AASSAALL UUSSUULL
PPUULLAAUU
LLAABBUUAANN
Pada asalnya, Pulau
Labuan merupakan
sebahagian daripada
Kesultanan Brunei dan
pulau ini kemudiannya
diserahkan kepada
British oleh Sultan
Brunei pada ketika itu,
iaitu Sultan Omar Ali
Saifuddin II pada tahun
1846.
Peristiwa ini berlaku
setelah British
bertindak
menggunakan pulau ini
sebagai tapak operasi
menentang lanun.
Labuan mendapat
namanya daripada
ringkasan perkataan
"perlabuhan" yang
merujuk labuhan dan
dikenali dengan nama
Victoria Island semasa
Labuan berada di
bawah pemerintahan
British.
Namun begitu, Labuan
yang diperintah oleh
Jepun pada tahun
1941 sekali lagi
menukar namanya
kepada Maida Island
sempena nama
Komander tentera
Jepun di Borneo, iaitu
Marquis Toshinari
Maeda.
Pada tahun 1946,
pulau ini kemudiannya
digabungkan dalam
Borneo Utara dan
digabungkan pula dalam
malaysia bersama-
sama Sabah pada
tahun 1963.
Setelah diisytiharkan
sebagai Wilayah
Persekutuan pada 1
Februari 1984,
kawasan penempatan
masyarakat Kedayan
dan Melayu Brunei ini
mula menjadi destinasi
utama untuk pelabur
asing berurus niaga.
Wilayan Persekutuan
Labuan juga diiktiraf
sebagai Pusat
Kewangan Persisir
Antarabangsa pada
tahun 1990 dan kini
dikenali sebagai Pusat
Perniagaan dan
Kewangan
Antarabangsa
(LOFSA).
Labuan pada masa ini
menjadi tarikan
pelancong dengan
adanya kawasan-
kawasan seperti
Taman Damai,
tinggalan sejarah
tentera Jepun di
Tanjung Taras dan
Taman Burung
Eksotik.
Labuan juga terkenal
dengan aktiviti sukan
air seperti
pertandingan
memancing di laut
dalam, luncur jet (jet
ski) dan berkayak.