The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mai sura, 2021-08-10 09:52:21

RESEPI TRADISI PENGIKAT KASIH

RESEPI TRADISI PENGIKAT KASIH

RESEPI TRADISI PENGIKAT KASIH

Buku kecil ini terhasil dari gandingan usaha Puan Hajah Haslina,Puan Suzana, Puan Shaemas
serta pelajar Sains Rumah Tangga SMK Sri Tapah dalam memastikan masakan ini terus dikenali
dan dipraktikkan oleh generasi muda dalam kehidupan seharian mereka agar tidak lenyap ditelan
zaman.

Ia mengandungi resepi berasaskan durian,ubi kayu dan pucuk paku. Ubi kayu dan pucuk paku
yang lazimnya terdapat di kawasan persekitaran kediaman pelajar. Sementara durian merupakan

raja buah yang paling digemari dan hanya didapati pada musim tertentu sahaja.

Gulai Lemak Tempoyak Udang Rebung Madu

Bahan-bahannya:

300g rebung madu 1 inci kunyit hidup
10 ekor Udang 2 batang serai (dititik)
3 ulas bawang merah 200g temoyak
2 ulas bawang putih 2 cawan santan
10 bili padi (boleh kurangkan ikut selera) sedikit minyak dan garam/serbukperasa

Cara memasak:

1.Sebelum masak rebung, hiriskan kemudian rebus
2.Panaskan minyak masak kemudian tumis bahan tumbuk.
3.Tambahkan sedikit air dan masukkan santan (biarkan sehingga mendidih)
4.Masukkan serai, garam, serbuk perasa dan tempoyak
5.Tunggu sehingga didih menggelegak
6.Masukkan rebung bersama udang
7.Tunggu sehingga udang masak
sepenuhnya
8.Hidang
9.Sedia untuk dimakan

Sambal Tumis Petai Tempoyak

Bahan-bahannya:

4 sudu besar (60ml) minyak
4 biji cili merah, ditumbuk
1 labu bawang besar, dihiris bulat
1 cawan isi petai
1 cawan (45g) ikan bilis
2 sudu besar tempoyak
1 helai daun kunyit, dihiris halus
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis cili merah hingga terbit bau.
3. Masukkan bawang besar dan kacau rata.
4. Apabila bawang keperangan, bubuh tempoyak dan gaul sebati.
5. Masukkan pula ikan bilis dan petai.
6. Kacau sebentar kemudian masukkan daun kunyit, garam dan gula.

Sambal Tempoyak Kacau

Bahan-bahannya:

100g ikan bilis
150g tempoyak
10 biji cili api (ditumbuk)
2cm kunyit hidup (ditumbuk)
1 helai daun kunyit
2 batang serai dititik
Satu cawan air
2 ulas bawang merah

Cara memasak:

1. Masukkan cili, kunyit dan bawang yang ditumbuk ke dalam kuali.
2. Masukkan ikan bilis dan tempoyak. Kacau rata.
3. Masukkan air, daun kunyit dan serai. Kacau semua bahan sehingga sebati.
4. Masukkan garam dan kacau sehingga masak.

Kak Ep Rop (Ikan masak stim)

Bahan-bahannya:

3 ekor ikan tilapia
Garam secukup rasa
½ kg ubi kayu (ngendrot kayu)
Seruas buluh (pok kok) yang mempunyai ruang lubang yang besar

Cara memasak:

1. Ikan yang telah disiang, dikerat dua atau tiga mengikut saiz ikan.
2. Kemudian ikan itu digaulkan dengan garam dan diperam seketika.
3. Ikan dimasukkan ke dalam buluh satu-persatu.
4. Ikan dimasukkan dengan diselang-selikan bersama ubi tadi, siap untuk disalai.

Rendang Pucuk Ubi

Bahan-bahan:

2 cawan (500ml) santan (3 biji kelapa)
2 ikat (350g) pucuk ubi, diambil daun lembut
2 cawan (90g) ikan bilis, direndam dan tumbuk kasar
Garam secukup rasa

Bahan kisar:

3cm halia
3cm lengkuas
3 cm kunyit
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
14-16 biji cili padi

Cara memasak:

1. Jerang santan di dalam kuali.
2. Masukkan bahan kisar dan kacau sehigga mendidih.
3. Masukkan pula ikan bilis dan teruskan mengacau.
4. Bubuh pucuk ubi, kacau selama 5 minit.
5. Kacau di atas api perlahan hingga keperangan.
6. Apabila rendang berwarna coklat gelap, tambah garam secukup rasa.

Kerabu Pucuk Paku

Bahan A:

2 ikat pucuk paku (dibasuh)
1 cawan tauge (dibasuh dan tuskan)
½ cawan loba merah (diparut)
½ cawan kelapa goreng (digoreng)
1 labu bawang besar (dihiris)
5 biji bawang merah (dihiris)
6 biji limau kasturi (diambil perahannya)
1 sudu makan gula
Garam secukup rasa

Bahan B (dikisar):

5 biji cili merah
6 biji cili api
1 inci belacan
2 sudu makan udang kering
2 sudu makan air asam jawa

Cara memasak:

1. Rebuskan pucuk paku dengan sedikit garam sehingga lembut. Kemudian tuskan.
2. Gaulkan semua bahan yang dikisar dan semua sayur.
3. Rasakan masin dan masamnya.
4. Sedia dihidangkan.

Lemak Cili Api Pucuk Paku

Bahan A:

1 ikat pucuk paku hijau (asingkan daripada tangkainya)
2 cawan santan pekat (½ biji kelapa)
2 sudu makan udang kering
Garam secukup rasa
2 batang serai (diketuk)

Bahan B (dikisar):

15 biji cili api
2 biji bawang merah
½ inci kunyit hidup
1 cawan air

Cara memasak:

1. Cuci dan tuskan pucuk paku.
2. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat ke dalam periuk dan masakkan sehingga
mendidih.
3. Apabila mendidih, masukkan santan pekat dan rasakan gara. Sentiasa kacau supaya kuah
tidak pecah minyak.
4. Apabila mendidih, tutup api dan hidangkan.


Click to View FlipBook Version