada kertas lukisan. Jaga kebersihan dan
2. Gunting keselamatan semasa
3. Pensel 3 menjalankan aktiviti.
4. Kertas lukisan
5. Kertas warna 4

2

Guntingkan lakaran. Guntingkan sedikit Lakarkan rupa hati dan

bahagian hujung kertas daun pada kertas warna

lukisan. serta guntingkannya.

56

Gamkan rupa hati Cantumkan bahagian
dan daun pada hujung kertas lukisan.
rupa tangan.

Pokok Tangan

90 2.4.3 • Guru membimbing murid memanipulasikan alat, bahan, proses dan teknik dalam aktiviti
penghasilan karya.

Aplikasi Seni Alat dan Bahan:
1. Kotak
2. Gunting
3. Gam
4. Berus lukisan
5. Palet
6. Air
7. Plastisin
8. Batang aiskrim
9. Ranting
10. Span

1 Sediakan kotak mengikut

saiz yang sesuai.

2 Warnakan bahagian

latar belakang kotak
dengan cat poster.

3 Tampalkan plastisin

berbeza warna pada
bahagian dasar kotak.

2.4.4 •• GGuurruummeemmbbimimbbininggmmuurirdidmmenegnagpalpikliaksaiksaiknaknekpoenlbtaragadiaalnamdalpaemngpheansgilhaansiklaanrykaa.rya. 91

4 Sediakan model kecil

yang sesuai untuk
diletakkan pada
diorama seperti
kerusi, pondok,
jambatan dan pokok.

5 Susunkan dan

letakkan model
kecil mengikut
kreativiti.

PERHATIAN !
PERHATIAN !

Jaga kebersihan dan
keselamatan semasa
menjalankan aktiviti.

Diorama Taman Rekreasi

92

Hasil Karya

1. Pamerkan hasil
karya kamu kepada
rakan-rakan di
hadapan kelas.

2. Minta pendapat
rakan-rakan
berkenaan hasil
karya kamu itu.

RUMUSAN

Kepelbagaian merujuk kepada penggunaan pelbagai unsur seni dan idea
dalam penghasilan sesebuah karya. Penggunaan pelbagai jenis garisan
misalnya, akan dapat mewujudkan prinsip kepelbagaian. Prinsip kepelbagaian
akan mewujudkan kesan yang menarik dalam sesebuah karya. Prinsip ini juga
akan menjadikan karya lebih berestetik tinggi kerana mempunyai pelbagai
unsur seni yang diaplikasikan dalam penghasilannya. Kepelbagaian juga
dapat menjadikan karya tidak bosan untuk dilihat.

INFIONIFNOFO Mengapakah prinsip
kepelbagaian tidak
Diorama merupakan boleh digunakan
sebuah model berbentuk secara keterlaluan
tiga dimenIsNi (F3DO) yaInNgFO dalam sesuatu hasil
menggambarkan situasi karya ?
sebenar dan biasanya
terdapat di muzium untuk
menceritakan peristiwa
bersejarah. Namun,
diorama moden pada
masa kini biasanya
berskala kecil.

2.4.5 • Guru membantu murid mempamerkan hasil karya. 93

Latihan 1
Tampalkan gambar atau lakarkan prinsip kepelbagaian objek buatan manusia
dengan menggunakan pelbagai teknik dan media.

Kepelbagaian Objek Buatan Manusia

Gosokan Capan

Lukisan Catan

94 • Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti.


Click to View FlipBook Version