KOLEKSI
CERITA
KELAKAR
Masalah Tidur
Ajoi: Doktor sumardi,saya ada masalah besar. Setiap
kali hendak tidur,saya mesti rasa macam ada orang di
bawah katil. Sebaliknya bila saya tidur di bawah katil,
saya rasa ada orang di atas. Saya rasa macam nak
gila!
Doktor Sumardi: Jangan bimbang. Bagi saya masa dua
tahun,masalah awak akan selesai. Datang jumpa saya
tiga kali seminggu.
Ajoi: Berapa bayarannya utk sekali pertemuan?
Doktor Sumardi: Tak mahal..hanya RM 100 sahaja.
Enam bulan kemudian,doktor Sumardi bertemu Ajoi
sedang membeli-belah.
Doktor Sumardi: Kenapa tak datang jumpa saya?
Ajoi: Masalah dah selesai. Penjaga kedai hardware
seberang jalan tu ubatkan saya.
Doktor Sumardi: Ya..bagaimana?
Ajoi: Dia beri saya gergaji. Dia suruh saya potong kaki
katil....
Anak Kembar
Suatu hari waktu petang ..
Si ibu sibuk menyediakan minuman petang. Setelah
sempurna baru ia memanggil suaminya dan anaknya
Aiman. Aiman pula masih berlari-lari bermain di halaman
rumah.
Ibu : Aiman ..Aiman. Mari minum,ibu dah sediakan.
Aiman : Ya bu ..
Mereka pun minum sambil berbual bual.
Ayah : Aiman main apa tadi tu?
Aiman : Main sorang sorang je .. boring dah main game.
Nak main kat luar sama kawan kawan mesti ayah tak
kasi.
Ayah : Nanti ayah beli game baru ye
Aiman : Kalau ada adik kan best. Lagi ramai lagi best.
Ibu : Aiman nak adik perempuan ke lelaki?
Aiman : Aiman nak adik kembar.
Ibu : Kembar ke tak,tak tahu lagi Aiman,kalau Aiman
dapat adik pun ibu dah kira syukur banyak-banyak
Aiman.
Aiman : Kan senang je nak dapat kembar
Ibu & Ayah : &?*^???
Ayah memberanikan diri bertanya...
Ayah : Kenapa Aiman cakap macam tu..
Aiman : Alahhhh ... "copy dan paste"aje (dengan muka
selamba).
Paling Malas
Pada masa dahulu,ada sebuah kampung di mana semua
rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas.
Jadi pada suatu hari,rajanya membuat pengumuman
hendak mencari seorang yang amat malas.
Semasa perhimpunan itu,adalah seorang lelaki mengaku,
katanya,“Patik adalah yang paling malas.” Raja pun
bertanya,“Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab
lelaki tersebut,“Kalau patik hendak makan,ada orang
yang suapkan patik.”
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata,
“Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku
pun bertanya kepadanya,“Sampai mana pulak tahap
malas tuan hamba?” Maka jawabnya,“Kalau patik
makanpun,sampai ada orang tolong kunyahkan.”
Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka-
sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil
berkata,“Patik adalah yang paling malas tuanku.”
Raja pun bertanya,“Bagaimana pula tahap kemalasan
kamu si budak?” Budak itu pun menjawab,“Nak cite
pun malas.”
Anak Ayah
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan
menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak
disukainya. Contohnya,jika ke kedai,kalau aku
mengambil gula-gula,dia akan menjeling padaku
bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke
tempatnya semula.
Suatu hari,, aku mengikut ayah ke surau untuk solat
maghrib. Ketika berdiri rakaat kedua,aku melihat kain
pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku
yang „konon‟nya ingin membantu,kebetulan pulak aku
memang dibelakang imam,terus aku menarik kain yang
tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi
jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya,lalu
terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu
semula ke celah punggung tok imam tadi. Apa lagi,
melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal
solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan
tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam
menahan malu dan marah mengheret aku balik ke
rumah.
Tin Susu
(waktu pagi semasa Man dan ibunya di dapur)
IBU: MAN,Tolong belikan susu 1 tin kat kedai runcit...
ERMM.. kalau ada telur,belikan 6 ya..
MAN: Okey ibu...
(15 minit kemudian)
MAN: ni dia 6 tin susu...
IBU: kenapa beli susu banyak sangat ni man?
MAN: Bukan ke ibu kata "kalau ada telurb, elikan 6.". Tadi,
masa kat kedai runcit,Man tengok ada telur. Jadi Man
belilah 6 tin susu..
Dalam hati IBU: anak aku ni terlampau pandai ke lurus
bendul ..*&@!?