The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nilamskdls, 2022-06-10 05:25:30

Anak Helang yang Malas

Anak Helang yang Malas

Anak Helang yang
Malas

Di sebuah hutan, tinggal seekor helang
bersama anaknya. Anak helang itu sangat
pemalas dan penakut. Sepanjang hari, ia hanya
tidur. Ibu helanglah yang menyediakan makanan
untuk anaknya setiap hari.

Jiran helang itu adalah seekor monyet. Monyet
selalu menasihati anak helang, “Kamu tidak

boleh bersikap malas. Apa yang akan kamu
lakukan jika ibumu tiada?”

Pada suatu hari, ibu helang hendak melawat
saudara mereka yang tidak sihat. Dia terpaksa
meninggalkan anaknya.

Ibu helang menggantungkan seketul isi ayam di
leher anak helang.

Pada hari yang pertama ketiadaan ibu helang,
anak helang hanya menundukkan kepalanya. Ia
dapat makan ayam itu dengan mudah. Ayam itu
masih tinggal separuh lagi untuk santapannya
esok.

Pada hari kedua, anak helang itu tidak dapat
makan ayam itu. Ia malas menggunakan

sayapnya untuk memegang ayam itu. Ia
sanggup menahan lapar.

Tiba-tiba, muncul seekor ular sawa. Anak
helang itu menjerit dan menangis kerana takut
akan ular sawa itu.

“Tolong!” jerit anak helang.

“Ha…ha…ha….! Anak helang ini sangat
pengecut,” kata ular sawa sambil ketawa. Ular
sawa merampas isi ayam yang tergantung di
leher anak helang itu. Ia memakannya sampai
habis. Anak helang hanya mampu menangis.

Monyet terdengar tangisan anak helang. Ia
segera datang dan menghalau ular sawa

tersebut. Ia menasihati anak helang supaya
mengubah sikapnya.

Anak helang menyesal akan sikapnya yang
malas dan penakut. Ia berjanji akan
memperbaiki sikapnya.


Click to View FlipBook Version