MRAAHJAAD I
Perang Kelang ataupun Perang
Saudara Selangor berlaku dari
tahun 1867 hingga 1874. Ia
bermula dengan perbalahan antara
Raja Abdullah bin Raja Jaafar dan
Raja Mahadi bin Raja Sulaiman.
Pada tahun 1849 atau 1850,
sultan Selangor ketika itu, Sultan
Muhammad Shah meletakkan
jajahan Kelang di bawah jagaan
Raja Abdullah. Pada tahun 1866,
Raja Abdullah kemudiannya
telah memajak Kelang kepada
dua orang saudagar dari Negeri-
Negeri Selat yang bernama
William Henry Macleod Read
(W.H. Read) dan Tan Kim Ching.
Kedua-dua saudagar itu
kemudiannya keluar memungut
cukai daripada penduduk-
penduduk Kelang.
Sebelum Raja Abdullah dilantik
sebagai ketua Kelang, ayah Raja
Mahadi pernah menyandang
kedudukan Raja Abdullah.
Keadaan ini memberi Raja
Mahadi satu kedudukan yang
tinggi di kalangan orang Melayu
di Kelang. Oleh itu, Raja Mahadi
terasa terhina apabila orang
luar datang mengutip cukai
daripadanya. Dengan perasaan
marah, Raja Mahadi enggan
membayar cukai kepada dua
saudagar dari Negeri-negeri
Selat tersebut.
Setelah menguasai Kelang, Raja
Mahadi telah menghentikan bayaran
$500 kepada Sultan Abdul Samad
sepertimana yang biasa dilakukan
oleh Raja Abdullah. Tidak lama
selepas peperangan bermula pada
tahun 1868, Sultan Abdul Samad
telah mengkahwinkan puteri baginda,
Raja Arfah, dengan Tengku Kudin dan
juga telah melantik Tengku Kudin
sebagai pentadbir daerah Langat.
Sultan Abdul Samad
Tengku Kudin telah cuba untuk
menjadi pendamai. Walau
bagaimanapun, usaha Tengku Kudin
ditolak oleh Raja Mahadi. Tengku
Kudin tersinggung lalu memilih untuk
membantu Raja Ismail, anak Raja
Abdullah yang memimpin kumpulan
menentang Raja Mahadi setelah Raja
Abdullah meninggal dunia.
Tengku Kudin
Pada bulan Ogos 1868, Liu Ngiam Kong,
Kapitan Cina Kuala Lumpur telah mati
dan telah digantikan oleh pembantunya
Yap Ah Loy. Pada tahun 1869, beliau
telah dilantik secara rasmi oleh Raja
Mahadi yang pada ketika itu menguasai
Kelang. Walau bagaimanapun, Yap Ah
Loy telah berpaling tadah dan memberi
sokongan kepada Raja Ismail dan
Tengku Kudin setelah mereka berjaya
menguasai Kelang.
Yap Ah Loy
Tengku Kudin mempunyai
hubungan rapat dengan British di
Negeri-negeri Selat. Hubungan ini
memberikan pihak British satu
peluang untuk mempergunakan
hubungan ini untuk mempengaruhi
sultan Selangor.
Tengku Kudin dan Raja Ismail
bersama Captain Powlett. H.M.S.
"Avon".
Perang Kelang tamat dengan rasminya
pada tahun 1874. Keadaan ini telah
memaksa Raja Mahadi melarikan diri
keluar dari Selangor dan menetap di
Johor. Beliau meninggal dunia di sana
dan dimakamkan di Bukit
Mahmoodiah, Johor Bahru.
KOTA RAJA MAHADI DI KLANG
TELAH DIBINA OLEH RAJA MAHADI
SEBAGAI KOTA PERTAHANAN
MENENTANG BRITISH.