KISAH SEORANG
Nela
yan
Pada zaman dahulu, ada
seorang nelayan yang
miskin lagi jujur pergi
keluar menjala di tengah
lautan.
Sewaktu nelayan itu menarik
jalanya kali ini, dia
mendapat seekor ikan yang
sangat luar biasa. Sisik ikan
itu berkilau-kilauan seperti
emas. Dua biji matanya pula
kelihatan seperti intan yang
bergemerlapan.
1
Setelah dia mengalihkan ikan
itu ke dalam sebuah bekas
yang mengandungi air laut,
dia duduk berfikir seketika.
“Pasti tidak ada sesiapa yang
akan mahu membeli ikan ini
dengan harga yang tinggi,”
katanya dalam hati. “Mereka
akan menganggap ikan ini
seperti ikan-ikan biasa yang
lainnya.”
2
Setelah puas berfikir, dia
mengambil keputusan untuk
membawa ikan itu menghadap
rajanya. Raja di negeri tempat
tinggalnya itu termasyhur
sebagai seorang raja yang amat
adil lagi bijaksana. Akan tetapi,
permaisuri baginda terkenal
pula dengan sikap kikir serta
tamak. Namun, dia bertekad
untuk mempersembahkan ikan
itu kepada raja.
3
Sewaktu menghadap rajanya
dengan mempersembahkan ikan
tangkapannya itu, raja tersebut
berasa takjub lagi kagum ketika
melihat ikan itu.
“Wahai nelayan, Di manakah
engkau dapat ikan yang ganjil
lagi ajaib ini?”
4
Nelayan itu mengangkat
sembah sambil berkata,
“Ampun tuanku! Patik dapat
menangkap ikan yang ajaib ini
dengan menjalanya di sebuah
teluk di lautan selatan negeri
ini.”
“Wah, sungguh engkau berani
menjala ikan di sana pada
masa keadaan laut
bergelombang besar lagi
berbahaya pada musim ini!”
puji raja.
5
Baginda raja berasa gembira
lalu menghadiahinya seribu
wang emas. Nelayan itu
bersyukur sesudah
mengucapkan terima kasih atas
kurnia rajanya itu. Dia
menerima pemberian raja itu
dengan penuh rasa hormat.
6
Pada waktu itu, permaisuri
raja berkata, “Ayuhai
Kekanda, bukankah pemberian
itu terlalu mahal bagi harga
seekor ikan sahaja.”
“Tidak mengapa, wahai
adinda! Ikan yang beta dapat
daripada nelayan ini bukan
ikan sebarangan. Cuba adinda
lihat ….,” titah baginda lalu
menunjukkan ikan yang sudah
dialihkan ke dalam sebiji
mangkuk yang berisi air.
7
Sisik ikan itu keemas-emasan
sementara biji-biji matanya
berkilau-kilauan seperti intan.
“Bagi adinda, ikan tetap ikan,”
celah permaisuri dengan
megahnya.
“Kalau demikian menurut adinda,
apakah yang mesti kakanda
lakukan sekarang?” titah baginda
sambil tersenyum.
8
“Itu mudah sahaja,” jawab
permaisuri. “Kekanda panggil
semula nelayan itu dan
titahkan kepadanya untuk
diberitahu sama ada ikan itu
jantan atau betina. Jikalah dia
menjawab jantan, kekanda
katakan betina dan begitu
sebalinya, supaya jawapan
nelayan itu boleh dikatakn
salah. Dengan yang demikian,
wang yang diambil itu kanda
paksa dia kembalikan.”
9
Setelah mendengar sembah
permaisuri itu, raja itu lalu
menitahkan pengawalnya
memanggil nelayan itu
datang kembali menghadap
baginda. Apabila si nelayan
mendengar bahawa dia
diperintahkan supaya
menghadap baginda semula,
nelayan itu tersentak.
Namun, dia segera masuk
menghadap raja.
10
“Ampun tuanku, patik datang
menghadap,” sembah nelayan itu.
Raja itu lalu bertitah,”Beta mahu
bertanya. Jika jawapan kamu
betul, tidak mengapa. Namun, jika
jawapanmu salah, beta mahu
kamu kembalikan semula hadiah
yang telah beta kurniakan kepada
kamu tadi.”
11
“Titah dijunjung, ampun
tuanku!” balas nelayan itu.
“Apakah ikan yang kamu bawa
sebentar tadi ikan jantan atau
ikan betina?”
Nelayan itu berfikir sejenak. Dia
pun lalu bersuara sesudah
beberapa ketika, “Ampun
tuanku, sebenarnya ikan itu
bukan ikan jantan atau ikan
betina. Ikan itu …..”
12
Raja itu kemudian ketawa
terbahak-bahak! Sesusah reda
ketawanya, baginda lalu
bertitah, “Bagus, kamu tidak
perlu menjawabnya!” Baginda
masih tersenyum simpul cuba
menahan dirinya daripada terus
ketawa. Baginda lalu
menghadiahi nelayan itu seribu
wang emas lagi.
13
Melihatkan tindakan baginda
raja, permaisuri mengerut-
ngerutkan keningnya sambil
menarik wajah masam
kerana rancangannya tidak
menjadi.
14
Nelayan itu semakin gembira
mendapat wang tambahan itu.
Dia pun memasukkan wang
yang baru diterimanya ke
dalam uncang yang dibawa.
Tiba-tiba sejumlah wang emas
itu jatuh ke lantai. Nelayan itu
memungutnya dengan segera
dan memasukkannya semula ke
dalam uncang.
15
Melihat akan hal itu, permaisuri
lalu berbisik kepada baginda
raja, “Lihat kekanda, betapa
kedekutnya nelayan ini. Satu
keping wang emas pun dia
kutip, sedangkan dia sudah
memiliki hampir dua ribu keping
wang emas!”
Raja bersetuju dengan kata-
kata permaisuri itu lalu baginda
bertitah lagi, “Hai, nelayan.
Kamu ini sangat kedekut! Kamu
mendapat banyak wang emas
tetapi sekeping yang jatuh pun
kamu pungut!”
16
Nelayan itu tersentak
mendengar akan titah
rajanya. Dia lalu mengangkat
sembah seraya berkata,
“Ampun tuanku! Sebenarnya,
patik memungut semula
wang emas yang jatuh itu
bukanlah patik kedekut dan
tamak. Patik amat
menjunjung duli tuanku. Patik
tidak rela wang emas yang
ditempa dengan gambar
wajah tuanku jatuh di lantai
dan dipijak-pijak orang,
ampun tuanku!”
17
Mendengar akan jawapan
nelayan itu, baginda berasa
sungguh terharu. Tanpa
berfikir-fikir lagi, baginda
menambah jumlah wang emas
kepada nelayan itu. “Wahai
nelayan yang bijaksana,” titah
baginda, “Kamu rakyat beta
yang taat lagi setia. Beta
tambah lagi jumlah wang emas
kamu itu.”
18
“Ampun tuanku, kurnia tuanku
patik junjung tinggi,” sembah
nelayan itu.
Permaisuri raja menjadi
bertambah-tambah murka
namun baginda hanya
menahan dirinya. Nelayan itu
pulang ke rumah dengan
perasaan yang sungguh
gembira.
19