SUKAN
OLIMPIK
Sukan Olimpik ialah sukan antarabangsa yang diadakan setiap
empat tahun. Sukan ini bermula dari Yunani Purba, dihidupkan
semula oleh seorang bangsawan Perancis bernama Pierre de
Coubertin pada akhir abad ke-19. Sukan ini yang turut dikenali
sebagai Olimpik Musim Panas telah diadakan setiap empat tahun
sejak 1896 kecuali ketika Perang Dunia.
Selain itu, Sukan Olimpik Musim Sejuk dimulakan pada tahun 1924.
Namun begitu, sukan ini tidak lagi diadakan serentak
dengan Sukan Olimpik Musim Panas pada 1996.
OLIMPIK PURBA
Asal sukan Olimpik tidak lagi diketahui tetapi banyak lagenda
tertulis bersama sama sukan ini. Sambutan pertama Sukan
Olimpik yang direkodkan adalah pada 776 SM, walaupun tarikh ini
bukanlah kali pertama Sukan Olimpik diadakan. Pada masa itu,
hanya satu sahaja acara yang dipertandingkan.
Sejak itu, sukan mula menjadi penting dalam Yunani Purba dan
mencapai kegemilangannya pada abad ke-6 dan ke-5 sebelum
Masihi. Olimpik juga mempunyai kepentingan agama iaitu sebagai
penghormatan kepada dewa Zeus (patung besarnya ada di
bandar Olympia). Pemenang sukan ini akan dihormati dan
diabadikan dalam puisi dan dijadikan patung.
Sukan ini semakin hilang kepentingannya dengan penaklukan Rom
ke atas kaum Yunani. Apabila agama Kristian menjadi agama
rasmi Empayar Rom, Sukan Olimpik dianggap sebagai suatu
amalan orang tidak beragama (pagan), maka Maharaja
Theodosius mengharamkan pertandingan ini pada tahun 393
M, menandakan berhentinya sukan Olimpik selama ribuan tahun
sehinggalah ia diadakan semula pada abad ke-19.
OLIMPIK MODEN
Minat warga Yunani dalam menghidupkan semula temasya sukan
purba ini dimulakan sewaktu Perang Kemerdekaan
Yunani menetang Empayar Uthmaniyah pada tahun 1821, di mana
ia pertama kalinya diusulkan dalam sebuah sajak
nukilan Panagiotis Soutsos, seorang editor akhbar pada tahun
1833. Pada tahun 1856, Evangelos Zappas, seorang dermawan
bangsa Romania-Yunani yang sangat kaya menulis kepada
Raja Otto dari Yunani mengenai penawaran menyumbangkan dana
kepada penghidupan semula acara Sukan Olimpik. Zappas
menganjurkan acara pertama yang seumpamanya tiga tahun
kemudian di sebuah dataran kota di Athens yang dihadiri para
atlet dari negara Yunani itu sendiri dan Empayar Uthmaniyah.
Zappas turut menyalurkan sumbangan kewangan kepada
pembaikpulihan Stadium Panathenaik agar temasya-temasya
Sukan Olimpik yang akan datang dapat dianjurkan di sana.
The stadium tersebut menganjurkan temasya Olimpik pada
tahun-tahun 1870 dan 1875. Sebanyak 30 ribu penonton dicatat
menyaksikan acara tahun 1870, namaun catatan rasmi bagi
temasya tahun 1875 tidak dapat dijumpai. Pada 1890, Pierre de
Coubertin mendapat ilham menubuhkan Jawatankuasa Olimpik
Antarabangsa (International Olympic Committee, IOC) selepas
menghadiri Sukan Olimpian yang dianjurkan Persatuan Olimpik
Wenlock. Coubertin mendasarkan ideanya daripada usaha dan
buah fikiran Brookes dan Zappas dengan bertujuan menubuhkan
suatu Sukan Olimpik yang dianjrukan antara negara-negara yang
dakan dilangsungkan setiap empat tahun. Beliau
mempersembahkan ideanya ini sewaktu Kongres Olimpik pertama
yang diadakan Jawatankuasa Olimpik tersebut. Perjumpaan ini
dilangsungkan di Universiti Paris dari 16 sehingga 23 Jun 1894, di
mana kata putus telah dibuat pada hari terakhir Kongres
bahawa temasya sukan Olimpik pertama di bawah jawatankuasa
ini dianjurkan di Athens pada tahun 1896. IOC turut melantik
penulis Yunani Demetrius Vikelas sebagai presiden pertama
jawatankuasa tersebut.