INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM)
(AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 2)
EDUP2083D
ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA WOON SIEW YEN
ANGKA GILIRAN 2021192380020
NO. KAD PENGENALAN 780918-06-5626
KUMPULAN/UNIT PAK A1
TAJUK TUGASAN PENULISAN
NAMA PENSYARAH PEMBIMBING
TARIKH HANTAR EN BADRUL HISHAM B. MOKHTAR
5 DECEMBER 2021
TARIKH TERIMA MAKLUM BALAS
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
I
PERKARA 1
Pengenalan 5
Isi-isi 6
Kesimpulan
RUJUKAN
Pengenalan
Setiap manusia akan mengalamai proses pertumbuhan dan perkembangan masing-masing.
Perkembangan ialah perubahan kualitatif yang dialami oleh individu dari satu peringkat ke
peringkat yang lain. Perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan
dengan peringkat yang lebih awal. Santrock (2008) dalam Haliza Hamzah, & Joy N. Samuel
(2011) mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan
sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.
Menurut Crow dan Crow (1980) dalam Mohd. Sharani Ahmad (2005), perkembangan
merupakan perubahan secara ‘kualitatif’ serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi
pemikiran, rohani, moral dan sosial.
Isi-isi
Secara umumnya, aspek perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada empat jenis iaitu
perkembangan fizikal, perkembangan kognitif, perkembangan psikologi dan perkembangan
moral. Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada lima
aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima aspek ini pula
adalah berasaskan kepada dua faktor yang utama iaitu dipengaruhi oleh faktor baka dan
faktor persekitaran. Ahli psikologi juga telah berpendapat bahawa tiada individu di dunia ini
yang mempunya kadar perkembangan yang sama dan menjadikan faktor baka (nature) dan
faktor persekitaran (nurture) sebagai penyebab utama ketidaksamaan kadar perkembangan
seseorang individu.
Ketua Bidang Dasar, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Dr.
Sharifah Nor Puteh (2007) berpendapat bahawa pendidikan awal yang berkualiti amat perlu
bagi meningkatkan perkembangan menyeluruh seorang kanak-kanak. Menurut beliau,
“perkembangan kognitif melibatkan pemerhatian, perbandingan dan diskriminasi, ramalan,
konsep masa, konsep ruang dan penyelesaian masalah, pengelasan, padanan satu dengan
satu konsep nombor, operasi nombor dan pengukuran,”. Maka, dapat disimpulkan bahawa
sesuatu perkembangan itu penting untuk menjadikan seseorang terutamanya kanak-kanak
berkelakuan baik sepanjang masa.
Perkembangan fizikal ialah proses perubahan yang melibatkan kemahiran psikomotor
dalam diri seseorang individu atau kanak-kanak. Perkembangan yang melibatkan kemahiran
psikomotor ini sebenarnya melibatkan penggunaan seluruh anggota badan untuk melakukan
aktiviti-aktiviti fizikal. Contohnya tangan, kaki utuk memegang pensil, menendang bola, berlari,
berjalan dan banyak lagi kemahiran fizikal. Perkembangan fizikal juga melibatkan koordinasi
1
badan selain melibatkan pergerakkan motor. Apabila seseorang bayi berubah beransur-ansur
menjadi seorang kanak-kanak, mereka akan mengalami proses perkembangan fizikal. Secara
keseluruhannya, perkembangan fizikal merujuk kepada pertumbuhan anggota badan mereka,
kemahiran motor yang melibatkan anggota badan tersebut dan koordinasi bagi kemahiran
motor kasar dan motor halus.
Selain itu, perkembangan kognitif pula merupakan perubahan yang melibatkan
pemikiran seseorang individu atau kanak-kanak. Bagi Siti Hawa Munji dan Ma’rof Redzuan
dalam buku mereka yang bertajuk Pengantar Psikologi mentafsirkan perkembangan kognitif
sebagai perubahan pemikiran dan intelek seseorang individu atau kanak-kanak tersebut.
Pada pendapat saya, perkembangan kognitif ini menjurus kepada perubahan yang berlaku
dalam otok mereka dan proses-proses pemikiran yang terjadi dalam otak mereka. Kemahiran
yang melibatkan pemikiran ialah kemahiran 3M iaiti membaca, menulis dan mengira.
Kemahiran yang melibatkan otok bekerja pula ialah proses pengamatan, penaakulan,
mengingat, memberi pendapat, menganalisis dan sebagainya. Semua proses tersebut akan
membantu seseorang individu atau kanak-kanak itu berfikiran kreatif dan kritis dan menjana
pemikiran mereka untuk berpandangan jauh.
Di samping itu, perkembangan emosi merujuk kepada perubahan yang melibatkan
emosi dan cara seseorang individu atau kanak-kanak itu mengawal dan mengurus emosi
mereka. Pensyarah Psikologi Perkembangan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut
Pendidikan Universiti Antarabangsa Malaysia, Dr. Mastura Badriz, berkata “Ilustrasi emosi
yang terlihat dalam kehidupan harian kanak-kanak berfungsi sebagai satu cara bagi
komunikasi untuk memberitahu dan menyatakan keperluan mereka.” Perkembangan emosi
merupakan salah satu cara kanak-kanak untuk mengekspresikan buah pemikiran mereka
serta perasaan mereka.
Akhir sekali ialah perkembangan sosial. Perkembangan sosial ini ialah hubungan yang
terjalin antara seseorang individu dengan individu yang lain atau dalam sesuatu kelompok
masyarakat. Hubungan sosial yang terjadi antara mereka adalah sesuai dengan suasana
sekitarnya dan norma masyarakat. Perkembangan sosial ini juga melibatkan kemahiran
interpersonal dan intrapersonal.
Konsep perbezaan individu adalah konsep yang merujuk kepada keunikan dan
ketidaksamaan yang wujud di antara manusia yang berlainan. Ia juga boleh ditakrifkan
sebagai variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan sama ada dari sifat
kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku sosial, bakat dan lain-lain aspek.
2
Perbezaan yang pertama adalah perbezaan kognitif. Murid-murid mempunyai aras
kognitif yang berlainan. Oleh itu, mereka memproses rangsangan yang diterima daripada
persekitaran dengan cara-cara yang berlainan. Sebagai contoh, perempuan biasanya
memiliki pencapaian akademik yang lebih tinggi dari lelaki kerana mereka lebih rajin.
Perbezaan kognitif mewujudkan murid pintar cerdas, sederhana, IQ rendah, kecerdasan
pelbagai, dan berkeperluan khas.
Perbezaan fizikal pula merupakan satu perbezaan yang ketara. Murid-murid berbeza
dari aspek kekuatan fizikal. Secara umumnya, fizikal dan tingkah laku lelaki lebih kasar dan
agresif berbanding perempuan. Murid-murid lelaki juga dapat menjalankan aktivirti lasak
seperti mendaki gunung, abselling, atau mengayuh kayak dengan lebih baik berbading murid-
murid perempuan. Perbezaan fizikal mewujudkan murid-murid yang tinggi, sederhana, kecil,
gemuk, kurus, kuat dan lemah.
Satu lagi perbezaan pada diri murid-murid ialah perbezaan emosi. Semua murid
mempunyai tahap emosi yang berlainan kerana mereka berasal daripada keluarga yang
mempunyai tahap sosio-emosi dan kemahiran-kemahiran sosial yang berlainan. Sebagai
contohnya, murid-murid dapat menunjukkan emosi yang berlainan apabila melibatkan diri
dalam drama atau lakonan. Perbezaan emosi akan mewujudkan kompetensi kecerdasan
emosi murid tinggi, sederhana dan rendah, termasuk negatif dan positif.
Selain itu, murid-murid juga terdedah kepada perbezaan rohani. Setiap orang
mempunyai agama mereka yang tersendiri. Anak-anak akan biasa mengikuti agama ibu bapa
mereka. Sebagai contoh, murid-murid daripada bangsa yang berlainan akan pergi ke tempat-
tempat ibadat yang berlainan dan mempunyai kepercayaan-kepercayaan yang berlainan.
Pesonaliti ditakrifkan sebagai satu kombinasi attribute, motif, nilai & tingkah laku yang
unik kepada sesuatu individu. Ia merujuk kepada organisasi, watak, perangai, intelek, bentuk
badan yang stabil yang menentukan penyesuaian unik individu terhadap persekitarannya.
Sebagai guru yang sensitive dan peka, dia akan memahami personaliti kanak-kanak tersebut
dengan pemerhatian gaya percakapan, cara bertindak, tingkah laku serta interaksi dan
komuniti murid di dalam bilik darjah. Personaliti kanak-kanak senang dipengaruhi oleh ibu
bapa mahupun guru yang inginkan perkataan.
Konsep kendiri ditakrifkan sebagai persepsi tentang diri sendiri dan merangkumi
gambaran tentang rupa, kesihatan, kelemahan, kedudukan dan tingkah laku kendiri
seseorang individu. Sebagai guru perlu sentiasa memberi pujian dan galakan kepada anak
murid semasa menjalankan aktiviti. Dengan ini, ini secara tidak langsung telah membina
3
konsep kendiri yang positif kepada anak-kanak tersebut. Mereka akan lebih yakin dan percaya
pada diri sendiri. Selain itu, guru perlu mengembangkan potensi yang sedia ada pada kanak-
kanak seperti bidang akademi, kesukanan, bidang seni, dan sebagainya. Guru tidak boleh
membandingkan antara rakan-rakan yang lain sebab setiap individu adalah berbeza dan unik.
Untuk meningkatkan keupayaan kanak-kanak dari kompetensi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial, sebagai guru langkah-langkah berikut perlu diambil kira. Guru perlu
mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kerana wujudnya
perbezaan individu, personaliti dan konsep kendiri kanak-kanak yang berbeza. Pada
umumnya, strategi pengajaran terbahagi kepada tiga jenis iaitu strategi pemusatan, iaitu
pemusatan kepada guru, murid atau pada bahan. Pemilihan strategi pengajaran oleh guru
bergantung pada situasi murid. Pemusatan strategi yang dipilih adalah tidak tetap kerana ia
perlu bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak yang
cerdas pintar perlu aktiviti yang lebih berbanding dengan kanak-kanak yang memerlukan
perhatian atau masa yang lebih dalam pembelajaran.
Selain itu, guru perlu memberi peneguhan positif dan penangguhan negatif.
Peneguhan positif bermakna guru memberikan pujian atau hadiah kepada satu tingkah laku
positif yang ditunjukkan oleh murid. Sebalikknya, jika sesuatu tingkah laku yang dibentuk oleh
murid tidak dikehendaki atau negatif guru boleh menggunakan penangguhan negatif. Di
samping itu, setiap tingkah laku individu yang berbeza-beza memerlukan satu teknik motivasi
yang berbeza-beza. Contoh, seorang yang malas belajar dengan seorang yang tidak
mempunyai cita-cita memerlukan tenaga penggerak yang berbeza-beza.
Guru juga perlu memerhati kanak-kanak secara individu dan mengumpulkan mereka
yang mempunyai sifat, tingkah laku, personaliti yang sama atau hampir sama dalam satu
kumpulan. Guru dapat mengenal pasti punca kelemahan murid dan dapat memberikan
penumpuan yang sepenuhnya. Kanak-kanak digerakkan dalam pembelajaran mereka
dengan mengetahui apa yang dibuatnya dan dengan memulakan kegiatannya sendiri k earah
mencapai sesuatu peringkat. Guru hanyalah sekadar membimbing kanak-kanak yang perlu
mendapatkan bantuan.
Di samping itu, jjika kanak-kanak tidak dapat terlibat atau mengikuti sebahagian besar
pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Maka, kelas pemulihan perlu
diadakan supaya dapat mengurangkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh kanak-
kanak dan seterusnya membina sifat keyakinan diri. Dalam kelas pemulihan ini, guru dapat
memberi fokus dan merancangkan aktiviti pengajaran yang lebih senang difahami oleh kanak-
kanak. Guru perlu menyediakan satu program pengayaan berdasarkan tahap pencapaian dan
4
kemahiran asas yang ditunjukkan oleh kanak-kanak. Program pengayaan ini dapat menolong
para guru merancang beberapa strategi pengajaran yang sesuai dengan tahap kemampuan
kanak-kanak yang berbeza-beza.
Selain itu, guru juga bertindak sebagai pembimbing dan bertanggungjawab untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang positif. Kanak-kanak boleh membuat aktiviti sama
ada secara persendirian atau berkumpulan. Aktiviti ini boleh dilakukan dengan cara
penyelidikan, lawatan, demonstrasi dan juga kerja-kerja projek. Guru perlu mahir dalam
menyusun strategi perancangan yang sesuai dan kreatif tanpa hanya merujuk kepada buku
teks sahaja. Aktiviti ini dapat membantu kanak-kanak meningkatkan lagi pencapaian mengikut
perkembangan masing-masing. Kanak-kanak digerakkan terlebih dahulu tentang apa yang
patut dilakukan. Mereka juga bebas untuk memilih aktiviti pembelajaran yang disukai. Murid
akan belajar mengikut kemampuan dan cara yang tersendiri.
Guru menggunakan segala kebolehan dan bakat sebagai guru semasa berhadapan
dengan murid. Guru perlu menggunakan semua pencainderanya seperti tepuk tangan, fokus
pandangan, gerakan kepala dan gerakan fizikal guru yang berbagai-bagai. Guru perlu
mempunyai asas kemahiran kaunseling. Etika kaunseling adalah penting apabila berhadapan
dengan kanak-kanak. Guru yang memahami masalah kanak-kanak sahajalah yang mampu
menyelesaikan masalah pembelajaran mereka.
Mengikut ahli psikologi Encik Roslan Bt Mat Piah, kanak-kanak dilahirkan dengan
potensi semula jadi, potensi yang ada pada kanak-kanak adalah tidak terhad. Sebagai guru
kita perlu sentiasa memerhatikan kemahiran atau kebolehan yang ada pada kanak-kanak
tersebut. Sebagai guru kita tidak boleh melabelkan kanak-kanak tersebut seperti nakal, bodoh,
lambat, dan sebagainya. Ini kerana apa yang kita tanam pada kanak-kanak tersebut akan
menjadikan sebenar. Berjaga-jaga kerana fitrah manusia sebaik-baik kejadian. Jika guru
dapat menyampaikan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan dan berlainan mengikut
perbezaan individu, personaliti dan konsep kendiri kepada semua kanak-kanak mengikut
perkembangan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani masing-masing, maka kanak-kanak
dapatlah tempat pembelajaran yang sesuai dan betul untuk mereka. Ini sangat membantu
untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya.
Kesimpulan
Perbezaan individu adalah satu elemen yang penting dalam bidang psikologi pendidkan.
Perbezaan individu dalam kalangan kanak-kanak harus dipelajari dan dikenal pasti oleh
seseorang guru bagi melancarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Cabaran
5
yang paling besar dihadapi oleh guru-guru adalah untuk menangani pelbagai kesan yang
disebabkan oleh perbezaan individu dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
dengan baik supaya ianya memberi faedah kepada semua pihak.
(1694 patah perkataan)
6
Rujukan:
Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan. (2006). Psikologi Pendidikan. PTS
Professonal Publishing Sd. Bhd.
Mohd. Sharani Ahmad. (2006). Psikologi Kanak-kanak. PTS Professonal Publishing Sd.
Bhd.
Nurhu Maisarah Bt Fakir. (2012, Ogos 30). Psikologi Duniaku. Dipetik daripada
http://psikologiduniaku2012.blogspot.com/2012/08/v-behaviorurldefaultvmlo.html
Zamzuri Bin Zainol. (2020, Januari). Perbezaan Individu. Universiti Sains Malaysia. Dipetik
daripada https://www.researchgate.net/publication/341447917_Perbezaan_Individu
7