The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nilamskdls, 2022-06-24 11:02:41

Arnab yang Pemalas

Arnab yang Pemalas

Arnab
yang Pemalas

Di sebuah hutan, tinggal sepasang sahabat.
Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai.
Setiap hari mereka menghabiskan masa
bersama-sama.

Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab,
“Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba
musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat
berteduh.”

“Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat
dulu,” jawab arnab.

Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya.
Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok.
Mereka basah dan kesejukan.

”Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan
basah begini,”kata tupai.

“Ya, betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi esok
kita akan buat sarang,” kata arnab lagi.

Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai
mengajak arnab menbuat sarang. “Lebih baik
kita pergi cari kayu untuk membuat sarang,”
kata tupai.

“Tapi bukan sekarang,” jawab arnab. “Kita masih
ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari
makanan. Saya sungguh lapar!”

Tupai menggeleng-geleng melihat sikap
sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun
lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada
tempat berteduh.

“Alangkah baiknya jika kita ada sarang,” kata
tupai. “Esok kita mesti buat sarang. Saya tak
mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan.”

Arnab yang pemalas itu tidak menghiraukan
rungutan sahabatnya. “Kita tunggu esok
sahajalah,” kata arnab.

Tupai yang kesal dengan sikap arnab itu
akhirnya berusaha membuat sarang sendirian.

Akhirnya, sarang itu siap. Manakala, arnab
masih tidur di bawah sebatang pokok.

Apabila hujan turun tidak lama kemudian, tupai
akhirnya mempunyai tempat berteduh.

Arnab pula terjaga daripada tidurnya apabila
tubuhnya ditimpa hujan. Dia berasa cemas.

Tupai dari sarangnya melihat keadaan arnab
terus memanggilnya untuk berteduh di
sarangnya.

“Terima kasih tupai. Saya menyesal kerana
tidak mendengar nasihat awak.”


Click to View FlipBook Version