Majlis Persaraan Puan Teh Ying Ting merupakan satu majlis khusus yang diadakan sempena meraikan persaraan beliau di kolej ini. Majlis yang bakal diadakan adalah bagi mengenang jasa dan bakti beliau sejak berkhidmat di kolej ini pada bulan Januari 2019. Majlis Puan Teh Ying Ting akan diadakan bagi menghargai sumbangan dan jasa yang telah ditaburkan oleh beliau, terutamanya sebagai guru MUET di kolej ini. Beliau bukan sahaja menjalankan tugasnya dengan penuh cemerlang dalam membimbing unit MUET, malah berdedikasi dan bersungguh-sungguh dalam mendidik pelajar KTETF ke arah kecemerlangan