Harimau
Haiwan Kebangsaan
Malaysia
Harimau Malaya diusulkan sebagai
subspesies yang berbeza
berasaskan mtDNA dan jujukan
mikrosatelit yang berbeza dengan
harimau Indochina. Dari segi warna bulu
dan saiz tengkorak, tidak banyak
bezanya dengan harimau
Indochina. Tiada rintangan geografi yang
nyata antara populasi harimau di
Semenanjung Malaysia utara dan
Thailand selatan.
Harimau Malaya mendapat pelbagai
nama gelaran namun yang paling popular
pastinya ‘Pak Belang’.
Harimau Malaya diabadikan dalam
lambang rasmi kerajaan Malaysia iaitu
dalam Jata Negara Malaysia.
Harimau Malaya dijadikan logo Polis
Diraja Malaysia (PDRM) untuk
melambangkan keberanian.
Harimau Malaya dijadikan lambang
kereta nasional Malaysia, PROTON.
Harimau Malaya dijadikan logo
Maybank, antara bank utama di
Malaysia.
Harimau Malaya turut menjadi lambang
dalam logo Persatuan Bola Sepak
Malaysia.
Pasukan bola sepak Malaysia digelar
Harimau Malaya.
Harimau Muda adalah nama pasukan
bola sepak Malaysia bawah 22 tahun
sebelum dibubarkan pada tahun 2015.
Maskot dan jersi utama juga diadaptasi
daripada corak belang yang terdapat
pada harimau Malaya.
Rimau adalah maskot Sukan SEA ke 29
yang diadakan pada tahun 2017 di Kuala
Lumpur, Malaysia.