The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nilamskdls, 2022-06-13 09:03:49

Angsa Emas

Angsa Emas

ANGSA
EMAS

Ada seorang petani yang miskin
tinggal di sebuah pondok kecil
bersama-sama isterinya.

Suatu hari, petani melihat
seekor angsa yang ganjil di
hadapan rumahnya. Angsa itu
berwarna keemasan.

"Isteriku!" teriak petani. "Mari
lihat angsa ini." Tiba-tiba, angsa
itu mengeluarkan sebiji telur.

"Ini telur emas!" teriak petani.
"Kita kaya!" Petani sangat
gembira.

Angsa ajaib itu mengeluarkan
sebiji telur emas setiap hari.
Petani kemudian menjual telur-
telur itu di pasar. Kini, petani dan
isterinya kaya-raya.

Akan tetapi, lama-kelamaan,
petani menjadi tamak. Dia mahu
lebih kaya. "Tentu ada banyak
telur emas di dalam perut angsa
ini," fikir petani. "Baik aku belah
perutnya dan mengambil telur-
telur itu."

Petani pun membunuh angsa
itu dan membelah perutnya.
Akan tetapi, tiada sebiji telur pun
di dalam perut angsa itu! Petani
mulai cemas.

Petani sangat menyesal kerana
membunuh angsa ajaib itu.
Sekarang, dia tidak mungkin
mendapat telur emas lagi. Tidak
beberapa lama kemudian,
mereka jatuh miskin semula.


Click to View FlipBook Version