The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nilamskdls, 2022-06-09 09:44:38

Abu Nawas dengan Kelasi

Abu Nawas dengan Kelasi

Abu Nawas
dengan
Kelasi

Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki bernama
Abu Nawas. Abu Nawas terkenal kerana
sifatnya yang lurus.

Abu Nawas disukai orang kerana dia sering
membantu orang yang dalam kesusahan. Dia
juga tidak pernah menyusahkan orang lain.

Pada suatu hari, seorang kelasi datang
menemui Abu Nawas.

“Tuan Abu Nawas,” kata kelasi itu. “Saya
seorang kelasi tapi telah tertinggal kapal.
Suatu hari, tuan hakim datang merampas
segala harta benda saya. Katanya, malam tadi
dia bermimpi, saya menyuruh dia merampas
segala harta benda saya. Langsung

dirampasnya harta benda saya dan yang
tinggal hanya pakaian yang lekat di badan ini.
Inilah saya datang mengadu kepada tuan.”

Abu Nawas berfikir sebentar.

“Baiklah,” katanya. “Awak pulanglah dahulu. Nanti
saya ikhtiar bagaimana untuk mengajar hakim
itu.”

Kelasi itu pulanglah ke tempatnya. Sementara
itu, Abu Nawas berusaha mengumpulkan kanak-
kanak seramai yang boleh. Disebabkan dia
disukai orang, ramailah kanak-kanak yang mahu
membantunya.

“Esok kamu semua bawalah batu dan kayu. Bawa
sebanyak yang boleh. Kemudian, datanglah

berkumpul di rumah saya,” kata Abu Nawas
kepada kanak-kanak itu.

“Pelik betul. Entah apa yang nak dibuat oleh Abu
Nawas itu,” kata seorang kanak-kanak.

Namun, mereka tetap mematuhi suruhan Abu
Nawas.

Pada pagi keesokannya, puluhan orang kanak-
kanak berkumpul di rumah Abu Nawas. Mereka
membawa batu dan kayu. Mereka seolah-olah
mahu pergi berperang.

Orang-orang di bandar itu ternyata sesama
sendiri. Mereka tidak tahu, entah apa tujuan
Abu Nawas dengan kanak-kanak itu.

Setelah segala-galanya siap sedia, Abu Nawas
memimpin kesemua kanak-kanak itu menuju ke
rumah hakim.

Ketika itu, hakim sedang tidur. Dia tidak
menyedari apa yang berlaku di luar rumahnya.

Tidak lama kemudian, Abu Nawas bersama-
sama puluhan kanak-kanak itu sampai di rumah
hakim.

“Hai, kamu semua!” kata Abu Nawas kepada
kanak-kanak itu. “Lempar batu dan kayu, dan
pecahkan rumah hakim itu. Kalau ada orang
bertanya, katakan saja Abu Nawas yang
menyuruh kamu berbuat begitu. Kalau ada

orang mahu memukul kamu, pukul orang itu
balik. Semua harta benda hakim itu, ambil
sebanyak mana yang kamu suka.”

Tanpa berlengah, puluhan kanak-kanak itu
melempar rumah hakim itu dengan batu dan
kayu. Kemudian, mereka beramai-ramai
menyerbu lantas mengambil segala harta
benda kepunyaan hakim itu.

Hakim itu terkejut daripada tidurnya.

“Siapa yang menyuruh kamu memecahkan
rumah aku?” tanya hakim itu.

“Abu Nawas yang menyuruh kami
melakukannya,” jawab kanak-kanak itu.

Beberapa orang cuba membantu hakim itu.
Malangnya, mereka tidak berupaya kerana
kanak-kanak itu terlalu ramai. Tidak lama
kemudian, segala harta benda hakim itu habis
diambil oleh kanak-kanak itu. Hakim itu
ditinggalkan dalam keadaan sehelai sepinggang.

Hakim itu mengadu kepada sultan. “Habis segala
harta benda patik diambilnya, tuanku. Rumah
patik pun dipecahkannya!”

”Siapa yang menjadi ketuanya?” tanya sultan.

“Abu Nawas, tuanku!” jawab hakim itu.

Sultan memerintahkan agar Abu Nawas dibawa
menghadap baginda.

“Mengapa kamu pecahkan rumah hakim ini dan
segala harta bendanya kamu rampas?” tanya
sultan kepada Abu Nawas.

“Undang-undang siapa yang kamu pakai ini?”
Tanya baginda lagi.

“Sebenarnya, patik memakai undang-undang
tuan hakim juga, tuanku,” jawab Abu Nawas
dengan selamba.

Mendengar kata Abu Nawas itu, hakim
menundukkan kepala.

“Hai Abu Nawas!” titah sultan. “Apa sebenarnya
yang berlaku? Kamu memecahkan rumah hakim

dan merampas segala harta bendanya.
Sekarang kamu kata, semua ini undang-undang
dia. Cuba ceritakan pada beta, apa perkara yag
sebenarnya?”

“Begini tuanku….,” kata Abu Nawas. “Ada
seorang kelasi, disebabkan tertinggal kapal, dia
menetap di negeri ini. Suatu hari,hakim telah
merampas segala harta bendanya. Kata hakim,

dia bermimpi yang kelasi itu menyuruh dia
merampas segala harta bendanya. Malam
berikutnya patik pula bermimpi, hakim itu
menyuruh patik merampas segala harta
bendanya. Sebab itulah patik merampas segala
harta bendanya.”

Mendengar kata Abu Nawas, hakim itu
menundukkan wajahnya. Dia tahu, semua itu
salahnya sendiri.

“Hai, Abu Nawas!” titah sultan. “Mana boleh
mimpi dijadikan hukum?”

“Boleh tuanku!” jawab Abu Nawas. “Kalau hakim
itu bermimpi yang kelasi itu menyuruh dia

merampas segala harta bendanya dan dia
melakukannya, patik juga boleh melakukan
perkara yang sama.”

Sultan menggaru kepalanya. Baginda tidak
dapat menyelesaikan masalah itu.

“Mana kelasi itu? Bawa dia ke mari!” titah
baginda.

Tidak lama kemudian, kelasi itu pun dibawa
menghadap sultan.

“Benarkah segala yang diceritakan oleh Abu
Nawas itu?” tanya sultan.

“Benar, tuanku!” jawab kelasi itu.

“Suatu hari, hakim merampas segala harta
benda patik. Katanya, dia bermimpi, patik yang
menyuruh dia melakukannya.”

“Lepas itu?” tanya sultan lagi.

“Patik mengadu kepada Abu Nawas. Abu Nawas
pun merampas segala harta benda hakim itu.

Katanya, dia bermimpi yang hakim itu
menyuruh dia melakukannya.”

“Ini semua salah tuan hakim!” titah sultan
dengan murka. “Mana boleh mimpi dibuat
undang-undang. Perbuatannya bukan sahaja
menyusahkan orang lain, tetapi juga dirinya
sendiri. Mula-mula, dia merampas harta benda
orang kerana mimpi. Kini, segala harta

bendanya pula dirampas orang kerana mimpi
juga!”

“Mulai hari ini, kamu beta pecat. Segala harta
benda kamu hendaklah diserahkan kepada kelasi
itu, sebagai ganti rugi!” titah sultan lagi.

Hakim itu pulang ke rumahnya dengan kesal dan
dukacita. Semua harta bendanya habis

dirampas dan dia juga telah dipecat daripada
menjadi hakim. Segala yang menimpanya ini
disebabkan kebebalannya sendiri.

Kelasi itu amat berterima kasih kepada Abu
Nawas. Dia menyerahkan sebahagian daripada
harta bendanya kepada Abu Nawas, tetapi Abu
Nawas enggan menerimanya.

Tidak lama kemudian, sebuah kapal dari negeri
kelasi itu berlabuh di negeri itu. Sewaktu kapal
itu hendak berlayar, kelasi itu pun turut serta

Abu Nawas semakin disukai dan dihormati
orang. Walaupun sultan menawarkan jawatan
hakim kepadanya, namun dia enggan
menerimanya. Dia lebih suka hidup seperti
biasa.

Kalau ada sesiapa menghadapi masalah, mereka
akan mengadu kepada Abu Nawas. Abu Nawas
akan membantu menyelesaikan masalah itu
dengan baik.


Click to View FlipBook Version