TINGKATAN 4 : BAB 1
BENTUK PEMILIKAN
PERNIAGAAN
NAMA : PUTRI ALYA QISTINA BT YUSNI
KELAS : 5 ALCHEMILLA
JENIS-JENIS BENTUK PEMILIKAN
PERNIAGAAN
Milikan Tunggal Syarikat Berhad Perkongsian
Koperasi Francais Usaha Sama
MILIKAN TUNGGAL
Milikan tunggal merupakan sejenis bentuk perniagaan yang
dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh pemilik perniagaan
Modal diperoleh dari simpanan peribadi,pinjaman daripada ahli
keluarga , agensi kerajaan atau institusi kewangan lain.
Dikenakan cukai yang rendah
Pemilik menanggung liabiliti tidak terhad
SYARIKAT BERHAD
• Syarikat berhad merupakan perniagaan yang ditubuhkan oleh
sekumpulan individu bagi tujuan menjalankan aktiviti perniagaan.
SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD SYARIKAT AWAM BERHAD
Bilangan ahli dibenarkan dua hingga Bilangan ahli dibenarkan adalah
50 orang sahaja antara dua hingga tiada had
maksimum
Saham syarikat tidak boleh
diurusniagakan di Bursa Malaysia Saham syarikat boleh diurusniaga di
Bursa Malaysia
Pemegang saham menanggung
liabiliti terhad Pemegang saham menanggung
liabiliti terhad
Jangka hayat perniagaan adalah
panjang dan berterusan Jangka hayat perniagaan adalah
panjang dan berterusan
PERKONGSIAN
Perkongsian merupakan jenis perniagaan yang melibatkan kerjasama antara
dua atau lebih individu bagi menjalankan satu perniagaan bersama.
Perniagaan ini tertakluk kepada peruntukan Akta Perkongsian 1961.
Perkongsian secara umumnya dimiliki oleh 2 sehingga 20 orang rakan kongsi.
Semua rakan kongsi menanggung liabiliti tidak terhad.
KOPERASI
Koperasi ialah perniagaan yang ditubuhkan oleh sekumpulan individu secara
sukarela yang mempunyai kepentingan bersama dengan tujuan melindungi
kepentingan semua anggotanya.
Bilangan ahli adalah minimum 50 orang ahli
Semua ahli menanggung liabiliti terhad.
Aktiviti koperasi tidak berunsurkan politik.
Aktiviti koperasi adalah berdasarkan akta , peraturan dan undang-undang kecil.
Setiap anggota mempunyai hak dalam membuat keputusan.
FRANCAIS
Francais merupakan satu perniagaan yang mengandungi hubungan kontrak
antara francaisor ( pihak yang memiliki jenama ) dangan francaisi ( pihak yang
melabur untuk menjalankan aktiviti peniagaan dan pemasaran ).
Perniagaan ini mengikut Akta Francais 1998.
Contoh Francais ialah McDonalds , KFC dan TESCO dan Starbucks.
Dapat mengembangkan perniagaan secara global.
USAHA SAMA
Usaha sama merupakan suatu perkongsian antara dua atau lebih individu yang
bersetuju untuk bekerjasama menjalankan suatu pengeluaran dalam tempoh
masa yang ditetapkan.
Merupakan suatu entiti perniagaan baharu.
Modal disumbangkan oleh pihak yang bekerjasama.
Usaha sama adalah untuk meningkatkan kedudukan perniagaan sedia ada.
Usaha sama adalah bersifat sementara dan apabila sesuatu tujuan atau
matlamat penubuhan usaha sama telah dicapaikan, maka usaha sama tersebut
akan dibubarkan.
SEKIAN, TERIMA KASIH