The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KALI KE ENAM 2018

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sulaiman Abdul Hamid, 2018-12-22 17:58:40

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KALI KE ENAM 2018

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KALI KE ENAM 2018

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KALI KEENAM 2018
SMK SULTAN AHMAD TAJUDDIN

Tarikh : 11.11.2018
Hari : Selasa
Masa : 12.50 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat 2

Kehadiran : 1. Tn.Hj. Sulaiman B. Abd. Hamid - Pengetua

2. Tn. Hj. Samat B. Hassan - Pen. Kanan Pentadbiran

3. En. Husnisham B. Yusof - PK Kokurikulum

4. En. Suhaimi B. Mahmud - Pen. Kanan Tingkatan 6

5. Pn. Yusmaliza Bt. Mat Saad - GKM Bahasa

6. Pn. Lizana Binti Awang - GKM Kemanusiaan

7. Pn. Norizan Bt Ibrahim - GKM Sains dan Matematik

8. En. Ku Sulung Ku Johari - Kaunselor

Tidak Hadir (bersebab) - Pen. Kanan HEM (Mesyuarat)
1. En.Ramlan B. Osman - Pen. Kanan Petang (CRK)
2. Pn. Hajah Anisah Bt Yahya - GKM Teknik &Vokasional
3. En. Abdul. Rani B. Hj. Hanafi
(Mesyuarat)
4. En. Rusafzanizam Bin Che Kasa - Kaunselor (CRK)

Agenda I: Aluan Pengerusi

1. Tuan Pengetua (TP) mengucapkan salam dan memulakan mesyuarat dengan bacaan al- Fatihah.
Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua pentadbir .

2. TP juga mengucapkan terima kasih dan tahniah atas segala kerjasama yang diberikan dan kejayaan
yang dicapai sepanjang tahun 2018 dan mengharapkan kerjasama ini berterusan hingga tahun 2019.

3. TP menyatakan bahawa mulai tahun depan minit mensyuarat akan diedarkan melalui telegram dan
hanya dicetak untuk dimasukkan ke dalam fail.

Agenda II: Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

4. TP meminta semua pentadbir membaca minit mesyuarat yang lalu.
5. Pn. Lizana Bt Awang mencadangkan minit mesyuarat yang lalu diterima dan disokong oleh En.

Husnisham Bin Yusof.

Agenda III: Perkara- perkara berbangkit

6. Perkara 5 .TP mengingatkan bahawa untuk minit mesyuarat yang akan datang sekiranya ada ahli yang
tidak hadir perlu dinyatakan sebab.
Tindakan: Semua GKM

7. Perkara 14: TP menegaskan sekali lagi berkaitan Pn. Masliza yang cuti bersalin tidak akan ada guru
ganti

1

Agenda IV: Hal- Hal Pengurusan Sekolah

PKB
8. TP memaklumkan berkaitan Fail PKB perlu dikemas kini dan ditutup

Tindakan: Semua Pentadbir

Budaya Tutup Sekolah 2018
9. Budaya tutup sekolah akan diadakan pada hari Khamis 22.11.2018

- Blok A,B,C dan D akan dipantau oleh PK Petang
- Blok E dan F akan dipantau oleh PK1
- Asrama akan dipantau oleh PK HEM

Tindakan: PK Petang, PK Pentadbiran dan PK HEM

10. Pelajar- pelajar 4USM dan 4 UM akan dipindahkan ke Makmal kerana di Blok E dan F akan diadakan
peperiksaan STPM
Tindakan: PK Pentadbiran

11. Pelajar- pelajar 6 Rendah diminta mengemaskan kelas mereka sebelum masuk ke dewan
Tindakan: PK Tingkatan 6

Budaya Buka Sekolah 2019

12. Akan diadakan pada hari Ahad dan Isnin iaitu 30.12.2018 & 31.12.2018 . Semua pelajar wajib hadir
ke sekolah untuk membersihkan kelas

13. TP menjelaskan berkaitan Taklimat Pengarah Pendidikan Negeri Kedah yang diberikan oleh
Pengarah Pendidikan Negeri Kedah. (Rujuk Slide dalam Telegram Pentadbiran bertarikh 11
November 2018)

SKPMg2
14. TP memaklumkan bahawa semua elemen dalam SKPMg2 telah selesai diisi dan meminta semua

eviden disimpan dengan baik untuk tujuan pemantauan.
15. TP memaklumkan laporan perakuan yang dihantar oleh PPD

S1 92.05
S2 89.06
S3.1 89.42
S3.2 86.31
S3.3 89.15
S4 90. 13
Tindakan dan Makluman : Semua PK dan GKM

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

16. TP mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana semua markah prestasi guru telah selesai diisi
17. TP meminta semua borang Keberhasilan guru disimpan sebagai bukti.

Tindakan: Semua Pentadbir

2

Perancangan Tahunan 2019

18. TP meminta agar Buku Perancangan Pengurusan Sekolah dan Jadual Waktu disiapkan sebelum sesi
2019 bermula.
Tindakan: PK1

19. TP meminta beberapa buku perancangan mesti disiapkan
1. Buku Perancangan Pengurusan Sekolah dan Jadual waktu – Tindakan PK1
2. Buku Perancangan HEM dan KOKO- Tindakan PK HEM dan PK KOKO
3. Buku Perancangan Taktikal dan Pelan Operasi setiap tingkatan- Tindakan GK Sains
Matematik serta AJK
4. Buku Perancangan Taktikal setiap tingkatan : Tindakan PK 1 dan PK Petang
5. Buku Perancangan Bimbingan dan Kaunseling- Tindakan PK HEM dan Guru B&K
6. Buku Perancangan Taktikal Tingkatan 6 – Tindakan PK Tingkatan 6

Keputusan PT3
20. Akan diumumkan pada hari Khamis 13. 12. 2018 pada pukul 9.00 pagi
21. TP meminta PK1 dan SU PT3 membuat persediaan

Tindakan : PK1 dan SU PT3

Mesyuarat Guru, Kurikulum, HEM dan Kokurikulum Siri 1/ 2019
22. TP memaklumkan beberapa tarikh berkaitan mesyuarat tahun depan

- Mesyuarat Pengurusan : Ahad 23.12.2018 jam 8.30 pagi
- Mesyuarat Guru : 26.12.2018 jam 8.30 pagi
- Mesyuarat Kurikulum : Ahad 30.12.2018 jam 8.30 pagi
- Mesyuarat HEM dan Kokurikulum : 31.12.2018 jam 8.30 pagi
Tertakluk pada pindaan. Rujuk surat edaran kepada pelajar

23. Cikgu Ku Sulong mencadangkan supaya Mesyuarat Guru pada tahun hadapan diadakan di luar
sekolah. Beliau mencadangkan di ILP. TP meminta supaya PK1 membuat persediaan
Tindakan PK1 dan Cikgu. Ku Sulong

VLE Frog
24. Semua pentadbir wajib menguasai penggunaan VLE Frog supaya guru- guru tidak menuding jari

kepada barisan pentadbir.
Tindakan : Semua Pentadbir

25. Penggunaan makmal perlu diatur dan diselaraskan. Laporan akan dihantar setiap minggu.
26. TP juga memaklumkan berkaitan penguatkuasaan penggunaan telefon YES yang dibekalkan oleh

KPM kepada guru. Sekiranya ada yang hilang atau rosak sila maklumkan kepada pihak sekolah.
27. Guru- guru dan pentadbir dicadangkan untuk menyediakan bahan- bahan VLE Frog semasa cuti

sekolah untuk digunakan pada sesi 2019.
28. TP memaklumkan rasa tidak puas hati Ketua Pengarah terhadap status penggunaan VLE Frog Negeri

Kedah. Berkemungkinan besar beliau akan turun memantau.
29. TP mencadangkan pada tahun hadapan semua guru akan masuk sekali setiap bulan bagi memastikan

mencapai target terutama guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
30. TP juga mencadangkan agar pada tahun hadapan pihak sekolah menjemput En. Roslan dari PKG

Bandar Baharu untuk memberi sedikit taklimat berkaitan penggunaan telefon YES
3

Tindakan : Semua Pentadbir

Jadual Waktu Sesi 2019.
31. TP meminta supaya jadual waktu disiapkan sebelum cuti persekolahan

Tindakan : PK1 dan PK Petang

Penyediaan Buku- buku Tambahan
32. TP meminta disediakan buku- buku tambahan untuk kegunaan tahun hadapan

a. Buku Semakan Buku Rekod Mengajar Guru- PK1 (Siapkan sebelum buka sekolah)
b. Buku Kehadiran Mesyuarat Guru – PK Petang (Siapkan sebelum Mesyuarat Guru)
c. Buku Kehadiran Perhimpunan Sekolah – GK Bahasa (Siapkan sebelum buka sekolah)

d. Buku Kehadiran Aktiviti Tambahan guru datang ke sekolah- GK Kemanusiaan(Siapkan

sebelum buka sekolah)

PLC.
33. PLC akan dilakukan pada tahun hadapan secara berfokus. Semua maklumat akan disimpan di dalam

fail dan dibentangkan semasa mesyuarat guru.

Agenda V: Hal- hal lain

34. TP meminta PK1 memaklumkan kepada Pembantu Tadbir agar menyediakan fail untuk mesyuarat
guru sesi 2019. Bahan- bahan edaran akan diedarkan semasa mesyuarat dan dimasukkan ke dalam
fail. Bahan- bahan yang hendak dimasukkan dalam fail perlu diserahkan kepada PK1 sebelum
mesyuarat untuk diperbanyakkan
Tindakan : Semua PK

35. TP meminta PK1 menyediakan senarai semak sebelum cuti sekolah kepada guru dan jadual bertugas
pentadbir semasa cuti sekolah juga perlu disediakan. TP juga meminta agar PK1 mengeluarkan surat
pemberitahuan kepada waris/ ibu bapa tentang tarikh- tarikh yang pelajar perlu tahu untuk hadir ke
sekolah.
Tindakan : PK1

36. Cikgu Lizana menanyakan berkaitan ‘Vending Machine Air Tin’ yang dijual di kantin sekolah. TP
memaklumkan bahawa beliau akan berbincang dengan pengusaha kantin.

Agenda VI : Penutup

37. TP mengucapkan terima kasih atas sumbangan idea semua pentadbir dan menganggap bahawa
mesyuarat ini amat penting untuk kecemerlangan sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang

Disediakan oleh Disemak oleh:

…………………………………….. ………………………………….
(YUSMALIZA BINTI MAT SAAD) (TUAN HAJI SAMAT BIN HASSAN)

4

5


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Buku Pengurusan SMKKB 2019
Next Book
manual pengurusan2019_merge