The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sulaiman Abdul Hamid, 2018-12-24 21:37:09

MINIT MESYUARAT GURU KALI KE 4 2018

MINIT MESYUARAT GURU KALI KE 4 2018

Telefon : 05-7161055

Fax : 05-7168976
Email : [email protected]

___________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT GURU KALI KE- 4 2018

Tarikh : 12 November 2018
Hari : Isnin
Masa : 01.00 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat 1

KEHADIRAN 30. Pn Roba’ayah Binti Mohd Zain
31. Pn Roshida Binti Abdul Rahman
1. En. Sulaiman Bin Abdul Hamid 32. Pn Nor Khairani Binti Yahaya
2. En Samat Bin Hassan 33. Pn Norfasliza Binti Sahak
3. En. Husnisham Bin Yusof 34. Pn Normah Binti Mat Nadi
4. En Suhaimi Bin Mahmud 35. Pn Normala Binti Kadir
5. Pn Norizan Binti Ibrahim 36. Pn Iylia Liyana Binti Man
6. Pn Yusmaliza Binti Mat Saad 37. En Mohd Khairul Hafifi Bin Abdullah
7. En Abdul Rani Bin Hj. Hanafi 38. Pn Faridah Binti Ramli
8. En Hassan Bin Ali 39. Pn Fazilah Binti Mehat
9. En Ku Sulong Bin Ku Johari 40. Pn Normala Binti Kadir
10. En Hassan Bin Ramli 41. Pn Iylia Liyana Binti Man
11. En Mohd Khirruddin Bin Mat Yusof 42. En Mohd Khairul Hafifi Bin Abdullah
12. En Ong Peng Hock 43. Pn Adibah Binti Yahya
13. En Norazam Bin Rejab 44. Pn Noor Hazwani Binti Ishak
14. En Mohd Ghazali Bin Abdul Hamid 45. Pn Nurul Husna Binti Mohd Akhir
15. Pn Seri Siantan Binti Salleh 46. Pn Adilah Binti Nordin
16. Pn Hasiah Binti Hashim 47. Pn Nord Arnee Binti Zainol
17. En Azali Bin Abdul Hadi 48. Pn Roshidah Binti Jusoh
18. En Aswad Bin Ismail 49. Pn. Zaraida Binti Abdullah
19. En Ibrahim Bin Mat Daud 50. Pn Shasarina Binti Salleh
20. En Mohammad Nordin Bin Mohamad 51. Pn Ummi Binti Mustafa
21. En Dzulfitri Bin Ali 52. Pn Zahidah Binti Ramli@Mohamad Khamis
22. En Mohamad Yusni Bin Yahaya 53. Pn Nur Aizah Binti Sabeli
23. En Ahmad Zamri Bin Abbas 54. En. Saharul Amir Bin Hassan
24. En Raja Hashim Bin Raja Abdullah 55. En Khalid Bin Abdul Samad
25. En Muhammad Firdaus Bin Hamdan 56. En Shahrizal Bin Yahya
26. En Azali Bin Abdul Hadi 57. Pn Izzatul Hazwani Binti Saimin
27. En Aswad Bin Ismail
28. En Ibrahim Bin Mat Daud
29. Pn Lizana Binti Awang

TIDAK HADIR BERSEBAB

1. En Ramlan Bin Osman 11 Pn Nooreen Azliza Binti Abd Aziz
2. Pn Anisah Binti Yahya 12. Pn Mahyon Binti Shaari
3. En Hari Chandran A/L Arumugam 13. En Mohd Faizal Bin Abdul Samat
4. Pn Humah Davi A/P Raju 14. Pn Siti Rabihah Binti Kasim
5. En Hasbullah Bin Ali 15. En Che Mohd Zanizan Bin Che Cob
6. En Anuar Sani Bin Nordin 16. Pn Siti Sariah Binti Halim
7. En Mohd Effendy Bin Abdul Rahim 17. Pn Masliza Binti Ahmad
8. En Mohd Adham Bin Ahmad 18. En Mohd Alif Amirul Bin Mahsin
9. Cik Jessy Anne A/P Vincent Joseph 19. Pn Hema A/P Sandragesan
10. En Shahrul Hanif Bin Osman 20. Pn. Safiya Arqiya Binti Ismail

AGENDA 1: ALUAN PENGERUSI

1. Tuan Pengetua, Encik Sulaiman bin Abdul Hamid mengalu-alukan guru-guru ke mesyuarat
guru kali ke empat ini.

2. Beliau kemudiannya meminta semua ahli mesyuarat untuk memulakan majlis dengan bacaan
umul kitab al fatihah untuk mendapat keberkatan majlis.

3. Seterusnya, TP mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir . En Sulaiman
turut mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang baik dari guru-guru bagi melancarkan
perjalanan pengurusan sepanjang tahun 2018.

4. Selain itu, TP turut mengucapkan tahniah atas pencapaian-pencapaian cemerlang yang telah
dirakamkan sepanjang 2018.

5. Tuan Pengetua meminta semua ahli mesyuarat untuk sama-sama mendoakan anak-anak didik
yang telah menduduki PT3 agar beroleh keputusan yang cemerlang dan tidak lupa kepada
anak-anak didik yang akan menduduki peperiksaan SPM esok. Semoga mereka diberi
ketenangan dalam menjawab kertas peperiksaan.

AGENDA 2: MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

6. En Mohd Ghazali Bin Abdul Hamid mencadangkan minit mesyuarat yang lalu diterima dan
Puan Seri Siantan binti Salleh telah menyokong,

AGENDA 3: PERKARA BERBANGKIT

7. Tuan Pengerusi membangkitkan mengenai pelaksanaan PDPc abad ke 21. Menurut beliau
pemantauan pada tahun hadapan akan berpusat pada pelaksanaan PDPc abad ke 21 dimana
semua guru perlu akur dan melaksanakannya setiap masa. Mengikut kajian yang telah
dijalankan, pelajar mudah bosan dengan corak PDPc cara lama yang lebih kepada kepada
“chalk and talk”. TP menyarankan agar guru-guru merancang bahan serta strategi yang boleh
diadaptasi dan digunakan untuk PDPc tahun 2019 sepanjang cuti sekolah yang akan datang.
Aspek PDPc abad ke 21 tidak semestinya menggunakan komputer sahaja, tetapi proses
pembelajaran itu perlu berpusatkan murid.

8. Memetik kata Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah yang baru, guru-guru digalakkan
untuk membuat inovasi dalam merangka PDPc bagi menarik minat generasi masa kini untuk
lebih minat dan tumpu dalam proses pembelajaran tersebut.

AGENDA 4 : HAL-HAL PENGURUSAN SEKOLAH

9. Sesi Persekolahan 2018 hanya tinggal 2 minggu lagi. Semua guru diminta menyelesaikan
semua tugasan dan lengkapkan Borang Serahan Senarai Semak Hantaran Bahan 2018.

10. TP mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang terlibat kerana semua
elemen dalam SKPMg2 telah selesai diisi.

11. Semua Penilaian Prestasi PBPPP (Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
Guru dan AKP telah selesai dilakukan. Keputusan Markah Prestasi boleh dilihat dalam Sistem
HRMIS setelah dikeluarkan. Markah Prestasi diberi berdasarkan kepada prestasi yang
ditunjukkan sepanjang 2018 dalam segala aspek.

12. Untuk perancangan tahun 2019, semua guru yang berkenaan diingatkan supaya menyerahkan
perancangan kepada guru-guru berikut:-

a. Buku Perancangan Pengurusan Sekolah dan Jadual Waktu : PK1
b. Buku Perancangan HEM, Perancangan Asrama dan Buku Perancangan Koko
c. Buku Perancangan Taktikal dan Pelan Operasi : GK Sains dan AJK- Semua KP dan

Guru M/P serahkan data pencapaian kepada GKSM
d. Buku Perancangan Taktikal setiap tingkatan : PK1 & PK Ptg
e. Buku Perancangan Bimbingan & Kaunseling : PK HEM & Guru B&K

Tindakan : Guru terlibat

13. Keputusan PT3 akan diumumkan pada Khamis, 13/12/2018 mulai jam 9 pagi. PK1 diminta
membuat persediaan bersama SU PT3 dan Guru Tingkatan 3.
Tindakan : PK1, SU PT3 dan guru tingkatan 3

14. Mesyuarat Guru, Kurikulum, HEM dan Kokurikulum Siri 1/2019 ialah seperti berikut:-
a. Mesyuarat Pengurusan : Ahad, 23/12/2018 masa 8.30 pagi
b. Mesyuarat Guru : Rabu, 26/12/2018 masa 8.30 pagi
c. Mesyuarat Kurikulum : Ahad, 30/12/2018, masa 8.30 pagi
d. Mesyuarat HEM / Koko : Isnin, 31/12/2018, masa 8.30 pagi

15. Penjualan Buku di Koperasi Sekolah pada 26/12, 27/12, 30/12 dan 31/12 jam 8.30 pagi hingga
12.30 tgh.

16. Guru diminta merujuk tarikh-tarikh penting semasa cuti persekolahan melalui surat edaran
kepada pelajar.

17. Semua guru wajib menguasai penggunaan VLE Frog dan wajib mengakses VLE Frog setiap
bulan pada tahun hadapan. Penggunaan Makmal Komputer perlu diatur dan diselaraskan.
Penggunaan VLE Frog murid dipantau oleh PKG dan laporan setiap bulan dihantar. Guru-guru
boleh menyediakan bahan-bahan VLE Frog semasa cuti sekolah untuk diguna pada sesi
persekolahan 2019.
Tindakan : semua guru

18. Jadual waktu sesi persekolahan 2019 akan disediakan sebelum cuti persekolahan.
19. Penyediaan Buku-Buku Tambahan ialah seperti yang berikut:-

a. Buku Semakan BRM guru – PK1 (siapkan sebelum buka sekolah)
b. Buku Kehadiran Mesyuarat Guru – PK Ptg (siapkan sebelum Mesy Guru)
c. Buku Kehadiran Perhimpunan Sekolah – GK Bahasa (siapkan sebelum buka sekolah)

d. Buku Kehadiran Aktiviti Tambahan Guru datang ke sekolah – GK Kemanusiaan
(siapkan sebelum buka sekolah)
Tindakan : PK1, SU PK Petang, GK Bahasa dan GK Kemanusiaan

AGENDA 5: KURIKULUM, HEM DAN KOKURIKULUM
20. En. Samat bin Hassan (PK1) mengucapkan jutaan terima kasih pada semua guru yang

membantu melaksanakan kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran.
21. PK1 meminta kerjasama guru-guru untuk mengemaskini e-operasi masing-masing kerana

pihak PPD memerlukan maklumat tersebut untuk dibentangkan di peringkat KPM.
Tindakan : Semua Guru

22. PK1 meminta semua guru melengkapkan dan menghantar modul Pentaksiran Bilik Darjah
sebelum tarikh akhir.
Tindakan : Semua Guru

23. En. Husnisham bin Yusuf (PK.KO) memaklumkan bahawa program 1M1S hanya mencapai 8
dari 12 program. Oleh yang demikian, program 1M1S perlu dipertingkatkan lagi pada tahun
hadapan.

24. PKKO meminta guru-guru tingkatan yang belum melengkapkan PAJSK supaya
melengkapkannya segera.
Tindakan : Guru Tingkatan

AGENDA 6 : PEPERIKSAAN SPM & STPM
25. Peperiksaan SPM sedang berlangsung sekarang. Surat lantikan untuk guru bertugas semasa

peperiksaan berlangsung telah disediakan.

AGENDA 7 : PENGURUSAN PANITIA
26. PK1 mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua ketua panitia yang terlibat kerana

semua elemen dalam SKPMg2 telah selesai diisi .

Makluman : Semua guru

AGENDA 8 : BUDAYA TUTUP SEKOLAH
27. Budaya Tutup Sekolah akan diadakan pada Khamis, 22/11/2018. Selain kelas-kelas, bilik guru

dan bilik elektrik di bilik sakit mesti dibersih dan dikemaskan.

Tindakan : Guru Tingkatan

28. Budaya Buka Sekolah pula akan diadakan pada hari Ahad 30/12/2018 dan hari Isnin,
31/12/2018. Semua pelajar terlibat wajib hadir ke sekolah. Secara rasmi sekolah akan dibuka
semula untuk sesi 2019 pada hari Selasa 1/1/2019. Pihak sekolah mesti mematuhi slogan : Satu
murid – satu kerusi – satu meja – satu set buku teks.

Tindakan : Guru Tingkatan

29. Buku Rekod Kehadiran Murid perlu ditutup pada 22/11/2018 dan diletakkan di rak di dalam
pejabat. Manakala senarai nama pelajar berhutang perlu serahkan kepada PK1 sebelum
22/11/2018.

Tindakan : Guru Tingkatan

30. TP mengarahkan supaya bilik guru dibersihkan dan stor elektrik di bilik sakit dikemaskan.

Guru juga perlu memastikan semua buku latihan dikembalikan semula kepada pelajar dan tidak
disimpan di atas meja di bilik guru sepanjang cuti persekolahan. Semua aktiviti pembersihan
akan diadakan pada hari Khamis 22 Nov 2018.

Tindakan : Semua Guru

31. Pembersihan kelas sebelum sesi persekolah juga akan diadakan pada hari Ahad 30/12/2018
dan hari Isnin, 31/12/2018. Semua pelajar terlibat wajib hadir ke sekolah bersama guru kelas.

32. Secara rasmi sekolah akan dibuka semula untuk sesi 2019 pada hari Selasa 1/1/2019 .Guru
perlu memastikan setiap murid disediakan satu kerusi dan satu meja bagi setiap kelas. Selain
dari itu, pelajar juga akan dibekalkan satu set buku teks tingkatan semasa.

Makluman : Semua guru

AGENDA 9 : HAL-HAL LAIN

33. TP memaklumkan bahawa guru-guru boleh memberikan bahan-bahan yang hendak diedarkan
kepada semua guru, semasa Mesyuarat Guru Pertama boleh menyerahkan kepada PK1 untuk
diperbanyakkan sebelum hari Khamis, 20 Disember 2018 untuk dimasukkan ke dalam fail
yang akan dibekalkan kepada semua guru.

34. Guru-guru perlu memastikan semua senarai semak penghantaran bahan-bahan dan serahan
tugas dilengkap dan diisi sebelum cuti persekolah bermula dan diserahkan kepada PK1.

Makluman : Semua guru

35. TP juga menegaskan semua guru perlu sediakan Fail Pengurusan Prestasi yang mengandungi
Borang Keberhasilan, Senarai Tugas, Sijil-Sijil Pencapaian, Kegiatan aktiviti yang
dilaksanakan sepanjang tahun, Kelas tambahan yang dilaksanakan dan lain-lain lagi untuk
proses penilaian prestasi bagi tahun 2019.

36. TP juga mengingatkan supaya pada sesi 2019, semua guru dikehendaki membeli dan memakai
baju unit beruniform masing-masing setiap hari Rabu dan berpakaian batik setiap hari khamis.
Guru boleh menyediakan baju-baju tersebut semasa cuti persekolahan 2018.

Tindakan : Semua guru

37. PK1 dikehendaki mengeluarkan surat pemberitahuan kepada waris ibu bapa pelajar tentang
tarikh-tarikh penting yang pelajar perlu hadir ke sekolah semasa cuti.
Tindakan : PK1

38. Pengetua juga memaklumkan bahawa AJK Badan Kebajikan Guru & Staf sesi 2018/2019,
boleh mula merancang aktiviti sepanjang tahun 2019.

Tindakan : AJK Badan Kebajikan Guru & Staf sesi 2018/2019

39. Tarikh akhir penyerahan segala tuntutan perjalanan dan bil-bil pembelian adalah pada hari
Khamis, 15/11/2018

Makluman : Semua guru dan kakitangan pejabat

40. TP memaklumkan bahawa emel sekolah adalah SULIT. Kata Laluan emel sekolah hanya boleh
dibuka oleh kakitangan pejabat sahaja, dan kata laluan akan sering bertukar setiap minggu.

Makluman : Pentadbir dan kakitangan pejabat

41. Bidang Tugas Guru sesi 2019 sedang dalam proses penyediaan akan diedarkan semasa
Mesyuarat Guru Yang Pertama.

Makluman : Semua guru

42. Pengetua mengucapkan tahniah kepada 11 orang guru SMKSAT yang telah dinaikkan Gred
dari DG48 ke Gred DG52. Beliau juga memaklumkan bahawa Perlaksanaan PdPc Abad ke-21
akan dilaksanakan sepenuhnya pada sesi 2019.

Makluman : Semua guru

43. TP menekankan berkaitan Penggunaan Buku Kerja bagi sesi persekolahan tahun 2019
tertakluk penggunaannya melalui Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 14
Tahun 2014 bertarikh 4 September 2014 dan mengingatkan supaya semua guru mematuhi
arahan yang telah ditetapkan. PK Hem memaklumkan bahawa terdapat guru yang tidak
menggunakan sepenuhnya buku latihan yang telah dibeli oleh pelajar dan menyebabkan
pembaziran berlaku.

Makluman : Semua guru

44. PK HEM juga mengingatkan supaya semua guru kelas untuk menyiapkan PAJSK kelas
masing-masing sebelum 15 November 2018. Untuk makluman, Guru kelas Tingkatan 5 perlu
mencetak sijil PAJSK dan meletakkan di dalam fail peribadi pelajar sebelum sesi persekolah
berakhir.
Makluman : Guru Kelas Tingkatan 5

45. PK1 memaklumkan berkaitan dengan E-Operasi di mana semua guru perlu mengemaskini dan
menyemak data masing-masing. Selain itu, beliau juga mengingatkan supaya semua guru dapat
menyiapkan semua modul 0ffline sebelum cuti persekolah bermula.

Tindakan : Semua guru

46. TP membentuk Jawatankuasa Video Sekolah dan Brosure Sekolah diketuai GK Teknik
Vokasional.

Tindakan : AJK Video Sekolah dan Brosure Sekolah

47. TP memaklumkan beberapa inovasi baru akan diperkenalkan pada sesi persekolahan 2019. Di
antaranya ialah dalam Perhimpunan Sekolah, PdPc dalam kelas dan sebagainya. Ketika
perhimpunan, kelas berlansung, perlulah menggunakan LCD dan komputer. Seperti
contohnya laporan guru bertugas, lagu negeri Kedah, lagu sekolah dipaparkan di layar skrin.

Beliau juga memaklumkan bahawa format baru LDP akan digunakan pada tahun hadapan.
Semua guru perlu mengikut format yang telah ditetapkan.

Makluman : Semua guru

48. En.Mohd Khairul Hafifi Bin Abdullah mencadangkan supaya baki duit Peningkatan Prestasi
digunakan untuk membeli pondok belajar kerana bilik-bilik kelas kebanyakannya digunakan.
GK Kemanusiaan mncadangkan supaya duit tersebut digunakan untuk membeli saguhati atau
hadiah kepada pelajar yang cemerlang.

49. En.Mohd Khairul Hafifi Bin Abdullah melaporkan jumlah anggaran kasar sebelum diaudit dan
disemak ialah seperti berikut :

PBS Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 : RM 7956.40
PPP Tingkatan 3, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 : RM 19 514.00

Makluman : Semua guru

50. Cadangan seterusnya adalah dari Pn, Norfasliza Binti Sahak supaya dapat membina jalan
berbumbung ke surau. GK Teknik Vokasional mencadangkan supaya dapat menyambungkan
jalan berbumbung ke kantin. Cadangan yang terakhir dari Pn.Shasharina iaitu membeli
makanan kepada calon-calon SPM 2018 dan diedarkan kepada mereka ketika waktu rehat.

Makluman : Semua guru

51. Ustazah Roshidah Binti Jusoh mengingatkan semua guru supaya memberikan wakaf sebanyak
RM50 sebelum cuti persekolah bermula. Duit tersebut akan digunakan untuk menaiktaraf
surau Al-Fateh SMKSAT. Semua guru boleh menyerahkan duit tersebut kepada beliau ataupun
Ustaz Hasbullah.

Makluman : Semua guru

52. TP memaklumkan Pelaporan Zakat Kedah Fasa II sebanyak RM6000 lebih dan digunakan
untuk membeli 2 LCD sebagai Alat Bantu Mengajar dan bantuan kepada murid miskin.

Makluman : Semua guru

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang dengan bacaan tasbih kifarah.

Disediakan oleh,

1) PN IZZATUL HAZWANI BINTI SAIMIN
2) PN. NUR AIZAH BINTI SADELI
3) PN NOOR HAZWANI BINTI ISHAK


Click to View FlipBook Version