The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nilamskdls, 2023-09-19 11:45:42

Rusa Kutub

Rusa Kutub

KUTUB RUSA


Rusa kutub adalah sejenis rusa yang lasak kerana hidup dalam cuaca yang melampau. Rusa kutub mempunyai habitat di Artik dan kawasan dengan musim sejuk yang panjang. Haiwan ini boleh ditemui di utara Amerika seperti Alaska, Kanada dan Greenland. Di sana, haiwan ini dipanggil 'caribou'. Tinggal di hemisfera utara


Rusa kutub juga tinggal di bahagian utara Eropah serta utara Asia di habitat tundra, gunung dan hutan. Kawasan yang rusa kutub diami agak luas, meliputi kawasan sehingga 190 batu persegi (500 km persegi).


Rusa kutub adalah haiwan sosial. Rusa kutub mencari makanan, mengembara dan berehat dalam kumpulan yang dikenali sebagai kawanan atau 'herds' dalam bahasa Inggeris. Kawanan rusa kutub ini adalah antara 10 hingga beberapa ratus bilangannya. Pada musim bunga, bilangan mereka boleh menjadi lebih besar, daripada 50,000 hingga 500,000. Hidup dalam kawanan


Rusa kutub sering mengembara ke selatan kira-kira 1,600 km hingga 5,000 km untuk mencari makanan pada musim sejuk.


Herbivor Rusa kutub adalah herbivor; hanya makan tumbuhan. Antara makanan rusa kutub termasuk pakis, lumut, rumput, pucuk, kulat dan daun. Secara purata, seekor rusa kutub dewasa makan kira-kira 9 hingga 18 paun (4 hingga 8 kg) tumbuhtumbuhan sehari. Pada musim sejuk, rusa kutub perlu menggali salji untuk mencari makanan


Mereka sering mengunyah lumut tebal yang dipanggil 'lumut rusa'.


Rusa kutub adalah salah satu daripada haiwan bermigrasi terbesar di dunia. Pada musim panas, mereka bermigrasi ke utara. Sebahagian daripada kumpulan rusa kutub ini mampu melakukan perjalanan lebih daripada 600 batu. Bermigrasi


Rusa kutub akan menghabiskan bulan-bulan musim panas dengan memakan rumput dan tumbuhan yang banyak terdapat di tundra. Apabila salji turun, setiap tahun kumpulan rusa ini kembali ke selatan. Sekawan rusa kutub betina pergi dahulu beberapa minggu sebelum rusa kutub jantan. Rusa kutub menghabiskan musim sejuk dan bertahan dengan memakan lumut.


Rusa kutub mempunyai warna mata yang boleh berubah daripada kuning keemasan pada musim panas kepada biru pada musim sejuk. Ini adalah sebahagian daripada proses penyesuaian rusa kutub kerana ia hidup dalam iklim yang keras. Apabila musim panas semakin panas dan matahari bersinar lebih lama, mata rusa kutub Mata


menjadi emas kerana kebanyakan cahaya matahari dipantulkan kembali dari retina rusa kutub. Pada musim sejuk, apabila malam lebih panjang, tisu di belakang retina rusa kutub kurang reflektif. Ini menyebabkan warna mata rusa kutub menjadi biru.


Keupayaan rusa kutub yang satu ini adalah unik kerana tidak banyak haiwan yang mempunyai keupayaan untuk melihat cahaya UV. Malah manusia juga tidak dapat melihat cahaya ini. Dapat melihat cahaya ultraungu


Rusa kutub menggunakan penglihatan khas untuk mencari lumut, sumber makanan utama mereka di Artik. Lumut menyerap cahaya UV dan memantulkannya sehingga lumut mempunyai warna gelap yang kelihatan kontras dengan salji.


Rusa kutub telah menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka yang sering bersalji dengan mengembangkan keupayaan mereka untuk melihat cahaya UV.


Secara umumnya, tanduk hanya dimiliki oleh haiwan jantan. Namun, bagi rusa kutub, kedua rusa kutub jantan dan rusa kutub betina mempunyai tanduk. Lebih istimewa, tanduk mereka mampu tumbuh semula jika patah. Bagi rusa jantan, tanduk adalah senjata yang berguna untuk melawan pemangsa. Tanduk


Selain itu, dengan berat sehingga 33 paun atau 15 kg, rusa jantan menggunakan tanduknya untuk memikat pasangan. Manakala rusa betina menggunakan tanduknya untuk mencari makanan di salji.


Click to View FlipBook Version