MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 51 SESI 2023/2024 SK MARIAN CONVENT, SETAPAK TARIKH : 13 MEI 2023 (SABTU)
1 KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1. UCAPAN PENASIHAT 2 2. KATA ALUAN YDP PIBG SESI 2022/2023 3 3. ATURCARA MAJLIS 4 4. JAWATAN KUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-51 5 5. AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-51 6 6. AHLI JAWATANKUASA PIBG SKMC SESI 2022/2023 7 7. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG & SENARAI KEHADIRAN 8 8. LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SESI 2022/2023 18 9. LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG SESI 2022/2023 56 11. CADANGAN BAYARAN / KUTIPAN DAN USUL 2023 59
2 UCAPAN PENASIHAT PERSATUAN IBU BAPA & GURU SK MARIAN CONVENT SETAPAK OLEH PUAN KASRATUL NAJAH BINTI NAZURI (GURU BESAR SK MARIAN CONVENT SETAPAK) Salam ’SKMC Luar Biasa’ kepada jemputan khas, YDP PIBG, AJK PIBG, Guru Penolong Kanan, guru-guru, ibu bapa dan bekas murid yang turut diraikan dalam majlis ini. Dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya, Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-51 dapat diadakan pada hari yang bahagia ini. Kehadiran ibu bapa dan penjaga sangatlah dialualukan bagi merealisasikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-51. Kehadiran ibu bapa merupakan tanda sokongan kepada program-program sekolah. Sokongan seperti ini amatlah diharapkan bagi memajukan sekolah dan seterusnya memastikan kecemerlangan anak-anak di SK Marian Convent. Asas hubungan yang kukuh antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan penjaga dapat membantu melonjakkan lagi prestasi anak-anak seterusnya melahirkan anak yang baik lagi cerdik serta insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam membangunkan imej sekolah di persada negara. Dengan ini saya ingin memberi penghargaan atas sikap prihatin ibu bapa terhadap pembelajaran dan juga keperluan anak-anak. Kejayaan seseorang anak bukan sahaja terletak pada bahu guruguru tetapi peranan dan juga komitmen ibu bapa dan penjaga amat penting untuk memastikan kejayaan anak-anak. Ibu bapa dan penjaga adalah pendorong, pembimbing dan juga pemangkin motivasi kepada anak-anak untuk mereka untuk terus berjaya. Ibu bapa dan penjaga semestinya menghadapi pelbagai cabaran dalam memastikan kejayaan anak-anak, begitu juga keadaannya dengan guru-guru. Oleh itu, amatlah penting bahawa kerjasama dan hubungan yang baik dan mesra antara pihak ibu bapa dan guru-guru dapat mengatasi cabaran dalam mendidik anak-anak. Saya percaya bahawa ibu bapa di SK Marian Convent bersikap terbuka di mana ibu bapa dan guru-guru dapat berbincang berkenaan pelbagai isu berkaitan anak-anak dari segi sikap atau pembelajaran. Pihak sekolah sentiasa terbuka untuk menerima kehadiran ibu bapa yang buntu memikirkan solusi berkaitan isu-isu kritikal tentang anak-anak. Ibu bapa juga boleh datang ke sekolah untuk memberi luahan idea. Saya menyeru ibu bapa dan penjaga untuk menaruh kepercayaan kepada pihak pentadbiran dan guru-guru SK Marian Convent untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti yang diamanahkan sebagai pendidik yang menyampaikan ilmu kepada anak-anak. Saya turut berharap agar ibu bapa dan penjaga dapat memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah agar murid-murid sentiasa dapat menimba ilmu di sekolah. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada barisan AJK PIBG sesi 2022/2023 yang komited dalam meningkatkan kemajuan anak-anak. Saya juga berharap agar aktiviti PIBG pada tahun ini dapat dijalankan seperti yang dirancang. Sekian, terima kasih. (KASRATUL NAJAH BINTI NAZURI) GURU BESAR SK MARIAN CONVENT SETAPAK
3 KATA-KATA ALUAN YANG DIPERTUA (YDP) PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN MARIAN CONVENT SETAPAK, KUALA LUMPUR OLEH ENCIK RAFIE BIN KATHER BACHA SEULAS PINANG Assalamua’laikum dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan dengan limpah kurniaNya Mesyuarat Agung PIBG yang ke-51 dapat dijayakan bersama pada hari ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah hadir di Mesyuarat Agung PIBG hari ini. Kami menghargai kesudian dan sokongan ibu bapa dalam menjayakan pendidikan di sekolah ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada barisan AJK PIBG SKMC sesi 2022/2023, pihak sekolah dan ibubapa diatas kerjasama dan komitmen tinggi melaksanakan pelbagai aktiviti bagi menyediakan persekitaran kondusif untuk anak-anak SKMC dan seterusnya menggapai kecemerlangan di bidang akademik dan kokurikulum. Sekolah adalah tempat untuk menanamkan nilai-nilai murni dan membantu anak-anak kita membangunkan potensi mereka. Oleh itu, saya ingin mengajak semua ibu bapa untuk terus memberikan sokongan dan kerjasama kepada pihak sekolah dalam memberikan pendidikan berkualiti dan pengalaman yang positif di sekolah kepada anak-anak SKMC supaya beroleh kejayaan didalam setiap aspek kehidupan mereka. Akhir sekali, saya bagi pihak barisan AJK PIBG sesi 2022/2023 ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan ibubapa/penjaga di atas kerjasama yang diberikan. Kami juga ingin memohon maaf sekiranya ada kekurangan atau salah silap selama kami memberikan khidmat sebagai barisan jawatankuasa PIBG. Moga usaha bersama niat ikhlas dan kerjasama baik ini akan berterusan untuk terus memacu kecemerlangan anak-anak SKMC ke peringkat yang lebih tinggi. Sekian, terima kasih. (MUHAMED RAFIE BIN KATHER BACHA) Yang DiPertua PIBG Sesi 2022/2023 Sekolah Kebangsaan Marian Convent, Kuala Lumpur
4 ATURCARA MAJLIS Mesyuarat Agung PIBG Kali ke - 51 8.30 pagi : Pendaftaran ibu /bapa/ penjaga : Jamuan : Ketibaan Jemputan : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis : Bacaan Doa : Nyanyian Lagu Negaraku : Ucapan Aluan En Rafie bin Kather Bacha, YDP PIBG 2022/2023 : Ucapan Perasmian Pn. Kasratul Najah binti Nazuri, Guru Besar : Tayangan Montaj Aktiviti PIBG bagi sesi 2022/2023 : Penyampaian Sijil & Cenderahati kepada Jemputan Khas dan AJK sesi 2022/2023 : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-51 bermula Agenda 1 : Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke – 50 Agenda 2 : Perkara-perkara Berbangkit Agenda 3 : Laporan Aktiviti Tahunan bagi sesi 2022/2023 Agenda 4 : Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan 2022 Agenda 5 : Pembubaran AJK PIBG sesi 2022/2023 Agenda 6 : Pelantikan Pengerusi Sementara Agenda 7 : Pelantikan AJK PIBG Baru Sesi 2023/2024 Agenda 8 : Pembentangan dan Perbahasan Usul Agenda 9 : Ucapan Penangguhan : Bersurai
5 JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-51 Pengerusi : Pn. Kasratul Najah binti Nazuri (Guru Besar) Timbalan Pengerusi : Pn. Hazlina binti Mustapha (GPK Tadbir & Kurikulum) : Pn. Azita binti Abidin (GPK Hal Ehwal Murid) : Datin Halida binti Zakaria (GPK Kokurikulum) : Pn. Tharsulizah binti Kutut (GPK Petang) SAMBUTAN DAN PROTOKOL Pn. Kasratul Najah binti Nazuri (Guru Besar) Pn. Hazlina bt Mustapha (GPK Tadbir & Kurikulum) Pn. Azita bt Abidin (GPK Hal Ehwal Murid) Datin Halida bt Zakaria (GPK Kokurikulum) Pn. Tharsulizah bt Kutut (GPK Petang ) Exco PIBG SESI 2022/2023 A. PEMANTAU Pn. Hazlina bt Mustapha PENDAFTARAN IBU BAPA Pn Sharmini a/p R.Ambikawathy Cik Suriani bt Zakaria BACAAN DOA Ust Rizam bin Zamri JEMPUTAN & SURAT-MENYURAT Pn Farhana Bt. Mohd Khairul Perbakaran PENGACARA MAJLIS Pn Nur Liyana bt Tajudin B. PEMANTAU Pn. Azita bt Abidin BUKU PROGRAM Cik Dinaggary a/p Lazarus SIARAYA Cik Nur Shahida Bt Samsul Alias Ust Rizam bin Zamri BAHAN CETAKAN MESYUARAT Cik Karthiga a/p Dharmalingam Pn Farhana Bt. Mohd Khairul Perbakaran C. PEMANTAU Datin Halida bt Zakaria PENGIRAAN UNDI Cik Umi Wahida bt Sallahuddin Pn Zalikha Asyran bt Akilul Nazar PENCATAT MINIT Cik Nur Hanan Nasriah binti Mohamad Rafai Pn Suzze bt Ghani Pn Khairul Bariah bt Ab. Hamid JAMUAN Pn Siti Rahimah bt Mohamed ‘Abdan Pn Razimah bt Mohd Ghadin Pn Nur Aziemah bt Abdul Aziz D. PEMANTAU Pn. Tharsulizah bt Kutut BACK DROP Pn Nik Nadia bt Nik Kamaruzaman Pn Noor Hidayah Fadila bt Zakari Pn Salina bt Omar PERSIAPAN MEJA MESYUARAT & PENGEMASAN DEWAN En. Adam Zainufi B. Elliyes@Azmi Ust Rizam bin Zamri Pekerja Pembersihan
6 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 51 Agenda 1 : Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke – 50 Agenda 2 : Perkara-perkara Berbangkit Agenda 3 : Laporan Aktiviti Tahunan PIBG sesi 2022/2023 Agenda 4 : Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan 2022 Agenda 5 : Pembubaran AJK PIBG sesi 2022/2023 Agenda 6 : Pelantikan Pengerusi Sementara Agenda 7 : Pelantikan AJK PIBG Baru Sesi 2023/2024 Agenda 8 : Pembentangan dan Perbahasan Usul Agenda 9 : Ucapan Penangguhan
7 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 ___________________________________________________________ Yang Dipertua : En Muhamed Rafie bin Kather Bacha N. Yang Dipertua : En El Jiffy bin Abdul Azis Setiausaha : Cik Farhana binti Mohd Khairul Perbakaran Naib Setiausaha : Pn Khairul Bariah bt Ab. Hamid Bendahari : Cik Karthiga a/p Dharmalingam AJK Ibu Bapa : 1. Pn. Asiah binti Abdul Karim 2. Pn. Kajana Begam binti Jalal Khan 3. Pn. Banulegha a/p Balakrisnan 4. En. Gurpal Singh a/l Jaspal Singh 5. Pn. Zuria binti Abd Malik 6. Pn. Noredayu binti Md Asli 7. En. Hafizi bin Rosli 8. En. Herman bin Hamid 9. Pn Navamalar a/p Subramaniam AJK Guru :1. Pn. Salina bt Omar 2. Pn. Sharmini a/p R.Ambikawathy. 3. Pn. Suzze binti Ghani 4. En. Adam Zainufi bin Elliyes@Azmi Juruaudit : 1. Pn. Vasanthi a/p Krisnasamy (Ibu bapa) 2. En. Rizam bin Zamri (Guru)
8 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2022/2023
9 MINIT MESYUARAT AGONG PERSATUAN IBU-BAPA DAN GURU (PIBG) SK MARIAN CONVENT, KUALA LUMPUR KALI KE - 50 _______________________________________________________________________ Tarikh : 21 Mei 2022 (Sabtu) Masa : 9.00 pagi - 12.00 Tengah Hari Tempat : Dewan sekolah Pengerusi : En. Muhamed Rafie bin Kather Bacha (YDP PIBG) Kehadiran: 1 Pn. Hjh Puziah binti Abd Rahman Penasihat PIBG 2 En. Muhamed Rafie bin Kather Bacha Yang Dipertua PIBG 3 En. El Jiffy bin Abdul Azis Naib Yang Dipertua PIBG 4 Pn. Hazlina binti Mustapha GPK Tadbir & Kurikulum - (Ex-Officio) 5 Pn. Hanita binti Ahmad Basri GPK HEM - (Ex-Officio) 6 Pn. Halida binti Zakaria GPK KOKO - (Ex-Officio) 7 Pn. Sarimah binti Omar GPK Petang 8 Pn. Khairul Bariah binti Ab Hamid Setiausaha 9 Cik Farhana binti Mohd Perbakaran Naib Setiausaha 10 Pn. Salina binti Omar Bendahari 11 En. Herman bin Hamid AJK PIBG 12 Pn. Zuria binti Abd Malek AJK PIBG 13 Pn. Noredayu binti Md Asli AJK PIBG 14 En. Hafizi bin Rosli AJK PIBG 15 En. Gurpal Singh A/L Jazspal Singh AJK PIBG 16 Pn. Navamalar A/P Subramaniam AJK PIBG 17 Pn. Banulegha Balakrisnan AJK PIBG 18 Pn. Asiah binti Abdul Karim AJK PIBG 19 Pn. Kajana Begam binti Jalal Khan AJK PIBG 20 En. Adam Zainufi bin Elliyes@Azmi AJK PIBG 21 Pn. Suzze binti Ghani AJK PIBG 22 Pn. Sharmini A/P Ambikawathy AJK PIBG 23 Cik Karthiga A/P Dharmalingam AJK PIBG 24 Pn. Vasanthi A/P Krisnasamy Juruaudit 25 Pn. Nur Liyana binti Tajuddin Guru 26 Pn. Razimah binti Mohd Ghadin Guru 27 Pn. Siti Rahimah binti Mohamed Abdan Guru 28 Pn. Zalikha Asyran binti Akilul Nazar Guru 29 Pn. Amutha A/P Sabapathy Guru 30 Pn. Noorhidayah Fadila binti Zakari Guru 31 Pn. Nur Aziemah binti Abdul Aziz Guru
10 32 Cik Dinaggary A/P Lazarus Guru 33 Cik Suriani binti Zakaria Guru 34 Cik Nur Shahida binti Shamsul Alias Guru 35 Cik Umi Norwahida bt Sallahuddin Guru 36 En. Kasyful Anwar bin Mohd Akhir Johari Ibu Bapa 37 En. Nor Hisham bin Mohd Zin Ibu Bapa 38 Pn. Komathy A/P Santhanam Ibu Bapa 39 En. Azizulhakim bin Salleh Ibu Bapa 40 Pn. Norashikin binti Rosli Ibu Bapa 41 Pn. Nur Fareena binti Abdul Ghani Ibu Bapa 42 En. Muhamad bin Ahmad Husni Ibu Bapa 43 Pn. Aslimariah binti Ahmad Ibu Bapa 44 Pn. Siti Khadijah binti Musa Ibu Bapa 45 En. Haswin bin Habidin Ibu Bapa 46 Pn. Nurul Aini binti Abdullah Ibu Bapa 47 Pn. Nurhidayah binti Ali Ibu Bapa 48 En. Sabhi bin Saddi Ibu Bapa 49 En. William A/L Marrysusa Ibu Bapa 50 En. Syaiful Nizam bin Rosli Ibu Bapa 51 En. Muhsin Kamil bin Buruganudeen Ibu Bapa 52 Pn. Nor Azian Che Mansor Ibu Bapa 53 En. Azrull bin Muhammad Noor Ibu Bapa 54 En. Muhammad Firdaus bin Abd Rahman Ibu Bapa 55 En. Vijaya Kumar A/L Silvaraj Ibu Bapa 56 En. Saravanan A/L Murugan Ibu Bapa 57 Pn. Sumathi A/P Palaniappan Ibu Bapa 58 Pn. Zuhariah binti Zulkifli Ibu Bapa 59 Pn. Mahanim Ibu Bapa 60 Pn. Mazliza binti Mohaini Ibu Bapa 61 En. Wan Mohd Salleh Zaki Ibu Bapa 62 Pn. Nirmala A/P Jagan Ibu Bapa 63 Pn. Mahaletchimy A/P Poongan Ibu Bapa 64 En. Sivermurugan A/P Selvaraj Ibu Bapa
11 AGENDA MESYUARAT AGUNG Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Adam Zainufi bin Elliyes@Azmi . 1.1 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG (En. Kasyful Anwar bin Mohd Akhir Johari) 1.1.1 YDP PIBG En. Kasyful Anwar bin Mohd Akhir Johari mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua AJK, para guru dan ibu bapa yang memberi kerjasama kepada PIBG sepanjang tahun 2021/2022. 1.1.2 Beliau berharap agar semua ibu bapa dan guru-guru dapat memberikan kerjasama yang baik sepanjang Mesyuarat Agong PIBG kali ke-50 yang diadakan secara bersemuka. 1.1.3 YDP PIBG juga berharap jawatankuasa yang baharu dapat terus membantu dan komited kepada pihak sekolah. Tindakan : Makluman 1.2 UCAPAN GURU BESAR - PENASIHAT ( Pn Hjh Puziah binti Abd Rahman) 1.2.1 Guru besar mengucapkan terima kasih serta ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang hadir. 1.2.2 Beliau berharap agar para ibu bapa membantu pihak sekolah untuk meneruskan sesi pembelajaran di rumah supaya anak-anak tidak lagi ketinggalan dalam pelajaran. 1.2.3 Beliau berharap ibu bapa menggalakkan anak-anak ke sekolah bertepatan dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia agar kehadiran murid pada tahun ini adalah 100%. 1.2.4 Tujuan mesyuarat pada kali ini adalah untuk menekankan hala tuju pendidikan anak murid dengan merancang program dan aktiviti untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2022/2023. 1.2.5 Beliau mengharapkan pemilihan AJK yang baharu dapat meningkatkan kecemerlangan sekolah untuk masa akan datang. 1.2.6 Beliau mengucapkan terima kasih kepada barisan AJK PIBG sesi 2021/2022. 1.2.7 Beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-50. Tindakan : Makluman
12 2. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2.1 YDP En. Kasyful Anwar bin Mohd Akhir Johari telah membentangkan minit Mesyuarat Agong PIBG 2021/2022. Disahkan oleh : Muhamed Rafie bin Kather Bacha Disokong oleh : Pn. Noredayu binti Md Asli Tindakan : Makluman 3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 3.1 Tiada perkara berbangkit bagi Minit Mesyuarat Agong kali ke-50 Tindakan : Makluman 4. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN 4.1 Pn Zalikha Asyran binti Akilul Nazar telah membentangkan Penyata Kewangan dari Januari 2021 hingga 31 Disember 2021. Disahkan oleh : Pn. Mazliza binti Mohaini Disokong oleh : Pn Navamalar a/p Subramaniam 4.2 Pn Zalikha Asyran menyatakan baki yang telah dibawa ke tahun ini ialah sebanyak RM 24,909.94. Tindakan : Makluman 5. PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2021/2022 5.1 YDP PIBG, En. Kasyful Anwar bin Mohd Akhir Johari mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 yang telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak sekolah. 5.2 Beliau juga memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan sepanjang menjalankan amanah. 5.3 Beliau seterusnya membubarkan AJK PIBG 2021/2022 bagi pemilihan dan pelantikan Ahli Jawatankuasa baharu sesi 2022/2023. Tindakan : Makluman 6. PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA 6.1 Pn Halida binti Zakaria telah mencadangkan En Muhamed Rafie bin Kather Bacha sebagai pengerusi sementara dan telah disokong oleh En Adam Zainufi bin Elliyes@Azmi. Tindakan: Makluman
13 7. PEMILIHAN DAN PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2022/2023 7.1 Jawatan YDP PIBG - Pn. Halida binti Zakaria mencadangkan En Muhamed Rafie bin Kather Bacha sebagai YDP PIBG dan disokong oleh En Adam Zainufi bin Elliyes@Azmi. - Guru besar mengumumkan YDP bagi sesi 2022 /2023 ialah En Muhamed Rafie bin Kather Bacha sebagai YDP. 7.2 Jawatan Naib YDP - Pn Siti Rahimah binti Mohamed ’Abden mencadangkan En El Jiffy bin Abdul Azis sebagai NYDP dan disokong oleh Pn Amutha a/p Sabapathy. - Guru Besar mengumumkan NYDP bagi sesi 2022/2023 ialah En El Jiffy bin Abdul Azis. 7.3 Pemilihan dan pelantikan AJK ibu bapa 7.3.1 Pn Amutha a/p Sabapathy mencadangkan Pn Asiah binti Abdul Karim sebagai AJK PIBG dan disokong oleh En El Jiffy bin Abdul Azis. 7.3.2 Pn Salina binti Omar mencadangkan Pn Kajana Begam binti Jalal Khan dan disokong oleh Pn Razimah binti Mohd Ghadin. 7.3.3 Pn Zuria Binti Abdul Malek mencadangkan Pn Banulegha a/p Balakrisnan dan disokong oleh Pn Maziah binti Mansor. 7.3.4 En El Jiffy bin Abdul Azis mencadangkan En Gurpal Singh a/l Jaspal Singh dan disokong oleh En. Kasyful Anwar bin Mohd Akhir Johari. 7.3.5 Pn Hazlina binti Mustapha mencadangkan Pn Zuria binti Abd Malik dan disokong oleh Pn Hanita binti Ahmad Basri. 7.3.6 En Herman bin Hamid mencadangkan Pn Noredayu binti Md Asli dan disokong oleh Pn Hanita binti Ahmad Basri. 7.3.7 En Muhamed Rafie bin Kather Bacha mencadangkan Pn Navamalar a/p Subramaniam dan disokong oleh Pn Vasanthi a/p Krisnasamy. 7.3.8 En Gurpal Singh a/l Jaspal Singh mencadangkan En Hafizi bin Rosli dan disokong oleh En. Kasyful Anwar bin Mohd Akhir Johari. 7.3.9 Pn Pn Razimah binti Mohd Ghadin mencadangkan En Herman bin Hamid dan disokong oleh Pn Zuria Binti Abdul Malek. 7.3.10 En. Kasyful Anwar bin Mohd Akhir Johari mencadangkan Pn. Vasanthi a/p Krisnasamy sebagai juruaudit dan disokong oleh Pn. Sharmini a/p R.Ambikawathy.
14 7.4 Guru Besar mengumumkan pelantikan Pn Khairul Bariah bt Ab. Hamid sebagai Setiausaha PIBG sesi 2021 /2022, Cik Farhana binti Mohd Khairul Perbakaran sebagai Naib Setiausaha dan Pn. Salina bt Omar selaku Bendahari Kehormat PIBG sesi 2022/2023. 7.5 Berikut adalah senarai nama AJK PIBG SK Marian Convent sesi 2022/2023 hasil undian dan persetujuan sebulat suara ahli mesyuarat yang hadir. Yang Dipertua : En Muhamed Rafie bin Kather Bacha N. Yang Dipertua : En El Jiffy bin Abdul Azis Setiausaha : Pn Khairul Bariah bt Ab. Hamid Naib Setiausaha : Cik Farhana binti Mohd Khairul Perbakaran Bendahari : Pn. Salina bt Omar AJK Ibu Bapa : 1. Pn. Asiah binti Abdul Karim 2. Pn. Kajana Begam binti Jalal Khan 3. Pn. Banulegha a/p Balakrisnan 4. En. Gurpal Singh a/l Jaspal Singh 5. Pn. Zuria binti Abd Malik 6. Pn. Noredayu binti Md Asli 7. En. Hafizi bin Rosli 8. En. Herman bin Hamid 9. Pn. Navamalar a/p Subramaniam AJK Guru :1. Cik Karthiga a/p Dharmalingam 2. Pn. Sharmini a/p R.Ambikawathy. 3. Pn. Suzze binti Ghani 4. En. Adam Zainufi bin Elliyes@Azmi Juruaudit : 1. Pn. Vasanthi a/p Krisnasamy (Ibu bapa) 2. En. Rizam bin Zamri (Guru)
15 7.7 Keputusan pemilihan AJK PIBG sesi 2022/2023 hasil undian, En Muhamed Rafie bin Kather Bacha telah dilantik sebagai Yang Dipertua PIBG bagi sesi 2022/2023. Pn Khairul Bariah bt Ab. Hamid selaku Setiausaha manakala Pn Salina bt Omar sebagai Bendahari. Nombor akaun PIBG adalah 10019-0006160 dan setiap urusniaga adalah sah dengan adanya nama dua penandatangan seperti berikut : i) YDP PIBG ii) Setiausaha atau Bendahari PIBG Tindakan : Setiausaha dan Bendahari 8. PEMBENTANGAN DAN PERBAHASAN USUL Penasihat PIBG (Pn. Hjh Puziah binti Abd Rahman) menjelaskan usul hanya akan dibincang jika ahli PIBG yang membuat atau menghantar usul tersebut hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG ke50. Namun demikian, jika terdapat usul penting beliau akan memberi maklum balas terhadap perkara tersebut. 8.1 Usul 1: SUMBANGAN PIBG SESI 2022/2023 Perkara Tahun 1 – 3 Tahun 4 – 5 Tahun 6 Sumbangan PIBG (Setiap Keluarga) RM50.00 RM50.00 RM50.00 Kertas Lembaran/Ujian RM10.00 RM20.00 RM20.00 Kertas KSSR/PBS RM10.00 RM10.00 RM10.00 Penyelenggaran Komputer RM10.00 RM10.00 RM10.00 Sukaneka & Sukan Tahunan RM10.00 RM10.00 RM10.00 Keceriaan RM10.00 RM10.00 RM10.00 Program Kecemerlangan ** - - RM150.00 JUMLAH RM100.00 RM110.00 RM260.00 Cadangan disahkan oleh : En Kasyful Anwar bin Mohd Akhir Johari Sebulat suara menyokong cadangan Sumbangan PIBG bagi sesi 2022/2023 Nama No. Kad Pengenalan Jawatan 1. En Muhamed Rafie bin Kather Bacha 791102085265 YDP PIBG Nama No. Kad Pengenalan Jawatan 2. Pn Khairul Bariah bt Ab. Hamid 820914145972 Setiausaha 3. Pn Salina bt Omar 780224075950 Bendahari
16 CADANGAN SUMBANGAN PIBG SESI 2022/2023 Perkara Tahun 1 – 3 Tahun 4 – 5 Tahun 6 Sumbangan PIBG (Setiap Keluarga) RM50.00 RM50.00 RM50.00 Kertas Lembaran/Ujian RM10.00 RM20.00 RM20.00 Kertas KSSR/PBS RM10.00 RM10.00 RM10.00 Penyelenggaran Komputer RM10.00 RM10.00 RM10.00 Sukaneka & Sukan Tahunan RM10.00 RM10.00 RM10.00 Keceriaan RM10.00 RM10.00 RM10.00 Program Kecemerlangan ** - - RM150.00 JUMLAH RM100.00 RM110.00 RM260.00 Cadangan disahkan oleh : Pn Zuria binti Malek Sebulat suara menyokong cadangan Sumbangan PIBG bagi sesi 2022/2023 8.2 Usul 2 : Aktiviti kokurikulum dimasukkan dalam jadual waktu kelas seperti mana SK Air Panas supaya kanak-kanak yang terlibat dengan sekolah agama sesi petang tidak terjejas pelajaranya kerana sedia maklum sekolah agama juga ada peperiksaan besar semasa darjah 5. Usul dari : PN NUR HIDAYAH ALI (NUR ZARA IRDINA 4 KREATIF) Pn Puziah binti Hj Abdul Rahman – Penasihat PIBG menyatakan bahawa pihak sekolah telah bersetuju untuk memasukkan aktiviti kokurikulum dalam jadual waktu. Guru-guru akan membuat kelas tambahan bagi mengurangkan waktu dalam jadual waktu persekolahan. 8.3 Usul 3 : Masukkan nombor telefon pengawal keselamatan dalam whatsapp group sekolah dan KSIB supaya senang mendapat info tentang keadaan di sekolah dan mohon dapatkan bonggol di depan laluan masuk sekolah untuk keselamatan. Usul dari : EN SIVERMURUGAM (S.NANNTHYNII 3 INOVASI) Pn Puziah binti Hj Abdul Rahman – Penasihat PIBG menyatakan pihak sekolah akan memaklumkan kepada pemandu bas supaya menyediakan payung atau ibu bapa yang akan menyediakan payung kecil untuk kegunaan anak mereka. 8.4 Usul 4 : Pengemaskinian laman web/sosial media(FB) untuk penyaluran informasi semasa serta kutipan dana bagi menggantikan papan tanda sekolah di pintu utama bersempena sambutan Jubli Emas SKMC, KL. Usul dari : PN NUR FAREENA (AREESTA SOON 1 INOVASI) Pn Puziah binti Hj Abdul Rahman – Penasihat PIBG memaklumkan pihak sekolah akan mengemaskini akaun media sosial (facebook) dari semasa ke semasa. Selain itu, pihak sekolah berharap AJK PIBG dapat membantu dalam mengumpul dana untuk menggantikan papan tanda sekolah.
17 8.5 Usul 5 : Setiap murid diingatkan untuk sentiasa memakai hand sanitizer bagi membanteras penularan wabak Covid-19. Usul dari : PN ASIAH BINTI ABDUL KARIM (PUTRI CANTARA QISTINA 1 KREATIF) Pn Puziah binti Hj Abdul Rahman – Penasihat PIBG sentiasa menyahkumankan setiap kelas pada setiap hari. Pihak sekolah turut menyediakan sanitizer dalam kawasan sekolah serta di setiap kelas dan bilik khas. Tambahan pula, pihak sekolah juga menyediakan pelitup muka bagi yang murid yang memerlukan. 8.6 Usul 6 : Membuat zebra crossing beserta traffic light di hadapan sekolah untuk kemudahan melintas jalan dan membaik pulih toilet yang telah rosak/lama. Usul dari : EN MUHAMAD BIN AHMAD HUSNI (KIRTIKKA 6 INOVASI) Pn Puziah binti Hj Abdul Rahman- Penasihat PIBG akan mengusahakan memohon zebra crossing diadakan serta meminta pihak PIBG turut memainkan peranan dengan mengambil inisiatif kerana pihak PIBG mempunyai hak untuk memohon sesuatu terutama berkaitan dengan isu keselamatan murid. 9. UCAPAN PENANGGUHAN 9.1 YDP PIBG, En Muhamed Rafie bin Kather Bacha mengucapkan tahniah kepada barisan AJK PIBG sesi 2022/2023 dan mengalu-alukan sebarang idea atau cadangan yang baharu untuk kecemerlangan SK Marian Convent. 9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.45 tengah hari. Pencatat Minit (1) Pencatat Minit (2) ............................ (PN SUZZE BT GHANI) (CIK DINAGGARY A/P LAZARUS) Pencatat Minit (3) ............................................. (PN SHARMINI A/P R.AMBIKAWATHY) Disediakan Oleh: Disahkan Oleh: ..................................................... .................................................. (PN KHAIRUL BARIAH BT AB. HAMID) (EN MUHAMED RAFIE BIN KATHER Setiausaha, BACHA) Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Yang Dipertua, SK Marian Convent, Persatuan Ibu-Bapa dan Guru, Sesi 2022/2023 SK Marian Convent, Sesi 2022/2023 .............................................................. (CIK FARHANA BINTI MOHD KHAIRUL PERBAKARAN) Naib Setiausaha, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sk Marian Convent, Sesi 2022/2023
18 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SESI 2022/2023 SK MARIAN CONVENT SETAPAK, KUALA LUMPUR 1.0 PENDAHULUAN Persatuan Ibu Bapa & Guru SK Marian Convent, Setapak bagi sesi 2022/2023 dianggotai seramai 21 orang yang terdiri daripada guru dan ibu bapa. Persatuan ini telah bersidang dalam mesyuarat jawatankuasa sebanyak tiga kali sepanjang tempoh bagi sesi 2022/2023. Sepanjang sesi 2022/2023, sebanyak 3 kali Mesyuarat AJK PIBG telah diadakan diadakan. Pelbagai buah fikiran telah dilontarkan sebagai usaha menjadikan SK Marian Convent sebuah sekolah yang sejahtera dan menjadi pilihan ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah yang bagus dalam semua aspek. Oleh itu, pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa melalui pengagihan tugas oleh setiap biro yang dilantik. Antara aktiviti yang berjaya dilaksanakan adalah seperti aktiviti pembaikpulihan fasiliti, aktiviti pemantapan akademik dan keceriaan di sekolah. 2.0 OBJEKTIF Antara objektif yang dihasratkan oleh persatuan ini adalah seperti berikut: 1. Menjadikan sekolah ini selamat daripada segala bentuk yang boleh mengancam keselamatan murid dan warga sekolah. 2. Menjadikan sekolah tempat yang ceria dan selesa untuk aktiviti pembelajaran dan pengajaran dan dapat menarik minat murid untuk ke sekolah. 3. Melahirkan insan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malah dapat meningkatkan keyakinan di khalayak ramai. 4. Mendukung segala usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi murid dalam akademik, sahsiah dan kokurikulum.
19 3.0 JAWATANKUASA BIRO PIBG Jawatankuasa PIBG telah diagihkan kepada beberapa biro seperti di bawah: Ketua Biro: En. Muhamed Rafie Bin Kather Bacha 1.0 Biro Pembangunan dan Penyelenggaraan 1.1 En. El Jiffy Bin Abdul Azis 1.2 En. Gurpal Singh A/L Jaspal Singh 1.3 En. Hafizi Bin Rosli 2.0 Biro Keceriaan Sekolah 2.1 Pn. Zuria Binti Abdul Malek 2.2 Pn. Noredayu Binti Md Asli 2.3 Pn. Asiah Binti Abdul Karim 3.0 Biro Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum 3.1 Pn. Kajana Begam Binti Jalal Khan 3.2 Pn. Banulegha A/P Balakrisnan 4.0 Biro Kebajikan 4.1 Pn. Navamalar a/p Subramaniam 4.2 En. Herman Bin Hamid
20 4.0 SKOP KERJA-KERJA BIRO Antara inisiatif yang telah dilaksanakan oleh setiap biro iaitu: 4.1 Biro Pembangunan dan Penyelenggaraan Antara perkara yang telah berjaya dibaikpulih adalah seperti berikut: 4.1.1. Pembinaan tembok belakang sekolah yang pecah dan penebangan pokok berhampiran tembok tersebut. Hal ini kerana keadaan tembok yang pecah ini dilihat atas faktor risiko keselamatan kepada murid-murid sekolah sekiranya berlaku pencerobohan. Dana yang digunakan untuk membaiki tembok adalah daripada sumbangan ibu bapa yang prihatin terhadap isu ini. Tambahan pula, penebangan pokok ini juga berjaya dilakukan atas kerjasama pihak sekolah bersama pihak Balai Bomba Setapak. 4.1.2. Pembaikian bumbung dataran pelajar yang bocor dilakukan dengan menukar bahagian yang bocor kepada bumbung yang baharu. Dana yang digunakan untuk pembaikian bumbung ini deperoleh daripada Dana Baitulmaal. 4.1.3. Mengatasi masalah kelas yang panas terutama bagi murid di sesi petang dengan melaksanakan kempen kelas sejuk dalam kalangan ibu bapa. Kempen ini diuaruarkan dalam group whatsapp KSIB yang terdiri daripada ibu bapa murid di sekolah ini. Oleh itu, terdapat ibu bapa yang menyumbang dana dan kipas bagi menyahut kempen tersebut. Oleh itu, sebanyak 12 kipas telah berjaya dipasang di dalam enam kelas yang terdapat di sekolah ini. 4.1.4. Dalam usaha PIBG ingin membaiki komputer di bilik ICT, beberapa juruteknik telah dipanggil untuk melihat kerosakan yang terdapat pada komputer di bilik tersebut. Walaubagaimanapun dalam tempoh tersebut, pihak sekolah telah memperoleh sebanyak 20 buah komputer daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
21 4.1.5. Penaiktarafan papan tanda sekolah yang usang telah dilakukan bagi papan tanda sekolah yang berada di pagar utama. Proses menghasilkan design papan tanda adalah hasil kolaborasi dengan pihak UniKL untuk menghasilkan papan tanda yang lebih ceria. Dana yang digunakan untuk memasang papan tanda yang baharu adalah daripada sumbangan dana ibu bapa. 4.1.6. Bagi mengatasi masalah dewan panas di bahagian atas pentas akibat kipas yang rosak, satu kipas rosak telah ditukar dan terdapat penambahan dua kipas di dalam dewan. Pembaikian lampu di dewan dan di dalam kelas juga turut dilakukan. Beberapa keping tingkap dewan yang hilang juga telah diganti dengan tingkap yang baharu. 4.1.7. Pembaikian atap yang bocor di kelas 3/6 Kreatif dan pintu yang pecah disebabkan anai-anai juga telah dibaiki. 4.1.8. Pembaikian aircond di perpustakaan dan pejabat juga telah dilakukan dengan menggunakan khidmat juruteknik. 4.1.9. Pembinaan longkang bagi mengalirkan air hujan yang mengakibatkan isu banjir di dalam kawasan sekolah. Pembaikian ini telah berjaya dilakukan hasil permohonan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. 4.1.10. Membuang dahan pokok yang berbahaya di sekitar kawasan laluan pejalan kaki berhampiran sekolah. Aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan kerjasama daripada pihak DBKL. 4.1.11. Membaiki tiang lampu jalan di hadapan sekolah yang berbahaya dengan bantuan kepakaran daripada pihak TNB.
22 4.2 Biro Keceriaan Sekolah 4.2.1. Masalah cat di dinding kelas semakin pudar telah berjaya diatasi dengan menggunakan dana PIBG untuk membeli cat yang baharu dan kerja-kerja mengecat telah dilakukan ketika dalam tempoh cuti persekolahan pada sesi 2022/2023. 4.2.2. Pintu pagar sekolah yang sudah berkarat juga telah dicat baharu ketika aktiviti gotong-royong perdana pihak sekolah dan ibu bapa diadakan. 4.2.3. Cat mural di dinding juga semakin pudar dan perlu dinaiktaraf. Oleh itu, pihak PIBG telah mengadakan kolaborasi bersama pihak UniKL atas Projek CSR Stem Corner di sekolah ini. 4.2.4. Ketiadaan maklumat aktiviti PIBG kepada ibu bapa juga telah diatasi melalui platform Facebook PIBG SKMC. Segala aktiviti yang dilakukan oleh pihak PIBG dan aktiviti sekolah dimuatnaik di laman media sosial tersebut. 4.2.5. Membantu keceriaan di sekolah terutama di keceriaan pentas dewan utama. 4.3 Biro Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum 4.3.1. Dalam mengatasi masalah komunikasi, ‘stage fright’, kurang keupayaan berbicara di khalayak ramai, pihak sekolah bersetuju untuk mengadakan student speech pada setiap kali perhimpunan diadakan. Tambahan pula, pihak PIBG turut mengusahakan kelas percuma bersama E-bright sebagai kelas tambahan bagi murid-murid di samping dapat mencungkil bakat dan mengatasi masalah tersebut. 4.3.2. Meningkatkan penglibatan murid dalam mana-mana pertandingan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan dengan menyumbangkan dana PIBG seperti petty cash sebanyak RM400.00 dan menyokong dana yang diperlukan oleh pihak sekolah dalam usaha membawa murid ke pertandingan sedikit sebanyak membantu ke atas pencapaian sekolah baru-baru ini iaitu pasukan TKRS berjaya merangkul Johan di peringkat Negeri bagi Pertandingan Kawad Kaki.
23 4.4 Biro Kebajikan 4.4.1. Menyalurkan sumbangan dalam bentuk kewangan demi menjaga kebajikan murid sekolah ini yang telah kehilangan ibu bapa seperti adik Jaanisha melalui kutipan dana yang diperolehi daripada ibu bapa. 4.4.2. Menyalurkan sumbangan dalam bentuk kewangan juga dilakukan kepada muridmurid yang terdiri daripada keluarga yang menghadapi masalah kewangan seperti miskin tegar bagi membeli keperluan sekolah iaitu buku, alat tulis dan sebagainya. Oleh itu, melalui Dana As-Syakireen Petronas yang berjaya dimohon oleh pihak PIBG, setiap murid mendapat bantuan kewangan sebanyak RM200.00 bagi 50 orang murid asnaf yang telah disenaraikan oleh pihak Dana As-Syakireen. Selain daripada itu, pihak PIBG turut melancarkan Kempen Derma Kelengkapan Sekolah bagi ibu bapa yang ingin menyumbang pakaian sekolah anak-anak mereka kepada bagi membantu meringankan kos perbelanjaan ibu bapa yang mengalami masalah kewangan. 4.4.3. Menangani aduan daripada pihak ibu bapa yang menghadapi masalah untuk mengambil dan menghantar anak di hadapan sekolah. Inisiatif yang berjaya dilakukan adalah dengan memasang banner drop-off zone bagi menandakan kawasan hadapan sekolah hanya boleh digunakan selama 10 saat bagi setiap kenderaan. 4.4.4. Mengatasi kesukaran melintas jalan bagi pejalan kaki di hadapan kawasan sekolah dengan memohon pembinaan bonggol di hadapan sekolah. Permohonan ini telah dibuat kepada pihak DBKL dan telah berjaya membina bonggol bagi memudahkan urusan melintas jalan dengan selamat. Terdapat juga aduan dimana lori-lori pembinaan pihak SkyWorld sering membuat pusingan di hadapan sekolah. Oleh itu pihak PIBG telah membuat aduan kepada pihak tersebut dalam usaha menjamin keselamatan murid-murid sekolah. 4.4.5. Kempen Derma Kelengkapan Sekolah telah dilancarkan bagi membantu keluarga yang memerlukan pakaian untuk anak-anak ke sekolah. Ibu bapa yang ingin membantu meringankan beban keluarga yang memerlukan, menyumbang pakaian anak-anak yang masih elok dan meletakkannya dalam bekas yang disediakan oleh AJK PIBG di hadapan pintu dewan.
24 5.0 PENUTUP Sepanjang tahun 2022/2023 jawatankuasa PIBG telah menerima pelbagai aduan dari pihak sekolah, ibu bapa dan murid. Walaubagaimanapun, pihak PIBG cuba menyelesaikan masalah secara satu persatu dengan memberi keutamaan kerja-kerja baik pulih yang lebih kritikal supaya kemudahan/keselamatan warga sekolah dan pelajar dalam keaadan yang selesa dan selamat. Pihak PIBG sangat berharap infrastruktur, akademik, kebajikan dan keceriaan sekolah ini dapat ditingkatkan agar dapat menjadikan SKMC sebuah sekolah yang cemerlang di persada nergara pada masa akan datang. Oleh itu, pihak PIBG juga berharap kerjasama ibu bapa sangat dialu-alukan untuk membantu dan menyokong SKMC kerana persekitaran secara fizikal dan psikososial dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Disediakan oleh: (FARHANA BINTI MOHD KHAIRUL PERBAKARAN) Setiausaha PIBG, SK Marian Convent Setapak
25 SENARAI AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG SESI 2022/2023 BIL AKTIVITI CATATAN 1. Mesyuarat Agung Pibg Kali Ke-50 2022 PIBG menyokong penuh semua aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah. Sumbangan PIBG bukan sahaja dari segi idea, kewangan, tenaga dan keringat, malahan juga berbentuk hadiah murid, makan/minum murid. 2. Penebangan Pokok Berhampiran Tembok 3. Gotong-Royong Pembersihan Pokok Yang Ditebang 4. Pembaikpulihan Tembok Belakang Sekolah Yang Pecah. 5. Pembaikpulihan Saliran Longkang 6. Pembaikpulihan Sistem Perpaipan Water Cooler 7. Servis Aircond Di Bilik Media, Perpustakaan Dan Pejabat 8. Penggantian Kipas Di Bilik Media, Kelas, Kantin Dan Dewan Sekolah 9. Pembaikpulihan Tandas Murid 10. Pembaikian Bumbung Dataran Pelajar Yang Bocor 11. Penebangan Pokok Besar Dan Tua Bersebelahan Pondok Pengawal 12. Pembaikpulihan Wudhu Di Surau 13. Pemotongan Dahan Berbahaya Di Kawasan Pejalan Kaki 14. Pembaikian Tiang Elektrik Yang Berbahaya Di Hadapan Sekolah 15. Penaiktarafan Papan Tanda Sekolah 16. Gotong-Royong Perdana 17. Aktiviti Mural Oleh Unikl 18. Mengecat Kelas 19. Kempen Kelas Sejuk
26 20. E-Bright Public Speaking Class 21. Sumbangan Kepada Murid Dan Staf Sekolah 22. Sumbangan Kepada Keluarga Yang Menghadapi Masalah Kewangan 23. Banner Drop Off Zone 24. Pembinaan Bonggol Jalan Raya Di Hadapan Sekolah 25. Kempen Derma Kelengkapan Sekolah 26. Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah 27. Merentas Desa 28. Hari Guru 29. Hari Kanak-kanak 30. Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid dan Apresiasi Tahun 6 31. Sambutan Ihya Ramadhan 32. Ziarah Cakna 33. Majlis Persaraan Pn Puziah, Pn Hanita dan Pn Sarimah
27 LAPORAN KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG SESI 2022/2023 Sepanjang sesi 2022/2023, AJK PIBG telah mengadakan 3 kali mesyuarat. Berikut adalah butiran kehadiran ahli pada mesyuarat yang telah dijalankan. BIL NAMA TARIKH MESYUARAT 6/7/2022 18/10/2022 21/3/2023 1 KASRATUL NAJAH BINTI NAZURI - √ √ 2 MUHAMED RAFIE BIN KATHER BACHA (YDP) √ √ √ 3 EL JIFFY BIN ABDUL AZIS (NYDP) × √ 4 FARHANA BINTI MOHD KHAIRUL PERBAKARAN (SETIAUSAHA) √ √ √ 5 KHAIRUL BARIAH BINTI AB HAMID (N. SETIAUSAHA) × × × 6 KARTHIGA A/P DHARMALINGAM (BENDAHARI) √ √ × AJK IBU BAPA 7 ASIAH BINTI ABDUL KARIM × √ √ 8 KAJANA BEGAM BINTI JALAL KHAN × √ × 9 BANULEGHA A/P BALAKRISNAN √ √ √ 10 GURPAL SINGH A/L JASPAL SINGH × × √ 11 ZURIA BINTI ABDUL MALEK √ √ √ 12 NOREDAYU BINTI MD ASLI × × × 13 NAVAMALAR A/P SUBRAMANIAM √ × √ 14 HAFIZI BIN ROSLI √ × × 15 HERMAN BIN HAMID √ × √ AJK GURU 16 ADAM ZAINUFI BIN ELLIYES@ AZMI × √ √ 17 SALINA BINTI OMAR × √ √ 18 SHARMINI A/P R. AMBIKAWATHY × √ √ 19 SUZZE BINTI GHANI √ × × EX-OFFICIO 20 HAZLINA BINTI MUSTAPHA √ √ √ 21 HALIDA BT ZAKARIA √ × × 22 AZITA BINTI ABIDIN - √ √ 23 THARSULIZAH BINTI KUTUT - - √ 24 VASANTHI A/P KRISNASAMY JURU AUDIT 1 25 MOHD RIZAM BIN ZAMRI JURU AUDIT 2 √ = HADIR × = TIDAK HADIR
28 LAMPIRAN AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG SESI 2022/2023
Biro Pemban Penyeleng En. El Jiffy Bi En. Gurpal Singh En. Hafizi
ngunan dan nggaraan n Abdul Azis A/L Jaspal Singh Bin Rosli
Penebangan pokok ini adalah hasil kerjasama pih bersama Pegawai Balai Bomba Setapak.
1. Penebangan pokok berhampiran tembok ak sekolah
Aktiviti gotong-royong bagi membersihkan pokok yang ditebang telah dibantu oleh pihak DBKL, pasukan En Arif bersama-sama dengan ibu bapa.
2. Pembersihan pokok yang ditebang
Pembaikpulihan tembok di belakang sekolah adalah hasil sumbangan En Arif. Kerja-kerja pembaikpulihan ini turut dibantu oleh Encik Azhar, tukang kebun sekolah.
3. Pembaikpulihan tembok belakang sekolah yang pecah.
Saliran longkang ini perlu dibaikpulih kerana sering mengakib hujan bertakung seterusnya mengakibatkan banjir dalam kaw sekolah. Oleh itu, dengan kerjasama pihak DBKL, pembaikpul longkang berjaya dilakukan.
4. Pembaikpulihan saliran longkang batkan air wasan ihan saliran
5. Pembaikpulihan system perpaipan water cooler
Bilik media Perpustakaan Pejabat
6. Servis Aircond di bilik media, perpustakaan dan pejabat
Kantin
7. Penggantian kipas di bilik media, kelas, kantin dan dewan sekolah Bilik Media Kelas Dewan
8. Pembaikpulihan tandas murid
9. Pembaikian bumbung dataran pelajar yang bocor