Menyesal
Tiada Guna
Lagi
Ini Ahmad.
Ahmad merupakan
seorang budak yang baik.
Pada suatu hari, rakan
Ahmad yang bernama Imran
mempelawa Ahmad dengan
sebatang rokok.
Semenjak daripada itu,
Ahmad semakin suka akan
rokok.
Dia langsung tidak
menghiraukan kawasan
persekitarannya semasa dia
sedang merokok.
Selepas beberapa bulan,
Ahmad mendapati giginya
menjadi kuning.
Nafasnya juga mengeluarkan
bau apabila dia berbual
dengan orang lain.
Malah, Ahmad kerap batuk
dan lelah sehingga boleh
menyebabkan dadanya
berasa sakit.
Kawan-kawan Ahmad pun
mula menjauhkan diri
daripada Ahmad.
Kini barulah Ahmad sedar
akan kesilapan dirinya. Dia
mula berasa menyesal
kerana tidak menolak
pelawaan merokok dari
kawannya.
--