Kura-kura dengan
Monyet
Pada zaman dahulu, bersahabatlah seekor
kura-kura dengan seekor monyet.
Kura-kura suka bercucuk tanam sedang
kawannya pula asyik merayau dari pokok ke
pokok kerana mencari makanan.
Setelah lama menunggu, buah pisang tanaman
kura-kura masak dan berusahalah kura-kura
untuk memetiknya tetapi gagal. Lalu ia
meminta tolong pada monyet.
Apalagi, kesukaan sangatlah monyet mendapat
makanan kegemarannya sehingga tidak
menghiraukan kura-kura yang asyik
menungggu di bawah pokok bersama kulit-kulit
pisang yang dibuang oleh monyet.
Hilang sabar menyebabkan kura-kura
menanam-menanam duri-duri di bawah pokok
pisang untuk mengajar kawannya yang
mementingkan diri itu. Sebaik melompat turun
dengan kekenyangan, kaki monyet tertusuk
duri tajam dan mengaduh kesakitanlah ia.
Dihempaskan kura-kura ke atas tanah, namun
kura-kura tidak merasa sakit.
Apabila kura-kura memberitahu bahawa dia
hanya boleh mati kerana air, maka monyet pun
memikul kura-kura ke tepi sungai lalu
dicampakkan kura-kura ke dalam air.
Hatinya begitu puas melihat badan kura-kura
tenggelam. Beberapa ketika kemudian, kura-
kura timbul semula di hadapannya lalu
mengucapkan terima kasih kerana dihantar ke
tempat kegemarannya, iaitu air.